Menurut Khalil perjuangan berdasarkan bangsa tidak akan kemana dan pasti menemui kegagalan. Tegasnya perjuangan berlandaskan Islam pasti akan memenangkan ideologi Islam itu sendiri serta merupakan perjuangan yang suci kerana merupakan penerusan dari perjuangan para Rasul dan Nabi.
"Manakah lagi perjuangan yang terbaik kalau tidak perjuangan untuk menegakkan Al Quran As Sunnah" tanya Khalil.
Timbalan Exco Agama Perak itu juga menyatakan keyakinannya bahawa penyatuan umat Islam yang dibina berdasarkan Al Quran dan Sunnah akan menyelesaikan segala permasalahan yang dihadapi umat Islam semasa. Termasuklah siapakah pemimpin yang layak diangkat dan dipilih.
Beliau juga melahirkan rasa syukur kerana termasuk dalam senarai salah seorang ADUN yang menang dalam PR yang lepas walaupun dia berbangsa Cina. Menurutnya inilah bukti bahawa Islam dan perjuangan menegakkan Islam bukannya milik sesuatu puak atau bangsa.
"Perjuangan atas nama bangsa hanya setakat dunia saja, tetapi perjuangan atas nama Islam akan berlanjutan hingga membawa keselamatan di akhirat" Katanya.