09 Jun 2011

Presiden Yaman melecur, timbalan putus sebelah kaki

7 Rejab 1432H. [MOD] -

SANAA: Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh melecur 40 peratus daripada tubuhnya dan mengalami pendarahan otak akibat serangan ke atas istananya minggu lalu.

Keadaan Saleh didedahkan oleh pegawai Amerika Syarikat yang menunjukkan kecederaan yang dialami lebih parah daripada apa yang dilaporkan.

Ketiadaan Saleh yang dirawat di Arab Saudi meningkatkan lagi keganasan di Yaman, apabila tentera kerajaan terus bertempur dengan militan dan puak bersenjata di dua bandar di selatan Sanaa kelmarin.

Tentera mendakwa membunuh 30 militan, anggota kumpulan yang mengambil alih bandar Zinjibar minggu lalu.

Tiga hari lalu, Saleh dilaporkan semakin stabil selepas menjalani beberapa pembedahan di Arab Saudi dan dijangka pulang ke negaranya beberapa hari lagi.

Jika Saleh pulang, pertempuran hampir pasti tercetus semula di Sanaa. Jadi, pendedahan pegawai Amerika memberi isyarat Saleh tidak mungkin pulang dalam tempoh terdekat.

Tiga pegawai berkata, Saleh melecur lebih 40 peratus tubuhnya dan mengalami pendarahan otak, manakala pegawai di Yaman memberitahu, Saleh terbakar teruk di bahagian muka, leher dan dada. Satu daripada pembedahan dilakukan bagi membuang serpihan kayu yang tertusuk di dadanya.

Perdana menteri, dua timbalan, speaker dua Dewan Parlimen dan ketua parti memerintah, juga diterbangkan ke Arab Saudi akibat cedera teruk.

Seorang timbalan perdana menteri Rashad al-Alimi dibawa ke negara itu dalam keadaan tidak sedarkan diri dan nasibnya belum diketahui hingga kini.

Seorang lagi timbalan, Sadeq Abu Ras, putus sebelah kaki, manakala gabenor Sanaa yang cedera parah di kaki dan tangan masih koma.

Amerika sebelum ini melahirkan kebimbangan cawangan al-Qaeda di Yaman akan mengambil kesempatan berikutan keadaan huru-hara di negara itu.

Washington dan Arab Saudi berusaha mendesak pegawai Yaman mengambil peluang pemergian Saleh dengan segera memulakan peralihan kuasa dan membentuk kerajaan baru.

Jurucakap Jabatan Negara Amerika, Mark Toner memberitahu wartawan di Washington, duta negara itu di Sanaa sudah bercakap dengan Naib Presiden Abed Rabbo Mansour Hadi, pemangku jawatan presiden bagi menyatakan pandangan Amerika mengenai isu berkenaan.

Toner bagaimanapun berkata, beliau tidak pasti berapa lama Saleh akan menjalani rawatan di Arab Saudi atau sama ada beliau masih merancang untuk pulang.

Serangan ke atas istana Saleh berlaku selepas dua minggu pertempuran antara tentera kerajaan dan pembangkang daripada kumpulan puak di Sanaa, yang mahu menggulingkan beliau.

Pertempuran menjerumuskan negara itu kepada perang saudara selepas tunjuk perasaan jalanan oleh ratusan ribu penduduk Yaman gagal menggulingkan Saleh yang sudah berkuasa sejak 33 tahun lalu. – AP

Nik Aziz sedia tunjuk surat Mahathir

7 Rejab 1432H. [MOD] -

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah individu yang bertanggungjawab sepenuhnya menolak pelaksanaan hukuman hudud yang ingin dikuatkuasakan Kerajaan Kelantan.

Sambil mempersoalkan kenyataan Dr Mahathir yang mendakwa pemilihan Pas, baru-baru ini, dimenangi secara tidak langsung Pengerusi DAP, Karpal Singh, Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau mempunyai bukti kukuh Dr Mahathir yang menolak hasrat Pas untuk memartabatkan hukum Islam itu.

“Seingat saya orang yang menghantar surat kepada Kerajaan Kelantan agar tidak melaksanakan hudud satu ketika dahulu namanya ialah Dr Mahathir Mohamad, bukannya Karpal Singh.

“Barangkali orang yang bernama Dr Mahathir ini sudah lupa, untuk tujuan mengingatkannya saya boleh tunjukkan surat itu, ia masih ada dalam simpanan saya,” katanya melalui laman Facebook.

Sebelum ini, Dr Mahathir dalam nada sinis mendakwa, perjuangan Karpal supaya Pas menggugurkan matlamat penubuhan negara Islam dilihat berjaya apabila pemimpin baru parti itu tidak dikuasai ulama.

Karpal antara pemimpin DAP yang lantang mengkritik Pas menubuhkan negara Islam termasuk hukum hudud dengan mengeluarkan kenyataan “langkah mayatnya dulu” sebelum mahu laksanakan.

Untuk rekod, Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telah pun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993. Bagaimanapun sehingga kini ia belum dilaksanakan.

Sinar Harian/-

Dedah kos lawatan ke Kazakhstan, MP PAS desak Najib

7 Rejab 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 9 Jun — Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad hari ini menggesa Datuk Seri Najib Razak mendedahkan kepada umum perbelanjaan lawatan beliau ke Kazakhstan, yang secara kebetulan diadakan dengan majlis pertunangan anak perempuannya.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Kuala Selangor ini juga mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin “kerana mengesahkan dakwaan kami bahawa majlis perkahwinan diaturkan ketika lawatan” perdana menteri ke negara itu.

“Selepas ucapan Najib pada Forum Ekonomi Islam Sedunia mengenai urus tadbir yang baik dan ketelusan, beliau seharusnya mendedahkan berapa banyak yang beliau telah habiskan untuk lawatannya.”

“Dedahkan berapa banyak telah digunakan untuk urusan peribadi dan nyatakan sama ada mana-mana pihak dalam rombongannya tidak perlu (ketika beliau) menghadiri WIEF,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Semalam, Khairy mempertahankan lawatan Najib ke Kazakhstan menerusi akaun Twitternya.

Khairy berkata, Najib berada di Kazakhstan untuk menyampaikan ucapan pada WIEF dan lawatan ke negara itu adalah atas jemputan presidennya Nursultan Nazarbayev yang pernah melawat Malaysia ketika era kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Dzulkefly menambah, ini bukan kali pertama perdana menteri membuat lawatan kerja yang secara kebetulan berkaitan dengan urusan peribadi.

Katanya, Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor bulan lalu mengunjungi Amerika Syarikat (AS) dan menghadiri majis konvokesyen anak perempuan mereka di Georgetown University.

“Malah di mana-mana syarikat pun, ahli lembaga pengarah perlu mengisytiharkan terlebih dahulu jika wujud unsur konflik kepentingan,” kata wakil rakyat PAS.

Petronas Catat Untung RM241 Bilion

7 Rejab 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 9 JUN : Kenaikkan beberapa kali harga minyak petrol RON97 sepanjang tahun ini dan terbaru gas asli yang menyaksikan kenaikan tarif elektrik sebanyak 7.12 peratus oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN), Petronas semalam dicatat mengaut keuntungan RM241 bilion.

Malah, Petronas dilapor memperoleh keuntungan lebih tinggi bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2011, didorong kenaikan harga semua produknya dan jumlah dagangan yang tinggi.

Presiden dan ketua pegawai eksekutif Datuk Shamsul Azhar Abbas berkata perolehan meningkat 14.4 peratus kepada RM241.2 bilion daripada RM210.8 bilion.

Sementara keuntungan pracukai juga dikatakan meningkat 34.5 peratus kepada RM90.496 bilion daripada RM67.3 bilion sebelum ini.

Syarikat minyak negara itu dalam masa sama turut mengumumkan dividen RM30 bilion kepada kerajaan.

Pada April lalu, petrol RON 97 dinaikkan sebanyak 20 sen kepada RM2.70 seliter yang merupakan kenaikan kali kelima sejak harga bahan api itu diapungkan dan kenaikan kedua sejak 31 Januari lalu.

Sementara itu, kerajaan Umno-BN menaikkan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun lalu sebagai usaha menarik balik subsidi daripada rakyat, meskipun Tenaga Pengeluar Bebas (IPP) memperoleh RM19 bilion hingga RM22 bilion setahun.

Gas asli pula dinaikkan RM3 setiap mmBtu setiap enam bulan sehingga mencecah harga pasaran pada 2016, apabila harganya diapung sepenuhnya.

Pimpinan Pakatan Rakyat sebelum ini menyelar kenaikan itu dan mendesak supaya kerajaan mendedahkan perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) antara Tenaga Nasional Berhad dan IPP yang lebih menguntungkan syarikat korporat tersebut.

Dalam masa yang sama pula, Petronas dikatakan menanggung subsidi gas sehingga mencecah RM131 bilion akibat daripada perjanjian berat sebelah tersebut, apabila dipaksa menjual gas dengan harga yang lebih rendah kepada IPP.

Tv Selangor/-

Biasiswa Selangor Merentasi Perkauman - Halimah Ali

7 Rejab 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 8 JUN : Biasiswa Pelajaran oleh Yayasan Selangor diberikan tanpa mengira kaum dan agama namun kaum Cina dan India kurang memberi sambutan kepada bantuan itu berbanding kaum Melayu.

Exco Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali menafikan dakwaan MIC dan MCA kononnya kerajaan negeri dan Yayasan Selangor menimbangkan latar belakang agama dan kaum dalam memberikan biasiswa itu.

Beliau menjelaskan rekod pengambilan pinjaman pelajaran bagi tahu 2000 hingga 2011 menunjukkan pelajar bukan bumiputera iaitu Cina dan India tidak membuat permohonan pinjaman dengan Yayasan Selangor sebaliknya membuat pinjaman dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinngi Nasional (PTPTN) yang menawarkan jumlah pinjaman yang lebih tinggi.

"Pada tahun 2011, Yayasan Selangor mendapat 350 permohonan daripada bumiputera, daripada jumlah itu 227 ditawarkan pinjaman kerana yang lain tidak menepati syarat dan sebagainya. Daripada 227 hanya 142 yang menerima tawaran.

"Ini adalah merupakan trend dan dari segi keperluan pinjaman itu sendiri samada pelajar tersebut mahukan atau tidak," katanya.

Halimah berkata demikian mengulas dakwaan MIC dan MCA yang menuduh Yayasan Selangor berat sebelah dalam memberikan biasiswa dan pinjaman pendidikan dan meminggirkan pelajar berbangsa Cina dan India.

"Kaum Tionghua hanya 4 memohon daripada 4, 2 ditawarkan pinjaman dan tidak ada daripada mereka menerima tawaran kerana rata- rata mereka mengambil kursus yang melebihi bantuan pinjaman yang ditawarkan.

"Untuk pelajar India, kita menerima 19 permohonan dan 11 telah ditawarkan pinjaman, 6 menerima tawaran," Jelas Halimah.

Beliau menambah Yayasan Selangor hanya menawarkan jumlah biasiswa yang terhad iaitu sebanyak RM35,000 sahaja. Faktor itu memungkinkan kebanyakan pelajar tidak menerima tawaran tawaran tersebut.

Halimah menambah, Yayasan Selangor giat menawarkan biasiswa dan pinjaman pendidikan kepada pelajar Selangor yang mendapat keputusan cemerlang, menerusi akhbar berbahasa Melayu, Cina dan India.

"Nak membuktikan bahawa kerajaan negeri tidak berat sebelah dalam memberi bantuan pinjaman, yayasan Selangor telah mengiklan permohonan bantuan pinjaman tersebut di surat khabar Tamil (Makkal Ossai) dan surat khabar Cina dan Melayu," ujar Halimah.

Tv Selangor/-

Gaddafi dikaitkan dengan dasar rogol

7 Rejab 1432H. [MOD] -

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: Penyiasat Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mempunyai bukti yang mengaitkan pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, dengan dasar merogol lawan dan mungkin akan mengemukakan pertuduhan berasingan berhubung isu itu, menurut pendakwa raya badan itu.

Pendakwa raya ICC, Luis Moreno-Ocampo, memohon waran tangkap pada 16 Mei lalu terhadap Gaddafi, anaknya Saif al-Islam dan ketua badan risikan Libya kerana jenayah terhadap kemanusiaan semasa usaha mematikan pemberontakan.

Hakim ICC sedang menimbang permohonan Moreno-Ocampo tetapi pendakwa raya itu berkata selepas keputusan dibuat beliau mungkin mengemukakan pertuduhan rogol itu.

Dakwaan rogol itu bukan perkara baru. Ia dibangkitkan di Majlis Keselamatan PBB oleh Duta Amerika Syarikat, Susan Rice, yang mendakwa tentera Gaddafi diberikan Viagra untuk membantu mereka merogol wanita. - Reuters

Bakar rumah selepas rompak

7 Rejab 1432H. [MOD] -

ZABRI menujukkan rumahnya yang dibakar perompak di Taman Desa Mewah, semalam. - Foto Effendy Rashid
Penjenayah dikesan bertindak ganas lupus bukti pecah masuk

SEMENYIH: Perompak kini dikesan bertindak kejam kerana bukan saja merompak rumah, malah dipercayai turut membakar kediaman itu untuk melupuskan bahan bukti selepas berjaya mendapatkan barangan.

Kegiatan kejam itu dipercayai didalangi beberapa lelaki warga asing berdasarkan rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) milik seorang mangsa rompak dan bakar itu.

Sepanjang enam bulan pertama tahun ini, empat kes dilaporkan membabitkan modus operasi sama di tiga lokasi berlainan iaitu Taman Desa Mewah, Taman Tasik Semenyih dan Sungai Kantan, Kajang.

Difahamkan, sekumpulan penjenayah itu dikatakan mensasarkan kediaman tiada penghuni dan waktu malam, sebaik penghuni sudah tidur.

Malah, kejadian rompak dan bakar itu nyaris meragut nyawa empat beranak termasuk seorang budak lelaki kuramg upaya (OKU) yang nyaris rentung apabila rumahnya dibakar ketika mereka sedang tidur.

Menceritakan kejadian itu di Taman Tasik Semenyih, mangsa, Mahani Hashim, 33, berkata ketika kejadian Ahad lalu, mereka sekeluarga sedang tidur di bilik tingkat atas bersama suami dan dua anak.

“Bagaimanapun, kira-kira jam 1 pagi, saya tersedar apabila elektrik terpadam dan sebaik membuka bilik tidur, asap tebal dari tingkat bawah. Saya dan suami terpaksa mencari kunci membuka tingkap atas bagi menyelamatkan nyawa terutama anak bongsu yang OKU, sebelum kami semua terjun dari tingkap dan disambut penduduk kampung.

"Saya pada mulanya fikirkan kebakaran akibat lintas pintas tetapi terkejut apabila mendapati dompet dan empat cincin saya yang ada di tingkat atas, hilang sedangkan kawasan itu tidak terbakar.

"Selepas menghubungi bomba untuk mendapatkan kepastian, saya dimaklumkan ketika mereka sampai untuk memadam kebakaran, pintu belakang sudah terbuka akibat diumpil, selain dawai pagar belakang sudah digunting," katanya yang bersyukur kerana mereka selamat.

Seorang lagi mangsa kejadian sama, Mohd Zabri Yusof, 40, dari Taman Desa Mewah, berkata ketika kejadian yang memusnahkan keseluruhan rumahnya pada Jumaat lalu, beliau sekeluarga berada di kampung.

“Saya mulanya menyangka kebakaran akibat litar pintas, tetapi menyedari dua komputer riba dalam almari bilik hilang dan percaya rumah dipecah masuk sebelum dibakar.

“Sejak tinggal di rumah ini tujuh tahun lalu, ini kejadian kedua berlaku di rumah saya, tetapi kejadian pertama awal bulan lalu, dua lelaki dipercayai warga asing itu tidak berjaya memasukinya selepas menyedari isteri membuka lampu rumah,” katanya.

Mohd Zabri turut menyerahkan salinan pita rakaman CCTV kepada polis sebagai bahan bukti, tetapi sehingga kini tiada tindakan lanjut dan perkembangan terbaru dilaporkan kepada penduduk.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Rashid Ab Wahab ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima tiga laporan berhubung kebakaran itu sejak bulan lalu.

“Bagaimanapun, sehingga kini, satu daripadanya mempunyai kesan pecah masuk iaitu pagar belakang dipotong, namun dua lagi kes tiada bukti mengatakan rumah berkenaan dirompak sebelum dibakar.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu bencana dan api, tetapi sebuah rumah yang ada kesan pecah masuk disiasat mengikut Seksyen 457 dan 436 Kanun Keseksaan,” katanya.

Berita Harian/-

Polis Cari Empat Saudara Bagi Bantu Kes Bunuh

7 Rejab 1432H. [MOD] -

NIBONG TEBAL: Polis mencari empat saudara lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang mekanik kereta maut selepas diserang sekumpulan lelaki di kawasan Tasek Mutiara di sini 5 Jun lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supritendan Shafien Mamat berkata kesemua mereka yang berusia antara 18 dan 29 tahun itu dipercayai terlibat dalam pergaduhan sehingga menyebabkan mangsa S.Vijinran, 24, maut akibat cedera parah di bahagian kepala dan badan.

"Polis mencari pasangan adik-beradik iaitu V.Veeran, 29, dan V.Yogarajan, 27, serta sepupu mereka iaitu S.Sasitharan, 18, dan S.Kalaimohan, 20, bagi membantu siatan berhubung kejadian itu," katanya pada sidang akhbar di sini Khamis.

Beliau berkata kumpulan seramai tujuh orang yang diketuai Veeran itu dipercayai tidak berpuas hati dengan Vijinran kerana didakwa mengganggu sepupu perempuan salah seorang anggota kumpulan terbabit dan menyerang mangsa menggunakan senjata tajam ketika dia sedang minum di sebuah kedai makan.

Katanya tiga lelaki berusia lingkungan 20-an daripada anggota kumpulan berkenaan ditahan dua jam selepas kejadian yang berlaku pada 12.15 tengah malam, dan kini direman sehingga 11 Jun ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Polis kini giat mengesan empat lagi anggota kumpulan itu dan percaya mereka yang tidak memiliki pekerjaan tetap itu masih berada dalam Malaysia dan orang ramai yang mengenali mereka boleh menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan," katanya.

Sementara itu dalam perkembangan lain, beliau berkata polis menahan tiga lelaki berusia antara 25 dan 30 tahun bagi membantu siasatan berhubung kejadian rompakan di sebuah bengkel kereta di Jalan Changkat, 16 Mei lepas.

Katanya ketiga-tiga suspek ditahan secara berasingan di sekitar Nibong Tebal dan Parit Buntar, Perak pada Selasa lepas dan polis menemui pelbagai barangan yang dicuri antaranya generator, enjin kereta dan sebuah lori.

"Kesemua barangan bernilai RM30,000 itu ditemui semula di sebuah bengkel lain di sini dan dipercayai akan dijual kepada pihak tertentu," katanya.

Shafien berkata kesemua mereka yang bekerja sendiri itu kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Gaddafi saman NATO

7 Rejab 1432H. [MOD] -

KEPULAN asap menjulang selepas kediaman Gaddafi di tengah Tripoli dibom jet NATO. - Foto REUTERS

Tuduh serangan terhadap Libya jenayah perang

PARIS: Peguam anak perempuan pemimpin Libya Muammar Gaddafi, Aisha al-Gaddafi, semalam menuduh Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara melakukan jenayah perang apabila serangan udaranya membunuh empat anggota keluarganya akhir April lalu, dengan memfailkan tuntutan saman di Paris dan Brussels.

Saman itu tidak menamakan sesiapa sebagai defendan tetapi mendakwa serangan bom yang dilakukan Tentera Bersekutu berpejabat di Brussels dan Paris sebagai punca jenayah terbabit.

Pegawai pendakwa raya negeri berkata, pihaknya sedang meneliti sama ada satu kes boleh diwujudkan dan proses ini mungkin mengambil masa beberapa minggu.

Tentera Bersekutu diketuai NATO melancarkan serangan udara ke atas Libya di bawah resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan matlamat melindungi orang awam daripada tentera Gaddafi.

Serangan udara semalam adalah yang paling hebat dengan lebih 60 bedilan dilancarkan di Tripoli menyebabkan 31 terbunuh.

Salah seorang daripada tiga orang peguam Perancis yang mewakili Aisha, Dominique Atdjian berkata, saman yang dikemukakan di Brussels mendakwa NATO melakukan jenayah perang.

“Dalam saman yang dikemukakan di Paris, Aisha meminta pihak berkuasa kehakiman di Perancis mengenal pasti identiti dan menghukum mereka yang terbabit dalam serangan 30 April sehingga menyebabkan anak bongsu Gaddafi, Seif al-Arab serta tiga cucunya, terbunuh.
Saman itu menyatakan bahawa salah seorang cucu Gaddafi yang terbunuh adalah anak perempuan Aisha.

Wujud laporan bercanggah mengenai sama ada anggota keluarga Gaddafi terbunuh dalam serangan itu. Pegawai Libya berkata, Gaddafi berada di dalam rumah ketika serangan tetapi terselamat.

Sementara itu, Menteri Luar Sepanyol, Trinidad Jimenez berkata, negaranya mengiktiraf Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) di Benghazi sebagai pemerintah Libya yang sah.

“Saya berada di sini (Benghazi) hari ini untuk mengesahkan bahawa NTC adalah pemerintah rakyat Libya yang sah,” katanya kepada wartawan.

Negara lain yang sudah berbuat demikian termasuk Amerika Syarikat, Perancis, Britain, Itali, Qatar dan Jordan. – AP

JPN: Tak boleh ada 'Anak Malaysia'

7 Rejab 1432H. [MOD] -

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini menegaskan bahawa 'Anak Malaysia' tidak boleh diterima sebagai satu etnik dan penentuan bangsa seseorang anak adalah ditentukan berdasarkan bangsa ibu bapa mereka.

"Jabatan ini ingin memaklumkan bahawa, penentuan keturunan bagi kanak-kanak adalah berdasarkan kepada keturunan ibu atau bapa kanak-kanak sahaja.

"Jabatan ini tidak dapat mendaftarkan sesuatu keturunan selain daripada keturunan ibu atau bapa kanak-kanak tersebut," kata Pegawai Perhubungan Awam Jainisah Mohd Noor dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas laporan Malaysiakini semalam berhubung permohonan ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh dan suaminya Ramachandran Muniandy yang mahu mendaftarkan anak perempuan mereka bernama Shay Adora Ram sebagai 'Anak Malaysia'.

Bagaimanapun, JPN menolak permohonan itu dengan mengatakan yang pasangan itu hanya dibenarkan memilih sama ada Cina atau India. Hannah (kanan) akhirnya terpaksa memilih Cina dan memutuskan untuk menulis surat rayuan kepada Najib dan JPN.
Bawa ke mahkamah

Susulan itu ahli parlimen Puchong Gobind Singh Deo melalui laman twitter menyokong tindakan pasangan tersebut dan mencadangkan perkara berkenaan dibawa ke mahkamah.

Sementara itu NGO 'Saya Anak Bangsa Malaysia' (SABM) menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak segera mengarahkan JPN menerima pendaftaran semua kanak-kanak sebagai 'Anak Malaysia' berdasarkan tuntutan ibu bapa.

“Kami sepenuhnya menyokong ibu bapa dalam menentukan identiti anak tercinta mereka.

“Kami dengan sepenuh hati memuji Hannah dan Rama di atas keberanian dalam menegakkan pendirian mereka.

“Pendirian mereka mengingatkan kita tentang identiti umum sebagai manusia biasa, dan sebagai ahli kolektif yang dipanggil Malaysia, layak untuk mendapat penghormatan paling tinggi,” kata SABM dalam satu kenyataan hari ini.

Dua tahun lalu, kerajaan telah mengumumkan untuk menyemak keperluan dalam kategori 'etnik' dalam semua borang rasmi.

Dianggap tempang

“Kami hairan terhadap status semakan terhadap perkara ini. Apa yang jelas JPN belum bertindak terhadap keputusan itu.

“Dalam era teknologi maklumat, alasan JPN bahawa sistem baru belum dibentuk bagi menentukan 'identiti' baru itu boleh dianggap tempang,” kata kenyataan itu.

SABM berkata Najib dan kabinet perlu mengambil tindakan serta-merta bagi menunjukkan keikhlasan kerajaan memperkenalkan konsep 1Malaysia.

“Kita, sebagai rakyat, memerlukan secara sedar menolak etnik yang dicipta oleh ahli-ahli politik dan ahli birokrat yang membezakannya”. Kata SABM

“Kami menyeru semua rakyat Malaysia menyokong Hannah dan Rama dalam perjuangan mulia untuk mencabar paradigma ketinggalan zaman pentadbiran berdasarkan 'keetnikan'” mengulas kenyataan.

Malaysiakini/-

Selepas S'gor, video seks ditabur di Terengganu pula

7 Rejab 1432H. [MOD] -

Selepas ditaburkan di sebahagian besar di kampung-kampung Melayu, Cina dan India di kebanyakan tempat di Selangor, video seks yang dikaitkan dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kini diedarkan pula di Terengganu.

Sasarannya adalah di beberapa kawasan yang dijangka akan ditandingi oleh PKR pada pilihan raya umum akan datang.

Ketua Cabang PKR Dungun Abdul Rahman Yusof berkata video seks tersebut diletakkan berdekatan tandas di beberapa stesyen minyak di kawasan Felda dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah).

"Semuanya diletakkan dekat tandas stesen minyak petrol dengan jumlah 20 keping. Ia diletakkan di dalam sampul surat," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Menurutnya, beliau menerima aduan penyebaran itu daripada penduduk sekitar Durian Mas dalam parlimen Dungun dan Bukit Bading dalam parlimen Hulu Terengganu yang memaklumkan perkara itu kepadanya semalam.

Beliau berkata video itu turut tersebar di bebarapa lagi kawasan di Bukit Besi (Dungun), Jerangau (Hulu Terengganu), Chalok (Setiu) dan Cheneh (Kemaman).

Ditanya sama ada terdapat aduan daripada ketua-ketua kampung berhubung penyebaran video tersebut, Abdul Rahman berkata setakat ini belum.

"Kita sedang memantau (penyebarannya). Kita meminta siapa yang menjumpainya membuat laporan polis," katanya.

Beliau juga bercadang untuk membuat laporan polis berhubung penyebaran video seks tersebut dalam masa beberapa hari lagi.

Malaysiakini/-

Status Halal Barbican Belum Diputuskan - Jakim

7 Rejab 1432H. [MOD] -

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menentukan status halal bir Barbican selepas Majlis Fatwa Kebangsaan mengadakan perbincangan mengenainya.

PETALING JAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memutuskan status minuman jenama Barbican yang didakwa sebagai 'bir halal' selepas Majlis Fatwa Kebangsaan mengadakan perbincangan mengenainya.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff berkata perkara tersebut perlu dilihat secara holistik sebelum keputusan akhir diumumkan.

“Berdasarkan perbincangan yang kita buat dengan pihak pengedar Isnin lalu, kita hanya mendengar penerangan mengenai mereka berhubung kaedah pembuatan serta bahan-bahan yang digunakan dalam penghasilan bir tersebut.

“Setakat ini pihak kami tidak dapat memutuskan status halal produk tersebut. Kita perlu tunggu Majlis Fatwa bermesyuarat mengenainya,” katanya kepada mStar Online di sini, Rabu.

Dalam pada itu, Hakimah mengesahkan empat daripada lima syarikat pengedar produk minuman bijirin barli itu hadir pada mesyuarat selama tiga jam yang diadakan Isnin lalu.

Menurutnya, keputusan mesyuarat bersama pengedar yang diadakan pada hari tersebut bukan keputusan akhir sebaliknya Bahagian Hub Halal Jakim akan terus mengadakan pemantauan dari semasa ke semasa mengenai produk bir tersebut.

“Kita akan terus membuat kajian mendalam serta mendapatkan maklumat daripada pengedar bir Barbican ini. Jadi buat masa ini kita tidak ada kata putus mengenainya,” katanya.

Isu ‘bir halal’ itu timbul selepas Jabatan Agama Johor (JAJ) mendedahkan ada produk minuman yang terkenal dari negara Arab mempunyai kandungan alkohol 0.5 peratus, iaitu melebihi had 0.01 peratus yang ditetapkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Minggu lepas, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menasihati umat Islam di Malaysia supaya tidak minum ‘bir halal’ tersebut kerana kandungan alkohol dalam minuman itu melebihi paras yang dibenarkan oleh Islam.

Jamil Khir berkata syarikat itu mendakwa bahawa bir berkenaan mengandungi hanya 0.01 peratus alcohol tetapi kajian makmal yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Johor mendapati kandungan alkohol dalam minuman itu ialah 0.5 peratus

Minuman yang diimport dari sebuah negara Islam di Asia Barat itu banyak terdapat di kafe-kafe di negara ini yang dijual antara RM3 hingga RM5 sebotol.

mStar/-

Terima kasih Khairy kerana sahkan pertunangan anak PM

7 Rejab 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 9 Jun: Anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin kerana mengesahkan Perdana Menteri ke Kazakhstan untuk menguruskan pertunangan anaknya.

Sehubungan itu beliau mendesak Datuk Seri Najib Razak membuat penjelasan kepada rakyat apa sebenarnya yang berlaku.

"Rakyat berhak mendapat penjelasan dari Perdana Menteri," kata Dr Dzulkefly kepada Harakahdaily.

Tindakan Suami Anggap Isteri 'Pelacur Terhormat' Diselar

7 Rejab 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 9 JUN : Tindakan segelintir suami yang menjadikan isteri sebagai tempat melepaskan nafsu seks semata-mata tanpa memikirkan kepentingan hidup berkeluarga diselar Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Malah katanya, perkahwinan yang digalakkan oleh Islam adalah untuk menjamin keutuhan hidup berumah tangga sekali gus membentuk keluarga bahagia dengan kedua-dua suami isteri sama-sama memegang tanggungjawab terhadap keluarga dan anak-anak.

“Justeru jangan ada di kalangan suami yang cuba mengabui pemahaman isteri kononnya satu pengorbanan bagi mereka dengan jaminan masuk syurga jika membenarkan suami berkahwin lain,” katanya di Kangar semalam.

Menurut Mashitah, adalah tidak wajar seseorang suami meletakkan isteri mereka sebagai ‘pelacur terhormat’ sedangkan taat setia tidak boleh diletakkan kepada isteri sahaja sebaliknya suami juga dituntut untuk berbuat demikian.

Dipetik Bernama Online, beliau menyifatkan perbuatan sedemikian tidak boleh dibiarkan kerana isteri akan terus teraniaya sedangkan apa yang lebih penting adalah jaminan masa depan keluarga dan anak-anak, bukan semata-mata memuaskan nafsu seks seseorang suami.

“Dalam rumah tangga memang menjadi tanggungjawab isteri melayan suami tetapi jangan pula seseorang suami mengambil kesempatan daripada layanan baik isteri mereka hingga sanggup mempergunakan isteri tersebut untuk memuaskan hawa nafsu sendiri,” ujarnya.

Tv Selangor/-

Tun M wajar mohon maaf pada PAS, Anwar

7 Rejab 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM, 9 Jun: Nasihat segera bertaubat Pengerusi DAP yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh terhadap mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dilihat sangat tepat pada masanya.

Timbalan Setiausaha DAP Selangor, Ng Swee Lim (gambar) berkata, nasihat itu sewajarnya diikuti baik oleh Mahathir memandangkan beliau seorang perdana menteri selama 22 tahun yang banyak melakukan kesilapan.

Menurut Swee Lim, Tun Mahathir mestilah menerima nasihat itu kerana sebagai seorang beragama Islam, beliau wajib percaya kepada konsep halal haram, dosa pahala dan syurga neraka.

