06 Mac 2011

PRK Kerdau: SPR umum 7,480 Pengundi atau 83 Peratus Keluar Mengundi

01 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

TEMERLOH: Setelah proses pengundian bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)Kerdau tamat pada pukul 5 petang Ahad, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)mengumumkan bahawa jumlah keluar mengundi ialah sebanyak 7,480 atau 83peratus.

Jumlah berkenaan melebihi sasaran awal SPR iaitu sebanyak 80 peratus. Jumlahpengundi yang layak mengundi ialah sebanyak 8,999 orang pengundi.

Pada pilihan raya umum 2008, peratus keluar mengundi adalah sebanyak 80.33peratus daripada 8,451 pengundi berdaftar.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata pihaknya berpuashati dengan peratusan berkenaan dan sekaligus menunjukkan komitmen pengundimenunaikan tanggungjawab mereka.

Tiada ulasan: