19 Jun 2011

Rakyat disuruh berjimat, pemimpin berbelanja mewah.

17 Rejab 1432H. [MOD] -
Oleh : Hafizi Pauzi

PARIT BUNTAR, 19 Jun : Adun Titi Serong,  yb drs khalil idham lim berkata RM81,000 ribu untuk biaya kos kcatering untuk majlis pertungan anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang diadakan di Seri Perdana, Putrajaya sebagai satu pembaziran.

“Sebagai pemimpin tertinggi Negara, sepatutnya memberikan tauladan yang terbaik kepada rakyat bagi menunjukkan cara berbelanja berhemah,” katanya ketika ditemui di sini.

Dalam pada itu, menurutnya, baru saja rakyat diukejutkan. Dengankos facebook Cuti-Cuti 1Malaysia yang mencecah RM1.8 juta kerana ia tidak masuk akal, sekarang PM pula yang buat kejutan.

“Perkara yang sepatutnya tanpa sebarang bayaran wang kerajaan namun semudahnya digunakan secara tidak bertanggungjawab” jelasnya.

“Bagaimana pula UMNO BN berbelanja semata untuk rakyat,60% orang Melayu khususnya seharusnya patut terfikir akan realiti kerajaan UMNO BN yang tidak serius membela rakyat Malaysia yang berbangsa Melayu.

“Rakyat dalam kemiskinan dan kadang-kadang disuruh pula berjimat dalam berbelanja namun pemimpin negara melakukan sebaliknya,” jelasnya.

Beliau yang juga Pengerusi Idham Care berkata isu-isu seperti kos sara hidup rakyat yang makin meningkat dan masalah sosial remaja dan golongan muda di Malaysia sepatutnya menjadi agenda utama kerajaan tidak ambil peduli.

“UMNO BN hanya menumpukan penaiktarafan untuk urusan kerajaan untuk menjadikan Negara terkenal dimata dunia tetapi kebajikan rakyat diabaikan,” ujarnya.

“Isu pokok seperti Negara kehilangan daya saing dan keruntuhan moral remaja dan golongan muda diabaikan dan yang terkini akibatnya amat membimbangkan,” katanya.

soalnya, Apakah benar UMNO BN komited mahu membela rakyat? Jawapannya mudah kerana amat jelas terpampang apabila Perdana Menteri mengadakan program Himpunan Sejuta Belia Di Putra Jaya baru-baru ini tanpa halatuju yang jelas.

“Adakah para belia disajikan dengan acara dan pengisian yang bermanfaat untuk percambahan fikiran bagi menyediakan generasi yang berpandangan jauh? Adalah belia muslim khusnya yang hadir kesana diingatkan supaya jangan tinggal solat? Adakah remaja muslim khususnya dingatkan supaya sentiasa menutup aurat apabila keluar rumah?,” soalnya.

“Persoalan-persoalan sebegini pasti tidak akan dilayan oleh UMNO BN jika diajukan kepada mereka.

“Kerajaan UMNO BN telah memerintah Malaysia terlalu lama, sehingga hilang imbangan bagi memberi dan memfokuskan kepada tujuan utama pentadbiran ke arah kebajikan kepada rakyat, yang menjadi mangsa adalah rakyat, pemimpin senang lenang dengan wang yang juga harta rakyat,” ujarnya.

Menurutnya lagi UMNO BN hilang fokus untuk jaga hak rakyat sehingga telah menjadikan rakyat Malaysia sebagai pelanggan mereka, bukannya sebagai rakyat mereka, “ini perbuatan orang tidak siuman,” katanya.

“UMNO BN semakin tidak siuman apabila terus mempersoal dan memperlekeh Negara berkebajikan di media pro BN yang diperjuang PAS dalam muktamar baru-baru ini,” katanya lagi.

“Angka-angka besar seperti RM1.8 juta dan RM81,000 besar bagi rakyat tetapi kecil dan halus bagi pemimpin UMNO BARISAN NASIONAL, justeru rakyat perlu berbuat sesuatu untuk jadikan PRU13 ini sebagai peristiwa besar untuk jatuhan umno bn, katanya.

Siapa biaya kos pertunangan anak Najib?

17 Rejab 1432H. [MOD] -

Pemimpin PKR Dr Tan Kee Kwong hari ini menimbulkan soalan siapa yang membiayai bil bagi majlis pertunangan anak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang diadakan di Seri Perdana, Putrajaya malam semalam.

parliament crime prevention dialogue 080906 tan kee kwongMajlis tertutup itu dikhaskan kepada kira-kira 800 tetamu istimewa dan terpilih yang terdiri daripada golongan dan kerabat diraja termasuk dari negara asing, ahli politik, tokoh perniagaan dan kenalan rapat yang lain.

