24 Februari 2010

YDP beraya di rumah Cina.

9 Rabiul Awwal 1431H
Oleh Mohd Syamil Azhar.

LENGGONG: Dalam kesibukan mengisi jadual pelbagai program PAS kawasan, negeri dan pusat, Yang Dipertua PAS Lenggong, Haji Razman Zakaria masih berpeluang melawat rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat apabila berkunjung ke rumah pimpinan dari kaum Cina sempena Tahun Baru Cina baru-baru ini.

Beliau bersama rakan-rakannya telah berkunjung ke rumah Ketua DAP Lenggong, Wong Sae Long di Kampung Baru Air Kala dekat sini dengan disambut mesra pimpinan dan beberapa orang penduduk di situ.

Beliau dan rombongan dijamu minum air kotak, buah limau dan kacang goreng.

Kunjungan ke rumah Pimpinan Parti KeADILan Rakyat (PKR), Lee Saw Seong sebelum itu lebih menarik apabila YDP dan rombongan dijamu lemang, rendang pedas ayam dan masak kicap daging sepertimana juga kebiasaan menu utama orang Melayu.

Lee yang tinggal di Kampung Baru Selat Pagar dekat sini, berkata memang pada setiap kali menyambut Tahun Baru Cina beliau meminta kawannya (Melayu) yang tinggal di Kampung Sumpitan, Lenggong membuatkan lemang serta lauk pauk untuk beliau dan keluarganya.

"Saya dan ahli keluarga saya memang suka makan lemang, lauk rendang pedas ayam dan memang setiap tahun saya minta kawan saya buatkan lemang untuk kami sekeluarga.

"Kebetulan kali ini Haji Razman dan kawan-kawan datang dan sudi makan lemang kami, terima kasih banyak-banyak kerana ini membuktikan PAS tidak menutup pintu bagi kaum lain berbaik-baik," katanya.

Lee kemudiannya menyampaikan angpau kepada rombongan Razman dan sebelum berpisah mereka sempat bergambar ramai di depan Pejabat PKR Selat Pagar.

Sementara itu, Razman dan rombongan sempat menghadiri tiga kenduri serentak pada hari sama, iaitu di Kampung Gelok, Lenggong, Padang Kunyit dan Air Suda di Gerik.





Rajin bersedekah diluaskan rezeki

9 Rabiul Awwal 1431H.

ASMA' menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda (kepada Asma): "Nafkahkanlah dan janganlah kamu menyempitkan sedekah sehingga menyebabkan Allah menyempitkan (tidak mengeluarkannya) untuk kamu. Dan janganlah kamu menyembunyikan sesuatu dalam bungkusan yang kerananya Allah memutuskan berkatnya dan kesuburannya." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Allah melarang kita daripada mempunyai sifat kedekut, suka mengumpulkan harta dan tidak menafkahkan harta berkenaan ke jalan Allah.

Orang yang bersedekah adalah orang yang tahu akan kebaikan pada masa depan kerana Allah berjanji bahawa pintu rezeki hamba-Nya akan sentiasa diluaskan jika seseorang itu banyak bersedekah. BH/-


FORUM PERDANA MAULIDUR RASUL

Penceramah : YB. Drs. Khalil Idham Lim
(ADUN TITI SERONG)

Ustaz Abdullah Osman

(IRAQI) Bekas Tahanan Penjara Guantanamo

Moderator : DR. Ann Wan Seng

Tajuk : RASULULLAH USWANATUN HASANAH

Tempat : Dewan Solat Utama Masjid Jumhuriyah


Tarikh : 28.2.2010


Masa : 10.00 pagi - 12.00 t/hari


Anjuran : Lujnah Dakwah Masjid Jumhuriyah, Taman Dato' Harun.




Unik: Ceramah Maulidur Rasul di Surau turut dihadiri bukan Islam

9 Rabiul Awwal 1431H
http://bumiperak.blogspot.com/2010/02/ceramah-maulidur-rasul-di-surau-turut.html

IPOH 21 Feb 2010 Sukar untuk diterima akal dalam Ceramah Maulidur Rasul yang tajuknya berkisar tentang kemuliaan junjungan besar Rasulullah S.A.W dan keagongan sejarah Islam dihadiri bersama dengan beberapa orang bukan Islam termasuk Ahli Parlimen Gopeng, YB Lee Boon Chai, ADUN Simpang Pulai, YB Chan Ming Kai dan ADUN Teja, YB Chang Lih Kang.

Ceramah tersebut disampaikan oleh Menteri Besar Rakyat Negeri Perak, YB Dato' Seri Ir Nizar Jamaludin di Surau Abdul Rahman Auf, Taman Rapat Koperasi, Ipoh malam tadi.

Antara yang disampaikan Nizar apakah kewajaran serta nas dan dalil-dalil yang menegah penggunaan nama Allah oleh bukan Islam?. Sikap begitu mengundang umat Islam kepada perbuatan syirik kerana beriktikad adanya tuhan selain Allah dengan mengatakan Tuhan sebahagian insan lain itu bukan Allah. Bahkan ayat AlQuran yang pertama surah Al-fatihah menyatakan Alhamdulillahi Rabbul alamin (Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta)

Kelihatan YB Lee Boon Chai, ADUN Simpang Pulai, YB Chan Ming Kai dan ADUN Teja, YB Chang Lih Kang bersama jemaah Surau selepas solat Fardhu Maghrib penuh teliti mendengar ceramah.

YB Dato' Seri Ir Nizar menjamu selera bersama wakil rakyat bukan Islam selepas ceramah disampaikan di Surau Taman Rapat Koperasi, Ipoh


Khalil : Zambry dalam ketakutan.

9 Rabiul Awwal 1431H.

ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim didampingi oleh DS. Nizar dan ADUN PR yang lain semasa memberi kenyataan medianya.



IPOH : Penolakan Zanbry untuk melantik ADUN Pakatan Rakyat sebagai ahli mesyuarat dalam Jawatankuasa Tindakan Daerah(JKTD) membuktikan beliau berada dalam ketakutan dan tidak sanggup berdepan dengan ADUN Pakatan Rakyat setiap kali mesyuarat sekiranya dijemput, demikian pkenyataan ringkas ADUN Titi Serong,Drs. Khalil Idham Lim dalam sidang media isu yang berkaitan di Pejabat Pakatan Rakyat Perak di sini pagi ini.

Beliau juga menjelaskan bahawa selayaknya ADUN Pakatan Rakyat dilantik dalam JKT kerana merekalah yang mewakili rakyat dan kami masih menerima aduan rakyat.

"Sebenarnya wakil Zambry dalan JKTD yang ada sekarang adalah tidak layak kerana dia tidak mewakili rakyat" katanya.

Menyentuh Isu sambutan Tahun Baru Cina, Drs. Khalil kesal dengan pembaziran yang dilakukan oleh Zambry dan mempertikaikan kewajaran sambutan diadakan sebanyak dua kali . Pertama di kediaman rasmi MB dan kedua di Cenderiang yang dihadiri oleh DYMM Sultan Perak.

"Sebagai Cina Islam saya mengesahkan sambutan Raya Cina tidak jadi masalah untuk orang Islam, cuma yang saya persoalan ialah pembaziran bila dibuat berulangkali" Jelasnya dengan nada kesal.

Nizar : Zambry bohong kata PR tidak lantik ADUN BN dalam Jawatan Kuasa Tindakan Daerah (JKTD)

DS. Nizar bersama 14 ADUN Pakatan Rakyat yang lain bergambar selepas sidang media sebentar tadi.


9 Rabiul Awwal 1431H

IPOH, 23hb Feb :- Saya menyatakan hasrat Pakatan Rakyat memberi khidmat kepada semua rakyat dengan bentuk kerjasama kepada kerajaan mahkamah Zambry namun respon dari TPM dan Zambry mengatakan tidak perlu ada kerjasama, demikian penjelasan awal dari MB Rakyat Perak, Ds. Muhammad Nizar Jamaluddin dalam sidang berkaitan isu pembohongan Zambry di pejabat PR disini.

Semasa kita memerintah semua rakyat boleh guna kemudahan rakyat seperti dewan, kemudahan awam dan sebagainya, tegasnya.

Beliau juga mengesahkan beri surat tawaran kepada ADUN BN untuk hadir dalam mesyuarat JKTD, kita keluarkan surat kepada Pegawai Daerah, Pegawai Daerah memanggil semua ADUN PR dan BN. Ada mereka yang hadir. Ini menunjukkan sifat ketelusan kami.

Contohnya di Kerian, mereka tidak hadir, ini masalah mereka. Ini menunjukkan mereka diundang.

Sifat PR kita undang dan jemput semua ADUN dan ahli Parlimen.

Ds. Nizar juga menafikan PR tidak undang dan jemput, "saya menafikan, ini pembohongan yang besar. Kami ada bukti yang jelas ", sambil merujuk kepada Daerah Kinta, Kerian dan Larut Matang. "Kami tegaskan apa yang dikatakan Zambry dan pengkhianatan dan pembohongan. Sewajarnya kita malu dengan MB yang berbohong. Tegasnya.

Inilah kerjasama yang kita nak berikan dan dinafikan. Begitu juga permis rakyat, selepas JKK dipecat dan mereka menghalang kita gunakan.

Kita terangkan supaya kita tidak difitnah kononnya tidak melantik MP dan ADUN BN dalam JKTD.

Sementara itu YB. V.Sivakumar juga memberi beberapa kenyataan seperti berikut.

"Saya hadiri semua dalam JKTD tetapi mereka tidak hadir dalam JKTD Kinta, dan kami tetap letakkan nama masing-masing diatas meja tanda nama. Katanya sambil menunjukkan bukti.

"JKTD penting kerana membincangkan masalah rakyat, dan apakah salahnya kami dijemput dan memberitahu apa saja masalah" jelasnya.

Saya tidak faham kenapa perlu dibuat secara senyap-senyap semasa ADUN BN. Inilah peluang semua wakil rakyat bertemu dengan semua pegawai kerajaan.

Assobiyyah Yang Menghantui Jiwa dan Minda Orang Melayu

9 Rabiul Awwal 1431H
Oleh: Nash Ar-Rawy

Assobiyyah atau fahaman kebangsaan ( Nasionalisme) masih lagi merupakan penyakit turun temurun di kalangan manusia amnya dan khasnya orang Melayu yang beragama Islam . Orang Melayu menganut agama Islam mengikuti raja mereka iaitu , Parameswa yang memeluk agama Islam pada tahun 1414 ( abad ke 15 ) .Pada abad ke 20 ini, lebih kurang sekitar 500 tahun ; politik “ Takkan hilang Melayu di dunia” yang di taja oleh laksamana Hang Tuah yang tiada di ketahui makamnya ,’ Road-show’ nya masih lagi dilagukan oleh parti assobiyyah Melayu Umno.

Salahkah fahaman assobiyyah ini di sisi Islam ? Sebenarnya tidak salah kerna kecintaan kepada budaya dan bangsa sendiri itu dibenarkan oleh Islam . Justeru, kerna bahasa , budaya , kumpulan ethnik , bangsa dan keturunan adalah semuanya ciptaan tuhan yang Maha Bijaksana dan Maha Pencipta yang bisa menciptakan kepelbagaian bangsa supaya manusia itu bisa kenal mengenal antara satu sama lain.


Lantaran itu , mengapakah Islam mengharamkan assobiyyah ( kebangsaan) dan kaumiyyah( Perkauman ) ? . Ini adalah kerna Bangsa di letakkan melebihi Islam dan dijadikan pula Bangsa itu sebagai TERAS perjuangan dan HALATUJU pencapaian. KEZALIMAN berlaku kerna tiada meletakkan yang hak pada tempatnya yang sebenar! ; yakni Islam sebagai teras dan sebaliknya; dijadikan pula Islam , raja- Melayu, dan ugama Islam sebagai perkakas atau alat untuk mencapai cita-cita kebangsaan Melayu ( assobiyyah Melayu ) seperti yang tertera dengan jelasnya di dalam ‘By- Law” ( perlembagaan ) Umno itu sendiri .

Akibahnya daripada kezaliman tersebut, tertolak hududullah ( batasan hukum ketentuan Allah ) iaitu; Hukum Hudud, Qisos dan Ta’zir tidak terlaksana walaupun setelah 5 dekad merdeka daripada penjajahan Inggeris . Namun , umat Islam masih lagi dijajah dengan “ British Common Law “ dan menolak Hukum Hudud. Inilah dia dosa , dan kezaliman assobiyyah Melayu ( Umno) kepada Islam . Meletakkan Melayu sebagai teras perjuangan bukannya Islam . Natijahnya berlakulah ‘ Neo-Colonialism” (Pejajahan Bentuk Baru) oleh Umno ke atas Islam dengan menggunakan pendekatan assobiyyah Melayu menghantui minda dan jiwa orang Melayu supaya terus tidak merdeka . Menjadikan segelintir sahaja elit Umnoputra kaya raya . Sementera rakyat marhein tertekan dengan sistem Negara Koporat Umnoputra; di atas nama Melayu . Islam haramkan monopoli , kerna kekayaan negara itu untuk semua. Bukan yang kaya bertambah kaya melalui DEB untuk satu puak suku sakat sahaja. Islam haramkan kronisma dan membela semua kaum yang miskin bukan korporat Ananda Krisnan, Vincent Tan dan Mukhlis yang kaya raya mempergunakan DEP menipu rakyat miskin !.

Dalam kes sodomi ( liwat ) DS Anuar Ibrahim sepatutnya di bicarakan di Mahkamah Syariah tetapi sebaliknya di bawa ke Mahkamah Sivil. Walaupun permohonan DS Anuar di buat di Mahkamah Syariah untuk membicarakan kes Qasaf ke atas Si Penuduh diri beliau ; namum sehingga sekarang hakim-hakim Mahkamah Tinggi Syariah masih lagi terkapai-kapai untuk melakukan ‘ Legal Prosidings” ke atas kes Qasaf ( menuduh liwat tanpa 4 orang saksi ) .

Satu bukti lagi ialah kes syurb atau jenayah syariah minum arak . Wanita yang terlibat mahu di sebat secara hukum hudud untuk menebus dosanya di akhirah. Akan tetapi, hukuman ke atas beliau bukanlah secara ketentuan nas daraipada Kitabullah dan Assunnah. Sebatan hukum minum arak sebenarnya adalah antara 40 hingga 80 sebatan untuk tujuan pendidikan bukan penyiksaan dan penghinaan sebagaimana dakwa rakan kongsi Umno ; iaitu ‘Sisters In ‘Islam ‘ “ .Justeru itu dilakukan di depan khalayak sebagai pendidikan cegah maksiat .Sebenarnya tiada mendatangkan kesakitan seperti di dalam filem ‘Semerah Padi “ justeru kerna tangan tiada boleh diangkat melebihi lengan dan menampakkan ketiak , rotan halus dan pendek bukannya tebal dan panjang seperti yang di takuti ‘Sistes In ….” Bahkan jika cedera atau sakit dihentikan segera serta merta dan disambung pada hari lain dan bukannya di sebat berterusan ‘ non –stop/continuos” seperti gambaran negatif yang diberikan ; kerna ianya ibarat si ayah yang mendidik anak tidak solat ‘ bukannya di rotan untuk mencedera tetapi untuk mendidik . Barang dingat Hudud hanya untuk orang Islam , bukan Islam tidak dipaksa kerana ini membabitkan Iman dan mereka boleh pilih ‘Civil Law” .

Hukum hudud yang dilaksanakan dengan sempurna dan dengan redha si pesalah, inyaAllah tertebuslah dosa tersebut ; zina. liwat atau minum arak di akhirat kelak .Sayang sekali bagi umat Islam ; retorik tak hilang Melayu di dunia itu ; rupa-rupanya menghilangkan hudud daripada Satu Malaysia Sekular ( SMS) .Tahukah anda jika Islam naik ; bangsa yang mendukungnya automatis naik. Seperti panji Islam yang di pegang oleh orang Parsi mengusir thogut Shah, Amerika dan CIA. Namun jika orang Melayu menolak Islam dan ‘comfort zone” dengan assobiyyah Melayu Umno . Tiada mustahil jika Allah beri kepada bangsa lain ( Cina dan India) dalam DAP. PKR dan Kongress Penyokong PAS yang belajar Islam dan diberi hidayah masuk Islam dan memperjaungkam “Ad-Deen waddaulah “ dan Ad-Deen wa Syariah di negara ini !

Bagi orang Islam yang beriman tanpa mengira kaum hendaklah bangun untuk memastikan Hudud, Kisos dan Takzir bisa dilaksanakan di negara ini dengan menolak fahaman assobiyyah Melayu Umno dan assobiyyah Cina ( MCA ) dan assobiyyah India ( MIC) dengan memberikan sokongan padu kepada perjuangan yang tidak bernaunsakan kaum atau berteraskan perkauman . Sebaliknya berteraskan Islam ( “Rahmatan lil alameen “ seperti Parti Islam SATU Malaysia : PAS) , dan yang bernaunsakan Keadilan Sejagat dan Universalisme yang menolak retorik dan fahaman perkauman iaitu PKR dan DAP dalam PAKATAN RAKYAT . Jangan buat DOSA SUBAHAH tolak hudud lagi dengan mengundi Umno/BN lagi. Bertaubatlah dan undi Pakatan untuk menolak assobiyyah dan perkauman UBN yang di taja Umno .

Mencari ‘Political Mileage” dengan bergayut dengan sentimen perkauman dan mencetuskan anarki untuk meneruskan Tradisi Menipu Rakyat dalam jenama baru yang menenggelamkan Islam Hadhari ( Islam Cabut Lari ) ; diberikan kosmetik baru iatu SMS ( Satu Malaysia Sekular ) JTR ( Juara Tipu Rakyat ) . Cuba menutupi kerugian RM 32 BILLION berjudi dengan Tukaran Wang Asing Bank Negera melalui kerajaan RosmahNajib yang bisa menampung 100 tahun baget Pulau Pinang seperti yang di dedahkan Ku Li dan Nga Kor Ming . PKFZ yang didakwa MCA membabitkan figura Umno tetapi tiada disabitkan oleh SPRM; akan jadi seperti kes Perwaja Steel ( 3kali ‘bail-out’ ) dan BMF ; hilang begitu sahaja sekalipun nyawa aruah Jalil melayang .

Inilah dia perjuangan yang berteraskan assobiyyah Melayu ) demi Melayu bukannya demi Islam . Rasuah pun masih boleh jadi calun pilihanraya dan Ketua menteri ; sebab Hidup Melayu sebagai teras dan seruannya ; Amal Makruf Amal Mungkar menolak esensi TERAS perjuangan KITABULLAH dan ASSUNNAH dan seruan ‘ ALLAH HU AKBAR ! “ . Menipu ummah dalam permainan isu kalimah Allah ; walhal ucapan ramai pemimpin umno Satu Malaysia Sekular ( SMS). Massa sudah tahu Umno menolak Hudud kerna Umno bukan parti Islam tetapi parti perkauman Melayu dan hanya bisa hidup dengan sentimen perkauman seperti tohmahan ; PAS alat DAP untuk meraih undi Melayu dan pernah isu assobiyyah ini disandiwarakan oleh Najib –Lee Kim Sai . Bahkan mantan Presiden Umno pernah berkata jika laksanakan hudud habislah tangan orang Malaysia ini boleh dibuat sup . Ini lah ajaran baru yang sesat lagi menyesatkan dalam perjuangan assobiyyah Umno ; yang menolak Islam sebagai TERAS perjuangan sebaliknya menjadikan assobiyyah Melayu sebagai terasnya dengan memperalatkan raja-raja Melayu, ugama Islam dan budaya Melayu untuk mencapai cita-cita kebangsaan; bukannya Islam sebagai Teras dan Matlamat tetapi sebagai ALAT UMNO semata-mata ; termasuklah Islam Hadhari yang cabut lari dengan penipuan terkini : SATU MALAYSIA SEKULAR ( SMS ) dan JTR ( JUARA TIPU RAKYAT ) ! .

“ ALLAH IS THE GREATEST ! “

APA NAK JADI MPT TAIPING?

9 Rabiul Awwal 1431H
Email : Naninu Sakun

MAJLIS PERBANDARAN TAIPING. Begitu gah namanya. Saya memuji teramat sangat dengan staf2nya yang bekerja penuh dedikasi. Namun begitu, rakan2 saya di TAMAN JEBONG AMAN AYER PUTIH melahirkan rasa kekecewaan mereka tentang staf yang ditugaskan untuk mengutip sampah di taman tersebut. Sehingga ke saat ini sampah2 masih tidak dikutip di taman berkenaan. Mungkin disebabkan taman perumahan itu kawasan baru menyebabkan masih belum lagi berjalan jadual kutipan sampah bagi MPT Taiping. Yang peliknya, kalau bab saman xbuat plan untuk renovit rumah, Staf2 MPT cepat sahaja datang untuk saman penduduk2 taman berkenaan. Rumah masih dalam renovit lagi dah kena saman. Tapi kalau bab kerja yang sepatutnya seperti kutip sampah mereka masih lagi lupa. Justeru, dengan pendedahan di dalam blog ini diharap pihak MAJLIS PERBANDARAN TAIPING ambil berat hal rakyatni. Ingatlah RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN...

anak komando rejimen 1


GANESAN TETAP SPEAKAR TIDAK SAH - HAFEZ SABRI

9 Rabiul Awwal 1431H
Email : mohd hafez sabri

IPOH, Koordinator Institut Pemikir Muda Malaysia Saudara Mohd Hafez Sabri menegaskan bahawa pertubuhan gerakan anak muda itu sesekali tidak pernah mengiktiraf Dato' R Ganesan a/l Retasam sebagai speaker dun Perak yang sah.

Menurut beliau Ganesan adalah seorang yang tidak mempunyai etika dan jati diri kerana mengaku sebagai Tuan Yang Di Pertua Dewan Negeri Perak, ini kerana Ganesan sanggup membohongi rakyat Perak dan beliau tidak layak menjadi Speaker mengikut Peruntukan Perlembagaan Negeri Perak.

Menurut beliau lagi unit penyelidikandan strategik Institut Pemikir Muda Malaysia itu telah melihat laporan Majlis Peguam Malaysia pada 24/8/2009 melalui Setiausahanya, George Varughes yang telah mengesahkan bahawa Ganesan hanya mengemukakan surat akuan sumpah meletakkan jawatan pada 17/8/2009. Tarikh tersebut telahpun melepasi tempoh 3 bulan sebagaimana yang ditetapkan oleh Undang-undang Tubuh kerajaan Negeri Perak.

Sehubungan dengan itu beliau juga menyatakan bahawa Ganesan merupakan seorang yang tidak mematuhi undang-undang tubuh kerajaan Negeri Perak memetik kata-kata beliau “ Ganesan perlu faham dan jelas bahawa perkara 36A(5) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak menyebut bahawa sesiapa yang menjawat jawatan Speaker mesti melucutkan atau meletakkan jawatan profession dalam tempoh 3 bulan dari tarikh memegang jawatan.”

“ Ganesan mendakwa beliau dipilih sebagai Speaker dalam persidangan Dewan pada 7/5/2009. Berdasarkan peruntukan undang-undang tersebut, beliau wajib meletakan jawatan pada atau sebelum 7/8/2009” ini jelas menunjukkan bahwa Ganesan adalah speaker yang tidak sah, dan lebih buruk lagi Ganesan sanggup menipu rakyat Perak untuk kepentingan peribadi beliau..

Tambah beliau lagi, dalam rekod rasmi Majlis Peguam Malaysia pada 11/8/2009 menunjukkan Ganesan telah gagal meletakkan jawatan dan masih aktif sebagai pengamal undang-undang, perkara ini jelas menunjukkan bahawa ganesan sendiri tidak yakin dirinya adalah spakar yang sah.

Beliau juga turut mencabar Ganesan supaya menjawab hujah yang menyatakan bahawa Ganesan cuba menyembunyikan fakta tersebut dengan menghantar notis kepada Majlis Peguam hanya pada 13/8/2009 dan mendakwa telah letak jawatan sebagai peguam pada 6/8/2009, iaitu sehari sebelum habis tempoh 3 bulan yang ditetapkan oleh Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri. Persoalannya bagaimana seorang boleh letak jawatan pada 13/8/2009 tetapi berkesan mulai 6/8/2009.

Menurut beliau lagi selain daripada itu, tatacara perlantikan beliau juga tidak sah. Memetik kata-kata beliau “ Saya menyeru kepada seluruh rakyat Perak supaya sedar bahawa Ganesan bukan seorang Ahli Dewan Negeri, beliau didapati menceroboh masuk ke dalam bangunan Dewan Negeri pada 7/5/2009. Sebelum DYTM Raja Muda Perak merasmikan persidangan Dewan Negeri pada hari tersebut”, “ Ganesan juga telah mengisytiharkan diri sebagai Tuan Yang Dipertua Dewan menggantikan Tuan Yang Dipertua Dewan yang sah, YB Sivakumar yang ketika itu masih berada di tempat duduk Speaker dalam Dewan.”

Sehubungan dengan itu beliau mewakili seluruh rangkaian ngo anak muda turut mempersoalkan mengapakah pada hari dan waktu yang sama, YB Sivakumar selaku Speaker yang sah telah diheret keluar dengan kasar dan biadab oleh segerombolan lelaki yang tidak dikenali, bahkan yang lebih membahayakan lagi sebahagiannya didapati bersenjata pistol.Bukankah Sivakumar diseret keluar dan dikurung dalam stor lebih dari satu jam. Ketika itulah Ganesan mengisytiharkan dirinya sebagai Speaker Dewan, jelas beliau

Berdasarkan ini, beliau menegaskan bahawa Ganesan tetap bukan Speaker DUN Perak yang sah dan beliau tidak layak memanggil sebarang sidang DUN Perak . Kalau sidang tersebut tetap dijalankan maka ia juga akan menjadikan sidang tersebut sebagai persidangan yang tidak sah tambah beliau..

Royalti: Ku Li sarat hujjah, Tok Pa tong kosong?

9 Rabiul Awwal 1431H
Subky Latif

TENGKU Razaleigh Hamzah, pengasas Petronas berpendapat bahawa negeri dan kerajaan Kelantan berhak mendapat royalti minyak yang dihasil di pesisir pantai negeri itu tidak kira berapa jauh ia ke tengah laut.

Kalau pun royalti itu diganti dengan wang ihsan, maka wang itu mesti dimasukkan ke dalam khazanah negeri. Tiada pihak lain yang boleh mentadbirnya.

Datuk Mustafa Mohamad, Menteri Perdagangan Antarabansa dan Industri dan Ketua Perhubungan UMNO Kelantan berkeras mengatakan negeri Kelantan tidak berhak atas royalti itu kerana telaga minyak yang beroperasi adalah di luar kawasan tiga batu nautika dengan pantai negeri itu.

Menteri itu kebetulan anak Kelantan telah menjadi jurucakap kerajaan pusat dan Petronas sedang dia tidak ada kena mengena dengan urusan pengeluaran minyak. Kementeriannya tidak menjaga urusan pengeluaran minyak dan dia tidak ada apa-apa kedudukan dalam Petronas.

Orang yang boleh bercakap tentang perkara itu ialah Perdana Menteri dan Timbalannya serta Pengerusi Petronas. Jika ganti royalti itu adalah wang ihsan, maka orang-orang tadi yang layak bercakap dan cara mana wang ihsan itu hendak digunakan.

Cakap orang lain adalah tidak rasmi.

Ada pun Tengku Razaleigh adalah pengasas Petronas dan orang yang bertanggungjawab merangka merangka polisi dan operasinya. Ketika itu mungkin Mustafa Mohamad belum menyambung pelajaran ke Australia.

Ketika Petronas diasaskan sudah ada satu badan ditubuhkan bagi mengendalikan hal ehwal pengeluaran minyak itu di bawah Kementerian Perusahaan Utama yang menjadinya ialah Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak sekarang. Kira-kira Taib Mahmudlah orang yang dikira akan menjadi orang penting pengurusasn minyak.

Ketika itu Indonesia sudah ada badan pengurusan minyak negaranya yang dinamakan Pertamina yang ketuanya ialah Ibnu Sutowo. Ibnu Sutowo ini dikira orang kedua penting di Indonesia selepas Presiden Suharto. Orang minyak yang penting bagi Arab Saudi pula ialah Sheikh Zaki Yamani.

Taib Mahmud telah dibayangkan akan jadi macam Ibnu Sutowo dan Zaki Yamani bagi Malaysia.

Entah bagaimana Perdana Menteri Tun Razak telah menggantung badan yang diasaskan di bawah Taib Mahmud tadi dan menteri itu sendiri ditukarkan menjadi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Dia bukan saja hilang peluang untuk menjadi orang penting industri minyak bahkan hilang kementerian. Dia ada kerusi dan beberapa orang pembantu saja di tempat barunya itu.