Katanya, jika Mahathir tidak menerima nasihat bertaubat itu, nescaya di akhirat nanti, beliau akan disiksa dengan azab pedih ekoran kesalahan besar yang dilakukan semasa hidup di dunia.

“Antara kesalahan paling besar adalah memfitnah PAS dan menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan liwat yang tidak dapat dibawa saksi yang adil dan mencukupi.

Swee Lim yang juga Adun Sekinchan, Selangor berkata, sekiranya Tun Mahathir sudi bertaubat, maka selepas itu beliau hendaklah memohon maaf kepada PAS, Anwar serta keluarganya secara terbuka.

“Saya seorang bukan Islam tetapi saya menerima konsep halal haram, dosa pahala dan syurga neraka apatah lagi agama Islam (Allah SWT) itu Maha Pengampun.

“Semua orang pernah melakukan kesalahan, jangan berdegil, wajib dan sudah sampai masanya untuk beliau bertaubat serta memohon maaf sesama umat kerana jika enggan, ada bara api neraka menunggu di akhirat kelak,” tegasnya.

Adun dua penggal itu berkata, Mahathir pernah menulis surat kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz menghalang dilaksanakan Kanun Jenayah Syariah II dan hari ini, tiba-tiba beliau pula yang sukakan hukum Islam itu.

Sekiranya masih tidak mahu bertaubat, Swee Lim berkata, tunggulah satu hari nanti Mahathir terpaksa menjawab di akhirat kelak kerana sebagai manusia biasa, tiada apa yang rakyat boleh lakukan terhadapnya.

Dalam pada itu, Swee Lim berkata, apa yang dilakukan Mahathir adalah bertolak dari perasaannya yang kesunyian sekarang dan tidak dipedulikan lagi, lalu keluarkan berbagai kenyataan merapu.

Terbaru, Mahathir mengulas keputusan pemilihan pimpinan PAS dalam Muktamar Tahunan ke 57 dari 3 hingga 5 Jun lalu yang disifatkannya sebagai kemenangan kepada Karpal.

Ini ekoran tema ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Membangun Negara Berkebajikan yang pada Mahathir, PAS membuang perjuangan tegakkan Negara Islam yang ditentang Karpal.

Bertindak balas dari jawapan itu, Karpal pula menasihatkan Mahathir agar segera bertaubat.

Sementara itu, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, pihaknya masih menyimpan surat ancaman daripada Mahathir sewaktu beliau menjadi perdana menteri yang menghalang Kelantan melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II termasuk Hukum Hudud.

Harakahdaily/-
Oleh : Ismail Hashim

'Meriam bersejarah' Melaka disamun

7 Rejab 1432H. [MOD] -

Besar kemungkinan angkara 'penyamun besi buruk' sehingga menyebabkan 10 buah roda besi yang dipasang pada lima replika meriam terletak di lokasi bersejarah Bukit Senjuang di Melaka didapati hilang.

Kejadian itu disedari kakitangan pembersihan di bawah seliaan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) pagi kelmarin ketika sedang melakukan tugas harian.

Kesal dengan kejadian itu, Pengerusi Jawatankuasa Negeri Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Md Yunos Hussin berkata, kehilangan barangan terbabit mempunyai nilai sejarah dan dianggap harta berharga untuk negara.

"Sepatutnya kita semua menjaganya dan bertanggungjawab memastikan khazanah milik negara terus terpelihara untuk tatapan generasi akan datang.

"Saya berharap siasatan dapat dilakukan dan pihak yang bertanggungjawab dapat dibawa ke muka pengadilan," katanya ketika meninjau di kawasan Bukit Senjuang hari ini.

Hadir sama, Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) Khamis Abas dan Pegawai Inspektorat dan Pembangunan Komuniti MBMB, Md Derus Tompang.
Besi pagar dipotong

Sementara itu, di pihak kerajaan tempatan, menurut Md Yunos, telah mengambil beberapa langkah perlu termasuk memasang kemudahan lampu awam, menjaga kebersihan dan keceriaan di ke semua kawasan serta tempat-tempat bersejarah.

"Semua ini, kita laksanakan bagi memastikan semua tempat-tempat terbabit sentiasa ceria dan bersih bagi menarik minat kedatangan pengunjung khususnya pelancong.

"Justeru, kita ingin mencadangkan kepada pihak Jabatan Warisan Negara dan Perzim supaya menempatkan pengawal keselamatan bagi memastikan kejadian seumpama ini tidak berulang.

"Dalam masa yang sama roda yang hilang akan diganti roda baru dan serupa dengan roda asal sebelum ini," katanya.

Dalam pada itu, Md Yunos turut mengesahkan beberapa kemudahan lain di situ juga telah dirosakkan pihak terlibat seperti besi pagar yang dipotong manakala sebahagiannya telah diketuk.

Khamis ketika diminta mengulas mengenai kejadian itu memaklumkan, replika meriam terbabit diletakkan di Bukit Senjuang sejak lebih 30 tahun lalu.

"Replika meriam ini adalah hampir menyamai rupa meriam asal yang pernah digunakan penjajah Belanda bermula tahun 1641.

"Semua ini adalah di bawah Jabatan Warisan dan kami sudah memaklumkan kepada mereka agar membuat satu laporan polis berhubung kejadian," katanya.

Malaysiakini/-

Ulamak bersatu hadapi isu Islamofobia

7 Rejab 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM, 9 Jun: Hari terakhir Muktamar Ulamak Sedunia di sini yang berlangsung bermula 6 hingga 8 Jun menggesa seluruh ulamak bersatu bagi menghadapi isu Islamofobia.

Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama' Rantau Asia (Shura), Ustaz Abdul Ghani Samsudin (gambar) dan Setiausahanya, Haji Mohd Azmi Abdul Hamid menyertai muktamar itu dan menghantar laporan ke sini bagi mengemaskinikan maklumat kepada umat Islam di Malaysia.

Menurut Azmi, di peringkat antarabangsa propaganda terhadap imej Islam perlu segera dinilai kerana Barat sedang memberi kesan yang negatif terhadap Islam dan ini penting agar realiti umat tidak disalahgambarkan dengan fitnah jahat kuasa Barat.

“Ulamak perlu bersama umat bukan hanya dalam masjid semata, Ulamak perlu turun beraksi di lapangan rakyat supaya kefahaman Islam pada peringkat dalaman dapat disampaikan secara mantap dalam kalangan umat Islam sendiri sebelum menangani persoalan imej yang cuba digambarkan dari luar.

“Isu tidak membenarkan kaum Muslimah memakai hijab, menayangkan filem yang menggambarkan fitnah terhadap Rasul, pembatalan projek Pusat Islam dan tidak membenarkan pembinaan masjid adalah antara isu yang menterjemahkan sikap Islamofobia Barat, tegas Azmi.

Dalam muktamar sama, Ustaz Abdul Ghani membentangkan bagaimana Rasulullah SAW menegaskan Islam agama tertinggi dan ulamak bertanggungjawab mempertahankan kesatuan sosio, ekonomi dan politik umat demi menjamin imej umat sebagai umat terbaik.

Beliau turut mengupas masalah umat yang dijajah kerana ada pemimpin Islam sendiri yang menyalahguna kuasa dan bersikap korup di Negara Islam.

Ustaz Abdul Ghani juga menegaskan ada kalangan umat yang menolak Islam sebagai penyelesaian dan ada yang memilah-milah Islam dalam pemikiran dan amalan kerana itu, ulamak perlu mengukuhkan kesatuan politik dan ekonomi serta ketenteraan dalam kalangan umat melalui fikrah yang betul terhadap Islam.

Dari sudut status sosio-ekonomi, beliau menyatakan ulamak perlu berwaspada supaya perpecahan dan penyelewengan dapat dibenteras kerana konflik sesama ulamak dan umat akan merugikan bukan sahaja umat Islam akan tetapi juga seluruh manusia.

Dalam hal kepimpinan, beliau menegaskan perlu diusahakan pemulihan keyakinan umat terhadap para pemimpin dan ulamak. Isu hilangnya keyakinan umat terhadap kebanyakan pemimpin dan ulamak kini amat serius.

Di samping itu, beliau juga mencadangkan semua sumber media dan para seniman dilibatkan dalam menghadapi isu Islamofobia.

“Seluruh pihak dalam kalangan ulamak, ahli profesional, aktivis NGO dan ahli politik, ahli budayawan hendaklah digemblengkan dengan efektif untuk mempertahankan maruah Islam.

“Amat perlu diwujudkan Pusat Penyelidikan yang berkesan untuk memantau pelbagai isu yang dihadapi oleh umat di peringkat antarabangsa dan menggariskan agenda bertindak yang perlu diambil.

“Wajar digerakkan program latihan yang mantap dalam pelbagai bidang untuk para ulamak menghadapi pelbagai cabaran global; kemahiran pengurusan, komunikasi dan keupayaan mengendalikan isu umat, perlu dilaksanakan untuk menyiapkan umat mengendali pelbagai isu global,” tegasnya.

Harakahdaily/-

7 Cedera Dalam Letupan Di Kilang Intel

7 Rejab 1432H. [MOD] -

PHOENIX : Satu letupan di kilang cip mikro Intel Corp di Arizona mencederakan tujuh pekerja tetapi tahap kerosakan dan butiran lain tidak diketahui.

Intel, pengeluar terbesar cip mikro, tidak dapat dihubungi untuk mengulas letupan itu.
Letupan berlaku sejurus selepas 2 petang (2000 GMT) di satu daripada dua kampus besar Intel di Chandler.

Bangunan terbabit segera dikosongkan. - Reuters

Negara kebajikan: Umno ibarat 'kena picit lada hitam'

7 Rejab 1432H. [MOD] -

Umno sedang menggelupor dengan perjuangan Pakatan Rakyat, khususnya PAS yang berikrar menjadikan Malaysia sebuah negara berkebajikan, kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurut beliau kegusaran Umno dan BN itu adalah kerana negara berkebajikan yang menjadi agenda Pakatan itu menawarkan penyelesaian kepada rakyat di tengah-tengah kegagalan kerajaan sekarang menjaga rakyat marhaen.

“Apabila PAS mengutarakan negara berkebajikan, tak tersangka pula Umno yang mengelupor dengan istilah tersebut, bak kata tok bomoh, picit lada hitam pada jari kaki orang masuk hantu. Barangkali memang Umno ini dah lama kena rasuk… Cuma mungkin tak kena cara tiupnya saja.

"Kini, kita boleh lihat dengan nyata bahawa Umno benar-benar terasa dengan istilah 'negara kebajikan' ini kerana ia memberi ancaman kepada mereka.

"Maklumlah, PAS menawar sebuah negara berkebajikan di tengah-tengah kegagalan Umno menjaga kebajikan rakyat marhaen demi menjaga hati kroni yang semakin angkuh, sombong dan tamak,” kata Tuan Ibrahim dalam kenyataan akhbarnya yang disiarkan di Harakahdaily.

Sejak Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan gagasan penubuhan sebuah negara berkebajikan semasa ucapan dasarnya di muktamar PAS ke-57 minggu lalu, pimpinan Umno dan media arus perdana milik mereka telah menyerang bertubi-tubi untuk menguasai pemikiran rakyat terhadap parti Islam tersebut dengan tuduhan kononnya PAS telah mengubah dasar perjuangan.

“Walhalnya konsep negara berkebajikan, keadilan, keselamatan, kesejahteraan, kemakmuran adalah intipati dari negara Islam,” kata Tuan Ibrahim.

Istilah 'negara kebajikan' yang dilaungkan PAS, katanya berjaya menunjukkan kepada rakyat isi perut Umno sebenar yang sememangnya 'rakyat dahulu' menjadi mangsa dalam segala hal berkaitan dengan program pengurangan subsidi berbanding kroni-kroni Umno BN seperti penjana tenaga bebas (IPP).

Mengenai serangan Umno terhadap pimpinan baru PAS, Tuan Ibrahim berkata selain istilah 'negara kebajikan', Umno juga menerima tamparan hebat apabila pewakilan PAS membuat kejutan dengan memilih barisan kepimpinan baru yang di luar jangkaan mereka.

“Kebijaksaan perwakilan membaca keperluan barisan pimpinan bagi mengempur Umno menyebabkan mereka rasa tertekan. Ini dapat dibaca dari luahan kenyataan mereka.

"Mulanya menyerang, kemudian menyatakan bahawa Umno sudahpun melaksana negara kebajikan dan kini bertukar kepada rayuan 'Umno tetap membuka ruang untuk penyatuan Melayu' dan kad simpati dengan mengatakan 'Umno kecewa PAS tolak perpaduan' dan sebagainya,” katanya.

Malaysiakini/-

Periksa tahap kesihatan mental Tun Dr Mahathir

7 Rejab 1432H. [MOD] -

KENYATAAN MEDIA.
ADUN Titi Serong.

Saya amat terkejut dengan kenyataan Tun Dr Mahathir yang menulis dalam blognya bahawa Karpal tidak lagi perlu mati untuk PAS melangkah mayatnya terlebih dahulu jika parti tersebut berhasrat mahu menubuhkan sebuah negara Islam kerana, perjuangan pengerusi DAP itu sudah pun tercapai tanpa perlu dia bersusah-payah.

"Belum pun dia mati, PAS sekarang sudah menjadikan perjuangan untuk negara Islam dan hukum hudud tidak lagi perkara utama. Sekarang PAS akan berjuang untuk negara kebajikan," kata Mahathir dalam blognya.

Nampaknya TDM telah cuba mengulas mengenai Muktamar PAS yang baru berlangsung dan beliau ternyata gagal untuk mengulas dengan baik malah mengeruhkan lagi suasana terutama pandangan kepada tahap mental beliau pada masa sekarang?

Kenyataan Mahathir menggambarkan sesuatu yang sangat janggal dan tidak masuk akal dengan realiti yang sebenarnya setelah kita mendapati beliaulah yang telah menghalang pelaksanaan rang undang-undang jenayah Syariah II yang diluluskan Dewan Undangan Negeri Kelantan dimana di dalamnya terkandung undang-undang hudud.

Mahathir telah menghantar satu surat amaran selaku Perdana Menteri kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz pada tahun 1993 .

Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telahpun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993. Dan sekiranya tidak ada ugutan dari mahathir saya yakin undang-undang itu telahpun dilaksanakan di Kelantan sehingga sekarang.

Kerana itu saya sangat hairan dengan apa yang diucapkan oleh Mahathir sejak akhir-akhir ini dan mengambarkan ada sesuatu yang tidak kena terutama setelah beliau mendapat rawatan di hospital baru-baru ini.

Oleh itu saya memohon jasa baik Tun Dr. Mahathir atau pihak yang dekat dengannya untuk sekali lagi menggunakan khidmat doktor pakar untuk menguji tahap mental beliau adakah masih dalam keadaan baik atau tidak.

Pengesahan dari doktor pakar saya rasakaan perlu memandangkan kenyataan dari beliau yang terus menerus dikeluarkan oleh media tempatan boleh menimbulkan pelbagai tanggapan negetif kepada beliau dalam keadaan beliau perlu banyak berehat dan menghabiskan waktu pencennya bersama keluarga, anak, cucu dan cicitnya .

Semuga dengan langkah itu dapat mengekalkan kehormatan rakyat sebagai bekas PM Malaysia pada satu masa dulu. Kerana sebaliknya saya takut beliau terus mendapat cemuhan dan penghinaan dihujung usia emas yang berharga itu.

DRS. KHALIL IDHAM LIM, PARIT BUNTAR, 9 Jun 2011

Umno guna baktisiswa untuk raih sokongan

7 Rejab 1432H. [MOD] -

IPOH, 8 Jun: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak membantah keras tindakan Umno memperalatkan para pelajar universiti dalam program baktisiswa perdana mereka.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak, Dr Raja Ahmad Al-Hiss (gambar) berkata, Umno telah terlibat secara langsung program Bakti Siswa Perdana yang telah melibatkan seramai 80 mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis yang berkampung selama lima hari di Kampung Bagan Tiang bersama keluarga angkat baru-baru ini.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Umno Bahagian Parit Buntar, Datuk Abdul Raman Suliman di Sekolah Kebangsaan Sungai Megat Aris, Bagan Tiang.

