29 April 2012

Abim ucap tahniah di atas kejayaan Bersih

7 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengucapkan tahniah di atas kejayaan rakyat Malaysia menganjurkan perhimpunan Berrsih 3.0 semalam.

Menilai kepada jumlah kehadiran orang di samping rangkaian protes serupa yang dianjurkan di seluruh dunia, Abim beranggapan ia memberikan isyarat jelas bahawa rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa yang mahukan sistem pilihanraya yang telus serta tidak diragui integritinya diamalkan di negara yang tercinta ini.

Demikian kata Amidi Abdul Manan, Presiden Abim dalam satu kenyataannya selepas perhimpunan Bersih 3.0 semalam.

Dalam hal ini, katanya, Abim mengimbau semula pelbagai rungutan serta kekhuatiran yang diutarakan oleh rakyat berhubung dengan isu ini, seperti kewujudan nama pengundi yang meragukan (pengundi hantu), integriti saluran undi POS, akses saksama kepada media untuk semua parti politik, dan integriti serta kedudukan institusi-institusi awam selaku badan yang bebas dari pengaruh partisan mana-mana kelompok politik di samping amalan politik kotor dan rasuah yang sering diperkatakan di peringkat akar umbi.

"Semoga penganjuran perhimpunan aman ini akan menggerakkan perubahan drastic serta agresif dan komprehensif terhadap tatacara pengendalian pilihanraya yang telus serta tidak diragui integritinya.



"Sesungguhnya penglibatan serta pandangan yang dikemukakan oleh rakyat adalah bukti kematangan masyarakat sivil wujud di negara ini, dan sekaligus merupakan bench mark utama terhadap kualiti sumber daya insan yang ada di negara ini," kata beliau dalam kenyataannya.

Menurut beliau, dari konteks umat Islam selaku teras peneraju politik di negara ini, Islam menganjurkan integriti serta ketelusan merupakan esensi penting yang ditekankan dalam kehidupan seseorang Muslim.

"Islam menganjurkan setiap amalan serta pekerjaan dilaksanakan dengan jujur serta ikhlas untuk imbalan berbentuk keberkatan serta keredhaan dari Allah s.w.t.

"Keberkatan serta keredhaan dari Allah s.w.t hanya boleh dicapai seandainya teras utama ajaran Islam yang menganjurkan amanah, keikhlasan serta kejujuran diamalkan di pelbagai peringkat," tegas beliau.

Bagi beliau, kemuafakatan atau konsensus dalam Islam boleh dirangka melalui kepelbagaian pandangan dan pendapat yang diuruskan dengan hikmah serta harmoni.

Pengendalian pilihanraya yang telus serta tidak diragui integriti tatacara penganjurannya merupakan esensi penting untuk mendapatkan permuafakatan serta konsensus secara berkat serta diredhai Allah yang akan meresap jauh dalam denyut nadi serta amalan rakyat. Natijahnya, pembentukan Negara Barakah yang merangkumi esensi keberkatan dan keredhaan illahi dapat direalisasikan.

"Di akhir kalam ini, Abim ingin merakamkan ucapan tahniah atas partisipasi rakyat Malaysia dalam perhimpunan aman Bersih 3.0 ini," katanya.

harakahdaily/-

7 terbunuh nahas bas pelancong di Tokyo

7 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

TOKYO: Sekurang-kurangnya tujuh terbunuh dan 39 yang lain cedera hari ini apabila bas yang mereka naiki untuk ke Tokyo Disneyland terbabas di lebuh raya berdekatan ibu negara Jepun, kata jurucakap polis.

Bas yang membawa 45 penumpang itu terlanggar penghadang di bahu jalan di Lebuhraya Kanetsu, kira-kira 100 kilometer di barat laut Tokyo.

Bas pelancong itu bertolak dari Kanazawa, 300 kilometer di barat laut Tokyo pada hari pertama sambutan “Minggu Emas” Jepun sempena percutian musim bunga, lapor media tempatan. - AFP

2 juta rakyat Malaysia berisiko hidap diabetes

7 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

BUTTERWORTH: Dianggarkan kira-kira dua juta rakyat Malaysia berisiko menghidap diabetes namun tidak menyedarinya kerana tidak membuat pemeriksaan kesihatan, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Sirlin.

Katanya, anggaran itu membabitkan individu dewasa yang masih belum menjalani ujian saringan kesihatan secara tetap dan berkala. "Hasil Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) mendapati pesakit diabetes meningkat setiap tahun. Pada 2006 terdapat 1.5 juta rakyat Malaysia menghidap diabetes dan keputusan awal NHMS pada 2011 terdapat tiga juta menghidap diabetes," katanya ketika berucap merasmikan Kempen Kesedaran Diabetes, di sini, hari ini.

