23 Ogos 2021

Majikan dibenar gantung pekerja enggan vaksin

 SEORANG lelaki menerima suntikan vaksin di sebuah klinik di Tashkent. FOTO AFP

SEORANG lelaki menerima suntikan vaksin di sebuah klinik di Tashkent. FOTO AFP

Tashkent: Uzbekistan sudah meluluskan undang-undang yang membenarkan majikan untuk mencegah kakitangan bekerja jika mereka belum menerima suntikan vaksin Covid-19.

PM umum bantuan RM78 juta tragedi kepala air Gunung Jerai

 

Ismail Sabri Yaakob berkata, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan turut menyalurkan bantuan sebanyak RM500 kepada setiap keluarga yang terkesan dengan bencana berkenaan. (Gambar Bernama)

YAN: Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bantuan segera berjumlah RM75 juta bagi membantu kerajaan Kedah memperbaiki segala kemudahan awam dan infrastruktur di Yan dan Merbok yang rosak akibat tragedi kepala air dari Gunung Jerai Rabu lepas.

China siasat kes rasuah pegawai tinggi kerajaan Hangzhou

 Setiausaha Jawatankuasa Parti Perbandaran Hangzhou, Zhou Jiangyong. - Foto AGENSI

Setiausaha Jawatankuasa Parti Perbandaran Hangzhou, Zhou Jiangyong. - Foto AGENSI

BEIJING: Bandar yang menjadi tempat tinggal pemilik syarikat Ant Group dan Alibaba Group Holding menjadi tumpuan apabila China menjalankan siasatan terhadap pegawai tinggi kerajaan Hangzhou kerana didakwa melakukan pelanggaran disiplin yang serius.

Kabinet diumum minggu ini - Ismail Sabri

 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memulakan tugasnya sebagai Perdana Menteri kesembilan di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto BERNAMA

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memulakan tugasnya sebagai Perdana Menteri kesembilan di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto BERNAMA

YAN: Senarai anggota Kabinet akan diumumkan minggu ini selepas dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Lebih 55% populasi dewasa lengkap 2 dos vaksin

 

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

KUALA LUMPUR: Sebanyak 55.6% atau 13,022,246 populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

Jawatankuasa itu yang berkongsi maklumat berkenaan di laman Twitter rasminya memaklumkan setakat semalam juga 18,258,947 individu telah menerima dos pertama, menjadikan kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini sebanyak 31,281,193 dos.

Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 441,100 dos diberikan semalam dengan 303,545 merupakan dos kedua.

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

fmt/-