06 Julai 2013

Mesir : Wajah sebenar Amerika terdedah

27 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Saya membaca berita penahanan bekas Al-Mursyidul Am khwanul Muslimin, Sheikh Muhammad Mehdi Akif oleh tentera Mesir dengan penuh kesal dan simpati. Beliau yang sudah berusia lebih 80 tahun sewajarnya tidak perlu ditahan sedemikian rupa, apalah sangat kudrat seorang tua yang sudah uzur untuk menentang kekuatan tentera Mesir? Teringat saya pertemuan dengan beliau ketika beliau menziarahi kami di Kelantan tahun lepas. Pada waktu itu turut menyambut beliau ialah Almarhum Ustaz Yahya Othman yang juga telah uzur namun menggagahkan dirinya untuk meraikan kehadiran orang penting di dalam gerakan Ikhwanul Muslimin tersebut.


Pelajar Malaysia Di Mesir Tidak Terlibat Program Akademik Dinasihat Pulang Bercuti

27 Syaaban 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Pelajar Malaysia di Mesir yang telah selesai menghadapi musim peperiksaan dan tidak terlibat dengan program akademik seperti latihan praktikal atau 'summer course', dinasihat pulang bercuti memandangkan situasi politik negara itu yang kurang stabil.
Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata para pelajar juga tidak digalak ke luar wilayah untuk aktiviti melancong, sebaliknya dinasihat tinggal di premis kediaman masing-masing. "Para pelajar juga dinasihat sentiasa mengikuti hebahan media massa, Education Malaysia Egypt (EME) dan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) dari masa ke masa," katanya dalam satu kenyataan di sini, Sabtu.

Runtuhan Jambatan Kedua: Kontraktor Akan Didakwa Kerana Cuai - DOSH

27 Syaaban 1434 H. [MOD] -

KUCHING: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) mengesahkan wujud unsur kecuaian oleh kontraktor dalam kejadian runtuhan penyambungan tanjakan susur keluar ke Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan, 6 Jun lepas.
Ketua Pengarahnya Datuk Ir Dr Johari Basri berkata siasatan mendapati berlaku kecuaian dari segi prosedur dan teknikal dalam kerja-kerja pembinaan oleh syarikat kontraktor terbabit.
Beliau berkata pihaknya kini sedang menyiapkan kertas pertuduhan terhadap kontraktor berkenaan sebelum diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya minggu depan untuk tindakan seterusnya.

PAS Jangka Umum Calon Kuala Besut Selasa

27 Syaaban 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: PAS dijangka mengikut jejak langkah Barisan Nasional (BN) untuk mengumumkan nama calon yang akan bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut Selasa ini.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata sehingga kini parti itu sedang mempertimbangkan tiga nama yang disenarai pendek sebelum diumumkan secara rasmi menjelang penamaan calon Jumaat depan.
"InsyaAllah kita juga sedia untuk umumkan calon pada Selasa ini. Kalau bukan Selasa pun kemungkinan Rabu, tapi tidaklah lewat sangat," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Sabtu.

Khabar Mesir, ulama Azhar sertai himpunan

27 Syaaban 1434 H. [MOD] -
Nasaie Ismail,06 Jul 2013
(Antara ulama Al-Azhar yang turun berhimpun bersama rakyat mempertahan Morsi dan membantah rampasan kuasa oleh tentera)


Ramai sahabat bertanya khabar Mesir, saya tidak sempat mengulas atau melapor kerana bermacam halangan. Apapun 'game' belum berakhir. Apa sahaja perubahan boleh berlaku. Tugas kita berdoa pada Allah untuk saudara kita di sini. Kerana hari ini (Sabtu) genap 8 hari mereka berkampung di Medan Rabi'ah Al Adawiah dan hari ke 5 di Medan Nahdah berhadapan Universiti Qaherah (kumpulan Salafi pimpinan Sheikh Hazim Abu Ismail).  

