21 Ogos 2009

Kesederhanaan jiwa Salleh Man pikat pengundi

PERMATANG PASIR, 21 OGOS:Walaupun 'mencuri' masa tidurnya yang sepicing itu, namun beliau dengan raut keletihan masih tenang dan tersenyum menyambut kedatangan kami. Sambil meminta sikat daripada saya untuk menyisir rambutnya, beliau kemudiannya bersimpuh di lantai bersiap sedia untuk ditemubual. Begitu sederhana sikap Ustaz Salleh Mohd Man, tanggapan awal kami.

Sebenarnya,ketika itu kira-kira jam 8.30 malam, beliau sedang menunggu masuk waktu solat isyak sambil melabuhkan lena di bilik rehat Pusat Khidmat DUN Permatang Pasir kerana seharian suntuk memenuhi jemputan dan terlibat aktiviti bersama masyarakat dan tanpa banyak pilihan lain untuk mewawancara,melainkan kami 'mengganggu' satu-satu masa rehatnya yang ada.

Beliau yang dilihat agak malu dengan lensa kamera,cuba membetulkan kain pelikat dan kopiahnya sambil mencari posisi duduk yang baik dan mengambil buku nota kecil dari poket bajunya. Rupanya disitu terdapat catitan ringkas visi dan misi agenda beliau sebagai wakil rakyat.

"Ada catit ni...tak larilah jawapan nanti.Senang ini sebagai rujukan,"katanya yang dilihat begitu tertib dan tidak mahu jawapan 'kosong' dan tanpa makna diberikan kepada kami.

Bertanya bagaimana beliau menghadapi keadaan kehidupannya yang 'sekelip mata' berubah, tatkala bergelar calon PAS dan bakal wakil rakyat Permatang Pasir, Ustaz Salleh begitu bersahaja merendah diri menjelaskan keadaan.

Sebenarnya, berperang dan berjuang dalam pilihan raya bukanlah kali pertama bagi Ustaz Salleh Man.Sejak 1986, beliau pernah bertanding di 4 kawasan iaitu di DUN Sungai 2, Parlimen Tasik Gelugor, Pinang Tunggul dan Permatang Berangan. Beliau sudah diuji dan mangli.

"Penat terasa hilang bila tengok bakti yang ditunjukkan jentera kita yang bersemangat.

"Selain itu sokongan yang tinggi dari segi moral dan dengan sambutan kemesraan yang kita dapat dari para pengundi,mereka telah memberi harapan yang tinggi pada kita untuk teruskan apa yang Pak Hamdan (Allahyarham Dato'Hamdan Abdul Rahman) buat sebelum ini,"jelasnya dengan nada suara yang perlahan.

Sejak subuh pagi,lepas solat beliau turun dari rumah, ke tempat yang telah ditetapkan, bermula dari Pekan Permatang Pauh, sehingga petang. Hari ini sahaja, Ustaz Salleh sudah melawati enam kawasan untuk bertemu masyarakat setempat dengan aneka aktiviti yang diaturkan.

Antara tempat yang disinggah dan mendapat sambutan masyarakat pelbagai bangsa ialah pasar,kedai kopi, masjid,pekan Permatang Pauh dan menyaksikan anak-anak muda bermain takraw dan bolasepak.

Kata Ustaz Salleh ketika kunjungannya di Bukit Merah, di tempat kawasan yang padat dengan penduduk cina, sambutan sangat membanggakan di samping 'laungan' semangat menunjukkan tanda dan isyarat awal kejayaan PAS dalam Pilihan Raya Kecil,25 Ogos depan.

Selain itu semangat paling indah bagi Ustaz Salleh apabila isteri tersayang dan lima orang anaknya sentiasa menyokong perjuangan beliau yang merupakan graduan Universiti Malaya dalam Pengajian Islam.

Sambil sembang-sembang santai, Ustaz Salleh kecewa apabila orang mula menyerang Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dengan tuduhan liar sedangkan yang bertanding dan berdepan dengan calon pihak lawan ialah beliau sendiri.

"Jangan alih perhatian. Saya yang bertanding,kenapa Tok Guru yang diserang?"katanya membayangkan pihak lawan sudah tiada modal untuk menyerang beliau yang pernah menubuhkan sekolah agama persendirian.

