Asal Usul:
Pada penghujung zaman Dinasti Han Timur, iaitu tahun 25 hingga tahun 220 Masihi, situasi di seluruh negeri China sangat bergolak. Untuk mengalahkan seterunya, Maharaja pada ketika itu telah mengeluarkan pengumuman, memerintahkan supaya anggota tentera yang baru diambil daripada kalangan rakyat. Apabila pengumuman tersebut sampai ke kaunti Zhuoxian, iaitu di provinsi Hebei pada masa ini, ia telah menarik perhatian tiga orang satria yang akhirnya berjaya menubuhkan negeri Shu untuk menggantikan kerajaan Dinasti Han Timur, yang selama ini membiarkan rakyat jelatanya hidup dalam keadaan yang begitu sengsara.
Liu Bei yang dilahirkan pada tahun 161 Masihi, merupakan keturunan keluarga maharaja Dinasti Han. Namun, ketika Liu Bei dilahirkan, keluarganya sudah tidak mempunyai kedudukan dan pengaruh lagi. Jadi, ketika beliau membaca pengumuman itu, sambil mengeluh panjang, beliau terdengar suara orang dari belakangnya, "Nama saya Zhang Fei. Apa gunanya awak mengeluh di sini? Fikirlah bagaimana boleh mencurah bakti kepada negeri kita."
Liu Bei mengeluh lagi, sambil menjawab, "Saya benar-benar mahu membuat suatu untuk negeri kita. Namun, saya rasa kemampuan saya masih agak terhad. Itulah sebabnya mengapa saya mengeluh tadi."
Zhang Fei berkata dengan penuh yakin, "Apa susahnya? Jika awak benar-benar mempunyai cita-cita sedemikian, saya sanggup mengeluarkan semua harta saya untuk membantu awak."
Apabila mendengar kata-kata Zhang Fei itu, Liu Bei berasa sangat gembira. Maka, kedua-dua mereka itu pun pergilah ke sebuah kedai makan untuk minum sambil membincangkan isu tersebut dengan lebih lanjut. Tiba-tiba, masuklah seorang lelaki yang tampaknya jujur dan hebat sekali. Liu Bei dan Zhang Fei pun menjemput lelaki itu minum bersama-sama dengan mereka. Dalam perbualan dengannya, mereka mendapati bahawa lelaki yang bernama Guan Yu itu, mempunyai cita-cita yang sama dengan mereka.
Pada keesokan harinya, ketiga-tiga mereka itu pun pergi ke sebuah kebun pic, lalu membakar kemenyan, dan meminta dewa langit dan dewa bumi menjadi saksi kepada hubungan persaudaraan yang terjalin antara mereka.
Menurut sejarah China, Liu Bei, Guan Yu dan Zhang Fei sangat memandang penting hubungan persaudaraan sesama mereka itu. Guan Yu dan Zhang Fei juga telah memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk membantu Liu Bei menubuhkan pemerintahan sendiri. Cerita tentang hubungan persahabatan antara ketiga-tiga mereka ini, diminati ramai di China, dan terus tersebar hingga sekarang.
Catatan Keterangan:
Peribahasa "Tao Yuan Jie Yi" ini berasal daripada kisah tentang tiga orang satria dalam sejarah China, iaitu Liu Bei, Guan Yu dan Zhang Fei, yang menjalinkan hubungan persaudaraan di sebuah kebun pic. Peribahasa ini digunakan untuk menggambarkan hubungan persahabatan atau persaudaraan yang akrab, serta semangat setia kawan yang kukuh. CRI/-