23 Februari 2014

Travelog Idham Lim (1)

23 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

Kali pertama Sembahyang  Zohor dalam hidup ini berlaku selepas beberapa jam memeluk Islam sekitar jam 10.00 pagi pada 25 sept 1985. Saya mengucap dua kalimah syahadah dihadapan ayah angkat Ust Abd Rahman ASalleh dan Almarhum Ust Hussin Busu, saya balik ke bilik kawan baik Sazali Shaari yang akhirnya menjadi keluarga angkat berupa sebuah bilik di Restoran Adnan di hadapan Pasar Besar Machanģ. 

Keinginan yang kuat untuk memeluk agama islam tidak dapat saya bendung dan meluahkan kepada seorang Guru ditempat saya bersekolah Institut Kebangsaan machang atau lebih dikebnali dengan IKM. Cikgu yang saya maksud kan ialah Cikgu Rohana yang sekarang ini telah bersara beberapa tahun dulu dan menetap di Kampung beris Kubur Besar kelantan. kami masih berhunung sampai sekarang. 

Saya masih ingat dan soalan yang sering diajukan kepada saya yang lebih dikenali dan dipanggil "Hing", ialah "bila Hing nak masuk Islam". Saya menjawab dengan berbagai dalih antaranya saya katakan selepas habis belajar dulu.

Alhamdulillah bila hari nya sampai, bila kemahuan juag tidak dapat ditahan lagi lalu saya mengambil keputusan untuk menyatakan hasrat saya yang sememangnya ditunggu oleh Cikgu Rohana, dengan saya katakan kepada nya"Cikgu ...saya nak masuk Islam". Terkejut dia dengan keputusan yang saya buat dan beliau tudak menduga hasrat saya secepat itu, walaupun saya menyedari dan dia sering nyatakan bahawa sering dia doakan saya supaya capat memeluk Islam.

Dalam keadaan yang agak terkejut dengan luahan hasrat saya itu, cikgu Rohana meminta saya penangguhan waktu untuk mengatur saya untuk mengucap dua kalimah syahadah sekali gus mendapatkan seorang keluarga angkat yang dapat membimbing dan menjaga saya.

Balik kepada ceri solat kali pertama, mulanya saya mengambil air sembahyang berdasarkan sedikit ilmu yg ada . Seingat saya saya cuma membaca Al Fatihah dan membaca dalam keadaan kurang lancar bacaan yang lain.berpeluh badan dibuatnya.. Itulah pengalaman pertama saya menunaikan solat.

Sebelum ini saya banyak mendengar suara mengaji dan bacaan sembahyang yang dilakukan oleh keluarga angkat Kakak Siti Mariam dan Tuan Hassan tempat saya pernah menyewa bilik semasa keluarga itu membuka restoran di bandar Machang.

Akibat dari sering mendengar bacaan Al Fatihah yang dibaca oleh keluarga itu akhirnya alhamdulillah secara sendiri saya dapat menghafal bacaan surah Fatihah yang diwajibkan dibaca pada setiap rakaat sembahyang itu. Sebab itu pengalaman hari pertama saya tidak merasa susah untuk menunaikan fardu sembahyang.

Bersambung....

Rumah Anggota Exco Pahang Dipecah Masuk, Kerugian RM10,000

23 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -
KUANTAN: Anggota exco negeri Datuk Shahiruddin Ab Moin mengalami kerugian hampir RM10,000 setelah rumahnya di Medan Tok Sira dekat sini dipecah masuk dalam kejadian awal pagi Ahad.


Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata, kejadian disedari kira-kira pukul 3.05 pagi oleh anak lelaki anggota exco itu yang ketika itu baru tiba dari Kuala Lumpur.

Suana pilu di majlis tahlil mangsa tragedi lemas

23 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -
SEGAMAT: Suasana pilu menyelubungi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Buloh Kasap, dekat sini, ketika majlis bacaan Yassin dan tahlil diadakan untuk memperingati lapan sekawan yang lemas dalam tragedi di Sungai Muar, kelmarin.


Sebilangan besar guru serta rakan lapan sekawan yang lemas dalam tragedi itu, tidak mampu menahan kesedihan lalu menangis teresak-esak. 

Khidmat WhatsApp alami gangguan

23 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -
NEW YORK: Kira-kira 450 pengguna WhatsApp di seluruh dunia tidak dapat mengakses perkhidmatan pesanan telefon bimbit itu untuk beberapa jam, tiga hari selepas Facebook mengumumkan ia menawarkan AS$19 bilion untuk membelinya. 


“Maaf, kami menghadapi masalah pelayan. Kami harap dapat kembali tidak lama lagi," menurut WhatsApp dalam mesej di Twitter pagi tadi. 

Guru Berhimpun Bantah Sistem PBS

23 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -
BANGI: Sekumpulan guru berhimpun bagi membantah sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di mana kebanyakan di antara mereka menyatakan rasa tidak takut dengan kesan yang bakal diterima selepas menyertai bantahan tersebut.


Dua ketua yang membantah sistem tersebut telah dihukum baru-baru ini kerana menyertai program yang dianjurkan Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM).

Harga runcit beras perlu diturunkan

23 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Harga runcit beras di pasaran tempatan sepatutnya diturunkan bagi membantu meringankan beban rakyat memandangkan harga beras di pasaran antarabangsa mengalami penurunan ketara, kata Ahli Parlimen Alor Setar, Gooi Hsiao Leung.

Menurut Leung, agensi berita Reuters 19 Februari lalu melaporkan berjuta tan beras Thailand bakal dieksport ke pasaran antarabangsa akibat daripada penghapusan skim subsidi padi Kerajaan Thailand pada akhir bulan ini.

Tindakan pindahkan guru buktikan sistem PBS zalim

23 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Tindakan Kementerian Pendidikan memindahkan Pengerusi Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM), Mohd Nor Izzat Mohd Johari ke sebuah sekolah pedalaman di Jerantut, Pahang dengan notis 24 jam menambah bukti kezaliman sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) terhadap para guru.

Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming (gambar) dalam satu kenyataan medianya mengecam tindakan Kementerian Pendidikan itu dan menuntut kerajaan mendengar maklum balas SGMM, ketimbang mengeluarkan arahan berbentuk ugutan seperti yang dialami Cikgu Izzat.

Kerja pembinaan terowong MRT undang keresahan

23 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Kerja-kerja pembinaan terowong bawah tanah bagi projek Mass Rapid Transit Lembah Klang (KVMRT) yang sudah 30 peratus siap mengundang keprihatinan badan bukan kerajaan (NGO), MRT Watch.

Dalam satu kenyataan media, kumpulan tersebut menimbulkan kekhuatiran pengguna pengangkutan awam, pekerja dan penduduk sekitar berhubung cadangan pembinaan terowong yang bakal menghubungkan stesen MRT KL Sentral ke MRT Muzium Negara.