Hanya media rasmi sahaja yang dibenarkan membuat liputan.

Majlis itu diadakan sempena pertunangan anaknya Nooryana Najwa kepada Daniyar Nazarbayev, yang mempunyai pertalian dengan presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev.

“Saya difahamkan nota pembelian daripada sebuah hotel terkemuka itu dikeluarkan atas nama Jabatan PM. Ini menimbulkan soalan, siapa sebenarnya membayar bil katering yang berjumlah RM81,000,” soal Dr Tan.

Nooryana Najwa Najib and Daniyar NazarbayevBeliau yang merupakan bekas ahli parlimen Gerakan dan juga timbalan menteri berkata soalannya itu penting, khususnya ketika rakyat sekarang diminta 'mengetatkan tali pinggang mereka ketika menghadapi kenaikan kos kehidupan'.

“Pengurangan subsidi minyak dan barangan keperluan, memeritkan rakyat. Justeru, soalan siapa yang menanggung perbelanjaan itu perlu dijawap, lebih-lebih lagi nota pembelian dibuat atas nama Jabatan PM,” katanya.

Awal bulan ini, lawatan Najib serta keluarganya ke Kazakhstan menjadi isu hangat apabila ahli parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad membidas perdana menteri kerana didakwa bersalah dari segi moral kerana menggunakan dana awam bagi merisik perkahwinan anak perempuannya.

"Tindakan Najib ini tidak ada kelas langsung iaitu menggunakan wang kerajaan dan rakyat untuk urusan peribadi,” kata pemimpin PAS itu.

NONESebaliknya, Wisma Putra menafikan laporan itu dan menegaskan bahawa lawatan itu adalah untuk memenuhi penerimaan perdana menteri terhadap undangan yang telah lama dibuat oleh Presiden Nursultan Nazarbayev untuk melawat negara itu.

Lawatan itu, juga dikatakan kebetulan diadakan serentak dengan penganjuran Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) ke-7 di Astana dari 7 hingga 9 Jun lalu.

malaysiakini/-

LL4G: Najib arah batal pidato Mohamad Sabu?

17 Rejab 1432H. [MOD] -
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 18 Jun: Pihak penganjur Majlis Pelancaran Pasukan Lifeline4Gaza (LL4G) Malaysia yang dijadual dilancarkan jam 9 malam tadi oleh Perdana Menteri, membatalkan slot pidato yang sepatutnya menampilkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Selain Mohamad yang dijemput mewakili Pakatan Rakyat, pidato menyentuh isu Palestin yang diadakan di Stadium Badminton Cheras itu juga sepatutnya disampaikan oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin sebagai mewakili BN.

(Poster asal: kanan)

Tindakan itu difahamkan dibuat ekoran mereka mendapat tekanan dari Pejabat Perdana Menteri.

"Pihak JPM maklumkan kepada kita, Datuk Seri Najib tak nak Mohamad Sabu menyampaikan pidato.

"Kalau penganjur nak teruskan juga dengan Mohamad Sabu, PM pula tak mahu datang rasmi," kata salah seorang petugas ketika ditemui.

Malah, nama Mohamad dan Khairy di backdrop yang diletakkan di pentas juga turut ditutup.

(Gambar: Nama Mohamad Sabu ditutup pada backdrop di pentas utama.)

Khairy bagaimanapun dilihat hadir pada program malam tadi.

Sehingga kini belum ada sebarang pengumuman dibuat penganjur kepada hadirin yang hadir berhubung pembatalan itu.

Bagaimanapun, tindakan penganjur menutup nama Mohamad dan Khairy pada backdrop di pentas, menimbulkan tanda tanya di kalangan mereka.

Ramai dikalangan mereka yang datang malam ini dipercayai mahu melihat Mohamad yang sebelum ini banyak menghentam Umno, duduk sepentas dengan Najib.

Bagaimanapun, sebahagiaannya dilihat mula pulang awal apabila mendapat tahu berhubung pembatalan itu.

Rasa dipermainkan

Mohamad ketika dihubungi Harakahdaily turut mengesahkan pembatalan itu.

Menurutnya, beliau hanya dimaklumkan berhubung perkara itu pagi kelmarin.

"Semalam penganjur kata saya dijemput berucap tentang isu Palestin selama 10 minit.

"Tiba-tiba hari ini kata tak boleh pula, sedangkan dalam media semua dah sebut saya akan berpidato.

"Saya rasa dipermainkan," katanya kecewa dan memaklumkan tidak akan hadir program malam ini.

Bagaimanapun, penjelasan lanjut berhubung perkara itu akan dibuat pada sidang media khas jam 10 pagi ini di restoran Haslam, Jalan Pahang.

Jawatankuasa PAS Melaka 2011-2013 dipersetujui

17 Rejab 1432H. [MOD] -

MELAKA, 18 Jun: Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari (gambar) berkata perlantikan semua jawatan dalam PAS negeri sesi 2011-2013 dipersetujui oleh semua ahli mesyuarat PAS negeri pada mesyuarat pertama petang tadi.

Adly dilantik pesuruhjaya yang baru selepas mesyuarat pertama AJK PAS Pusat pada 12 Jun lalu yang diumumkan oleh Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Bekas Ketua Dewan Pemuda, Ustaz Kamaruddin Sidek dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1 manakala Yang Dipertua PAS Kawasan Tangga Batu, Ustaz Mohd Nor Omar diamanahkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya 2. Kamaruddin merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin.

Bekas Ketua Penerangan negeri sesi lalu yang juga Yang Dipertua PAS Bukit Katil, Sofi Wahab dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS 3.

Asri Shaikh Abdul Aziz pula dilantik sebagai setiausaha yang baru menggantikan Harun Mohamed yang sekarang menyandang jawatan sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Melaka.

Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin, Azrin Abdul Majid dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS negeri yang baru. Manakala Husni Balis Ali dikekalkan sebagai bendahari.

Tiga penolong setiausaha telah dilantik iaitu Abdullah Jamil, Hedzir Abdul Rahman dan Abdul Halim Said.

Bahiki Ismail dipilih sebagai Pengarah Pilihanraya PAS negeri menggantikan Mejar (B) Jasme Tompang.

Beberapa orang ahli jawatankuasa tambahan yang dipilih ialah Mohd Ali Sharif, Ashraf Mukhlis Minghat, Rafaie Ahmad, Ustaz Imran Abdul Rahman, Kapten (B) Mohd Jaafar, Mohd Fauzi Maelah, Dr Khatijah Jumangat, Ustaz Julasapiyah Kassim, Ustaz Kamis Saat,Ustaz Mohd Khairi Abdul Aziz.

Sementata itu Rajah Shanmugan telah diamanahkan sebagai Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Negeri Melaka.

Sebelum ini Ketua Dewan, Ulamak, Pemuda dan Muslimat neger telah dipilih pada muktamar masing-masing iaitu Ustaz Zulkifli Ismail, Yuhaizad Abdullah dan Kintan Man.

PAS Terengganu bentuk pasukan baru

17 Rejab 1432H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU, 18 Jun:PAS Terengganu membentuk pasukan serba baru selepas pesuruhjaya yang baru, Mohamad Abdul Wahid Endut (gambar) (dilantik untuk negeri itu.

Timbalan pesuruhjaya (TPj) III sesi lepas, Ustaz Saiful Bahari Mamat dilantik TPj I sementara dua lagi adalah bekas bendahari, Muhyiddin Abdul Rashid (TPj II) dan timbalan ketua penerangan yang juga Adun Bukit Tunggal, Dr Alias Razak (TPj III).

M Shukrimun Shamsudin pula dilantik bendahari.

Selain Saiful, TPj I dan II sesi lalu ialah Datuk Abu Bakar Chik dan Mohd Abdul Wahid Endut.

Kedua-duanya dipilih sebagai AJK PAS Pusat pada Muktamar Tahunan PAS ke-57 awal bulan ini.

Abdul Wahid dilantik Pesuruhjaya PAS negeri yang baru bagi menggantikan Datuk Harun Taib sebagaimana yang diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada 12 Jun lepas.

PAS negeri sesi ini mengekalkan setiausaha, ketua penerangan dan pengarah pilihan raya iaitu Yahaya Ali, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh dan Ariffin Deraman.

Hanafiah Mat, Kamaruddin Yunus dan Zakaria Dagang pula dilantik penolong setiausaha.

Di samping mereka, ahli perhubungan yang dilantik adalah Datuk Abu Bakar Chik, Abdul Haris Abdul Malik, Zarani Othman, Dr Khazani Abdullah, Dr Azman Mohamad, Ustaz Harun Jusoh dan

Ini bermakna, hanya seorang sahaja bekas lima Adun PAS 1982 yaang masih kekal dalam pasukan ini iaitu Abu Bakar Chik.

"Ini adalah pasukan yang dipilih sendiri oleh pesuruhjaya baru," kata Yahaya Ali yang menjadi setiausaha perhubungan di bawah Datuk Mustafa Ali dan Datuk Harun Taib, pesuruhjaya PAS Terengganu sebelum ini.

Ketua dewan ulamak PAS Terengganu adalah Datuk Husein Awang, ketua pemuda Ustaz Mohd Nor Hamzah manakala ketua muslimat adalah Safinah Jusoh.