28 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
http://buletinonline.net
SETIU - Kejayaan penganjuran program berprestij Himpunan Kebangkitan Rakyat - PAS Ganti Umno Kali Ke-5 (PGU5.0) di pekan Jabi pada 5 dan 6 Oktober lalu, mengundang banyak kesan positif terutamanya kepada para petugas PAS di DUN Jabi.
Pengerusi Majlis Tindakan DUN tersebut, Dr Azman Ibrahim berkata, beliau sendiri tidak yakin dapat menganjurkan program sebesar itu apabila DUN Jabi diamanahkan sebagai tuan rumah bagi PGU5.0.
"kita rasa kita tidak ada keupayaan, dengan nipisnya kewangan dalam poket kita, kita berasa kita tak mampu nak menganjurkan program sebesar ini,
"ditambah dengan keadaan geografi kawasan Setiu yang luas (bermakna) 99% (tenaga kerja) DUN Jabi terpaksa turun, namun keazaman kita, kita cuba tampilkan penganjuran PGU yang terbaik,"ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam Majlis Ceramah Kesyukuran PGU5.0 yang diadakan di Dataran PGU, pada Jumaat 12 Oktober.
Menurutnya, kejayaan PGU5.0 adalah hasil pengorbanan para petugas yang bertungkus lumus siang dan malam, bahkan ada petugas keselamatan yang tidak balik tidur di rumah sejak 28 September lagi.
Beliau yang juga meruapakan Pengarah Persiapan PGU5.0 berkata, kesan yang paling ketara, hasil penganjuran program besar PGU itu adalah dapat menggerakkan tenaga petugas DUN Jabi.
Katanya beliau telah diberitahu oleh seorang petugas 'orang lama' DUN Jabi bahawa suasana para petugas keluar untuk membantu kerja-kerja persiapan umpama sewaktu di ambang kemenangan PAS pada pilihanraya umum tahun 1999.
"Ada seorang tua datang berjumpa..... dia berkata.... dia tengok suasana orang (para petugaas) keluar (membantu) kerja, serupa dengan (suasana) masa kita (PAS) nak menang pada tahun 1999,"katanya.
Beliau berkata, kesepakatan tenaga petugas DUN Jabi bagi menjayakan program PGU5.0 turut menerima respon dari musuh PAS, Umno, kagum dengan kesungguhan yang ditunjukkan bagi memastikan PGU5.0 berjaya dianjurkan.
Turut berucap dalam majlis tersebut adalah timbalan Pesuruhjaya 2 Haji Muhyiddin Abdul rashid dan ADUN Titi Serong Khalil Idham Lim.