Ulama Azhar seru rakyat tolak rampasan kuasa


27 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Harakahdaily,

MESIR: Ahli Jawatankuasa Lajnah Fatwa Al-Azhar Sheikh Hashim Islam mengeluarkan kenyataan bahawa rakyat Mesir perlu menolak rampasan kuasa oleh pihak tentera terhadap kepimpinan Dr.Muhammad Mursi.

Beliau yang juga merupakan pengasas Persatuan Ulama Al-Azhar berkata, kepimpinan berasakan rampasan kuasa ditolak menurut syarak.

"Dr. Muhammad Morsi merupakan presiden yang sah kerana dipilih melalui pilihanraya. 

"Adalah tidak wajar bagi rakyat mesir berpaling dari beliau. Ini kerana kepimpinan yang berasaskan rampasan kuasa ditolak menurut syarak," katanya seperti dilapor Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).

26 terbunuh tunjuk perasaan penyokong Morsi di Mesir

27 Syaaban 1434 H. [MOD] -


KAHERAH: Sekurang-kurangnya 26 terbunuh dalam pertempuran di sekitar Mesir hari ini apabila ribuan penyokong presiden Mohamed Morsi yang digulingkan keluar beramai-ramai membantah tindakan tentera negara itu. 

Pertempuran itu membabitkan penyokong Morsi dan kumpulan penyokong yang memihak dengan tindakan tentera Mesir. 


Sementara itu, pasukan keselamatan polis Mesir terus menahan pemimpin gerakan islam yang dikenali Ikhwan Muslimin. - AFP 

Paraguay umum darurat berikutan banjir buruk

27 Syaaban 1434 H. [MOD] -


ASUNCION (Paraguay): Anggota Kongres Paraguay mengumumkan perintah darurat di negara itu susulan banjir besar yang melanda berikutan hujan lebat berterusan sehingga mengakibatkan sungai melimpah dan memaksa 15,000 terpaksa dipindahkan. 

Kongres Paraguay berkata, langkah yang diambil masih kurang jelas, bagaimanapun, kerajaan negara itu sedang memberikan bantuan kepada keluarga yang tinggal di kawasan rendah khususnya berdekatan Parana dan sungai Paraguay. 


Timbalan ketua gerakan Ikhwan Muslimin Mesir ditahan

27 Syaaban 1434 H. [MOD] -

KAHERAH: Timbalan Ketua Ikhwan Muslimin, Khairat el-Shater yang disifatkan lelaki paling berkuasa dalam gerakan Islam Mesir ditahan pihak berkuasa negara itu, demikian menurut jurucakap Kementerian Dalam Negeri Mesir, Hani Abdel-Latif sebentar tadi. 


Hani berkata, el-Shater dan abangnya ditahan lewat malam tadi (waktu tempatan) di sebuah pangsapuri di timur Kaherah atas tuduhan menghasut menimbulkan aktiviti keganasan terhadap penunjuk perasaan dalam tempoh beberapa hari ini. 

S'gor teruskan air percuma, RM105 juta tambahan


27 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Harakahdaily,06 Jul 2013
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor akan meneruskan perlaksanaan pemberian 20 meter padu air percuma kepada rakyat negeri itu yang telah diperkenal Pakatan Rakyat sejak mengambil alih negeri itu pada 2008 lalu.

Bagi tujuan penerusan itu, kerajaan negeri telah memohon peruntukan tambahan sebanyak RM 105 juta untuk pemberian bagi tempoh Julai hingga Disember tahun ini.


Kembalikan Morsi sebagai Presiden - Ikhwan

27 Syaaban 1434 H. [MOD] -


Saya mengikuti siaran langsung Al-Jazeera berbahasa Arab malam tadi sehingga hampir jam 2 pagi yang membuat lintas langsung dari Rabiatul Adawiah, timur Kaherah di mana penyokong Morsi berkumpul. 

