14 Januari 2012

Kelantan mahu hapus hutang PTPTN

21 Safar 1433H. [MOD] -

Exco kanan kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa berkata negeri itu akan menghapuskan hutang yang ditanggung warganya daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Dalam perbahasannya di Konvensyen Pakatan Rakyat Ketiga di Alor Setar hari ini, Husam berkata bayaran itu akan dibuat sebaik Kelantan berjaya menuntut bayaran royalti minyak daripada kerajaan persekutuan.

Kenyataannya itu bagi menjawab satu cabaran yang dikemukakan seorang wakil pelajar di konvensyen berkenaan dalam sesi terdahulu.

Husam mengulas, hutang yang akan dilupuskan itu melibatkan jumlah yang dipinjam oleh pelajar berkenaan sejak tahun 2005.

Semua aset NFC telah dibekukan, bukti bahawa dakwaan ada kebenaran !

21 Safar 1433H. [MOD] -

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kesemua aset Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) telah dibekukan pada masa ini.

Katanya, beliau juga sudah menyerahkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar untuk mengkaji apakah penyelesaian yang terbaik dalam isu NFC, dengan siasatan polis yang dijalankan dan masa depan NFC itu sendiri.

NFC ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan bagi meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging
import.

Perdana menteri juga menyifatkan keputusan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengambil cuti selama tiga minggu adalah keputusan yang tepat.

Katanya, ia akan membolehkan pihak berkuasa membuat siasatan terhadap Shahrizat sama ada beliau terbabit atau tidak dengan isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).

Najib berkata ia termasuk siasatan dari awal lagi sama ada Shahrizat sebagai seorang menteri, terbabit dalam proses pemberian projek itu kepada keluarganya.

"Ya, saya dah berbincang dengan Shahrizat. Keputusan untuk ambil cuti itu adalah keputusan yang tepat untuk membolehkan pihak berkuasa jalankan siasatan yang rapi.

"Dan Datuk Seri Sharizat beritahu dia sanggup disiasat sepenuhnya dan apa yang akan berlaku kemudian tertakluk kepada hasil siasatan itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan di Parit Buntar hari ini.

Shahrizat dalam satu kenyataan Khamis lepas mengumumkan telah memohon bercuti rehat selama tiga minggu mulai semalam daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Shahrizat berdepan isu NFC, yang diterajui suaminya Dr Mohamad Salleh, apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lepas menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya.

Isu itu semakin panas berikutan dakwaan Pakatan Rakyat tentang wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC.

Pada 12 Jan lepas Parti KEADILAN mendesak kerajaan supaya membekukan aset National Feedlot Corporation (NFC) sebelum syarikat itu mengadakan mesyuarat agung tergempar (EGM) dan mesyuarat lembaga pengarahnya.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata pembekuan aset itu penting bagi memastikan NFC tidak melakukan penstrukturan semula kerana ia akan membantutkan siasatan polis.

PAS, DAP, PKR adalah 'kuda perjuangan'

21 Safar 1433H. [MOD] -

ALOR SETAR, 14 Jan: PAS, DAP dan PKR tidak pernah diperalat, diperkuda dan diperbodohkan antara satu sama lain, sebaliknya ketiga-tiga parti itu adalah 'kuda-kuda perjuangan' untuk merubah landskap politik tanah air.

Hanya dengan kuda-kuda perjuangan itu yang yang akan membolehkan politik kotor yang diamalkan oleh Umno BN di negara ini dibersihkan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya melangkah ke Putrajaya pada PRU Ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, oleh itu dakwaan Umno yang mengatakan PAS diperalatkan atau diperkudakan oleh DAP ternyata tidak berasas.

"Kita adalah kuda-kuda perjuangan dan kita tidak sekali-kali boleh diperbodohkan oleh sesiapa, insya Allah," katanya ketika berucap pada sesi Penggulungan pada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 di Stadium Sultan Abdul Halim Mu"adzam Shah, di sini, hari ini.

Berucap pada sesi yang dipengerusikan oleh Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah itu, beliau berkata, kerjasama erat antara PAS, DAP dan PKR ternyata amat mencemaskan Umno sehingga menyebabkan mereka sanggup membuat dakwaan seperti itu.