Katanya, peningkatan yang tinggi itu menjadikan Malaysia antara negara tertinggi berhadapan masalah tersebut di Asia dan dunia. Sehubungan itu, beliau meminta golongan yang berusia 20 tahun ke atas menjalani ujian saringan kesihatan bagi membolehkan langkah pencegahan diambil.

Diabetes antara penyakit berbahaya di kebanyakan negara dan sehingga kini terdapayt500 juta penghidap diabetes di dunia, membunuh empat juta pesakit setiap tahun dan membabitkan perbelanjaan rawatan US$378 setahun, katanya.

Rosnah berkata, amalan cara hidup yang tidak sihat seperti perokok tegar, kegagalan penjagaan makanan seimbang dan tidak bersukan merupakan faktor penyebab diabetes.

"Kementerian mendapati bahawa 6.2 juta rakyat negara ini kini mengalami lebihan kolestrol, 2.5 juta menghidapi obesiti dan 5.8 juta berhadapan tekanan jiwa," katanya. - BERNAMA

Kenangan di Jalan Tunku Abd Rahman 28 April 2012


7 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -Gambar kenangan semasa mengikuti Himpunan Bersih 3 di Kuala Lumpur kelmarin. Gambar di ambil di Jalan Tunku Abd Rahman bersama teman seperjuangan sdr. Mohd Razi sekitar jam 2.00 petang sekitar setengah jam sebelum gas pemedih dilepadkan kepada kami.

Saksi lihat kereta polis langgar peserta Bersih

7 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU: Ketika Bersih 2.0 pada Julai tahun lepas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dilanggar sebuah kereta polis semasa membonceng motosikal menuju ke Masjid Negara.

Pada kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, sebuah kereta polis didakwa dengan sengaja melanggar motosikal untuk menahan Mohamad.

Dan semalam kejadian hampir serupa berulang kembali apabila beberapa peserta himpunan Bersih 3.0 juga dilanggar kenderaan polis.

Banyak saksi bergambar dimuat turun dalam internet mengenai insiden tersebut.

Malangnya gambaran sebenar mengenai insiden berkenaan tidak diberitakan dalam media arus perdana, sebaliknya secara total menyalahkan peserta Bersih, kononnya bertindak ganas.

Shamsuddin Mat Daud dari Berek 12 dekat sini, yang melihat kejadian tersebut berkata, sebuah kereta polis melintasi kawasan orang ramai tidak jauh dari pusat membeli belah Sogo.

“Ketika itu kereta Waja tersebut bergerak perlahan-lahan. Kemungkinan selepas itu berlaku provokasi di mana saya lihat ada peserta yang melontarkan botol minuman ke arah kenderaan polis.

“Selepas melepasi kawasan yang sesak dengan orang ramai, kereta itu memecut laju. Saya tengok tiba-tiba merempuh beberapa lelaki yang berada tidak jauh dari Sogo.

“Seorang lelaki terpelanting ke atas bonet kereta. Ekoran itu kereta tersebut terbabas dan merempuh tembok di tepi Sogo,” katanya yang berada di atas tembok di tepi Sogo ketika kejadian semalam.

Ekoran itu peserta Bersih yang berada di kawasan berhampiran marah kerana ada yang menganggap lelaki yang dirempuh berada di bawah kereta berkenaan.

Menurutnya beberapa peserta menembalikkan kenderaan tersebut bagi memastikan lelaki yang dilanggar ada di bawah kereta atau sebaliknya.

Kata beliau juga peserta yang marah bertindak memukul lelaki yang keluar daripada kereta polis terbabit.

Shamsuddin bersama isterinya menyaksikan kejadian berkenaan memberitahu selepas itu datang ambulans membawa kedua-dua anggota polis yang cedera ke hospital.

Beliau juga melihat dua Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub berada di belakang Sogo selepas terkena gas pemedih mata.

Seorang lagi saksi, Nik Azman Nik Mahmood dari Tumpat berkata, ketika kereta polis melanggar peserta Bersih beliau berada berhampiran Medan Mara.

Katanya, selepas itu beliau bergegas ke tempat kejadian dan melihat kereta Waja diterbalikkan.

Menurut beliau orang ramai mulai bertindak kasar selepas mereka terkena tembakan gas pemedih mata dan dibasahi water canon.

Seorang veteran PAS dari Cheras, Ali Abdullah, 63 berkata, sekiranya tidak berlaku provokasi sudah tentu perhimpunan semalam berlangsung dengan aman.

Beliau juga bimbang ada pihak luar yang menyelinap masuk dalam kumpulan peserta Bersih dengan melakukan provokasi sehingga mencetus beberapa kekasaran.

Harakahdaily/-

512 peserta ditahan, polis masih cari pistol

7 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

Seramai 512 orang termasuk 25 orang wanita dan lima kanak-kanak ditahan polis dalam operasi ke atas peserta perhimpunan BERSIH 3.0 di ibu negara semalam, menurut kenyataan PDRM hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata kesemua individu berkenaan dibebaskan selepas diambil keterangan.

Selain itu beliau juga berkata polis masih mencari sepucuk pistol seorang anggotanya yang didakwa hilang ketika perhimpunan berkenaan.

"PDRM meminta kerjasama orang ramai yang menjumpai pistol berkenaan supaya menghubungi atau memulangkan ke balai polis berdekatan," katanya.

Bagaimanapun laporan akhbar hari ini menyebut bahawa senjata api itu telah dijumpai.

Laporan berkenaan memetik kenyataan PDRM dan menteri dalam negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Twitter.

Dalam perkembangan berkaitan, kenyataan Mohmad mengesahkan bahawa seorang anggotanya, Sjn Zaini Nawawi, 53, polis meninggal dunia di Kuala Lumpur semalam.

Kematian tersebut tiada kena mengena dengan tindakan polis ketika menyuraikan perhimpunan BERSIH, jelasnya.

"Anggota tersebut meninggal dunia kerana mengalami sesak nafas ketika menjalankan tugas rondaan biasa di kawasan Bukit Bintang," katanya lagi.

Bagaimanapun, beliau mengesahkan bahawa seramai 13 orang anggota polis mengalami kecederaan ketika menyuraikan perhimpunan BERSIH.

"(Seramai) sebelas orang daripada dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Kuala Lumpur dan Pusat Perubatan UKM, manakala dua orang lagi masih menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur," katanya.

Dua anggota berkenaan ialah L/Kpl Mohd Wasir Abu yang didakwa dipukul dan terjatuh daripada motosikal dan juga Konst Mohd Kamil Parimin yang mengalami kecederaan di kepala.

Malaysiakini/-

PKR mahu Najib tanggungjawab dakwaan serangan

7 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

Naib presiden PKR N Surendran berkata serangan yang didakwa dilakukan polis ke atas wartawan yang membuat liputan perhimpunan BERSIH 3.0 menunjukkan kerajaan tidak ikhlas dalam meningkatkan kebebasan media.

Beliau mendakwa, pasukan polis dengan sengaja dan secara sistematik menjadikan para wartawan sebagai sasaran serangan dalam perhimpunan berlangsung semalam.

"Motif gangguan dan serangan fizikal ini adalah untuk mengelakkan wartawan daripada merakam kekerasan, kegasan dan serangan polis ke atas orang awam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mendakwa dalam kejadian berkenaan, polis melakukan penahanan ke atas wartawan daripada laman Malaysiakini, akhbar Guan Ming dan juga Malay Mail.

Selain itu, polis juga merosakkan kamera dan merampas rakaman daripada wartawan Nanyang, stesen TV Channel News Asia, Al Jazeera, akhbar Makkal Osai dan laman Merdeka Review, dakwanya.

Dengan itu, beliau menuntut perdana menteri Datuk Seri Najib Razak bertanggungjawab ke atas "tindakan jenayah" ke atas petugas media itu.

"Serangan yang diselaras sebegitu dan juga serangan yang dialami tidak mungkin dijalankan tanpa arahan daripada pemimpin polis dan menteri dalam negeri.

"Kami menuntut supaya Najib mengeluarkan jaminan segera bahawa kerajaan BN akan menghormati kebebasan media dan menghentikan segala campurtangan dengan media yang menjalankan tugas mereka," tambahnya.

Katanya lagi, serangan berkenaan melanggar peruntukan yang menjamin hak kebebasan bersuara mengikut Perkara 10 dalam Perlembagaan Persekutuan dan juga Perkara 19 dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat.

malaysiakini/-

Bersih 3.0 zahirkan suara hati rakyat Malaysia

7 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU: Kehadiran ratusan ribu pada himpunan Bersih 3.0 di Kuala Lumpur semalam secara jelas menggambarkan rakyat tidak lagi yakin terhadap proses pengendalian pilihan raya di negara ini.

Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yakub (gambar) berkata, rakyat berhimpun dengan jumlah begitu ramai semata-mata bagi menzahirkan suara hati mereka terhadap ketidakadilan yang berlaku.

“Himpunan Bersih 3.0 semalam yang turut diadakan serentak di beberapa lokasi lain dalam dan luar negara menggambarkan hasrat sebenar rakyat ingin melihat pilihanraya benar-benar bersih daripada segala kepincangan.

“Bersih 3.0 satu himpunan yang cukup berjaya bagi mendesak kerajaan membersihkan daftar pemilih yang meragukan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya hari ini.

Semalam ratusan ribu rakyat yang datang dari seluruh negara berhimpun di sekitar kawasan Dataran Merdeka bagi mendesak kerajaan benar-benar melakukan reformasi terhadap badan pengendalian pilihan raya.

Biar pun perhimpunan Duduk Bantah cuba digambarkan keadaan sebaliknya dalam banyak laporan media hari ini, namun orang ramai lebih awal mendapat maklumat sebenar dari lokasi sejak semalam.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri Besar berkata, perhimpunan itu membuktikan kehendak rakyat tidak boleh diperlekehkan lagi.

“Dewan Ulamak PAS berharap kerajaan dapat mengenal pasti perkara-perkara yang dibangkitkan bagi memulihkan sistem pilihanraya negara ini benar-benar bersih dan tidak berlaku sebarang penyelewengan.

“Walaupun media cuba menggambarkan berlakunya rusuhan dan keganasan, kami percaya ia tidak akan berlaku sekiranya pihak keselamatan bertindak secara bijaksana.

“Kerajaan dan SPR tidak boleh lagi menjawab setiap masalah secara sambil lewa kerana rakyat mengetahui kelemahan yang cuba disembunyikan,” katanya.

Beliau juga berkata, amat tidak wajar pengerusi dan timbalan pengerusi SPR menjadi ahli kepada parti politik memandangkan badan pengendali pilihan raya itu sebelum ini diperlihatkan sebagai berkecuali.

Menurutnya apabila mereka menjadi penyokong kepada parti politik tertentu sudah tentu ada perasaan bias dan tidak mampu lagi bertindak sebagai pengadil yang berkecuali.

harakahdaily/-

Jurufoto ditahan rakam dakwaan kekerasan polis

7 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

Beberapa orang jurugambar akhbar ditahan ketika mengambil gambar yang didakwa membabitkan tindakan kekerasan polis.

Tidak jelas berapa ramai jurugambar yang ditahan. Seorang daripadanya adalah wartawan-jurufoto Malaysiakini Koh Jun Lin.

"Kamera saya dan kad memori telah dirampas," kata Koh.

"Mereka berkata mereka mahukannya sebagai bukti."

Koh dibebaskan kira-kira jam 7.50 malam selepas mengesahkan dia seorang wartawan-jurufoto.

Satu jurugambar memberitahu Malaysiakini bahawa selepas dia enggan memadam gambar mengenainya, seorang anggota polis mengeluarkan kad memori dan memusnahkannya.

Ia telah disahkan oleh akhbar Guang Ming Daily bahawa salah seorang jurugambarnya telah ditangkap ketika mengambil gambar satu proses penangkapan dan dakwaan kekerasan polis.

Sementara itu seorang peserta bersih memaklumkan pihak polis juga telah merampas beberapa talipon yang sempat merakam satu insidin dimana sekumpulan polis memukul seorang peserta himpunan tidak berapa jauh dari lokasi mesjid India.

Semangat BERSIH 3.0 melimpah ke luar negara

7 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

Semangat perhimpunan BERSIH 3.0 di Kuala Lumpur telah melintasi zon masa, dengan ribuan orang turun ke jalan di Australia dan New Zealand untuk berarak bersama 100,000 rakan mereka di Malaysia.

Rakyat Malaysia di 35 buah negara dan 85 bandar di seluruh dunia, telah berikrar untuk "bersatu padu" dengan ribuan orang mula berhimpun sejak pagi di di beberapa lokasi di sekitar Dataran Merdeka untuk perhimpunan duduk bantah yang dirancang bermula jam 2 petang.

Menurut warga siber, lebih daripada 1,200 penyokong berhimpun di St Paul Court, Federation Square di Melbourne, sementara ratusan lagi dilaporkan berkumpul di Martin's Place di Sydney Martin di timur Australia pada jam 2 petang waktu Malaysia.

NONEPerhimpunan di Melbourne dimeriahkan dengan persembahan muzik
dan ucapan ahli-ahli politik berhaluan kiri.

"Diaspora Malaysia tidak dibenarkan untuk mengundi dalam pilihan raya Malaysia. Hanya pegawai kerajaan yang bertugas ke luar negara dan pelajar sepenuh masa serta pegawai tentera di luar negara dibenarkan mengundi," kata penyelaras BERSIH Melbourne Global David Teoh dalam satu wawancara dengan ABC Radio dua hari lalu .

Begitu juga dengan perhimpunan di Brisbane, Hobart, Canberra serta di Perth di Australia, dan di Auckland, New Zealand.

Duduk bantah Aotea Square di Auckland pada jam 1 tengahari waktu Malaysia bermula dengan penyokong menyanyikan lagu Negaraku.

Di Hong Kong (gambar atas), kira-kira 400 penyokong berkumpul di Sogo Department Store di Causeway Bay dan mula bergerak ke pejabat konsulat Malaysia.

Bagaimanapun, rakyat Malaysia di Singapura mengadakan protes mereka Johor Bahru Waterfront City pada jam 1.30 tengahari, kerana pihak berkuasa Singapura telah dinafikan mereka permit polis untuk mengadakan perhimpunan di Hong Lim Park di republik itu.

Di Thailand, lebih daripada 200 penyokong berarak ke Kedutaan Malaysia di Bangkok, begitu juga dengan kumpulan rakyat Malaysia di Vietnam, Filipina dan Indonesia untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap sistem pilihan raya.

Penyokong BERSIH, sebahagian mereka pelajar, juga berhimpun dalam kumpulan kecil di India, Nepal, Sri Lanka, Bangladesh, Mesir, Arab Saudi, Afrika Selatan, Jordan, Korea dan China, dengan membawa pelekat dan poster menyokong tuntutan reformasi sistem pilihan raya .

Lebih ramai protes dijadual diadakan di Amerika Syarikat, Kanada dan Rusia, serta di 16 bandar di Eropah lewat hari ini.

Di Aceh di utara Sumatera, Indonesia, kira-kira sembilan perenang bergambar memegang sepanduk BERSIH di bawah air di Pulau Weh.

Malaysiakini/-

Bayi tiga tangan dilahirkan di Pakistan


7 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

Bayi perempuan yang baru berusia lima hari ini dilahirkan dengan tiga tangan, kes yang berlaku satu dalam sejuta kelahiran. - AGENSI

MULTAN, Pakistan 27 April - Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan di sini menjadi tumpuan penduduk tempatan kerana memiliki tiga tangan, kes yang hanya berlaku satu dalam sejuta kelahiran.

Bayi yang baru berusia lima hari itu mempunyai sepasang tangan sempurna di sebelah kiri dan kanan serta satu lagi tangan yang bersambung di bahagian belakang berdekatan saraf tunjang.

Bapanya, Waqar Ahmed, dari perkampungan Tuansa Sharif, daerah Dera Ghazi Khan, di sini membawa bayi itu ke hospital selepas dilahirkan Isnin lalu.

Bayi itu kemudian dirujuk ke Hospital Nishtar bagi mendapatkan pandangan pakar untuk proses pembedahan membuang tangan ketiganya.

Dr. Ghulam Shabbir berkata, bayi perempuan itu mengalami keadaan luar biasa yang dipanggil polymelia, yang mana seseorang itu dilahirkan dengan anggota tangan atau kaki yang lebih.

Keadaan tersebut berlaku apabila sel tidak terbentuk dengan sempurna ketika perkembangan embrio di dalam rahim.

Beliau berkata, seandainya pembedahan membuang tangan ketiga itu dijalankan, ia menjadi yang pertama dilakukan hospital tersebut.

Awal bulan ini, seorang bayi lelaki, Umar Farooq yang dilahirkan di Sukkur, Pakistan mempunyai enam kaki.

Bagaimanapun, bayi itu selamat menjalani pembedahan membuang kaki berlebihan selama lapan jam di sebuah hospital di Karachi, pada 19 April lalu. - AGENSI

PM Jordan letak jawatan

7 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

AMMAN 27 April - Perdana Menteri Jordan, Awn Khasawneh meletak jawatan semalam, selepas baru enam bulan membentuk kerajaan untuk membawa perubahan politik dan ekonomi di negara ini.

Raja Abdullah II telah melantik Fayez Tarawneh, 63, bekas Perdana Menteri dan Ketua Mahkamah Diraja pada lewat 1990-an untuk menggantikan Khasawneh yang kini berada di Turki.

Raja Abdullah telah meminta Tarawneh untuk membentuk kerajaan baru selepas peletakan jawatan Khasawneh, menurut pegawai kanan Jordan.

