05 Mac 2010

Soi Lek Letak Jawatan Timbalan Presiden MCA

18 Rabiul Awwal 1431H..

TERKINI : Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek hari ini meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden MCA berkuat kuasa serta-merta.

ADUN Kuala Kurau nafi tinggalkan PKR

18 Rabiul Awwal 1431H.


Semasa saya makan bersama selepas demonstarasi aman pagi tadi dengan Ahli dewan undangan Perak bagi kerusi Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari dia telah dihubungi oleh wartawan Malaysiakini dan dengan dia keras menafikan khabar angin yang mendakwa beliau bakal meninggalkan PKR.Sebelum ini saya juga memaklumkan kepada beliau bahawa khabar angin dan fitnah yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab mengenai perkara tersebut.

Beliau membidas Umno yang didakwanya punca segala tohmahan dan berita palsu berkenaan."Saya menafikan sekeras-kerasnya saya akan keluar parti. Saya ingin beritahu Umno yang kami akan bekerja 24 jam sehari, tujuh hari seminggu bagi menjahanamkan UMNO,” katanya .

Katanya lagi ini adalah taktik yang sengaja ditaburkan oleh Umno sebagai serangan psikologi untuk menggoncang Pakatan Rakyat, khusus PKR.Dengan penuh keyakin beliau mengatakan usaha itu akan gagal.

Beliau juga mendakwa sejak memenangi kerusi Kuala Kurau sejak dilantik Mac 2008, 'agen-agen Umno' sering kali cuba 'melamarnya' menyertai parti Melayu itu.

Sejak minggu lalu, blog-blog pro Barisan Nasional dan juga akhbar Cina menyiarkan spekulasi kononnya Yunus akan berpaling tadah.

Spekulasi semakin panas apabila MP Bagan Serai Mohsin Samsari mengumumkan tindakannya keluar dari PKR semalam.

Khabar angin ini sebenarnya terjaba salah apabila Yunus pagi ini juga terbabit dalam demonstrasi di pusat khidmat Mohsin yang ditutup hari ini. malah ia memberi ucapan yang bernas kepada semua yang hadir.

“Jika dia benar-benar berjuang untuk rakyat, dia (Mohsin) sepatutnya membuka pusat khidmatnya esok dan dia sendiri perlu mengendalikannya.” Katanya semasa berucap

Hampir 500 pengundi di Bagan Serai termasuk MP Parit Buntar, Mujahid Yusuf Rawa ,ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim dan ADUN Selingsing, Hussain Din menyertai bantahan ini.

Mohsin hadapi solat hajat 7 hari 7 malam

Semalam saya menghubungi Ust. Ahmad Awang beberapa minit setelah saya mendapat makluman MP Bagan Serai, Mohsin keluar PKR dan masuk bebas. Bermula dari situ kami berbalas talifon sehingga yang terakhir sebelum Maghrib dan Ustaz mengatakan dia akan menghubungi wartawan malaysiakini yang sering dia hubungi bernama Jimadie untuk memberikan kenyaraan rasminya. Berikut ini adalah petikan kenyataan beliau yang telah diterbitkan oleh malaysiakini hari ini.

Ahli parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri diberi tempoh tujuh hari untuk mengosongkan kerusinya ataupun menghadapi tindakan dikenakan solat hajat supaya dihukum oleh Allah.

Ahli Majlis Syura Ulama PAS Ahmad Awang (kiri) berkata pihaknya akan menganjurkan solat hajat selama tujuh hari tujuh malam supaya Mohsin diberikan hukuman setimpal kerana mengkhianati perjuangan.

“Kita beri tempoh tujuh hari supaya beliau letak jawatan. Jika tidak kita akan anjurkan solat hajat tujuh hari tujuh malam supaya Allah menghukumnya kerana khianat pada perjuangan.

“Bentuk hukuman tersebut, biarlah Allah sahaja yang menentukannya,” kata Ahmad yang juga pesuruhjaya PAS negeri Perak pada pilihan raya umum sebelum ini.

Bekas naib presiden PAS itu mengulas tindakan Mohsin yang keluar PKR dan menjadi wakil bebas dengan alasan tidak bersetuju dengan pendirian PKR berhubung isu kalimah Allah.

Pada sidang media bagi mengumumkan perkara itu semalam, Mohsin (kanan) dilaporkan berkata, beliau telah membangkitkan perkara itu melalui saluran dalaman tetapi mendakwa ia tidak dihiraukan.

Ketika menghubungi Malaysiakini semalam, Ahmad berkata, tempoh tujuh hari yang diberikan kepada Mohsin untuk meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat bermula semalam apabila pengumuman itu dibuat.

Ditanya sama ada program berkenaan akan dianjurkan oleh PAS negeri, Ahmad berkata ia anjurannya sendiri yang bertanggungjawab menerima Mohsin sebagai calon kawasan tersebut pada masa itu.

Bagaimanapun, tambah Ahmad, beliau juga mengajak pengundi kawasan itu, penyokong PAS sekitar kawasan parlimen berkenaan dan kira-kira seribu pelajar daripada sebuah pusat pengajian agama yang diasaskannya di Perak bagi menyertai solat tersebut.

Ahmad sebelum itu telah dua kali bertanding pada pilihan raya umum di kawasan parlimen tersebut pada 1999 dan 2004. Bagaimanapun beliau tewas kedua-dua kali di tangan calon BN.

Mengimbau semula detik-detik ketika Mohsin dipilih sebagai calon bagi Pakatan Rakyat, ketika itu Ahmad berkata, bukan sahaja pengundi, tetapi penyokong PAS juga tidak mengenalinya.

“Semua orang tanya siapa beliau,” kata Ahmad yang berkata pihaknya bertungkus lumus berusaha bagi memastikan Mohsin menang.

“Waktu berkempen itu, kita bawa dia, iring ke sana ke mari. Saya (sendiri) cakap pada pengundi-pengundi, kalau tuan-tuan undi Mohsin, samalah macam tuan-tuan undi saya,” katanya.

Ahmad juga dilihat menunjukkan keraguannya terhadap tindakan politik Mohsin tersebut yang menurutnya berlaku secara tiba-tiba.

Katanya, beliau difahamkan, ketika seorang aktivis PAS kawasan tersebut berhubung dengan Mohsin kelmarin, soal peletakan jawatannya tidak timbul langsung.

“Berdasarkan sidang media beliau, daripada cara dia baca kenyataan akhbar, dengan salah sebut beberapa kali, saya rasa itu bukan beliau yang buat,” kata Ahmad. malaysiakini/-

Sementara itu, kira-kira jam 10 pagi tadi , saya bersama dengan sekitar 500 orang berhimpun di depan pejabat Mohsin di Bagan Serai bagi mendesak wakil rakyat itu meletakkan jawatan segera.

Solat Hajat Dan Bacaan Yassin

18 Rabiulawal 1431H

Solat hajat dan bacaan Yassin akan diadakan khas untuk Ahli Parlimen Bagan Serai (yang khianat kepada PR) pada :

Tarikh : 4hb Mac, 2010 (Khamis malam Jumaat)
Waktu : Selepas Maghrib
Tempat : Masjid Athar, Masjid Tinggi

Semua dijemput hadir.



Lagenda Pedang Ekor Ikan, Seni Silat Etnik Hui (1)

18 Rabiulawal 1431H

Pedang ekor ikan bukan sahaja nama bagi sejenis seni silat, malah ia adalah sejenis senjata. Pedang ini selalunya diperbuat daripada gangsa atau besi. Pedang ekor ikan yang mempunyai sejarah lama ini telah disenaraikan dalam program warisan budaya bukan benda peringkat Wilayah Autonomi Hui Ningxia.

Encik Wang Liang, seorang jurulatih seni silat etnik Hui yang terkemuka Ningxia. Sejak berumur enam tahun, beliau sudah mula belajar seni silat daripada ayahnya, Allahyarham Wang Xinwu, merupakan seorang tokoh seni silat etnik Hui yang terkenal di China. Encik Wang Liang menceburkan diri dalam jurusan seni silat Akademik Fizikal Shanghai pada tahun 1986. Beliau telah melepaskan sahaja peluang untuk menjadi guru seni silat di Shanghai setelah tamat mempelajari seni silat tersebut pada tahun 1990. Sebaliknya beliau kembali ke Ningxia untuk mengembangkan seni silat etnik Hui seperti mana yang pernah disarankan ayahnya. Beliau merupakan lulusan universiti jurusan seni silat yang pertama di Ningxia pada masa itu. Bermula pada tahun 1999, beliau mengumpul dan memulihkan beberapa jenis seni silat etnik Hui seperti seni silat pedang kuda dan seni silat pedang ekor ikan dengan bantuan ayahnya. Beliau telah beberapa kali menyertai pertandingan seni silat kebangsaan dan memenangi pelbagai hadiah.

Menurut cerita, pada asalnya pedang ekor ikan merupakan senjata yang digunakan oleh askar-askar pada zaman kuno. Walaupun pergerakan pedang tersebut tidak sebanyak pergerakan pedang lain, namun pergerakan pedang ini amat pantas.

Terdapat sebuah lagenda mengenai pedang ekor ikan ini. Dikatakan Nabi Muhammad mengepalai bala tentera untuk pergi berperang dan telah mencapai kemenangan dalam usaha untuk merealisasikan kemerdekaan dan kesamarataan di dunia. Untuk memperingati jasa-jasanya, penghulu malaikat, Jibra'il memasukan sebatang pedang ke dalam sebuah batu besar dan berkata bahawa siapa yang boleh mencabut pedang tersebut dari batu besar itu, maka dia boleh beristerikan Fatimah. Dengan itu, ramailah pahlawan yang datang dari pelbagai tempat dengan sedaya upaya mereka untuk mencabut pedang dari batu besar itu, malangnya pedang itu langsung tidak bergerak walau sebesar zarah pun.

Panglima Ali juga cuba untuk mencabut pedang tersebut. Tetapi beliau sebenarnya tidak berhasrat untuk berkahwin dengan Fatimah. Sebab itulah beliau tidak menggunakan sepenuh tenaganya untuk mencabut pedang tersebut. Tetapi apa yang terjadi di luar dugaannya, pedang itu terkeluar dari batu besar tersebut. Maka Ali dengan cemas memasukkan semula pedang itu ke dalam batu itu. Ketika beliau menyentuh batu tersebut, hujung pedang itu tiba-tiba pecah menjadi dua bahagian dengan bentuknya seperti ekor ikan. Setelah peristiwa itu, Ali banyak menabur jasa dengan menggunakan pedang tersebut. Generasi-generasi selepas itu menamakan pedang tersebut sebagai pedang ekor ikan yang juga dikenal sebagai pedang Ali.

Wang Liang mendengar lagenda tersebut daripada ayahnya. Namun, beliau tidak pernah melihat sendiri pedang ekor ikan yang sebenarnya. Selain itu, belum terdapat catatan mengenai bagaimana untuk menggerakkan pedang ekor ikan. Beliau berkata: "Jarang terdapat orang yang pernah melihat pedang ekor ikan. Hanya terdapat seorang sahaja warga emas yang pernah menunjukkan sebatang pedang ekor ikan kepada anak dan cucunya."

Orang etnik Hui yang bersifat berani dan berminat membuat latihan fizikal melalui pelbagai cara. Sejak zaman dahulu lagi, terdapat adat istiadat seni silat dalam kawasan kediaman etnik Hui. Mereka sering berkumpul di suatu ruang yang luas untuk menjalankan latihan seni silat sambil berbincang mengenai cara pergerakan silat dan bertarung diantara satu sama lain sebagai latihan selepas berjemaah di masjid pada waktu pagi atau malam.

Pada pertengahan tahun-tahun 1980-an, projek mencari dan mewariskan seni silat tradisional etnik ini dilaksanakan di pelbagai tempat di seluruh negara. Semasa projek tersebut berlangsung, banyak jenis seni silat etnik Hui dapat disaksikan seperti Taici Bagua Muslim, Siku 18 dan Pedang Ekor Ikan yang hampir pupus dapat diselamatkan dan diwariskan.

Kebanyakan seni silat etnik Hui mempunyai ciri etnik Hui yang beragama Islam. Misalnya aksi-aksi dalam pergerakan seni silat tersebut sama seperti aksi ketika bersolat. Selain itu, sebelum berlatih bermain pedang ekor ikan, mereka terlebih dahulu mendirikan solat.

Untuk mewariskan seni silat Pedang Ekor Ikan, Wang Liang bersungguh-sungguh mencari, mengumpul dan mengemas program seni silat yang bersejarah lama ini.

CRI/-

Fu Jing Qing Zui

18 Rabiulawal 1431H

Membawa Ranting Berduri di Atas Belakang Tanpa Memakai Baju Untuk Meminta Maaf

Asal Usul:

Pada zaman Negeri-Negeri Berperang, iaitu antara tahun 475 hingga tahun 221 Sebelum Masihi, ada dua orang pegawai kanan yang sangat terkenal di negeri Zhao. Nama mereka ialah Lian Po dan Lin Xiangru. Lian Po, seorang hulubalang yang gagah perkasa, telah dilantik menjadi jawatan menteri kanan kerana sumbangannya yang besar dalam membantu negeri Zhao memenangi sekian banyak peperangan. Lin Xiangru yang terkenal dengan kecerdasan dan keberaniannya itu pula, telah dinaikkan pangkatnya daripada menteri kanan menjadi Perdana Menteri selepas beliau berjaya membela maruah raja negeri Zhao dalam pertemuan baginda dengan raja negeri Qin. Lian Po berasa tidak senang hati kerana pangkat Lin Xiangru menjadi lebih tinggi daripadanya. Maka dia bersumpah akan mencari kesempatan untuk memalukan Lin Xiangru.

Setelah mengetahui niat jahat Lian Po itu, Lin Xiangru pun cuba mengelakkan diri daripada berjumpa dengan Lian Po. Melihat keadaan tersebut, pegawai-pegawai yang lain berfikir bahawa pastilah Lin Xiangru takut kepada Lian Po. Hal itu juga menjadikan Lian Po sangat besar hati. Bagaimanapun, Lin Xiangru menerangkan bahawa:

"Saya bukanlah takut kepada Hulubalang Lian Po itu. Sekarang ini, negeri Qin benar-benar takut kepada negeri kita, kerana Hulubalang Lian Po dan saya masih berkhidmat di sini. Jika kami berdua sering bertelagah, maka negeri Qinlah yang akan untung. Untuk menjaga kepentingan negeri, kita perlu mengetepikan perselisihan peribadi terlebih dahulu."

