21 Jun 2021
UMMAH sokong JK Sidang Parlimen - Gencatan sementara politik
Janda rugi hampir RM1 juta ditipu cinta hati warga AS
GEORGETOWN: Seorang janda tidak sangka cinta hatinya dari Amerika Syarikat (AS) rupanya anggota sindiket Love Scam sehingga duit simpanan dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hampir RM1 juta miliknya lesap begitu sahaja.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pulau Pinang, Asisten Komisioner Mohd. Rosni Mohd. Lazim berkata, mangsa yang bekerja di sebuah syarikat swasta berusia 58 tahun terjerat dengan penipuan tersebut selepas mengenali lelaki itu di Instagram.
Ada sebab Agong perlu dengar nasihat PM
Dalam satu catatan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan pensyarah undang-undang, Prof. Datuk Dr. Shamrahayu A. Aziz berpendapat, pelanggaran beberapa peruntukan tertentu akan memberi kesan kepada Yang di-Pertuan Agong sendiri.
Agong dan Raja-Raja perlu berwaspada
PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu diharap supaya berwaspada bagi mengelakkan daripada termasuk perangkap mana-mana pihak yang cuba mencemarkan institusi diraja.
Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan pensyarah undang-undang, Prof. Datuk Dr. Shamrahayu A. Aziz dalam satu catatan mendapati, terlalu banyak pihak yang dilihat seolah-olah cuba memperguna institusi diraja hanya kerana tidak berpuas hati dengan kerajaan sedia ada ketika ini.
Harga emas pukal kembali susut
KUALA LUMPUR: Harga emas pukal menyusut sehingga lima peratus sejak awal bulan ini, sekali gus menjadikannya masa yang sesuai untuk meningkatkan pegangan dalam aset selamat itu.
Pengurus Besar Kanan Jualan dan Pemasaran Habib Jewels Sdn Bhd, Mohd Zaruddin Mahmud, berkata kejatuhan harga emas daripada AS$1,900 (RM7,857.07) seauns atau RM277.15 segram kepada AS$1,854 (RM7,666.85) seauns atau RM270.44 segram meningkatkan permintaan aset lindung nilai terbabit.
Pemberian vaksin hampiri 6 juta dos
KUALA LUMPUR: Sebanyak 5,815,575 dos pertama dan kedua vaksin sudah diberikan setakat semalam, menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) menerusi statistik dikongsikan di Facebook memaklumkan seramai 4,202,601 menerima dos pertama, manakala 1,612,974 lagi individu melengkapkan dos kedua.
China rekod pemberian 1 bilion dos vaksin COVID-19
BEIJING: China semakin giat melaksanakan usaha membendung COVID-19 di republik itu dengan memberi satu bilion dos suntikan vaksin kepada rakyatnya setakat ini.