24 Ogos 2021

Pakai pelindung wajah, pelitup muka 2 lapisan



KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan memakai pelindung muka dan dua lapis pelitup muka di tempat awam sebagai langkah perlindungan berganda mencegah jangkitan varian Delta yang semakin dominan ketika ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata langkah itu perlu dimasukkan sebagai strategi keselamatan untuk mengurangkan penularan COVID-19 dalam kalangan masyarakat.

"Penggunaan pelindung muka dan dua lapisan pelitup muka boleh memberi 96 peratus perlindungan daripada jangkitan varian Delta.

"Ia perlu menjadi strategi keselamatan bagi mengurangkan penularan COVID-19 dalam masyarakat," katanya dalam hantaran media sosial, hari ini.

Dr Noor Hisham sebelum ini dilaporkan berkata, kajian baharu mengenai varian membimbangkan (VOC) Delta mendapati ia boleh membiak di dalam hidung individu yang sudah mendapat suntikan vaksin.

Keadaan itu disifatkan sama seperti individu yang belum divaksinasi.

Beliau dipetik sebagai berkata, kajian awal terhadap satu kes jangkitan mendapati, varian Delta itu membiak di hidung orang yang sudah divaksin seolah-olah individu berkenaan belum mendapatkan vaksin.

Tiada ulasan: