13 Mac 2013

Manifesto Pakatan: Masa depan telah tiba!

1 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

Cabaran yang menanti kerajaan baru di Putrajaya, bagi merealisasikan sebuah reformasi menyeluruh kehendak rakyat, bukanlah satu yang kepalang.


Khuatir bercampur bosan dikecewakan dengan kegagalan pada silih bergantinya pucuk pimpinan tertiggi yang mengemudi Negara, meletakkan ada yang sinis dan tidak lagi ghairah dengan datangnya musim pilihanraya yang sepatutnya menyuntik pengharapan baru.

Ketepuan serta kehilangan semangat ini sahaja sudah cukup bagi mengendalakan proses perubahan. 
Paling parah lagi kalau semakin menebal tanggapan serta kehilangan kepercayaan bahawa walau apa pun polisi-polisi penambahbaikan kerajaan sedia ada ini, dan betapa banyak pun sumber serta dana diperuntukkan bagi menjayakan sesuatu agenda perubahan itu, semua akan berakhir dengan kegagalan. Rakyat teramai akan terus dihimpit dengan bebanan hidup.

Atas sebab itu sahaja secara tunggal sudah cukup menasabah bagi rakyat di Negara menimbang secara serius bagi melakukan perubahan pemerintahan, paling tidaknya untuk satu penggal.Kerehatan dari tertakluk kepada sebuah regim yang telah terlalu lama mentadbir sehingga kehilangan kepekaan dan keprihatinan terhadap rakyat teramai adalah sangat wajar.

Di persimpangan kritikal penentuan kepimpinan politik negara yang merupakan pilihanraya paling getir dalam kelangsungan survival negara-bangsa ini, Pakatan Rakyat, sebuah muafakat politik berusia hampir 5 tahun, telah tampil membuat tawaran kepada seluruh rakyat sebagai pencabar Barisan Nasionaldi peringkat Persekutuan, dengan mengangkat sebuah manifesto yang diberi jodol “Pakatan Harapan Rakyat”.

Persis slogannya, apakah ini harapan rakyat untuk keluar dari kemelut tak berhujung yang di alami berdekad lamanya ini?

Pakatan  Rakyat sangat berani mengemukakan tawaran sulungnya bagi merampas kuasa dari seteru politiknya, sekaligus menawan Putrajaya.Keberanian itu juga bermaksud kesediaannya untuk seluruh tawaran manifestonya ditelek dan dikritik oleh pelbagai pihak.

Mengelakkan dirinya dikesani gugup dan tercabar, pimpinan Umno-Barisan Nasional (UBN)membalas bahawa manifesto mereka hanya akan diterbitkan setelah parlimen di bubar.

Pun begitu, UBN hanya sekadar mampu melontarkan kritik dan kecaman. Tegasnya dan mudahnya kalau manifesto Pakatan Rakyat dilaksanakan negara pastinya akan muflis atau bankrap. 
Itu sahaja wirid UBN yang mampu diucapkan, baik pimpinan tertinggi mahupun pengerusi JKKP, sepanjang waktu yang dikitar tidak bernokhtah di media perdana kawalan UBN.


Namun apa itu manifesto? 

Dari the ‘Free Encyclopedia, Wikipedia’, takrif sebuah manifesto adalah satu bahan yang diterbitkan oleh seorang individu, kumpulan, sebuah badan politik mahupun sebuah kerajaan bagi menjelaskan visi dan misi tawaran mereka khasnya di dalam sebuah pilihanraya. Takrif itu adalah sangat bertepatan dengan apa yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat.

Penulisan ini adalah bagi menonjolkan pemikiran dan falsafah di sebalik tawaran Pakatan Rakyat .Perincian tawaran-tawaran manifesto Pakatan Rakyat mungkin sudah sedia dimaklumi. Mengetahui pemikiran disebalik pelbagai tawaran manifesto yang mengangkat tema “Pakatan Harapan Rakyat” adalah penting.

Menganalisis pelbagai reaksi dan tanggapan terhadap manifesto adalahmenarik.Respons bercampur danada juga menyifatkannya tidak‘reformis’ hanya ‘populist’.

Penulis tidak wajib menjelaskan sumber dana serta darimana puncanya kerana pembentangan manifesto bukanlah satu pembentangan belanjawan negara.Pun begitu penulis akan terangkan bagi meredakan golongan yang sangat khuatir bahawa negara ini akan bankrap dalam usia tahun pertama Pakatan Rakyat.

Tema “Pakatan Harapan Rakyat”  bertujuan menegaskan bahawa cita-cita membina sebuah bangsa yang bersatu padu dan Negara yang makmur di mana seluruh rakyat yang mengecapi kesejahteraan telah gagal. 

Rakyat selaku tuan dan bos kepada negara ini sudah bersedia untuk melakukan reformasi tertangguh ini dan Pakatan Rakyat menawarkan diri menjadi wahana dan wadah perubahan besar ini.

Pertama-tamanya, perubahan mesti datang bersekali dengan pengukuhan kembalisemua institusi-institusi kritikal Negara agar ia bebas dan berintegriti lantas dapat menjalankan tugasan menyemak-imbang pihak Eksekutif bagi menggalas amanah perlaksanaan cita-cita.

Bersendikan empat tonggak utama yakni Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat dan Kerajaan Rakyat, manifesto “Pakatan Harapan Rakyat” membina sebuah visi dan misi untuk mengangkat dayasaing Negara sebagai Negara yang bermaruah, berdaya-saing dan ulung.

Manifesto Pakatan Harapan Rakyat adalah cita-cita untuk menempah sebuah pembangunan sosial yang adil yang berteraskan rakyat dengan mendepankan rakyat. 

Ia adalah satu paradigma pembangunan yang jelas kontra dan bertembungan dengan paradigma pembangunan UBN yang mendahulukan kroni serta suku-sakat sehingga membarah jurang perbezaan kaya-miskin dan kesenjangan pendapatan dan kekayaan yang terlalu ketara dan kronik.Lihat sahaja jumlah yang layak mendapat BRIM 2.0 bagi mengesahkan kesenjangan pendapatan iaitu sebanyak 4.3 juta isi-rumah berbanding 6.3juta isi-rumah di seluruh Malaysia.

Pakatan Harapan Rakyat akan menjadikan Malaysia sebuah Negara yang ditadbir secara adil dan berkeamanahan di mana rakyatnya hidup makmur dan bermaruah.

Pakatan Harapan Rakyat meletakkan masyarakat bermaruah adalah sebuah negara-bangsa yang yakin dengan asal-usulnya, berpegang dengan prinsip agama an nilai-nilai sejagat, yang membela yang benar dan menentang yang zalim, saling menghormati dan mempercayai hati-budi yang lain dan tidak pula tebal dengan prajudis dan kesangsian. 

Manifesto ini menegaskan peri-pentingnya menghayati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan serta menjamin hak kebebasan beragama seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. 

Penghayatan kedudukan Islam sekaligus berperanan mengekalkan perpaduan dan keharmonian dan bukan sebaliknya menjadi sumber pertentangan dan permusuhan akibat dari pegangan Islam secara jahil, sempit dan melampau.

Peranan Islam dalam membenteras pengurusan khianat dan tata-kelola tempang dalam tadbir-urus pemeritahan akan menjadi lebih menonjol. 
Menangkis kemungkaran ekonomi dan maksiat tata-kelola kewangan adalah antara teras penghayatan Islam yang penting.

Tunggak budaya yang berteraskan nilai sejagat, menjulang kemuliaan ilmu, mendokong perkembangan bahasa serta menggalak pemuliharaan pelbagai cabang seni. Ini akan serentak  mengangkat jati diri bangsa, membina harmoni serentak menjadi teras positif hidup bermasayarakat rakyat Malaysia.

Manifesto Pakatan Harapan Rakyat dalam menentukan ‘Kesejahteraan Rakyat’ punya kelainan yang ketara sekaligus merupakan model ‘Ekonomi Rakyat’ agi sebuah Malaysia Baru yang lebih adil dan makmur.

Kewujudan jurang dan kesenjangan kaya-miskin adalah natijah buruk dari urus- tadbir pembangunan yang mendahulukan segelintir kroni sehingga mengepong kelancaran dan efisiensi pasaran dengan pelbagai amalan monopoli dan oligopoli dan perjanjian konsesi utilti yang menguntungkan serta memperkayakan kroni dan membebankan rakyatdengankos saraan hidup yang tinggi. 

Berbeza degan cara UBN, Kesejahteraan Rakyat dalam misi Manifesto Pakatan adalah untuk meningkatkan ‘pendapatan dan pendapatan boleh berbelanja' dengan mengurangkan bebanan kos utama saraan hidup dalam bakul Indeks Harga Pengguna (CPI) serta  mengurangkan perbelanjaan rakyat di segi tanggungan kesihatan, pendidikan dan perumahan.

Pendekatan berteraskan ‘Income-Based’ jelas berbeza dengan fokas Ekuiti atau pegangan Saham (Equity-Based) yang menjadi matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB). Nyata dalam pacuan 30% ekuiti bumiputera yang telah memasukki dekad ke-5, bukan sahaja ia gagal dicapai tetapi telah memburukkan kesejangan pendapatan dan kekayaan (Income and Wealth disparity) khususnya dalam etnik Melayu-Bumiputera itu sendiri. Lebih malang lagi atas nama DEB, ia telah dipesalahgunakan untuk memperkayakan segelintir kroni Melayu ketika mengkesampingkan etnik Melayu teramai.

Pendekatan Kesejahteraan Rakyat dalam Manifesto Pakatan bakal menyaksikan bagaimana keseluruhan tawaran penurunan harga petrol dan diesel, tariff air dan elektrik, dengan kaedah penstrukturan semula ekonomi termasuk pencukaian dan mendayakan subsidi ‘progresif’ yang bertepatan dengan sasaran rakyat yang memerlukan. 

Serentak manifesto mewawarkan penamatan subsidi ‘regresif’ yang bersifat ‘borong’ atau ‘blanket’ yang tidak menguntungkan sasaran rakyat golongan berpendapatan rendah khasnya golongan nelayan, petani, golongan kelainan upaya dan golongan terpinggir seperti etnik India di estate-estate.

Keseluruhan tawaran manifesto Pakatan kerap diserang seteru dan medianya, bakal memufliskan Negara. Wajar ditegaskan bahawa keseluruhan tawaran-tawaran manifesto telah dihitung dan dijumlah dengananggaran aliran tunai atau ‘cashflownya’. 

Ini berbeza dengan tadbir urus UBN yang menggurus pembangunan dan perolehan secara tidak telus (opaque) dengancara runding-langsung seperti pemberian kontrak infrastrukur mega dalam penswastaan. 

Kos pembangunan semua menggelembong (bloated) termasuk dengan tanggungan ‘cost-overruns’.Contoh khusus adalah MRT dan terkini kos Keretapi Laju (HSR) yang pertama-tama disebut  dengan RM8 bilion kini telah melambong kepada RM80 bilion.

Kerajaan Pakatan Rakyat telah buktikan bahawa kita telah membuat penjimatan sebanyak 20-25 % berbanding UBN apabila dikelolakan dengan pengurusan yang baik seperti di negeri Selangor. 

Oleh kerana itu meskipun seluruh tawaran Manifesto Pakatan berjumlah besarRM45.75 bilion, kami yakin untuk menjana RM49.5 bilion dalam 3 kaedah utama yakni: 

1. Penjimatan melalui tadbir-urus yang berkesan dan bebas rasuah- ketirisan 

2. Menyusukan kembali keutamaan bagi mengelak perbelanjaan mengakayak krooni dan 

3.hasil dari penjanaan pertumbuhan hasil galakan perbelanjaan oleh rakyat (domestik) dan kerancakan sektor swasta yang tidak terkepong dengan pelbagai kekangan yang mengherotkan pasaran dan persaingan yang dari pihak GLCs sendiri. Sekaligus ia menjana kerancakan Pelaburan luar (FDI) dan dalaman (DDI).

Sasaran RM4000 bagi seisi rumah akan tetap menjadi cita-cita kerajaan Pakatan Rakyat bagi membuktikan bahawa mendayakan rakyat bukanlah satu utopia seperti dituduh. Pendekatan kami mengurangkan kos saran hidup dan mengizinkan pendapatan meningkat adalah jauh lebih ‘superior’ dan berkesan daripada ‘menampal koyok’ atau ‘band-aid’ yang bermusim dengan pemberian BRIM yang bersifat ‘one-off’.

Andainya kami berhasil mencapai 50% dalam penggal pertama parlimen setelah kami mengambil alih Putrajaya maka ia satu prestasi yang baik. Andainya kami berjaya mencapai 75% pencapaian maka ia satu yang cemerlang. 30% ekuiti bumiputera telah memasukki dekad ke-5  dan RM52 bilion pegangan saham Melayu-Bumiputera telah hangus dan kembali kepada paras RM2 bilion. Persoalannya ialah Melayu-Bumiputera mana yang memegang ekuiti ini bagi pihak Melayu-Bumiputera teramai?

Sayugia diingatkan bahawa pendekatan penstrukturan ekonomi, termasuk percukaian dan subsidi adalah dasar fiskal yang penting dan tentunya punya impak kepada pendapatan dan perbelanjaan kerajaan. Namun suka juga dingatkan kepada pengkritik kami bahawa kehilangan pendapatan cukai contohnya RM3.5b (kalau 50% penurunan cukai eksasi), kini akan beralih kepada tangan dan saku rakyat yang sekaligus meningkatkan ‘pendapatan boleh berbelanja’ mereka.

Perbelanjaan isirumah (domestik)akan meningkatkan permintaan barangan dan perkhidmatan sekaligus meningkatkan faktor Perbelanjaan (Consumption) dalam KDNK. Begitu juga seterusnya apa jua pengurangan kos kepada rakyat (tariff air, elektrik, kesihatan, pendidikan) meningkatkan keupayaan pendapatan serta kuasa berbelanja-membeli mereka. 

‘Pakatan Harapan Rakyat’ adalah tawaran Pakatan Rakyat bagi menamatkan pelbagai kebejatan pengurusan tempang dan khianat UBN. Manifesto ini bercita-cita bukan sahaja menambaik baik Negara ini bahkan menampilkan satu formula satu impian yang lama tertangguh bagi membina sebuah Malaysia Baru yang lebih adil, berdaya-saing dan berkebajikan untuk semua rakyat.

-------------------------------

* Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen dan Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS.

Dua anggota tentera yang terkorban naik pangkat - Ahmad Zahid


1 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


PETALING JAYA 13 Mac - Dua anggota tentera yang terkorban dalam insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu dinaikkan pangkat kepada Koperal penuh, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini.


Beliau berkata, imbuhan untuk kedua-dua ibu bapa Allahyarham Ahmad Hurairah Ismail, 24, dan Ahmad Farhan Ruslan, 21, akan diberi melalui beberapa faedah perkhidmatan.

“Wang bukan boleh mengubati kesedihan kehilangan orang tersayang tapi ia tanda rasa prihatin daripada Kementerian Pertahanan, warga Angkatan Tentera dan rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita di Pangkalan TUDM Subang, di sini hari ini.

Beliau hadir memberikan penghormatan terakhir apabila jenazah dua wira negara itu diterbangkan ke sini dari Sabah.

Turut hadir bagi memberi penghormatan terakhir ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahmad Hurairah merupakan anggota Angkatan Tentera Malaysia pertama yang terkorban sejak insiden pencerobohan pengganas di Sabah 12 Feb lepas. - BERNAMA



Pemimpin Umno kena rasional macam Musa Hitam

1 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Kenyataan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam yang mengatakan negara tidak akan bangkrap jika diambil alih Pakatan Rakyat membuktikan manifesto Pakatan bersifat rasional dan realistik.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata pengalaman Musa sebagai bekas orang nombor dua negara itu juga perlu dijadikan panduan kepada pemimpin BN dan ahli-ahlinya untuk tidak terus menakut-nakutkan rakyat.

"Apa yang dikatakan beliau itu merupakan satu pandangan yang rasional dan objekif. Yang juga bersifat negarawan, berbanding pemimpin BN lain yang sudah bersara seperti Tun Mahathir yang lebih emosional," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Tambah Salahuddin, kenyataan Musa itu perlu diterima pemimpin BN dan ahli-ahlinya bahawa jika berlaku sebarang perubahan kerajaan sekalipun, ia akan berada dalam suasana yang biasa.

"Mereka perlu terima hakikat jika berlaku perubahan kerajaan sekalipun, tiada apa yang luar biasa berlaku.  Malah, kebiasaannya apabila bertukar kerajaan ia akan menjadi lebih baik dari kerajaan sebelumnya," tegas beliau.

Tun Musa, dalam kenyataannya berkata sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya, gabungan tersebut akan berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan ekonomi negara berkembang dengan baik.

Malah, beliau juga berkata tidak adil jika menganggap negara akan bankrap jika pembangkang berjaya memerintah negara.

harakah/-

800 saman kerajaan Jepun, Tepco

800 saman kerajaan Jepun, Tepco1 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

Sekumpulan penduduk sedang bertafakur semasa memperingati ulang tahun ke-2 bencana berganda di Iwaki, Fukushima, kelmarin. Foto: Reuters
 
TOKYO - Kira-kira 800 mangsa terselamat dalam insiden bencana berganda di Jepun memfailkan tuntutan kepada mahkamah, kelmarin  bagi mendapatkan ganti rugi selepas negara itu terdedah dengan kebocoran radiasi.