Beliau dalam pada itu turut menasihati ramai tidak kira pihak lawan mahupun para penyokong PAS dan Pakatan Rakyat supaya mengutamakan kesihatan sekaligus mengambil langkah berjaga-jaga yang diarahkan oleh Kementerian Kesihatan bagi mencegah penularan wabak Influenza A H1N1.

Tidaklupa katanya,bermunajatlah kepada Allah sentiasa supaya dilindungi penyakit yang menggerunkan ini.

"Maaf...saya ada 8 ceramah kelompok malam ini..jadi nak siap-siap dulu ya,"katanya merendah diri sambil tersenyum lalu,tanpa membuang masa kami pun berundur diri tatkala melihat jam sudah menunjukkan pukul 9.00 malam.

Hampir setengah jam kami menemuramah sedangkan masa yang diberikan pada awalnya oleh pihak urusetia hanyalah 10 minit sahaja, namun kerana melihat kerancakan penuh semangat Ustaz Salleh,lalu terlajak melampaui masa.

Akhir kata beliau berharap para pengundi membuat keputusan yang bijak dan supaya aspirasi dan legasi Pak Hamdan dapat diteruskan katanya mengakhiri perbualan dengan penuh adab sederhana.

HarakahDaily.Net/-


Mohamad Sabu yakin penuh dengan Salleh Man

PERMATANG PASIR, 20 Ogos: Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu yakin penuh dengan kewibawaan calon Pakatan Rakyat dari parti itu di Permatang Pasir, Ustaz Salleh Man.

Beliau berkata, ciri-ciri dan rekod bersih yang ada pada diri Salleh melayakkan beliau untuk bertanding mewakili parti di Dun berkenaan.

"Ustaz Salleh Man ni sesuai sangatlah nak jadi calon dewan undangan negeri. Dia golongan ustaz, golongan yang rajin nsya Allah lah, kenduri, mati tu dia akan sampailah kalau dia ada dalam kawasan," katanya dalam satu ceramah di Bukit Indera Putera, di sini malam tadi.

Selain Salleh Man, Mohamad Sabu adalah antara pemimpin PAS yang disenaraikan sebagai calon untuk Permatang Pasir. Namun, Harakahdaily difahamkan beliau telah menolak dan memberikan sokongan penuh kepada Salleh untuk menjadi calon.

"Dia ni saya berkenan dengan dia, dia seorang yang istiqamah. Dia yakin dengan perjuangan. Keluar dari universiti Malaya dengan ijazah Sarjana Muda Syariah, terus menyertai PAS. Bertanding pada usia umur 20-an sampailah umur 52,"ujarnya.

Ini katanya berbeza dengan calon taruhan Barisan Nasional, Rohaizat Othman yang mempunyai kes salahguna kuasa sehingga dilayangkan kad merah oleh Majlis Peguam.

"Kita tengok keadaan ni kita yakinlah berbanding calon belah sana (Umno). Saya tak mahu sentuh hal peribadi tapi bersangkut dengan perkara umum ni, kita kena sentuh."

ImageBercakap di hadapan lebih 500 orang yang hadir,beliau berkata PAS tidak sekali-kali mahu menyerang peribadi pihak lawan namun tegasnya sudah jelas Rohaizat mempunyai rekod yang tidak bersih sehingga dipertikai oleh ahli veteran Umno sendiri.

Beliau merujuk kepada bekas Naib Presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah yang turut mempertikaikan pemilihan Rohaizat di Dun Permatang Pasir.
Veteran Umno itu dalam blognya semalam menulis calon yang dipilih untuk bertanding dalam pilihanraya mesti mempunyai rekod yang bersih kerana umno meminta rakyat meletak kepercayaan kepadanya sebagai ketua mereka.

Namun beliau sedih apabila calon yang dipilih Umno mempunyai rekod yang tidak baik.

"Calon belah sana tu bukan kita pertikai. Kita tak pertikai...hak dia.Soalnya dia diberi kad merah oleh Bar Council (Majlis Peguam) ertinya dibuang," kata Mohamad Sabu.

