17 April 2009

Speaker DUN Perak tiada kuasa halang Zambry, 6 Exco ?

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan keputusan yang mengejutkan dan tidak pernah berlaku dalam negara kita bahawa Speaker Dewan Undangan Negeri Perak (DUN), V. Sivakumar tidak mempunyai kuasa untuk menggantung Menteri Besar Perak rampasan kuasa, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Exco yang lain daripada menghadiri sidang DUN.

Perkara itu diputuskan oleh panel lima hakim yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sherif.

Pada 18 Februari lalu, Sivakumar bersama Jawatankuasa Hak dan kebebasan DUN Perak yang dipengerusikan mengambil tindakan mengejut menggantung dan melarang Menteri Besar kudeta bersama enam Exconya daripada menghadiri sidang DUN berkuat kuasa serta-merta selama 18 bulan.

Secara umumnya mulai dari keputusan ini boleh ditafsirkan semua pengantungan yang dilakukan selama ini oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan di Deran Rakyat dan DUN adalah tidak sah ?

Berikutan itu, pada 2 Mac lalu, Zambry dan enam Exconya itu memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Ipoh bagi membatalkan keputusan Speaker DUN menggantung dan melarang mereka menghadiri sidang Dewan kerana tindakan itu bertentangan dengan undang-undang.

Zambry dan enam Exco terbabit juga memohon satu pengisytiharan bahawa mereka berhak mengambil bahagian dalam sidang Dewan dan menjalankan fungsi serta kewajipan masing-masing.

Keenam-enam Exco itu ialah Zainol Fadzi Paharuddin, Datuk Ramly Zahari, Hamidah Osman, Datuk Saarani Mohamad, Mohd. Zahir Abdul Khalid dan Dr. Mah Hang Soon.

33 ulasan:

safwanhussin berkata...

Mari kita saman para hakim itu pula.. Kerana mereka tidak ada kuasa untuk membatalkan keputusan speaker..

iwawan berkata...

kalu macam berentap pula dlm dewan nanti!

Sulaiman berkata...

2 tindakan susulan perlu diambil oleh PR berikutan keputusan Mahkamah Boneka umNO ini;
1) Speaker gantung semula Zambry dan balaci2nya.
2) YB Gobind dan MP/ADUN PR yang digantung skrg dan selepas ini boleh failkan saman ke atas Speaker.
Kesimpulannya, Keluhuran Perlembagaan kita sudah dimusnahkan oleh umNO!!!

TBO berkata...

Salam YB

keputusan telah dijangkakan saya yang mendengar persidangan kes tersebut telah nampak kemana akhirnya kes ini. lawan tetap lawan. Isunya samada ada tak perbekalan atau undang-undang yang menyatakan Speaker DUN Perak boleh menggantung ADUN di dalam DUN Perak. Itu yang menjadi isu pokoknya sekarang ni. Walaupun Peguam Tuan Haji Sulaiman Abdullah menyatakan Mahkamah tidak boleh "review" keputusan Speaker dibawah prinsip pengasingan kuasa, tapi kite kena sedar satu lagi prinsip "malaysia Boleh"

Awanama berkata...

Bijaak, bijakkk. Tak berani nak komen lah saya,nanti tak pasai kena masuk court lak. nama pun yang ariff ,keputusan mestilah dari yg ariff.Kita yang bukan arif tapi ngok, bolehlah angguk kepala sembil berkata ya ya aya aya, g0od good, correct correct correct

prachai berkata...

sahlah ni nak cepat-cepat halalkan MB haram tu. Main cam Abhisit kat Thailand tulah, ikut pintu belakang gunakan hakim buang kerajaan dulu , tapi kalau diajak berdepan dengan rakyat lawan undi dia sorok-sorok. Dah tahu jalan ceritanya lebih kurang begini.

Awanama berkata...

Mari kita tgk pulak apa ulasan Hanipa maidin pasal isu ni. Apa yg aku nampak, mahkamah rayuan masih ada utk buat rayuan.

Awanama berkata...