Apabila kata-kata tersebut sampai ke telinga Lian Po, Lian Po berasa sangat malu. Maka, dia pun membawa ranting berduri di atas belakangnya yang tidak berbaju, ke rumah Lin Xiangru untuk meminta maaf daripadanya. Dia berlutut di hadapan Lin Xiangru, sambil berkata:

"Betapa bodoh dan naifnya saya dulu. Saya tak sangka, hati awak begitu lapang!"

Selepas peristiwa tersebut, kedua-dua mereka pun menjadi kawan yang amat rapat hingga sanggup sehidup semati.

Catatan Keterangan:

Peribahasa "Fu Jing Qing Zui" atau "membawa ranting berduri di atas belakang tanpa memakai baju" ini bermakna meminta maaf kerana sesuatu kesalahan. Ia digunakan untuk menyindir seseorang yang sanggup mengakui kesilapan dirinya dan memohon maaf secara terbuka.

CRI/-

Jemputan sertai motivasi

18 Rabiulawal 1431H
Email : Masjid At Taqwa Sungai Tengi Kanan Darat

SRA Sungai Tengi Kanan akan mengadakan motivasi kepada murid tahun 6 beserta ibubapa khasnya dan secara umum menjemput ibubapa bersama anak-anak yang berada di persekitaran Masjid Jamek At-Taqwa. Program tersebut akan berjalan pada hari Jumaat Malam Sabtu 19 haribulan 3 Tahun 2010 Jam 8.30 malam. Program adalah terbuka dan percuma. Dijemput untuk anda menghadirinya.

Bagi pihak masjid mengucapkan terima kasih kepada penyumbang yang telah menyumbang kepada akaun Masjid Jamek At-Taqwa (Wakaf). Mereka ada yang menyumbang sebanyak RM3,000.00, RM1000.00, RM650.00, RM500.00, RM100.00, dan 2 orang setakat ini menyumbang RM10.00 tiap seorang. Akaun kini telah mencapai angka RM6,000.00.

Adalah diharapkan lebih ramai lagi yang akan menyumbang dan diharap dengan sumber tersebut kami akan berjaya membangunkan Kompleks Islam bagi Daerah Kuala Selangor di Kampong Sungai Tengi Kanan Darat.

Kami berharap dapat mengumpulkan sejumlah RM5,000,000.00 atau lebih dalam masa yang terdekat. Akaun kami di Bank Islam dengan Nombor siri akaun 1208 3010 0225 09

Psikologi Karakteristik

18 Rabiulawal 1431H
By: Prof. Achmad Mubarok MA

Salah satu tema pokok al-Qur’an adalah manusia, dan di dalamnya banyak sekali disebutkan tentang tingkah laku manusia. Bahasa tentang tingkah laku manuisa memang menarik, karena berbeda dengan tingkah laku hewan yang hanya dipusatkan perhatiannya pada aspek lahirnya tingkah laku manusia justru menarik untuk dikaji aspek batin dari tingkah laku lahir itu, karena tingkah laku manusia dipandang sebagai gejala dari nafs-nya. Kajian psikologi misalnya merumuskan ciri-ciri tingkah laku manusia yang membedakan dari makhluk lainnya dengan lima ciri:

1. Memiliki kepekaan sosial. Artinya manusia mampu menyesuikan tingkah lakunya dengan harapan dan keinginan orang lain. Seseorang akan melakukan sesuatu di depan orang yang sedang besedih hati, berbeda dengan jika ia berada di hadapan orang yang sedang bergembira ria.

2. Memiliki kelangsungan. Tingkah laku atau perbuatan seseorang tidak terjadi secara sporadis, tetapi selalu ada kelangsungan atau kontinuitas antara satu perbuatan dengan perbuatan sebelum atau sesudahnya.

3. Memiliki orientasi kepada tugas. Tiap-tiap tingkah laku manusia selalu mengarah kepada suatu tugas tertentu, bahkan seseorang yang sengaja segera pergi tidur malam ternyata memiliki orientasi kepada tugas yang akan dikerjakan pada esok harinya.

4. Mengandung nilai usaha dan perjuangan. Seseorang yang berusaha berebut naik bus di terminal misalnya, meskipun jumlah bus di tempat itu sangat banyak tetapi ia hanya berusaha menaiki bus yang menjadi pilihan sesuai dengan tujuan yang ingin dicapai.

5. Memiliki keunikan. Meski lima orang melakukan satu jenis perbuatan, tetapi makna dan kualitas dari perbuatan itu berbeda-beda, karena setiap individual memiliki ciri-ciri dan sifat tersendiri yang membedakannya dari orang lain.