Dalam suasana itu orang utama Bank Bumiputera itu iaitu Tengku Razaleigh dipilih oleh Tun Razak untuk mengasaskan Petronas sebagai ganti kepada badan yang dimansuhkan yang diketuai oleh Taib Mahmud tadi.

Orang yang masih hidup yang tahu perkembangan pertukaran dari Taib Mahmud itu selain dari Taib Mahmud dan Tengku Razaleigh ialah Tun Abdul Rahman Yaakub, Ketua Menteri Sarawak ketika itu. Dan negeri yang dikenal pasti sudah ada minyak ketika itu ialah Sarawak dan Sabah.

Kemudian barulah dipanggil pegawai kerajaan yang paling penting di Pejabat Peguam Negara Tan Sri Salleh Abbas membantu Pengerusi Petronas merangka Akta Petronas dan perjanjian dengan negeri-negeri tentang pembahagian keuntungan minyak Petronas itu.

Tun Abd. Rahman adalah orang yang cukup rapat dengan Tun Razak dan boleh dikira penasihat paling penting Tun Razak dalam perkara itu. Mungkin beliau tidak duduk dalam Petronas, tetapi dia adalah orang yang tahu tentang permulaan Petronas itu dibentuk selain dari Tengku Razaleigh dan Tun Salleh Abbas.

Tengku Razaleigh adalah orang penting UMNO paling rapat dengan Tun Razak tidak dilantik menjadi menteri tetapi dia kuat dengan kedudukannya sebagai Pengerusi Petronas dan Bank Bumiputera. Kedudukan itu menjadi dia lebih penting dari menteri-menteri selain dari Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Tengku Razaleigh dan Tun Salleh Abbas adalah orang paling tahu tentang dasar asal dan lain-lain selok belok Petronas. Kalau nak tahu apa itu ISA dan pembentukan Malaysia tanyalah kepada Tunku Abdul Rahman Putra dan bila mahu tahu tentang Petronas tanyalah Ku Li dan Tun Salleh Abbas.

Merekalah menjadi saksi paling penting kes yang melibatkan Petronas. Ada pun Tun Dr. Mahathir, Datuk Seri Najib dan Tan Sri Hassan Marican adalah orang yang berpengaruh dalam Petronas setelah Petronas sudah gagah dan perkasa.

Ada pun Datuk Mustapa Mohamad selain dari orang yang tiada apa-apa pengalaman tentang Petronas, pengetahuan tentang Petronas pun amat sikit dan pengaruh dengan badan itu pun hampir tiada.

Maka dia tidak lebih dari jurucakap UMNO Kelantan saja tentang pergelutan tuntutan royalti minyak antara Kelantan di satu pihak dan kerajaan pusat dan Petronas di pihak yang lain.

Dr. Mahathir dan Perdana Menteri Najib adalah orang yang bertanggungjawab menurunkan status royalti minyak Terengganu kepada wang ihsan. Telaga minyak yang pernah memberi royalti kepada Terengganu dulu terletak lebih jauh dari pantai Terengganu dibandingkan dengan telaga yang dituntut haknya oleh Kelantan sekarang.

Sejarah royalti menjadi wang ihsan adalah sejarah baru yang tidak dilakukan atas kehendak undang-undang dan kebenaran, tetapi ia lebih dirangsang oleh serakah hawa nafsu pemimpin UMNO tak bermaruah Terengganu sebagai helah bagi merampas semula Terengganu dari PAS. Sampai akhir mahkamah yang dibelenggu Perdana Menteri itu tidak bersidang atas saman kerajaan Terengganu atas rampasan royaltinya sejak zaman pentadbiran Dr. Mahathir dulu.

Justeru itu Ku Li dilihat dalam memperkatakan isu royalti itu sarat dengan hujah, tetapi Tok Pa dilihat kosong, hanya sarat dengan nafsu dan peluru kosong.

Harakahdaily.net/-

Dedah hukuman sebat wanita Islam kerana terpaksa

9 Rabiul Awwal 1431H

BACHOK, 22 Feb: Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa berkata, pendedahan yang dibuat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengenai hukuman sebat wanita Islam kemungkinan hanya secara terpaksa.

Katanya, tindakan kerajaan tidak mendedahkan hukuman sebat ke atas wanita Islam dianggap kerana bimbang mengundang kemarahan negara barat terutamanya Amerika Syarikat.

“Kalau tidak ada pemberita yang mengungkitkan soalan tersebut sudah tentu menteri terbabit tidak mendedahkan hukuman sebat ke atas tiga wanita Islam di Penjara Kajang baru-baru ini.

“Ini secara jelas memperlihatkan Malaysia lebih takut dan bimbang kepada kemarahan negara barat berbanding perintah melaksanakan hukuman tersebut mengikut syariat Islam,” katanya pada ceramah di Kedai Jelawat, malam tadi.

Hadir sama anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa, Yang Dipertua PAS Bachok, Datuk Omar Mohamad dan Adun Jelawat, Abdul Aziz Kadir.

Orang ramai mengikuti ceramah tersebut bagi mendengar penjelasan isu tuntutan royalti ekoran wujud kenyataan yang bercanggah di antara kerajaan negeri dan pemimpin Umno.

Baru-baru ini tiga wanita yang disabitkan dengan kesalahan melakukan persetubuhan luar nikah menjalani hukuman sebat mengikut undang-undang syariah di negara ini.

Menurut Hishammuddin hukuman tersebut dijalankan di Penjara Kajang pada 9 Febuari lalu dengan disaksikan 13 orang termasuk Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Nasharuddin yang juga Anggota Parlimen Bachok berkata, sepatutnya pelaksanaan hukuman tersebut tidak dilakukan secara senyap kerana ia tidak mendatangkan pengajaran kepada orang lain.

“Ini seolah-olah kerajaan seperti takut kepada negara luar sehingga enggan menguar-uarkan hukuman tersebut. Saya percaya kalau tidak ditanya pemberita menteri terbabit tidak akan mendedahkan hukuman tersebut kepada umum,” ujarnya.

Beliau juga mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) menghadapi krisis kewangan yang serius apabila ada sekolah mengarahkan ibu bapa mengambil anak di asrama pada cuti hujung minggu Sabtu dan Ahad.

Sementara itu, difahamkan ada hospital mengeluarkan arahan lisan kepada pesakit supaya memulangkan ubat yang dibekalkan sekiranya masih berbaki selepas penyakit mereka sembuh.

Harakahdaily.net/-

Pakatan akan sedia lebih platform untuk suarakan pandangan

9 Rabiul Awwal 1431H
Dzulfikar Mashhor

PETALING JAYA, 22 Feb: Semua pemimpin dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bebas menyuarakan pandangan dan kritikan terhadap muafakat Pakatan Rakyat menggunakan pelbagai saluran yang disediakan seperti mesyuarat, wacana, forum yang dianjurkan secara bersama.

Demikian penegasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim petang tadi, selepas mengumumkan ketetapan mesyuarat Pakatan Rakyat untuk menubuhkan suatu Jawatankuasa Disiplin yang melibatkan kepemimpinan tertinggi PAS, PKR dan DAP.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, tindakan beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat mengkritik Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim secara terbuka menggunakan media adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

“Mereka boleh menyuarakan apa jua pandangan atas kapasiti sebagai Ahli Parlimen, tetapi tidak bolehlah mengkritik sebagaimana (yang ditujukan kepada) Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng atau Menteri Besar Selangor.

“Kalau kita boleh panggil kawan kita (dalam Pakatan Rakyat) sebagai komunis, itu adalah sesuatu yang di luar batas susila sebagai Ahli Parlimen atau Adun,” jelasnya.

Ujarnya lagi, mereka yang terbabit sepatutnya menggunakan saluran-saluran yang sedia ada secara bebas dan saksama untuk mengetengahkan sebarang pandangan dan kritikan masing-masing.

“Itu tidak munasabah kerana mereka semuanya mempunyai saluran (iaitu) pra mesyuarat antara Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang begitu bebas dan saksama untuk masing-masing dibenarkan menyuarakan pandangan dan menentang mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat tidak kira PAS, PKR mahupun DAP.”

“Kita (Pakatan) mempunyai saluran wacana untuk mengetengahkan pandangan masing-masing, boleh dikatakan pada setiap hujung minggu dan mereka perlulah menyediakan masa untuk itu,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ketua Umum PKR menegaskan bahawa kewujudan Pakatan Rakyat tidak seharusnya menjadi penghalang untuk kepemimpinan PKR, PAS dan DAP berbincang cita-cita politik kepartian masing-masing.

“Dalam mesyuarat parti DAP, mereka bincang apa yang mereka inginkan, begitu juga PAS dan PKR, masing-masing bebas berbincang apa yang mereka inginkan,” ujarnya.

Penegasan Anwar itu sekali gus menyanggah dakwaan pihak tertentu sebelum ini kononnya kepemimpinan tertinggi Pakatan Rakyat dilihat cuba menafikan hak bersuara beberapa wakil rakyat terbabit kebelakangan ini.

“Kalau ada andaian seolah-olah Ahli-ahli Parlimen atau mana-mana pemimpin parti (Pakatan Rakyat) tidak boleh menyuarakan pandangan dan kritikan, itu adalah tidak benar,” ujarnya.

Menurut Anwar lagi, mesyuarat petang tadi turut bersetuju untuk memperkukuhkan Sekretariat Pakatan Rakyat yang sedia ada supaya sekretariat tersebut mampu menjadi satu lagi saluran baru untuk semua pihak menyuarakan pandangan dan kritikan yang membina.

Beliau turut menggalakkan semua pihak untuk memberi saranan dan kritikan supaya format yang sedia ada boleh diperbaikkan demi kepentingan rakyat.

Dalam perkembangan yang sama, mesyuarat tersebut bersetuju menubuhkan satu Jawatankuasa Disiplin secara bersama yang dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah demi menyelesaikan beberapa isu tatatertib yang melibatkan kepentingan bersama antara PAS, PKR dan DAP.

“Kita menetapkan untuk tubuh suatu jawatankuasa tatatertib peringkat Pakatan Rakyat dan kita minta Saudara Sivarasa Rasiahuntuk mempengerusikan jawatankuasa ini,” jelas Anwar.

Jawatankuasa tersebut, menurut Anwar, akan dianggotai oleh wakil dari ketiga-tiga parti, PAS, PKR dan DAP untuk membolehkan Pakatan Rakyat menyelesaikan isu-isu berkaitan tatatertib yang melibatkan kepemimpinan ketiga-tiga parti tersebut.

Bercakap pada sidang media yang sama, Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menasihatkan mereka yang terbabit supaya insaf dan mengambil tanggungjawab yang sewajarnya kerana setiap Ahli Parlimen hakikatnya dipilih oleh rakyat melalui sistem pilihan raya.

Ekoran itu, Abdul Hadi berkata, setiap Ahli Parlimen tidak boleh sewenang-wenangnya dibenarkan mengkhianati amanah serta undi rakyat dengan mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat Bebas.

“Kita bukan mewakili peribadi, kita mewakili parti dan undi rakyat kepada kita adalah suatu amanah yang perlu diinsafi,” jelasnya.

Dengan penubuhan jawatankuasa disiplin di peringkat Pakatan Rakyat serta sikap terbuka yang ditunjukkan oleh kepemimpinan PAS, DAP dan PKR dipercayai umum mampu menangani beberapa konflik kepentingan berkaitan kelak.

Harakahdaily.net/-

Kelantan, dari kacamata penulis novel "Ayat-ayat Cinta"

9 Rabiul Awwal 1431H

Habiburrahman El Shirazy

Siang itu, 14 Februari 2010, saya mendarat di Bandara Kota Bharu, Negeri Kelantan. Saya datang ke Kelantan atas undangan Departemen Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan, sebagai pembicara ahli dalam acara talkshow berjudul, Selebriti Sebagai Ikon Masyarakat dalam momen Festival Hiburan Islami.

Juga diundang untuk memberi kuliah umum di Masjid Kerajaan. Tiba di bandara panitia sudah datang menjemput. Mereka terdiri dua orang gadis dan dua orang lelaki. Ramah dan baik. Saya langsung diajak untuk menemui tokoh paling dihormati di Negeri Kelantan, yaitu seorang ulama kharismatik yang juga menjabat sebagai Menteri Besar Kerajaan Negeri Kelantan, yaitu Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat.

Di rumah dinas, tempat Menteri Besar biasa menerima tamu, para wartawan dari media cetak dan elektonik telah menunggu. Ternyata di sana sudah datang terlebih dahulu seorang artis dan penyanyi terkemuka Malaysia yang kini setia mengenalkan jilbab, yaitu Wardina Shafiyyah. Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyambut dengan senyum yang mengembang.

Kharismanya sebagai seorang ulama tampak jelas. Sayangnya beliau tidak bisa berlama-lama menemani. Sebab saya datang memang terlambat. Saya sampai di Kota Bharu pukul 12 siang lebih, yang semestinya dijadwalkan pukul 11 siang. Penyebab keterlambatan itu adalah pesawat Malaysian Air Lines yang tidak tepat waktu. Semestinya terbang dari KLIA ke Kota Bharu pukul 10.00 ternyata baru terbang pukul 11.20. Saya dijadwalkan bertemu dan berbincang dengan Menteri Besar Tuan Guru Nik Abdul Aziz pukul 11.00, dan beliau ternyata sudah menunggu sejak pukul sebelas.

Beliau pun masih setia menunggu sampai saya datang. Hanya saja tidak bisa berlama-lama menemani, sebab ada tamu lain yang juga harus beliau temui.

Sementara beliau menemui tamu yang lain, saya yang baru datang diminta untuk menyantap hidangan makan siang bersama Wardina Shafiyyah dan suaminya. Sebelum makan siang, para wartawan minta konferensi pers. Banyak pertanyaan yang diajukan seputar perkembangan perfilman di Indonesia.

Ada juga yang bertanya tentang proses pembuatan film berkarakter seperti Ketika Cinta Bertasbih dan Ayat Ayat Cinta. Saya sempat menunggu-nunggu adakah wartawan yang akan menanyakan hal berkaitan dengan Manohara. Sebab saya sedang berada di tempat Manohara pernah membuat kisah yang banyak mendapat perhatian di Indonesia. Ternyata tidak ada satu pun yang menyinggung masalah itu. Semuanya fokus menanyakan segala hal yang berkaitan dengan seluk beluk perfilman dan sastra.

