18 Julai 2008

Anwar dibebas dengan jaminan

KUALA LUMPUR, 17 July :- Peguam kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan polis sudah membebaskan Penasihat Parti Keadilan (PKR) itu, kira-kira jam 9.30 pagi tadi dengan jaminan. Peguam Sankara Nair berkata, anak guamnya itu dibebaskan selepas ditahan semalam bagi membantu siasatan dakwaan meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Anwar juga akan mengadakan sidang akhbarnya di rumahnya di Segambut, jam 2 petang ini.

Berita penangkapan Anwar mengemparkan negara sedangkan pada tahun 1998 beliau disabitkan juga dengan salah laku seks, namun mahkamah juga yang mendapati beliau tidak bersalah walaupun beliau hilang jawatan dalam parti dan kerajaan serta terpaksa merengkuk dalam penjara dalam tempoh sekian lama.

Tiada ulasan: