12 Ogos 2011

Suhu 24 selsius: Najib terlebih dahulu kena berjimat

12 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 12 Ogos: Perdana Menteri dan timbalannya adalah orang pertama yang perlu melakukan penjimatan tenaga ekoran kos untuk bil elektrik kediaman rasmi kedua-duanya berjumlah lebih RM10 juta setahun yang terpaksa dibiayai dengan duit rakyat.

Secara lebih tepat, bil elektrik untuk kedua-dua rumah rasmi pemimpin negara itu berjumlah RM10,267,868.15 seperti yang dijelaskan oleh kerajaan di parlimen sebelum ini.

Menurut AJK PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmod (gambar), arahan mewajibkan pejabat kerajaan membuka suhu pendingin hawa atas paras 24 darjah selsius untuk penjimatan adalah sesuatu yang baik, namun lebih baik jika ianya dimulakan oleh pemimpin utama negara terlebih dahulu.

Sebelum ini Harakahdaily menyiarkan, Najib mempunyai 11 pegawai media (tukang spin) yang menjaga kepentingannya sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh perdana menteri sebelum ini hatta mana-mana pemimpin dunia.

Negara dibawah pimpinan Najib juga mempunyai 30 menteri, jumlah yang terlalu besar untuk sebuah negara yang jumlah penduduknya adalah 28 juta.

UK dengan 62 juta penduduk ada 23 menteri, Perancis 66 juta ada 23 menteri, Amerika 312 juta ada 12 ahli kabinet dan Switzerland lapan juta ada tujuh menteri. Malaysia ada 28 juta penduduk dan 30 menteri.

"Janganlah arahan itu hanya dirasai oleh kakitangan awam sahaja, pemimpin utama negara perlu terlebih dahulu berjimat.

"Rakyat sudah lama berjimat tetapi pemimpin negara bagaimana," soal Dr Mariah yang juga Ahli Parlimen Kota Raja.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas arahan terbaru kerajaan supaya semua pejabat kerajaan menetapkan suhu pendingin hawa 24 darjah selsius atau lebih.

Kerajaan semalam memaklumkan akan mengeluarkan satu pekeliling berhubung perkara itu dan akan membentangkan satu akta baru di Parlimen untuk membolehkan penguatkuasaan yang sama dilakukan ke atas pihak swasta.

Ianya bertujuan bagi menjimatkan bil tenaga elektrik sehingga empat hingga tujuh peratus.

Walaupun ianya disifatkan suatu yang baik, namun apa yang masih dipertikaikan sehingga kini adalah kos pembiayaan kediaman rasmi perdana menteri dan timbalan yang dilihat langsung tiada pertimbangan untuk penjimatan.

Ia kerana kerajaan terpaksa membelanjakan hampir RM49 juta setahun untuk membiayai kos kediaman mereka.

Ia membabitkan kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu RM32,972,115.55, kos baik pulih RM3,581,744.78, bil elektrik RM10,267,868.15 dan bil air RM1,967,386.55 untuk satu tahun.

Jika dibahagikan, jumlah bil elektrik sebulan mereka adalah hampir RM160,000 sebulan.

"Bukan elektrik sahaja kena berjimat, air juga kena berjimat. Jika sudah tak ada sumber nanti, duit banyak pun dah tak guna.

"Satu lagi kepada pemimpin-pemimpin negara, berjimat la juga bila membuat majlis jamuan makan tu, bermewah sangat jangan sampai membazir," katanya.

harakahdaily/-

Najib, Rosmah hadir untuk ditemubual peguam Anwar

12 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor berada di Kompleks Mahkamah Jalan Duta untuk ditemubual oleh peguam yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka tiba pada jam 2.55 petang ini dan kini berada di tingkat tujuh.
Manakala bekas ketua polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof (juga) juga hadir untuk ditemubual.

Anwar juga berada di situ untuk menghadiri temubual tersebut.

Peguam Karpal Singh, Sankara Nair dan Param Cumaraswamy mengendalikan temubual itu.

Najib dan Rosmah hadir hari ini untuk ditemuramah ekoran pertemuan mereka dengan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, di kediaman rasmi mereka ketika Najib menjadi timbalan perdana menteri

Mereka bertemu Saiful dua hari sebelum dakwaan berlakunya insiden liwat.

Sejak hari pertama lagi, Anwar bertegaskan mendakwa wujud konspirasi politik ekoran laporan bahawa mereka bertiga mengadakan pertemuan sebelum insiden liwat didakwa berlaku.

Difahamkan perdana menteri dan Rosmah meninggalkan kompleks mahkamah kira-kira jam 3.28 petang.

malaysiakini/-

Warga Emas Mati, Isteri Cedera Ditetak

12 Ramadhan 1432H. [MOD] -

ALOR SETAR 12 OGOS : Seorang lelaki berumur 60 tahun mati ditetak dengan parang oleh anggota keluarga terdekatnya manakala isteri cedera dalam satu kejadian sejurus sebelum berbuka puasa di rumah mereka di Kampung Pasir Putih di Kuala Nerang dekat sini Khamis malam.

Dalam kejadian sekitar 7 malam tadi, Seman Siron, 60, meninggal dunia di Hospital Kuala Nerang akibat kecederaan di kepala, putus pergelangan kaki kanan selain cedera di kedua-dua belah tangannya manakala isterinya, Hasmah Abdul Majid, 58, cedera di belakang kepala.

Ketua Polis Daerah Padang Terap DSP Ku Yaacob Ku Hamad dipetik Bernama Online berkata, kejadian itu dipercayai berlaku apabila suspek berusia 33 tahun memarahi anak-anak saudaranya yang membuat bising ketika mereka sedang menunggu untuk berbuka puasa.

“Apabila Seman menegurnya supaya tidak memarahi cucu-cucunya, suspek naik angin lalu mengambil parang dan menetak Seman di bahagian tengah kepala dan kakinya.

“Kedua-dua belah tangan mangsa turut cedera kerana dipercayai cuba menahan tetakan,” kata beliau.

“Suspek turut menetak Hasmah di belakang kepala. Ketika kejadian ada lapan orang di dapur rumah itu termasuk tiga kanak-kanak berusia enam, lapan dan 11 tahun manakala dua lagi adalah anak pasangan itu,” katanya.

Seman dan Hamsmah dibawa oleh anak mereka ke Hospital Kuala Nerang tetapi Seman meninggal dunia pada 7.30 malam dan mayatnya dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk bedah siasat.

Hasmah masih dirawat di Hospital Kuala Nerang dan terpaksa menerima lima jahitan. Keadaannya dilaporkan stabil.

tv selangor/-

Lelaki ditangkap selepas rakyat M'sia diserang di London

12 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Polis Britain berkata mereka telah menahan seorang lelaki berhubung kes rompakan terhadap pelajar Malaysia semasa rusuhan di London minggu ini oleh sekumpulan yang berpura-pura mahu membantunya.

Suspek yang berusia 20-an itu, ditahan polis walaupun pelajar Malaysia tersebut, Asyraf Haziq Rosli, menegaskan dia tidak berdendam terhadap apa yang berlaku Isnin lalu, dan mahu terus tinggal di Britain sehingga tamat pengajiannya dalam bidang perakaunan.

Rakaman video mengenai Asyraf dibantu sewaktu rusuhan di Barking, Timur London, yang memaparkan sekumpulan lelaki memeriksa dan mencuri barangannya, dianggap antara imej yang mengejutkan dalam rusuhan tersebut.

Video ini disaksikan hampir tiga juta kali di di YouTube (kanan) dan insiden itu dikutuk oleh Perdana Menteri Britain, David Cameron sebagai "menjijikkan".

Dalam satu kenyataan, Scotland Yard mengesahkan seorang lelaki telah ditangkap berhubung serangan tersebut, yang berlaku ketika Asyraf, 20, dalam perjalanan untuk menemui rakannya di Ham Timur yang bimbang mengenai rusuhan.

"Suspek yang dipercayai dalam usia 20-an, telah ditahan. Siasatan masih diteruskan."

Asyraf telah menjalani pembedahan ke atas rahangnya yang patah akibat serangan tersebut. Dia telah dibenarkan keluar dari hospital pagi semalam.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Asyraf berkata dia tidak berhasrat untuk meninggalkan Britain sekaraang kerana mahu menamatkan pengajiannya dalam tempoh dua tahun lagi.

"Saya merancang untuk menamatkan pengajian saya di sini," kata Asyraf, walaupun mengakui keluarganya memintanya pulang ke Malaysia.

"Saya mahu ibu datang melawat saya di sini. Saya bercakap dengan ibu, dia sangat bimbang. Dia mahu saya pulang. Saya tak nak," katanya.

malaysiakini/-

Kedah turut bayar bonus minima RM500

12 Ramadhan 1432H. [MOD] -

ALOR SETAR, 12 Ogos: Menteri Besar, Dato' Seri Azizan Abdul Razak dalam kenyataannya kepada media hari ini telah mengumumkan pembayaran bonus setengah bulan gaji dengan kadar minima RM500 kepada kakitangan kerajaan negeri bulan ini.

Azizan berkata, kerajaan negeri akan mengikut langkah yang diambil kerajaan pusat dalam pemberian bonus itu selain turut memberikan bonus setengah bulan gaji kepada semua anggota dewan undangan negeri (Adun) di Kedah.

"Kita akan bayar pada 18 Ogos nanti bersama gaji bulan ini, keseluruhannya kita akan bayar lebih RM5 juta," katanya yang dipetik dari Bernama.

Sementara itu, Azizan yang ketika ini masih menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) semakin beransur pulih dan akan dibenarkan pulang tidak beberapa lama lagi.

"Saya dah baik tapi masih berehat, sekarang dah banyak perubahan. InsyaAllah, minggu depan saya boleh balik Alor Setar," katanya.

Beliau dimasukkan ke IJN, 29 Julai lalu selepas mengadu sakit pada bahagian jantung dan hasil pemeriksaan doktor mendapati ada saluran tersumbat dan perlu mendapatkan rawatan susulan.

harakahdaily/-

MB Kedah Keluar IJN Minggu Depan

12 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 12 OGOS : Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur dijangka dibenarkan keluar dari pusat itu minggu depan.

Azizan berkata, beliau sudah sihat tetapi masih berada di IJN bagi pemantauan, selain penelitian beberapa perkara kecil berhubung rawatan beliau.

"Saya dah baik tetapi dalam keadaan direhatkan. Sekarang ini dah banyak perubahan. InsyaAllah, minggu depan saya balik ke Alor Setar," katanya dipetik Bernama hari ini.

Azizan dimasukkan ke IJN Jumaat lalu selepas mengadu sakit pada bahagian jantung dan pemeriksaan oleh doktor mendapati satu saluran ke jantungnya tersumbat.

tv selangor/-

HP turunkan harga TouchPad untuk saingi iPad

12 Ramadhan 1432H. [MOD] -

SAN FRANCISCO: Gergasi teknologi Amerika Syarikat, Hewlett-Packard (HP) hari ini menurunkan harga komputer tablet keluarannya yang baru dilancarkan, TouchPad dalam usaha untuk mendapat tempat dalam pasaran yang dikuasai iPad ciptaan Apple.

TouchPads yang dikeluarkan dengan memori 16 gigabyte dijual pada harga AS$400 (RM1,205) dan model 32 gigabyte dengan AS$500 (RM1,506.25) iaitu AS$100 (RM301.25) lebih rendah daripada harga asal.

TouchPads muncul pertama kali di Amerika Syarikat pada awal Jun apabila HP bersaing dengan iPad dan peranti Android dalam pasaran komputer tablet yang pesat berkembang dan dijual oleh peruncit utama negara itu seperti Best Buy dan Walmart serta Amazon.com.

Tidak seperti iPad, TouchPad dijana format video Adobe Flash dan menggunakan sistem operasi webOS yang dibangunkan oleh Palm, pengasas peranti telefon bimbit yang diambilalih HP tahun lalu pada harga AS$1.2 bilion (RM3.61 bilion). - AFP

Gempa bumi 5.2 gegar Filipina

12 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Satu gempa sederhana dengan kekuatan 5.2 magnitud menggegarkan Mindoro, Filipina pada jam 10.29 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan di sini, berkata gempa itu berpusat 123 kilometer dari barat daya Manila dan 854 kilometer dari timur laut Kudat, Sabah.

Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami.

Pemerhati: Terap etika guna media sosial

12 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Rusuhan ganas di England yang bermula di Tottenham dikatakan merebak dengan cepat ke bandar raya lain di negara itu kesan daripada hebahan di laman-laman media sosial, sehingga mendorong kerajaan Britain mahu ianya dikenakan kawalan atau dihadkan.

Beberapa pemerhati sosial di negara sini berpendapat kepantasan penyaluran maklumat bersifat negatif melalui Twitter, Facebook dan Blackberry Messenger merupakan sesuatu yang harus diberi perhatian berat oleh semua kerajaan di dunia.

Ketua Pengarah Eksekutif Institut Perkembangan Minda (INMIND) Norizan Shariff berkata, kemelut yang berlaku di London harus dijadikan iktibar bagi memastikan negara ini sentiasa dalam keadaan bersedia sekiranya ia berlaku di masa akan datang.

"Bermula pada tahun 2000 apabila kita mula merasai ledakan internet, ia memberi cabaran baru, bukan saja kepada kerajaan Malaysia, tapi seluruh dunia, bagaimana untuk menangani," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai rusuhan yang dikatakan berpunca daripada rasa tidak hati penduduk terhadap tindakan polis di Totenham menembak mati seorang bapa kepada empat anak, Mark Duggan, 29, yang disyaki pengedar dadah, pada 4 Ogos.

Norizan berkata, media sosial seperti Twitter dan Facebook tidak ada pengawal atau yang disebut 'gatekeeper' dalam istilah media, dan standardnya tidak sama dengan berita atau maklumat media cetak atau elektrionik arus perdana.

"Di satu sudut kita akan nyatakan perlunya kebebasan maklumat, tapi di satu sudut lain, macam mana nak tentukan rakyat itu sendiri perlu tapis maklumat betul dan salah.

"Masyarakat tak celik media tak tahu nak tapis mana satu antara propaganda, berita atau fitnah semata-mata sehingga akhirnya menyebabkan dia jadi keliru," katanya.

Norizan berkata di sebalik usaha komited kerajaan Malaysia menyediakan infrastruktur teknologi kelas pertama, seharusnya kerajaan memastikan minda rakyat turut berada di tahap kelas pertama juga.

"Pembangunan infrastruktur kelas pertama harus seiringan dengan literasi media, bagi memastikan kita mempunyai kematangan yang cukup untuk mengawal segala ledakan teknologi ini. Kalau tak...sama saja," katanya.

Penganalisis sosial Prof Dr Azmi Hassan berkata pendidikan untuk menjadi 'net citizen' yang baik seharusnya bermula di peringkat awal lagi.

Pengarah Pusat Dasar Teknologi dan Kajian Antarabangsa Kampus Antarabangsa Universiti Teknologi Malaysia itu berpendapat, ledakan teknologi ini tidak seharusnya dikawal terlalu ketat, sebaliknya pendedahan mengenai etika harus diberikan secara berterusan untuk mendidik masyarakat.

"Pihak berkuasa dan agensi penguatkuasa yang berkaitan harus memberi bimbingan dengan betul tentang apa yang boleh dan tak boleh dilakukan berlandaskan etika sebenar pengguna Internet.

"Mengambil contoh rusuhan di London, kita dapat perhatikan mereka merancang sesuatu tindakan menggunakan media sosial sehingga sukar dikesan pihak berkuasa. Ini tidak akan berlaku seandainya mereka mengamalkan etika di dalam penggunaan aplikasi teknologi tersebut," katanya.

Azmi menyarankan agar kerajaan dan pihak persendirian memulakan langkah proaktif mendidik generasi sekarang dan generasi akan datang bagi memastikan gejala penyalahgunaan media sosial tidak menjadi begitu serius sehingga tidak terkawal.

- Bernama

Tiga sekeluarga maut nahas

12 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KEPALA BATAS – Tiga sekeluarga maut manakala dua lagi cedera selepas kenderaan yang mereka naiki dirempuh sebuah pacuan empat roda di Permatang Binjai di sini ketika dalam perjalanan pulang dari membeli juadah berbuka puasa petang semalam.

Dalam nahas pada 6.45 petang itu, dua beradik Nurmadiah Hashim,38, dan Nurhashima Hashim, 44, serta menantu Nurhashima, Shamsul Kamal Razali, 38, mati di tempat kejadian.

Ketua Polis Trafik dan Ketenteraman Awam Seberang Perai Utara ASP Suhaimi Md Nor berkata, isteri Shamsul Kamal, Siti Suraya Mansor, 23, dan saudara mereka Mohd Firdaus Azlan, 10, cedera parah dan dirawat di Hospital Seberang Jaya di sini.

"Mereka pergi ke bazar Ramadan Maklom dan dalam perjalanan pulang ke rumah di Bakar Kapur, Penaga,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Suhaimi berkata, kemalangan itu berlaku apabila kenderaan yang dipandu Siti Suraya dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda ketika di simpang empat Jalan Permatang Binjai.

"Kereta pacuan empat roda dari arah Butterworth itu dipandu laju dan melanggar bahagian kiri kenderaan dinaiki lima sekeluarga terbabit sehingga menyebabkannya terseret ke bahu jalan, manakala kereta pacuan empat roda itu pula terbalik,” katanya.

Suhaimi berkata empat orang yang menaiki kereta pacuan empat roda itu hanya cedera ringan. - Bernama

Mismah akhirnya ditemui

12 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Seorang warganegara baru Mismah - yang mencetuskan kegemparan apabila dikatakan mendapat kerakyatan dalam tempoh empat jam - akhirnya ditemui media.

Beliau juga sekali gus tampil menafikan dakwaan mendapat kerakyatan mudah yang dikaitkan dengan dirinya.

"Saya ikut peraturan, bukan macam orang cakap," beliau dipetik sebagai berkata kepada Sinar Harian hari ini.

Wanita asal Bawaen, Indonesia yang pada mulanya keberatan ditemubual juga mengakui sedih dengan dakwaan beliau mendapat 'kerakyatan pintu belakang' itu.

Nama Mismah menjadi perhatian apabila apabila rekod dalam talian pada 2 Ogos lalu menunjukkannya seorang penduduk tetap tetapi disenaraikan dalam daftar pemilih untuk pilihan raya.

Lebih banyak kontroversi muncul apabila selepas empat jam dilaporkan Malaysiakini, status baru ibu kepada empat anak itu menunjukkannya mempunyai kewarganegaraan negara ini.

malaysiakini/-

PAS Bersama PR, Umno Rugi Melayu Untung

12 Ramadhan 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 12 MEI : Sejak PAS bersama Pakatan Rakyat, pelbagai suara-suara sumbang kedengaran supaya parti Islam itu keluar dari gagasan yang dimeterai oleh PAS, DAP dan PKR dan jika ia berlaku barulah Umno-BN akan menyokong PAS.

Persoalannya ketika PAS bersendirian pun puak ini tidak menyokong PAS juga. Ini hanya golongan mencari alasan sahaja. Sebenarnya mereka ialah orang yang diperalatkan oleh Umno termasuk melalui doktrin yang dibawa melalui Biro Tatanegara.

Berbagai alasan supaya PAS keluar daripada PR, barulah dapat melaksanakan agenda Islam yang lebih terancang, sehingga pipi tersorong-sorong untuk menyuruh PAS berpakat dengan umno.

Sengaja saya meletakkan tajuk ini supaya menjelaskan bahawa melayu tidak rugi kalau menjauhkan diri daripada umno. Selama ini pemimpin umno, mengangap Umno sahaja boleh menjaga melayu. Sebenarnya yang rugi bila Pas bersama PR ialah Umno.

Umno rugi kerana tidak dapat memfaraid harta rakyat dengan rakus. Terutama negeri-negeri yang kaya seperti Selangor. Memerintah Selangor seperti memerintah Malaysia kerana di sini ialah lubuk emas.

Pemimpin umno teringin untuk mendapat Selangor sehingga meleleh air liur apabila mengenangkan banyak projek yang selama ini diperolehi oleh suku sakat meraka sudah tidak ada lagi. Selangor ialah sebuah negeri industri, pelabuhan, lapangan terbang dan pusat pengajian tinggi. Jika PAS tidak bersama dengan PR sudah tentu pemimpin Umno menjadi koperat, melayu merempat.

Umno rugi tidak boleh mematikan majlis ilmu yang diimarahkan di seluruh masjid negeri Pakatan Rakyat. Mereka mengetahui apabila rakyat berilmu dan beragama maka tidak ada harapanlah untuk bersama dengan Umno. Apabila rakyat memahami Islam yang syumul maka rakyat akan mengetahui bahawa Islam yang dihayati oleh Umno tidak menepati dengan kehendak agama yang disampaikan oleh Rasulullah SAW.

Melayu untung bila bersama dengan Pakatan Rakyat kerana dapat mendampingi ulamak yang muttaqin yang sering menyampaikan risalah Islam di masjid dan surau. Samaada melalui ceramah, forum, kuliah, wacana ilmu. Selama ini orang Melayu dijauhi dengan ulamak yang muttaqin.

Ulamak diburu seperti komunis bintang tiga. Rakyat Selangor tidak akan lupa bagaimana Dr Harun Din, almarhum Datuk Ishak Baharom bekas mufti kerajaan Selangor diburu dan hendak ditangkap semata-mata kerana hendak menyampaikan risalah agama. Sebenarnya Umno yang rugi kerana gagal menjauhkan rakyat dengan ulamak yang muttaqin. Walaupun mereka cuba mempopularkan ulamak mereka melalui media namun selera rakyat tetap tidak beralih kepada ulamak yang umno taja. Umno rugi kerana ulamak yang muttaqin ini tidak bersama dengan umno dan tidak sealiran dengan perjuangan Umno, sebaliknya ia lebih selari dengan perjuangan PAS.

Melayu untung kerana dapat menikmati limpahan nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT di negara ini kerana Pakatan memerintah negeri mereka. Selama ini rakyat tidak pernah terfikir mendapat air percuma setiap bulan. Apabila mati waris mendapat wang RM2500. Malahan rakyat yang diperintah oleh Umno begitu cemburu dengan apa yang diperolehi oleh rakyat di negeri PR.

Pemimpin umno tidak pernah terfikir untuk memberi kembali kepada rakyat, yang paling menyedihkan rakyat, apa sahaja program yang dibuat oleh negeri Pakatan Rakyat maka mereka menuduh negeri tersebut akan bankrap. Umno merasa rugi kerana lebihan wang negeri di kembalikan kepada rakyat. Selama ini wang ini akan masuk ke dalam kantong mereka sendiri, dengan membiarkan rakyat hidup susah. Kesusahan rakyat akan menjadi simpanan tetap umno setiap kali pilihanraya. Melayu yang senang tidak bersama dengan Umno. Sekarang melayu senang, pemimpin umno yang susah.

Melayu untung dapat menyampai dakwah Islam secara bebas menepati dengan manhaj Rasulullah SAW tanpa sekatan. Lebih daripada itu Islam dapat dilihat oleh orang bukan Islam secara praktikal, bukan sahaja teori. Bagaimana rakan-rakan PR yang bukan Islam begitu berminat untuk mengetahui ajaran Islam, fenomena ini berbeza dengan MCA rakan karib Umno walaupun sudah bersahabat hampir 54 tahun tetapi tidak memahami Islam dan sensitiviti orang Islam.

Keceluparan mulut Dr Chua Soi Lek adalah bukti gagalnya umno mendidik rakan politik mereka. Ucapan beliau yang mengguris perasaan orang Melayu seperti memperlekeh cikgu Normala Sudirman yang tidak mahu bersalam dengan lelaki yang bukan mahram.

Ketika isu ini dibangkitkan maka rakan-rakan bukan Islam dalam PR tolong menjelaskan kepada orang bukan Islam. Inilah manfaat yang cukup berharga diperolehi oleh orang Melayu apabila berjaya menyampaikan Islam kepada bukan Islam. Suasana ini tentulah merugikan Umno, kerana mereka berusaha untuk memastikan supaya orang bukan Islam tidak nampak kebaikan Islam, dengan ini mudah untuk mereka mengekalkan kuasa mereka.

Melayu untung kerana mereka boleh berniaga berdasarkan merit dan kebolehan bukan berdasarkan di mana kamu menjadi ahli cawangan Umno. Trend perniagaan ini telah ditamatkan di bawah Pakatan Rakyat.

Keadaan ini merugikan Umno, selama ini mereka hanya bertindak sebagai broker dengan memakan persen sahaja bukan kerana kebolehan mereka. Akhirnya projek kepentingan negara hangus dan hancur kerana diberi kepada bukan ahlinya. Buat stadium runtuh, kapal selam tidak boleh menyelam, jambatan MRR2 retak, semuanya angkara kroni Umno.

Melayu untung kerana dapat melihat orang agama mentadbir negeri dengan baik dan teratur. Selama ini Umno ajar orang Melayu, bahawa ustaz atau Tuan Guru hanya boleh membaca kitab di dalam masjid. Kemampuan Tuan Guru Nik Aziz yang memerintah Kelantan lebih 20 tahun walaupun mempunyai kekangan kewangan namun lebih berjaya daripada negeri yang diperintah oleh Umno. Begitu juga kemampuan Datuk Seri Ustaz Azizan Razak yang telah menunjukkan rekod cemerlang menguruskan Kedah walaupun terpaksa memikul bebanan hutang peninggalan BN RM2.3 bilion. Apa yang mengejutkan Kedah telah menunjukkan prestasi kewangan dengan lebihan RM19 juta untuk kewangan 2010. Malahan negeri yang diperintah oleh Umno, pengurusan kewangan mereka boleh diletakkan di dalam Wad "ICU". Jika sekiranya tanpa bantuan pusat mungkin rakyatnya akan dilelong.

Melayu untung apabila PAS bersama dengan PR, kerana taraf hidup rakyat berjaya ditingkatkan. Kebetulan rakyat miskin di negara ini majoriti rakyatnya ialah orang Melayu. Kelantan sewaktu tahun 1990, negeri ini nombor dua termiskin, sekarang berada di tangga keenam.

Ini menunjukkan PAS akan berusaha untuk memastikan kualiti hidup rakyat lebih terbela. Ia berlainan daripada tindakan umno yang mengkhianat orang susah kebetulannya orang Melayu. Rakyat miskin akan menjadi simpanan tetap Umno setiap kali pilihanraya. Tidak hairanlah kepada kita bagaimana miskin memang dirancang supaya rakyat sentiasa di tahap miskin.

Buktinya wang untuk Projek Perumahan Rakyat Termiskin sebanyak RM32 juta lesap. Dana untuk saham bumiputera sebanyak RM52 bilion telah lesap. Dana sebanyak ini membolehkan bumiputera memiliki ekuiti saham lebih 45 peratus.

tv selangor/-

KDN bertindak terhadap The Star ekoran resipi khinzir dalam sisipan Ramadan

12 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri telah memanggil Ketua Pengarang akhbar The Star, Datuk Seri Wong Chun Wai kerana penyiaran artikel mengenai juadah Ramadan yang memuatkan gambar masakan daging khinzir.

Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, dalam sisipan kelmarin, akhbar itu telah menyiarkan artikel bertajuk Ramadan Delights yang memuatkan gambar-gambar masakan daging khinzir serta artikel mengenai restoran tidak halal yang menyediakannya.

Katanya, KDN memanggil Ketua Pengarang akhbar berkenaan bagi menyatakan kesalahan akhbar itu berikutan tindakannya yang tidak sensitif kerana penyiaran artikel terbabit.

"Kementerian memandang serius kesalahan itu terutamanya kerana sisipan bertajuk Ramadan Delights itu merupakan ruangan khas bagi memberi panduan dan pilihan kepada umat Islam mengenai restoran untuk berbuka puasa," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

kosmo/-

Rusuhan di London ragut mangsa kelima

12 Ramadhan 1432H. [MOD] -

LONDON: Seorang lelaki yang diserang ketika rusuhan di sini mati di hospital akibat kecederaan yang dialami sekali gus menjadi kematian kelima akibat huru-hura yang melanda London sejak enam hari lalu.

Richard Mannington Bowes, 68, ditemui tidak sedarkan diri di Ealing, barat London di mana berlaku kecurian serta kereta dibakar.
Lelaki berkenaan disahkan mati pada kira-kira jam 11:52 malam tadi serta bedah siasat akan dijalankan. - AFP

Polis siasat punca remaja parah

12 Ramadhan 1432H. [MOD] -

MOHD. NASHIR (kiri) mendengar penerangan daripada pegawainya ketika melawat Muhammad Solihin yang koma di HSB, Alor Setar semalam.

ALOR SETAR – Polis telah memulakan siasatan berhubung dakwaan seorang remaja, Muhammad Solihin Che Kassim, 14, yang dikatakan koma selepas dibaling dengan topi keledar oleh dua anggota polis ketika melakukan rondaan di Kampung Felcra Lubuk Sireh, Chuping, Perlis Sabtu lalu.

Sehubungan itu, Pemangku Ketua Polis Perlis, Supritendan Mohd. Nashir Ya berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 338 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan melalui perbuatan yang merbahayakan nyawa manusia.

Katanya, siasatan dibuat selepas pihaknya menerima tiga laporan daripada pihak-pihak terlibat iaitu bapa mangsa, Che Kassim Darus, 41, satu daripada anggota polis yang dikatakan membaling topi keledar kepada mangsa dan satu lagi laporan daripada seorang polis trafik.

“Keterangan saksi-saksi sedang dikumpul sebelum membuat rumusan mengenai kes tersebut,” katanya ketika ditemui selepas melawat Muhammad Solihin di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini semalam.

Akhbar sebelum ini melaporkan Che Kassim mendakwa anaknya cedera parah di kepala akibat terkena topi keledar yang dibaling oleh anggota polis sewaktu menjalankan rondaan pukul 9.40 malam Sabtu lalu.

kosmo/-

Sedikit sumbangan lakar senyuman Aidilfitri

12 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUBANG KERIAN, : Kisah malang yang menimpa anak-anak yatim Kampung Chicha yang disiarkan minggu lepas telah mendapat simpati yang begitu meluas daripada para pembaca Harakahdaily dan masyarakat Malaysia.

Setakat hari ini, Khamis 11 Ramadhan bersamaan 11 Ogos 2011, jumlah sumbangan yang diterima telah mencapai lebih RM20,000.

(Salahudin menyerahkan sumbangan pertama kepada anak-anak yatim kampung Chicha ekoran kebakaran rumah mereka)

“Saya telah menyampaikan derma kepada anak-anak yatim ini sebagai mewakili penderma-penderma dalam usaha kita untuk membina semula rumah kediaman mereka,” kata Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub dalam satu kenyataannya ke Harakahdaily hari ini.

Minggu lepas, Salahuddin yang juga Naib Presiden PAS telah memohon kepada mereka yang bersimpati dapat membantu anak-anak yatim, yang nasib bagai jatuh ditimpa tangga di Kampung Chicha di kawasan parlimennya.

Lima orang adik-beradik malang ini, yang ibu bapa mereka meninggal setahun yang lalu, kini tinggal sehelai sepinggan akibat rumah mereka terbakar hangus baru-baru ini.

Menurut Salahuddin, yang telah berbincang dengan tukang rumah, kos untuk membina semula rumah mereka akan memakan kos sebanyak RM40 - 50 ribu.

“Insya-Allah saya akan terus berusaha untuk menyempurnakan tanggungjawab kita bersama membina rumah baru anak-anak yatim ini. Sumbangan dari penderma masih diperlukan. Mudah-mudahan Allah SWT menberkati usaha kita ini,” kata beliau.

Kepada sesiapa yang berminat membantu, sila hubungi sembangnaibpresidenpas@gmail.com

Sumbangan juga boleh dihantar terus kepada Salahuddin Ayub Maybank 101422116503 atau Bank Islam 01032020132475

Sila nyata
a. jumlah sumbanggan
b. untuk tujuan pengkhususan bina rumah anak yatim
c. Hantar satu email ke Salahuddin Ayub ( saladinnaib@yahoo.com atau sms ke nombor YB 013-7278292) dan untuk tujuan rujukan.

harakahdaily/-

Lamar kekasih dengan cara unik

12 Ramadhan 1432H. [MOD] -



SEBAHAGIAN rakan-rakan Pang Kun memakai kostum lobak merah di Qingdao pada Sabtu lalu.

QINGDAO, China - Seorang lelaki, Pang Kun memakai kostum lobak merah dan cermin mata hitam bersama 49 rakannya yang turut berpakaian untuk melamar teman wanitanya, Zhao Xinyu, lapor sebuah akhbar semalam.
Selepas menemui Xinyu di pusat beli-belah tempatan di sini pada Sabtu lalu, Kun memberi alasan hendak ke tandas agar dia dapat menukar pakaian.
Dia kemudian kembali sebagai lelaki lobak merah dengan ditemani rakan-rakannya.
Rakan-rakannya mula menari dengan diiringi muzik yang kedengaran menerusi sistem pembesar suara pusat beli-belah.
Situasi itu mengejutkan kekasihnya dan rakan-rakannya.
Apabila muzik berhenti, rakaman suara Kun kedengaran menerusi sistem pembesar suara berkenaan.
"Enam bulan dahulu, kita mula berkenalan," kata suara itu.
PANG KUN melutut di depan kekasihnya, Zhao Xinyu di Qindao pada Sabtu lalu.


"Masih terpahat di hati saya bagaimana anda begitu segan semasa janji temu kita yang pertama, tentang saya merindui janji temu kita seterusnya dan perasaan saya apabila saya kali pertama menggenggam tangan kamu ketika kita menonton wayang."
Dia kemudian membuka kostumnya dan berlutut untuk melamar kekasihnya.
Orang ramai yang berada di sekitar mereka turut tersenyum apabila Xinyu menerima lamaran tersebut.
Menurut Kun, dia mengambil masa tiga minggu untuk merancang aksi romantik itu. Kos lamaran itu dikatakan menelan belanja 100,000 yuan (RM47,076.41). - Agensi

Penari bogel ditangkap kerana merompak

12 Ramadhan 1432H. [MOD] -



KERETA yang dinaiki Lee Grace E. Dougherty (gambar kecil) dan dua beradiknya terbabas di sebuah lebuh raya di Walsenburg, Colorado kelmarin.

PUEBLO, Amerika Syarikat (AS) - Seorang penari bogel, Lee Grace E. Dougherty dipindahkan ke penjara dari sebuah hospital di sini selepas dia ditangkap ketika cuba melarikan diri dalam satu rompakan kelmarin.
Penari seksi berusia 29 tahun itu ialah anggota geng penjenayah Dougherty yang amat dikehendaki oleh polis AS kerana melakukan beberapa rompakan bersenjata api.
Selain Lee, geng Dougherty dianggotai oleh dua adik lelakinya iaitu Dylan, 26, dan Ryan, 21.
Lee ditangkap setelah dia cedera ditembak polis di salah satu kakinya selepas keretanya terbabas kerana dia mengacukan senjata api ke arah anggota polis.
Dua adiknya turut cedera apabila kereta Subaru Impreza yang mereka naiki bersama Lee naiki terbabas di sebuah lebuh raya dekat sini, negeri Colorado semasa dikejar polis sejauh 32 kilometer.
Kereta mereka terbabas selepas polis menembak salah satu tayar kenderaan mereka dalam adegan mengejar.
Sebelum itu, trio berkenaan merompak sebuah bank di negeri Georgia pada 2 Ogos lalu dengan melarikan sejumlah wang.
Dalam rompakan itu, kumpulan berkenaan menggunakan senjata api.
Polis telah menemui dua raifal AK-47 dan sepucuk pistol MAC-11 di lokasi kejadian.
Seorang anggota polis pada mulanya mengesan kereta yang dinaiki penjenayah tersebut di sebuah stesen minyak menyebabkan adegan mengejar itu berlaku dekat Walsenburg - Agensi

Pakatan jawab Wan Ahmad: ‘Kami tiada agenda kotor, SPR tak neutral’

12 Ramadhan 1432H. [MOD] -



KUALA LUMPUR, 12 Ogos — Pakatan Rakyat secara tegas menafikan dakwaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa perikatan itu mengulangi “agenda politik kotor” untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 melalui penyebaran fitnah dan pembohongan.
Sebaliknya, menurut pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, apa yang didedahkan mereka selama ini adalah berdasarkan fakta dan bukti yang dinafikan badan pengurusan pilihan raya itu.
Malah mereka juga mengecam kenyataan yang dikeluarkan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar dan menggesa beliau meletakkan jawatan jika “benar-benar mahu terlibat dalam politik.”
“Kenyataan beliau (Wan Ahmad) adalah kenyataan partisan bukan neutral, beliau mahu berpolitik dan kalau benar beliau mahu berpolitik letak jawatan sebagai Timbalan Pengerusi SPR.
“Apa yang dikatakan pembohongan yang dilakukan Pakatan Rakyat? Apa pembohongan? Apa yang kita dedahkan dan bangkitkan adalah berdasarkan fakta dan bukti sebagai contoh itu daftar pemilih yang menyaksikan banyak penyelewengan itu yang kita sudah dedahkan, yang belum didedahkan lagi banyak,” kata Naib Presiden PAS Datuk Paduka Husam Musa kepada The Malaysian Insider.
Tegas beliau, apa yang didedahkan Pakatan Rakyat berhubung kepincangan sistem pilihan raya negara adalah benar sambil menyifatkan SPR tidak memandang serius setiap perkara yang dibangkitkan.
“Dalam soal daftar pemilih mengapa selepas didedahkan baru SPR kemas kinikan data? Begitu juga soal warga asing yang diberikan taraf kewarganegaraan dan kemudian dijadikan pengundi... apa yang dibangkitkan Pakatan Rakyat adalah benar tapi SPR tak ambil peduli.
“Siapa punya kerja kalau bukan sindiket, mengapa SPR tidak nampak apa yang berlaku di depan mata? Begitu juga dengan undi pos yang mana sudah ada pendedahan, SPR baru mahu melaksanakannya,” katanya sambil menambah, “semua yang kita dedahkan berdasarkan fakta tapi SPR tidak boleh terima sebab mereka tali barut Umno.”
Husam berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai kenyataan Wan Ahmad yang mendakwa pembangkang mengulangi “agenda politik kotor” untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 melalui penyebaran fitnah dan pembohongan.
Wan Ahmad berkata sebelum pilihan raya umum ke-12, ada pihak yang menuduh SPR bersikap tidak adil dengan menyebar fitnah dan tohmahan memburukkan imej dan kewibawaan badan itu.
Malah kata beliau, selepas mereka menang 82 kerusi Dewan Rakyat mengalahkan BN di lima Dewan Undangan Negeri, mereka terkejut dengan kemenangan melalui proses pilihan raya yang mereka tuduh kotor dan tidak adil selama ini.
Tambah Husam, walaupun Pakatan Rakyat memenangi banyak kerusi pada pilihan raya umum 2008, namun ia tidak bermakna pilihan raya umum ke-13 “bersih” daripada penyelewengan.
“Menang pilihan raya umum lepas tidak bermakna pilihan raya umum ke-13 akan bersih sebab kalau kita lihat SPR memanipulasikan negeri-negeri yang mereka sasarkan, pada 2004 mereka sasarkan Terengganu dan pada kali ini mungkin negeri-negeri yang dimenangi Pakatan Rakyat terutamanya Selangor,” katanya.
Sementara itu Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata, kenyataan Wan Ahmad itu akan menjadi “satu malapetaka” kepada SPR.
“...dan kenyataan ini akan terus menghakis keyakinan rakyat terhadap sebuah badan pengurusan pilihan raya yang sepatutnya bertanggungjawab mengadakan pilihan raya adil dan bersih.
“Kenyataan ini membuktikan Wan Ahmad gagal mempertahankan prinsip profesionalisme sebagai seorang pemimpin tertinggi SPR,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Gombak menambah dakwaan mengatakan Pakatan Rakyat menggunakan kaedah kotor untuk menang adalah tidak benar dan tidak berasas.
Tegas Azmin, pendedahan yang dibuat Pakatan Rakyat berdasarkan fakta, namun ia dinafikan oleh SPR.
“Saya tidak terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan Wan Ahmad kerana persepsi umum sekian lama memperlihatkan pandangan SPR memainkan peranan Umno dan gambaran ini sukar untuk dihakis,” katanya.
Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar menyifatkan Wan Ahmad tidak memahami ‘penjalanan sebenar’ SPR.
“Ternyata beliau tidak menghayati apa yang termaktub dalam Seksyen 5(1) Akta Pilihan Raya yang mana SPR perlu bersikap adil dan berkecuali.
“Beliau begitu memihak kepada parti-parti komponen kerajaan dengan menutup mata kepada tahap kredibiliti pilihan raya umum di Malaysia yang begitu lemah,” katanya.
Justeru kata beliau, Wan Ahmad perlu meletakkan jawatan ekoran sikap kepartian yang ditunjukkan.
“Dalam laporan integriti sedunia, Malaysia hanya mendapat tempat ke-50 di mana integriti pilihan raya kita yang hambar diberikan perhatian khusus.
“Jikalau inilah sikap yang dipamerkan, saya minta timbalan pengerusi SPR meletakkan jawatan,” katanya.

Facebook mula saingi BlackBerry

12 Ramadhan 1432H. [MOD] -



MARK ZUCKERBERG



NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Laman jaringan sosial Facebook yang dicipta Mark Zuckerberg memperkenalkan perkhidmatan mesejnya sendiri di AS kelmarin bagi menyaingi populariti perkhidmatan mesej telefon bimbit BlackBerry (BBM).
Dinamakan Facebook Messenger, aplikasi itu membolehkan para pengguna Facebook menghantar mesej percuma dengan menggunakan telefon bimbit dilengkapi sistem pemprosesan Android atau iOS kepada sesiapa sahaja dalam senarai 'rakan' mereka.
Aplikasi terbaharu Facebook itu yang direka oleh jurutera Facebook, Lucy Zhang turut membolehkan pengguna menghantar mesej berkumpulan.
Pengguna juga boleh melampirkan foto pada mesej mereka.
Mesej kemudian dihantar serta-merta menerusi makluman dan teks kepada penerima. - Agensi

Obama anjur majlis buka puasa

12 Ramadhan 1432H. [MOD] -



BARACK OBAMA memberi ucapan kepada komuniti Islam di White House, Washington kelmarin.

WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Presiden AS, Barack Obama mengadakan majlis berbuka puasa di White House kelmarin.
Beliau menggunakan majlis itu untuk mengucapkan terima kasih kepada penduduk Islam yang berkhidmat untuk AS.
Obama juga menyatakan dalam majlis itu bahawa terdapat rakyat AS yang beragama Islam mati dalam serangan pengganas pada 11 September 2001 di negara ini.
Beliau memberitahu bahawa penduduk Islam di AS turut memberikan reaksi terhadap serangan pengganas yang berlaku di New York dan Washington.
Menurutnya, penduduk Islam di AS turut berkhidmat dalam tentera negara ini.
"Dalam tempoh sebulan, kita akan meraikan ulang tahun ke-10 serangan yang dahsyat yang membawa kesakitan yang amat sangat ke dalam hati kita," kata Obama kepada komuniti masyarakat Islam di White House.
Obama menganjurkan majlis berbuka puasa untuk komuniti masyarakat Islam pada setiap tahun sama seperti yang dilakukan oleh George W. Bush semasa beliau berkuasa.

Wan Ahmad bukti SPR tali barut Umno

12 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR : Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh (gambar) menyifatkan kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhan Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar menunjukkan badan itu sebenarnya tidak bebas dan berat sebelah.

Beliau diminta mengulas kenyataan Wan Ahmad yang mendakwa Pakatan Rakyat mengulangi agenda politik kotor untuk menang PRU-13 melalui penyebaran fitnah dan pembohongan.

Kenyataan Wan Ahmad itu disiarkan Utusan Malaysia, sebuah akhbar milik Umno.

“Saya nak nasihatkan Wan Ahmad agar hentikanlah dari menjadi tali barut Umno dan bersifat berat sebelah," kata ahli parlimen Kuantan itu seperti dilaporkan Keadilan Daily.

“Dia (Wan Ahmad) kena ingat gaji yang dia dapat merupakan wang yang dibayar oleh rakyat. Jadi berkhidmatlah untuk rakyat dan bukannya untuk Perdana Menteri”

“Insaflah, lebih-lebih lagi bulan puasa ni. Jangan asyik memberikan kenyataan untuk memuaskan Umno dan menjadi agen mereka,” kata Fuziah.

Menurut Fuziah, SPR masih berterusan menafikan kewujudan pengundi hantu seperti pengundi berusia lebih 100 tahun, isu pengundi berstatus Penduduk Tetap (PR), pengundi klon dan daftar nama salah yang didedahkan sebelum ini.

Katanya, penafian itu dilakukan bagi menutup kesalahan mereka, sebaliknya badan itu pula menuding jari kepada Pakatan Rakyat kononnya menyebarkan fitnah dengan mengada-adakan cerita.

“(Sudah tentu) mereka (SPR) boleh betulkan semula dalam sistem (daftar pemilih) kerana hanya mereka yang berkuasa ke atas Semak Daftar Pemilih SPR tersebut,” kata Fuziah.

Sebelum ini, Pakatan mendedahkan pelbagai bukti kepincangan dalam daftar pemilih SPR, termasuk kewujudan pengundi yang berumur lebih 100 tahun.

Baru-baru ini media alternatif menimbulkan isu Mismah, seorang penduduk tetap yang didaftarkan sebagai pengundi dalam daftar pemilih SPR.

Dalam pada itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa 200,000 warga asing didaftarkan sebagai pengundi. Manakala kerajaan Pulau Pinang pula mengesan 30,000 pengundi baru dalam masa tiga bulan dalam daftar pemilih SPR.

SPR juga mencipta sejarah apabila mendaftarkan sebuah kampung yang diberi nama ‘Kg Baru’ sebagai pengundi, yang tidak ada dalam data Jabatan Pendaftaran Negara, sebelum membetulkan rekod itu beberapa jam kemudian.

Terbaru, beberapa pengundi dikesan memiliki dua nombor kad pengenalan yang berlainan dan mempunyai kelayakan mengundi di dua tempat berbeza sepertimana dalam daftar pemilih SPR.

harakahdaily/-

Polis London serbu rumah perusuh

12 Ramadhan 1432H. [MOD] -




BEBERAPA anggota polis menangkap seorang lelaki di Eltham, selatan London kelmarin dalam operasi mengekang rusuhan.

LONDON - Bandar-bandar di Britain yang terlibat dalam rusuhan sejak Sabtu lalu kini tenang selepas hampir 900 orang ditangkap.
Polis berikrar untuk menangkap para perusuh yang menyebabkan rompakan dan kebakaran berlaku dalam rusuhan itu.
Pihak polis mula menyerbu rumah-rumah untuk mencari para perusuh yang terlibat dalam rusuhan tersebut.
Polis Britain telah menangkap 880 orang berhubung rusuhan yang berlaku di London dan di beberapa bandar lain.
Bandar Manchester, Birmingham dan Liverpool yang dilanda rusuhan pada Selasa lalu turut tenang semalam.
Di London, seramai 371 orang setakat ini sudah disabitkan kesalahan berhubung ketenteraman awam.
Bandar Birmingham kekal tegang semalam selepas tiga lelaki Asia dilanggar sebuah kereta semasa mereka cuba mengawal kediaman daripada dirompak perusuh.
Namun, situasi di bandar tersebut tenang semula semalaman selepas bapa salah seorang mangsa meminta orang ramai tidak membalas dendam ekoran kematian tersebut.
Seorang lelaki berusia 37 tahun sudah ditangkap dan satu siasatan pembunuhan telah bermula.
Keganasan dan rompakan bermula pada Sabtu lalu di Tottenham di utara London ekoran kematian suspek penjenayah, Mark Duggan dalam satu operasi polis.
Suruhanjaya Bebas Aduan Polis menyatakan pada Selasa lalu bahawa, tidak ada bukti bahawa Duggan yang berkulit hitam melepaskan tembakan sebelum dia mati ditembak. - Agensi

Anak jutawan, budak 11 tahun didakwa merompak

12 Ramadhan 1432H. [MOD] -

BUDAK lelaki berusia 11 tahun yang dihadapkan ke sebuah mahkamah di Mahkamah Majistret Highbury, London kelmarin.

LONDON - Seorang anak perempuan jutawan dan pembantu guru didakwa di mahkamah kelmarin atas dakwaan merompak dalam rusuhan yang berlaku di London, lapor sebuah akhbar semalam.

Rusuhan yang berlaku sejak Sabtu lalu sebelum berakhir pada Rabu lalu itu berlaku selepas seorang lelaki berkulit hitam yang dianggap tidak mempunyai kesalahan ditembak mati oleh polis pada minggu lalu.

Seorang budak lelaki berusia 11 tahun dan sejumlah lagi golongan profesional juga berdepan dakwaan serupa semasa didakwa di sebuah mahkamah di London.

Budak lelaki itu didakwa mencuri tong sampah semasa golongan muda merusuh di Romford, Essex pada malam Isnin lalu.

Pendakwa raya Steven Davis berkata, polis melihat dia mendekati tingkap yang telah dipecahkan.

Menurutnya, dia kemudian tunduk masuk dan mengambil tong sampah dan melarikan diri.

Apabila ditangkap polis, budak lelaki itu berkata, dia mahu menghantar tong sampah itu kepada seseorang.

Turut didakwa bersama puluhan orang lagi kelmarin ialah Laura Johnson yang berusia 19 tahun yang merupakan anak seorang jutawan.

Dia ditangkap dalam sebuah kereta yang dipenuhi dengan barang-barang elektrik yang dicuri, rokok dan minuman keras yang bernilai £5,500 (RM26,637).

Polis menyatakan, dia sedang memandu dari kedai di Charlton, tenggara London.

Laura ditangkap pada malam Isnin lalu bersama Alexander Elliott-Joahill, 18 dan seorang lagi berusia 17 tahun.

Mereka didakwa menutup muka masing-masing daripada dilihat menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

Seorang lagi pelajar, David Attoh berusia 18 tahun merupakan antara yang dibebaskan walaupun dia mengaku mencuri dua helai baju T.

Majistret menerima ceritanya bahawa dia menemui baju itu di sebatang jalan raya di Hackney.

Seorang suspek, David Benjamin, 25, mendakwa dia mencuri gogal yang digunakan semasa meluncur salji bagi melindungi matanya daripada terkena serpihan kaca yang berterbangan di Ealing.

Seorang lagi remaja yang didakwa merompak menggunakan penampilannya di sebuah mahkamah di Croydon untuk mengadu mengenai elaun kebajikan.

Remaja itu, Aaron Samuels, 19, menjerit ke arah hakim dan berkata: "Saya tidak penah mendapat wang untuk elaun kebajikan rumah."

Seorang pembantu guru yang bertanggungjawab ke atas masalah yang dihadapi pelajar, Alex Bailey, 31, mengaku melakukan rompakan semasa rusuhan berlaku.

Dia kini dipenjarakan sementara menunggu hukumannya dijatuhkan.

- Agensi

Umno terlibat manipulasi pilihan raya?

12 Ramadhan 1432H. [MOD] -


KUALA LUMPUR, 12 Ogos: Dewan Pemuda PAS Malaysia berjaya mendapatkan bukti bahawa terdapat unsur-unsur manipulasi dalam pilihan raya yang mungkin melibatkan Umno.
Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasinya, Suhaizat Kaiat berkata, pendedahan yang telah dibuat sebelum ini terdapat dua individu yang 99% sama indentitinya dan hanya dibezakan dengan beberapa nombor kad pengenalan sahaja.
"Dua identiti ini sangat mencurigakan," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Bukti pertama
Dua identiti MOHD BAHAR BIN OMAR hanyalah dibezakan dengan nombor 5 dan nombor 8 di dua digit terakhir nombor kad pengenalan mereka. Salah satu identiti ini adalah mustahil wujud 1 di alam nyata.
Identiti MOHD BAHAR BIN OMAR yang mempunyai no kad pengenalan 800105025489 adalah ahli Umno seperti butiran di bawah:
Nama: MOHD BAHAR BIN OMAR
No Kad Pengenalan: 800105025489
No. Ahli UMNO: 02914008
Negeri: K – KEDAH
Bahagian: 018 - KULIM-BANDAR BAHARU
DUN: 01835 – KULIM
Cawangan: 01835029 - JALAN JUNJUNG
MOHD BAHAR BIN OMAR adalah ahli Pemuda Umno Bahagian Kulim Bandar Baharu, Kedah. Identiti kedua MOHD BAHAR BIN OMAR yang mempunyai nombor kad pengenalan 800105025459 adalah pengundi hantu.
Bukti Kedua
Dua identiti FATEN DIANA BINTI HASSAN hanyalah dibezakan dengan nombor 5 dan nombor 8 di digit ke empat nombor kad pengenalan mereka. Salah satu identiti ini adalah mustahil wujud di alam nyata.
Identiti FATEN DIANA BINTI HASSAN yang mempunyai no kad pengenalan 810822035400 adalah ahli Umno seperti butiran di bawah :
FATEN DIANA BINTI HASSAN adalah ahli Puteri UMNO Bahagian Tumpat, Kelantan. Identiti kedua FATEN DIANA BINTI HASSAN yang mempunyai nombor kad pengenalan 810522035400 adalah pengundi hantu.
Nama: FATEN DIANA BINTI HASSAN
No Kad Pengenalan: 810822035400
No. Ahli UMNO: 03252506
Negeri: D – KELANTAN
Bahagian: 019 – TUMPAT
DUN: 01902 – KELABORAN
Cawangan: 01902021 - DALAM RHU PANTAI
Bukti Ketiga
Dua identiti SHARINA BINTI MAT ARIF hanyalah dibezakan dengan nombor 7 dan nombor 9 di digit ke enam nombor kad pengenalan mereka. Salah satu identiti ini adalah mustahil wujud di alam nyata.
Identiti SHARINA BINTI MAT ARIF yang mempunyai no kad pengenalan 800727095094 adalah ahli Umno seperti butiran di bawah:
SHARINA BINTI MAT ARIF adalah ahli Puteri Umno Bahagian Padang Besar, Perlis. Identiti kedua SHARINA BINTI MAT ARIF yang mempunyai nombor kad pengenalan 800729095094 adalah pengundi hantu.
Pemuda Umno dan Puteri Umno di atas berkemungkinan mengundi dua kali dengan meyakinkan Ketua Tempat mengundi (KTM) menggunakan keadah-keadah berikut:
Nama, No Kad Pengenalan, No. Ahli UMNO, Negeri, Bahagian, DUN, Cawangan
: SHARINA BINTI MAT ARIFF
: 800727095094
: 02999301
: R – PERLIS
: 001 - PADANG BESAR
: 00105 – SANTAN
: 00105010 - KAMPONG PETAL
1. Menggunakan kad pengenalan palsu atau;
2. Menggunakan lesen kenderaan palsu atau;
3. Menggunakan kad pengenalan asli tetapi tetap dibenarkan menggundi kerana kesalahan kecil atau ;
4. Menggunakan borang 11 untuk membuat akuan diri atau
5. Mengunakan keadah-keadah yang difikirkan sesuai ditempat mengundi.
Menurut Suhaizan, bukti-bukti di atas seolah-olah membuktikan bahawa Umno terlibat dalam manipulasi pilihanraya di negara ini.
Justeru, tegasnya, Pemuda PAS Malaysia mendesak Perdana Menteri selaku Presiden Umno membuat penjelasan berkenaan penemuan bukti Dewan Pemuda PAS Malaysia ini.
"Tidak mungkin ini satu kebetulan kerana data-data yang kita miliki terlalu banyak," ujarnya.
Katanya, tiga bukti yang diberikan itu hanyalah contoh untuk membuktikan bahawa perkara itu benar-benar berlaku.
"Jika Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menuduh isu Mismah ciptaan pembangkang, maka saya ingin bertanya manipulasi pilihan raya ini ciptaan siapa?" soalnya yang Ketua Pemuda PAS Johor.
Harakahdaily

Jangan kaitkan rusuhan dengan himpunan aman

12 Ramadhan 1432H. [MOD] -



SUARAM mengutuk kenyataan Timbalan Keua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar, bahawa kekacauan boleh dielakkan dengan mengadakan sekatan untuk menghalang rakyat berhimpun apabila dia menggunakan contoh insiden yang berlaku di ibu negara England, London di mana rakyat tersebut mengadakan protes pada masa kini.
Timbalan KPN tidak boleh mengaitkan protes rusuhan di England sama dengan perhimpunan aman yang dijalankan oleh masyarakat di negara ini terutama perhimpunan Bersih 2.0 yang menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.
Malahan, Khalid berasa bangga dengan tindakan polis terhadap perserta pada perhimpunan Bersih 2.0. Perlembagaan persekutuan artikel ke-10 dan juga Universal Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948 artikel ke-20 menjaminkan hak rakyat untuk berhimpun secara bebas.
Secara menyeluruh, kebanyakan perhimpunan yang diadakan  di negara adalah bersifat aman dan kita membantah segala protes yang bersifat ganas.
Kami menyeru timbalan KPN jangan memburukkan perhimpunan rakyat terutama perhimpunan Bersih 2.0 yang diadakan pada 9hb Julai dengan membuat kenyataan tersebut.
Kami ingin menekankan sekali lagi bahawa perhimpuan aman adalah salah satu cara rakyat menyuarakan pendapat dan ketidakpuasan terhadap kerajaan pemerintahan dalam sebuah negara bersistem demokratik dan kerajaan tidak sepatutnya menyekatkan hak rakyat untuk berhimpun.
Sebaliknya, perhimpuanan aman di negara selalu diganggu atau dihalang oleh polis, antara contohnya dalam laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) terhadap insiden Kesas Highway pada tahun 2001 telah menyatakan bahawa polis tidak memberi masa mencukupi untuk menyuraikan peserta.
Dalam laporan SUHAKAM  terhadap perhimpunan membantah kenaikan harga minyak di Kuala Lumpur pada 28hb Mei 2006,juga menyatakan polis menggunakan keganasan untuk menyuraikan perserta dan  beberapa anggota polis yang terlibat berkemungkinan boleh dituduh bawah Akta Kanun Keseksaan.    
Namum demikian, pihak polis masih menggunakan cara yang sama terhadap para peserta yang menyertai perhimpunan termasuk perhimpunan Bersih 2.0 dengan menggunakan pemedih mata, pacutan air berasid dan penangkapan besar-besaran terhadap peserta yang tidak mengganggu keamanan.
Walaupun Menteri Dalam Negeri, Hishammudin Hussein pernah menyatakan untuk mengubal Akta Polis seksyen 27 pada bulan Ogos tahun 2009, namun sehingga hari ini kenyataan tersebut hanya satu kenyataan kosong saja.
Oleh itu, kami menuntut kerajaan segera mengubalkan Akta Polis (1967)  terutama Seksyen 27,27A dan 27B disebabkan akta ini telah memberi kuasa yang tinggi kepada pihak polis untuk menentukan perhimpuannyang boleh diadakan.
Kerajaan perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Bebas Salahlaku dan Aduan Polis (IPCMC) untuk memantau dan menambahbaikkan institusi polis untuk mengelakkan isu penindasan hak asasi manusia diteruskan.
Yap Heng Lung adalah Penyelaras SUARAM