"Hari ni pulak Tengku Razaleigh Hamzah mempertikaikan kenapa pilih calon ini. Dia kata ini menyebabkan orang lihat umno macam tak ada calon. Saya tak kenal secara peribadi calon ni. Tapi, kalau Tengku Razaleigh pun pertikai, saya nak kata apa."

Tengku Razaleigh adalah anggota Parlimen Gua Musang. Dia pernah menjadi Menteri Kewangan dan bekas naib presiden Umno. Beliau pernah bertanding merebut jawatan presiden Umno dan hanya kalah 43 undi sahaja di tangan Tun Dr Mahathir. Image

Bagi Mohamad, pemilihan Rohaizat 'yang bermasalah' itu menunjukkan adanya masalah dalaman Umno di peringkat negeri itu.

"Apa yang dituduh terhadap beliau iaitu pecah amanah lebih kurang RM140 ribu terhadap pelanggan dia. Kalau calon seperti ini diketengahkan hadirin sekalian kita nampak Umno Pulau Pinang ni hadapi masalah besarlah."

Pada 7 Mac 2008, Majlis Peguam telah membatalkan lesen guaman Rohaizat, kerana dikaitkan dengan kes pecah amanah wang anak guamnya.

Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan mengumumkan, status peguam Rohaizat ditarik balik (struck off) berdasarkan Bahagian 103D Akta Guaman 1976 atas kes penyelewengan wang. Sehunungan itu Rohaizat membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi pada 12 Ogos lalu namun ditolak mahkamah.

Dalam borang penamaan calonnya pada Isnin lalu, Rohaizat juga tidak meletakkan kerjayanya sebagai peguam tetapi meletakkan ahli perniagaan sebagai kerjayanya, sama seperti calon PAS, Ustaz Salleh Man.

Namun Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin dilihat bermati-matian membela Rohaizat. Beliau pernah mengeluarkan kenyataan akan memberikan penjelasan yang betul dan tidak akan berbohong kepada pengundi selain meminta Rohaizat membuat kenyataan bersumpah bagi menjelaskan isu tersebut.

Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan juga kelihatan bersungguh membela Rohaizat mengulangi dakwaan para pemimpin Umno bahawa Rohaizat tidak terlibat dalam sebarang transaksi jual beli tanah yang diuruskan oleh rakan kongsinya bagi pihak Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang Berhad.

Beliau sebaliknya mendakwa Rohaizat menjadi mangsa keadaan setelah rakan kongsi beliau meninggalkan firma berkenaan di mana beliau terpaksa memikul tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan rakannya itu.

"Muhyidin kata BN tak akan bohong untuk dapat undi. Hari ni depa bohong kata partner calon ini yang salah. Sebenarnya Bar Council pecat calon ini, bukan partner dia," ujar Mohamad.

Dalam ceramah yang turut disertai oleh calon PAS, Ustaz Salleh Man, dan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dr.Mansor Othman itu, Mohamad menyeru agar para pengundi membuat pemilihan yang tepat dan berfikir sebelum memilih wakil mereka di Dun Permatang Pasir.

HarakahDaily.Net/-



Wanita hamil korban ke-68 H1N1

Seorang wanita hamil berumur 33 tahun di Johor menjadi mangsa korban terbaru influenza A (H1N1) menjadikan jumlah kes kematian di negara ini seramai 68 orang, selepas tiada kes kematian dicatatkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata wanita hamil 34 minggu itu dilaporkan meninggal dunia pada 13 Ogos akibat "pneumonia yang teruk dan sesak nafas" dan disahkan positif H1N1 keesokan harinya.

Wanita berkenaan dimasukkan ke wad hospital swasta di Johor Bahru pada 8 Ogos setelah mengalami demam dan batuk selama sehari, dan lima hari kemudian dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Aminah Johor Baharu setelah mengalami sesak nafas dan diberikan rawatan Tamiflu, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Mohd Ismail berkata selain itu, sebanyak 195 lagi kes disahkan positif H1N1 dengan 35 kes daripadanya mendapat rawatan di ICU dengan 20 kes terdiri daripada mereka yang mempunyai faktor risiko iaitu diabetes (empat kes), penyakit kronik (lima kes), asma (dua kes), hamil dan bersalin (empat kes), obesiti (satu kes), kanak-kanak istimewa (dua kes) dan kanak-kanak di bawah setahun (dua kes).