Antara yang berucap ialah Isam Iryan, Naib Ketua FJP membuat kenyataaan mereka tidak akan meninggalkan dataran Rabiatul Adawiyah hingga Morsi dibebaskan. 

Penyokong Morsi makin teruja kemudiannya apabila Sheikh Muhammad Badi’, Mursyid al-Am Ikhwan Muslimin Mesir muncul di pentas (Gambar: Sheikh Muhammad Badi’ di pentas. 

Kami tidak kembali selagi Mursi tidak dikembalikan sebagai Presiden

27 Syaaban 1434 H. [MOD] -
http://greenboc.blogspot.com,06 Jul 2013

[VIDEO & GAMBAR] "Kami Tidak Kembali Selagi Mursi Tidak Dikembalikan Sebagai Presiden"


Mursyid yang juga Pimpinan tertinggi Ikhwanul Muslimin Mohamed Badie yang dibebaskan dari tahanan telah muncul dan memberikan ucapannya di dalam aksi massa pro Mursi di Rabaa, Kaherah, Mesir semalam.


Badie sebelumnya diberitakan AP, ditangkap oleh pihak tentera di daerah Marsa Matrouh, kota pinggiran dekat perbatasan Libya. 

Penyokong Mursi terbunuh ditembak tentera Mesir

27 Syaaban 1434 H. [MOD] -
http://greenboc.blogspot.com,06 Jul 2013

[TERKINI MESIR] 3 Penyokong Mursi Terbunuh Ditembak Tentera Mesir


Pihak keselamatan Mesir telah mengeluarkan tembakan ke arah pendukung mantan Presiden Mohammed Morsi yang digulingkan dan mengorbankan tiga orang, demikian lapor BBC.

17 terbunuh tunjuk perasaan penyokong Morsi di Mesir

27 Syaaban 1434 H. [MOD] -


KAHERAH: Kira-kira 17 terbunuh dalam kejadian keganasan di Mesir apabila penyokong Presiden Mohamed Morsi yang digulingkan tentera bertempur dengan penyokong lain yang menyokong tindakan tenteranya. 

Demikian menurut Kementerian Kesihatan Mesir dalam satu pengumuman yang disiarkan di televisyen negara itu. 


Bagaimanapun, maklumat lanjut berhubung kejadian itu masih belum didedahkan. - Reuters 

Paraguay umum darurat berikutan banjir buruk

27 Syaaban 1434 H. [MOD] -


ASUNCION (Paraguay): Anggota Kongres Paraguay mengumumkan perintah darurat di negara itu susulan banjir besar yang melanda berikutan hujan lebat berterusan sehingga mengakibatkan sungai melimpah dan memaksa 15,000 terpaksa dipindahkan. 

Kongres Paraguay berkata, langkah yang diambil masih kurang jelas, bagaimanapun, kerajaan negara itu sedang memberikan bantuan kepada keluarga yang tinggal di kawasan rendah khususnya berdekatan Parana dan sungai Paraguay. 

9,101 pelajar M'sia di Mesir selamat

27 Syaaban 1434 H. [MOD] -


Seramai 9,101 pelajar Malaysia yang berada di Mesir selamat dan mereka tidak terlibat dengan pergolakan yang sedang berlaku di negara berkenaan.

Menurut jurucakap Kedutaan Malaysia di Kaherah, kesemua pelajar berkenaan pada masa ini sedang menghadapi peperiksaan semester dan tinggal berdekatan dengan universiti masing-masing.

Kuala Besut: PAS pastikan pengundi luar tunai hak

27 Syaaban 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: PAS akan memastikan pengundi-pengundi Dun Kuala Besut khususnya pengundi luar tidak melepaskan hak mereka begitu sahaja pada 24 Julai ini. 


Ini kerana, pada tarikh membuang undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut itu berlangsung pada hari Rabu iaitu pada hari bekerja.



Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli merasakan penetapan tarikh mengundi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agak tidak mesra pengundi apabila dibuat pada hari bekerja.



"Sepatutnya SPR perlu meneliti keadaan pengundi termasuk pengundi luar yang mungkin akan menyusahkan mereka untuk balik mengundi pada hari bekerja," katanya kepada Harakahdaily.

Program ihya' di Qaryah Ramadhan ada kelainan

27 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Tuan Guru Nik Abdul Aziz menerima cenderahati daripada wakil Majlis Agama Islam Narathiwat sambil disaksikan Menteri Besar.

KOTA BHARU: Pengisian program Ihya’ Ramadhan tahun ini khususnya di Qaryah Ramadhan, Dataran Stadium di sini selain solat tarawih dan tilawah Al-Quran, akan dipenuhi juga dengan aktiviti membabitkan pelajar Pasti negeri.

Bahkan, kelainan sambutan Ihya’ Ramadhan di Kelantan tahun ini ialah penggemblengan anak muda, ‘Mat Rempit’ dengan galakan bertadarus di masjid dan surau di negeri ini khususnya di Qaryah Ramadhan pada awal malam selepas solat tarawih dan waktu dinihari sebelum bersahur.


Pakistan haram filem kisah cinta pasangan Hindu-Islam

27 Syaaban 1434 H. [MOD] -

ISLAMABAD 6 Julai - Kerajaan Pakistan mengharamkan penayangan sebuah filem India yang mengisahkan percintaan pasangan Muslim-Hindu yang dibimbangi akan menyinggung perasaan penonton di negara ini.

Filem Raanjhanaa mula ditayangkan pada bulan lalu, namun Lembaga Penapisan Filem Pakistan enggan meluluskan tayangan filem berkenaan di pawagam negara ini.

Guru Wanita Cemas Diugut Perompak Di Tempat Letak Kenderaan Pasar Raya

27 Syaaban 1434 H. [MOD] -

KUANTAN: Seorang guru wanita berdepan saat mencemaskan selepas diugut dan disamun seorang lelaki di tempat meletak kenderaan berhampiran pasar raya Megamall di sini, Jumaat.
Dalam kejadian 3.30 petang itu, mangsa, Siti Hafiza Shamsuddin, 30-an sedang memasuki keretanya sebelum didatangi seorang lelaki secara tiba-tiba.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff suspek bertindak meletakkan objek tajam di perut mangsa sambil menyuruhnya memandu kenderaan itu.

Hishammuddin Beri Jaminan Tiada Lagi Penundaan Tarikh Operasi KLIA2

27 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Keadaan bangunan utama terminal KLIA 2 ketika tinjauan di Menara Pusat Kawalan Trafik Udara Penerbangan Awam Malaysia KLIA 2, Sepang pada Jumaat. - FotoBERNAMA
SEPANG: Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin pada Jumaat memberi jaminan bahawa tidak akan ada lagi penundaan bagi tarikh operasi klia2 selepas tarikh beroperasi baru pada 2 Mei 2014 diumumkan baru-baru ini.

Kerajaan Tarik Balik Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam 2013

27 Syaaban 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Jemaah Menteri pada Jumaat bersetuju untuk menarik balik Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2013, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Rang Undang-Rang tersebut dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada 26 Jun lalu oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Muhyiddin berkata isu status agama anak dalam kes ibu atau bapa memeluk agama Islam telah dibincangkan secara mendalam oleh Kabinet dengan mengambil kira pandangan dan kebimbangan pelbagai pihak termasuk parti komponen Barisan Nasional (BN).

Krisis Mesir.

27 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Ketegangan berlaku di Nasr City, kira-kira 5km dari Dataran Tahrir, Kaherah, Mesir yang menjadi lokasi penyokong parti Ikhwan Muslimin mengadakan demonstrasi. Kira-kira tiga orang maut dalam insiden itu.