Keputusan memang dah diduga, MB Haram kata nak panggil sidang DUN dalam masa terdekat saya tak pasti samada Speaker boleh guna kuasa dia untuk tidak memanggil sidang DUN seperti yang dikehendaki oleh MB Haram tu? Biar DUN Perak terbubar dengan sendirinya bila sampai expiry date nya..

alias berkata...

sebab tu kena menang parlimen dan perintah peringkat pusat. dan apakah pas sudah bersiap utk memenangi lebih banyak kerusi parlimen?

alias

mohahz berkata...

YB kena sediakan disini,apakah bidang kuasa yg ada pd speaker dewan,supaya org ramai phm bidang kuasanya,dan mengetahui apakah tindakan speaker di dlm lingkungan bidang kuasanya ataupun tidak.
mahkamah sebenarnya berkeputusan atas kapasiti persepsi awam.biar rakyat menilainya melalui persepsi sendiri.

EQUILIBRIUM berkata...

natijahnya terlalu besar keputusan yg dibuat oleh hakim2 hari ini. kes ini akan jadi precedent utk kes2 yg sama pada masa hadapan. mungkin amno boleh bergelak ketawa sekarang.

tapi apa akan jadi jika lagi 10-20 tahun dari sekarang amno pula yg berada di kedudukan pakatan sekarang? adakah mereka akan bergelak ketawa?

nampaknya prinsip kebebasan antara kuasa perundangan dan eksekutif perlu dikaji semula hehehehe inilah masalahnya kalau mahkamah dilihat tidak bebas.

Awanama berkata...

Gila ke apa? Bukan kuasa Speaker tak terbatas ke? Kalau dah Mahkamah putuskan macam ini, tak ada maknanyalah...

Awanama berkata...

BAGAIMANA PULA DENGAN PENGGANTUNGAN YB GOVIND YANG DIBUAT OLEH SPEAKER DEWAN RAKYAT?

Awanama berkata...

keputusan telah diputuskn.....yg penting skrng teruskn usaha memberi khidmat kpd rkyt PERAK DARUL RIDZUAN....hidup PR ....lawan tetap lawan

Awanama berkata...

ANAK SAYA YANG DARJAH 6 PERNAH CAKAP MENGENAI KES INI,'ABAH TAK PAYAH RUNSING2 KEPUTUSAN KES AKAN MEMIHAK PADA ZAMBRY TENGOK LAH NANTI"...BETULLAH NAMPAKNYA..EMMMMM

Awanama berkata...

Berasaskan keputusan ini, YB Gobind Singh mesti cabar speaker yang menggantungnya setahun!

Awanama berkata...

Apa pun Pakatan Rakyat khususnya Speaker Sivakumar perlu melakukan sesuatu bagi berhadapan dgn keputusan ini...

Awanama berkata...

Secara umumnya mulai dari keputusan ini boleh ditafsirkan semua pengantungan yang dilakukan selama ini oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan di Deran Rakyat dan DUN adalah tidak sah ?

Quran pun orang tak ikut inikan pulak undang-undang manusia yang sendiri buat... suka hati le nak ikut ke tak ikut... Janji dapat kuasa, ye dak ye dak..

Awanama berkata...

Saman pula Speaker Dewan Rakyat kerana menggantung MP kalangan Pakatan Rakyat... Tengok apa keputusan mahkamah....Sama ke lain? Undang2 negara, dan Undang2 selamatkan Be End

bukit teluk sera berkata...

semua itu keputusan yang sudah boleh dijangka.

agaknya tidak lama lagi, adun behrang & changkat jering dibebaskan dari tuduhan.. atau bakal tak dibicarakan langsung (tiada prima facie). lepas tu, speaker bn pula boleh gantung adun pr secara sah. lepas tu, keputusan nizar bersalah culik sebuah kereta camry, lepas tu keputusan sivakumar pula digantung tugas kerana menggantung adun bn..

lepas tu.. lepas tu.. lepas tu...

apa-apa yang bn buat semua tak salah. apa yang pembangkang buat semua salah.

sebab itu, dikatakan bahawa siapa nak masuk syurga senang - masuklah UMNO, jadilah pemimpin seperti SUK, MB atau Menteri. mereka amat amanah dan adil. jadilah kakitangan awam yg mulia dan berintegriti seperti hakim-hakim, peguam kerajaan, SPRM, PDRM, FRU dan SPR.

kata orang.. bagus masuk ahli umno kerana mereka sangat adil lagi saksama, bebas rasuah dan tidak memporak-perandakan mana-mana negeri..
para wanitanya juga khabarnya sentiasa menutup aurat. dengarnya, semua menteri kabinet beragama islam semua hafaz qur'an, boleh tafsir dan mengamalkannya sekali. hebat sungguh.

IbnAbdHalim berkata...

Ya, bolehkah tindakan saman diambil terhadap hakim-hakim yang merampas kuasa speaker? Kalau hakim salah tafsir perlembagan dan undang-undang patutnya boleh dibawa ke mahkamah yang lebih tinggi, tapi kalau mahkamah tertinggi jua melanggarnya bagaimana?

Apakah dengan itu Pandikar Amin Mulia juga boleh diseret ke mahkamah?

Awanama berkata...

ape nak susah, buat laporan balik, buat mcm 1st2... kita tengok keputusan yang akan dibuat lepas tu, kalau sama gak, buat lagi... tapi risikonya naik turun mahkamah, masa terbuang, rakyat semakin terabai.. muzakarahhhh!

iam_khufu berkata...

Saya nasihatkan baca peruntukan undang2 yang terlibat berkenaan dengan kuasa speaker dan undang2 yang lain berkenaan dengan perkara ini, lihat sama ada peluang lain.

Awanama berkata...

Kalau Speaker tiada kuasa.. siapa yang sebenar-benarnya yang berkuasa dalam Dewan Undangan Negeri..? Speaker yang dilantik tu nak buat apa?? Pelik sungguh..

Awanama berkata...

tuan speaker kena tengok balik cara yang boleh dibuat atas keputusan hari ini.jangan mengalah.lawan tetap lawan....

abdulhalim berkata...

zaman dah moden tuan. speaker dah hilang kuasa. dun dah berpindah ke mahkamah. itu sebabnya ada lebih 6000 kes tertangguh di mahkamah berkaitan dengan npl saja.

Awanama berkata...

Terimalah keputusan dengan redha.Sesungguhya Allah Taala amat mengahtahui.

Awanama berkata...

Akan datang mana2 Spiker dun dari kerajaan PR apabila ingin membuat keputusan dalam sidang dewan terlebih dahulu mestilah di rujok kepada mahkamah yang di dengari oleh 5 orang hakim yang pro BN@Umno, barulah keputusan dewan boleh di umumkan pada angota sidang, kalau tidak keputusan sidang dewan pasti tidak sah, Gituuuu!!!
Oooooh Malaysia ku hanya milik Umno @BN

Awanama berkata...

Doktrin pengasingan kuasa di Malaysia sebenarnya tidak mutlak.Bolehlah dikategorikan sebagai "Mustakmal".Tapi mulai hari ini dah masuk peringkat "Mutanajjis".

Awanama berkata...

salam YB sy amaT..5 SETUJU DGN CADANGAN mereka2 yg d atas td panggil lg Dewan berSIDANG dan gantung lagi skali pas2 fikir2 kan lah pulak ada kah ruang utk saman para hakim2 ni klu ada jgn lengah kan masa terus je ayuh maju lawan tetap lawan dan lagi klu lah tak keterlaluan hebah kan semua rakyat seluruh nye ada kan SOLAT HAJAT minta turun kan BALA serta LAKNAT pd semua PENGKHIANAT tak kira lah apa pun kedudukan dia...lebih2 lg klu dia tu HAKIM yg jahat tp klu HAKIM YG IKUT LUNAS PERUNDANGAN IKUT PERLEMBAGAAN DOA kan mereka kesejahteraan dan kEmuliaan..WASALAM

PAS caw.gelugor berkata...

salam yb..
kami dpt rskan bila sidang dun dipggl speaker akan digulingkan plk.supaya mereka terus berkuasa.jd suruh yb gobind saman pandikar amin plk..biar mahkamah buktikan yg dia btl2 adil

Awanama berkata...

hukum di dunia ni depa punya..Ingat di akhirat kita ada yang MAHA HAKIM

Awanama berkata...

Salam... YB

lawan sampai dun dibubarkan... saya cut & paste artikel ni... lanjut p kat sini.. http://budakkampungonline.blogspot.com/

tq.
>>>budak Kampung<<<