10 Julai 2010

apa sudah jadi ?

27 Rejab 1431H.

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil IPK Perak membuat serbuan di sebuah apartment di Tambun, Ipoh dan berjaya menangkap dua lelaki dan dua perempuan pada 5 Julai 2010. Ketua Polis Perak, Datuk Zulkaifli Abdullah dalam sidang media di sini pada Jumaat berkata, polis telah merampas 800 'Banner' pinjaman wang serta dokumen-dokumen berkaitan kegiatan 'Ah Long'. -foto BERNAMA

TINGKATKAN AKTIVITI SEBARAN MAKLUMAT SEMASA KEPADA RAKYAT : PAS PERAK

26 Rejab 1431 H
Oleh: mohd hafez sabri

IPOH, 9 Julai, Pesuruhjaya PAS Perak mengharapkan agar Setiap ahli PAS Perak melaksanakan tanggungjawab sebagai anggota penerangan yang melaksanakan tugasan menyebarkan maklumat secara aktif berkaitan isu-isu semasa yang berlaku dalam negara bagi mengubah pemikiran rakyat.

Menurut beliau kegagalan petugas parti diperingkat akar umbi menyampaikan maklumat kepada rakyat terutama orang Melayu di kawasan kampung menjadi punca kepada sukarnya penduduk di kawsan luar bandar mendapatkan maklumat.

“ kebanyakan penduduk kampung hanya memperolehi maklumat yang disampaikan TV dan akhbar Utusan Malaysia dan akhbar tajaan umno sahaja” ujar beliau

“ Sebab itu kita nak setiap ahli PAS berperanan sebagai penyampai maklumat yang benar dan tepat kepada rakyat, khususnya dalam membongkar kezaliman dan penyelewengan yang dilakukan pemimpin umno bn dalam mentadbir negara,” katanya

“Contohnya kita boleh perincikan isu-isu semasa yang berlaku dalam negara termasuk isu-isi terkini membabitkan pengambilan syarikat berlatar belakangkan rejim Zionis Israel, Apco yang menyediakan perkhidmatan komunikasi strategic yang dikaitkan penglibatan pemimpin Umno.” Tegas beliau lagi

Selain itu beliau juga mahukan agar jentera penerangan PAS perlu mempelbagaikan kegiatan penerangan bagi memastikan setiap rakyat mendapat pendedahan isu semasa sesuai dengan latar belakang pemikiran dan budaya mereka.

“Dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat kita perlu mempelbagaikan teknik agar maklumat yang disampaikan berkesan dan dapat diterima oleh rakyat. Sebab itu pendekatan yang pelbagai teknik adalah penting dan perlu difahami,” katanya.

Rahasia Umum

26 Rejab 1431 H
Oleh: Jarjani Usman

“Barangsiapa yang memberikan contoh jelek dalam Islam maka atasnya dosanya dan dosa orang yang mengerjakan sesudahnya tanpa dikurangi sedikit pun dari dosa-dosa mereka” (HR. Muslim).

Dalam upaya memperbaiki pola hidup untuk umatnya, Rasulullah s.a.w. bukan hanya menyuruh berbuat baik.


Beliau sendiri juga memperlihatkan bagaimana berbuat baik, mulai dari urusan keluarga, urusan dengan tetangga, sampai urusan kepemerintahan.

Rasulullah yang semasa hidupnya pernah menjadi pemimpin tertinggi umat itu, antara lain, senantiasa berbuat adil dan tak pernah berbuat jahat kepada rakyatnya.

Namun, sudah rahasia umum bahwa kini tidak sedikit pemimpin umat yang menunjukkan perilaku yang bersifat aniaya terhadap umatnya, mulai dari ketidak-adilan sampai permintaan “upeti” bagi setiap proyek yang berada dalam wilayah kontrolnya.

Akibatnya, proyek dimonopoli oleh orang-orang tertentu saja, terutama pihak yang dekat dengan kekuasaan atau pihak yang mau membayar upeti tinggi.

Kedua, kualitas proyek yang dijalankan menjadi (sangat) rendah akibat banyaknya upeti yang harus dibayar oleh para penyelenggaranya.

Disadari atau tidak, kejahatan seperti ini dicontoh oleh siapapun yang ingin mendapatkan setiap proyek. Sehingga terjadilah kejahatan yang sambung-menyambung antara berbagai pihak yang mengurusnya.

Diingini atau tidak, inilah bentuk pengajaran yang diberikan oleh sebahagian pemimpin sekarang kepada rakyatnya, yaitu pengajaran tentang bagaimana menyuap dan sejenisnya.

Sungguh sangat besar dosa yang harus ditanggung oleh siapapun yang berbuat demikian.

Bukan hanya dosa dari perbuatannya, tetapi juga dosa dari para orang-orang yang mencontohkannya.

