Tashkent: Uzbekistan sudah meluluskan undang-undang yang membenarkan majikan untuk mencegah kakitangan bekerja jika mereka belum menerima suntikan vaksin Covid-19.
Langkah itu dibuat ketika Uzbekistan dan negara-negara lain di wilayah bekas Soviet memperkuat kempen vaksinasi mereka selepas kewujudan varian Delta.
Malah bukan itu sahaja, majikan juga dibenarkan untuk menggantung pekerja jika mereka enggan mendapatkan suntikan vaksin, berdasarkan undang-undang yang sudah ditandatangani Presiden Shavkat Mirziyoyev.
Bagaimanapun pengecualian diberikan kepada pekerja yang mempunyai masalah kesihatan dan tidak membolehkan mereka mengambil vaksin.
Uzbekistan, yang mempunyai 34 juta penduduk yang bersempadan dengan Tajikistan dan Turkmenistan mewajibkan rakyatnya berusia 18 tahun ke atas untuk mendapatkan vaksin.
Negara itu sudah beberapa kali memecah rekod harian kes baharu Covid-19 beberapa minggu ini.
Sehingga Selasa, Uzbekistan mencatatkan 130,000 kes Covid-19 baharu dengan 890 kematian.
AFP/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan