12 Ogos 2011

Polis siasat punca remaja parah

12 Ramadhan 1432H. [MOD] -

MOHD. NASHIR (kiri) mendengar penerangan daripada pegawainya ketika melawat Muhammad Solihin yang koma di HSB, Alor Setar semalam.

ALOR SETAR – Polis telah memulakan siasatan berhubung dakwaan seorang remaja, Muhammad Solihin Che Kassim, 14, yang dikatakan koma selepas dibaling dengan topi keledar oleh dua anggota polis ketika melakukan rondaan di Kampung Felcra Lubuk Sireh, Chuping, Perlis Sabtu lalu.

Sehubungan itu, Pemangku Ketua Polis Perlis, Supritendan Mohd. Nashir Ya berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 338 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan melalui perbuatan yang merbahayakan nyawa manusia.

Katanya, siasatan dibuat selepas pihaknya menerima tiga laporan daripada pihak-pihak terlibat iaitu bapa mangsa, Che Kassim Darus, 41, satu daripada anggota polis yang dikatakan membaling topi keledar kepada mangsa dan satu lagi laporan daripada seorang polis trafik.

“Keterangan saksi-saksi sedang dikumpul sebelum membuat rumusan mengenai kes tersebut,” katanya ketika ditemui selepas melawat Muhammad Solihin di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini semalam.

Akhbar sebelum ini melaporkan Che Kassim mendakwa anaknya cedera parah di kepala akibat terkena topi keledar yang dibaling oleh anggota polis sewaktu menjalankan rondaan pukul 9.40 malam Sabtu lalu.

kosmo/-

2 ulasan:

indahhiasan berkata...

ape la..polis yang patutnye menjadi pelindung, dorang plak yang membahayakan nyawa rakyat.

Tanpa Nama berkata...

wahai pembesar pdrm yang kebanyakkannya beragama islam. ambillah peluang dalam bulan ramadhan ni untuk memikir apa dah jadi dengan pasukan pdrm. sepatut ia menjadi pelindung kepada rakyat dari sebarang jenayah dan menunjukkan tahap profesnalisma yang tinggi tapi sebaliknya yang berlaku. Ingat sebagai peneraju pdrm anda juga akan disoal oleh Allah di hari akhirat mengenai tingkah laku anggota bawahan anda... mampukah anda menghadapinya..