Adzan dhuhur berkumandang, Menteri Besar mengajak shalat berjamaah. Saya tidak ikut karena ada bagian dari pakaian saya yang kotor, saya memilih untuk menjama’ shalat dengan jama’ ta`khir. Selesai shalat berjamaah Menteri Besar kembali menemui saya. Kami berbincang- bincang sebentar. Lalu bagian dokumentasi Kerajaan Negeri Kelantan meminta saya berfoto bersama Menteri Besar Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Setelah itu panitia mengajak saya langsung ke acara inti yaitu talk show di KB Mall Kota Bharu Kelantan. Panitia memberi tahu pengunjung telah membludak. Saya meminta pengertian panitia untuk membawa saya ke hotel dulu. Sebab saya baru tiba dari bandara, saya perlu cuci muka dan ganti pakaian.

Sebenarnya sejak awal saya ingin ke hotel dulu dan berpakaian lebih rapi ketika bertemu dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Tetapi waktu tidak memungkinkan, Tuan Guru sudah lama menunggu. Akhirnya saya ikut saja. Maka ketika saya diajak langsung ke KB Mall, saya minta pengertian panitia. Dan mereka setuju. Saya dibawa ke Kelantan Trade Centre untuk membersihkan badan dan ganti pakaian. Acara talk show di KB Mall berjalan hangat. Pengunjung membludak.

Yang unik adalah background panggung dan hiasan Mall seratus persen bernuansa China. Karena hari itu memang bertepatan tahun baru China. Akan tetapi acara sesungguhnya adalah Festival Hari Hiburan Islam. Dalam acara itu tampak jelas kerinduan masyarakat Malaysia akan hadirnya film-film Islami di Malaysia. Masyarakat Malaysia mengakui dalam hal kreatifitas pembuatan film Islami pun Malaysia masih tertinggal beberapa langkah dari Indonesia.

Mereka takjub dengan yang terjadi di Indonesia. Mereka merindukan adanya audisi pemilihan bintang film yang bermoral seperti yang dilakukan di Indonesia melalui film Ketika Cinta Bertasbih. Hari berikutnya, saya menyempatkan diri melihat rumah kediaman Menteri BEsar sederhana dan paling bersih di Malaysia. Saya memang ingin melihat langsung seperti apa rumah tokoh besar yang namanya tercatat dalam 50 tokoh Islam berpengaruh didunia dan dimuat dalam buku berjudul ”The 500 Most Influential Muslims” yang dieditori oleh Prof. John L Esposito dan Prof Ibrahim Kalin.

Rumah Menteri Besar Nik Abdul Aziz memang biasa saja, sama dengan umumnya rakyat Malaysia. Rumah itu ada di samping masjid, berada di komplek lembaga pendidikan yang didirikannya. Tak ada penjaga. Tak ada protokoler. Tak ada polisi yang tampak. Benar-benar biasa.

Siapa pun bisa menemui Menteri Besar ini jika beliau ada di rumah. Siang itu beliau tidak ada di rumah. Saya memang tidak membuat janji untuk itu. Saya ditemui salah satu putra beliau yang juga bersahaja. Dari cerita orang-orang Kelantan, ternyata Menteri Besar Dato` Nik Abdul Aziz dikenal orang yang sangat dekat dengan segala lapisan masyarakat. Ada kebiasaan unik yang dilakukan pemimpin paling kharismatik di Malaysia ini.

Setiap hari Jumàt, tepatnya setelah shalat shubuh, Menteri Besar yang juga ulama besar ini selalu menyediakan diri menjadi tukang cukur bagi rakyatnya. Maka tak heran, jika setiap hari Jumàt, masyarakat berdatangan shalat shubuh di masjid beliau, dan beliau yang menjadi imam shalat. Selesai shalat shubuh puluhan orang bersiap diri untuk dicukur rambutnya oleh beliau. Dan beliau melakukan hal itu dengan penuh rasa sayang pada rakyatnya.

Kebiasaan beliau yang lain. Selama ada di kantornya, jika bukan untuk urusan negara maka beliau akan mematikan semua fasilitas yang ada di sana. Misalnya jika dia harus shalat pada waktu malam, karena shalat adalah urusan pribadi dan bukan urusan negara, dia mematikan lampu dan AC yang ada di ruangannya. Kepribadian ini mengingatkan pada kepribadian Umar bin Abdul Aziz.

Tak heran jika Dato` Nik Abdul Aziz ini, pada tahun 1998 dinobatkan oleh Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) sebagai Menteri Besar - kalau di Indonesia sepadan dengan gubernur- yang memiliki reputasi paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai penghargaan atas usaha beliau menentang gejala bentuk suap dan korupsi selama memerintah Negeri Kelantan selama hampir 18 tahun.

Tiga hari saya berada di Malaysia, dan saya menjumpai betapa cintanya penduduk Kelantan pada Tuan Guru mereka, kepada ulama mereka yang juga menjadi Menteri Besar mereka. Ada kalimat Tuan Guru Dato` Haji Nik Abdul Aziz yang diingat selalu oleh rakyatnya, yaitu, "Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang mampu menyatukan hati banyak orang. Bukan pemimpin yang hanya mampu menggunakan kekuasaannya untuk membatasi ini dan itu.” Selama tiga hari juga, saya masih penasaran kenapa tidak satu orang pun yang menyinggung Manohara. Akhirnya pada suatu jamuan makan bersama beberapa panita, salah seorang dari mereka menanyakan kasus Manohara. Dia bertanya, apakah citra Kelantan sedemikian buruk di Indonesia. Saya jawab, mungkin iya. Tampak dia agak sedih.

Saya lalu balik bertanya sebenarnya bagaimana masyarakat Kelantan memandang kasus Manohara? Orang itu menjawab, mayoritas masyakarat Kelantan tidak tahu menahu tentang kasus Manohara. Tidak ada beritanya sama sekali di Kelantan. Dan itu juga bukan urusan pihak Kerajaan Negeri Kelantan, tetapi itu urusan dalam rumah tangga Istana Raja. Dia sendiri memandang tidak ada yang bisa dibenarkan dalam kasus Manohara. Menurut dia keduaduanya salah. Dia berkata, "Mereka bertemu secara tidak baik-baik, dan berpisah juga dengan tidak baikbaik. Itu masalah dua anak kecil yang tidak baik, tetapi disangkutpautkan dengan negara."

Paling tidak mendengar hal itu, saya telah mengetahui satu sudut pandang masyarakat Kelantan tentang kasus itu. Kenyataan yang saya temui, masyarakat awam Melayu Kelantan sangat menghargai bangsa Indonesia. Dan masih mengakui Indonesia sebagai bangsa besar. Seorang di antara mereka dengan jujur mengatakan kepada saya, "Indonesia adalah ikon Islam di Asia Tenggara. Jika Indonesia tegak, maka umat Islam di Asia Tenggara termasuk Malaysia tegak. Jika Indonesia runtuh yang lain juga akan runtuh.”

-----------------------------
Habiburrahman El Shirazy adalah Budayawan Muda, Penulis Novel Ketika Cinta Bertasbih

Harakahdaily.net/-

Ku Li: Iklan isu royalti kelirukan, cetus implikasi baru

9 Rabiul Awwal 1431H

The Malaysian Insider

KUALA LUMPUR, 22 Feb: Iklan penjelasan tuntutan wang royalti yang disiarkan kerajaan pusat menerusi akhbar-akhbar Bahasa Malaysia semalam menimbulkan lebih banyak implikasi negatif dan kekeliruan berbanding penjelasan, kata Tengku Razaleigh Hamzah (gambar) hari ini.