"Usaha terakhir dan memperalatkan mahasiswa atas nama Umno amat dikesali," kata Raja Ahmad.

Bagi beliau, jika program tersebut tiada kaitan dengan politik, mengapakah Datuk Abdul Raman selaku Ketua Umno Parit Buntar merasmikannya program tersebut?

"Kami mengingatkan agar pengurusan UUM dan UiTM tidak menjadikan program mahasiswa mereka sebagai alat politik Umno dan kami merasakan setiap tindakan tersebut amat bercanggah sama sekali kerana mengizinkan ianya berlaku atas nama program pengurusan Universiti," katanya dalam satu kenyataan.

Sudah tentu program seumpama itu yang telah diadakan di Parit Buntar berikutan kerusi pilihanraya di situ bukan dimiliki Barisan Nasional (BN) menjadi persoalan apakah program tersebut sebagai program politik mereka.

Dalam isu ini, kata Raja Ahmad, Umno mengheret mahasiswa bagi meneruskan gerak kerja mereka kerana Umno ketandusan tenaga bagi berdepan dengan musuh politik mereka dan menjadikan mahasiswa sebagai alat untuk mencapai matlamat yang ditolak oleh rakyat.

"Sudah tentu Umno akan terus menggunakan institusi pendidikan ini sebagai alat politik murahan mereka untuk mencapai kemenangan secara tidak terhormat dan akan terus mengheret mahasiswa bagi mencapai cita-cita mereka selama ini," dakwa beliau.

Harakahdaily/-

Mengapa Umno menggelupor dengan negara kebajikan

7 Rejab 1432H. [MOD] -

TEMERLOH, 8 Jun: Mengapa Umno menggelupor dengan ‘negara kebajikan’? Ia adalah kerana PAS menawarkan penyelesaian kepada rakyat di tengah-tengah kegagalan Umno BN untuk menjaga rakyat marhaen.

Demikian kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika mengulas sikap Umno dan medianya yang terlalu melampau dalam menunjukkan kebimbangannya dengan negara kebajikan itu.

(Gambar: Presiden PAS berucap ketika membentangkan gagasan negara kebajikan di Muktamar PAS ke 57)

“Apabila PAS mengutarakan negara berkebajikan, tak tersangka pula Umno yang mengelupor dengan istilah tersebut, bak kata tok bomoh picit lada hitam pada jari kaki orang masuk hantu. Barangkali memang Umno ini dah lama kena rasuk… Cuma mungkin tak kena cara tiupnya saja.

"Kini, kita boleh lihat dengan nyata bahawa Umno benar-benar terasa dengan istilah ‘negara kebajikan’ ini kerana ia memberi ancaman kepada mereka.

"Maklumlah, PAS menawar sebuah negara berkebajikan di tengah-tengah kegagalan Umno menjaga kebajikan rakyat marhaen demi menjaga hati kroni yang semakin angkuh, sombong dan tamak,” nukil Tuan Ibrahim dalam satu kenyataannya ke Harakahdaily hari ni.

Semenjak Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang membentangkan gagasan penubuhan sebuah negara kebajikan semasa ucapan dasarnya di Muktamar PAS ke 57, pimpinan Umno dan medianya telah menyerang bertubi-tubi untuk menguasai pemikiran rakyat terhadap parti Islam tersebut dengan tuduhan kononnya PAS telah mengubah dasar perjuangan.

“Walhalnya konsep negara berkebajikan, keadilan, keselamatan, kesejahteraan, kemakmuran adalah intipati dari negara Islam,” kata Tuan Ibrahim (gambar).

Istilah ‘negara kebajikan’ yang dilaungkan PAS, kata beliau telah berjaya menunjukkan kepada rakyat isi perut Umno sebenar yang sememangnya ‘rakyat dahulu’ menjadi mangsa dalam segala hal berkaitan dengan program pengurangan subsidi berbanding kroni-kroni Umno BN seperti penjana tenaga bebas (IPP).

Mengenai serangan Umno terhadap pimpinan baru PAS, Tuan Ibrahim berkata selain istilah ‘negara kebajikan’, Umno juga menerima tamparan hebat apabila pewakilan PAS membuat kejutan dengan memilih barisan kepimpinan baru yang di luar jangkaan mereka.

“Kebijaksaan perwakilan membaca keperluan barisan pimpinan bagi mengempur Umno menyebabkan mereka rasa tertekan. Ini dapat dibaca dari luahan kenyataan mereka.

"Mulanya menyerang, kemudian menyatakan bahawa Umno sudahpun melaksana negara kebajikan dan kini bertukar kepada rayuan 'Umno tetap membuka ruang untuk penyatuan Melayu' dan kad simpati dengan mengatakan ‘Umno kecewa PAS tolak perpaduan’ dan sebagainya,” terang beliau.

Harakahdaily/-

Negara kebajikan: Umno ibarat 'kena picit lada hitam'

7 Rejab 1432H. [MOD] -



Umno sedang menggelupor dengan perjuangan Pakatan Rakyat, khususnya PAS yang berikrar menjadikan Malaysia sebuah negara berkebajikan, kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurut beliau kegusaran Umno dan BN itu adalah kerana negara berkebajikan yang menjadi agenda Pakatan itu menawarkan penyelesaian kepada rakyat di tengah-tengah kegagalan kerajaan sekarang menjaga rakyat marhaen.

“Apabila PAS mengutarakan negara berkebajikan, tak tersangka pula Umno yang mengelupor dengan istilah tersebut, bak kata tok bomoh, picit lada hitam pada jari kaki orang masuk hantu. Barangkali memang Umno ini dah lama kena rasuk… Cuma mungkin tak kena cara tiupnya saja.

"Kini, kita boleh lihat dengan nyata bahawa Umno benar-benar terasa dengan istilah 'negara kebajikan' ini kerana ia memberi ancaman kepada mereka.

"Maklumlah, PAS menawar sebuah negara berkebajikan di tengah-tengah kegagalan Umno menjaga kebajikan rakyat marhaen demi menjaga hati kroni yang semakin angkuh, sombong dan tamak,” kata Tuan Ibrahim dalam kenyataan akhbarnya yang disiarkan di Harakahdaily.

Sejak Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan gagasan penubuhan sebuah negara berkebajikan semasa ucapan dasarnya di muktamar PAS ke-57 minggu lalu, pimpinan Umno dan media arus perdana milik mereka telah menyerang bertubi-tubi untuk menguasai pemikiran rakyat terhadap parti Islam tersebut dengan tuduhan kononnya PAS telah mengubah dasar perjuangan.

“Walhalnya konsep negara berkebajikan, keadilan, keselamatan, kesejahteraan, kemakmuran adalah intipati dari negara Islam,” kata Tuan Ibrahim.

Istilah 'negara kebajikan' yang dilaungkan PAS, katanya berjaya menunjukkan kepada rakyat isi perut Umno sebenar yang sememangnya 'rakyat dahulu' menjadi mangsa dalam segala hal berkaitan dengan program pengurangan subsidi berbanding kroni-kroni Umno BN seperti penjana tenaga bebas (IPP).

Mengenai serangan Umno terhadap pimpinan baru PAS, Tuan Ibrahim berkata selain istilah 'negara kebajikan', Umno juga menerima tamparan hebat apabila pewakilan PAS membuat kejutan dengan memilih barisan kepimpinan baru yang di luar jangkaan mereka.

“Kebijaksaan perwakilan membaca keperluan barisan pimpinan bagi mengempur Umno menyebabkan mereka rasa tertekan. Ini dapat dibaca dari luahan kenyataan mereka.

"Mulanya menyerang, kemudian menyatakan bahawa Umno sudahpun melaksana negara kebajikan dan kini bertukar kepada rayuan 'Umno tetap membuka ruang untuk penyatuan Melayu' dan kad simpati dengan mengatakan 'Umno kecewa PAS tolak perpaduan' dan sebagainya,” katanya.

Undian tajuk Kabinet Pilihanraya

7 Rejab 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 9 Jun: Mulai semalam, undian sedang dilakukan terhadap tajuk muka depan Harakah, wajarkah perkataan "KABINET PILIHANRAYA" digunakan sebagai tajuk berita utama.

