14 April 2008

Hari ini Pak Lah letak jawatan ?

Abdullah Ahmad Badawi akan mengadakan perjumpaan dengan seluruh wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Dipercayai, ia pertemuan tertutup terbesar dalam tempoh lima tahun beliau sebagai Perdana Menteri yang akan disertai semua ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) BN.

Pada pilihan raya umum lalu, BN menang di 140 kawasan Parlimen dan 307 DUN.

Ketua Penerangan UMNO, Muhammad Muhd. Taib yang mengesahkan pertemuan pada pukul 2.30 petang itu berkata, selaku Pengerusi BN, Abdullah dijangka mendapatkan maklum balas daripada semua pemimpin akar umbi BN mengenai isu-isu semasa yang berlaku.

Persoalannya kenapa perhimpunan ini dikaitkan sebagai perhimpunan terbesar dalam keadaan BN dan UMNO sudah kehilangan 5 negeri dan menjadi enam sekiranya wilayah dikira sama. mana mungkin jadi besar dalam keadaan banyak kerusi dah hilang. Perhimpunan kecil dikata besar. Itu bohong namanya.

Saya meramalkan hari ini adalah hari penting kepada rakyat Malaysia yang akan melihat sesuatu kejutan akan berlaku. Angka 14 tidak digemari oleh orang tertentu! kenapa pula Pak Lah memilih hari ini untuk bertemu dengan orang bawahannya?

Ramalan saya dengan merujuk kepada tekanan yang kuat kepada Pak Lah sehingga ke hari ini, makan dia akan mengumumkan perletakan jawatannya pada pertemuan tersebut. Allahuaklam.....

Kesempatan pemimpin.

“Jika Allah menghendaki keburukan bagi suatu kaum, maka Allah jadikan pemimpin-pemimpin mereka orang orang yang berakhlak rendah” (HR. Ad Dailami).



Menjadi pemimpin pada dasarnya merupakan kesempatan mendapatkan keuntungan berupa pahala berlimpah dari Allah SWT. Namun syaratnya pemimpin itu hendaklah memiliki akhlak yang baik, adil, bijaksana,mengajak orang untuk meningkatkan keimanan kepada Allah, perihatin dengan masaalah rakyat, dan sebagainya. Seandainya seseorang pemimpin memiliki sifat yang mulia dan diamalkannya, maka pasti damailah hidupnya dunia dan akhirat. Sayangnya, kesempatan itulah yang sering diabaikan oleh kebanyakan pemimpin.

Tidak sedikit bekas pemimpin masa lampau yang menderita hidupnya di dunia dan di akhirat. Banyak bekas pemimpin yang meringkuk di penjara dunia karena kegagalannya memanfaatkan kesempatan untuk berbuat baik sewaktu memimpin. Itu masih belum cukup, kerana mereka juga akan dipenjara dalam neraka di akhirat kelak karena dosa-dosanya. Selain itu banyak juga yang dicerca dan dihina walaupun mereka sedang digelar pemimpin.

Tentunya kita tidak menginginkan pemimpin kita bernasib buruk. Sebab, apapun alasannya, mereka juga adalah saudara kita. Oleh karena itu, sebaiknya kita menolong pemimpin-pemimpin kita dengan teguran, kritikan, dan peringatan untuk tetap memanfaatkan semua kesempatan untuk melakukan perbuatan baik. Kerana itu seorang pemimpin yang baik akan rela ditegur, dan rela berundur dengan terhormat jika sekiranya sudah tidak mampu memikul amanah yang dipegang.

Lebih penting dari segalanya, dengan baiknya pemimpin, akan baik pula rakyat yang dipimpinnya. Sebab, pemimpin yang baik merupakan pertanda akan baiknya kehidupan rakyat. Sebaliknya, pemimpin yang buruk akan menjadi tanda akan buruknya kehidupan rakyat di bawahnya.

Perlawanan Bola Persahabatan, Perak 3 : Kelantan 3

IPOH, 13 April :- Sempena dengan Mesyuarat AJK PAS Pusat dan Seminar Wakil Rakyat Parlimen dan DUN esok hari, satu pertandingan bola persahabatan antara pasukan ADUN Perak melawan ADUN dari Kelantan. Perlawanan tersebut belangsung di Stadium Ipoh petang tadi dengan keputusan seri Kelantan 3 ,Perak 3.

Pasukan dari Perak dibarisi oleh ADUN-ADUN dari pakatan Rakyat (PR) dengan memakai jersi berwarna putih, manakala pasukan ADUN Kelantan yang juga dibarisi oleh Ahli Parlimen dan ADUN dengan memakai baju berwarna merah.

Pada separuh masa pertama pasukan Kelantan mendahului 3 gol tanpa balas. Setelah wisel separuh masa kedua berbunyi Perak satu persatu membolosi gol Kelantan sehingga kedudukan seimbang 3 : 3. Salah satu gol adalah hasil tendangan panalti setelah seorang pemain Kelantan cuba menyelamatkan bola dihadapan gol dengan menampannya dengan tangan.

Perlawanan yang dianggap seimbang itu cukup meriah dengan mendapat tepukan dari penyokong kedua-dua belah pihak yang dianggarkan berjumlah sekitar 200 orang.

Mesyuarat AJK Pas Pusat di Ipoh hari ini.

IPOH, 13 April :- Untuk kali yang ketiganya , PAS Perak menjadi tuan rumah untuk mesyuarat AJK Pas pusat. Kali yang pertama pernah diadakan semasa almarhum Ust. Fadzil Nor , kali yang kedua diadakan di Hotel Heritage Ipoh pada 12 Februri 2006. dan untuk kali ketiganya, pada hari ini PAS Perak menjadi tuan rumah dalam keadaan Pakatan Rakyat memegang tampuk pemerintahan negeri Perak.

Semasa berita ditulis mesyuarat sedang berlangsung di kediaman Resmi Menteri Besar Perak di sini. Mesyuarat dipengerusikan oleh Timbalan Presiden PAS, YB. Ust. Nasaruddin Md. Isa. Dimaklumkan Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Hj. Abdul Hadi Awang tidak hadir atas sebab-sebab kesihatannya sekarang.

Dipercayai antara agenda penting mesyuarat adalah berkaitan dengan tuan rumah Muktamar Agung yang akan diadakan pada tahun ini. Berkemungkinan besar Perak akan dipilih sebagai tuan rumah untuk kali yang pertama.

sebelum itu suatu jamuan rakyat yang dihadiri oleh semua pemimpin PAS Pusat dan negeri Perak telah diadakan di poerkarangan Pejabat Perhubungan PAS Perak di Bandar Ipoh Raya.

Dijangkakan sekitar 4000 orang pengunjung telah berpusu-pusu hadir untuk menikmati jamuan dan bertemu dengan pemimpin mereka terutamanya MB Perak yang sangat menjadi tumpuan ramai.