13 Jun 2010

Ucapan Hj. Mohd Sabu.

9.30 pagi : Kita akan membuat mobilasikan rakyat untuk menolak BN dan akan berjaya bila mendapat sokongan dari semua parti dan Pakatan Rakyat.

"Jangan malukan Presiden PAS yang duduk dalam JK Muasasah Al Quds. Presiden menjajikan untuk bina mesjid dan sekolah di Gaza, Presiden PAS tidak ada duit maka kita mesti mengutip derma dan kita melancarkan kutipan derma."

Muktamar ditangguh ke esok, Usul Persiapan menghadapi pilihanraya diterima Muktamar.

5.45 ptg : Usul terakhir berkaitan persedian menghadapi pilihanraya umum ke 13 dibahas dan diterima sebulat suara oleh Muktamar.

Muktmar sesudah itu ditangguhkan oleh Pengerusi Muktamar sehingga disambung kembali pada jam 8.30 pagi esok.

Usul Muslimat mengenai palestin diterima Muktamar

4.20 petang: Perwakilan dewan muslimat PAS pusat, Aiman Athirah Al-Jundi membentangkan usul kelima mengenai Palestin.

DMPP mengutuk keras tindakan biadap tentera Israel ke atas misi kemanusiaan Gaza.

DMPP menyokong penuh warga Palestin yang berjuang menegakkan keadilan yang diceroboh oleh Zionis Israel dan bersedia untuk membantu dari semua aspek termasuk menghantar sukarelawan muslimat ke Gaza.

Perwakilan DPPP, Ustaz Ridhuan Mohd Nor turut menyokong usul dengan meminta para perwakilan menyoroti sejarah PAS dalam membawa isu Palestin.

Beliau memberi contoh bekas presiden PAS, Dr Burhanuddin Al-Helmy telah membawa isu ini ke peringkat antarabangsa.

Perwakilan Shah Alam, YB Khalid Samad menyatakan sokongan dan mendakwa perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang melakukan perubahan terhadap dasar luar negara dengan melantik APCO sebagai penasihat.

Perwakilan Kuala Kedah, Ustaz Ridzuan Abu Bakar menyatakan sokongan penuh kepada usul dewan muslimat

Usul diterima dengan sebulat suara.

Hazizul gembira ciptaannya digunakan sebagai logo muktamar


Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 12 Jun: Pemenang pertandingan mencipta logo Muktamar PAS Ke-56, tidak menyangka penyertaan buat pertama kalinya dalam pertandingan itu terus membuahkan hasil sehingga melayakkan beliau menerima hadiah wang tunai RM3,000.

Hazizul Hakim Mohd Jais, 23, yang baru menamatkan pengajiannya dibidang Grafik dan Media Digital di UiTM Perak tidak menyangka penyertaan sulungnya itu telah memihak padanya.

(Gambar: Hazizul, 23, menerima mok cek dari Presiden dan Setiausaha Agung PAS)

"Saya sedikitpun tidak menyangka saya boleh memenangi pertandingan ini memandangkan ramai lagi peserta lain yang berkebolehan apa lagi ianya dipertandingkan di peringkat kebangsaan.

"Bagi saya hadiah ini terlalu besar untuk seorang pelajar seperti saya,"ujarnya.

Hazizul bagaimanapun menyifatkan kemenangan itu bukan hanya untuk dirinya, sebaliknya anggota keluarga terutama adiknya Luqman Hakim.

Menurutnya, Luqman yang memberitahu berkenaan pertandingan tersebut yang dibacanya melalui laman web rasmi PAS Harakahdaily.net.

Katanya, dengan dorongan ibu dan ayahnya juga beliau mengambil kesempatan itu untuk mencuba nasib.

Sambungnya, biarpun beliau sedang menghadapi peperiksaan akhirnya di UiTM, namun kesempatan itu tetap diambilnya untuk mencuba nasib.

"Alhamdulillah akhirnya ilham kami bersama, akhirnya telah dinilai oleh pengadil dan saya rasa syukur dan bangga kerana PAS telah menggunakan logo itu sempena muktamar tahun ini," kata Hazizul gembira.

Menyentuh tentang konsep ciptaannya, beliau berkata warna merah, putih dan hijau digunakan bersesuaian warna rasmi bendara parti yang menggabungkan tiga warna itu.

Katanya, ianya juga turut menggambarkan Muktamar tahunan itu sendiri ke-56.

"Kalau kita perhatikan dengan gabungan tulisan jawi dan rumi sebagaimana yang saya gunakan, kita Nampak seolah-olah objek manusia yang sedang menjulang bola.

"Sebenarnya ia adalah satu simbolik kepada PAS itu sendiri yang kini semakin gagah menongkah arus globalisasi serta menjulang rakyat pelbagai kaum di negara ini,"ujarnya.

Menurutnya, bersesuaian dengan bidang pengajian yang diambilnya, perisian grafik melalui computer telah digunakan sebaiknya bagi menghasilkan logo tersebut.

Harakahdaily/-

Usul Dewan Ulamak : Pemerkasaan Parti.

