Pena Idham Lim
3 Zulhijjah 1438/25 Ogos 2017.
Azan yang dikumandangkan tidak berapa jauh dari rumah kita seakan tidak begitu penting untuk disahuti . Namun beruntunglah mereka yang merasakan untung untuk hadir berjemaah. Bermula dengan wajah yang kelihatan lemah kerana keletihan melayan urusan dunia tiba-tiba menjadi ceria dan segar bila air wudhuk sampai ke kulitnya. Fikiran juga kembali segar dikala sedang dan setelah berdiri memastikan diri sedang menghadap Penciptanya.
Sejahtera Bersama Islam.