Justeru tegas beliau, iklan satu halaman itu sekali gus menunjukkan tiada negeri yang mempunyai hak untuk mendapatkan bayaran tunai ataupun royalti termasuk Sabah dan Sarawak.

Kata beliau, iklan muka penuh yang diambil oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan berhujah Kelantan juga tiada hak kepada bayaran minyak di bawah Akta Kemajuan Petroleum kerana sumber minyak yang menjadi persoalan terletak di kawasan tiga batu nautika, yang menafikan hak kesemua negeri.

“Iklan itu gagal untuk menyatakan bahawa kesemua minyak yang diperoleh di Malaysia ditemui di kawasan pesisir lebih dari tiga batu nautika, dan bagaimanapun Petronas (terus) membuat pembayaran kepada negeri-negeri ini.

“Dengan hujah yang diturunkan dalam iklan (semalam), Terengganu, Sabah dan Sarawak juga tidak layak menerima bayaran tunai lima peratus (biasanya dan dengan kurang tepat dirujuk sebagai royalti minyak).

“Kesemua terletak pada budi bicara kerajaan persekutuan,” kata beliau dalam pandangannya dikeluarkan hari ini.

Pada 28 Jan lalu beliau menegaskan pada satu ceramah perdana bahawa Kelantan layak menerima wang royalti lima peratus.

Pun begitu kata beliau, pada tahun lalu Petronas telah membayar RM6.2 bilion dalam bentuk bayaran tunai dengan RM3 bilion kepada Terengganu, RM2.3 bilion kepada Sarawak dan RM0.9 bilion kepada Sabah.

Ahli Parlimen dan Ketua Umno Bahagian Gua Musang ini menambah, oleh itu ada pihak tertanya-tanya atas dasar apa bayaran itu dibuat memandangkan petroleum hanya ditemui di kawasan luar pesisir tiga batu nautika.

Oleh itu tegas beliau, hujah untuk menafikan hak Kelantan daripada memperoleh bayaran tunai lima peratus atas dasar minyak berada di kawasan tiga batu nautika sebenarnya “satu penghinaan kepada kebijaksanaan” seseorang.

Semalam kerajaan pusat mengiklankan penjelasan isu tersebut dalam akhbar-akhbar Bahasa Malaysia dengan menyasarkan pendirian Tengku Razaleigh dan juga Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam iklan satu halaman yang disiarkan di Berita Minggu, Mingguan Malaysia dan Sinar Harian kerajaan pusat mendakwa kenyataan Tengku Razaleigh berhubung isu bayaran royalti kepada Kelantan hanya perlu dilihat sebagai pendapat peribadi beliau semata-mata.

Oleh itu, kerajaan pusat berkata sebarang keputusan yang diambil berkenaan hak pembayaran royalti perlu dibuat berasaskan peruntukan undang-undang yang berkaitan serta perjanjian-perjanjian yang ditandatangani di antara Petronas dengan kerajaan-kerajaan negeri.

Tengku Razaleigh, bekas pengerusi dan pengasas Petronas, menambah bahawa pembayaran wang tunai lima peratus adalah manfaat dinikmati rakyat tetapi telah dinafikan oleh Umno Kelantan selepas 34 tahun bekas perdana menteri Tun Abdul Razak Hussein meninggal dunia.

Katanya, tiada pihak dengan fikiran waras akan melakukan ini sebagai satu tindakan, yang kononnya akan memanfaatkan kedudukan jangka panjang Umno di Kelantan, malah di mana-mana sahaja orang memerhatikan perbuatan seperti ini.

“Saya dituduh meletakkan kepentingan negeri berbanding kepentingan parti. Bagaimanapun isu ini melangkaui (kepentingan) Kelantan.

“Hujah yang diletakkan dalam iklan semalan mengetepikan hak semua negeri dalam soal sumber alam semula jadi, yang merupakan hak kedaulatan mereka,” katanya.

Ia juga menafikan perjanjian antara Petronas dan negeri-negeri terbabit dan mengetepikan tujuan asal penubuhan syarikat tersebut, kata beliau.

“Salah satu implikasi segera diturunkan dalam iklan penjelasan rasmi oleh Kementerian Penerangan semalam ialah Terengganu juga tidak layak untuk mendapatkan bayaran minyak (tunai).

“Ini bermakna selepas memotong kesemua bayaran apabila Terengganu jatuh ke tangan pembangkang (pada 1999) dan digantikan dengan wang ihsan, tiada asas sama sekali bagi janji kerajaan untuk kembali kepada bayaran tunai.

“Kesemua minyak Terengganu ditemui jauh di kawasan pesisir pantai,” katanya.

Disebabkan itu menurut beliau, apa yang terpakai kepada Kelantan juga diguna pakai ke atas Terengganu.

“Pada akhirnya, ia bukan persoalan politik ataupun personaliti.

“Ia bukannya pasal saya atau sesiapa berkata, ataupun di mana PAS dan Umno berdiri,” kata Tengku Razaleigh sambil menambah, ia sebenarnya berkaitan dengan pematuhan kerajaan dengan perjanjian bertulis yang diluluskan oleh Parlimen dan sama ada menghormati prinsip demokrasi berparlimen.

Tegas beliau, sama ada hak orang ramai dipenuhi ataupun tidak ia bergantung kepada siapa mereka mengundi.

“Melayan Terengganu dan Kelantan dengan cara ini, kita menafikan hak mereka kepada wang yang mereka berhak untuk memiliki, menafikan hak kedaulatan negeri mereka dan mengikis demokrasi berparlimen,” katanya.- The Malaysian Insider.

Harakahdaily.net/-

Tokong terbakar tiada unsur sabotaj

9 Rabiul Awwal 1431H

KUALA TERENGGANU, 23 Feb: Maklumat dan siasatan awal pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat mendapati tiada unsur khianat atau sabotaj dalam insiden kebakaran Tokong Ho Ann Kiong, Kampung Cina di sini, malam tadi.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut ketika bergegas ke tempat kejadian memaklumkan, pihak bomba mengesahkan kejadian tersebut bukan perbuatan khianat mana-mana pihak.

"Saya bimbang takut usur khianat ke, tapi disahkan tadi tidak ada.

"Bomba sendiri sebut tadi, tapi dia masih siasat, cuma dia pesan tadi jangan timbul tuduhan- tuduhan," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam.

Menurut penduduk, asap tebal dilihat mula keluar dari bahagian atas bumbung bangunan tokong tersebut lebih kurang jam 9 malam.

Mereka bagaimanapun tidak dapat masuk ke dalam bangunan tersebut untuk memadam kebakaran kerana pintu tokong berkunci.

Difahamkan, penjaga tokong tersebut keluar untuk makan sewaktu kejadian berlaku.

Ekoran itu, penduduk menghubungi pihak bomba dan dan polis.

Pihak bomba yang tiba sejurus kemudian berjaya mengawal kebakaran kira-kira dua jam kemudian akibat api terlalu kuat.

Bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih disiasat.

Tokong tersebut antara yang tertua di negeri ini dengan usia lebih 200 tahun.

Senibinanya juga agak unik dengan kebanyakan barang-barangnya diimport dari luar negara.


Harakahdaily.net/-