04.20 Petang : Perwakilan Dewan Ulamak, Syed Abdul Kadir Al Joofre membentangkan Usul perkasaan parti dengan usul berbunyi " memastikan dasar dan prinsip perjuangan PAS dipertahankan disamping mengukuhkan Pakatan Rayat.Usul diterima sebulat suara oleh muktamar.

Usul disokong dengan pembahas dari Perwakilan dari Rembau, Mohamad haqqi. Katanya PAS jangan melupakan rakan baru dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS dengan penerangan yang jelas mengenai dasar parti. Beliau juga menegaskan segala modul yang telah siap digaris diperturunkan ke bawah untuk dilaksanakan.

Usul juga dibahas oleh Perwakilan dari Dewan Muslimat, Ustazah Marian Abdul Rasyid.
Usul juga tureut dibahas oleh Perwakilan Temerloh.

Perbahasan juga diikut serta dari wakil PAS Kota Belut. Ust. Mohd, Farhan Abdullah.

Usul memansuhkan Judi Sukan.

3.45 Petang : Wakil dari Dewan Pemuda PAS Pusat membentang usul memansuhkan judi sukan. Usl dibahas wakil dari Jerlun, Teberau dan Tambun. Setelah dibahas usul diterima dengan sebulat suara.

Wakil dari Tambun Perak, Dr. Khairuddin Dato' Abd. Malik mencadangkan supaya PAS disemua negeri untuk mengadakan pertemuan dengan semua Mufti supaya menasihatkan Sultan supaya memegang sumpah dan janji iaitu memelihara agama Islam.

Beliau juga mencadangkan supaya diadakan debat terbuka antara pemimpin tertinggi PAS dengan pemimpin UMNO.

Dr. Khairuddin juga mencadangkan supaya pemimpin PAS turun padang untuk menyamapiakan mesej judi dan menelanjangkan UMNO dengan isu ini.

Muktamar PAS terima usul Kedaulatan Negara.

Usul Kedaulatan Negara telah dibentangkan sebentar tadi oleh naib Presiden PAS, YB. Hj. Salahuddin Ayob setelah dibahas dengan ringkas oleh wakil dari Tambun dan Tanpin telah diterima oleh Sidang Muktamar.

Muktamar lulus 2 Usul pindaan Perlembagaan

Usul pindaan perlembagaan yang melibatkan pemansuhan yuran kepada ahli-ahli Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat sebanyak RM 5.00 pada Fasal 43(5), 51(5) dan 63(5) telah diterima sebulat suara oleh perwakilan tanpa bahas sebentrar tadi.Usul dibentang oleh Setiausaha Agung PAS.

Selain itu Muktamar juga meluluskan usul Fasal 82(4) yang akan melihat Jawatankuasa Displin Parti yang akan dianggotai oleh pihak yang tidak memegang jawatan dalam AJK PAS Pusat. Usul yang dibentang juga oleh Setiausa Agung PAS, Dato' Hj. Mustafa Ali juga diterima tanpa bahas. Pindaan yang dibuat berbunyi " Ahli-ahli Jawatankuasa Tatatertib yang disebut dalam ceraian 3(a),(b) dan (c) . Fasal ini hendaklah dari kalangan ahli-ahli PAS yang berkelayakan pada pandangan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti..

Muktamar bermula untuk sesi petang.

2.30 Petang : Sesi Muktamar untuk sebelah petang dimulai sebentar tadi dengan Agenda Perbahasan Usul. Pengerusi Jawatankuasa Usul, Ust. Idris Ahmad memberikan laporan mengenai usul-usul yang diterima oleh Jawatankuasa.

Menurutnya Jawatankuasa telah menerima usul dari 30 kawasan PAS dengan jumlah 66 usul .Sementara itu dari Dewan-dewan pula sebanyak 80 usul.

Jawatankuasa penapis Usul telah memetuskan sebayak 1 usul dari kawasan, 2 dari PAS Pusat dan 3 dari dewan-dewan diterima dan dibentangkan dalam sesi petang ini.

Muktamar ditangguh sehingga jam 2.30 petang ini.

Muktamar berakhir apabila semua perwakilan dari dewan dan negeri-negeri telah menyampaikan ucapan menyokong dan membahas Ucapan Dasar Presiden PAS pada Muktamar PAS kali ke 56 pada tahun ini. Wakil dari Dewan Ulama PAS menutup perbahasan sebentar tadi.

Pengerusi Muktamar telah mendapat pengesahan dari semua perwakilan untuk bersetuju dan tidak ada yang membantah.

Muktamar ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang ini dan akan disambung semuala dengan agenda perbahasan usul-usul.

Muktamar PAS ke 56 : Besama rakan media buat liputan .

Saya bersama dengan rakan-rakan media dan Blogger untuk membuat liputan langsung Muktamar Tahunan PAS Kali ke 56 yang masih tinggal lagi 2 hari lagi. Muktamar akan berakhir pada esok hari.

Bergambar bersama dengan Sdr. Mohd Latif Ariffin, AJK ICT DPP Kawasan Baling Kedah.