Sejauh mana popularnya tajuk ini yang merupakan respons Presiden PAS terhadap keputusan pemilihan PAS dalam muktamar ke 57 yang baru berakhir digunakan sebagai tajuk utama akhbar Harakah akan dilihat dalam tempoh dua hari ini, hari ini dan esok. Manakala pada hari Sabtu nanti, kita akan mengundi tajuk lain pula.

Undian ini terbuka kepada semua pembaca dan mereka boleh mengundi sekali sahaja sama ada untuk setuju atau tidak setuju atau tidak pasti dengan pilihan tajuk berkenaan. Untuk membuat undian tinjauan@harakah, boleh terus kepada link http://myharakah.net.

Sementara itu populariti undian bagi tajuk "MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN" yang merupakan tema uacapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pada muktamar ke57 yang baru berakhir telah meningkat kepada 472 undian sahaja berbanding dengan seramai 123 undian telah diperolehi terhadap tajuk edisi sebelum ini.

Untuk melihat keputusan terperinci terhadap undian semasa dan yang telah dilakukan sebelum ini, boleh terus kepada link http://myharakah.net/polls.php

Keputusan undian bersetuju bagi tajuk " MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN" meningkat lagi kepada 95,55 % atau 451 undian berbanding dengan 19 undian sahaja atau 4.03 % sahaja yang tidak bersetuju dengan tajuk tersebut.

Terdapat 2 undian atau 0.42 % pula yang memilih tidak pasti dengan tajuk tersebut sesuai digunakan sebagai tajuk utama.

Harakahdaily/-

Tun M wajar mohon maaf pada PAS, Anwar

7 Rejab 1432H. [MOD] -



SHAH ALAM, 9 Jun: Nasihat segera bertaubat Pengerusi DAP yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh terhadap mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dilihat sangat tepat pada masanya.

Timbalan Setiausaha DAP Selangor, Ng Swee Lim (gambar) berkata, nasihat itu sewajarnya diikuti baik oleh Mahathir memandangkan beliau seorang perdana menteri selama 22 tahun yang banyak melakukan kesilapan.

Menurut Swee Lim, Tun Mahathir mestilah menerima nasihat itu kerana sebagai seorang beragama Islam, beliau wajib percaya kepada konsep halal haram, dosa pahala dan syurga neraka.

Katanya, jika Mahathir tidak menerima nasihat bertaubat itu, nescaya di akhirat nanti, beliau akan disiksa dengan azab pedih ekoran kesalahan besar yang dilakukan semasa hidup di dunia.

“Antara kesalahan paling besar adalah memfitnah PAS dan menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan liwat yang tidak dapat dibawa saksi yang adil dan mencukupi.

Swee Lim yang juga Adun Sekinchan, Selangor berkata, sekiranya Tun Mahathir sudi bertaubat, maka selepas itu beliau hendaklah memohon maaf kepada PAS, Anwar serta keluarganya secara terbuka.

“Saya seorang bukan Islam tetapi saya menerima konsep halal haram, dosa pahala dan syurga neraka apatah lagi agama Islam (Allah SWT) itu Maha Pengampun.

“Semua orang pernah melakukan kesalahan, jangan berdegil, wajib dan sudah sampai masanya untuk beliau bertaubat serta memohon maaf sesama umat kerana jika enggan, ada bara api neraka menunggu di akhirat kelak,” tegasnya.

Adun dua penggal itu berkata, Mahathir pernah menulis surat kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz menghalang dilaksanakan Kanun Jenayah Syariah II dan hari ini, tiba-tiba beliau pula yang sukakan hukum Islam itu.

Sekiranya masih tidak mahu bertaubat, Swee Lim berkata, tunggulah satu hari nanti Mahathir terpaksa menjawab di akhirat kelak kerana sebagai manusia biasa, tiada apa yang rakyat boleh lakukan terhadapnya.

Dalam pada itu, Swee Lim berkata, apa yang dilakukan Mahathir adalah bertolak dari perasaannya yang kesunyian sekarang dan tidak dipedulikan lagi, lalu keluarkan berbagai kenyataan merapu.

Terbaru, Mahathir mengulas keputusan pemilihan pimpinan PAS dalam Muktamar Tahunan ke 57 dari 3 hingga 5 Jun lalu yang disifatkannya sebagai kemenangan kepada Karpal.

Ini ekoran tema ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Membangun Negara Berkebajikan yang pada Mahathir, PAS membuang perjuangan tegakkan Negara Islam yang ditentang Karpal.

Bertindak balas dari jawapan itu, Karpal pula menasihatkan Mahathir agar segera bertaubat.

Sementara itu, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, pihaknya masih menyimpan surat ancaman daripada Mahathir sewaktu beliau menjadi perdana menteri yang menghalang Kelantan melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II termasuk Hukum Hudud.

Mati takut ditahan polis

7 Rejab 1432H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Nigeria yang ditahan dalam serbuan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman tiba-tiba rebah sebelum disahkan mati di sebuah rumah di Taman Sri Kuching, di sini, kelmarin.

Sebelum kejadian itu, suspek berusia 22 tahun cuba melarikan diri selepas terlihat empat rakannya yang lain ditahan anggota polis dalam serbuan dilakukan jam 9.30 malam. 

Gambar hiasan

Timbalan Pengarah Risikan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Othman Harun berkata, suspek yang terkejut apabila melihat rakannya dicekup melarikan diri. 

“Namun, seorang pegawai dapat mengesan kelibat suspek cuba meloloskan diri mengejarnya. Suspek berlari sejauh 500 meter sebelum terjatuh.

“Lelaki terbabit yang ditahan dibawa ke rumah dipercayai tempat menyimpan dadah kumpulan terbabit sebelum ditempatkan bersama empat lagi rakannya,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Kes Khir Toyo - Saksi Menggelabah, Perbicaraan Ditunda Esok

7 Rejab 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM : Perbicaraan kes rasuah bekas Menteri Besar Selangor Khir Toyo di tunda ke esok apabila Pengarah Syarikat Ditamas, Shamsudin Hayroni menggelabah ketika memberi jawapan dari kandang saksi.

Beliau tidak memberikan jawapan- jawapan dengan jelas dan kerap kelihatan murung apabila ditanya mengenai dua lot tanah yang di dakwa di jual kepada Khir Toyo pada harga jauh lebih rendah daripada harga pasaran.

Isnin lalu, Shamsudin dibebaskan daripada tuduhan bersubahat dengan Khir Toyo untuk melakukan rasuah bersabit urusniaga jual beli dua tapak itu.

Ditamas membeli dua lot Seksyen 7, Shah Alam pada harga RM6.5 juta pada tahun 2004 tetapi kemudian menjualnya kepada Khir pada harga RM3.5 juta sahaja pada tahun 2007.

Dua lot itu digunakan untuk membina apa yang disebut oleh pembangkang sebagai Istana Khir iaitu kediaman mewah dengan kos pembinaan didakwa mencecah RM24 juta.

Sebagai balasan, Khir Toyo selaku Menteri Besar ketika itu di dakwa memberikan Shamsudin dan Ditamas pelbagai kontrak.

Shamsudin kelihatan menggelabah apabila ditanya oleh pendakwaraya Abdul Wahab Mohamed mengenai keputusan Ditamas membeli dua tapak tanah itu sebelum dijual kepada Khir Toyo.

Hakim Mohtarudin Baki kemudian bertanya samada Shamsudin bersedia untuk terus memberi keterangan.

Samsudin berkata beliau mahu berbuat demikian tetapi sekali lagi membisu kepada persoalan yang ditanya oleh pendakwaraya.

Selepas berbincang dengan peguam Shamsudin, Hakim Mohtarudin kemudian memutuskan untuk menuda perbicaraan kepada esok.

Khir Toyo yang diikat jamin RM750,000 hadir di mahkmah hari ini diiringi dengan beberapa saudara maranya. Namun isteri beliau Zaharah Kechik tidak hadir.

Jika disabit kesalahan, Khir boleh dihukum penjara dua tahun atau didenda atau kedua- duanya sekali.

Tv Selangor/-