Peletakan jawatan Khasawneh yang merupakan bekas Hakim Mahkamah Keadilan Antarabangsa itu masih tidak jelas, tetapi laporan berta menyatakan, beliau tidak gembira dengan keputusan Raja Abdullah yang melanjutkan sesi Parlimen sehingga 25 Jun ini. - AFP

Span cuci kontroversi

7 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

SPAN cuci pinggan berbentuk rambut afro yang dijual di seluruh United Kingdom, mencetuskan kontroversi perkauman kerana ia dilihat mempersendakan golongan kulit hitam. - Agensi

LONDON 28 April - Sebuah syarikat tempatan yang menjual span pencuci pinggan berbentuk rambut afro dikritik kerana dianggap bersikap perkauman, selepas produk itu menyerupai penyanyi lagenda kulit hitam, Diana Ross yang terkenal dengan gaya rambut sama.

Barangan tersebut, yang kini berada di pasaran di seluruh United Kingdom (UK) mengingatkan kembali kepada watak kartun golliwogs dan rancangan Black and White Minstrels yang pernah mencetuskan kontroversi perkauman.

Setiausaha Agung Fahaman Menentang Fahaman Fasis Bersatu, Weymen Bennet berkata, tindakan itu memaparkan stereotaip perkauman yang wujud di London sebelum ini.

"Apa yang akan dilakukan selepas ini, adakah berus tandas seperti itu juga akan dikeluarkan?

"Walaupun sekadar jenaka, ia tidak sesuai dengan abad ke 21. Malah, ia mengukuhkan lagi persepsi negatif," katanya.

Bennet berkata, pemimpin Britain mengambil masa 40 tahun untuk mengikis imej perkauman negatif dan adalah sesuatu yang memalukan sekiranya ia kembali lagi.

Beliau yang memperjuangkan antifasis selama 30 tahun memberi amaran, keadaan itu seolah-olah memberi peluang kepada syarikat-syarikat untuk mengeluarkan produk bersifat perkauman dan ia bukan sesuatu yang mahu dilihat oleh masyarakat.

"Kami telah bekerja keras untuk memastikan ia tidak berlaku dan ia bukan sesuatu yang positif yang patut berlaku pada abad ini ,'' ujarnya. - AGENSI

Arab Saudi tutup misi diplomatik dengan Mesir

7 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

RIYADH 29 April - Arab Saudi semalam memutuskan untuk memanggil semula dutanya di Kaherah dan menutup misi diplomatik dengan Mesir selepas protes di luar kedutaan negara itu berikutan penahanan seorang peguam Mesir di Arab Saudi, kata agensi berita SPA.

Selain kedutaan, konsulat negara itu di Alexandria dan Suez juga ditutup.

Menurut jurucakap kerajaan, demonstrasi di luar kedutaannya adalah `tidak wajar’ dan mampu memberi kesan kepada pekerja Mesir dan Arab Saudi yang terlibat dalam misi diplomatik negara itu. - AFP

Pertembungan mungkin tangguhkan pilihan raya

7 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

Polis melepaskan gas pemedih mata dan meriam air dalam pertembungan dengan ribuan peserta yang membantah reformasi sistem pilihan raya hari ini, meningkatkan risiko tindak balas politik yang mungkin menyebabkan pilihan raya umum yang dijangka pada Jun ditangguhkan.

NONEPolis pencegah rusuhan bertindak balas terhadap sesetengah peserta - sekurang-kurangnya 25,000 orang - daripada cuba merempuh penghadang ke Dataran Merdeka mendapat perintah larangan mahkamah daripada dimasuki. Mereka melepaskan berpuluh-puluh gas pemedih mata dan mengejar peserta di jalan raya.

Peserta juga bertindak balas dengan membaling botol dan kerusi kepada pegawai polis. Malah, kereta polis diterbalikkan peserta yang marah selepas ia melanggar peserta perhimpunan. Kebanyakan peserta bersurai awal petang tetapi pertembungan tetap berterusan sekali sekala.

NONE"Mereka (polis) minta peserta bersurai tetapi tidak memberikan amaran yang cukup," kata Aminah Bakri, 27, dengan air mata mengalir disebabkan gas pemedih mata.

"Mereka tidak kisah."

Reaksi polis boleh memberi risiko kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najin Razak, yang jika dilihat terlalu keras mungkin memaksanya menangguhkan pilihan raya umum yang mesti diadakan sebelum Mac tahun depan. Pemerhati menjangkakan ia diadakan pada Jun.