Menurut al-Qur’an, tingkah laku manusia memiliki karakteristik- karakteristik sebagai berikut: (1) Terkendali, (2) Mengandung unsur tanggung jawab, (3) Bersifat lahir dan batin (4) Berkatagori tingkah laku individual dan tingkah laku kelompok.

sumber, http://mubarok- institute. blogspot. com

Wassalam,
agussyafii

Sultan Kelantan pulang hari ini

18 Rabiulawal 1431H
Hafiz Irwan

KOTA BHARU, 3 Mac: Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dijangka berangkat pulang hari ini setelah mendapat rawatan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura sejak Mei lalu.

Anakandanya, Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra mengesahkan perkara itu pada sidang media yang diadakan di Kubang Kerian semalam.

“Ayahanda Tuanku Al-Sultan telah kembali pulih dan hanya memerlukan rawatan fisioterapi susulan.

“Sehubungan itu baginda telah berkenan untuk berangkat pulang ke Istana Mahkota, Kubang Kerian pada 4 Mac ini,” katanya.

Menurutnya, Tuanku Sultan juga mengucap ribuan terima kasih kepada semua pihak termasuk pasukan doktor yang melakukan rawatan dan rakyat jelata yang sentiasa mendoakan kesihatan serta kesejahteraan baginda.

Sultan Kelantan sebelum ini mengalami masalah jantung. Baginda dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian pada 14 Mei lalu.

Kemudian dihantar ke Hospital Mount Elizabeth pada 24 Mei untuk rawatan susulan.

Harakahdaily.net/-

Jangan takut dengar ceramah Pakatan Rakyat

18 Rabiulawal 1431H
Hashim Abdullah

KUALA KRAU, 4 Mac: Rakyat di negara ini tidak perlu takut mendengar ceramah politik yang dianjurkan Pakatan Rakyat kerana fungsi parti politik adalah untuk membela rakyat, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Berucap pada ceramah anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau, di Felda Jengka 17, dekat sini, semalam, Tuan Ibrahim berkata rakyat perlu membebaskan diri mereka daripada resapan budaya Umno yang mahu rakyat terkongkong daripada mendapat maklumat secara bebas.

“Corak pentadbiran dan pengurusan pemerintahan Umno yang banyak menyeleweng menyebabkan negara kehilangan berbilion-bilion ringgit. Banyak isu yang belum selesai seperti isu PKFZ, kehilangan injin jet, stadium runtuh, kapal selam yang tidak boleh menyelam.

“Penyelewengan ini cuba ditutup dengan mereka mencipta berbagai isu bagi mengalih pandangan dan tumpuan rakyat. Mereka cuba tutup, maka sebab itu rakyat kena hadir ceramah bagi mendapatkan maklumat yang tidak mampu didedahkan media. Rakyat termasuk orang Umno tak perlu takut hadir ceramah. Tak perlu takut pada orang politik kerana tugas orang politik untuk membela dan menjaga rakyat,” katanya.

Turut berceramah ialah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang, Ustaz Sharil Azman dan Yang Dipertua PAS Kawasan Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad.

Harakahdaily.net/-

Pak Lah anggap BN belum kuat walau beberapa MP PKR keluar parti

18 Rabiulawal 1431H
Herman Samsudeen

PUTRAJAYA, 3 Mac: Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak melihat bahawa BN kini telah menjadi kuat berikutan beberapa ahli parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengambil tindakan keluar parti.

“BN jangan menganggap dengan apa yang berlaku kepada pembangkang, BN akan automatik menjadi kuat. Setakat nak harap jadi kuat dan menang hanya kerana pembangkang sedang menghadapi masalah saya ingat harapan itu akan meleset,” katanya kepada pemberita selepas perasmian sebuah restoran di Putrajaya hari ini.

Tun Abddulah mendesak BN agar melaksanakan janji pilihanraya dan juga reformasi dalaman yang dilaung-laungkan hingga menyebabkan beliau terpaksa meletakan jawatan sebagai Pengerusi BN dan Presiden Umno sebelum ini.

Beliau adalah korban pertama dalam reformasi yang dicanangkan Umno-BN selepas kekalahan teruk BN pada Pilihanraya Umum 2008.

Ketika BN menang besar pada 2004 Tun Abdullah disanjung melangit, namun dengan kekalahan paling teruk dalam sejarah BN pada 2008 ramai pemimpin ada ahli Umno mahu beliau berundur secara terhormat.

Tun Abdullah jelas masih melihat kekuatan Pakatan Rakyat tidak tergugat kerana yang keluar parti itu hanyalah Ahli Parlimen yang dalam Pilihanraya akan datang belum tentu akan bertanding lagi.

Kedudukan Pakatan dan BN dalam pilihanraya akan datang adalah dari undi rakyat dan kedua-dua pihak masih dilihat mempunyai pengaruh yang seimbang.