Sebab, kata Rasul, siapapun yang memberikan contoh yang buruk, maka ia akan menuai juga dampak dari kejahatan yang dilakukan oleh pengikutnya.

Bukan hanya itu, dari hasil perbuatan seperti inilah sebahagian orang memberi makan dan membiayai pendidikan anak-anaknya.

Sehingga jangan heran bila lahir anak-anak yang angkuh dengan kekayaan dan pendidikannya.

Kesalahan

26 Rejab 1431 H
Oleh: Jarjani Usman

“Wahai anakku, lupakanlah semua kesalahan orang terhadap dirimu dan lupakanlah budi baikmu terhadap orang lain’ (Luqman).Sejuk rasanya di hati manakaka mendengar pesan singkat seperti di atas.

Itulah pesan dari seorang hamba Allah yang terkenal ketaatannya dan namanya ditabalkan sebagai salah satu surah dalam Al-Qur’an. Isinya bagaikan siraman air kedamaian yang menyejukkan sanubari setiap insan.

Kalau mengenai tanah akan menumbuhkan tanaman-tanaman yang menawarkan keteduhan dan menjadi pagar ketentraman bagi segenap makhluk di muka bumi ini.

Memang untuk mendapatkan isi yang indah seperti itu terkadang harus berjuang mengupas kulitnya yang mencengkeram kuat, sehingga enggan dilakukan oleh orang kebanyakan.

Melupakan kesalahan orang dan melupakan budi baik kita terhadap orang lain, misalnya, adalah perbuatan yang hanya mudah dilakukan oleh orang-orang yang mengharapkan keridhaan Allah yang tulus melaksanakannya.

Meskipun berat perjuangan untuk melaksanakan perbuatan ini, perlu diupayakan semaksimal mungkin.

Sebab, betapa besar penghargaan Allah bagi yang ikhlas melaksanakannya.Akan lebih besar lagi penghargaan Allah bila selanjutnya perbuatan ini bermuara pada terciptanya kedamaian antar sesama.

Hukum Lelaki Berinai

26 Rejab 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Diharamkan mewarnakan badan seperti tangan dengan inai dan seumpamanya bagi orang lelaki melainkan ada keperluan seperti perubatan dan sebagainya.

Imam Nawawi dr ulama mazhab syafie telah berkata:Adapun mewarnakan tangan dan kaki dgn inai adalah disunatkan bagi wanita yg berkahwin berdasarkan hadis2 yg masyhur; dan diharamkan kpd lelaki melainkan kerana keperluan perubatan dan seumpamnya.

Pengharaman ini telah disokong oleh ulama dr mazhab lain seperti disebut dlm kitab Fatawa Hindiah, Fatawa hindiah, Fathul Bari dan lain2.

Dalil pengharaman adalah seperti berikut:

1. Perbuatan ini adalah menyerupai perbuatan wanita yg diharamkan syara'. Nabi bersabda:
لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم المتشبهين من الرجال بالنساء ، والمتشبهات من النساء بالرجال.

Maksudnya: Rasulullah s.a.w melaknat lelaki yg menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki. (HR Bukhari)

2. Hadis berikut:
نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم أن يتزعف الرجل.

Maksudnya: Rasulullah s.a.w melarang lelaki untuk memakai wangian Za'faran. (HR Bukhari dan Muslim dan lain2).

Imam Nawawi berkata dalm kitabnya (Majmuk): Larangan ini adalah kerana warnanya bukan kerna bau wanginya. Bau wangi adalah disunatkan bagi lelaki. Hukum memakai inai bg lelaki adalah sama dengan memakai za'faran.

4. Hadis riwayat Ya'la:

أن رسول الله راى رجلا متخلقا فقال: اذهب فاغسله ثم اغسله ثم لا تعد.

Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w melihat seorang lelaki memakai sejenis wangian yg berwarna kekuningan dan kemerahan. Baginda bersabda: Pergilah basuh, pergilah basuh kemudian jangan buat semula. (HR Tirmizi dan Nasaie) sanad yg lemah.

5. Hadis dr Abi Hurairah:

أتى رسول الله صلى الله عليه وسلم بمخنث قد خضب يديه ورجليه بالحناء الله ، فقال رسول الله صلى الله: ما بال هذا؟ قالوا يتشبه بالنساء فأمر به فنفي إلى النقيع.

Maksudnya: Para sahabat Nabi telah membawa seorang lelaki yang meneyerupai wanita ; dimana dia telah menginai kaki dan tangannya. Rasulullah s.a.w bersabda: "Kenapa dengan lelaki ni?" Para sahabat menjawab: "Dia menyerupai wanita" Lalu Nabi memerintah supaya dihalau ke Naqie'.(HR Abu Daud). Sanad yg lemah.

Khasiat Ayat Al-Quran

26 Rejab 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Disini disebut beberapa khasiat Ayat2 al-Quran...

1. Khasiat Al-Quran:

عليكم بشفاءين: العسل والقرآن
Maksudnya: Hendaklah kamu menggunakan dua penyembuh dr penyakit:1. Madu dan 2. Al-Quran.(HR Ibnu Majah)

2. Khasiat Fatihah:

في فا تحة الكتاب شفاء من كل داء
Maksudnya: Pada surah Al-Fatiha terdapat penyembuh dr semua penyakit.(HR Baihaqi).

Didalam hadis sohih seorang sahabat membaca tujuh kali Surah Fatihah kpd seorang yg dipatuk ular; lalu sembuh penyakitnya.

3. Khasiat Surah Al-Baqarah:

إن البيت الذي تقرأ فيه البقرة لا يدخله شيطان
Maksudnya: Rumah yg di bacakan surah al-Baqrah tidak dimasuki oleh syaitan.(HR Muslim).

4. Khasiat Ayat kursi. Syaitan telah berkata kpd Abu Hurairah r.a:

إذا أويت فراشك فاقرأ آية الكرسي فإنك لن يزال عليك من الله حافظ ، ولا يقربك شيطان حتى تصبح ، فقال النبي صلى الله عليه وسلم:
(أما إنه صدقك وهو كذوب)
Maksudnya: Apabila kamu berada di tilam kamu (Nak tido) hendaklah kamu membaca Ayat Kursi. Maka sesungguhnya Allah akan sentiasa menjaga kamu dan syaitan tidak akan menghampirimu sehinggalah subuh. Lalu Nabi s.a.w berkata kpd Abu Hurairah r.a:
Syaitan bercakap benar kpdmu (tentang ayat kursi) walaupun dirinya sangat pembohong.(HR Bukhari)

5. Menghilangkan was2 dlm tauhid.

Nabi bersabda:
إذا وجدت في نفسك شيئا –يعني الوسوسة- فقل: (هو الأول والآخر والظاهر والباطن وهو بكل شيء عليم).
Maksudnya: Apabila kamu merasa was-was (tentang ketuhanan) maka hendaklah berkata: (Ayat 3 Surah Hadid).(HR Abu Daud).

6. Doa Nabi Yunus. Nabi bersabda:

دعوة ذي النون إذ دعا وهو في بطن الحوت: (لا إله أنت سبحانك إني كنت من الظالمين) ولم يدع بها رجل مسلم في شيء إلا استجيب له.
Maksudnya: Doa Nabi Yunus a.s ketika berada didalm perut ikan adalah(لا إله أنت سبحانك إني كنت من الظالمين) Setiap muslim berdoa dgn ayat ini akan diperkenankan doanya.(HR Tirmizi)

7. Menjauhkan gangguan Jin dan Syaitan

Ibnu Masud berkata:

Sesiapa yg membaca 4 ayat awal Surah Baqarah, Ayat Kursi, 2 ayat selepasnya dan 3 ayat akhir surah Baqarah; maka syaitan tidak akan mendekatinya dan keluarganya dan tidak ditimpa dengan perkara yg tidak diingini. Jika dibaca kpd org yg gila(yg dirasuk) pasti dia akan sedar.(HR Darimi dgn sanad yg sohih)

Imam Qurtubi berkata:

Harus menjampi dengan ayat2 Allah dan Nama2nya. Kalau ianya diambil dr Hadis maka hukumnya sunat.

Solat dan sebab

26 Rejab 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Jenis2 solat mengikut sebab ade empat:

1. Tidak ade sebab(bila sabab): Solat sunat ditunaikan hanya sekadar utk mendapat pahaladan tidak ade sebab-sebab utk solat tersebut seperti solat sunat mutlak dan solat tasbih.Hukumnya: Tidak boleh dilakukan dlm waktu yg ditegah.

2. Sebab yg terdahulu (sabab mutaqaddim): Solat yg sebabnya terdahulu seperti solat qada(yg sunat atau yg wajib) kerna sebab yg telah lepas. Nabi s.a.w telah menunaikan solat ba'diah zuhur selepas asar(muttafaq alaih). Begitu juga dengan solat wuduk dan solat sunat tahiyatul masjid kerana solatnya lebih dahulu dr solat.
Hukumnya: Boleh dilakukan diwaktu yg dilarang.

3. solat yg sebabnya mengiringi (sabab muqarin): sebabnya mengiringi solat seperti solat fardu yg ada(tunai), solat gerhana, solat jenazah, solat tawaf dan lain2.
Hukumnya; Boleh dilakukan di waktu yg dilarang.

4. solat yg sebabnya akan datang (sabab mutaakhir): sebabnya terlewat dr solat seperti solat ihram dan solat istikhoroh. Ini adalah kerana sebabnya (melakukan perbuatan haji dgn ihram dan memintta pilihan dr Allah) adalah bersifat akan datang. Namun imam Nawawi dlm kitabnya Majmuk telah menyokong pendapat Bagawi yg mengatakan solat ihram ini adalah solat yg sebabnya terdaulu kerna sebabnya adalah hendak memakai ihram.

Hukumnya: Haram melakukan solat ini diwaktu yg diharamkan.Peringtan: Dilarang kita sengaja solat yg sbab yg terdahulu dan mengiringi sekiranya kita sengaja menunda solat utk dilakukan dlm waktu yg ditegah. Begitu juga pergi masjid lepas asar semata2nak solt tahiyat juga dilarang.

kesedihan

26 Rejab 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Suatu hari ibrahim bin adham melihat seorang lelaki yg kelihatan bersedih dan di dalam kesusahan. Beliau pun berkata pd lelaki tersebut:

"HAi sedaraku aku bertanya pdmu 3 soalan maka hendaklah engkau jawab:Pertamanya: Adakah telah berlaku sesuatu di alam ini perkara yg tidak dikehendaki oleh Allah? Lelaki itu menjawab: "Tidak"

Pertanyaan keduanya: "Adakah telah berkurang rezki yg Allah telah tetapkan pdmu? Lelaki itu menjawab: "Tidak"

Pertanyaan ketiga: Adakah telah berkurang umur yg telah Allah tetapkan pdmu? Lelaki tu jawab: "Tidak" Maka Ibrahim berkata pd lelaki tersebut: Kalau begitu, sebab ape kamu perlu bersedih hai lelaki."

Pengajaran:
1. Semua perkara adalah sudah ditentukan oleh Allah. Jadi; kita tak perluterlampau bersedih bila ditimpa musibah dan tak terlampau gembira bila
mendapat sesuatu nikmat.

2. Nasihat menasihati adalah satu perkara yg amat baik.

3. Kesedihan kita adalah terhadap dosa2 kita yg telah lampau dan memikirkan bagaimana nasib kita diakhirat kelak.

Ustaz Ibrahim ditahan di KLIA

Saya baru menerima sms dari YDP Lenggong yang memaklumkan Ust. Ibrahim atau nama asalnya Muhammad Zulkifli bin Zakaria telah sampai di KLIA dan dia masih ditahan disana.

Sehingga ini saya masih tidak dapat mengesahkan siap[akah yang menahan dan status tahanan yang dimaksudkan dalam SMS yang asalnya dikirim oleh Ust. Ibrahim yang memaklumkan dia sudah sampai di KLIA dan dia ditahan.

Kelamrian saya melaporkan dia telah dibebaskan di Mesir dan sempat saya menerima makluman sms bahawa kapalterbang yang dinaikinya sempat transit di Kuwait.

Marilah kita mendoakan kesejahteraan dan ketabahan kepada Ust. Ibrahim dalam menghadapi ujian getir ini.

Debat: Ahmad enggan sahut cabaran Mazlan

26 Rejab 1431 H
Oleh: Wan Nordin Wan Yaacob

KUALA LUMPUR, 8 Julai: Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan 'enggan' berdebat dengan Pengerusi Pertubuhan Anak-anak Peneroka Felda (Anak), Mazlan Aliman meskipun jemputan itu telah diserahkan sendiri oleh Mazlan kepada beliau ketika sidang media bersama di Parlimen hari ini.

Sebaliknya ketika bertemu pada jam 11.00 pagi di Lobi Parlimen hari ini Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pula menyerahkan surat jemputan dialog kepada Mazlan, walaupun pada awalnya pertemuan hari ini berkisarkan jemputan debat oleh Pengerusi Anak itu.

Mengeluas keenganan Ahmad berdebat, Mazlan yang juga AJK PAS Pusat menegaskan Ketua Penerangan Umno itu sebenarnya takut untuk berdepan dengan rakyat.

Beliau menjelaskan, pemilihan debat dicadangkan ekoran beberapa siri dialog sebelum ini dilihat gagal menyelesaikan isu peneroka dan tidak mendatangkan hasil yang positif.

"Saya bukan nak cari publisiti kerana memilih debat, tetapi saya mahu rakyat sendiri tahu apa isu sebenar yang membabitkan Felda, isu penyelewengan, isu mengapa susutnya rizab tunai Felda, dan banyak lagi yang saya akan dedahkan.

"Saya mahu rakyat menjadi hakim. Kita mahu rakyat nilai mana yang betul mana yang salah. Dia (Ahmad Maslan) tak mahu debat tetapi memilih dialog. Ini tak selesaikan masalah, malah dialog ini dibuat biasanya tertutup, kemudian apa yang akan digambarkan dalam media akhirnya hanya suara sebelah pihak.

"Jalan terbaik adalah debat, dibuat secara langsung melalui stesen televisyen samada kerajaan mahupun swasta, kemudian khalayak Felda sebagai tetamu.Nak buat dimana sahaja saya tak kisah asalkan rakyat dapat tahu apa yang berlaku sebenarnya," kata Mazlan ketika ditemui selepas sidang media.

