16 Disember 2010

Pencemaran sisa Tanah Hat , Jabatan Alam Sekitar mesti bertindak segera.

Perhatian segera...tanah berasid dari sebuah kilang merupakan sisa buangan kilang yang diangkut dari sebuah kilang di kawasan kilang Taman Kerian Parit Buntar melalui jalan ke Serdang Bandar Baharu, sering mengalami tumpahan, hari ini puluhan longgokan seperti ini bermula dari taman kerian sehingga saya melencong ke Tol Bandar Baharu...mohon Jabatan Alam Sekitar dan agensi berkaitan mengambil tindakan segera kerana dipercayai tumpahan ini boleh memberi kesan kepada kesihatan.


10 Muharram 1432H.

Saya menyaksikan sendiri dan menerima aduan dari orang ramai berkenaan kilang Syarikat Wembly Activated Clay yang berada di Simpang Lima Parit Buntar yang membawa bahan sisa Tanah Hat yang bertaburan di jalan raya dalam perjalan untuk dibuang ke satu lokasi di Bandar Baharu Kedah.

1. Banyak pihak mendakawa sisa tanah itu mengandungi bahan 'toxid' dan membahayakan kesihatan dalam tempoh masa yang panjang, kerana itu saya membantah kecuaian pihak kilang Wembly sehingga mendedahkan masyarakat sekitar Parit Buntar dalam keadaan yang mengancam kesihatan.

Sering kali berlaku kecuaian pihak kilang sehingga berlaku tumpahan tersebut yang menghantui penduduk sekitar Parit Buntar.

2. Saya tidak pasti berapakah jenis bahan-bahan beracun yang dikeluarkan oleh kilang Wembley dan adakan memberi kesan kepada penduduk sekiranya meresap ke bumi dan yang dilarut air serta dihanyutkan atau yang naik ke udara dan mencemarkan alam sekitar.

3. Satu pemeriksaan yang rapi oleh pihak penguasa tempatan dan agensi yang terlibat terhadap tahap keselamatan kepada kenderaan yang digunakan untuk mengangkut Tanah Hat itu.

4. Sebenarnya kedudukan kilang bahan beracun itu sudah tidak sesuai berada dilokasi yang padat dengan petempatan seperti Parit Buntar, dan saya mendesak supaya kilang ini dihentikan operasinya dalam tempoh yang secepatnya mengikut perjanjian konsesi dan undang-undang yang sedia ada.

5. Bersama ini saya siarkan beberapa keping gambar yang diambil sekitar jam 1.00 petang tadi dalam perjalanan saya menuju ke Tol Bandar Baharu yang membuktikan kecuaian pihak Kilang Wembley sehingga saya terpaksa mengelak lebih 20 tompokan kecil dan besar tumpahan sisi kilang tersebut.




KENYATAAN MEDIA, 16 Disember 2010.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
ADUN Titi Serong.

Perkara 44: 'Gantung' semua MP Pakatan

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 16 Dis: Semua ahli parlimen Pakatan Rakyat hari ini keluar dari Dewan Rakyat selepas Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia didakwa menggunakan perkara 44 Peraturan Mesyuarat.

Perkara 44 (4) antara lain memberi kuasa kepada Speaker 'menggantung' ahli parlimen yang ada dalam dewan dengan menyebut nama ahli parlimen tersebut.

Speaker sewaktu kekecohan sedang berlaku, didakwa membuat ugutan terhadap ahli parlimen Pakatan Rakyat dengan mendakwa akan membaca senarai nama semua ahli parlimen pakatan kerana tidak mengendahkan arahannya.

Beliau juga dilihat mengarahkan dan meminta setiausaha dewan mendapatkan senarai nama ahli parlimen Pakatan Rakyat untuk dibaca.

Ekoran itu, dalam keadaan dewan terus kecoh, semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat keluar dewan sebagai protes kepada tindakan Speaker itu.

Bagi Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar, tindakan Speaker itu menggambarkan kelemahan beliau mengawal keadaan dan berniat untuk menggantung semua wakil rakyat pembangkang.

Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli ketika diminta mengulas perkara itu pula berkata, episod yang berlaku hari ini sangat malang dan memalukan.

"Kita minta Speaker membuat beberapa rulling sebelum perbahasan tetapi tidak diendahkan.

"Tetapi oleh kerana dia gagal mengawal keadaan, dia menggunakan kuasanya menggunakan perkara 44 Peraturan Mesyuarat untuk menekan dan mengugut MP Pakatan untuk menggantung mereka walaupun tidak menyebut tempoh," katanya yang juga Bendahari PAS Pusat.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub pula turut melahirkan rasa kecewa di atas apa yang berlaku di dewan rakyat hari ini apabila Speaker bertindak demikian.

"Kita lihat Speaker guna perkara 44, kita tidak dengar tadi dia guna ke tidak sebab suasana sangat kecoh.

"Kita akan cuba mendapatkan kepastian setiausaha dewan," katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Kekecohan hari ini berlaku ekoran MP Pakatan Rakyat membantah usul untuk menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Subang, Gombak dan Bukit Gelugor.

Sehubungan itu, semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang bertindak keluar dewan tidak akan meneruskan persidangan hari ini.

Untuk rekod, hari ini adalah hari terakhir Persidangan Dewan Rakyat untuk Penggal ke-3 Parlimen ke-12 dan akan disambung semula Mac 2011.

Harakahdaily/-

DI MANA SAHAJA ZAID BERADA AKAN WUJUD HURU- HARA?

10 Muharam 1432H
Oleh : WFAUZDIN NS

"PRESIDEN Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), Hanafi Hamat berkata, beliau tidak mengiktiraf atau bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk penukaran nama baru bagi parti itu iaitu Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), seperti yang diputuskan dalam mesyuarat penubuhannya, di Kuala Lumpur hari ini.

AKIM merupakan sebuah parti politik yang ditubuhkan lebih 15 tahun lalu mempunyai prinsip perjuangannya yang tersendiri untuk menyatupadukan umat Islam di seluruh negara, katanya" (Pahang Daily).

Saya baru sahaja menulis di dalam artikel saya sebelum ini betapa kita mengharapkan agar Zaid Ibrahim tidak melakukan huru-hara di dalam parti baru yang disertainya iaitu AKIM. Nampaknya,

tidak sampai 24 jam, berbunyi pula suara seperti kenyataan di atas. Difahamkan Hanafi Mamat masih diiktiraf oleh ROS sebagai Presiden AKIM yang sah. Jika ini benar, maka Zaid nampaknya `merampas kuasa' untuk menjadi Presiden bahkan menukar nama parti kepada KITA.

Ramai yang menduga bahawa Zaid sememangnya ingin benar menjadi Presiden, dan usaha ini telah pun cuba dilakukannya sewaktu berada di dalam PKR iaitu dengan mencuba bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR untuk mencapai hasrat tersebut. Malangnya, Zaid silap pilih parti kerana PKR tidak memandang ketokohan beliau hanya kerana beliau seorang bekas Menteri di dalam Kerajaan.

PKR mahu pemimpin yang telah diuji sekian lama di dalam parti dan setia bersama parti. Maka, Zaid bukan orangnya yang ahli-ahli PKR mahukan. Justeru itu, tidak hairanlah Zaid `cabut lari' dari gelanggang semasa pertarungan baru bermula.

Kini, hasrat beliau telah tercapai dan beliau kini bergelar `Presiden' tidak kiralah berapa kerat anak-anak buahnya yang ada. Saya suka mencadangkan agar `spesis katak' yang masih tidak berparti sekarang ini agar menyertai jemaah Zaid.

Syabas juga buat Zaid Ibrahim kerana lebih awal membuat pengakuan bahawa parti barunya KITA tidak akan menyertai gabungan Pakatan Rakyat. Ini satu tindakan yang bijak daripada menanggung aib sekiranya KITA memohon sertai PR tetapi ditolak. Semoga Zaid Ibrahim berjaya.

MENGAPA BAPA SAIFUL MENGGELABAH ?

10 Muharam 1432H
Oleh : WFAUZDIN NS

APABILA sudah tertekan, bapa kepada mangsa kes liwat Saiful Bukhari yang melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azlan Mohd Lazim hari ini menyerahkan sepucuk surat kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk menarik perhatian Seri Paduka supaya kes itu yang sedang dibicara dipercepatkan. Mengapa mahu dipercepatkan?

Mengapa bapa pemuda yang mengaku tidak basuh duburnya beberapa hari itu tertekan? Adakah jika lewat kes ini selesai maka `payment' lewat juga diterima? Atau kedua beranak ini tidak sanggup lagi berkurung di dalam rumah akibat malu berhadapan dengan masyarakat yang memandang jijik pengakuan anaknya?

Bak kata orang, sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa. Maka, tanggung sahajalah. Berani buat, berani tanggung.

Masalah kes ini cepat atau lewat tidak penting, yang pentingnya kes ini diadili dengan betul untuk memberi keadilan kepada sidituduh mahu pun mangsa. Adakah kes yang sedang dibicarakan sekarang kelihatan adil?

Mengapa beliau tidak mengadu kepada DYMM YDP Agung mengapa mahkamah tidak membenarkan beberapa dokumen penting yang diperlukan oleh DS Anwar seperti laporan klinikal diserahkan kepada pihak Pembela agar kes ini lebih cepat diselesaikan secara adil?

Mengapa bapa Saiful tidak merayu agar kes yang menimpa anak kesayangannya itu disebut di Mahkamah Syariah kerana ianya melibatkan salah laku `suka sama suka' (mengikut Pertuduhan) sesama orang Islam? Beliau sepatutnya merayu agar perundangan mengikut Islam dikuatkuasakan kerana perundangan Islam dijamin memberi keadilan kepada anaknya.

Sewajarnya bapa Saiful ini merasa gembira kerana seluruh jentera kerajaan, media termasuk beberapa pihak asing mempercayai `hayalan' anaknya itu bahawa beliau telah diliwat.

Lojiknya DS Anwar yang sepatutnya merasa tertekan kerana seluruh media di bawah Umno, termasuk pihak luar yang memberi gambaran seolah-olah sememangnya beliau bersalah. Namun, kita lihat DS Anwar tenang menghadapi semua tekanan ini malahan beliau bertambah semangat untuk melawan kerja jahat mereka itu.

Ketenangan DS Anwar di samping majoriti rakyat yang cerdik berfikir yang menolak segala fitnah jahat ini menunjukkan bahawa kebenaran tetap mengalahkan kebathilan. Orang yang merasa bersalah sudah pasti tertekan, dan nampaknya bukan Saiful sahaja yang tertekan bahkan bapanya juga.

Oleh itu, tidak perlulah bapa Saiful menunjukkan kegelabahannya. Mungkin sekarang beliau sudah merasa menyesal dengan apa yang telah dilakukan oleh anaknya. Tidak berbaloi sekiranya dua beranak ini mendapat imbuhan walau sebanyak mana pun kerana maruah diri tidak boleh dinilai dengan wang ringgit.

Gantung: Dewan kecoh, MP Pakatan berdemo

10 Muharam 1432H
Oleh : Nazri Abdullah dan Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 16 Dis: Perbahasan usul penggantungan Anwar selama 6 bulan, sedang berlangsung di Dewan Rakyat.

10.00 am: MP Shah Alam, Khalid Samad bangun mengemukakan usul projek sakit, Hospital Shah Alam lambat siap, sehingga menyebabkan seorang pesakit terpaksa menangguh rawatan dan pergi hospital lain.

10.15 am: Speaker, Tan Sri Pandikar Amin tolak usul Shah Alam dan mahu teruskan untuk bahas usul gantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

10.30 am: MP Pakatan Rakyat bagaimanapun dibantah oleh MP PR termasuk Sivarasa Rasiah, Datuk Mahfuz Omar, Datuk Kamarudin Jaffar dan Yusmadi.

Mereka masing-masing mempertikai tindakan Speaker dan menyatakan Speaker salah dalam menafsirkan, peruntukan 83 (1) peraturan mesyuarat.

Akibat bantahan itu, kekecohan terus berlaku antara MP Pakatan Rakyat dengan wakil rakyat kerajaan.

11.00 am: Dalam suasana kecoh, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bangun membaca usul untuk menggantung Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk dibahaskan.

Usul yang dibaca Nazri hanya sayup kedengaran dicelah suara kekecohan yang tidak terkawal oleh Speaker.

11.15 am: MP Rembau, Khairy Jamaludin, bagun untuk bahas, selepas Nazri pergi ketempat Khairy, namun terus dibantah MP Pakatan Rakyat.

MP Pakatan Rakyat memberi alasan Speaker belum buat rulling terhadap dakwaan salah prosedur terhadap beberapa peraturan mesyuarat.

Mereka juga mendesak Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berundur, kerana didakwa gagal menjalankan tanggungjawab dan mengawal keadaan.

11.20 am: Speaker bagaimanapun cuba meneruskan membaca perbahasan, dan mengugut akan nama Ahli Parlimen yang tidak mendengar arahan Speker untuk digantung.

11.25 am: Tidak berpuas hati dengan tindakan itu, semua MP Pakatan Rakyat diketuai Anwar, keluar dewan dan mengadakan sidang media di lobi parlimen.

11.30 am: Datuk Nazri Aziz kemudian mengemuka usul kedua, iaitu untuk menggantung tiga lagi Ahli Parlimen iaitu, Bukit Gelugor, Subang dan Gombak.

11.40 am: Dalam keadaan MP PR sedang mengadakan sidang media, Ahli Parlimen BN kini sedang berbahas sesama sendiri.

Dalam kenyataan sebelum ini, PAS membantah syor pihak tertentu untuk menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan.

Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, jika keptusan penggantungan itu dilaksanakan, bermakna satu lagi tragedi hitam akan terpahat dalam demokrasi negara.

"Jika benar penggantungan ini akhirnya dilaksanakan, ianya adalah merupakan satu tragedi demokrasi di negara kita.

"Keadaan ini terjadi dalam keadaan pemimpin negara melaungkan hasrat untuk mengangkat kedudukan Parlimen Malaysia ke taraf antarabangsa, tetapi pihak yang sama juga terlibat dalam meruntuhkan institusi yang mewakili rakyat dalam negara kita ini," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, lebih malang apabila Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dinafikan hak untuk membela diri.

"Penafian hak ke atas Datuk Seri Anwar untuk membela diri dalam isu ini, merupakan satu kesilapan besar dan menyerlahkan kepada umum kejahilan yang memalukan pihak yang terlibat dalam proses menjatuhkan hukuman," kata Ahli Parlimen Marang itu lagi.

Apa yang berlaku hingga kini katanya, kerajaan bukan sahaja gagal memberikan hujah balas, tetapi juga gagal mengemukakan apa-apa jawapan yang meyakinkan terhadap isu dibangkitkan Anwar sebelum ini.

"Sikap hanya bergantung kepada sekeping surat dari pihak yang berkepentingan tentunya bukan satu tindakan yang adil," tambahnya lagi.

Menurut Islam, katanya, setiap pihak yang dituduh, wajib diberi hak membela diri.

Malah di zaman Rasulullah SAW sendiri, ujarnya sudah adanya pemisahan kuasa di antara eksekutif, legaslatif dan kehakiman.

"Apabila suatu peristiwa yang melibatkan Rasulullah SAW sendiri, penyelesaian kes masih diserahkan kepada hakim untuk dibicarakan dengan adil, walaupun Rasulullah SAW adalah pemimpin ulung ummah," katanya.

Sehubungan itu, PAS tegasnya mahu kesilapan yang sedang berlaku dalam kes Anwar ini diperbetulkan segera.

"PAS ingin mempertegaskan bahawa kami bersama Pakatan Rakyat adalah secara konsisten menyertai sistem demokrasi dalam usaha membangunkan negara.

"Namun jika komitmen kami ini gagal dihormati, malah pihak pimpinan Barisan Nasional sengaja menutup pintu demokrasi ini, kita tidak mampu memberi jaminan bahawa rakyat akan terus bersama dapat menghormati sistem ini," tegasnya.

Harakahdaily/-

Dewan Rakyat: Kecoh di dalam, tegang di luar...

10 Muharam 1432H

Dewan Rakyat hari ini terus kecoh sebelum usul bagi menggantung empat ahli parlimen Pakatan Rakyat termasuk ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diluluskan.

Anwar dan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia terus bertikam lidah dengan ketua umum PKR itu menuntut hak untuk membela diri berhubung dakwaannya yang mengaitkan gagasan 1Malaysia dengan firma perhubungan awam Apco Worldwide.

Pandikar berkata Anwar telah diberikan seminggu untuk menjawab dakwaan berkenaan dan kenyataannya itu mencetuskan kemarahan daripada ahli parlimen pembangkang.

Ahli parlimen Gombak Azmin Ali terus bangkit dan menafikan bahawa Anwar diberi peluang membela dirinya.

Hari ini adalah hari terakhir sidang parlimen sesi ini dan 11 rang undang-undang yang sepatutnya dibahaskan telah tunda pada sidang baru yang dijadualkan pada Mac depan.

Di luar bangunan Dewan Rakyat, terdapat anggota polis yang luar biasa ramainya serta sekurang-kurangnya lima kereta peronda mengawal keadaan.

Dianggarkan kira-kira 40 anggota polis berada di sepanjang jalan menuju pintu pagar parlimen.

Sekatan polis juga dibuat kira-kira 20 meter daripada pintu masuk parlimen.

LAPORAN LANGSUNG

11.43am: Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar berkata perarakan akan diadakan dari bangunan Parlimen ke ibu pejabat Suhakam, yang terletak kira-kira dua kilometer.

Namun, kira-kira 40 anggota polis berada dalam keadaan bersiap-sedia.

11.33am: Hujan renyai di luar bangunan Parlimen.

11.32am: Perbahasan mengenai usul kedua dimulakan oleh Abdul Rahman Dahlan (Umno-Kota Belud).

Beliau menuduh ketiga-tiga ahli parlimen itu membuat interpretasi Peraturan Dewan mengikut agenda politik mereka.

11.30am: Nazri mengusulkan usul kedua untuk menggantung tiga lagi ahli parlimen - R Sivarasa (PKR-Subang), Azmin Ali (PKR-Gombak) and Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor).

11.29am: Ahli parlimen pembangkang melaungkan "Bohong, Bohong!" Anwar meninggalkan Dewan dan diikuti oleh semua ahli parlimen pembangkang.

11.25am: Pandikar memutuskan untuk menguatkuaskan Peraturan 44. Beliau mengarahkan setiausaha dewan untuk membekalkan setiap nama ahli parlimen yang mengengkarinya supaya mereka juga boleh dihgantung.

11.28am: Pandikar mengugut untuk mengadakan undian tanpa perbahasan. Azmin Ali (PKR-Gombak) menuntut untuk tahu peraturan mana yang akan digunakan oleh speaker untuk mengadakan undian tanpa perbahasan.

Pandikar kemudian memutuskan undian dijalankan tanpa perbahasan. Usul menggantung Anwar diluluskan dengan suara majoriti.

11.20am: Pandikar mengarahkan Khairy supaya meneruskan perbahasan mengenai usul berkenaan tetapi laungan "Apco-Umno" terus menenggelamkan suaranya.

Sepanduk sekali lagi dinaikkan dan ada ahli parlimen yang menjerit "mentaliti buruk".

11.17am: Sivarasa (PKR-Subang) mendesak speaker Pandikar supaya “undur diri” kerana percanggahan kepentingan dalam isu berkenaan.

Beliau disokong oleh M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) yang juga berkeras mahu Pandikar mengundurkan diri dan mempersoalkan sama ada tindakan speaker itu kerana “kepentingan lain”.

11.08am: Pandikar mempersilakan Khairy Jamaluddin (Umno-Rembau) untuk memulakan perbahasan. Namun suaranya juga tenggelam. Ahli parlimen pembangkang menaikkan sepanduk dengan tertera perkara "kangarroo", "BN Sokong Apco", "Apco", "Selamatkan Dewan, Hidup Ketua Pembangkang."

11.04am: Nazri mohon supaya Anwar digantung dari Dewan Rakyat. Namun suaranya timbul tenggelam akibat kekecohan dengan laungan “Apco-Umno” semakin lantang. Nazri berkata Anwar telah memperdayakan Dewan Rakyat berhubung isu Apco.

11am: Pemimpin parlimen BN, Dartuk Seri Mohd Nazri Aziz membentangkan usul untuk menggantung Anwar di sebalik protes daripada ahli parlimen Pakatan Rakyat yang terus menjerit "Apco, Apco". Ini memaksa Nazri menghampiri pembesar suara dan meninggikan suaranya namun terus ditenggelami oleh jeritan ahli parlimen pembangkang.

10.55am: Bantahan daripada pembangkang berterusan, Pandikar mencadangkan mereka membuat usul jika tidak berpuas hati dengan keputusan dan interprestasinya berhubung Peraturan Dewan.

Azmin terus bangkit lagi dan berkata, “Tetapi awak tidak mahu terima usul kami!”

Ahli parlimen Pakatan Rakyat yang lain kemudian menjerit “Apco-Umno” berulang-kali dan menaikkan sepanduk untuk menunjukkan rasa tidak puas hati mereka.

Puasa 9 Muharam Lambang Jatidiri Muslim

10 Muharam 1432H
Oleh : abu usamah

Setiap tahun umat Islam merayakan hari Asyura dengan berpuasa pada 10 Muharam dan 9 Muharam. Bahkan di sesetengah negara, segelintir umat Islam yang terpesong akidahnya menyambut hari tersebut dengan mencederakan tubuh masing-masing kononnya untuk melahirkan rasa cinta dan sedih atas kematian cucu Rasulullah.

Puasa Asyura sering dibincangkan dari sudut fiqh dan hukumnya, akan tetapi, jarang sekali kita membicarakan maksud tersirat yang melibatkan akidah Islam di dalam hal ini.

Dari Ibnu Abbas radiallahu anhu Ketika tiba di Madinah, Rasulullah mendapati orang-orang Yahudi melakukan puasa Asyura. Kemudian Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam bertanya: Hari yang kalian bepuasa ini adalah hari apa? Orang-orang Yahudi tersebut menjawab: Ini adalah hari yang sangat mulia.

Ini adalah hari di mana Allah menyelamatkan Musa dan kaumnya. Ketika itu, Firaun dan kaumnya ditenggelamkan. Musa berpuasa pada hari ini kerana bersyukur, maka kami pun berpuasa pada hari ini. Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam lantas berkata, ”Kami lebih utama mengikuti Musa daripada kalian.”. Maka Rasulullah berpuasa dan memerintahkan kaum muslimin untuk berpuasa. (HR Muslim).

Berdasarkan dalil di atas, kita akan melihat seolah-olah Rasulullah cuba meniru tatacara ibadah kaum Yahudi. Akan tetapi, apabila kita amati hadis yang lain, kita akan dapati bagaimana sensitifnya Rasulullah dalam melakukan perkara yang sama seperti bukan Islam.

Dalam sebuah hadis daripada Ibnu Abbas, seorang sahabat berkata kepada Rasulullah: Wahai Rasulullah, hari ini adalah hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nasrani. Lalu baginda menjawab: Apabila tiba tahun depan –insya Allah (jika Allah menghendaki)- kita akan berpuasa pula pada hari kesembilan. (HR Muslim)

Hadis di atas menunjukkan digalakkan bagi umat Islam berpuasa pada sembilan dan sepuluh Muharam. Akan tetapi, di dalam hadis ini juga menunjukkan Rasulullah bertegas agar ibadah umat Islam tidak menyerupai ibadah bukan Islam. Lantaran itu, disyariatkan berpuasa pada sembilan Muharam untuk menyelisihi orang Yahudi dan Nasrani.

Hadis ini menunjukkan satu konsep di dalam akidah Islam yang dikenali sebagai al-Wala’ dan al-Bara’. Shaikh Bin Baz di dalam menyatakan bahawa al-Wala’ dan al-Bara’ bermaksud: Mencintai orang-orang yang beriman dan setia kepada mereka, membenci orang-orang kafir dan memusuhi mereka, berlepas diri daripada mereka dan agama mereka.

Salah satu cara berlepas diri daripada orang kafir ialah dengan mengelakkan daripada meniru tingkah laku, mahupun tatacara berpakaian yang menjadi identiti keagamaan mereka. Rasulullah bersabda di dalam sebuah hadis: Barangsiapa menyerupai suatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka. (HR Ahmad dan Abu Daud)

Dr.Nashir Bin Abdul Karim Al-Aql menyebutkan beberapa hikmah di sebalik larangan menyerupai bukan Islam. Antaranya ialah:

1) Semua perbuatan orang kafir pada dasarnya dilakukan di atas asas kesesatan.

2) Dengan meniru orang kafir, maka seorang muslim akan menjadi pengikut mereka. Ia bererti dia telah menentangAllah dan RasulNya. Terdapat peringatan yang sangat keras sekali, sebagaimana Allah berfirman:

Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas datang kepadanya petunjuk dan mengikuti jalannya orang-orang yang tidak beriman, Kami biarkan dia dengan kesesatannya kemudian Kami seret ke dalam neraka Jahanam. Dan neraka Jahanam itu seburuk-buruk tempat kembali. (QS. An-Nisa’: 115)

3) Meniru orang kafir akan menimbulkan rasa kagum ke atas mereka.

4) Ia akan menimbulkan rasa cinta dan setia kepada orang kafir.

5) Meniru orang kafir akan merendahkan martabat umat Islam dan menyebabkan umat Islam dipandang hina.

Hal ini adalah satu perkara penting yang difahami setiap muslim. Kita melihat bagaimana generasi muda kita sangat suka meniru-niru gaya dari dunia barat. Contohnya meniru gaya artis yang bukan Islam dari segi berpakaian,

fesyen rambut dan lain-lain. Apatah lagi terdapat segelintir yang meniru cara berpakaian yang mempunyai identiti bukan Islam, contohnya mempunyai lambang salib pada pakaian dan rantai dan lain-lain.

Konsep al-wala dan al-bara hendaklah ditekankan di dalam pendidikan Islam di sekolah. Subjek akidah di dalam pendidikan Islam hendaklah melahirkan umat Islam yang mempunyai jatidiri.

Sedihnya, kadang kala pengajian akidah yang diajar diisi dengan konsep-konsep falsafah yang memeningkan lalu ia gagal melahirkan umat Islam yang mempunyai jati diri yang cemerlang.

Ibu bapa hendaklah memainkan peranan penting di dalam mendidik anak-anak sejak kecil. Usahlah dinyanyikan di telinga anak-anak lagu-lagu yang kadangkaa berkaitan dengan perayaan Krismas dan agama yang lain. Didiklah anak-anak kita supaya mempunyai sifat sensitif terhadap agama mereka.

Pengajian agama di masjid-masjid hendaklah menekankan hal ini. Khutbah-khutbah mesti memberi penekanan untuk memperbaiki akidah umat Islam.

