01 Rabiulaakhir 1432H. [MOD] -
(Oleh: Ustadz Yazid bin Abdul Qadir Jawas)
Pada hari Kiamat nanti, tidak ada yang dapat menolong seorang hamba, kecuali Allâh Ta'âla, kemudian amal-amal shalih yang dikerjakan seorang hamba, serta syafa’at Nabi Muhammad shallallâhu 'alaihi wasallam.
Berikut ini kiat-kiat(cara) yang dapat dilakukan seorang muslim untuk mendapatkan syafa’at, yaitu:
1.Tauhid dan Mengikhlaskan Ibadah Kepada Allâh Ta'âla Serta Ittiba’ KepadaRasûlullâh Shallallâhu 'Alaihi Wasallam.
Tidak diragukan lagi bahwa tauhid sebagai penyebab yang paling besar untuk mendapatkan syafa’at pada hari Kiamat. Nabi shallallâhu 'alaihi wasallam pernah ditanya:
“Siapakah orang yang paling bahagia dengan syafa’atmu pada hari Kiamat?”
Nabi menjawab :
“Yang paling bahagia dengan syafa’atku pada hari Kiamat adalah, orang yang mengucapkan Laa ilaahaa illallaah
dengan ikhlas dari hatinya atau dirinya”.
(HR Bukhari, no. 99)
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullâh berkata :
“Syafa’at, sebabnya adalah tauhid kepada Allâh, dan mengikhlaskan agama dan ibadah dengan segala macamnya kepada Allâh. Semakin kuat keikhlasan seseorang, maka dia berhak mendapatkan syafa’at. Sebagaimana dia juga berhak mendapatkan segala macam rahmat. Sesungguhnya, syafa’at adalah salah satu sebab kasih sayang Allâh kepada hambaNya. Dan yang paling berhak dengan rahmatNya adalah ahlut tauhid dan orang-orang yang ikhlas kepadaNya. Setiap yang paling sempurna dalam mewujudkan kalimat ikhlas (laa ilaahaa illallaah) dengan ilmu, keyakinan, amal, dan berlepas diri dari segala bentuk kesyirikan, loyal kepada kalimat tauhid, memusuhi orang yang menolak kalimat ini, maka dia yang paling berhak dengan rahmat Allâh." (Majmu’ Fatawa Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah, XIV/414 dengan ringkas).
2. Membaca al Qur‘an
Dari Abi Umamah bahwasanya dia mendengar
Rasûlullâh shallallâhu 'alaihi wasallam bersabda :
"Bacalah al Qur‘an.
Sesungguhnya al Qur‘an akan datang pada hari Kiamat
sebagai pemberi syafa’at bagi sahabatnya…"
(HR Muslim, no.804)
Yang dimaksud dengan 'para sahabat al Qur‘an', adalah orang-orang yang membacanya, mentadabburinya, dan mengamalkan isinya.
3. As-Shiyâm (Puasa)
| Rasûlullâh shallallâhu 'alaihi wasallam bersabda :
As-Shiyam (puasa) dan al Qur‘an akan memberi syafa’at
kepada seorang hamba pada hari Kiamat kelak.
Puasa akan berkata :
“Wahai, Rabbku.
Aku telah menahannya dari makan pada siang hari dan nafsu syahwat. Karenanya, perkenankan aku untuk memberi syafa’at kepadanya”. Sedangkan al Qur‘an berkata :
“Aku telah menahannya dari tidur pada malam hari.
Karenanya, perkenankan aku untuk memberi syafa’at kepadanya”. Maka keduanya pun memberi syafa’at.
(HR Ahmad, II/174; al Hakim, I/554; dari Abdullah bin ‘Amr.
Sanad hadits ini hasan.
Hadits ini dishahihkan oleh al Hakim
dan disetujui oleh Imam adz Dzahabi.
Kata Imam al Haitsami, diriwayatkan oleh Ahmad
dan Thabrani dalam Mu’jam Kabir.
Rijal hadits ini rijal shahih. Lihat Majma’uz Zawaid III/181. Dishahihkan oleh al Albani dalam Tamamul Minnah, hlm. 394)
4. Doa Setelah Adzan
Rasûlullâh shallallâhu 'alaihi wasallam bersabda :
Barangsiapa yang membaca ketika mendengar adzan :
‘Ya Allâh, Rabb pemilik panggilan yang sempurna ini
dan shalat (wajib) yang didirikan.
Berilah al wasilah (derajat di surga), dan keutamaan kepada
Muhammad (shallallâhu 'alaihi wasallam), dan bangkitkan beliau,
sehingga bisa menempati maqam terpuji yang engkau janjikan’.
Maka dia berhak mendapatkan syafa’atku pada hari Kiamat”.
(HR Bukhari no.614, dari Jabir bin Abdillah)
5. | Tinggal di Madinah, Sabar Terhadap Cobaannya, dan Mati di Sana.
Abu Sa’id pernah mendengar Rasûlullâh shallallâhu 'alaihi wasallam bersabda :
Tidaklah seseorang sabar terhadap kesusahannya (Madinah)
kemudian dia mati, kecuali aku akan memberikan syafa’at padanya,
atau menjadi saksi baginya pada hari Kiamat, jika dia seorang muslim.
(HR Muslim, no.1374, 477; dari Abu Sa’id al Khudri)
Tidaklah seseorang dari umatku sabar terhadap cobaan Madinah
dan kesusahannya, kecuali aku akan memberikan syafa’at padanya
atau menjadi saksi baginya pada hari Kiamat.
(HR Muslim, no.1378, 484; dari Abu Hurairah)
Barangsiapa yang ingin mati di Madinah, maka matilah disana.
Sesungguhnya aku akan memberi syafa’at bagi orang yang mati disana.
(HR Ahmad, II/74,104; Tirmidzi, no.3917; Ibnu Majah, no.3112;
Ibnu Hibban, no. 3741, dari Ibnu Umar. Tirmidzi berkata:
“Hadits ini hasan shahih”)
|
|
|
6. Shalawat kepada Nabi Muhammad Shallallâhu 'Alaihi Wasallam
Dari Ibnu Mas’ud radhiyallâhu'anhu, bahwasannya Rasûlullâh shallallâhu 'alaihi wasallam bersabda :
Orang yang paling berhak mendapatkan syafa’atku pada hari kiamat adalah, yang paling banyak shalawat kepadaku. (HR Tirmidzi, no.484, Hadits Hasan)
|
| 7. | Shalatnya Sekelompok Muslim Terhadap Mayit Muslim.
| Rasûlullâh shallallâhu 'alaihi wasallam bersabda :
Tidaklah seorang mayit dishalatkan oleh sekelompok orang Islam yang jumlah mereka mencapai seratus, semuanya memintakan syafa’at untuknya, melainkan syafa’at itu akan diberikan pada dirinya. (HR Muslim, no.947, 58)
Tidaklah seorang muslim meninggal dunia, lalu jenazahnya dishalatkan oleh empat puluh orang yang tidak menyekutukan Allâh dengan sesuatu apapun, melainkan Allâh akan memberikan syafa’at kepadanya. (HR Muslim, no.948, 59)
| 8. | Memperbanyak Sujud
| Dari Rabi’ah bin Ka’ab al Aslami, dia berkata: “Aku pernah bermalam bersama Rasûlullâh shallallâhu 'alaihi wasallam, lalu aku mendatangi beliau sambil membawa air untuk wudhu’ beliau. Kemudian beliau berkata kepadaku : ’Mintalah!’ Aku berkata : ’Aku minta untuk dapat menemanimu di surga.’ kemudian beliau berkata : ‘Atau selain itu?’ Aku berkata : ’Itu saja.’ Lalu beliau shallallâhu 'alaihi wasallam bersabda : "Tolonglah aku atas dirimu dengan banyak bersujud”
(HR Muslim, no.489, 226) Demikianlah delapan faktor yang bisa menjadi penyebab seseorang mendapatkan syafa’at Nabi Muhammad shallallâhu 'alaihi wasallam. Mudah-mudahan kita termasuk orang yang mendapatkan syafa’at Nabi Muhammad pada hari Kiamat, bila kita mengikhlaskan ibadah semata-mata karena Allâh dan ittiba’ (mengikuti contoh) Rasûlullâh shallallâhu 'alaihi wasallam. Adapun pendapat sebagian orang, bahwa di antara sebab-sebab untuk bisa mendapatkan syafa’at adalah dengan ziarah ke kubur Nabi Muhammad shallallâhu 'alaihi wasallam, mereka berdalil dengan hadits-hadits yang palsu, dan sama sekali tidak ada asalnya dari Nabi shallallâhu 'alaihi wasallam. Seperti hadits, barangsiapa yang ziarah ke kuburku, maka dia berhak mendapatkan syafa’atku, dan masih banyak lagi yang lain. Jadi, ziarah kubur Nabi Muhammad shallallâhu 'alaihi wasallam tidak termasuk faktor yang bisa menyebabkan seseorang untuk mendapatkan syafa’at, karena tidak adanya dalil-dalil yang shahih tentang masalah tersebut.
[1] | 1.Dari sub judul rubrik Mabhats Majalah As-Sunnah Edisi 11/Tahun IX dengan judul "Kiat Mendapatkan Syafa'at Nabi Muhammad Shallallâhu 'Alaihi Wasallam"
01 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
Harakahdaily/-
01 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - Ahmad Baei Jaafar Pertandingan antara calon BN Roslan Ahmad dengan calon PAS Yuhaizad Abdullah dalam pilihan raya kecil DUN Merlimau mungkin berpihak kepada BN. Begitu juga dengan pilihan raya kecil DUN Kerdau yang calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad dicabar calon PAS Hassanuddin Salim. Sudah ramai yang membuat ramalan begitu, maka saya terpaksa mengikut rentak mereka. Ini kerana pengalaman yang lepas, semua pertandingan yang melibatkan BN dengan pembangkang, keputusannya berpihak kepada BN. Selain itu, jentera BN sudah menguasai kempennya sejak sebelum penamaan calon lagi. Walau bagaimanapun kedudukan itu boleh berubah jika orang Melayu celik propaganda. Semua parti politik akan berkempen dan menyebarkan propaganda masing-masing. Tetapi realiti yang dapat disaksikan hari ini, orang Melayu tidak dapat membezakan antara propaganda dengan fitnah dan penipuan. Propaganda penting dalam perjuangan terutama dalam menentang musuh perjuangan. Tetapi propaganda bukan menipu seperti yang difahami orang kebanyakan. Sebagai contoh, membentangkan kejayaan kerajaan dalam membangunkan negara. Rakyat mendapat manfaat daripada pembangunan itu. Berbeza pula dengan orang politik membuat kenyataan, ada pihak yang merancang menggulingkan kerajaan dan ada pihak yang tidak senang dengan kemajuan yang dicapai oleh kerajaan. Untuk itu dibuatkan filem dukomentari dengan memaparkan bagaimana usaha itu dirancang. Jika orang Melayu tidak dapat membezakan mana propaganda dengan fitnah, tentulah kedua-dua cerita di atas dikatakan sama saja. Tapi kalau mereka celik propaganda tentu mereka faham bahawa kisah kedua hakikatnya adalah fitrah dan boleh diabaikan. Orang Melayu di kedua-dua kawasan DUN itu boleh memilih calon yang boleh buat kerja untuk rakyat. Rakyat boleh menilai kemampuan mereka berdasarkan propaganda yang dibawanya. Tetapi kalau calon itu membawa cerita fitnah, mereka tahu untuk menolak mereka. Oleh sebab itu, parti pembangkang atau pemerintah perlu membuat propaganda bagi meyakinkan pengundi. Jika anda membuat fitnah lalu rakyat percaya sehingga rakyat pilih yang salah, yang ruginya adalah rakyat. Jadi, selamatkan rakyat daripada memelihara kantung-kantung mereka agar sentiasa penuh. Kepada rakyat atau pengundi di kedua-dua kewasan itu, selamat mengundi dengan hati yang ikhlas. Semoga pilihan ada yang betul boleh menyelamatkan rakyat seluruhnya.
01 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - TEMERLOH, 6 Mac: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan memfailkan saman terhadap akhbar Utusan Malaysia dan TV3 kerana didakwa memfitnah beliau membeli tanah peneroka Felda yang sebenarnya dibeli oleh pihak lain. Berdasarkan laporan blog-blog Umno, semalam Utusan menyiarkan tiga artikel berturut-turut yang menuduh Tuan Ibrahim mengambil kesempatan daripada peneroka tanah rancangan yang kesempitan hidup dengan membeli tanah mereka. Malah Utusan turut menuduh disebabkan pembelian tersebut, tuan tanah asal tersebut kini hidup dalam serba kedaifan. Pertuduhan terhadap Tuan Ibrahim turut laporan Buletin Utama di TV3 pada sebelah malamnya walaupun selepas pembeli sebenar tanah tersebut, Ibrahim Osman dalam satu sidang akhbar di markas induk PAS Kerdau menafikan perkara tersebut. "Saya sangat dukacita dengan tuduhan itu kerana hasrat beliau untuk membantu saya dan peneroka berkenaan telah bertukar menjadi satu fitnah terhadap beliau. "Hasil dari jualan tanah Felda tersebut, peneroka berkenaan telah berjaya membangunkan 15 ekar ladang sawit dan juga ternakan kambing dan lembu, bukannya menjadi dhaif sebagaimana didakwa," kata Ibrahim