19 Julai 2008

Ahli Majlis PBT Perak selamat di lantik oleh Menteri Besar.

IPOH, 18 July :- Majlis perlantikan jawatan dan angkat sumpah ahli-ahli Majlis Pihak Berkuasa Tepatan (PBT) Negeri Perak Darul Ridzuan telah disempurnakan oleh Y.A.B. Menteri Besar Perak Darul Ridzuan disini pagi tadi. Seawalnya sejak jam 8.00 pagi semua yang terlibat telah mendaftarkan diri dengan Menandatangani Borang A (Pengakuan Penerimaan Jawatan), menandatangani Akuan Penjawat Awam Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Surat Aku Janji.

Semua mengangkat sumpah dengan serentak disaksikan oleh Menteri Besar.

Lafaz Ikrar dan Angkat Sumpah penerimaan jawatan sebagai ahli-ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan sejumlah 338 orang tersebut telah melayakkan untuk memegang jawatan tersebut bagi perlantikan bagi tahun 2008 sehingga bulan Disember . Semuanya akan dinilai prestasi masing-masing pada penghujung tahun ini, kata YB. Nga Kor Meng ,Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Awam semasa memberikan ucapan aluan.

Pada kesempatan itu Y.A.B. Menteri Besar Perak Darul Ridzuan telah menyampaikan Surat Pengakuan Penerimaan Jawatan Ahli Majlis kepada Yg. Bhg. Datuk Bandar Ipoh, Yang Dipertua Malis Perbandaran dan Yang Dipertua Majlis Daerah.

Munajat rakyat Perak dalam hujan renyai-renyai

IPOH, 17 July :- Munajat rakyat Perak anjuran PAS Perak yang diadakan di Stadium Ipoh malam tadi selamat diadakan dalam keadaan hujan renyai-renyai namun kehadirannya agak memberangsangkan.




Munajat yang julung kali diadakan di negeri Perak dan di Stadium Perak melibatkan kehadiran lebih 5000 orang yang memenuhi sekitar separuh bahagian padang permainan.

Muslimin yang hadir.



Program yang dimulai dengan majlis berbuka puasa selepasa azan maghrib, diteruskan dengan sembahyang maghrib berjemaah, bacaan Yaasin, sembahyang isya berjemaah dan zikir munajat.

Muslimat juga sanggup berhujan.
Akhirnya ditutup dengan ceramah penerangan isu-isu semasa oleh YAB Menteri besar dan Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Ahmad Awang yang hadir sama sejak waktu maghrib lagi. Hadir sama ialah pimpinan parti PKR yang saya kelihatan Ust. Zulkifli Ibrahim yang juga Pengarah urusetia Penerangan Kerajaan Perak dan Bekas ADUN Bota, Kapten(B) Hj. Husaili.