27 Jun 2013

FA: MPiala B nasihat penyokong TRW jaga tatasusila

18 Syaaban 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kelantan Ustaz Datuk Ahmad Yakob mengingatkan seluruh penyokong pasukan bola sepak Kelantan yang akan berkunjung ke Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu ini menjaga nama baik sebagai anak Kelantan.

Menyampaikan pesanan melalui Facebooknya hari ini, Ustaz Ahmad mengharapkan, penyokong The Red Warriors (TRW) menjaga tatasusila sepanjang berada di sana.

"Kepada para penyokong yang akan menyaksikan perlawanan ini, saya berharap agar dapat menjaga tatasusila sepanjang berada di dalam dan luar stadium. 

"Jaga nama baik anak Kelantan dan pastikan tidak meninggalkan kewajipan solat.  Jadikan bolasepak sebagai sukan memupuk muhibbah dan insya-allah saya yakin, anak-anak Kelantan dapat melakukannya," katanya.

Beliau berkata demikian sempenan pertemuan akhir Piala FA pasukan TRW menentang pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Sabtu ini.

Ustaz Ahmad juga turut mengingatkan para penyokong Kelantan yang akan datang dari luar Kuala Lumpur agar berhati-hati dalam perjalanan.

Bagi rakyat Kelantan, kerajaan negeri sebelum ini telah mengumumkan tarikh 30 Jun iaitu Ahad ini sebagai cuti peristiwa sebagai memberi keselesaan kepada anak-anak Kelantan untuk pulang dengan selamat selepas menyaksikan perlawan tersebut nanti.

Dalam pada itu beliau turut mengucapkan selamat berjuang kepada pemain-pemain pasukan Kelantan yang akan berentap merebut Piala FA itu.

"Semoga kejayaan menjadi milik kita," katanya.


harakah/-

Konvoi Hakim Tinggi dibom

Konvoi Hakim Tinggi Pakistan dibom
18 Syaaban 1434 H. [MOD] -




KARACHI - PAKISTAN.Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dan 15 yang lain termasuk Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Sindh serta dan tiga anggota polis cedera dalam letupan di Sindh, Pakistan semalam.

Pegawai polis berkata, bom seberat lapan kilogram itu dilekatkan pada sebuah motosikal yang di parkir berdekatan kawasan taman di ibu pejabat pusat pentadbiran tersebut.

“Bom berkenaan dikawal menggunakan alat kawalan jauh. Kami percaya bom tersebut disasarkan kepada kenderaan Hakim Kanan Sindh Mahkamah Tinggi Keadilan, Maqbool Baqar,” katanya.

Menurutnya, kereta, van polis dan beberapa motosikal serta bangunan berdekatan turut musnah dalam letupan itu.

Sementara itu, Menteri Penerangan Sindh, Sharjeel Memon berkata, Maqbool sedang dirawat di hospital swasta dan makin stabil

“Kami menyediakan keselamatan maksimum kepada beliau namun serangan itu nyaris mengorbankan dirinya,” katanya menurut laporan Reuters.

Menurutnya, ketika kejadian Maqbool dipercayai dalam perjalanan ke mahkamah untuk mengadili satu kes berprofil tinggi.


sinar/-

PRK Kuala Besut paling lewat 27 Ogos


18 Syaaban 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Pilihan raya kecil (PRK) Dun Kuala Besut boleh diadakan selewat-lewatnya 28 Ogos depan.

Demikian kata Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Terengganu, Fakhrul Razi Ab Wahab, lapor Bernama, hari ini.

Yang Dipertua Dun Terengganu, Mohd Zubir Embong hari ini telah menyerah surat pemakluman rasmi kekosongan kerusi Dun Kuala Besut kepada SPR negeri di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu jam 10 pagi tadi.

Kerusi Dun Kuala Besut kosong ekoran wakilnya, Dr A Rahman Mokhtar, 55, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pagi semalam akibat kanser paru-paru.

Pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) yang berlangsung 5 Mei lalu, allahyarham yang mewakili BN memenangi kerusi itu dengan majoriti 2,434. Pada PRU12, beliau menang dengan majoriti 2,631 undi.

Sementara itu, Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali melahirkan keyakinan rakyat negeri itu khususnya para pengundi Dun Kuala Besut masih dalam 'mood' mahu berubah, berdasarkan keputusan PRU13.