Bagaiamanapun, katanya, rakyat tahu realiti yang sebenarnya dan tidak lagi boleh diperbodohkan oleh Umno BN, sebaliknya ingin bersama-sama Pakatan Rakyat untuk menukar kerajaan pada PRU Ke-13 nanti.

"Sejak berada di bawah pemerintahan BN, rakyat juga sudah tahu betapa tidak bertanggungjawabnya Umno BN dalam pelbagai perkara termasuk Bahasa Melayu sendiri sebagai bahasa rasmi negara yang dikerdilkan," katanya.

Mereka juga, tambahnya, turut memainkan isu perkauman, pada hal kedudukan Malaysia sebagai negara yang didiami pelbagai kaum dan mempunyai pelbagai budaya boleh mendatangkan kekuatan kepada negara jika ditangani dengan betul.

"Begitu juga dengan permuafakatan yang diadakan oleh PAS dan DAP sebenarnya adalah atas perkara-perkara yang tidak berbeza yang boleh dimuafakati.

"Manakala dalam perkara-perkara yang berbeza pula, kita akan bertasamud," tegasnya yang juga Ahli Parlimen Marang, Terengganu.

Politik, tegas beliau lagi, adalah amanah Allah yang mesti dijaga dengan baik kerana ia adalah perkara yang baik dan bersih.

"Inilah yang dipraktikkan oleh PAS sejak dulu seperti yang dikehendaki oleh Islam, tetapi Umno BN tidak pernah mempedulikan perkara itu sehingga menyebabkan politik menjadi amat kotor di tangan mereka," ujar beliau.

Ma Ying-jeou dahului pilihan raya Presiden Taiwan

21 Safar 1433H. [MOD] -

TAIPEI: Pemimpin Taiwan yang mempunyai hubungan baik dengan China, Ma Ying-jeou sedang mendahului dalam pilihan raya Presiden, lapor televisyen tempatan.

Pada ketika jumlah undi sebanyak 10 peratus baru dikira hari ini, Ma, 61, yang juga bekas Menteri Keadilan dan Datuk Bandar Taipei, mendapat 52.6 peratus undi manakala pembangkang dari Parti Progresif Demokratik, Tsai Ying-wen meraih 44.5 peratus.

Calon ketiga, James Soong, bekas orang kuat dalam Parti Nasionalis yang dipimpin Ma cuma mendapat 2.9 peratus undi. - AP

Sultan Kelantan dahului senarai penerima darjah kebesaran Kedah


21 Safar 1433H. [MOD] -

ALOR SETAR: Sultan Kelantan Sultan Muhammad Ke-V mendahului senarai penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena keputeraan ke-84 Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit di sini, esok.

Sultan Muhammad adalah penerima tunggal Darjah Kerabat Kedah (D.K).

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral, Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin pula dianugerahkan Darjah Seri Setia Diraja Kedah (S.S.D.K) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Tiga orang penerima Darjah Paduka Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (D.H.M.S) (gelaran Datuk Paduka) ialah pengasas Universiti Lim Kok Wing, Tan Sri Dr Lim Kok Wing; Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Zulkifli Zainal Abidin; dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar.

Pengarah Urusan United U-Li Corporation Berhad, Datuk James Lee Yoon Wah; Pengarah Jabatan Keselamtan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Pesuruhjaya Datuk Salleh Mat Rashid; Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi; dan Pegawai Khas Perdana Menteri, Prof Datuk Dr Khairul Annas Jusoh akan menerima Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah (D.G.M.K) (gelaran Datuk Wira).

Penasihat kepada Perdana Menteri, Datuk Othman Abd Razak pula adalah penerima tunggal Darjah Kebesaran Mahkota Kedah (D.P.M.K) yang membawa gelaran Datuk.

Darjah Setia Diraja Kedah (D.S.D.K) yang juga membawa gelaran Datuk akan dianugerahkan kepada 44 orang manakala 18 lagi menerima Jaksa Pendamai (J.P).

Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan, Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah akan mewakili Tuanku Abdul Halim menganugerahkan darjah serta bintang kebesaran tersebut di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit, pagi esok.