Sementara itu Mazlan juga yakin 'ada benda yang disembunyikan' yang menyebabkan Ahmad Maslan 'enggan' berdebat secara terbuka, sebaliknya hanya mahu berdialog.

"Kalau dia tak takut, marilah berdebat, kenapa tak mahu debat?" katanya lagi.

Mazlan sebelum ini banyak mendedahkan isu membabitkan pentadbiran dan pengurusan Felda.

Beliau yang juga generasi kedua Felda memiliki pengalaman berhubung isu-isu Felda dan bersedia mendedahkan banyak lagi isu membabitkan agensi itu dalam masa terdekat.

Harakahdaily/-

Tembak rambang: BN perlu bertanggungjawab

26 Rejab 1431 H
Oleh: Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 8 Julai: Sebanyak 26 parti politik dan pertubuhan masyarakat negeri Johor hari ini menyeru Kerajaan Barisan Nasional (BN) bertanggungjawab ke atas tindakan pihak polis melepaskan tembakan sesuka hati sehingga menyebabkan kehilangan beberapa nyawa rakyat negara ini.

Seruan itu dibuat dalam satu petisyen yang diserahkan oleh koordinator Suara Rakyat Malaysia (Suaram) kepada Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang di lobi parlimen untuk diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ianya berikutan dua kes tembakan rambang secara berasingan yang berlaku di Johor masing-masing melibatkan kematian dua pemuda India dan seorang pemuda Melayu berusia 18 tahun.

Kit Siang selepas menerima petisyen itu, mempersoal keengganan kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) meminta maaf secara rasmi kepada keluarga mangsa, termasuk kes yang terbaru melibatkan remaja berusia 14 tahun, Aminulrashid Omar di Shah Alam.

"Saya nak tanya, kenapa kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri tidak meminta maaf secara rasmi terhadap keluarga mangsa akibat tembakan polis sewenang-wenangnya ini," katanya.

Beliau juga menyokong penuh tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti politik membuat tuntutan terhadap kerajaan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.

"Kes tembakan seperti ini berlarutan dan harus dihentikan dan kita menyokong tuntutan yang dibuat NGO dan parti politik," katanya lagi.

Pada 20 Oktober 2008, tiga pemuda berketuruanan India berusia lingkungan 30 tahun, Agustin A/L Mahamenathan, M. Jagathesan dan Siva diserang oleh polis dengan tembakan di Taman Johor.

Agustin dan Jagathesan terbunuh di tempat kejadian manakala Siva berjaya melarikan diri.Pada 20 Oktober 2009, seorang remaja Melayu, Mohd Afham Arin, 18 tahun pula ditembak mati.

Allahyarham Mohd Afham menunggang motosikal bersama Mohd Firdaus Marsawai yang juga berusia 18 tahun dikejar dan ditembak mati oleh tiga polis yang berpakaian biasa semasa dalam perjalanan dari Taman Johor Jaya ke Pasir Gudang.

Mohd Afham mati kerana kecederaan yang berpunca daripada tembakan pistol di arteri jantung.

Pihak polis mendakwa dalam sidang media keesokan harinya, bahawa tiga peronda bermotosikal cuba menahan motosikal yang dinaiki oleh Mohd Afham dan Mohd Firdaus kerana mereka disyaki terlibat dalam kes ragut yang berlaku di Taman Johor Jaya.

Pihak polis melepaskan tembakan atas alasan mempertahankan diri kerana pembonceng motosikal iaitu Mohd Firdaus melibas pedang terhadap anggota polis.

Sementara itu, ibu Allahyarham Mohd Afham, Sapiah Md Elah yang tidak dapat menahan kesedihan atas kematian anaknya mendesak siasatan dilakukan dengan seadil-adilnya bagi membersihkan nama anaknya yang tercemar kerana disyaki terlibat dengan jenayah.

"Saya nak minta keadilan bagi anak saya, saya nak nama anak saya dibersihkan, saya minta kes ini diadili berdasarkan undang-undang yang betul," katanya sambil mengesat air mata.

Manakala, abang Mohd Afham, Mohd Afli Arin, juga menuntut perkara yang sama, iaitu keadilan bagi pihak adiknya.

"Saya yang menjaga dia selama dia hidup, semasa dia kleuar pun dia minta izin saya. Kita percaya kepada undang-undang tapi undang-undang tidak bersikap adil.

"Dia baru berusia 18 tahun, kalau dia hidup dan berkhidmat kepada kerajaan, sudah pasti dapat memberi kebaikan kepada negara. Tapi polis bertindak sewenang-wenangnya. Saya nak tanya polis laksanakan undang-undang ke tidak?" katanya.

Turut bersama pada sidang media itu, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan koordinator Suaram Pusat, S. Arutchelvan.