"PAS bersedia hadapi PRK Kuala Besut kerana memenuhi peruntukan undang-undang dan sistem demokrasi ekoran kerusi tersebut yang kosong kini, kita yakin 'mood' rakyat nak lihat perubahan bersama kita," ujarnya.

harakah/-

Speaker tolak usul pendakwaan terpilih

18 Syaaban 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini menolak usul pendakwaan terpilih yang dibawa oleh Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin.

Penolakan tersebut dibuat Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia atas alasan kerana kes-kes yang berlaku telah dibawa ke mahkamah dalam masa yang sama sidang dewan masih dalam membahaskan ucapan Titah Yang Di-Pertuan Agong.

Usul yang dikemukakan Hanipa adalah berkaitan penerusan pendakwaan terpilih di bawah Akta Hasutan 1948 yang dijanjikan untuk diganti dengan Akta Keharomian Nasional.

Ianya dikemukakan kepada Dewan Rakyat mengikut Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2).

Hanipa yang membacakan usulnya itu menegaskan pemimpin yang pro Pakatan Rakyat ditangkap antaranya Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa, Datuk Tamrin Ghaffar, aktivis Ngo Haris Ibrahim dan mahasiswa Adam Adli dan Safwan Anang yang kritikal kepada Umno BN disiasat dan didakwa di bawah Akta Hasutan.

Pendakwaan terpilih ini, katanya telah menimbulkan kekeliruan dan keraguan di kalangan rakyat Malaysia tentang niat dan kesungguhan kerajaan mengotakan Janji Ditepati untuk memansuhkan akta tersebut diganti dengan Akta Keharmonian Nasional.

Lebih malang lagi katanya, mereka yang pro BN seperti Perkasa yang membuat kenyataan berkecenderungan menghasut melibatkan isu-isun perkauman dan sensitif agama di bawah akta ini tidak ditangkap, disiasat jauh sekali di dakwa di mahkamah.

Antara mereka yang terlibat katanya, seperti kenyataan Presiden Perkasa yang ingin membakar Bible, kenyataan Zulkifli Nordin memperlekehkan kepercayaan Penganut Agama Hindu, dan kenyataan Tun Mahathir yang mendakwa Lim Kit Siang rasis. 

Bagi Hanipa, perkara ini melibatkan kepentingan ramai kerana kerajaan BN telah berjanji untuk menghapuskan Akta Hasutan yang merupakan undang-undang warisan penjajah, tetapi masih ramai lagi rakyat Malaysia terdedah dengan pendakwaan ini.

"Sekali gus meranapkan 'legitimate expection' mereka untuk tidak didakwa di bawah akta ini," katanya.

Bahkan katanya, usul ini perlu disegerakan kerana sehingga kini tidak nampak akta ini akan dihapuskan sepertimana janji yang dibuat oleh kerajaan BN sedangkan dalam masa yang sama banyak pimpinan Pakatan Rakyat yang kritika pada BN terus didakwa.

Bagaimanapun Pandikar menolak usul tersebut dan mencadangkan ianya dibangkitkan dalam ucapan titah diraja.


harakah/-

Derita Amir tiada hempedu

Derita Amir tiada hempedu
18 Syaaban 1434 H. [MOD] -


PERAK - Senyumannya menyentuh perasaan sesiapa yang melihatnya, namun siapa sangka bayi yang bernama Muhammad Isma Amir Shahnizam ini sudah tidak mempunyai hempedu.

Dakwat kekal: PR desak SPR dedah nama syarikat

dakwat kekal
18 Syaaban 1434 H. [MOD] -


LUMPUR – PR terus mendesak SPR mendedahkan nama syarikat yang membekalkan dakwat kekal yang digunakan pada PRU13 lalu kerana mendakwa syarikat tersebut gagal menyediakan dakwat yang berkualiti.

Dakwat: Tadi kata tiada bahan kimia, sekarang ada

17 Syaaban 1434 H. [MOD]

KUALA LUMPUR:Jawapan bercanggah kerajaan termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai dakwat kekal yang digunakan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 semakin menimbulkan keraguan banyak pihak.

SPR T'ganu: P'raya kecil paling lewat 27 Ogos

18 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Yang Dipertua DUN Terengganu hari ini menyerahkan surat pemakluman rasmi kekosongan kerusi DUN Kuala Besut kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Terengganu.

Rakyat M'sia ke Jepun dikecualikan visa mulai 1 Julai

18 Syaaban 1434 H. [MOD] -

  • Rakyat Malaysia, yang memegang pasport biometrik dilengkapi mikrocip, tidak perlu mendapatkan visa untuk berkunjung ke Jepun untuk tempoh jangka pendek mulai 1 Julai ini.