Antara penerima D.S.D.K. ialah Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail; dua anggota Exco kerajaan Kedah, Aishah Ghazali dan S Manikumar; ahli Dewan Negara, Senator Boon Som a/l Inong; ahli perniagaan, Datuk Muhammad Ikmal Opat Abdullah; dan Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim.

Setiausaha Kerajaan Kedah, Datuk Paduka Rasli Basir, Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Dr Isa Ismail serta tiga Exco kerajaan negeri, Datuk Taulan Mat Rasul, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Tan Chow Kang antara penerima J.P.
- BERNAMA

Pakatan Rakyat Junjung Kasih Ucap Tahniah kepada Sultan Abdul Halim

20 Safar 1433H. [MOD] -

Konvensyen Pakatan Rakyat kali Ke 3 diakhiri dengan ucapan tahniah dan menjunjung kasih dari Pakatan Rakyat sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Kedah kali ke 84 yang akan diadakan esok seperti yang diumumkan oleh pengerusi majlis.

Para hadirin yang beragama Islam juga diajak untuk menyedekahkan bacaan Al Fatihah kepada Almarhum Ust Fadzil Nor.

Anwar cabar Najib debat.

20 Safar 1433H. [MOD] -

ALOR SETAR, 14 Jan :- Terima kasih kepada semua, demikian antara ucapan awal Pemimpin Utama Pakatan Rakyat, DS Anwar Ibrahim semasa memberi ucapan penggulungan terakhir dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Ke 3 yang diadakan di Stadium Sultan Abdul Halik sejak pagi tadi di sini.

Kita hendaklah belajar dari pengalaman, katanya

Pakatan rakyat membawa misi untuk membetul dan merungkai sistem yang bobrok, dan Pakatan Rakyat mesti pertahankan idealisme.

Merujuk kepada ucapan PM Najib yang mengatakan Demokrasi di Malaysia adalah yang terbaik didunia dengan syarat pertama mesti memastikan pilihanraya di Malaysia mestilah bersih, katanya.

Kedua katanya ialah media mestilah diberikan kebebasan.

Beliau juga menegaskan juga bahawa malaysia menuntut sistem kehakiman yang adil.

Anwar juga mencabar diadakan debat terbuka dengan Najib.

Merujuk kepada pengumuman dari Najib yang hari ini membekukan harta suami Shahrizat dengan katanya ini adalah kerana suara rakyat dan suara keramat anak muda dan pimpinan Pakatan Rakyat.

"Ianya tidak boleh diharapkan lagi oleh pimpinan UMNO, MCA dan MIC" katanya.

Kehancuran politik di Malaysia adalah kerana tidak ada integriti dan ini yang tidak ada pada UMNO.Kata Anwar.

DS Anwar juga menegas mana ada di dunia seorang Menteri Besar di dunia dan saya menceritakan kepada cucu Matma Ghandi yang tidak ada syarikat, balak dan saham.

Kita juga ada bukti bahawa tol boleh dihapuskan seperti yang dilakukan oleh Tuan Guru Hj Hadi semasa jadi MB Terengganu. Katanya

Fokus kita sekarang ialah pilihanraya, satu suara, satu agenda untuk menuju Putrajaya.Tegasnya dengan nada keras.

"BN umpama singa tua yang tidak boleh mengigit,walau kita nampak dia lincah" tegasnya.

Nik Aziz : Melayu di tipu oleh UMNO

20 Safar 1433H. [MOD] -

Jangan kita digigit binatang berbisa dalam lubang yang sama. Demikian ucapan Mursyidul Am PAS YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz dengan merujuk sikap BN yang menedang keluar PAS selepas mereka kuat bila kita pernah bersama mereka yang sedang lemah.

Sebab itu bila diajak untuk bersama lagi dengan BN maka saya kata "cis".

"Kalau kita disengat dua kali dalam lubang sama itu adalah bodoh" tegasnya semasa memberi ucapan dalam sesi penggulungan Konvensyen PR.

Rampasan kuasa di Perak membuktikan tindakan Kita tidak bersama dengan. BN adalah betul, katanya.

Beliau juga menegaskan bahawa orang Melayu telah ditipu oleh UMNO kononnya PAS adalah pemecah belah sedangkan realitinya sebaliknya dengan merujuk kepada beberapa kes di Kelantan dengan adanya orang cina dan siam yang tidak takut kepada Islam Kelantan.