Selagi mana kita gagal memerdekakan diri kita daripada meniru-meniru orang kafir, selagi itulah kita akan dibelenggu penjajahan pemikiran. Selagi itulah umat Islam akan terus dihina dan dihina.

Benarlah sabda Rasulullah yang bermaksud: Umat ini pasti akan mengikuti jejak umat-umat sebelumnya, setapak demi setapak, sejengkal demi sejengkal. (HR al-Bukhari dan Muslim).

Yang dimaksudkan dengan umat-umat sebelumnya ialah orang Yahudi dan Kristian, dan realitinya itulah yang berlaku dalam dunia Islam zaman sekarang. Nauzubillahi Min Zalik.

Keratan akhbar terbaik untuk tahun ini.

10 Muharam 1432H
Oleh : syed azam jamalullil



KERATAN AKHBAR ITU BERTARIKH 3 NOVEMBER 2010. DIULANGI : 3 NOVEMBER 2010! Minyak naik pada 4 DISEMBER 2010

Pembaziran Yang Berterusan Majlis Daerah Batu Gajah

10 Muharam 1432H
Oleh : YB V.Sivakumar

Baru-baru ini Majlis Daerah Batu Gajah telah menurap kawasan tempat letak kereta kakitangan dengan perbelanjaan yang agak besar. Jumlah kos perbelanjaan itu adalah lebih kurang RM95,000. Tetapi tidak sampai satu bulan terdapat kecacatan dalam kawasan yang diturap itu. Ini menunjukkan pihak Majlis tidak memantau kerja-kerja penurapan tersebut.

Jika terdapat kecacatan dalam projek yang dilaksanakan dalam kawasan Bangunan Majlis Daerah itu sendiri, apatah lagi dengan kawasan-kawasan lain yang berada di luar. Itulah sebabnya terdapat banyak masalah dan kecacatan dalam projek-projek infra struktur yang dibina disekitar Batu Gajah.

Pihak Kerajaan Tempatan tidak boleh berperanan untuk hanya meluluskan sesuatu projek dan mengeluarkan tender semata-mata. Apabila kontrator telah dipilih, pihak Majlis harus juga memantau kerja-kerja yang dijalankan dari awal hingga akhir.

Projek-projek Majlis Daerah dibuat dengan wang taksiran yang dikutip daripada rakyat. Dalam kata lain, wang itu adalah wang rakyat. Oleh yang demikian, pihak Majlis Daerah Batu Gajah harus berhemat dalam membelanjakan wang tersebut. Bukan sekadar membuat projek untuk membantu kroni-kroni yang ada hubungan rapat dengan pihak berkuasa tempatan.

Dalam kes ini, siapakah akan menanggung kos memperbaiki tempat yang rosak. Persoalannya, jika premix yang digunakan itu tidak tahan sampai satu bulan, bagaimana pula selepas satu tahun? Sudah pasti keseluruhan tapak yang diturap itu akan rosak.

Dalam keadaan itu, pihak Majlis akan mengeluarkan tender sekali lagi untuk memperbaiki tapak itu selepas satu tahun. Ini merupakan satu pembaziran yang sudah pasti akan berlaku.

Premix yang digunakan untuk menurap kawasan tempat letak kereta itu adalah berkualiti rendah. Dalam pada itu, kerja-kerja penurapan juga tidak kemas bagaikan cakar ayam. Pihak Majlis Daerah Batu Gajah tidak boleh menyalahkan pihak lain kerana pemilihan kontraktor dibuat oleh mereka sendiri.

Oleh yang demikian, Majlis Daerah Batu Gajah harus lebih bertanggungjawab dalam membelanjakan wang rakyat.

Saya juga berasa kesal kerana berpuluh-puluh ribu wang dibelanjakan untuk memperbaiki dan menaik taraf kawasan dan bangunan Majlis Daerah Batu Gajah, sedangkan tedapat banyak masalah-masalah rakyat yang tidak dipedulikan langsung dengan alasan tidak cukup peruntukan.

Rakyat perlu didahulukan, tetapi Majlis Daerah Batu Gajah menunjukkan sikap yang berlainan. Projek-projek menaik taraf banguanan Majlis Daerah itu bukan membawa apa-apa manfaat kepada orang ramai.

Aduan-aduan yang diterima daripada orang ramai harus diberi perhatian sebelum membelanjakan wang bagi projek-projek yang tidak membawa apa-apa manfaat kepada rakyat jelata.

SPRM: Kes rasuah di Kelantan amat kecil

10 Muharam 1432H
Oleh : Mohd Nor Yahya

KOTA BHARU, 15 Dis: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan kes rasuah membabitkan penjawat awam negeri di Kelantan begitu rendah berbanding dengan negeri-negeri lain.

Timbalan Pesuruhjaya SPRM (Bahagian Pengurusan), Datuk Zakaria Jaafar berkata, sehingga Oktober tahun ini hanya dua orang penjawat awam negeri yang diteraju PAS itu dikenakan tindakan.

”Walaupun angka ini amat kecil jika dibanding dengan jumlah kakitangan awam negeri lebih 7000 orang,” katanya selepas menyampaikan ceramah di Majlis Sambutan Hari Intergriti Peringkat Negeri di sini kelmarin.

Program itu dirasmikan Speaker Dun Kelantan, Datuk Nassurudin Daud.

Sebelum ini Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias memberitahu kes rasuah membabitkan kakitangan kerajaan negeri hampir sifar.

Zakaria mengingatkan penjawat awam supaya sentiasa mengawal diri terutamanya berkaitan urusan rakyat.

”Hendaklah menjauhkan diri dari mendekati unsur-unsur yang boleh membawa kepada tercalarnya integriti diri.

“Kalau kita sebagai ketua jabatan, janganlah cuba-cuba dekati orang yang ada kepentingan seolah-olah mengharap balasan dari mereka,” ujarnya.

Nassurudin berkata, tokoh intergriti terkemuka ialah Nabi Muhammad SAW yang perlu dijadikan contoh bagi kehidupan seharian termasuk penjawat awam.

Sementara itu portal berita Malaysiakini melaporkan SPRM mengesahkan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat bersih daripada tuduhan rasuah.

Sebelum ada pihak mendakwa Menteri Besar Kelantan ditaja bagi mengerjakan haji. Dan satu lagi kes pelantikan menantunya, Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman sebagai ketua eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Pengerusi Panel Semakan dan Operasi SPRM, Hadenan Abdul Jalil berkata Tuan Guru Nik Aziz tidak meminta syarikat tersebut membayar kos mengerjakan haji sebanyak RM65,000.

Selain itu, katanya, Mursyidul Am PAS itu tidak pergi mengerjakan haji.

Harakahdaily/-

SPRM jumpa petunjuk baru kerugian MAS

10 Muharam 1432H
Oleh : Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 15 Dis: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyifatkan penemuan terbaru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan berhubung kerugian MAS sebanyak RM8 bilion sebagai permulaan berita gembira.

Salahuddin memberitahu, pihak SPRM menghubungi beliau hari ini dan memaklumkan penemuan siasatan yang didakwa melibatkan bekas pengerusi MAS, Tajudin Ramli.

"Saya baru sahaja dihubungi SPRM yang memaklumkan mereka telah menemui penemuan baru dalam siasatan kes ini," kata ahli Parlimen Kubang Kerian itu dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Salahuddin yang juga ahli jawatankuasa khas mengenai rasuah yang dilantik di bawah Parlimen juga berkata, usaha beliau membongkar kes itu sejak setahun yang lalu itu mula menunjukkan hasil walaupun banyak pihak memperlekehkan usahanya.

"Apa yang saya perjuangkan setelah dilantik dalam jawatankuasa ini nampaknya menunjukkan perkembangan positif walaupun ada pihak yang berkata usaha saya ini sia-sia,"katanya.

Beliau berharap SPRM terus melakukan siasatan terhadap kes yang merupakan kes kedua terbesar selepas Skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang didedahkan oleh ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang selama bertahun-tahun.

"Saya mengambil iktibar daripada Ipoh Timur yang bertahun-tahun membawa isu FKFZ di Dewan Rakyat.

"Jadi saya harap SPRM terus menunjukkan kesungguhan dalam siasatan kes kerugian MAS ini," katanya.

Menurutnya, sejak setahun lalu,selain kepada SPRM,beliau juga menghantar surat kepada jawatankuasa kira-kira wang negara (PAC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta membangkitkan perkara itu di Dewan Rakyat.

Harakahdaily/-

Terkini : Anwar Ibrahim digantung 6 bulan


Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul menggantung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) daripada menghadiri persidangan selama enam bulan kerana membuat kenyataan mengaitkan konsep 1Malaysia dengan kempen One Israel.

Usul itu diluluskan tanpa bahas selepas berlaku kekecohan.

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen sebelum ini mengemukakan syor supaya penasihat PKR itu dikenakan tindakan itu kerana didakwa membuat kenyataan tidak benar.


Muktamar PAS tidak ditunda

10 Muharam 1432H

TEMERLOH, 15 Dis: Walaupun Umno, MCA dan DAP telah mengumumkan untuk menangguhkan pemilihan parti mereka yang dijadual pada tahun depan ke tahun 2012, PAS bagaimanapun kekal meneruskan muktamarnya.

“Kata sepakat ini diperolehi dalam mesyuarat Jawantankuasa PAS pusat pada Ahad lalu yang membincangkan pelbagai isu parti,” kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya ke Harakahdaily hari ini.

Dalam kenyataannya, Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang turut berkata muktamar bagi semua peringkat kawasan akan berlangsung pada bulan Januari, 2011 manakala muktamar PAS Pusat akan berlangsung bulan Jun nanti.

“Walaupun muktamar tahun hadapan adalah tahun pemilihan, PAS menganggap ia tidak akan menimbulkan masalah besar bagi parti, bahkan muktamar di semua peringkat samada di cawangan, kawasan, negeri dan pusat adalah pemangkin kepada pembinaan semangat juang bagi menghadapi PRU akan datang.

Kecuali PRU diistiharkan tahun hadapan, PAS mungkin menangguhkan seketika bagi menumpukan gerak kerja PRU,” tegas beliau.

Beliau turut menambah bahawa PAS berasa yakin terhadap tarbiyah yang telah diberikan ahli dan seluruh kepimpinan untuk menyedarkan ahli-ahli bahawa jawatan adalah amanah bagi menjayakan cita-cita Islam, dan bukannya sesuatu yang harus direbut sehingga merosakan jamaah.

Jesteru itu, Tuan Ibrahim turut menyeru seluruh ahli PAS untuk mengambil peluang dalam muktamar akan datang untuk mengukuhkan parti dan hubungan antara ahli, dan berikhlas pada perjuangan di samping mendekatkan diri kepada Allah pada semua keadaan.

Harakahdaily/-

Liwat II: Anwar sokong minta campur tangan Agong

10 Muharam 1432H
Oleh : Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 15 Dis: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menghalang keluarga pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan meminta campur tangan Yang di-Pertuan Agong supaya menyegerakan perbicaraan kes tersebut.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, tindakan itu wajar disokong kerana sudah sampai masanya peranan institusi mahkamah diperbetulkan dan bebas daripada sebarang karenah birokrasi.

"Saya setuju telah sampai masa dan ketikanya institusi yang kita muliakan sebagai tunggak perlembagaan negara melihat karenah proses mahkamah sekarang ini.

"Saya tidak ada masalah menyegerakan semua ini cuma yang melambatkan ialah kerana dokumen tidak diberikan, nota doktor sampai sekarang tidak diberikan,senarai saksi belum diberikan.Kalau mahu menyegerakan kita setuju," kata beliau dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau juga berkata, kes beliau tidak harus dibezakan dengan kes-kes yang lain yang mana semua bahan bukti boleh dikemukakan.

"Pilih hakim yang benar, berani dan adil dan bebas dan pendakwa yang profesional, beri bahan bukti dan keterangan seperti mana dalam kes jenayah lain yang biasa.

"Dalam kes ini, inilah kali pertama di mana nota doktor disekat begini rupa dan bukti tidak dibawa, spesimen DNA sila kemukakan dan kita boleh segerakan," katanya.

Beliau juga mempersoalkan tindakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamir Khir Baharom yang mebuat bantahan terhadap permohonan beliau supaya Saiful didakwa mengikut qazaf.

"Kedudukan mahkamah syariah jangan dikhianati oleh menteri agama Datuk Jamil Khir. Mengapa pendakwaan ditahan?

"Saya ada kertas pendakwaan tapi Datuk Jamil Khir,Menteri agama Umno mengkhianati tugas dan amanah ini dan mencemarkan nama baik mahkamah syariah dan kedudukan Yang Dipertuan Agong sebagai ketua agama Wilayah Persekutuan.

"Bolehkah seorang menteri Umno guna kuasa menyekat pendakwaan? Kalau betul nak guna jasa baik campur tangan Yang Dipertuan Agong, sila betulkan fitnah jahat pendakwaan di Mahkamah Sivil.

"Pendakwaan ditahan oleh menteri agama Umno yang sepatutnya faham agama dan Islam dan mahkamah syariah yang mendakwa kononnya merekalah tunggak yang mempertahankan syariah Islam," katanya.

April lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur membenarkan bantahan awal Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom untuk membatal permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Mohd Saiful Bukhari Azlan didakwa mengikut qazaf.

Dengan itu, Anwar tidak boleh meneruskan permohonannya untuk mengarahkan ketua pendakwa syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain mendakwa Saiful dengan tuduhan qazaf kerana mendakwa diliwat oleh ketua umum PKR.

Semalam Azlan Mohd Lazim menyerahkan surat luahan hati kepada YDPA untuk menarik perhatian baginda supaya kes yang dibicarakan disegerakan.

Harakahdaily/-

Guan Eng sambut cabaran, dedah nilai kontrak bumi

10 Muharam 1432H

Kontraktor Melayu mendapat 100 peratus nilai projek Jabatan Pengairan & Saliran (JPS) dan 98 peratus nilai projek Jabatan Kerja Raya negeri (JKR) di bawah peruntukan kerajaan Pulau Pinang, kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Menurut kenyataannya, kesemua 18 tender JPS yang bernilai RM40.94 juta diperolehi oleh kontrak Melayu.

Manakala 16 daripada 17 tender JKR bernilai RM20.4 juta diperolehi oleh kontraktor Melayu yang membabitkan 98 peratus nilai kontrak.

Ini, tegas Lim, sekaligus menolak fitnah pemimpin Umno dan sekutunya yang mempertikaikan kenyataannya bahawa 70 peratus bidaan kontrak kerajaan negeri dimenangi kontraktor bumiputera.

Lim berkata, pemimpin Umno dan juga sekutu itu, seperti Timbalan Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang (PKMM), Datuk Mohamed Fadzill Hassan mendakwa kenyataan itu tidak benar dan tidak mencerminkan realiti sebenar pengagihan projek secara adil.

"Datuk Mohamad Fadzill telah mencabar saya mendedahkan nilai tender yang dianugerahkan kepada kontraktor bumiputera kerana nilainya mungkin jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan habuan kontrak yang diterima kontraktor bukan bumiputera.

"Angka sedemikian dengan sendirinya membuktikan bahawa kontraktor Umno, seperti Datuk Mohamed Fadzil hasad dengki dan marah terhadap kerajaan negeri PR semata-mata kerana mereka tidak memenangi kontrak seperti yang dulu," katanya.

Lim yang juga setiausaha agung DAP mendakwa, atas kepentingan politik yang sempit, Umno dan BN menabur fitnah kerana tidak mendapat kontrak seperti dahulu.

"Kalau Datuk Mohamed seorang beriman, maka lebih baik beliau meminta maaf dan menarik balik fitnah terhadap kerajaan negeri PR (Pakatan Rakyat) Pulau Pinang," tambahnya.

Menurut Lim, urustadbir Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) telah berjaya memartabatkan kontraktor Melayu dengan sistem tender terbuka.

Urustadbir CAT dan sistem tender terbuka, tambahnya, telah membuktikan bahawa kontraktor Melayu memang berdaya saing secara terbuka.

"Yang tak mampu saing hanya kontraktor Umno yang lembik, dayus dan bodoh sehingga terpaksa bergantung kepada kabel politik Umno dan hidup sebagai kontraktor kroni," tegasnya.

Keadaan itu, tambah ketua menteri, telah menyebabkan banyak projek kerajaan bermasalah sebelum ini.

"Demi mengelakkan projek kerajaan negeri bermasalah kerana terbabit dengan kontraktor kroni Umno, maka arahan telah dikeluarkan kepada semua jabatan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk memantau dengan teliti dan rapi sekiranya kontraktor Umno ini membida projek.

"Saya ingin menasihatkan Datuk Mohamed Fadzil supaya janganlah berpura-pura sebagai kontraktor kalau lebih berminat jadi orang politik yang sentiasa serang kerajaan negeri Pulau Pinang," tegasnya.

Menurutnya, adalah lebih baik Mohamed meletak jawatan dalam PKMM dan bertanding dalam pilihanraya kalau mahu menjadi orang politik.

Lim berkata, sekiranya tidak mahu meletak jawatan, maka Mohamed harus mengakui salah dan meminta maaf kepada kerajaan negeri Pakatan Pulau Pinang kerana didakwanya menabur fitnah yang tidak berasas.

"Sebelum ini saya telah menyatakan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) yang menjadi amalan kerajaan negeri terbukti apabila kira 70 peratus bidaan kontrak di Pulau Pinang berjaya dimenangi oleh kontraktor Melayu," tambahnya.

Pada 29 November lalu, Mohamed dilaporkan oleh Utusan Malaysia, mencabar Lim supaya mendedahkan secara terperinci nilai tender yang dianugerahkan kepada kontraktor bumiputera dan bukan bumiputera bagi membuktikan kepimpinannya benar-benar telus dalam mengagihkan projek kerajaan negeri.

Timbalan presiden PKMM itu dilaporkan berkata, kenyataan Guan Eng bahawa 70 peratus bidaan kontrak kerajaan negeri dimenangi kontraktor bumiputera tidak mencerminkan realiti sebenar pengagihan projek secara adil.

Mohamed dilaporkan berkata, ini kerana sebanyak mana pun kontrak yang diterima kontraktor bumiputera, nilainya mungkin jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan habuan kontrak yang diterima kontraktor bukan bumiputera.

Mengulas mengenainya, Lim berkata akhbar berkenaan dan pemimpin rasis BN sering menggambarkan beliau sebagai anti-Melayu sedangkan kerajaan negeri pimpinannya memartabatkan usahawan bumiputera yang berkebolehan dengan tawaran tender secara terbuka menerusi e-Perolehan.

"Sudah sampai masanya kita jangan lihat dari sudut perkauman tetapi professionalism dan kemampuan yang boleh martabatkan kita semua," tambahnya.

Malaysiakini/-

S'gor kekal destinasi pelaburan utama

10 Muharam 1432H

Prestasi pelaburan negeri Selangor dari Januari hingga September lalu, sangat baik dan memberangsangkan dengan jumlah pelaburan yang diluluskan berjumlah RM6.533 billion.

Jumlah pelaburan sepanjang tempoh tersebut, melebihi nilai pelaburan yang dicatatkan dalam tempoh yang sama pada 2009, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurutnya, sebanyak RM2.757 billion atau 42 peratus merupakan pelaburan tempatan manakala 58 peratus atau RM3.775 billion adalah pelaburan asing.

Jumlah pelaburan tersebut melibatkan 245 projek yang telah diluluskan, yang mewujudkan 16,966 peluang pekerjaan, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebanyak 38 peratus atau 154 projek adalah projek baru dengan nilai pelaburan melebihi RM2.519 bilion.

Manakala 91 projek atau 62 peratus merupakan projek pembesaran dan pelbagaian dengan nilai pelaburan melebihi RM4.013 bilion.

"Dengan jumlah pelaburan ini, Selangor mendahului negeri lain di Malaysia dan telah menyumbang sebanyak 31 peratus jumlah keseluruhan pelaburan negara diikuti Johor dan Pulau Pinang," katanya.

Pelabur Jepun penyumbang terbesar dengan pelaburan melebihi RM1.884 bilion, diikuti Cayman Islands dengan RM531.6 juta dan Singapura melebihi RM393.664 juta.

Bagaimanapun, tegas menteri besar, dari segi bilangan projek, Singapura mencatatkan jumlah tertinggi dengan 19 projek.

Pada 2009, katanya, Selangor berjaya memperoleh 138 projek dengan pelaburan RM2.718 bilion dan menyediakan 11,059 peluang pekerjaan.

Peningkatan jumlah pelaburan ini membuktikan keyakinan pelaburan terhadap Negeri Selangor sebagai destinasi pelaburan yang utama di Malaysia, jelas Abdul Khalid.

"Kerajaan negeri akan terus mengambil langkah pro-aktif dengan meningkatkan kemudahan infrastruktur di kawasan-kawasan perindustrian sedia ada.

"Anak syarikat kerajaan negeri, SSIC Berhad (Selangor State Investment Centre ) juga sering mengadakan pertemuan-pertemuan dengan para pelabur bagi berbincang secara terus berhubung isu dan masalah yang dihadapi oleh para pelabur untuk diselesaikan segera.

"Kerajaan negeri akan terus mempergiatkan lagi usaha mempromosi selangor sebagai negeri perindustrian dan pelaburan dalam memastikan sektor ini terus berkembang dan menjadi penyumbang utama kepada pencapaian ekonomi negeri seterusnya berjaya mencapai prestasi pelaburan yang disasarkan," tambahnya.

Malaysiakini/-

Parti Barisan Rakyat Sabah (SPF) - parti politik terbaru

10 Muharam 1432H

Sebuah parti politik baru, Parti Barisan Rakyat Sabah (SPF), telah ditubuhkan di Kota Kinabalu.

Presidennya Berman Angkap yang mengadakan sidang akhbar sebaik tiba dari Kuala Lumpur dengan menyatakan pendirian partinya sebagai parti pembangkang tetapi berkata mereka tidak mempunyai perancangan lagi untuk bekerjasama dengan parti-parti pembangkang di negeri ini.

Bagaimanapun, beliau nampaknya terbuka kepada idea itu dengan berkata "apa yang penting adalah ideologi mereka sama dengan kami".

Berman juga mengumumkan pembubaran Parti Barisan Rakyat Sabah Bersekutu (Bersekutu) yang diterajuinya yang bergiat sejak 20 tahun lalu walaupun dianggap sebagai “parti nyamuk”.

Beliau berkata SPF, yang didaftar secara rasmi oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 8 Dis, ditubuhkan bagi memenuhi hasrat rakyat Sabah yang mahukan memulihkan hak negeri.

Beliau berkata parti itu sudah pasti akan bertanding semasa pilihan raya negeri.

"Kita akan menubuhkan bahagian-bahagian di 60 kawasan pilihan raya sebagai persiapan menghadapinya," katanya.

"Kita mensasarkan keanggotaan seramai 50,000 terutama generasi muda. Kita juga berharap 38,000 bekas anggota parti Bersekutu juga akan menyertai parti baru ini,” katanya.

Malaysiakini/-

Pluralisme: Mufti Perlis tampil bela Nik Aziz

10 Muharam 1432H

Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya amat kecewa apabila tokoh agama yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, cuba dikaitkan dengan fahaman pluralisme semata-mata kerana beliau menghadiri majlis penganut agama Buddha.

"Ini suatu tuduhan yang amat jahat. Rekod Tuan Guru membuktikan beliau amat konsisten dalam isu Islam," katanya dalam satu kenyataan, sambli menegaskan beliau bukan ahli PAS dan mana-mana parti politik.

Dr Juanda mengulas laporan media online yang memetik kenyataan beberapa pembentang kertas kerja di satu seminar semalam berkaitan isu pluralisme, termasuk mengingatkan pemimpin Islam termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada menghadiri perayaan agama lain.

Salah seorang pembentang kertas kerja itu - bekas presiden ABIM, Dr Yusri Mohamad (kanan) mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah secara terbuka menyokong pluralisme dalam syarahannya di London School of Economic Mac lalu.

Dr Yusri dilaporkan mendakwa badan pemikir Anwar - Institut Kajian Dasar (IKD) yang diketuai oleh bekas setiausaha akhbarnya, Khalid Jaafar, juga telah menerbitkan buku-buku yang 'merbahaya' yang mempromosi persamaan agama.

Pensyarah Kuliah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu juga turut mengkritik Nik Aziz (kiri) kerana beliau menghadiri majlis penganut agama Buddha di Kelantan.

Seorang lagi pembentang kertas kerja, felo Institut Pemikiran dan Peradaban Islam Antarabangsa (ISTAC), Dr Muhammad Uthman El-Muhammady, juga senada dengan Dr Yusri apabila menggesa umat Islam menentang mereka yang mempromosikan persamaan agama.

Mengulas lanjut, Dr Juanda berkata: "Ya, pluralisme adalah suatu ancaman kepada Islam, tetapi tuduhan melampau dan tergesa-gesa mengecop beberapa orang tokoh politik sebagai penganut fahaman pluralisme ini amat berbahaya kepada keharmonian hidup antara umat beragama di Malaysia.

"Budaya ala-Taliban ini amat tidak cocok dengan rakyat Malaysia yang sudah sekian lama hidup dalam suasana harmoni dan saling menghormati," tambahnya.

"Kita perlulah membezakan di antara sikap menghormati kebebasan pegangan agama orang lain yang diakui oleh Islam dengan hakikat maksud pluralisme," tegasnya.

Tidak sepatutnya, tambah beliau, mereka yang bergelar sarjana tidak memahami metodologi ilmu dalam menilai perbezaan di antara dua perkara ini.

"Dalam al-Quran, Surah al-Kafirun memberikan ruang memperakui hak penganut agama lain dalam mengamalkan kepercayaan mereka, manakala Surah al-Mumtahanah menyuruh orang Islam berbuat baik dengan penganut bukan Islam.

"Erti ruang toleransi dan saling menghormati hak sesama manusia untuk hidup secara harmoni itu diakui oleh Islam dan bukannya satu ciri penganut pluralisme," katanya.

Dr Juanda (kanan) bertanya bukankah Nabi Muhammad SAW sendiri pernah menerima rombongan penganut Kristian Najran di dalam masjid Nabawi?

"Bahkan baginda membenarkan mereka melakukan ibadat agama mereka di dalam masjid kedua paling suci itu.

"Bukankah Nabi Muhammad SAW pernah bangun bagi menghormati jenazah seorang penganut Yahudi yang lalu di hadapannya?

"Bukankah Omar bin al-Khattab RA sewaktu membuka Palestin memberikan kebebasan dan penghormatan yang amat luar biasa kepada Patriach Kristian di sana dan mengunjungi Gereja Nativity?

"Apakah Nabi SAW dan Omar RA ini juga penganut pluralisme? Sudah tentu tidak! Dan dengan itu formula dan kaedah pihak yang gelojoh ini juga salah dan amat berniat jahat," katanya.

Dr Juanda berkata, beliau bimbang wujud kecenderungan beberapa pihak dari kalangan ahli akademik dan agamawan menggunakan isu akidah untuk tujuan mewujudkan permusuhan di kalangan ahli politik.

"(Mereka) juga menggunakan isu akidah untuk menyesatkan dan memurtadkan orang politik yang tidak sebulu dengan mereka," katanya.

Hal ini, tegas beliau lagi, akan menjurus kepada pegangan yang amat melampau dan boleh mencetuskan kekecohan antara agama di Malaysia.

"Akibat sikap seperti ini, banyak pihak akan disesatkan dan dipertikaikan akidah mereka," tegasnya.

Juga, kata Dr Juanda, formula mereka yang melampau ini akan menimbulkan salah tafsiran terhadap sikap harmoni kerajaan Persekutuan kepada penganut berbilang agama di Malaysia.

"Apakah polisi kerajaan ini juga akan mereka sesatkan, termasuk para pemimpin yang terbabit?" soalnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru umat Islam, terutama ahli akademik, agar bersikap jujur dan adil dalam memperkatakan soal Islam dan terutamanya dalam soal hubungan dengan agama lain.

"Semua pihak perlu berhati-hati terutama dalam menyatakan pandangan yang boleh membawa kepada permusuhan beragama dan berpolitik," tambahnya.

Dr Juanda berkata rujuklah kepada al-Quran dan al-Sunnah dalam mengeluarkan pandangan Islam.

"Bukannya dengan emosi dan kecenderungan berpolitik bagi menimbulkan permusuhan di kalangan umat Islam dan permusuhan di antara umat Islam dengan bukan Islam.

"Islam tidak memerlukan mereka yang berpemikiran pelampau, kolot dan amat konservatif bagi membela agama suci ini," tegasnya.

Malaysiakini/-

TGHA - Gantung Anwar enam bulan satu ‘tragedi’

KUALA LUMPUR, 16 Dis — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan keputusan Parlimen yang dijadual akan menggantung Datuk Seri Anwar Ibrahim selama enam bulan adalah satu “tragedi” dan “kesilapan besar” yang memalukan. Hadi berkata jika benar hukuman itu dikenakan ke atas Anwar pagi ini, ia akan memberikan gambaran buruk di kalangan rakyat.

“PAS membantah cadangan pihak tertentu untuk mengambil tindakan penggantungan terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selama enam bulan daripada Parlimen.

“Jika benar penggantungan ini akhirnya dilaksanakan, ia adalah merupakan satu tragedi demokrasi di negara kita. “Keadaan ini terjadi dalam keadaan pemimpin negara melaungkan hasrat untuk mengangkat kedudukan Parlimen ke taraf antarabangsa tetapi pihak yang sama juga terlibat dalam meruntuhkan institusi yang mewakili rakyat dalam negara kita ini.” katanya.

Dalam laporan yang dibentangkan di Parlimen kelmarin, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen mengesyorkan agar Anwar, yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat, digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan ekoran dakwaannya mengaitkan konsep 1 Malaysia dengan One Israel.

Usul menggantung Anwar akan dibahaskan oleh anggota Dewan Rakyat hari ini, yang akan memutuskan sama ada syor yang dikemukakan oleh jawatankuasa itu diterima atau sebaliknya.

Anwar terdahulu mengaitkan konsep 1 Malaysia dengan One Israel. — Foto Reuters
Datuk Seri Nazri Aziz pada 22 April lepas telah mengemukakan usul untuk merujuk Anwar pada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan ekoran kenyataan yang dibuatnya itu yang mengaitkan firma perhubungan awam APCO Worldwide yang dilantik oleh kerajaan.

Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, jawatankuasa bersetuju bahawa dakwaan Anwar itu adalah tidak benar.

Menurut Hadi, penafian hak ke atas Anwar yang juga Penasihat PKR untuk membela diri dalam isu itu merupakan satu kesilapan besar.

“Ia merupakan satu kesilapan besar dan menyerlahkan kepada umum kejahilan yang memalukan pihak yang terlibat dalam proses menjatuhkan hukuman.

“Apa yang berlaku hingga kini ialah bukan sahaja pihak kerajaan yang ingin menghukum itu gagal dalam memberikan hujah balas kepada isu yang diperkatakan, tetapi juga gagal mengemukakan apa-apa jawapan yang meyakinkan.

“Sikap hanya bergantung kepada sekeping surat daripada pihak yang berkepentingan tentunya bukan satu tindakan yang adil,” katanya.

Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang meminta agar kesilapan yang berlaku dalam kes itu diperbetulkan segera supaya terus dihormati rakyat di negara ini.

“PAS ingin mempertegaskan bahawa kami bersama Pakatan Rakyat adalah secara konsisten menyertai sistem demokrasi dalam usaha membangunkan negara.

“Namun jika komitmen kami ini gagal dihormati, malah pihak pimpinan Barisan Nasional sengaja menutup pintu demokrasi ini, kita tidak mampu memberi jaminan bahawa rakyat akan terus bersama dapat menghormati sistem ini,” katanya.

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen yang dianggotai oleh Pandikar Amin, Timbalan Yang diPertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee, Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), R. Sivarasa (PKR-Subang), Nancy Shukri (BN-Batang Sadong), Tan Sri Dr Fong Chan Onn (BN-Alor Gajah) dan Datuk Razali Ibrahim (BN-Muar) yang dipertanggungjawab untuk membincangkan isu dakwaan Anwar terhadap APCO itu.

Karpal dan Sivarasa bagaimanapun menarik diri daripada keanggotaan jawatankuasa itu setelah kalah dalam undi belah bahagi dalam jawatankuasa itu untuk meneruskan pertimbangan kes tersebut berdasarkan surat penjelasan daripada APCO dan Hansard Dewan Rakyat.(MalaysianInsider)

Memalukan ,Pesawat Khas bawa KM Melaka dan rombongan ditahan kerana hisap rokok masa isi bahan bakar.

10 Muharram 1432H.
Drs. Khalil Idham Lim.

Kejadian memalukan oleh peserta rombongan yang menaiki pesawat khas jenis BAE 146-200yang membawa 80 penumpang termasuk Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam ditahan di Lapangan Terbang Juanda, Surabaya, Indonesia petang Selasa.

Menurut berita yang disiarkan pesawat itu ditahan kerana ada penumpang turun ke landasan sambil menghisap rokok sewaktu pesawat yang disewa dari Heritage Air berkenaan berhenti untuk mengisi bahan bakar.

Itulah tahap dan displin yang ditunjukkan oleh orang yang ada pendidikan. Atau mungkinkah rombongan yang dibawa oleh Ali Rustam adalah orang Melaka yang tidak ada pendidikan dan tidak tahun peraturan menaiki kapal terbang.

Macamlah kebiasaan yang kita lihat bila ada sahaja bas express yang berhenti ramai yang ambil peluang hisap rokok disamping ada yang ramai bwergegas ke tandas dengan hajat masing.

Tidak tahulah pula rombongan Ali Rustam ini, adakah mereka rasa naik kapal terbang macam naik bas ?

Untunglah kapal terbang itu tidak meletup kerana dan saya ucapkan tahniah kepada penguasa di Lapangan Terbang Juanda, Surabaya yang bertinbdak cepat. kalau tidak dengan lapangan terbang sekali meletup akibat tidak berdisplinnya rombongan yang dibawa oleh Ali Rustam.

Tidakan tegas Tentera Nasional Indonesia (TNI) yang melihat keadaan itu memeriksa semua penumpang di lapangan terbang itu amatlah saya sokong.

Rombongan kerajaan negeri Melaka itu sedang menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam.

Pesawat itu dalam penerbangan pulang dari Dili, Timur Leste dan ditahan pada kira-kira 2 petang waktu Indonesia sebelum dibenarkan berlepas ke Melaka pada pukul 11 malam dan tiba di LTAM di Alor Gajah pada pukul 2.15 pagi.

Namun begitu Enam penumpang pesawat itu termasuk Mohd Ali, isterinya Datin Seri Asmah Abdul Rahman dan pengawal peribadi kepada Ketua Menteri dibenarkan pulang ke Malaysia dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS).

Inilah tahap moral pemimpin UMNO selepas 50 tahun lebih kita meredeka, peraturan naik kapal terbang pun tidak tahu atau kalau tahupun nak tunjuk lagak dan dia yang besar dan ada kuasa. Sepatutnya bagi saya hukuman kepada mereka yang hisap rokok dalam kejadian ini lebih keras kerana ia mengundang resiko keselamatan yang sangat serius.

Hanafi mengaku masih presiden AKIM

10 Muharam 1432H

Hanafi Hamat tetap menganggap dirinya sebagai presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) yang sah walaupun ada pihak lain mendakwa diri mereka presiden AKIM.

Sebelum ini Bernama melaporkan Pengarah ROS Kelantan, Wan Rahimah Wan Hamat mengesahkan Hanapi kekal menjadi presiden parti AKIM berikutan kemelut perebutan pihak lain terhadap jawatan itu sehingga menjejaskan penubuhan parti berkenaan.

Sehubungan itu, Hanafi (kanan) berkata beliau tidak mengiktiraf atau bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk penukaran nama baru bagi parti itu iaitu Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), seperti yang diputuskan dalam mesyuarat penubuhannya, di Kuala Lumpur hari ini.

AKIM merupakan sebuah parti politik yang ditubuhkan lebih 15 tahun lalu mempunyai prinsip perjuangannya yang tersendiri untuk menyatupadukan umat Islam di seluruh negara, katanya kepada Bernama di sini.

Hanafi mengulas laporan sebuah portal berita mengenai bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim yang dilaporkan menerajui parti KITA yang ditukarkan namanya daripada AKIM dalam satu sidang akhbar selepas mesyuarat agung tahunan Akim di Kuala Lumpur.

Zaid (kiri), yang juga bekas ahli Parlimen Kota Bharu, juga dilaporkan sebagai berkata parti baru yang diterajuinya itu tidak akan menyertai pakatan
pembangkang.

Hanafi berkata mereka yang cuba menukar nama parti itu kepada nama baru, seolah-olah mencabul hak AKIM sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam.

“Ini sebagaimana terkandung dalam perlembagaan yang diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS). Mereka yang cuba menghidupkan AKIM dengan nama lain, seolah-olah melelong parti itu kepada pihak lain untuk kepentingan peribadi mereka,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya tidak bertanggungjawab dengan tindak tanduk segelintir anggota AKIM yang terlibat dengan penubuhan parti KITA, bagi menggantikan nama asal AKIM serta berniat untuk menggulingkannya.

Malaysiakini/-

Keputusan PMR 23 Dis Ini

10 Muharam 1432H

KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 akan diumumkan pada 23 Disember ini.

Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata analisis keputusan PMR akan diumumkan pada hari itu di pejabat kementerian di Putrajaya.

Keputusan akan dikeluarkan di sekolah masing-masing pada hari yang sama mulai pukul 10 pagi manakala calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka melalui pos yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri.

Sejumlah 479,675 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut pada tahun ini dan daripada jumlah itu, seramai 446,896 orang calon adalah daripada sekolah kerajaan.

mStar/-

KITA tiada impak kepada 'kita' - Zaid

KUALA LUMPUR, 16 Dis — Pakatan Rakyat menyifatkan kewujudan parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), yang diterajui Datuk Zaid Ibrahim, tidak akan memberi sebarang impak terhadap landskap politik negara, terutamanya ke atas perikatan tiga parti itu.

Semalam Zaid yang juga bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan dipilih sebagai presiden Kita yang sebelum ini dikenali sebagai Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) sebuah parti politik yang berpangkalan di Kelantan.

“Saya tak nampak apa impak yang boleh diberikan oleh Kita,” kata Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa.

Menurut Nasharudin, Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, PKR dan DAP mempunyai rekod pentadbiran yang baik selain mempunyai pengalaman dalam politik negara.
“Pakatan Rakyat telah punya ‘track record’ dalam mengurus negeri, menerima cabaran tentangan yang berbagai dari Umno-BN (Barisan Nasional) dan juga telah dikenali oleh rakyat.

“Perjuangan kami untuk rakyat dan bukan untuk individu,” kata Ahli Parlimen Bachok itu kepada The Malaysian Insider.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar pula berkata, pemilihan Zaid sebagai Presiden Kita adalah hak demokrasi dan rakyat boleh menyokong mana-mana parti politik yang mereka mahu.

“Pertama sekali pemilihan Zaid sebagai presiden Kita adalah hak demokrasi ahli parti yang kami hormati.

“Kedua kami yakin kepada hikmah dan penilaian rakyat untuk menyokong mana-mana parti sebagai hak demokrasi yang kami junjung.

“Ketiga kami yakin bahawa sokongan rakyat bukan sahaja berterusan, malah bertambah terhadap agenda muafakat rakyat serta prestasi kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat yang berjaya merakyatkan ekonomi dan memulihkan harapan demokrasi walaupun diserang, disekat dan difitnah oleh BN sudah tentu mengalukan sumbangan semua pihak termasuk parti Kita di dalam memperkayakan arena politik,” katanya.

Beliau juga berkata, kewujudan mana-mana parti politik boleh menyumbang kepada usaha memperkukuhkan asas demokrasi negara.

“Tidak kira fahaman parti politik, kami menyeru agar semua parti politik bekerjasama untuk membentangkan Akta Pemulihan Demokrasi untuk menyelamatkan negara yang menghadapi krisis ekonomi, sosial dan politik dan di ambang kemerosotan mendadak yang terus memiskinkan dan membebankan rakyat.

“Setiap rakyat berhak, harus dibenarkan menyertai proses demokrasi,” kata beliau sambil menambah, kehadiran mana-mana parti politik yang berniat memperkukuh asas demokrasi negara “kita dialu-alukan.”

“Bagi saya, yang lebih afdhal kini ialah reformasi sistem pilihan raya kita, seperti yang diangkat gerakan Bersih 2.0, hanya dengan pilihan raya yang lebih adil dan telus, maka demokrasi negara kita akan semakin pulih, insya-Allah,” kata Nurul Izzah (kanan) yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Beliau turut menegaskan, masa depan Pakatan Rakyat akan terjamin sekiranya kredibiliti terus dijaga.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, Zaid mempunyai hak untuk melakukan apa sahaja termasuk menyertai mana-mana parti politik.

“Itu hak beliau (Zaid), kalau nak masuk (parti) terpulang kepada mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Bernama pula melaporkan, Hanafi Hamat yang mempertahankan kedudukannya sebagai Presiden Akim yang sah berkata beliau tidak mengiktiraf atau bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk penukaran nama baru bagi parti itu iaitu Kita seperti yang diputuskan dalam mesyuarat penubuhannya semalam.

Akim merupakan sebuah parti politik yang ditubuhkan lebih 15 tahun lalu mempunyai prinsip perjuangannya yang tersendiri untuk menyatupadukan umat Islam di seluruh negara, katanya.

Zaid yang juga bekas Ahli Parlimen Kota Baru berkata, parti baru yang diterajuinya itu tidak akan menyertai Pakatan Rakyat.

Beliau mengambil alih kepimpinan Akim daripada presidennya Zakaria Salleh.

Hanafi berkata, mereka yang cuba menukar nama parti itu kepada nama baru, seolah-olah mencabul hak Akim sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam.

“Ini sebagaimana terkandung dalam perlembagaan yang diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan. Mereka yang cuba menghidupkan Akim dengan nama lain, seolah-olah melelong parti itu kepada pihak lain untuk kepentingan peribadi mereka,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya tidak bertanggungjawab dengan tindak tanduk segelintir anggota Akim yang terlibat dengan penubuhan parti Kita bagi menggantikan nama asal Akim serta berniat untuk menggulingkannya.

Hanapi juga berkata, beliau tetap menganggap dirinya sebagai Presiden Akim yang sah walaupun ada pihak lain mendakwa diri mereka Presiden Akim.

Sebelum ini Bernama melaporkan Pengarah Pendaftaran Pertubuhan Kelantan, Wan Rahimah Wan Hamat mengesahkan Hanapi kekal menjadi Presiden parti Akim berikutan kemelut perebutan pihak lain terhadap jawatan itu sehingga menjejaskan penubuhan parti berkenaan.(MalaysianInsider)

Wikileaks- Jangan Lupa Isu Kenaikan Harga Barang

Kerajaan BN semakin takut dengan kemarahan rakyat terhadap isu kenaikan harga barang. Malahan perkara ini telah menjadi bualan di kalangan rakyat peringkat bawah termasuk di kalangan penyokong tegar Umno. Apabila minyak naik ia memang akan melibatkan keperluan rakyat terus meningkat kerana kebanyakan barang dibawa menggunakan minyak.

Isu Wikileaks telah memberi peluang kepada media untuk mengalihkan isu kenaikan harga barang pada ketika ini. Sebelumnya banyak jawapan pak pandir oleh pemimpin BN yang bertaraf menteri untuk dijadikan halwa telinga, supaya rakyat jangan marah, antaranya harga petrol lebih murah daripada Singapura, bukan kenaikan tetapi penyelarasan, bukan kenaikan tetapi subsidi dikurangkan, kerajaan kena naik harga minyak kerana mengelak daripada diseludup ke negara jiran. Media pula diarahkan jangan meletakkan tajuk petrol naik, sebaliknya guna istilah penyelarasan.
PAS mengingatkan kepada jentera penerangan di peringat akar umbi mesti menaikkan kain rentang dan gunakan media baru seperti face book, twitter, blog untuk menaikkan amarah rakyat kepada BN yang tidak bijak menguruskan negara. Mesti garapkan isu ini supaya rakyat bangkit menolak kerajaan BN dalam PRU akan datang. Ustaz Idris Ahmad