Harakahdaily/-

Petronas hilang kekuatan, cari gali merosot

26 Rejab 1431 H
Oleh: Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 8 Julai: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kekuatan Petronas sudah hilang ekoran keupayaannya melabur untuk cari gali minyak yang baru semakin merosot.

Sehubungan itu, beliau mempertikai keengganan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia meluluskan usul mengenai perolehan Petronas atas alasan ianya tidak perlu disegerakan.

Bercakap pada sidang media di lobi Parlimen hari ini, Anwar menyatakan kebimbangan dengan laporan kewangan Petronas yang menunjukkan kegawatan dan tidak mampu lagi bersaing dengan syarikat pengeluar minyak dunia.

Beliau tidak setuju usul itu tidak perlu disegerakan kerana laporan itu membimbangkan.

Ini, katanya kerana prestasi kewangan dan operasi Petronas memperlihatkan penurunan perolehan 18.1 peratus kepada RM216.4 bilion.

“Keuntungan pun merosot sebanyak 23.2 peratus kepada RM40.3 bilion. Keuntungan RM40.3 bilion, tetapi jumlah yang patut diberi kepada kerajaan adalah 70.9 peratus. Maknanya RM30 bilion sebagai dividen.

"Saya bangkitkan ini kerana saya melihat ia bertujuan untuk menampung defisit. Defisit tanpa sumbangan Petronas mencecah lebih 11 peratus, tanpa sumber minyak. Ia memberikan satu ruang sikap yang tidak bertanggungjawab dari sudut pengurusan ekonomi negara," katanya.

Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh turut menegaskan, kekuatan Petronas sudah hilang ekoran keupayaannya melabur untuk cari gali minyak yang baru semakin merosot.

"Kedua, di negara lain atau syarikat antarabangsa lain, termasuk Shell, BP dan Exxon Mobil semuanya membelanjakan 50 hingga 80 peratus untuk pelaburan carigali baru sedangkan Petronas dengan keadaan kegawatan yang berlaku sekarang hanya mampu membelanjakan 20 hingga 30 peratus sahaja.

"Penekanan utama saya ialah hilangnya kekuatan Petronas apabila keupayaan Petronas melabur untuk carigali minyak gali baru terbantut. Petronas berbanding syarikat minyak besar menjadi terlalu kecil," katanya.

Ujarnya juga, dasar Petronas itu berubah kerana terdapatnya campur tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak secara langsung dalam pengurusan Petronas.

Menurutnya, dasar itu berubah dengan pengurusan baru yang sepenuhnya dikawal oleh Najib.

“Tahap kewibawaan Petronas dipertikai. Apa yang menjadi kebimbangan kita selain soal menangani defisit ini ialah keupayaan Petronas untuk jangka masa sederhana dan jangka masa panjang akan terjejas.

"Saya sediakan analisa menyeluruh berdasarkan kewangan dan prestasi Petronas yang diperjelaskan dengan angka. Kebergantungan untuk menangani masalah defisit, dengan hasil minyak 2009 telah mencecah 7.4 peratus defisit, telah masuk paras bahaya. Tanpa hasil minyak defisit ialah 11.7 peratus pada 2008, dan 15.1 peratus untuk 2009.

"Kemudian bayaran Petronas kepada kerajaan kita lihat memang berdasarkan keuntungan Petronas pada 2008 ialah RM67.6 bilion, 2009 (RM74 bilion) dan 2010 (RM57.6 bilion).

"Tetapi yang kita bangkitkan ini juga ialah peratus sumbangan Petronas kepada pendapatan negara. Kita tengok pendapatan bayaran kepada kerajaan maknanya ketergantungan kepada Petronas itu sangat tinggi," katanya.

Harakahdaily/-

Umno sesat sebab lawan perjuangan Islam

26 Rejab 1431 H
Oleh: Rizal Tahir

KOTA BHARU, 8 Julai: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tuduhan pihak yang mendakwa PAS sebuah parti ajaran sesat bukan sahaja satu tuduhan yang berat, sebaliknya amat tidak berasas.

Katanya, tidak ada sebab PAS yang menjadikan al-Quran dan Hadis sebagai dasar dalam perjuangannya, ditentang sekiranya Umno sendiri bukan sebuah parti yang sesat.

Beliau sebaliknya mendakwa Umno yang sebenarnya parti sesat kerana menolak perjuangan Islam.

“Umno sebenarnya parti sesat, sebab itu mereka melawan perjuangan PAS biarpun perjuangan PAS berlandaskan al-Quran dan hadis,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengulas kenyataan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang mendakwa PAS sebuah parti ajaran sesat.

Tuan Guru berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Armalah di Putik, Pengkalan Chepa hari ini.

Beliau juga turut menyifatkan kenyataan Shafie Apdal itu sebagai mengarut serta tidak berasas.

Menurutnya, sesat atau sebaliknya perjuangan bukan boleh diukur dengan kefahaman sains, sebaliknya agama.

Jelasnya lagi, orang Islam sendiri setiap kali menunaikan solat sering menyebut tidak ingin sesat di mana Allah sendiri telah memberi nikmat kepada mereka berada di jalan yang benar.

“Hanya empat golongan mereka yang diberi nikmat oleh Allah, antaranya meneruskan perjuangan yang ditinggalkan oleh Rasulullah dan para nabi iaitu memperjuangkan Islam.

“PAS sendiri khususnya di Kelantan meneruskan dasar perjuangan Islam berkenaan yang menjadi agenda perjuangan parti sendiri menurut al-Quran, hadis, ijmak ulamak malah ianya menjadi dasar bertulis perjuangan,” ujarnya.

Tambahnya, dengan jawatannya sebagai Menteri Besar Kelantan turut dilaksanakan mengikut landasan Islam termasuk menghapuskan premis judi, menyediakan rumah tiga bilik mengikut ajaran Rasulullah dan berbagai lagi.

“Kita juga buat sekolah Arab aliran sains, nak sesat apa lagi, yang tolak Islam itulah yang sesat.

Jelasnya lagi, menolak Islam ini akan menjadi manusia sesat di akhirat nanti, iaitu tidak akan sampai ke syurga.

Tambahnya, manusia tidak akan menemui jalan ke syurga jika tidak menurut ajaran Islam.

Katanya lagi, tidak ada ahli sains, psikologi atau golongan pemikir dapat membawa manusia ke syurga melainkan Rasulullah dengan ajaran Islam.

Harakahdaily/-

Judi sukan: 3 jawapan kementerian berbeza

26 Rejab 1431 H

KUALA LUMPUR, 8 Julai: Jawapan tidak konsisten Kementerian Kewangan berhubung kelulusan lesen 'sport betting' terhadap soalan yang dikemukakan di Dewan Rakyat dilihat satu lagi sikap "flip flop" menteri.

Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) berkata, tindakan kementerian sehingga mengeluarkan tiga jawapan berbeza-beza terhadap soalan yang ditanya memperlihatkan kelemahan kementerian dalam menentukan jawapan mutlak.

"Ini menunjukkan kelemahan menteri sendiri dan kelemahan pengurusan kementerian sehigga mungkin pegawai-pegawainya sendiri keliru," katanya pada sidang media di parlimen hari ini.

Beliau mengulas pindaan jawapan bertulis oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai terhadap jawapan yang dikeluarkan kementerian itu semalam.Turut sama pada sidang media tersebut Ahli Parlimen Jelutung, Jeff Ooi Chuan Aun.

Dalam jawapan semalam, menteri memberitahu kerajaan belum lagi mengeluarkan lesen pertaruhan bola sepak namun menawarkan pengeluaran semula lesen 'bookie', bukan untuk Piala Dunia 2010 kepada Ascot Sports.

Namun pada jawapan pindaan hari ini, kementerian kewangan memaklumkan kerajaan secara muktamad tidak akan mengeluarkan lesen 'sport betting' kepada Ascot Sports.

Kepada soalan Jeff Ooi pula, kementerian memberi jawapan bahawa kerajaan menawarkan semula lesen pertaruhan bookie kepada Ascot Sports bagi mengawal aktiviti pertaruhan dengan lebih teratur.

Ascot Sports akan beroperasi di 220 outlet Sports Toto di Semenanjung Malaysia.Sehingga hari ini, tiga jawapan telah dikeluarkan pihak kementerian.

Pertama, pada pagi semalam diekori pindaan pada sebelah petangnya dan pindaan terbaru jawapan dikeluarkan pagi ini.

Pengurusan Harakah sedang kendali isu permit

26 Rejab 1431 H

KUALA LUMPUR, 8 Julai: Pihak pengurusan Harakah sedang mengendalikan isu permit akhbar itu yang tamat 7 Julai semalam dan belum diperbaharui oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) hingga kini.

"Isu ini sedang dikendalikan oleh pengurusan Harakah," kata Pengerusi Jamaah Pengurus Harakah, Datuk Mustafa Ali dalam kenyataan ringkasnya.

Mustafa yang juga Setiausaha Agung PAS berkata demikian ketika mengulas laporan media hari ini.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Mahmud Adam dalam kenyataannya hari ini berkata KDN telah memberi surat tunjuk sebab kepada Harakah.Harakah pula diberikan masa tujuh hari untuk menjawab surat itu.

Pemangku Ketua Pengarang Harakah, Taufek Yahya berkta, pihaknya baru menerima surat itu hari ini.

Pada 5 Julai lepas, Taufek telah dipanggil mengadap lapan pegawai KDN di Putrajaya yang diketuai Timbalan KSU kementerian itu.

Harakahdaily/-

Harakah sudah ada ePaper

26 Rejab 1431 H

KUALA LUMPUR, 8 Julai: Satu pembaharuan yang baik kepada akhbar Harakah apabila edisi ePaper telah berwajah baru dan lebih cepat.Apa yang menarik Harakah edisi Jumaat telah boleh dibaca seawal hari Khamis.

Menurut Pengurus Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan Harakah, Mohd Suhaimi Embong, bagi para pembaca di Sabah terutamanya yang menghadapi masalah edaran Harakah yang tidak menentu bolehlah melayari terus ke epaper.harakah.net.my.

Katanya, melalui teknologi e-paper itu, idea mewujudkannya timbul selepas terdapat permintaan tinggi daripada pembaca di luar negara.

Menurutnya, antara kelebihannya ialah dapat membaca sebagaimana membaca Harakah bercetak, dapat menyelak helaian mukasuratnya seperti Harakah bercetak dengan menggunakan tetikus, tiada masalah kerana helaian mukasurat boleh zoom sehingga paparan menjadi besar dan amat jelas.

Tambahnya, ePaper berbeza dengan Harakahdaily kerana Harakahdaily hanya memaparkan kandungan berita sahaja sedangkan ianya memaparkan kesemua bahan yang ada seperti yang terdapat dalam Harakah cetak termasuklah iklan-iklan, artikel dan sebagainya.

Harakahdaily/-

YB Nga Kor Ming : Tidak ada orang kena dakwa walaupun Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin menelan RM292 juta runtuh dalam tempoh 10 bulan

26 Rejab 1431 H
Oleh: YB Nga Kor Ming

Tidak ada orang kena dakwa walaupun Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu bernilai RM292 juta runtuh dalam tempoh 10 bulan.

Ahli Parlimen Kawasan Taiping, Nga Kor Ming hari ini mendedahkan walaupun Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu yang menelan belanja RM292 juta runtuh dalam tempoh 10 bulan setelah pembukaan rasmi, tidak ada sesiapapun didakwa atas kejadian yang menjejaskan imej Negara.

Nga Kor Ming berkata di parlimen hari ini, mengikut jawapan dari Menteri Kerja Raya, Dato Seri Shaziman, kontraktor utama projek berkenaan, iaitu Konsortium Bina Struktur-Emarcon-Genggam Mercu JV telah diarahkan oleh kerajaan Negeri Terengganu untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan sisa keruntuhan bumbung di Stadium itu kerana projek itu masih dalam tempoh warranti semasa kejadian runtuhan berlaku.

Walaubagaimanapun, kontraktor konsortium itu enggan melaksanakan kerja-kerja pembersihan sisa-sisa runtuhan dan pembaikan walaupun beberapa surat peringatan telah dikeluarkan kepada pihak Kontraktor. Oleh itu, kerajaan terpaksa menawarkan tender baru pada 22 Mac 2010 untuk membersihkan sisa runtuhan Stadium yang menganjurkan SUKMA 2009 tersebut.

Tender tersebut telah ditutup pada 19 April 2010.
Menurut Menteri berkenaan, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) telah menggantung lesen pendaftaran kontraktor utama projek tersebut dan mengenakan tindakan senarai hitam kepada Ahli Ahli Lembaga Pengarah dan pengarah sahamnya dari mengambil bahagian dalam mana-mana tender kerajaan mulai 4 September 2009.

Nga Kor Ming berkata, berbanding dengan Singapura, tindakan kerajaan jelas gagal mencegah kejadian sedemikian dari berlaku pada masa depan kerana pihak yang mengakibatkan keruntuhan stadium dan kerugian harta kerajaan tidak perlu menghadapi tindakan Mahkamah.

Beliau berkata, kerajaan tidak pernah mengambil iktihbar dari siri kejadian projek-projek kerajaan yang menjejaskan imej Negara.“ Di depan mata kita, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang bumbungnya bocor, bangunan

parlimen yang menghadapi kebocoran sama, Hospital Pandan, Johor Bharu yang dijangkiti fungi, Masjid Besut Terengganu yang runtuh, Bangunan Perbadanan Taman Negeri Perak yang runtuh hancur berkecai, Jejantas Kepong yang retak dan begitu banyak contoh kesemuanya mencerminkan tanda-tanda kejatuhan kerajaan Barisan Nasional”. Nga menegaskan.

Nga Kor Ming menyeru supaya semua projek pembinaan awam dipilih menerusi sistem tender terbuka yang telus demi membela kepentingan awam dan mengelakkan kos pembinaan projek-projek awam melambung tinggi sehingga menyebabkan Negara rugi RM28 billion saban tahun dan mengelakkan Negara terus dilanda ledakan hutang Negara yang menggunung sehingga RM378.3 billion setakat 31/3/2010.

Orang gomen malas senyum kena paksa begini.

26 Rejab 1431 H
Oleh: mohdnor kamarudin hj.abu bakar