"Pakatan Rakyat akan membela agama, Bangsa Melayu dan Raja Melayu," tegas Penasihat DAP, YB. Lim Kit Siang yang berucap sebelum itu. Beliau berkata demikian semasa berucap dalam sesi penggulungan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat hari ini. Ucapan beliau itu merujuk kepada ucapan Najib yang kononnya bila UMNO kalah tiada yang akan bela agama, raja dan orang Melayu.

Guang Eng : PR lebih baik dari BN

20 Safar 1433H. [MOD] -

ALOR SETAR, 14 Jan :- Konvensyen Pakatan Rakyat sesi petang di akhiri dengan sesi ucapan penggulungan dari Pimpinan PR.

Sesi ini dimulai dengan penegasan dari moderator Yb. Wan Rahim yang mengatakan Konvensyen. Kali ke 4 akan diadakan di Putrajaya.

Penggulug pertama ialah dari Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah dengan antaranya beliau. Mengucapkan terima kasih dari seluruh mereka yang mwndokong selama DS Anwar dan keluarga diaibkan sehingga dibebaskan oleh mahkamah pada 9 Jan yang lepas.

Berikutnya YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guang Eng yang menegaskan bahawa PR telah membuktikan ia lebih baik dengan prestasi pentadbiran di negeri Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.

Ikrar kukuhkan Pakatan Rakyat.


20 Safar 1433H. [MOD] -

ALOR SETAR, 14 Jan :- Sesi petang Konvensyen Pakatan Rakyat yang berlangsung di sini diteruskan dengan sesi ucapan-ucapan dari perbahasan perwakilan yang Moderatornya YB. Sivakumar. Beliau memulai ucapan dengan menyatakan masa yang diperuntukkan untuk setiap pembahasa dan sekiranya ada yang tidak ikut peraturan, beliau katanya akan mengarahkan bentara untuk angkat keluar, dengan disambut dengan suasana gamat kerana perwakilan memahami Sivakumar merujuk kepada Kesnya di Perak.

Pembahas sesi petang ialah Fadiah Nadwa (PKR), Saudari Kasthuri Patto (DAP) dan Drm Rosli Yaacob (PAS).

Selepas itu satu bacaan ikrar Pakatan Rakyat yang di ketuai oleh )b. Dato Takiyuddin dengan diikuti oleh semua yang hadir .

Kerajaan perlu dedah daftar pengundi warga asing

20 Safar 1433H. [MOD] -

ALOR SETAR, 14 Jan: Seluruh rakyat negara ini diseru menolak politik kotor yang diamalkan di negara ini oleh para pemimpin Umno BN dengan menukar BN kepada Pakatan Rakyat pada PRU Ke-13 akan datang.

Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga sehubungan itu menyeru seluruh rakyat negara ini menolak segala ciri yang menyumbang kepada politik kotor termasuk menolak pemimpin-pemimpin yang tidak berintegriti.

Menurutnya, selain itu, orang ramai juga perlu menolak pemimpin-pemimpin yang rasif dan pasif dan pemimpin yang mementingkan diri berbanding kepentingan rakyat.

Berucap pada Acara Suara Nurani Rakyat pada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 di Stadium Sultan Abdul Halim Mu"adzam Shah, di sini, hari ini, beliau berkata, pentadbiran Kerajaan BN ternyata gagal mencegah rasuah, malah indeks rasuah di negara ini terus meningkat dari kedudukan di tangga ke-10 ke tangga ke-6 tahun lalu.

"Aset negara yang telah dikeluarkan ke luar negara juga cukup tinggi sehingga USD291 bilion tahun lalu dan pengeluaran aset secara haram ini mestilah dihentikan," katanya.

Beliau turut mendesak pihak kerajaan dan menteri terbabit mendedahkan akaun petronas untuk pengetahuan seluruh rakyat.

Begitu juga dengan data-data berhubung pendaftaran warganegara asing sebagai pengundi di negara ini yang mesti didedahkan oleh menteri yang bertanggungjawab.

"Kerajaan BN juga mestilah melaksanakan lapan tuntutan Bersih terlebih dahulu sebelum mengadakan PRU Ke-13," ujar beliau.

Kesemua tuntutan itu telah dinyatakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen baru-baru dan ia mestilah dilaksanakan oleh kerajaan sebelum pilihanraya diadakan.

"Kalau tidak tak ada gunanya kerajaan menubuhkan jawatankuasa itu," tegas beliau.

Harakahdaily/_

Konvensyen Pakatan Rakyat ke-3 capai matlamat

20 Safar 1433H. [MOD] -

ALOR SETAR, 14 Jan: Para pemimpin Pakatan Rakyat berpuas hati dengan perjalanan Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 dengan menyifatkannya sebagai konvensyen yang menepati matlamat diadakan.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, matlamat utama konvensyen itu diadakan antara lain untuk mendengar rintihan rakyat dan matlamat tersebut berjaya dicapai setelah acara mengenainya berlangsung dengan jayanya.

"Daripada maklumat yang diperolehi itu, kami akan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi membantu rakyat sehingga membolehkan Pakatan Rakyat ke Putrajaya," katanya pada sidang media yang diadakan bersama dengan kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat di Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, di sini, hari ini.

Selain itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang, Terengganu, turut berpuas hati dengan perjalanan acara perbahasan perwakilan yang ternyata memberikan impuk yang besar bukan sahaja kepada gabungan pakatan itu, tetapi juga kepada rakyat.

Beliau juga berharap agar keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan dan melepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tuduhan liwat pada 9 Januari lalu sebagai titik mula kebebasan kehakiman di negara ini.

"Kita berharap agar titik mula kebebasan kehakiman itu akan disusuli dengan kebebasan media dan kebebasan rakyat untuk bersuara bagi membolehkan rakyat memperolehi haknya untuk bersuara," tegasnya.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata, perbahasan perwakilan memberikan input yang penting kepada rakyat untuk membantu Pakatan Rakyat melangkah ke Putrajaya.

"Rakyat amat perlu diberikan impuk yang penting bagi membolehkan Pakatan Rakyat ke Putrajaya bagi membolehkan rakyat menikmati kemerdekaan yang sebenar," tegasnya.

Manakala Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, konvensyen yang diletakkan di bawah Datuk Mahfuz Omar sebagai Pengerusi Induk kali ini bukan sahaja penting kepada Pakatan Rakyat, tetapi juga seluruh rakyat negara ini.

Beliau menjangkakan PRU Ke-13 mungkin akan menjadi pilihanraya paling kotor dalam sejarah pilihanraya di negara ini.

"Jadi tema konvensyen kali ini 'Bersihkan Malaysia' amat bertepatan kerana ia selaras dengan keinginan Pakatan Rakyat untuk ke Putrajaya bagi membolehkan negara ini bebas dari amalan politik kotor BN selama ini," tegasnya.

Turut hadir pada sidang media itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Harakahdaily/-

Pakatan rahsiakan dahulu kandungan manifestonya

Safar 1433H. [MOD] -

ALOR SETAR, 14 Jan: Pakatan Rakyat membuat keputusan akan merahsiakan dahulu kandungan manifesto pilihan raya ke 13 mereka sehinggalah Parlimen dibubarkan.

Pengerusi Jawatankuasa Tawaran Jingga iaitu manifesto Pakatan Rakyat, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata, langkah ini terpaksa diambil ekoran tanda-tanda pilihan raya ke 13 masih kabur.

Beliau mengumumkan dalam konvensyen Pakatan Rakyat ke 3 hari ini.

Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-3 bertemakan 'Bersihkan Malaysia' bermula di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Alor Setar, bermula hari ini, 14 Januari 2012.

Konvensyen diadakan pada saat Pakatan Rakyat berada di landasan terbaik dan kukuh, selepas semua tohmahan yang melanda kepimpinannya, sama ada yang bersifat peribadi, mahu pun serangan kepada Kerajaan-Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat, dapat ditepis dengan sebaik-baiknya.

Sebelum pembebasan Datuk Seri Anwar dari fitnah Liwat 11, Pakatan Rakyat merancang untuk melancarkan manifesto bersama mereka malam ini.

Perkara ini dinyatakan oleh Pengarah Konvensyen ini yang juga Exco kerajaan negeri Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi dalam satu sidang medianya baru-baru ini.

Harakahdaily/-

Bersihkan Malaysia dari BN

20 Safar 1433H. [MOD] -

Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-3 bertemakan 'Bersihkan Malaysia' berlangsung di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Alor Setar, bermula hari ini, 14 Januari 2012.

Konvensyen diadakan pada saat Pakatan Rakyat berada di landasan terbaik dan kukuh, selepas semua tohmahan yang melanda kepimpinannya, sama ada yang bersifat peribadi, mahu pun serangan kepada Kerajaan-Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat, dapat ditepis dengan sebaik-baiknya.

Empat tahun penubuhan Pakatan Rakyat, dengan empat negeri (selepas Perak dirampas Barisan Nasional), selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dengan segala pertuduhan, Pakatan Rakyat dilihat semakin kukuh dan semakin tersemat di hati rakyat, bahawa ia merupakan alternatif terbaik untuk menggantikan BN.

Itulah persepsi rakyat Malaysia kebanyakannya. Rakyat sudah bersedia menolak Umno-BN, selepas segala macam fitnah dan pertuduhan dilemparkan media arus perdana terhadap individu, parti dan kerajaan Pakatan Rakyat, semuanya terbukti palsu dan tersasar.

Rakyat sudah menyedari bahawa, selama ini Umno-BN sengaja menciptakan kepalsuan, mengaibkan, menghina serta memomok-momokkan Pakatan Rakyat semata-mata untuk menyelamatkan kedudukan politik mereka.

Umno-BN menyangka, dengan memahatkan politik jijik dan lucah, kononnya dilakukan pemimpin Pakatan Rakyat akan dapat memesongkan sokongan rakyat pada Pilihan Raya Umum 2008, kembali kepada mereka.

Namun mereka ternyata salah perhitungan. Umno-BN tersilap dalam membaca arah pemikiran rakyat. Usaha mereka melaga-lagakan, memecahbelahkan, merampas kerajaan negeri, membeli wakil rakyat dan sebagainya, semuanya ditolak rakyat.

Bukannya rakyat kembali kepada Umno-BN, malah rakyat semakin berpaling jauh daripada seluruh anggota komponen BN, termasuk pemimpin-pemimpin Umno-BN itu sendiri.

Rakyat nampaknya sudah bersedia untuk memilih Pakatan Rakyat untuk menggantikan Umno-BN. Sama ada dari kalangan pegawai tinggi kerajaan, sehinggalah ke kaum buruh, petani dan nelayan, sebahagian besar mereka sudah sedar, bahawa kerajaan yang didokong sejak sebelum merdeka, merupakan kerajaan yang gagal membela nasib rakyat.

Mereka sudah melihat dan merasakan sendiri, bahawa di bawah kepimpinan PAS di Kelantan sejak 1990 dan Kedah, Pulau Pinang serta Selangor dalam tempoh empat tahun ini, Pakatan Rakyat boleh memerintah, jauh lebih baik daripada 50 tahun di bawah Umno-BN.

Pakatan Rakyat menawarkan kesejahteraan kehidupan kepada rakyat. Pakatan Rakyat membuktikan ia berjaya menyelamatkan wang negeri dan mendapat pujian daripada Ketua Audit Negara, kerana berjaya menaikkan hasil negeri, sekaligus berbelanja dengan berhemah.

Manakala pemimpin-pemimpin kerajaan Pakatan Rakyat dilihat bersih dari sebarang pertuduhan salahguna kuasa, bersih dari rasuah dan amalan kronisme, walaupun diserang dan dicaci media pro Umno-BN saban hari.

Dengan amalan islamik, ketelusan dan pertanggungjawab pemimpin-pemimpin politik Pakatan Rakyat, maka golongan di bawah tadbir mereka, sama ada pegawai-pegawai kerajaan dan agensi-agensi berkaitan, mula berusaha membaiki kepincangan kerajaan terdahulu sedikit demi sedikit.

Hasilnya, prestasi kerajaan Pakatan Rakyat diakui dan dipuji Audit Negara, berbanding dengan kerajaan Umno-BN yang penuh dengan kritikan, akibat ketirisan, salahguna kuasa dan amalan rasuah yang berleluasa.

Jika dalam tempoh sesingkat empat tahun Pakatan Rakyat boleh membersihkan kerajaan-kerajaan negeri dari segala kepincangan yang dilakukan Umno-BN selama 50 tahun, maka apakah dalam masa yang singkat juga Pakatan Rakyat tidak boleh membersihkan Malaysia?

Sudah tentu boleh. Sudah tentu Pakatan Rakyat boleh membersihkan segala kepincangan politik, ekonomi dan sosial yang punah akibat kebobrokan pemimpin Umno-BN.

Tidak lain dan tidak bukan, cara yang terbaik untuk membersihkan Malaysia ialah dengan membersihkannya dari terus dikuasai Umno-BN pada PRU akan datang.

Harakahdaily/-

Kapal persiaran Costa Concordia


20 Safar 1433H. [MOD] -GAMBAR fail kapal persiaran Costa Concordia ketika tiba di Pelabuhan Civitavecchia, Rome pada Julai 2006. Kapal persiaran berkenaan yang sedang belayar mengelilingi Mediterranean terkandas dan mula dimasuki air serta senget kira-kira 20 darjah selepas terlanggar terumbu karang, dekat Pulau Isla del Giglio, lewat malam tadi. - Foto EPA

Terima Kasih, Najib umum RM490 juta untuk projek tebatan banjir di Kerian

20 Safar 1433H. [MOD] -

Saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri 1Malaysia, Datuk Seri Najib Razak yang pada pagi ini mengumumkan peruntukan RM490 juta untuk melaksanakan projek tebatan banjir di Daerah Kerian bagi mengatasi masalah banjir yang sering melanda daerah itu.

Pengumuman itu di buat ketika beliau merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2011 di sini, sebentar tadi.

Perdana Menteri berkata, Kementerian Sumber Asli dalam Alam Sekitar akan memanggil tender bagi beberapa pakej pelaksanaan projek itu.

Beliau turut mengumumkan pembinaan sebuah hospital daerah.

Sebagai catatan, isu banjir yang berlaku di sekitar bandar Parit Buntar yang terletak dalam DUN Titi Serong berupa banjir kilat dan di sekitar Lembah Beriah dan Bukit Merah telah diperkatakan sekian lama oleh ADUN BN dan termasuk dari kami Pakatan Rakyat

Banyak kali ianya dipersoalkan di DUN Perak termasuk oleh ADUN PAS yang menang pada tahun 1999 iaitu Peguan Azhar Sharin.

Begitu juga ianya menjadi persoalan di Parlimen semasa Dato Hasan Ali dan sekarang YB Dr. Mujahid.

Alhamdulillah sudah hampir dengan PRU 13 ianya diumumkan dan semuga ianya buka sekadar pengumuman dan gula-gula.

Ini saya bangkitkan berdasarkan isu Hospital Daerah yang sekali lagi diumumkan oleh Najib pagi ini sedangkan pada kempen PRU 2008 program pecah tanah telah dilakukan di Simpang 5.Namun sudah hampir satu penggal pentadbiran namun belum dilaksana,dan ianya dijanjikan sekali lagi.

Wakil Mahasiswa : Tuntut AUKU dimansuhkan.

20 Safar 1433H. [MOD] -

ALOR SETAR, 14 Jan :- Layanan buruk diberikan kepada mahasiswa lebih buruk dari banduan yang menikmati makan dan kesihatan percuma sedangkan bila habis belajar mahasiswa dikejar oleh hutang PTPTN sehingga ke dalam selimut. Demikian penegasan oleh wakil mahasiswa, sdr. Akram Ikrami.

Beliau juga menegaskan AUKU bukannya perlu dipinda tetapi mestilah dimansuhkan.

Pakatan Rakyat juga mestilah memberi peluang yang jelas kepada para mahasiswa dan tokoh akademik. Cadangnya kalau perlu boleh diadakan wakil mahasiswa di parlimen.

Ucapan bernas dari beliau itu juga mengakhiri sesi rintihan hati nurani rakyat dalam Konvensyen PR yang berlangsung disini hari ini.

Sesi rintihan hati nurani rakyat (2)

20 Safar 1433H. [MOD]

ALO SETAR, 14 Jan :-Media tidak bebas dan dan rakyat dihalang bercakap dan kalau banyak bercakap akan ditangkap dan saya tidak kurang dari 7 kali telah ditangkap, demikian penegasan dari Wakil dari Sarawak, Nicholas Mujah semasa mewakil negerinya menyampaiakn ucapan dalam Konvensyen PR ke 3 yang belangsung disini hari ini.

Wakil Budayawan, Disman pula menegaskan mengenai sikap opurtunis , metrialis dan kemunafikan yang ujud dalam masyarakat yang mula subur semasa Mahathir menjadi PM

Beliau juga mendedahkan GAPENA adalah dianggotai oleh penyokong kuat UMNO.

Katanya lagi PR mesti mengiktiraf para budayawan.

Sesi rintihan hati nurani rakyat hiasi Konvensyen PR

20 Safar 1433H. [MOD] -

ALOR SETAR, 14 Jan :- Sesi kedua Konvensyen PR diteruskan dengan sesi ucpan suara hati nurani rakyat Malaysia.

Orang pertana yang diberikan peluang berucap ialah wakil dari warga Felda yang telah mendedahkan secara terperimci penipuan pemimpin BN terhadap warga Felda.

Wakil dari penjawat awam, Brig Jen(B) Datuk Abd Hadi Abd Khatab memulia ucapan dengan harapan BN mesti dijatuhkan dan menyeru semua rakyat Malaysia melakukan perubahan.

Beliau menegaskan supaya Pimpinan Rakyat tidak bertolak ansur dalam persoalan undi pos.

Tan Sri Simon Sipuan mewakili negeri Sabah dan juga bekas Timbalan Pengerusi Suhakan pula mendedahkan selepas 49 tahun Sabah bersama Malaysia menjadi negeri yang termiskon sedangkan sabah negeri Sabah banyak dengan hasil dan tanah yang subur.

Mat Sabu : Malaysia akan Bankrap bila undi BN.

20 Safar 1433H. [MOD] -

ALOR SETAR , 14 Jan.:- Malaysia akan bankrap bila undi Barisan Nasional, jangan beri undi anda kepada Pakatan Rakyat selepas Malaysia Bankrap tetapi berikan undikan undi anda sebelum Malaysia bankrap, demikian antara penegasan dari Timbalan Presiden PAS semasa menyampaiakan ucapan aluan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat disini pagi ini.

Selain itu wakil dari DAP, YB. Senator Tunku Aziz yang juga Timbalan Pengerusi DAP menyampaikan ucapan aluan mewakili DAP dengan mengucapkan ucapan tahniah dan menjunjung kasih diatas Perlantikan Sultan Abdul Halim sebagai Yang DiPertuan Agung untuk kali ke 2.

Wakil dari PKR pula iaitu Timbalan Presiden, YB Azmin Ali menegaskan bahawa PR sudah siap untuk ke Putrajaya dengan pemimpin yang bersih dan berwibawa.

Pada masa ini lebih dua pertiga dari kerusi Stadium tertutup Sultan Abdul Halim telah dipenuhi oleh perwakilan dan para pemerhati.

Konvensyen PR ke 3 Berlansung di Alor Setar.

Ucapan Aluan dari Wakil PAS diwakili oleh Timbalan Presiden PAS, Hj Mohd Sabu.

20 Safar 1433H. [MOD] -

ALOR SETAR, 14 Jan.:-Konvensyen Pakatan Rakyat Ke 3 belangsung di Stadium Sultan Abdul Halim disini pagi ini dengan tema "Bersihkan Malaysia" .

Konvensyen kali disifatkan sebagao konvensyen kali terakhir sebelum menghadapi PRU ke 13.

Himpunan terbesar Pakatan Rakyat yang diadakan di negeri Kedah dihadiri oleh semua pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat dari PAS, DAP dan PKR.

Majlis dimulakan dengan Nyanyian Negaraku dan bacaan doa yang disempurnakan oleh Ketua Penerangan PKR Pusat Ust. Dr. Muhd Nur Manuty.

Ucapan Aluan di sempurnakan oleh Pengarah Jawatankuasa PelaksanaN YB. Dato' Mahfoz Omar.