19 Jun 2021

Asal Usul Pesta Perahu Naga


Pesta Perahu Naga yang juga dikenali sebagai Hari Ketupat atau Duan Wu Jie merupakan satu perayaan tradisional China yang diadakan pada tarikh 5 haribulan bulan lima menurut kalendar tradisional China setiap tahun. Terdapat beberapa legenda tentang asal usul Pesta Perahu Naga itu. Antaranya yang paling popular ialah kisah tentang Qu Yuan, seorang keturunan bangsawan pada Zaman Negeri-Negeri Berperang. 

"Youxiang", Makanan yang Unik dan Suci bagi Umat Islam China



"Youxiang" merupakan makanan tradisional bagi umat Islam di China, khususnya masyarakat etnik Hui.
 
Makanan yang melambangkan perpaduan, persahabatan serta kebahagiaan itu merupakan  makanan wajib khususnya pada hari kebesaran Islam.

Mesin Layan Diri Berstatus Halal



Mesin layan diri yang menyediakan snek dan minuman halal mula beroperasi di Taipei, wilayah Taiwan, China baru-baru ini.
 
Lebih 20 jenis snek yang disediakan dalam mesin itu sudah mendapat status pengiktirafan halal.

Vaksin Covid-19 tingkatkan tahap kesuburan lelaki ?


Satu kajian mendedahkan vaksin Covid-19 tidak mengurangkan jumlah sperma dan kualiti yang dihasilkan lelaki, sebaliknya meningkatkan tahap kesuburan golongan tersebut.

Lapor Daily Mail, para penyelidik di Universiti Miami mengkaji jumlah sperma dari sekumpulan lelaki yang menerima suntikan vaksin Covid-19 baru-baru ini.

Industri penerbangan akan kembali normal pada 2022


KUALA LUMPUR - Industri penerbangan dijangka kembali normal pada tahun 2022 dengan pembukaan semula secara berperingkat perjalanan rentas negeri dan sempadan antarabangsa, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.

Beliau turut menyarankan pelaksanaan dasar yang lebih baik untuk menghindari sebarang gangguan dalam perjalanan sambil menambah kerajaan seharusnya memutuskan apa yang diperlukan untuk membuka sempadan termasuk dokumen yang diperlukan untuk tujuan perjalanan.

Pemberian vaksin COVID-19 melebihi 5 juta dos


KUALA LUMPUR: Jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini setakat semalam sudah melebihi lima juta dos.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, sehingga semalam, seramai 3,957,687 menerima dos pertama, manakala 1,553,033 lagi individu melengkapkan dos kedua.

Diperdaya ‘teman wanita’ dari Australia, penoreh getah lesap duit simpanan KWSP RM99,000


SEREMBAN: Seorang penoreh getah kerugian RM99,000 selepas terpedaya dengan sindiket Love Scam menerusi media sosial dalam kejadian di Kampung Baru Cina Air Hitam, Jempol.

Ketua Polis Daerah Jempol, Hoo Chang Hook berkata lelaki berusia 58 tahun itu merupakan pesara swasta mendakwa telah berkenalan dengan seorang wanita warganegara Singapura yang mengaku menetap di Australia, menerusi Facebook.

Covid-19: Awas! Varian baharu makin mengganas

Dr Noor Hisham terus memberi semangat kepada petugas barisan hadapan memerangi Covid-19

JUMLAH kes kematian akibat Covid-19 di Malaysia yang tinggi sejak kebelakangan ini berikutan varian baharu virus itu semakin mengganas.

Perkara itu dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kemaskini di Facebook rasminya pada pagi Sabtu.

Kuai zi atau Chopstick


Penyepit atau sepit ialah pasangan batang yang digunakan sebagai alat makan tradisional dari Asia Timur, khususnya China, Jepun, Korea, Taiwan dan Vietnam.

Penyepit diperbuat daripada kayu, buluh, plastic, gading, perak atau emas. Penyepit dicipta di China seawal-awal dinasti Shang (1600 - 1100 SM), mungkin atas pengaruh ajaran Confucius.

Jangan mudah lupa sehingga ditipu berulang kali

Minda Presiden PAS



Rasulullah SAW bersabda:
لَا ‌يُلْدَغُ ‌المُؤْمِنُ ‌مِنْ ‌جُحْرٍ ‌وَاحِدٍ ‌مَرَّتَيْنِ.
“Tidak sepatutnya seorang yang beriman, disengat sebanyak dua kali daripada satu lubang (yang sama).” (Riwayat al-Bukhari 6133 dan Muslim 63)
Rasulullah SAW meminta kepada orang yang beriman supaya bersikap bijak dalam menghadapi cabaran, khususnya daripada lawan ataupun musuh, dan juga sesiapa sahaja.

Adab Menggunakan Penyepit

Jika anda dijemput makan semeja, jangan sesekali mencucuk penyepit pada mangkuk nasi keadaan menegak!

Ini kerana ia kelihatan seperti membakar setanggi untuk memperingati orang yang sudah tiada.

Tanda kekuasaan-Nya


Isu jantina menjadi perkara penting dalam ajaran Islam. Sebahagian taklifan atau kewajipan di dalam melaksanakan tuntutan agama tertakluk kepada status jantina lelaki dan wanita terutama dalam perkara fikah serta ibadah. Bahkan tamadun awal manusia bermula dengan kewujudan lelaki dan wanita.

Keharmonian hubungan di antara kedua-dua jantina menjadikan masyarakat berkembang luas. Dalam sebuah negara seperti Malaysia, dokumen pengenalan diri setiap warganegara juga dinyatakan dengan jelas status jantina sama ada lelaki atau wanita.

Razer perkenal pelitup muka pintar


Jenama permainan premium, Razer mengumumkan akan memasarkan produk pelitup muka keluarannya sendiri dengan kod nama 'Razer Project Hazel'.

Menerusi satu pengumuman, Razer memaklumkan bahawa pelitup muka pintar itu berteraskan kepada rekaan topeng N95.

Vaksin bagai 'kubu', pelindung dalam tubuh


Kuala Terengganu: Vaksin bagaikan 'kubu' dan pelindung yang kukuh di dalam tubuh badan meskipun 'diserang' Covid-19.

Pengakuan itu dilontarkan dua bekas pesakit wabak itu setelah mereka terselamat daripada mengalami sebarang simptom berikutan sudah menerima suntikan vaksin.

Cubaan pecah rekod dunia bertukar tragedi, biker maut ketika lakukan aksi lompatan bahaya

Harvill mengalami kecederaan parah akibat kejadian itu.

PELAKU aksi stunt popular yang juga seorang pelumba, Alex Harvill maut dalam kejadian kemalangan pada Khamis lalu.

Berusia 28 tahun, dia mengalami kemalangan ketika melakukan aksi lompatan bahaya di Moses Lake Airshow di Washington, Amerika Syarikat.

Israel tahan 10 rakyat Palestin di Baitulmaqdis


BAITULMAQDIS: Polis Israel semalam menahan 10 rakyat Palestin dalam rusuhan di pekarangan masjid Al-Aqsa dengan sembilan yang lain cedera ketika penunjuk perasaan melontar batu, sementara polis melepaskan peluru getah, menurut polis dan pasukan perubatan.