21 Oktober 2021

Balu Allayarham Fadzil Noor, meninggal

 

Pemergian allahyarhamah turut diciap dalam Facebook Timbalan Dekan (Jaringan & Alumni) Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Izhar Ariff Mohd. Kashim.

PETALING JAYA – Balu kepada bekas Presiden Pas, Datuk Fadzil Noor, Datin Khatijah Ibrahim, 77, dilaporkan meninggal dunia petang ini.

Allahyarhamah meninggal dunia pada kira-kira pukul 4,43 petang di Hospital Kuala Lumpur kerana kegagalan buah pinggang.

Memetik Utusan Malaysia, anak ketujuh allahyarhamah, Fauwaz Fadzil berkata, jenazah ibunya dijangka dikebumikan pagi esok di Tanah Perkuburan Raudah Sakinah, Kuala Lumpur-Karak.

DUN Sarawak mungkin dibubar beberapa hari lagi

 Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah

Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah

ASAJAYA: Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah tidak menolak kemungkinan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan dalam beberapa hari lagi.

Beliau berkata, ia bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN Ke-12) Sarawak diadakan, selepas DUN yang sepatutnya dibubarkan pada 7 Jun lalu ditunda susulan perlanjutan Proklamasi Darurat di Sarawak sehingga 2 Februari 2022.

Pusat Kawalan Penyakit Negara di Nilai

 Pusat Kawalan Penyakit Negara berfungsi dalam pencegahan penyakit. - Foto hiasan

Pusat Kawalan Penyakit Negara berfungsi dalam pencegahan penyakit. - Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya menyerahkan lima Surat Setuju Terima Tender (SST) kepada kontraktor berjaya, termasuk bagi projek pembinaan Pusat Kawalan Penyakit Negara (NCDC).

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata projek NCDC akan dilaksanakan syarikat Nepturis Sdn Bhd dan Permata Rebana Sdn Bhd dengan nilai kontrak sebanyak RM284 juta.

Isu wiski Timah: Senjata PAN-PH akan menikam tuan?

 

BERDASARKAN rekod, antara pihak yang paling terkedepan sekali di dalam mensensasikan isu wiski buatan Malaysia yang bernama Timah ini ialah portal pro-PAN dan pemimpin PAN.

Portal pro-PAN, dalam laporan pada 15 Oktober 2021, mengisytiharkan ‘Di bawah Kerajaan Melayu Islam, Malaysia kini ada arak bernama Timah’. Boleh rujuk di sini: https://malaysiadateline.com/di-bawah-kerajaan-melayu-islam-malaysia-kini-ada-whiskey-bernama-timah/

Tak potong rambut 26 tahun

 ALLA menggayakan rambut panjangnya yang disimpan sejak berusia 12 tahun. FOTO Instagram

ALLA menggayakan rambut panjangnya yang disimpan sejak berusia 12 tahun. FOTO Instagram

Kiev: Simpan rambut sejak 26 tahun lalu. Itu yang dilakukan seorang model yang kini memiliki rambut sepanjang 1.65 meter (m), sehingga mencecah kakinya.

Alla Perkova, 38, yang juga model rambut, tidak pernah menggunting rambutnya sejak berusia 12 tahun, lapor The New York Post.

Penyelam temui pedang berusia 900 tahun

 PEDANG sepanjang satu meter  ditemui  di perairan cetek di Haifa.

PEDANG sepanjang satu meter ditemui di perairan cetek di Haifa.

Baitulmaqdis: Seorang penyelam amatur di utara Israel menemui sebilah pedang dipercayai berusia 900 tahun lalu dan dikatakan milik seorang tentera salib ().

Pedang sepanjang satu meter itu ditemui Shlomi Katzin di perairan cetek di Haifa.

Desas-desus DUN Sarawak bubar semakin kuat

 PEMANDANGAN dari udara kawasan DUN Sarawak. FOTO Bernama

PEMANDANGAN dari udara kawasan DUN Sarawak. FOTO Bernama

Kuching : Khabar angin pembubaran rasmi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) bertiup kencang sejak malam tadi.

Ada yang mendakwa pembubaran akan berlaku Jumaat ini sebelum lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Sarawak.

Tahi tikus bersepah, belacan dipijak

 

Pihak berkuasa melihat seorang pekerja menjemur belacan sambil berjalan memakai selipar di sebuah kilang di Butterworth semalam.

SEBERANG PERAI – Penggemar tauhu dan belacan pastinya akan hilang selera jika mereka menge­tahui premis yang memproses produk makanan itu di dua buah kilang di sini berada dalam ke­a­daan kotor sehingga diarahkan tutup.

Pengusaha kilang tauhu di Kampung Selamat, Tasek Gelugor di sini dan sebuah lagi premis menghasilkan belacan di Butterworth diarah untuk menutup operasi mereka selama dua ming­gu mulai semalam bagi kerja-kerja pembersihan.

Separuh penduduk Myanmar hidup bawah garis kemiskinan - PBB

 Gambar fail menunjukkan Yangon dibanjiri penunjuk perasaan menentang junta tentera di Myanmar. - Foto AFP

Gambar fail menunjukkan Yangon dibanjiri penunjuk perasaan menentang junta tentera di Myanmar. - Foto AFP

MANILA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan 20 juta orang atau separuh penduduk Myanmar kini hidup di bawah paras kemiskinan dan berpotensi menjadi pelarian.

Pemangku Residen Penyelaras PBB di Myanmar, Andrew Kirkwood, berkata krisis di negara itu bertambah buruk sejak rampasan kuasa didalangi tentera pada 1 Februari lalu.

Kerajaan setuju kaji sistem saraan baharu ganti SSM

 - Hiasan. FOTO NSTP

- Hiasan. FOTO NSTP

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju supaya satu kajian dibuat berkenaan bagi menentukan struktur baharu saraan perkhidmatan awam bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang dilaksanakan sejak tahun 2002.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abd Latiff Ahmad berkata, kajian ini perlu mengambil kira faktor-faktor berkaitan, antaranya paras Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2019 serta dasar semasa.