CARACAS: Sekumpulan lelaki bersenjata menembak mati seorang ratu cantik Miss Venezuela dan temannya yang merupakan anak kelahiran British.
Kejadian tembakan tersebut berlaku di hadapan anak perempuan pasangan itu yang berusia lima tahun, kata pihak berkuasa.
Monica Spear, 29, seorang bintang drama bersiri, dan Thomas Henry Berry, 39, mati ditembak dalam satu kejadian rompakan apabila kereta mereka rosak di lebuh raya di barat laut Venezuela pada lewat malam Isnin, waktu Venezuela, kata pihak polis dan pendakwa raya.