23 Februari 2014

Tindakan pindahkan guru buktikan sistem PBS zalim

23 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Tindakan Kementerian Pendidikan memindahkan Pengerusi Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM), Mohd Nor Izzat Mohd Johari ke sebuah sekolah pedalaman di Jerantut, Pahang dengan notis 24 jam menambah bukti kezaliman sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) terhadap para guru.

Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming (gambar) dalam satu kenyataan medianya mengecam tindakan Kementerian Pendidikan itu dan menuntut kerajaan mendengar maklum balas SGMM, ketimbang mengeluarkan arahan berbentuk ugutan seperti yang dialami Cikgu Izzat.

“Walaupun falsafah di sebalik PBS itu mungkin bagus, tetapi sepertimana banyak lagi perkara lain di Malaysia, pelaksanaannya sangat buruk dari awal lagi.
“Saya telah mendengar keluhan bagaimana para guru terpaksa berjaga sehingga jam dua atau tiga pagi hanya untuk memasukkan gred ke dalam sistem kerana sistem tersebut tidak sesak pada waktu-waktu tersebut.
“Malah ada juga guru yang mengadu data yang mereka masukkan hilang,” kata beliau.
Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan dilaporkan turut menghadapi kesukaran menggunakan sistem SPPBS dan memerlukan dua minit untuk memasukkan data seorang murid.
“Mengandaikan sistem tersebut tidak ‘sangkut’ seorang guru dengan murid seramai 30 orang untuk satu matapelajaran memerlukan tiga jam seminggu (minimum) hanya untuk memasukkan data gred tersebut,” tambah Strategis Pilihan Raya DAP itu.
Beliau turut menggesa pihak Kementerian supaya segera menghentikan sistem terbabit buat masa ini dan membatalkan arahan perpindahan Cikgu Izzat.
“Kementerian harus menunjukkan bahawa mereka bukan hanya tahu menghukum pihak yang berani memberi kritikan tetapi harus sedia mendengar pandangan mereka dan bekerjasama,” kata Kian 

Harakahdaily

Tiada ulasan: