6 Safar 1433H. [MOD] -
اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ :
فَسَيَقُولُونَ مَن يُعِيدُنَا ۖ قُلِ ٱلَّذِى فَطَرَكُمْ
أَوَّلَ مَرَّةٍ ۚ
فَسَيُنْغِضُونَ إِلَيْكَ رُءُوسَهُمْ وَيَقُولُونَ مَتَىٰ هُوَ ۖ قُلْ عَسَىٰٓ أَن
يَكُونَ قَرِيبًا ﴿٥١﴾
Mereka pula akan bertanya: "Siapakah yang akan mengembalikan
kita hidup semula?" Katakanlah: "Ialah Allah yang menjadikan kamu
pada mulanya!" Maka mereka akan menganggukkan kepala mereka kepadamu
sambil bertanya secara mengejek: Bila berlakunya?" Katakanlah:
"Dipercayai akan berlaku tidak lama lagi
اَشْهَدُ اَنْ
لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا
عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا
مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.
عِبَادَ الله
اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ
الْمُتَّقُوْنَ.
Sidang Jumaat
sekalian,
Akhir-akhir ini masyarakat dunia heboh memperkatakan
tentang tarikh berlakunya hari kiamat. Di ruang internet, malahan televisyen,
sibuk memperkatakan bahawa kiamat akan berlaku pada hari ini iaitu Jumaat bertarikh
21.12.2012. Maka khutbah pada hari ini akan mengulas berkaitan dengan hal ini.
Sidang Jumaat
sekalian,
Tarikh
21.12.2012 disebut-sebut, akan menjadi tarikh yang menakutkan kerana pada
tarikh inilah, kiamat akan berlaku. Tarikh ini pada asalnya disandarkan pada
satu kalendar masyarakat Mayan yang hidup satu ketika dulu di selatan Mexico.
Mereka dikatakan menguasai ilmu falak sehingga telah meninggalkan banyak hasil
peradaban mereka terutamanya sistem kalendar yang digunakan.
Menurut mereka
yang mendakwa telah mengkaji kalendar Mayan ini, kalendar ini ia akan tamat
pada tahun 2012. Tarikh 21.12.2012 pula ditetapkan sebagai permulaan berlakunya
satu perubahan besar pada alam ini dan ianya ditafsirkan sebagai kemusnahan
alam ini atau berlakunya kiamat.
Cerita ini
kemudian ditokok tambah dengan kononnya NASA iaitu sebuah agensi angkasa di
Amerika Syarikat telah menyatakan bahawa kemunculan sebuah planet bernama NiBiru
yang akan menghentam bumi pada hari ini. Saiz planet ini teramat besar sehingga
mencapai 20 kali ganda lebih besar dari planet Musytari. Pada mulanya
planet ini dijangkakan akan menghentam bumi pada Mei 2003, tetapi setelah tiada
apa pun yang berlaku maka timbul pula tarikh jangkaan seterusnya iaitu 21 Disember 2012.
Begitu
juga dengan sebuah lagi berita yang dikaitkan juga dengan NASA, bahawa bumi ini
akan bergelap selama 3 hari, bermula 23, 24 dan 25 Disember 2012. Ini
disebabkan berlakunya “Penjajaran Alam Semesta“, di mana matahari dan
bumi akan berada pada satu garis lurus untuk pertama kalinya. Bumi akan berubah
kedudukannya berbanding sekarang. Seluruh alam akan menghadapi perubahan besar,
dan kita akan melihat dunia yang baru. Dunia gelap tanpa sinar, tanpa cahaya
matahari.
Sidang Jumaat Yang
Dimuliakan,
Sebagai
seorang mukmin, kita telah diajarkan untuk menapis dan mempertimbangkan segala
maklumat yang diperolehi agar kesahihannya dapat disabitkan berdasarkan
Al-Quran dan Hadis. Dakwaan pertama yang mengaitkan tarikh kiamat dengan
kalendar Mayan sebenarnya timbul dari penafsiran pengkaji semata-mata. Ini
kerana di dalam kalender tersebut tidak menyebutkan pun bahawa dunia ini akan
kiamat pada tahun 2012. Catatan di kalendar hanya menyatakan tahun 2012
diletakkan sebagai tahun terakhir dalam pusingan kalender tersebut. Ini bermakna bagi tahun 2013, ia
perlu dimulakan semula berdasarkan kiraan permulaan kalender seperti mana
kalendar-kalendar lain.
Dakwaan
kedua yang menyatakan bahawa planet Nibiru akan melanggar bumi juga merupakan
satu dakwaan yang tidak mempunyai sebarang asas. Jika fakta ini telah
disandarkan kepada NASA, pihak NASA telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi
bahawa mereka tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan tersebut. Tambahan
pula dengan saiz Nibiru yang sangat besar
iaitu 20 kali ganda saiz Musytari, tidak munasabah sekiranya semua balai balai
cerap dan ratusan ribu ahli falak di seluruh dunia tidak dapat mengesan planet
ini dengan teleskop mereka. Apatah lagi dengan langit yang terbuka luas untuk
sesiapa saja meneropong dan mengkajinya.
Dakwaan
ketiga iaitu bumi akan bergelap selama 3 hari, juga telah dinafikan oleh Pihak
NASA bahawa mereka atau mana-mana organisasi astronomi pernah mengeluarkan
kenyataan seperti itu. Penjajaran planet-planet
yang dikatakan akan berlaku juga hanya merupakan khabar angin
semata-mata. Berdasarkan kajian ahli-ahli falak, penjajaran ini tidak akan berlaku.
Apa yang akan berlaku ialah pada 21 Disember, matahari akan berada di sebelah
selatan pada garis lintang 21 darjah yang menandakan peralihan musim
luruh ke musim sejuk, dan ianya adalah satu fenomena biasa yang berlaku pada
setiap tahun.
Muslimin yang dirahmati
Allah,
Berdasarkan
beberapa hujah di atas maka dapat kita simpulkan bahawa, ramalan kiamat akan
berlaku pada hari ini, Jumaat 21.12.2012 adalah tidak berasas. Kepercayaan
berlakunya Kiamat memanglah merupakan salah satu dari rukun iman setiap dari orang Islam wajib mempercayainya. Menolak berlakunya hari kiamat akan
menyebabkan rosaknya iman seseorang dan mengeluarkan dia dari agama yang suci
ini. Firman Allah SWT dalam surah al-A’raf : 187 :
يَسْأَلُونَكَ عَنِ السَّاعَةِ
أَيَّانَ مُرْسَاهَا ۖ قُلْ
إِنَّمَا عِلْمُهَا عِندَ رَبِّي ۖ لَا
يُجَلِّيهَا لِوَقْتِهَا إِلَّا هُوَ ۚ ثَقُلَتْ فِي
السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ لَا
تَأْتِيكُمْ إِلَّا بَغْتَةً ۗ يَسْأَلُونَكَ
كَأَنَّكَ حَفِيٌّ عَنْهَا ۖ قُلْ
إِنَّمَا عِلْمُهَا عِندَ اللَّهِ وَلَـٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ
﴿١٨٧﴾
Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) tentang hari
kiamat: "Bilakah masa datangnya?" katakanlah: "Sesungguhnya ilmu
mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun Yang dapat
menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (huru-hara) hari kiamat
itu amatlah berat di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan
secara mengejut". Mereka bertanya kepadamu seolah-olah Engkau sedia
mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari Kiamat
itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak Mengetahui".
Imam Ibn
Kathir ketika menghuraikan ayat di atas menyatakan bahawa Allah SWT mengarahkan
Nabi SAW menjawap persoalan bilakah berlakunya kiamat itu dengan menyatakan waktu
berlakunya hanyalah semata-mata berada di dalam pengetahuan Allah SWT. Manusia
walau secanggih manapun teknologi yang dicapai tidak akan sama sekali dapat
mengkaji mengenai ketepatan waktunya.
Hadis dari
Umar Ibn Khattab r.a, menyatakan ketika Jibril menemui Baginda SAW dan
bertanyakan tentang hari kiamat, dengan katanya :
فَأَخْبِرْنِي عَنِ السَّاعَةِ ، قَالَ : مَا
الْمَسْئُولُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّائِلِ
Khabarkan kepadaku tentang hari kiamat? Baginda SAW
menjawab : “ Tidaklah yang ditanya itu lebih mengetahui dari yang bertanya.”- Riwayat Muslim: Hadis no 12
Dr. Said Ramadhan al-Buti
menyatakan bahawa :
“ Berhatilah-hatilah jika anda mendengar sesiapa yang
menetapkan tarikh dan masa datangnya kiamat. Ketahuilah bahawa dia sesungguhnya
telah dikongkong oleh kejahilan yang teramat sangat dalam agama.”
Muslimin
yang dirahmati Allah,
Tidak ada manusia waras di dunia ini
yang tidak mengakui bahawa Hari Kiamat pasti akan berlaku. Perbincangan
mengenai Hari Kiamat bukan seperti perbincangan mengenai alam ghaib yang lain,
malah ianya juga dikaji dan dibuktikan secara saintifik. Namun tidak ada
manfaatnya kita mengetahui tarikh berlakunya Hari Kiamat jika tidak ada
sebarang usaha untuk menyediakan bekalan bagi menghadapinya. Terlalu banyak
masa yang kita bazirkan dengan membahaskan tarikh berlakunya Kiamat jika tidak
ada keinsafan dalam diri bahawa kita semua pasti akan melaluinya. Terlalu
banyak ayat Al-Quran dan Hadis nabi yang sahih menceritakan tentang kiamat dan
persediaan menghadapinya, namun tidak kita pedulikan. Maka marilah kita
mengubah sikap daripada terlalu mengambil berat tentang tarikh berlakunya
Kiamat kepada bersungguh-sunguh membuat persediaan bagi menghadapinya.
بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْءآنِ الْعَظِيْمِ،
وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ،
وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ،
أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ
وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ
فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.
خطبة كدوا
اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ :
لَآ أُقْسِمُ بِيَوْمِ ٱلْقِيَـٰمَةِ ﴿١﴾
وَلَآ
أُقْسِمُ بِٱلنَّفْسِ ٱللَّوَّامَةِ ﴿٢﴾
أَيَحْسَبُ ٱلْإِنسَـٰنُ أَلَّن نَّجْمَعَ عِظَامَهُۥ ﴿٣﴾ بَلَىٰ قَـٰدِرِينَ
عَلَىٰٓ أَن نُّسَوِّىَ بَنَانَهُۥ ﴿٤﴾ بَلْ
يُرِيدُ ٱلْإِنسَـٰنُ لِيَفْجُرَ أَمَامَهُۥ ﴿٥﴾ يَسْـَٔلُ
أَيَّانَ يَوْمُ ٱلْقِيَـٰمَةِ ﴿٦﴾
1.
Aku bersumpah dengan Hari Kiamat;
2. dan Aku bersumpah Dengan "Nafsul
Lawwaamah"
3. Patutkah manusia menyangka bahawa Kami tidak
akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya.
4. Bahkan Kami
berkuasa menyusun dan menyamakan jari-jemarinya.
5. Bahkan manusia
sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat.
6. Mereka
bertanya-tanya bilakah akan berlakunya Kiamat.
( Surah al-Qiyamah :
1-6 )
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَــهَ
إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ
وَرَسُوْلُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى
ءَالــِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .
فَيَا عِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ،
أُوْصِيْكُمْ وَإِيـَّايَ بِتَقْوَى اللهَ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ
Sidang Jumaat yang dimuliakan sekalian,
Antara pengajaran yang dapat diambil dari
khutbah hari ini ialah :
1. Dari
masa ke semasa pasti akan ada ramalan-ramalan berkaitan tarikh kiamat yang akan
tersebar. Namun mempercayainya dan menyebarkannya tanpa sebarang kajian akan hanya
memberikan kita saham dalam menyebarkan khabar angin. Kiamat yang menjadi rukun
Iman kita berdasarkan nas-nas yang jelas, akan bercampur aduk dengan
berita-berita yang tidak berasas seperti ini.
2. Berdasarkan
sumber al-Quran, Sunnah dan Ijmak para ulama, kiamat akan berlaku setelah
berlakunya beberapa alamat kecil dan besar. Marilah kita mempelajari, membaca
dan menghayati alamat-alamat yang telah diberitahu dengan jelas dengan sumber
yang paling boleh dipercayai dari Allah dan RasulNya dengan penjelasan oleh
para ulama. Berpegang teguhlah kepadanya berbanding cerita-cerita mitos dan
tahyul yang disebarkan.
3. Ketika
mana kita sibuk memikir dan membincangkan mengenai tarikh kiamat, adakah kita
pernah bertanyakan diri kita, apa yang telah kita sediakan untuk menghadapi
hari kiamat? Di samping kiamat besar yang pasti akan berlaku, janganlah lupa
bahawa kiamat kecil, iaitu kematian juga sedang rapat mengekori kita.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ
وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ
قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ
عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّ اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم .
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ .اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ
عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ
رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ
أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ
بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ.
اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا
هَازِمَ الأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ
وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه
اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف
عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ
وَتَرْضَاهُ
رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى
الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ .
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى
وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ
وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ .
فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ
فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا
تَصْنَعُونَ .
Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Perak