30 Oktober 2021

Ada berita gembira kerjasama UMNO, Pas, Bersatu – Tuan Ibrahim

 

TUAN IBRAHIM TUAN MAN

PORT DICKSON: Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan terdapat perkembangan positif mengenai kerjasama antara UMNO, Pas dan Bersatu dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Beliau berkata, perkara itu adalah hasil mesyuarat yang diadakan bersama tiga buah parti itu malam semalam.

PRN Melaka: Tiga kerusi DUN sesuai untuk PAS bertanding

 

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N6-Rembia, N7-Gadek dan N9-Durian Tunggal adalah kerusi-kerusi yang sesuai untuk PAS bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN)  Melaka kali ini kerana ia kerusi majoriti Melayu yang kini dikuasai pembangkang.

Menurut Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah, Ustaz Syahbudin Senin, ini memenuhi kaedah asas yang dipersetujui bersama di dalam Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN).

SEMARAK NIAGA: RM40 bilion pakej pembiayaan usahawan

 

KUALA LUMPUR: Pakej pembiayaan dengan nilai keseluruhan berjumlah RM40 bilion akan disediakan di bawah Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia (atau SemarakNiaga) merangkumi pinjaman langsung, jaminan pembiayaan dan suntikan ekuiti.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata ia bertujuan memanfaatkan setiap golongan usahawan tidak kira perusahaan mikro ataupun syarikat tersenarai awam.

Lapangan terbang Thailand sedia terima pelancong asing Isnin

 Kakitangan lapangan terbang berpura-pura memasuki Thailand di lorong masuk baharu di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi ketika berlatih prosedur pembukaan semula untuk mengalu-alukan kumpulan pertama pelancong yang divaksin tanpa kuarantin pada 1 November. - Foto AFP

Kakitangan lapangan terbang berpura-pura memasuki Thailand di lorong masuk baharu di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi ketika berlatih prosedur pembukaan semula untuk mengalu-alukan kumpulan pertama pelancong yang divaksin tanpa kuarantin pada 1 November. - Foto AFP

BANGKOK: Enam Lapangan Terbang Thailand (AoT) bersedia mengalu-alukan penumpang apabila negara itu dibuka semula kepada pelancong asing, Isnin ini. 

Menurut laporan Bangkok Post, seramai 30,000 penumpang dijangka tiba di lapangan terbang Suvarnabhumi. 

COVID-19 bertambah buruk di Eropah minggu ini

 Gambar hiasan. - Foto AGENSI

Gambar hiasan. - Foto AGENSI

PARIS: COVID-19 terus meningkat di Eropah minggu ini, khususnya di timur benua itu tetapi mencatat penurunan di beberapa wilayah lain di dunia.

Angka kes baharu harian global meningkat selama dua minggu berturut-turut kepada lima peratus iaitu 432,100 kes, menurut statistik dikumpul AFP semalam.

5,854 kes jangkitan COVID hari ini

 

PUTRAJAYA: Kes jangkitan harian COVID-19 kembali menurun kepada 5,854 kes hari ini, selepas mencatatkan pertambahan melebihi 6,000 kes bagi tiga hari berturut-turut,

WARISAN hilang 1 kerusi Parlimen, Mohamaddin Ketapi keluar parti


Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi. - NSTP/ARKIB
Bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi. - NSTP/ARKIB

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohamaddin Ketapi hari ini mengumumkan keluar daripada Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan menjadi wakil rakyat bebas di Dewan Rakyat.

Bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH)-WARISAN itu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama turut mengumumkan menjadi ADUN Bebas mesra kerajaan negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Tonga kesan kes pertama Covid-19

 GAMBAR hiasan

GAMBAR hiasan

Nuku'alofa, Tonga: Perdana Menteri Tonga, Pohiva Tuionetoa memberi amaran kepada penduduk di pulau utama negara ini, Tongatapu, bahawa mereka berkemungkinan dikenakan perintah berkurung minggu depan selepas merekodkan kes Covid-19 yang pertama.

Kepulauan kecil itu sebelum ini adalah antara negara yang tidak berhadapan dengan ancaman virus membunuh itu.

Harapan lihat kes merosot meleset

 FAKTOR rentas negeri dikaitkan dengan peningkatan kes harian baharu. FOTO BERNAMA

FAKTOR rentas negeri dikaitkan dengan peningkatan kes harian baharu. FOTO BERNAMA

Kuala Lumpur: Jangkaan untuk melihat kes harian baharu Covid-19 terus berkurangan selepas rekod sekitar 4,000 kes pada pertengahan minggu ini ternyata meleset apabila angka jangkitan mula meningkat sedikit demi sedikit.

Sepanjang tempoh rangkuman mingguan 23 Oktober hingga 28 Oktober 2021), kes paling rendah dilaporkan adalah pada 25 Oktober iaitu 4,782 kes. Kali terakhir Malaysia merekod kes harian baharu sekitar 4,000 kes adalah pada 22 Jun 2021 iaitu sebanyak 4,743 kes.

China lapor 59 kes baharu Covid-19

 GAMBAR hiasan

GAMBAR hiasan

Beijing: Tanah besar China pada Jumaat melaporkan 59 kes baharu Covid-19 membabitkan penularan tempatan, menurut laporan harian Suruhanjaya Kesihatan Nasional.

Sebanyak 26 kes dilaporkan di Heilongjiang, 19 di Mongolia Dalam, 11 di Gansu, dua di Beijing, dan satu di Ningxia, lapor Agensi Berita Xinhua.