Harakahdaily.net/-

Awang Adek tuding jari kepada penganjur LTdL

18 Rabiulawal 1431H
Mohd Nor Yahya

KOTA BHARU, 3 Mac: Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin dianggap cuba mengalih kesalahannya ‘merampas’ flag off kepada pihak penganjur Le Tour de Langkawi (LTdL).

Malah tanpa segan silu beliau mendakwa penganjur menjemputnya untuk melepaskan pelumba LTdL, seperti dilapor media hari ini sedangkan Pengerusi Jawatankuasa LTdL peringkat negeri, Abdul Fattah Mahmood menegaskan nama Awang Adek langsung tidak ada dalam senarai untuk melakukan flag off dan ia telah dipersetujui semua pihak.

Mengulas isu tersebut, Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, tidak timbul sama sekali kerajaan negeri mahu memburukkan namanya memandangkan perlakuan kelmarin cukup memalukan.

“Sebagai seorang Timbalan Menteri yang dilantik atas kuota senator amat tidak sopan sekali merampas flag off yang diberi kepada orang lain.

“Beliau sepatutnya sedar Menteri Besar sebagai mewakil kerajaan negeri dijemput khas bagi melakukan upacara pelepasan. Takkan pula dalam situasi begitu orang yang tiada kaitan dengan kerajaan negeri diberi peluang,” katanya di sini.

Menurutnya, semua orang tahu beliau masih bermimpi untuk menjadi Menteri Besar berdasar kepada sepanduk yang dilekatkan di seluruh Kelantan menjelang pilihan raya umum lalu.

Abdul Latif yang juga Adun Mengkebang berkata, imej Awang Adek begitu tercalar di Kelantan bermula dengan penafiannya terhadap hak ke atas royalti minyak dan janji-janjinya ditabur kepada pengundi di Bachok.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC), Abdullah Ya’kob berkata, pihaknya mengutuk keras tindakan pengurusan LTdL kerana memberi kebenaran kepada Awang Adek melakukan pelepasan dengan membelakangi keputusan dibuat sebelum itu.

Katanya, biar pun program terbabit sekadar acara sukan, namun ia begitu memalukan rakyat Kelantan kerana ia berlaku di hadapan ahli sukan dari serata dunia.

“Kalau seorang menteri yang datang ke sini pun mereka tidak boleh berbuat sesuka hati, inikan pula seorang Timbalan Menteri yang bertaraf senator.

“Saya yakin perbuatan Ketua Umno Bachok itu memalukan Perdana Menteri kerana semangat 1Malaysia tidak wujud dalam insiden tersebut,” katanya.

Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri, Wan Ubaidah Omar berkata, Dewan Muslimat menganggap perbuatan tersebut sebagai amat biadap dan memalukan seluruh rakyat.

Harakahdaily.net/-

Petualang lompat parti jadi kuda tunggangan Umno

18 Rabiulawal 1431H
Izam Noor

Pada pandangan peribadi saya mengenai berberapa pemimpin dari PR yang keluar dari parti dan menyokong parti pemerintah (Umno/BN) menunjukkan mereka ini adalah pengkhianat kepada pengundi yang memilih mereka dalam pilihan raya yang lepas.

Memang tidak dinafikan lagi bahawa pemimpin seperti ini hanya mementingkan kepentingan peribadi daripada kepentingan untuk berkhidmat kepada masyarakat dan rakyat seluruhnya.

Pemimpin seperti ini hanya akan dijadikan kuda tunggangan Umno dan BN untuk mereka jadikan bahan dan modal bagi mereka untuk meraih sokongan rakyat namum begitu rakyat tidak sekali-kali akan tertipu dengan dakyah mereka ini kerana pembohongan yang dilakukan oleh mereka telah menunjukkan bahawa mereka inilah petualang yang sebenarnya.

Lihatlah nanti apabila tiba pilihan raya akan datang peserta-peserta lompak katak ini akan menjadi balaci dan pencacai untuk mencari penyokong untuk meraih undi simpati, tiada jawatan penting yang akan diberikan kepada mereka oleh Umno/BN kerana mereka adalah pertualang yang bila-bila masa saja akan beralih disebabkan pangkat dan kepentingan tidak tercapai.

Rakyat boleh menilai yang mana baik untuk mereka. Bagi parti PKR dan PR, ini adalah satu kebaikan demi untuk mengekalkan pemimpin yang betul-betul memenuhi aspirasi rakyat yang berjuang demi bangsa, agama dan seluruh rakyat yang berbilang kaum tanpa mengira kepentingan diri dan keluarga.

Kepada PKR, buat lagi pembersihan secara total supaya tiada lagi petualang yang tinggal di dalam PKR dan hanya pemimpin yang benar-benar jujur sahaja yang layak untuk memimpin PKR dan PR demi keutuhan parti. Pemimpin boleh datang dan pergi namun rakyat akan sentiasa tetap akan memilih yang terbaik untuk mereka.