Osman dalam sidang media khas di Markas PAS Kerdau lewat petang semalam. "Sebenarnya apa yang berlaku adalah, seorang peneroka Felda telah mengiklan di merata-rata tempat mahu menjual tanahnya. Beliau juga telah menemui saya dan meminta saya membelinya. "Memandangkan saya tidak ada duit, saya telah bertanya kepada Datuk Tuan Ibrahim untuk membantu saya. Dia bersetuju meminjamkan dahulu duit kepada saya dan sebagai jaminan terhadap pinjaman tersebut saya bersetuju menggunakan nama isteri beliau sementara saya menjelaskan kesemua pinjaman itu. "Apabila saya mempunyai duit, saya telah mengambilalih tanah itu dan menggunakannya untuk dicagarkannya kepada pihak Mara atas nama syarikat saya, Syarikat Pintar Kesuma Sdn Bhd,” katanya sambil menambah bahawa soal Datuk Tuan Ibrahim membeli tanah Felda sehingga menganiaya peneroka Felda tidak berbangkit sama sekali dan satu dakwaan dan tuduhan yang tidak benar. Dalam pada itu, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang dalam sidang media itu berkata, beliau tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan isu ini dan hanya membantu meminjamkan wang kepada Ibrahim sahaja. "Media dan Umno hanya cuba mengalih isu sebenar di Kerdau iaitu masalah hutang kerajaan negeri dengan membangkitkan perkara yang tidak benar ini," katanya. Harakahdaily difahamkan Tuan Ibrahim akan memfailkan saman terhadap Utusan Malaysia dan TV3 dalam masa terdekat. Harakahdaily/-
01 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - TEMERLOH, 5 Mac: PAS meminta ahli-ahlinya di Felda Jengka 25 terus bersahabat dengan Muzammil Alif yang dilaporkan kembali menyertai Umno setelah tiga hari meninggalkan parti itu. Sebelum ini Muzammil yang merupakan bekas Ketua Cawangan Umno Jengka 25 telah mengumumkan menyertai PAS pada 2 Mac lalu. "Teruskan menjaga hubungan peribadi dengan beliau, malah hubungan dengan semua ahli Umno di Jengka 25 harus dipelihara kerana perjuangan kita tidak habis di dunia, bahkan akan dinilai Allah di akhirat," kata Pengarah Pilihan Raya PAS PRK Kerdau, Tuan Ibrahim Tuan Man dalam sidang akhbar lewat petang tadi (gambar). Mengulas berita kemasukan semula Muzammil dalam Umno hari ini, Tuan Ibrahim berkata apa yang berlaku itu di luar kawalan parti yang sememangnya bergantung kepada keikhlasan setiap ahli. Katanya, sewaktu Muzammil menyatakan hasratnya untuk menyertai PAS baru-baru ini, PAS telah berbesar hati sehingga Presiden PAS sendiri telah ke rumahnya untuk menerima borang kemasukan beliau. Tetapi katanya, beliau tidak menyangka keberanian beliau (menyertai PAS) hanya bertahan selama tiga hari sahaja. "Perjuangan sebagai pembangkang di negara ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana pasti akan melului kesusahan dan keperitan dan tidak semua yang mampu menghadapi tekanan sebegitu demi rakyat dan agama," kata beliau. Sehubungan itu kata Tuan Ibrahim perjuangan PAS khususnya di Kerdau akan tetap diteruskan tanpa Muzammil. "Perjuangan membela rakyat tertindas dan kegagalan pengurusan dalam Dun Kerdau merupakan agenda besar yang tidak akan terpadam dengan hanya seorang yang keluar semula menyertai PAS," kata beliau. Dalam pada itu Tuan Ibrahim turut menafikan laporan media khususnya melalui blog kononnya Muzammil tidak pernah menyertai PAS tetapi cerita itu direka-reka untuk tujuan tertentu. Justeru dalam sidang akhbar itu beliau menunjukkan borang keahlian PAS yang diisi oleh Muzammil sewaktu menyertai PAS sebelum ini. Malahan kata Tuan Ibrahim, penyertaan itu turut disertai oleh 11 lagi ahli Umno Jengka 25, bukannya Muzammil seorang seperti digambarkan oleh penulis blog. "Saya tidak berhasrat mendedahkan nama mereka, tetapi ini borang penyertaannya, ada di antara mereka merupakan veteran Umno," kata beliau sambil menunjukkan borang-borang keahlian PAS itu kepada media. Harakahdaily/-
|
Di Merlimau, sejumlah 10,679 orang layak mengundi manakala 8,999 orang di Kerdau.