- Reauters

Ambiga isytihar BERSIH 3.0 berjaya, 300,000 hadir

7 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

Gabungan menuntut pilihan raya bersih dan adil (BERSIH) berkata perhimpunan mereka berjaya dan mendakwa 300,000 rakyat Malaysia turun menyertai BERSIH 3.0 menuntut reformasi pilihan raya.

NONE"Dalam erti kata tersebut, ia adalah satu kejayaan," kata pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga dalam sidang media selepas perhimpunan tersebut.

"Suasana yang hebat dan bilangan yang ada di situ - ia amat besar."

"Kami merasakan bahawa ia adalah satu kejayaan kerana terdapat sokongan yang begitu banyak untuk tujuan ini dan segala-galanya berjalan dengan baik (sehinggakan) kami memberi arahan supaya bersurai dengan cepat, pada jam 2.30 petang, kerana semasa kita sampai ke Dataran (Merdeka), amat sukar bagi orang ramai untuk duduk," kata Ambiga.

"Bagi orang yang hadir, mereka berkelakuan baik bagi sejumlah seramai itu," katanya

NONEBeliau melahirkan rasa kesal atas kekecohan yang berlaku selepas
sebahagian daripada penghalang yang menutup Dataran Merdeka dirempuh, dan berkata ia "amat menyedihkan".

Beliau juga memandang berat laporan bahawa penyokong dan anggota polis yang bertugas cedera dalam kekecohan tersebut, dan menegaskan bahawa jawatankuasa pemandu akan bekerjasama sepenuhnya dengan polis dalam menjalankan siasatan mereka.

Bagaimanapun, kerana beliau tidak ada fakta yang tepat mengenai kejadian itu, maka Ambiga berkata, BERSIH akan memanggil satu sidang akhbar minggu depan berhubung butir-butir lanjut mengenainya.

Malaysiakini/-

Nik Aziz ucap tahniah kepada peserta Bersih 3.0

7 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
Rizal Tahir, 28 Apr 2012

KOTA BHARU, 28 April: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengucapkan tahniah kepada rakyat yang telah berjaya menyertai Bersih 3.0 'Duduk Bantah' berhampiran Dataran Merdeka hari ini.

Katanya, rakyat di negara ini hadir ke ibu negara untuk menyatakan sokongan tuntutan Bersih 3.0 memandangkan Bersih 1 kerajaan diam dan membisu, manakala Bersih 2.0 kerajaan buat ‘pekak badak’.

Pada masa yang sama beliau melahirkan rasa terharu terhadap rakyat Malaysia yang berada di hampir seluruh dunia seperti Melbourne, Makkah, Madinah, Mesir turut menganjurkan bersih di tempat masing-masing.

“Tuntutan ini jelas membuktikan rakyat tidak ingin lagi berada di bawah pentadbiran kerajaan yang tidak adil khususnya dalam ketelusan pilihan raya yang bersih dan adil.

“Rakyat Malaysia telah cerdik, pandai dan terdiri dari golongan intelek, jadi kerajaan tidak boleh lagi berterusan melakukan ketidakadilan dalam SPR, apa lagi untuk berterusan memenangkan kerajaan Umno dan BN,” ujarnya.

Tuan Guru juga turut mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia pelbagai bangsa di negara ini turut berhimpun untuk menjayakan Bersih 3.0.

Katanya, mereka hadir beramai-ramai bukan atas bangsa, sebaliknya kerana inginkan kebenaran dan keadilan tertegak di negara ini.

Beliau berkata demikian ketika menghubungi Harakahdaily sebentar tadi sebagai mengulas perkembangan tuntutan Bersih 3.0 yang ternyata telah berjaya.

Beliau bagaimanapun melahirkan rasa kesal di atas tindakan kerajaan yang ‘mengasari’ peserta himpunan disembur dengan air berasid dan gas pemedih mata sehingga ada peserta yang mengalami sesak nafas.

Katanya, sekiranya Tunku Abdul Rahman Putera Al-haj masih hidup, sudah tentu allahyarham akan menyokong tuntutan Bersih kerana menyedari ketidakadilan banyak berlaku dalam SPR.

“Lagipun sebelum ini allahyarham turut menyokong perjuangan Parti Melayu Semangat 46 (PMS46), kerana menyedari perjuangan Umno kini sudah menyimpang dari perjuangan sebenar,” ujarnya.

388 peserta Bersih 3.0 ditahan

6 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
Harakahdaily, 28 Apr 2012

KUALA LUMPUR: Menurut twitter PDRM, jumlah keseluruhan peserta himpunan Bersih 3.0 yang ditahan adalah 388 dan mereka dibawa ke Pusat Latihan Polis (Pulapol).