Harakahdaily.net/-

APA NAK JADI PELAJAR KITA

18 Rabiulawal 1431H
OLEH: JJ ANAK DESA (joharapat.blogspot.com)

Cerita tentang pelajar sekolah sekolah melakukan perbuatan tidak bermoral terutama bercunbu-cumbuan dengan temam lelaki bukan satu cerita yang anih. Malah sudah ramai pelajar perempuasn di sekolah menengah mahupun di IPT yang sudah mengadakan hubungan seks dan akhirnya mengandung anak luar mnikah.

Apa hendak jadi dengan pelajar kita sekarang ini, nafsu mengatasi segala galanya. Mereka tidak takut pada dosa. Mereka tidak dengar nasihat ibubapa lagi. Bagi mereka teman lelakinya adalah segala galanya. Oleh kerana sejambak budi tergadai `body'. Sudah terlanjur baru hendak ternadah, nasi sudah jadi bubur, perut sudah mula membuncit, apa hendak dikata, salah sendiri.

Baru baru ini cerita seorang pelajar perempuan berumur 15 tahun di Hulu Terangganu yang melakukan hubungan seks lebih 20 kali sejak November tahun lalu dengan teman lelakinya, bekas penagih dadah mengundang padah apabila dia kini disahkan mengandung 12 minggu.

Perbuatan itu terbongkar selepas mangsa yang berasal dari Kampung Pasir Sipol, tampil membuat laporan polis mengatakan dia dirogol pada 27 Februari lalu oleh buah hatinya berumur 27 tahun, yang juga adalah Orang Kena Perhatian oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Tengku Hamzah Tengku Abdullah berdasarkan laporan, mangsa keluar rumah Sabtu lalu, kira-kira jam 11 malam untuk berjumpa teman lelakinya di Kampung Kepah dan pertemuan itu menyebabkan dia dirogol sebanyak dua kali.

¡§Kejadian itu diketahui ibu mangsa kira-kira jam 11.30 pagi keesokan harinya (Ahad) yang kemudian memaksanya membawa mangsa ke balai polis untuk membuat laporan. Namun, hasil siasatan awal mendapati mangsa sebenarnya telah melakukan hubungan seks secara sukarela lebih 20 kali,¡¨ katanya.

Ini semua berkisar kepada soal cinta, jatuh cinta, betullah kata orang tua tua bila jatuh cinta tak kenal botol kicap dan botol cuka. Bila hati sudah sayang, mereka sanggup melakukan apa sahaja. Cinta memerlukan pengorbanan, kerana itu mereka sanggup korbankan body dan maruah demi cinta sejati.

Pelajar perempuan ini terlalu mudah dipujuk rayu, di samping mereka mungkin juga terpengaruh dengan filem filem yang menonjolkan adigan yang tidak sepatutnya. Mungkin juga mereka terancang dengan video video lucah yang ditonton bersama pasangan kekasih mereka kerana sekarang video video lucah ini mudah diperolehi.

Ibubapa tidak harus dipersalahkan 100 peratus kerana masa pelajar ini lebih banyak di luar dari di rumah. Macam mana ibubapa hendak kawal sedangkan pengaruhi di luar dan pengaruh kawan kawan lebih mengatasi pengaruh ibubapa. Mereka lebih dengar kata kata kawan rapat atau kekasih mereka dari ibubapa mereka sendiri. Kalau hati sudah suka, ke mana pun mereka sanggup pergi

Inilah padahnya bila sudah terlalu sayang kepada teman lelaki, mereka sanggup tinggalkan ibu bapa. Tidak sekadar ini, mereka sanggup melakukan perzinaan atas dasar suka sama suka. Mereka kata suka sama suka tak apa, tetapi bila perut sudah membuncit baru tahu apa akibatnya.

Didikan agama dari awal penting dalam menghindari perkara jijik begini, tetapi didikan agama juga tidak mampu mencegah perkara ini jika faktur faktur luaran tidak dikawal. Kerajaan perlu memastikan suasana di luar tidak mengundang kepada gejala maksiat, program program yang mungkar perlu disekat, pergaulan bebas lelaki dan perempuan juga perlu dikawal, melalui pergaulan bebas lelaki dan perempuan inilah yang akan mendorong kepada gejala maksiat.

Kerana Islam Islam menekankan kepada `jangan hampiri zina', maknanya perkara perkara yang mendorong kepada zina perlu dibenteras dan disekat, jika perzinaan akan berluase, kesannya banyaklah anak luar nikah. bayi disampakkan dalam tong sampah.

Sudah lebih 50 tahun BN memerintah negara ini, gejala perzinaan, anak luar nilah makin bertambah. Hukuman mengikuti undang undang Islam tidak dijalankan oleh pemerintah. Jika gejala perzinaan dan buang bayi serta anak luar nilah bertambah dari hari ke sehari hari, Kerajaan BN perlu dipersalahkan kerana tidak berusaha untuk menyekatnya menerusi undang undang Islam.

Ingatlah tangan yang memakah kertas undi itu bagi menentukan kerajaan mana yang berkuasa juga menerima saham akibat tidak terlaksananya peraturan Islam di negara ini kerana mereka memberikan kuasa kepada pihak yang tidak mahu melaksanakan peraturan tersebut.

PAS PERAK GESA UMAT ISLAM MENGENANG 86 TAHUN KEJATUHAN KHILAFAH ISLAMIYAH : PESURUHJAYA PAS PERAK

18 Rabiulawal 1431H

IPOH, Tanggal 3 Mac pada setiap tahun merupakan satu tarikh yang amat meruntun jiwa bagi setiap umat Islam di zaman moden ini.

Demikian menurut Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar ketika ditanya mengenai ulangtahun kejatuhan Khilafah Islamiyah di bawah pemerintahan Kamal Attaturk laknatullah.

Menurut beliau, tarikh 3 Mac 1924 merupakan detik kejatuhan Khilafah Uthmaniyah yang mana pada detik itu, Islam tidak lagi berkuasa penuh di atas muka bumi Allah SWT. Pada tarikh ini juga, menandakan berakhirnya kekuasaan kerajaan Islam yang telah diasaskan sejak zaman Rasulullah SAW.

Perkara ini sepatutnya amat mendukacitakan buat seluruh umat Islam di dunia. Tiada lagi kekuasaan menghalang kemungkaran dan juga kekuatan membela agama Allah di dunia ini. Islam dinodai dengan berbagai-bagai pengharaman ciptaan manusia yang bernama Mustafa Kamal Attaturk untuk menghalang penguasaan kerajaan Allah di muka bumi. Namun demikian, setelah lama dibuai mimpi, kesedaran mulai timbul dari pengajaran yang cukup pedih buat umat Islam ketika itu.

Kesedaran tentang kewajipan mewujudkan khilafah Islamiyah, yang mana tidak dapat tidak wajib wujudnya khilafah ini yang memerintah dunia mengikut syariat Allah.

Maka, bermula pada tahun 1928, atas inisiatif seorang insan bernama Imam Hasan al-Banna telah merintis jalan untuk mengembalikan khilafah Islamiyah dengan menubuhkan satu jamaah Islam yang dinamakan Ikhwanul Muslimin.

Penubuhan Ikhwanul Muslimin ini telah mendorong penubuhan jamaah-jamaah Islam lain di serata dunia. Islam mulai bertebaran di serata dunia selepas kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah.

Benarlah janji Allah SWT di dalam al-Quran ” Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan Rasulnya serta orang orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada agama) Allah, itulah yang tetap menang ” – Al Maidah : 56

Ayat di atas menerangkan tentang janji Allah SWT yang tidak ada syak padanya. Kemenangan Islam telah dijanjikan oleh Allah SWT. Hanya mereka yang berpegang teguh kepada agama Allah dijanjikan kemenangan olehNya. Hasil daripada penubuhan Ikhwanul Muslimin, Malaysia juga tidak ketinggalan untuk sama berada di dalam gelombang usaha
menegakkan kembali khilafah Islamiyah. Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah bersama dengan Ikhwanul Muslimin untuk menegakkan khilafah Islamiyah khususnya di Malaysia.

Berpegang kepada aqidah yang satu, gerakan Islam di seluruh dunia meyakini khilafah minhaj ’alan Nubuwwah pasti akan kembali untuk mentadbir muka bumi Allah SWT. Allah tidak akan membiarkan manhaj ciptaan manusia untuk terus memerintah muka bumiNya.

Menurut Ustaz Abu Bakar lagi, sebagai umat Islam, kita wajib meyakini kemenangan Islam. Cuma pada ketika ini, ujar beliau, kita tidak tahu negara mana yang akan menjadi Daulah Khilafah. Kita juga masih tidak tahu siapa khalifahnya untuk dibai’ah. Sebagai umat Islam, kita wajib berjuang memerah setiap titik keringat dan darah yang ada untuk memenangkan Islam. Sebagai akhirnya, beliau menyatakan, Allah tidak akan bertanyakan tentang hasilnya, akan tetapi Allah akan bertanya apakah usaha yang telah kita lakukan untuk menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini.

AHLI PARLIMEN BAGAN SERAI DI DESAK LETAK JAWATAN

18 Rabiulawal 1431H


Kenyataan Media (3 Mac 2010)

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) amat kecewa dengan tindakkan Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebentar tadi dan menjadi wakil rakyat Bebas serta merta.

DPPN Pk mendesak supaya Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin agar meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Bagan Serai kerana telah mengkhianati mandat rakyat memilih Pakatan Rakyat sebagai wakil mereka.

DPPN Pk juga meminta supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat tindakan yang telah dilakukan oleh Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin sekiranya terdapat sebarang unsur rasuah yang mendorong tindakannya itu.


SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.