23 Ogos 2013

Lebih 300,000 terjejas akibat banjir di Sudan - WHO

16 Syawal 1434 H. [MOD] -

KHARTOUM: Lebih 300,000 penduduk di seluruh Sudah dilaporkan terjejas akibat banjir besar yang melanda negara itu dengan 50 orang maut dalam bulan ini, kata Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) hari ini.

Kes Altantuya: Azilah, Sirul dibebaskan dari tuduhan membunuh

16 Syawal 1434 H. [MOD] -

Putrajaya: Bekas Pegawai Unit Tindakan Khas (UTK) Cif Inspektor Azilah Hadri dan bekas Koperal Sirul Azhar Umar dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan daripada sabitan hukuman mati atas dakwaan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, tujuh tahun lalu.

Mangsa: Pemandu bas 'marah-marah' sebelum kemalangan

NONE16 Syawal 1434 H. [MOD] -

Ketika punca sebenar kemalangan bas di Genting Higland semalam masih tidak dapat dipastikan secara rasmi, beberapa versi cerita telah muncul daripada mangsa yang terselamat.

Seorang daripadanya, Mosammat Sirajum (kanan) mendakwa sejurus sebelum kemalangan berlaku, pemandu bas itu dan seorang pemandu teksi kelihatan marah-marah di antara satu sama lain sewaktu memandu kenderaan masing-masing.

Beri pendidikan percuma, tolak PTPTN – Pemuda PR


16 Syawal 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily,
KUALA LUMPUR: Pemuda Pakatan Rakyat menganggap keputusan kabinet semalam yang menolak cadangan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk melaksanakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) terhadap peminjam PTPTN mulai bulan ini adalah hasil kejayaan perjuangan rakyat sehingga kerajaan tunduk dengan tekanan semua pihak.


Demikian kata Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mat Akin dan Ketua DAPSY, Teo Kok Siong dalam kenyataan bersama.

Polis Tawau Berkas Remaja Disyaki Miliki 10 Unit 'Flying Feather' Dan Pisau


16 Syawal 1434 H. [MOD] -

TAWAU: Polis Tawau menahan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun selepas menemui 10 anak panah 'flying feather' (anak panah lastik), dua alat pelepas anak panah dan sebilah pisau dipercayai milik remaja itu di Kampung Titingan (Kampung Ice Box) pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah berkata remaja yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri itu ditahan pukul 6.45 pagi selepas dilihat berkelakuan mencurigakan.

Empat Sekeluarga Warga Bangladesh Antara Mangsa Nahas Bas


16 Syawal 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Tinggi Bangladesh mengesahkan antara mangsa nahas bas di Genting Highlands semalam ialah empat sekeluarga warga negara itu, dengan bapa dilaporkan maut.

Kaunselornya S.M. Anisul Haque berkata tiga lagi anggota keluarga itu - ibu dan dua anak lelakinya sedang dirawat di Hospital Selayang dan dilaporkan stabil walaupun patah tangan, kaki dan belakang.

Pemilihan Semula CEC DAP Akan Diadakan Pada 29 September


16 Syawal 1434 H. [MOD] -

PETALING JAYA: Pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan diadakan pada 29 September ini dan 17 perwakilan yang dipecat juga boleh mengambil bahagian sekiranya mereka mahu berbuat demikian, kata Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.
Beliau berkata senarai calon untuk pemilihan semula akan menggunakan senarai yang sama digunakan pada Kongres Nasional 2012, Disember lalu.

Kumpulan Pertama Pelajar Malaysia di Mesir Selamat Tiba di Tanah Air

16 Syawal 1434 H. [MOD] -
Rakyat Malaysia yang menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir (dari kiri) Ellyeen Nur Atiqah Mohd Salleh, Said Mubarak Said Ahmad, Balqis Mohd Sharif, Nurul Adha Saabani, Azka Rafiuddin Ramli dan Muhammad Yusuf Muhammad Razif mengaminkan doa selamat sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini hari dari Kaherah, Mesir. Mereka yang menaiki penerbangan komersil merupakan kumpulan pertama yang tiba dalam Ops Piramid 2 berikutan pergolakan di Mesir. Menyambut kepulangan mereka ialah Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan (dua, kiri). -Foto BERNAMA
SEPANG: Kumpulan pertama pelajar Malaysia di Mesir selamat tiba di tanah air.

Ribuan penduduk Palestin terkandas


16 Syawal 1434 H. [MOD] -

GENTING GAZA 22 Ogos - Beribu-ribu penduduk Palestin terkandas untuk memasuki atau meninggalkan Genting Gaza ekoran tindakan kerajaan Mesir menutup satu-satunya pintu merentasi sempadan di Rafah.

Jurucakap pergerakan Hamas, Ihab al-Ghusen berkata, mereka tidak mempunyai maklumat bila pintu 
sempadan Rafah akan dibuka dan rundingan sedang dijalankan dengan pihak berkuasa Mesir.

Mesir , Puas hati sekarang?


16 Syawal 1434 H. [MOD] -
Ustaz Yusof Embong 

1: Seorang lelaki yang berketurunan petani dari delta sungai Nil, membesar dalam persekitaran agama, dan ilmu akademik duniawi, membawa lel...aki ini ke tahap pencapaian akademik dan kebendaan yang cukup tinggi. Ber dekad menjadi pensyarah kejuruteraan kimia di Universiti dalam dan luar negara, Menjadi staff muslim di NASA, malah menerima gelaran Profesor, itu semua tidak membawa lelaki ini jauh dari ALLAH. beliau, Mohamed Mursi merupakan seorang haffiz al Quran, malah isteri dan 5 orang anaknya juga turut dididik menjadi hafiz al Quran.

Hosni Mubarak kembali 'bebas'

16 Syawal 1434 H. [MOD] -

Hosni Mubarak kembali 'bebas'
Hosni Mubarak

Bekas Presiden ditahan di rumah selepas dua tahun dipenjara 


Kaherah: Pemimpin Mesir yang digulingkan, Hosni Mubarak, dibebaskan dari penjara semalam dan dihantar ke hospital tentera di sini di bawah perintah tahanan rumah, lapor televisyen rasmi.