Turut ditahan adalah wartawan Harakah dari Kedah, Izwan Abdul Halim.

Bekas Profesor Universiti Islam Antarabangsa, Dr Abdul Aziz Bari juga turut ditahan di samping Tian Chua, anggota Parlimen Baru.

(Gambar: Antara peserta yang ditahan)

Menurut wartawan Harakah itu, Abdul Aziz dan Tian Chua telah dimasukkan ke dalam trak yang sama dengan beliau.

Selain itu, turut ditahan bersama adalh Pengerusi Solidaririti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin bersma dua rakannya yang lain.

Kesemua mereka sebelum itu dikumpulkan di Dataran Merdeka sebelum dibawa ke Pulapol menaiki bas PDRM dan trak polis.

Di dalam trak itu, ramai antara mereka yang cedera dan berdarah.

Bagaimana kereta peronda polis diterbalik

7 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
Harakahdaily, 28 Apr 2012

(AJK Bersih, Wong Chin Huat [memegang pembesar suara] meminta orang ramai bertenang dan bersurai selepas sebuah kereta peronda polis diterbalikkan bagi menyelamat seorang gadis yang terperangkap di bawahnya)

KUALA LUMPUR: Seorang saksi memaklumkan, tindakan penunjuk perasaan terbalikkan kereta peronda polis adalah untuk menyelamatkan seorang gadis yang terperangkap di bawah kereta itu selepas dilanggar.

Ia berlaku selepas kereta peronda itu semacam hilang kawalan dan melanggar tiga orang termasuk seorang gadis Cina sehingga gadis malang itu terperosok di bawah kereta itu.

Untuk menyelamatkan gadis yang terperangkap di bawah kereta itu, mereka beramai-ramai memterbalikkan kereta peronda polis.

(Kereta peronda polis yang remuk teruk di hadapan selepas melanggar tembok Sogo dan tiga peserta perhimpunan. Ia menunjukkan ia dipandu dengan laju sebelum melanggar peserta perhimpunan.)

Menurut seorang aktivis dari Terengganu yang menyertai perhimpunan hari ini, kejadian itu berlaku di depan mata beliau berhampiran pasaraya Sogo.

"Ambe (maksudnya saya) petang (tadi) jadi saksi kejadian polis rempuh pendemo. YA! Memang ade provokasi tapi setelah check-check, rupanya yang start lempar botol air mineral kat kereta polis tu adalah Sahabat Bodoh (SB)...!

"Mana tak mengamuk polis tu sampaikan sanggup rempuh dengan laju orang awam di hadapan SOGO.

"Berita yang menyatakan ada meninggal tidak benar sama sekali, tiga yang dilanggar parah, seorang wanita cina terperosok bawah kereta polis, sebab tu orang ramai terbalikkan kereta polis, sebab nak selamatkan wanita tu.

(Salah seorang mangsa yang dirempuh kereta peronda polis, Su Kwang Hong, masih di rawat di Hospital Kuala Lumpur)

"Polis pun tak dak yang meninggal, walaupun dibelasah dengan agak teruk orang ramai yang tidak puas hati mereka langgar pendemo.

"Persoalannya sekarang kenapa polis tu sanggup rempuh orang ramai dengan laju, sampai retak dinding tangga SOGO tu.

"Suasana pilu, tangisan kedengaran melihat insiden itu.

"Ya, memang ada yang mulakan provokasi, dah kejar orang tu tapi tak sempat sebab dia naik motor lari," cerita saksi itu dalam facebooknya.

Cerita yang beliau tulis itu amat sepadan sekali dengan video yang disiarkan oleh Malaysiakini di bawah ini.

(Print screen dari video Malaysiakini yang menunjukkan seorang lelaki menundukkan kepala melihat ke bawah kereta sementara rakan-rakannya yang lain menterbalikkan kereta peronda polis itu)


Ia dapat disahkan apabila seorang wanita yang bersuara nyaring dalam video ini berkata, "Astaghfirullah...angkat-angkat" sementara seorang lagi peserta demonstrasi melihat ke bawah kereta peronda polis itu.

TV3 hari ini menyiarkan video yang telah diedit bagaimana kereta peronda polis itu diterbalikkan oleh para peserta perhimpunan Bersih 3.0 hari ini.

Ia sangat jelas cuba mengelirukan orang ramai dan menyalahkan para peserta perhimpunan itu khasnya penganjur dan Pakatan Rakyat yang menyokongnya.

Klik untuk saksi video kejadian