18 Julai 2008

Bekas Setiausaha Parlimen keluar MCA

KUALA LUMPUR 17 Julai – Bekas Naib Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew mengumumkan keluar daripada parti itu kerana kecewa dengan MCA dan hilang kepercayaan terhadap parti.

Bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu membayangkan akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau menyerahkan surat peletakan jawatannya menerusi faksimile ke Ibu Pejabat MCA hari ini

Anwar dibebas dengan jaminan

KUALA LUMPUR, 17 July :- Peguam kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan polis sudah membebaskan Penasihat Parti Keadilan (PKR) itu, kira-kira jam 9.30 pagi tadi dengan jaminan. Peguam Sankara Nair berkata, anak guamnya itu dibebaskan selepas ditahan semalam bagi membantu siasatan dakwaan meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Anwar juga akan mengadakan sidang akhbarnya di rumahnya di Segambut, jam 2 petang ini.

Berita penangkapan Anwar mengemparkan negara sedangkan pada tahun 1998 beliau disabitkan juga dengan salah laku seks, namun mahkamah juga yang mendapati beliau tidak bersalah walaupun beliau hilang jawatan dalam parti dan kerajaan serta terpaksa merengkuk dalam penjara dalam tempoh sekian lama.