Mereka menuntut pampasan berjumlah 50,000  yen (RM1,600) sebulan daripada kerajaan dan Tokyo Electric Power (Tepco) sehingga keadaan di kawasan loji nuklear Fukushima disahkan benar-benar pulih.

Peguam yang mewakili ratusan plaintif tersebut menyatakan tuntutan ganti rugi itu adalah untuk kesan psikologi yang dialami oleh mereka sejak dua tahun lalu.

"Menerusi kes ini, ia jelas menunjukkan Tepco bertanggungjawab menyebabkan kebocoran radioaktif tersebut dan kerajaan pula didakwa gagal untuk mengambil langkah keselamatan yang sepatutnya,"menurut kenyataan itu lagi. - AFP

Pasukan keselamatan ucap terima kasih

1 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


KOTA BHARU: Pasukan keselamatan negara yang bertugas di Lahad Datu dan beberapa kawasan lagi merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Kelantan dan Malaysia kerana prihatin terhadap nasib mereka.

Timbalan Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Kelantan, Drs Zainuddin Awang Hamad (gambar) berkata, sewaktu kunjungannya ke Kota Kinabalu, Kunak, Lahad Datu dan Sandakan, beliau menyatakan kerajaan Kelantan telah mengadakan solat sunat hajat keamanan untuk memohon keamanan pada rakyat Sabah dan pasukan petugas.

Beliau berkata demikian dalam taklimat dan majlis makan malam di Perdana Resort malam tadi sebaik sahaja pulang dari misi keamanan di Lahad Datu.

Beliau bersama unit Media Limbongan Purnama Ummah, telah mengunjungi Sabah mewakili kerajaan Kelantan selama lima hari bermula 8 hingga 12 Mac lalu.

Sambungnya, beliau sempat bertemu para pegawai pasukan keselamatan untuk mendapat gambaran di sana.

“Mereka mengucapkan terima kasih pada pemimpin negara kita termasuk kerajaan Kelantan dan semua pihak yang menunaikan solat sunat hajat di seluruh negara untuk keamanan mereka,”ujarnya.

Sempena kunjungan itu, beliau turut menziarahi balu anggota polis yang meninggal Sumiati Shurah, 49.

Awal Mac lalu, suaminya Sarjan Mejar Halim Hamid terkorban ketika bertugas di Semporna, Sabah.

Zainuddin membawa salam pemimpin kerajaan negeri, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

harakah

TG Nik Aziz Dan Husam Iringi Jenazah Arwah Yang Terkorban

1 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

http://farm9.staticflickr.com/8241/8553984178_f96590fdc4_z.jpghttp://farm9.staticflickr.com/8530/8554005654_dc709f2ff5_z.jpg

Kepulangan jenazah dua wira negara Ahmad Hurairah Ismail, Ahmad Farhan Roslan yang terkoban ketika misi menghapuskan penceroboh bersenjata di Lahad Datu disambut ribuan rakyat Kelantan hari ini.

Turut menanti kepulangan wira negara yang juga anak Kelantan itu adalah Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa sejak awal pagi.

Selain Tuan Guru, antara pimpinan kerajaan negeri yang sempat dirakam hadir termasuk Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yaakob, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, Speaker Dun Kelantan Datuk, Nasrudin Daud, Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Yusof serta Adun Mengkebang Abdul Latiff Abdul Rahman.


Jenazah kedua-dua anggota tentera itu tiba di sini kira-kira jam 9.45 pagi dengan menaiki Pesawat Charlie C130 yang bertolak dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pagi tadi.

Sementara itu, Exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa bersama beberapa wakil Exco Kerajaan Negeri, wakil rakyat, saudara mara dan sebahagian besar penduduk Pasir Tumboh memberikan penghormatan kepada jenazah Ahmad Farhan sebelum proses pengkebumian disempurnakan.

Suasana suram mengiringi kepulangan jenazah wira yang menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat Kelantan.

Keluarga kedua-dua anggota juga turut hadir.

Prebet Ahmad Hurairah terkorban dalam pertempuran dengan pengganas Sulu di Kampung Sungai Nyamuk, Lahad Datu, awal pagi semalam manakala Prebet Ahmad Farhan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Cenderawasih dekat Lahad Datu ketika menghantar makanan untuk anggota keselamatan Op Daulat.

Jenazah Allahyarham Ahmad Hurairah disemadikan di kampung halamannya di Bayu Lalang, Pasir Mas, sementara Ahmad Farhan di Pasir Tumboh. 

kerabu bersuara/-

Terbaik...petugas kapal dagang kibar panji PAS

1 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

TERBAIK!!!!!..PETUGAS KAPAL DAGANG MALAYSIA DENGAN MEGAH MENGIBARKAN PANJI PAS!!!!!!


Semangat anak watan yang harus diberikan kepujian.

Berani menonjolkan sokongan secara terbuka, berani dan ikhlas.

Petanda hayat UMNO kini semakin hampir tamat.

PRU13 BAKAL MENYAKSIKAN SATU PERUBAHAN DALAM LANSKAP POLITIK NEGARA...BERUBAH KEDUDUKAN.. UMNO DARI PARTI PEMERINTAH KE PARTI PEMBANGKANG..INSYA ALLAH.

harakah/-

Lahad Datu: konspirasi untuk tangkap Anwar Ibrahim!

1 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

SEBELUM ini ReJaM© ada mendedahkan satu maklumat tentang konspirasi media-media kawalan Umno yang seboleh-bolehnya cuba mengaitkan Anwar Ibrahim dengan pencerobohan pengganas di Lahad Datu.

Sifirnya mudah, bila media sudah mengapi-apikan isu mengaitkan Anwar, modus operandi seterusnya ialah laporan polis dan demonstrasi oleh perkasa dan pemuda Umno untuk memanaskan lagi isu ini.

Seterusnya bila isu semakin panas, maka polis ada alasan untuk menangkap Anwar Ibrahim, menyiasat dan mengenakan pertuduhan ke atasnya atas alasan keselamatan negara. Sebelum ini pun, inilah cara mereka memain dan mensensasikan isu.



Rafizi Ramli, Pengarah Strategi KEADILAN juga tidak menolak kemungkinan ini. Jelas beliau sudah dapat menghidu konspirasi Umno untuk menahan Anwar Ibrahim berhubung isu Lahad Datu ini.

Dalam kenyataan media beliau semalam

"Saya tidak menolak kemungkinan politik kebencian atas kesempatan peristiwa pencerobohan di Lahad Datu mungkin digunakan oleh anasir tertentu di dalam Umno untuk memastikan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sendiri ditahan, disiasat dan seterusnya didakwa di bawah undang-undang keselamatan" - Rafizi Ramli

Walaupun secara kasarnya memanglah tidak logik untuk mengaitkan Anwar dengan isu Lahad Datu, tapi kita kena ingat, rejim yang takut kehilangan kuasa akan buat apa sahaja. Isu liwat yang tak masuk akal pun boleh digunakan, apa lagi isu Lahad Datu?

milo suam/-

Kematian anggota boleh dielak jika tindakan awal tepat - Ghafir

1 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -





(Penal dalam Forum Solidariti Lahad Datu di Dewan Perhimpunan Cina)

KUALA LUMPUR: Kerajaan melakukan kesilapan awal apabila tidak terus menggunakan pasukan tentera bagi menangani pencerobohan dari Sulu sebaliknya hanya menggunakan pihak polis untuk berunding.

Bekas Timbalan Panglima Tentera Darat Malaysia, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid (gambar bawah) berkata, kerajaan seharusnya segera mengambil tindakan mempertahankan negara kerana kumpulan penceroboh lengkap bersenjata dan membahayakan keselamatan awam.

Katanya, kerajaan perlu mengutamakan keselamatan rakyat sebelum memberi alasan mematuhi undang-undang antarabangsa terutama Konvensyen Geneva 1949 dalam isu ini.

"Kerajaan kata mereka patuhi Konvensyen Geneva. Ini tidak masuk akal kerana penceroboh masuk jelas membawa senjata. Anggota tentera diperlukan untuk mempertahankan kedaulatan negara kita yang telah diceroboh.

"Tapi kerajaan minta nasihat peguam sana-sini dan akhirnya guna polis untuk berunding. Seolah-olah ada perompak masuk rumah, kita ada penyapu dan senapang. Kita nak guna penyapu atau senapang? Mestilah kita gunakan senapang untuk pertahankan diri kita," katanya dalam Forum Solidariti Lahad Datu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) malam tadi.

Ghafir turut berkata, kerajaan seolah-oleh terkejut dan panik menghadapi isu ini kerana tiada perisikan awal.

"Kita tak dapat perisikan daripada agensi perisikan negara. Sepatutnya yang main peranan aktif dalam memberikan perisikan adalah pasukan perisikan angkatan tentera.

"Bila tiba-tiba ada 200 penceroboh bersenjata, kerajaan panik, tak tahu nak buat apa," katanya.

Ghafir juga menegaskan, rakyat perlu menuntut kerajaaan memohon maaf di atas kegagalan mereka menangani isu ini dengan baik sehingga menyebabkan sembilan kematian pasukan keselamatan.

"Kerajaan telah membuat kesilapan (tapi) tidak ada satu suara yang memohon kerajaan memohon maaf.

"Sepatutnya kita kena bangkit memohon kerajaan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat Sabah kerana kegagalan kerajaan bertindak telah menyebabkan lapan anggota keselamatan kita meninggal dunia," tegasnya.

Tambah beliau lagi, di Malaysia pihak atasan jarang dihukum atas kegagalan mereka sebaliknya orang bawahan sering menjadi mangsa.

"Saya tak pernah tengok orang yang bertanggungjawab dihukum sebab kesalahan dia tapi orang bawah kalau tak jaga trafik contohnya kena buang kerja," katanya.

Turut menjadi panel pada forum anjuran Akademi Pak Sako itu ialah Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Ketua Pengarang Malaysiakini, Fathi Aris Omar.

harakah/-

Cemas 2 jam dalam lubang

1 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

FotoIpoh: Seorang pekerja pemotong rumput menempuh detik mencemaskan selama dua jam apabila terjerumus dan terperangkap dalam lubang sedalam lebih 10 meter berhampiran Bukit Kledang, Menglembu, di sini.
Dalam kejadian jam 9.50 pagi semalam, mangsa, Muhammad Asyahad Masdar, 20, dikatakan tidak menyedari kewujudan lubang itu yang ditutupi semak ketika memotong rumput di kawasan berkenaan bersama beberapa rakan lain.

Mangsa yang terpijak lubang berkeluasan diameter kira-kira 30 sentimeter itu terjatuh menyebabkan tulang belakangnya patah.

Beberapa rakan mangsa yang mendengar jeritan mangsa bergegas menghubungi pihak Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Daerah Kinta serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Ipoh untuk mendapatkan bantuan.
ANGGOTA JPAM dan bomba menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam lubang.

Ketua operasi JPAM Rayner Saimon berkata, beliau bersama 10 anggota JPAM yang menerima panggilan kecemasan itu segera bergegas ke lokasi kejadian untuk menyelamatkan mangsa.

metro/-

Musa Hitam: Tidak bankrap jika PR memerintah

1 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Tun Musa Hitam.
Tun Musa Hitam.
Tun Musa Hitam menegaskan tidak adil jika menganggap negara akan bankrap jika pembangkang berjaya memerintah negara.

Menurutnya, sekiranya Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya, gabungan tersebut akan berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan ekonomi negara berkembang dengan baik.

Beliau berkata, perkara penting adalah memberi gambaran baik terhadap ekonomi negara supaya mampu menarik pelabur.

"Itu kenyataan politik, bagi pendapat saya tidak, malah saya telah ulas perkara ini secara terbuka, termasuk kepada pihak bank dan orang luar. Ini adalah pendapat dan pendirian peribadi saya.