Langsung Muktamar: Sambungan perbahasan ucapan presiden

29 Jamadil Akhir 1431H.
Harakahdaily

11.25 pagi: Wan Kharizal Wan Hazim, perwakilan Perlis berkata PAS perlu mempamerkan kepimpinan yang berakhlak dan organisasi yang utuh supaya dapat memberi contoh kepada parti lain khususnya rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Ujarnya, PAS perlu memberi tumpuan kepada akhlak dalam berjemaah termasuk wala' dengan setiap keputusan pimpinan.

11.05 pagi: Perwakilan Pahang, Hasnuddin Salim berkata tema muktamar iaitu 'Islam Adil untuk Semua' mesti dijelaskan kepada seluruh ahli agar ianya tidak menjadi slogan semata-mata.

Beliau mencadangkan PAS mewujudkan satu gagasan untuk menyelaraskan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang semakin banyak di negara ini.

Ini kerana PAS boleh mengambil peluang melalui NGO yang ada untuk mendekati masyarakat menerusi pelbagai isu yang berlaku.

Selain itu beliau meminta PAS memberi lebih perhatian kepada kawasan Felda yang majoritinya adalah Melayu bagi meraih sokongan mereka.

10.35 pagi: Sidang muktamar berhenti rehat sehingga jam 10.50 pagi.

10.13 pagi: Perwakilan Pulau Pinang, Rosidi Hussin dalam di bawah pemerintahan Ketua Menteri, Lim Guan Eng PAS negeri itu diberi peranan yang sangat besar dalam membantu pentadbiran negeri.

Sehubungan itu PAS Pulau Pinang menuntut lebih banyak kerusi PAS diberikan kepada negeri itu dengan melihat kepada perkembangan sokongan orang bukan Islam di negeri itu.

"Kami mencadangkan kepada pimpinan pusat supaya PAS Pulau Pinang boleh bertanding lebih banyak kerusi lagi", katanya.

Di samping itu, beliau mengingatkan seluruh kepimpinan dan ahli PAS tidak meninggalkan program-program tarbiyah bagi memastikan kekuatan parti terus dijana.

Turut disentuh beliau mengenai media arus perdana yang sering mengambil kesempatan di atas isu yang berlaku.

"Kita minta PAS berhati-hati dengan media yang dilihat cuba memporak-perandakan parti", katanya.

9.50 pagi: Perwakilan dari DHPP K. Deepakaran melahirkan kesyukuran kerana buat pertama kali berpeluang bersama-sama dalam muktamar PAS kali ini.

Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) PAS yang bertungkus lumus memastikan kewujudan DHPP.

Beliau berkata PAS perlu mengahadapi cabaran politik pelbagai kaum yang besar, namun PAS berjaya membuktikan kejayaannya menyuburkan parti.

"Kami DHPP berjanji akan terus menyumbang sesuatu kepada perjuangan PAS dan yakin ianya akan memberikan hasil yang lumayan", katanya.

Beliau turut menyatakan komitmen DHPP untuk terus menyumbang kepada perjuangan PAS.

Selain itu, beliau meminta keputusan untuk melantik jawatan-jawatan penting di negeri-negeri Pakatan Rakyat turut melibatkan DHPP.

9.30 pagi: Perbahasan oleh perwakilan Johor menyokong penuh penubuhan DHPP.

Perwakilannya berkata, Johor tidak ketinggalan dalam menarik sokongan pengundi bukan melayu.

PAS Johor katanya mendesak PAS Pusat agar memberikan perhatian yang serius terhadap segala perkara yang berkait dengan DHPP agar dewan yang baru ditubuhkan itu tidak disia-siakan.

9.15 pagi: Perbahasan oleh perwakilan Melaka, Adli Zahari.

Beliau berkata pimpinan PAS mesti tegas menyanggah pemikiran Umno Barisan Nasional yang cuba diterapkan kepada masyarakat serta lebih terkehadapan dalam membawa isu-isu nasional yang melibatkan rakyat negara ini.

Beliau turut menyentuh mengenai bahan bacaan parti yang dilihat terlalu berat dan tidak mesra pembaca. Beliau mencadangkan akhbar Siasah meringankan berita yang disiarkan agar lebih mudah difahami para pembaca.

"Rakayat Malaysia memang kurang gemar membaca, namun kita tidak boleh meninggalkan golongan ini sebaliknya perlu menyediakan bahan bacaan yang ringan untuk menarik minat mereka", katanya.

9.02 pagi: Perbahasan ucapan presiden PAS hari ini dimulai oleh perwakilan Negeri Sembilan, Darus Mansur.

Beliau meminta DHPP diberikan pendidikan khas untuk memberi kefahaman tentang dasar dan perjuangan PAS.

"Kita yakin jika PAS bijak menggunakan DHPP tidak mustahil satu hari nanti MCA dan MIC akan duduk di bawah PAS", katanya.

Bagi mencapai hasarat itu katanya, ketiga-tiga dewan iaitu Dewan Ulama', Pemuda dan Muslimat harus diperkasakan dan memastikan ketiga-tiga dewan ini membawa agenda parti.