24 Disember 2012

Nahas: UTair gantung semua pesawat ATR 72-200

10 Safar 1433H. [MOD] -


MOSCOW 4 April - Syarikat penerbangan Russia, UTair semalam telah menggantung perkhidmatan semua pesawat ATR 72-200 miliknya sehingga siasatan nahas yang berlaku di Siberia selesai.

Jurucakap syarikat berkata, nahas yang mengorbankan 31 daripada 43 penumpangnya berlaku ketika pesawat itu cuba membuat pendaratan kecemasan.

Analisis awal "kotak hitam" perakam penerbangan menunjukkan kedua-dua enjin pada ketika kejadian masih berfungsi ketika pesawat itu terhempas. - REUTERS

 

500 buah kedai pakaian di Kabul musnah dijilat api

10 Safar 1433H. [MOD] -


KABUL 24 Dis. - Satu kebakaran besar melanda pusat bandar ini, hari ini menyebabkan 500 buah kedai hangus dijilat api.

Seorang pegawai dari jabatan bomba berkata, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian yang berlaku awal pagi tadi yang melibatkan kedai-kedai pakaian di bandar ini.

Katanya, kemungkinan punca kebakaran adalah litar pintas dan anggota tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan tentera Afghanistan turut dipanggil untuk membantu memadamkan kebakaran. - AFP