"Jika pembangkang memerintah, mereka tidak akan membuat pelabur dari luar negara lari. Mereka tidak akan buat sedemikian dan membuat ekonomi bankrap," katanya dalam sidang media, semalam.

Musa berkata demikian ketika mengulas dakwaan negara akan bankrap jika PR mentadbir negara setelah menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Beliau menegaskan, pembangkang tidak akan berbuat demikian kerana mahu terus kekal sebagai pilihan rakyat dalam pilihan raya akan datang.

"Ini harapan mereka, itu sebab mereka masuk pilihan raya. Mereka akan kata, kami yang terbaik untuk berkhidmat kepada rakyat.

"Jika anda menerima konsep demokrasi, maka anda tidak akan kata pihak yang lain akan membuat negara bankrap," katanya.

sinar/-

Terkini! Kereta PM Keluar Dari Istana Negara

1 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


http://sphotos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/599210_10151439488698046_1442995375_n.jpg

Topeng Perak Unmasked

Terkini, 13,03,13 kenderaan PM dilihat baru sahaja keluar dari Istana Negara.

Apa-apapun perkembangan, jangan lupa:

1 Undi Untuk Barisan Nasional adalah 1 Persetujuan Menggadai Keselamatan Negara pada Rakyat Negara Asing..!

Kasih Sayang Seorang Suami

1 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Ketulusan cinta dan kasih sayang akan terlahir dari sikap yang penuh keikhlasan dan hanya berharap keridhaan Allah yang mampu mengarungi samudra kehidupan yang tak bertepi, berbagai terpaan badai dan gelombang mampu dilewatinya, itulah yang mewujudkan kasih sayang seorang suami. Beliau adalah seorang suami bersama istri dan anak-anaknya. Pada suatu hari keluarganya mendapatkan ujian, istrinya tubuhnya meriang, panas tinggi bahkan disentuh saja, ia menjerit. Saat itu juga segera dilarikan ke dokter dan dokter tahu apa yang dideritanya. penyakit yang diderita tidak mengenal watu dan tempat, bisa menyerang kapan saja. Bila penyakitnya muncul, semua persendian akan mengalami peradangan yang luar biasa sakitnya.

 Peradangan ini menimbulkan memar dan panas. Sebagai seorang suami, dirinya berusaha untuk tegar, ditahan air matanya agar sang istri kuat menghadapi sakit yang dirasakan. Dengan penuh kasih sayang ia merawat istrinya, mengangkat badan perlahan-lahan, meletakkan dengan pelan saat memandikan, memakaikan bajunya. Bersama anak-anak, mereka melayani sang ibunda tercinta dengan baik. Ditengah rasa pilu dihati, sebagai suami berusaha untuk tersenyum ketika wajah istrinya tengah menahan sakit. 'Alhamdulillah, Saya beruntung mendapatkan suami seperti ayah. Sabar dan ikhlas. Insya Allah, saya segera sembuh.' Tutur sang istri, wajahnya begitu terlihat tenang dan tidak sedikitpun mengeluhkan rasa sakit yang menderanya.

Tentu saja ucapan sang istri membuat hatinya terasa perih, ia teringat bagaimana dulu ketika mereka bertemu dan kemudian memutuskan untuk menikah, diawal pernikahannya pahit getir kehidupan berumah tangga mampu dilewati bersama sampai kemudian anak-anaknya terlahir dan mengasuhnya hingga dewasa, tanpa terasa air matanya menetes, rasa takut kehilangan tiba-tiba muncul menghinggapi dirinya, mampu ditepisnya dengan berserah diri kepada Allah. Ditengah kecemasan itulah beliau datang ke Rumah Amalia untuk berbagi agar Allah berkenan memberikan kesembuhan bagi istri yang dicintainya. Beberapa hari kemudian, dokter memberitahukan kepada beliau bahwa istrinya memiliki harapan untuk sembuh dan kondisinya telah 
 
membaik. Bahkan diperkenankan oleh dokter untuk pulang ketika istrinya dinyatakan dalam keadaan sehat walfiat. Dirinya bersama anak-anaknya merasakan kebahagiaan, dengan penuh rasa syukur kepada Allah atas kesembuhan dan kasih sayang yang diberikan Allah bagi keluarganya. 'Terima kasih Ya Allah, atas limpahan kasih sayangMu untuk kami,' tuturnya dengan penuh linangan air mata, itulah wujud kasih sayang seorang suami.


Pasangan berani mati

1 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Pasangan berani mati
Kereta peronda polis berjaya mengepung kereta dinaiki kedua-dua suspek, sebelum polis menemui syabu dalam kenderaan terbabit.
Pasangan berani mati
Kereta peronda polis berjaya mengepung kereta dinaiki kedua-dua suspek, sebelum polis menemui syabu dalam kenderaan terbabit.
 
BANDARAYA MELAKA - Satu pasangan bertindak berani memandu dalam keadaan berbahaya semata-mata kerana mahu melarikan diri dari kereta peronda polis di Jalan Mufti Haji Khalil, dekat sini, awal pagi semalam.

Lelaki berusia 35 tahun itu turut memecut laju kereta jenis Perodua Viva yang dinaiki bersama pasangannya berusia 30 tahun, sebelum bertindak melanggar dua kereta peronda polis (MPV) dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi itu.

Usaha pasangan itu untuk melarikan diri tidak berhasil apabila kereta mereka dikepung MPV, sebelum kedua-duanya ditahan apabila polis menjumpai dadah jenis syabu dalam kenderaan terbabit.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman berkata, sebelum kejadian, polis menemui kereta dinaiki pasangan terbabit dalam keadaan mencurigakan.
“Pemandu kereta itu bagaimanapun bertindak memecut ke arah Bukit Peringgit selepas kenderaan anggota dari Balai Polis Bukit Baru menghampiri mereka.

“Sambil mengekori kereta itu, anggota tersebut meminta bantuan anggota peronda untuk menjejaki kereta berkenaan,” katanya.

Menurutnya, kereta pasangan terbabit kemudian dikesan bergerak keluar ke jalan besar menghala Hospital Melaka di Jalan Mufti Haji Khalil.

“Pada waktu sama, kereta suspek dipercayai nekad keluar ke jalan besar dengan melawan arus menghala ke arah hospital sebelum sebelum berjaya dihalang kereta peronda dari Balai Polis Sungai Udang di bawah jejambat.

“Pemandu kereta itu kemudian bertindak mengundurkan kereta dan melanggar sebuah lagi MPV yang sudah mengepungnya di belakang hingga menyebabkan cermin depan pecah,” katanya di sini, semalam.

Salehhudin berkata, suspek turut memandu ke depan dan terlanggar MPV berasingan sebelum kedua-dua mereka termasuk wanita itu ditahan polis bagi membantu siasatan.

“Pemeriksaan lanjut menemui dadah iaitu dua ketulan kecil disyaki syabu di dalam kereta terbabit,” katanya.

Beliau berkata, pasangan berkenaan kini ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

sinar/-

Ugut bunuh lepas gagal rompak

Foto1 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

Zengzhou: Seorang lelaki mengacu dua pisau pada leher seorang pembantu kedai, mengancam membunuh mangsa selepas cubaannya untuk merompak gagal, semalam.
Drama ngeri yang berlarutan selama empat jam itu bagaimanapun berakhir dengan wanita itu dibebaskan tanpa sebarang kecederaan selepas anggota keluarga perompak terbabit berjaya memujuknya supaya membebaskan mangsa.
Kejadian bermula apabila lelaki itu menyerbu kedai menjual kelengkapan dapur di Zengzhou di wilayah Henan dan mengambil dua pisau dari rak.

Dia kemudian memaut tengkuk pembantu kedai dan mengacu pisau itu pada leher mangsa.
SITUASI cemas ketika perompak mengancam membunuh pembantu kedai.

Satu ketika darah dilihat mengalir dari pipi mangsa akibat daripada tusukan pisau itu.

Polis yang gagal memujuk lelaki itu menyerah diri, terpaksa memanggil anggota keluarganya untuk berbuat demikian.

Empat jam selepas ia bermula, lelaki itu akhirnya akur dengan pujukan keluarganya dan menyerah diri. - Daily Mail

Lahad Datu: PAS Perak gesa batal program hiburan

1 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Badan Perhubungan PAS Negeri Perak meminta agar semua agensi kerajaan negeri agar membatalkan semua bentuk hiburan di dalam program-program yang akan diadakan bagi menghormati anggota keselamatan yang terkorban dalam tragedi di Lahad Datu, Sabah.


“Kami mahu rakyat insaf dan terkesan dengan insiden seumpama ini dan mana-mana program hiburan yang dirancang jelas menunjukkan ketidakprihatinan kita bagi menghormati wira-wira negara yang telah terkorban,” ujarnya Ketua Penerangannya, Dr Ahmad Nuri al-Amin (gambar) dalam satu kenyataan.

Katanya, PAS Perak dimaklumkan ada beberapa program besar yang dirancang oleh kerajaan negeri nanti akan diselitkan dengan pengisian hiburan.

Tambahnya, PAS negeri merasakan ianya sesuatu yang amat mendukacitakan bagi rakyat jika perkara itubenar dan pihak kerajaan negeri masih mahu meneruskan program tersebut tanpa mengambil kira sensitiviti keluarga wira-wira negara yang terkorban.

Katanya, ketika kejadian tsunami yang pernah berlaku pada akhir Disember 2004 lalu, Tan Sri Mohammad Tajol Rosli Mohamed Ghazali, yang ketika adalah Menteri Besar Negeri Perak telah membatalkan semua bentuk hiburan termasuk sambutan malam ambang tahun baru yang telah dijadikan acara tahunan.

“Justeru itu, kami mengharapkan terutamanya Datuk Seri Dr Zambry Abd. Kadir seorang yang berkelulusan agama akan dapat memastikan agar semua bentuk hiburan yang dimasukkan di dalam program-program kerajaan negeri ini akan dibatalkan,” ujarnya.

Harakahdaily/-

Tulisan Jawi, khazanah yang semakin pupus

1 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Sejak zaman kesultanan Melayu Melaka, tulisan Arab yang diadaptasikan pengejaannya ke bahasa Melayu dinamakan sebagai tulisan Jawi. Tulisan Jawi memiliki signifikan yang sangat besar dalam sejarah bangsa dan negara. Hal ini kerana tulisan jawi merupakan alat interaksi yang digunakan secara meluas oleh intelek Melayu dengan masyarakat awam ketika itu.

Pernah satu berita yang bertarikh 5 Julai 2007, sumber Harakahdaily melaporkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengisytiharkan tulisan Jawi bukan satu mata pelajaran wajib kepada pelajar sekolah menengah. Realiti yang berlaku kepada kenyataan ini merupakan ancaman terhadap khazanah warisan Islam kepada masa depan bangsa Melayu Islam.

Jika pemerkasaan terhadap tulisan Jawi tidak lakukan, barangkali tulisan Jawi menerima nasib yang sama sebagaimana mata pelajaran Tajwid yang menjadi subjek agama yang hanya diajar sewaktu peringkat Sekolah Rendah Agama (SRA), kemudian diabaikan ketika di peringkat menengah. Natijahnya ilmu Tajwid hanya dikuasai oleh generasi-generasi qurani yang tergolong daripada lapisan hafiz dan hafizah sahaja, sedangkan mengamalkan ilmu Tajwid ketika membaca al-Quran merupakan tuntutan Islam bertaraf fardhu ain buat seluruh umat Islam.

Kenyataan pahit yang harus ditelan saat ini, tulisan Jawi telah tenggelam di arus kemodenan dan kehilangan khalayak. Tulisan Jawi sudah tidak lagi relevan kerana tidak mempunyai nilai komersial dalam kalangan pembaca. Melayu umumnya tidak mengenal apa itu Jawi kecuali ia difahami sebagai akronim kepada Jabatan Agama Islam Wilayah.

Lanjutan dari hal itu, tulisan Jawi sekadar dikenali dalam lipatan sejarah sebagaimana pada catatan rahsia batu “Rosetta” di Mesir yang hanya mampu diungkap oleh arkeologi Perancis, Jean Francois Champollion. Jika masyarakat Melayu kehilangan kudrat untuk membaca tulisan Jawi saat ini, adakah kita mahu meminta Champollion ke-II membaca tulisan Jawi pada masa akan datang?

Penulis tidak bersikap idealis dalam mengutarakan tulisan ini, tetapi terkilan dengan segelintir hieraki masyarakat Melayu sendiri yang tidak meyakinkan bangsanya untuk berbangga dengan warisan ini. Menginsafi tulisan Jawi mempunyai jalur jasa yang besar terhadap kemerdekaan bangsa Melayu ketika dahulu, ia membangkitkan rasa tanggungjawab agar terus dipelihara dan terakam dalam pendidikan negara.

Mentaliti masyrakat Melayu yang beranggapan bahawa tulisan Jawi adalah semata-mata tulisan berunsur keagamaan perlu dijauhkan, kerana dahulunya ia turut diaplikasikan secara meluas oleh semua kaum di tanah Melayu. Hal ini dibuktikan melalui pengalaman ilmu yang dimiliki oleh V. Kamala Devi, bangsa India yang mahir membaca dan menulis Jawi (Rujuk "Kamala Devi Masters Jawi Despite Dropping Out Of School", Bernama.com. June 16, 2007).

Tulisan Jawi perlu dipertahankan walaupun peredaran masa amat pantas sebagai tanda penghargaan terhadap pahlawan-pahlawan yang berjuang menerusi mata pena pada zaman pra-kemerdekaan. Sebelum pengetahuan moden dipenuhi perbendaharaan yang sofistikated, tulisan Jawi terlebih dahulu digunakan di dalam bidang persuratan, perjanjian, media maklumat dan undang-undang.

Tulisan Jawi adalah tulisan bagi sebuah tamadun dunia yang tinggi dan pernah diakui di peringkat antarabangsa. Jika orang Iraq Kufah dengan khat Kufinya, Iran dengan khat Farsinya, tidak diragui bahawa umat Melayu merupakan pelopor kepada seni  khat Jawi.

Jika diamati, sejarah kepintaran dan pemikiran akademik bangsa Melayu ia mula digagahi apabila wujudnya tulisan Jawi dan bukannya tulisan sanskrit. Oleh sebab itu, istilah 'Kitab Jawi' pernah berkembang menjadi subjek pengajian dan pembelajaran masyarakat Melayu agar ia ditekuni di sekolah-sekolah.

Tokoh ulama’ seperti Mohamad Idris bin Abdul Rauf al-Marbawi, bukanlah tokoh yang asing dalam dunia penulisan Jawi. Penulisan Jawinya yang menghasilkan kitab "Bahrul Mazi", "Tafsir Quran al-Marbawi", "Tafsir Surah Yassin" masih kekal diulang cetak di luar negara. Sebenarnya, kebanyakan kitab berbahasa Arab yang dihasilkan oleh Sheikh al-Marbawi telah diterjemahkan olehnya sendiri ke dalam bahasa Melayu. Sekalipun terjemahan tokoh ulama ini menggunakan versi bahasa Melayu lama di dalam tulisan Jawi, namun ia telah melahirkan ramai ilmuwan Islam yang silih berganti di Malaysia.

Tidak dinafikan lagi, Islam adalah ajaran yang mudah dan boleh dipelajari melalui pelbagai aksara, dan huruf bukannya ukuran tahap keimanan seseorang. Namun, oleh sebab kedatangan tulisan Jawi bersama dengan dakwah Islam, ia lebih berkesan dan mudah terutamanya di dalam mempelajari al-Quran. Sistem ejaan Jawi sangat terpengaruh dengan sistem ejaan bahasa Arab yang menggunakan sistem pengejaan suku kata. Oleh sebab itu, sistem Jawi menjadi pendorong kepada bangsa Melayu mengenali huruf Arab dan seterusnya secara tidak langsung berkemahiran menyebut ayat-ayat al-Quran.

Ibn Khaldun di dalam Muqaddimah ada menyebutkan, "Ketahuilah bahawa pengajaran al-Quran terhadap kanak-kanak termasuk daripada syiar agama yang dipegang oleh para pendokong agama kerana dalam pengajaran al-Quran terdapat beberapa perkara yang cepat meresap ke dalam hati seperti keteguhan iman dan akidah iman daripada ayat-ayat al-Quran."

Dalam bahasa Melayu sendiri, terdapat perkataan yang dipinjam daripada bahasa Arab, sudah pasti sebutan tersebut tidak tepat jika ditulis dengan huruf rumi. Demikian juga halnya jika bahasa Cina dan Tamil ditulis dengan ejaan rumi, sudah pasti berlaku kesilapan pada pertuturan mereka yang sebenar. Konteks ini jelas memperlihatkan bahawa tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam pendidikan Islam, yakni dijadikan sebagai suatu alat memudahkan sebutan Arab yang sahih dalam bahasa Melayu.

Dalam keresahan meninjau hayat Jawi di Tanah Melayu saat ini, ada juga berita yang boleh dianggap positif antaranya pengangkatan seni khat di persada dunia. Namun, memartabatkan seni khat tidak memadai untuk mengangkat semula penulisan Jawi sebagai satu elemen menjadikan ia subur dalam jiwa masyarakat dan dipergunakan secara meluas. 

Benar, seni khat berjaya memperlihatkan kalimah-kalimah unik al-Quran yang tersusun atau mengikut kaedah dan seni. Tetapi kita perlu memikirkan bahawa majoriti umat Melayu tidak lagi mampu memahami maksud tulisan tersebut sekalipun diukir indah. Inilah akibatnya apabila tulisan Jawi dipinggirkan oleh bangsa Melayu sendiri.

Harakahdaily/-