Katanya, pada masa sama, seramai 188 orang telah dibenarkan keluar daripada hospital di seluruh negara.

Dr Mohd Ismail menasihatkan orang ramai supaya lebih prihatin membezakan gejala selesema biasa dengan jangkitan influenza.

"Di antara perbezaaan yang ketara ialah apabila dijangkiti influenza, individu akan mengalami demam yang tinggi melebihi 38 darjah Celcius sehingga tiga ke empat hari, sakit kepala, sakit tekak, kerap letih, sakit badan yang biasanya teruk, letih lesu dan batuk tanpa kahak di peringkat awal.

"Selesema biasa pula jarang mengalami demam atau demam ringan (kurang daripada 38°Celcius ), hidung berair dan kerap bersin," katanya.

Mengikut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penularan pandemik H1N1 di dunia masih aktif dengan melibatkan 182 negara.

Sehingga pagi ini, terdapat peningkatan kes jangkitan sebanyak 3,354 kes menjadikan jumlah kes terkumpul 231,269 dengan peningkatan kes kematian sebanyak 207 menjadikan jumlah kematian terkumpul 2,353 di seluruh dunia.

Orang ramai juga dinasihat sentiasa mengikuti perkembangan semasa dan langkah-langkah pencegahan dengan melayari laman web khas H1N1 di http://h1n1.moh.gov.my atau menghubungi talian hotline 03-8881 0200 atau 03-8881 0300 - BERNAMA

MalaysiaKini/-

Umat Islam berpuasa mulai Sabtu ini

Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa mulai Sabtu ini, kata Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah melalui siaran langsung di TV1 malam ini.

MalaysiaKini/-


Ubat H1N1 maksimum RM80

Orang ramai boleh mendapatkan ubat antivirus bagi merawat influenza A (H1N1) dengan harga tidak melebihi RM80 sekotak di semua rangkaian klinik atau hospital yang menyertai kempen klinik
cegah dan rawat wabak tersebut.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata setakat ini, sebanyak 85 klinik dan hospital swasta di seluruh negara telah mengesahkan penyertaan mereka dalam kempen berkenaan.

Beliau berkata di bawah kempen itu, klinik atau hospital swasta yang
menyertainya akan diberikan harga istimewa bagi membeli ubat antivirus FluHalt (Oseltamivir Phospate) keluaran Syarikat Ranbaxy (Malaysia) Sdn Bhd.

"Apabila kita beri kata putus, iaitu klinik jangan jual harga antivirus ini
lebih tinggi daripada RM80.

"Saya rasa dengan jelas orang ramai boleh mendapat antivirus ini dengan lebih murah. Satu ketika dulu harganya meningkat sehingga RM180.

"Kita rasa ini adalah musim pandemik dan dengan sokongan pembekal ubatan farmasi, kita dapat mengurangkan harga ini.

"Saya harap klinik-klinik mendapatkan bekalan dan memberi rawatan dengan cepat kepada pesakit H1N1," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen klinik cegah dan rawat influenza A (H1N1) di Kuala Lumpur hari ini.

Selain itu tawaran harga rendah, klinik atau hospital swasta di bawah kempen ini juga digalakkan untuk mengenakan caj yang minimum bagi konsultasi kes-kes penyakit seakan-akan influenza (ILI) bagi membantu mengurangkan bebanan kewangan kepada pesakit.

Liow turut menegaskan bahawa tindakan akan dikenakan terhadap mana-mana klinik atau hospital swasta yang enggan memberikan rawatan kepada pesakit H1N1 sebaliknya meminta pesakit dirujuk di klinik atau hospital kerajaan.

"Sebelum ini, ramai pesakit yang pergi ke klinik dan hospital swasta diminta merujuk kepada hospital kerajaan.

"Saya harap ini tidak berlaku lagi. Sudah tiba masanya semua klinik dan hospital swasta memainkan peranan masing-masing untuk membantu kerajaan dalam menangani wabak H1N1," katanya.

Alriz, sebuah syarikat bumiputera, dan Ranbaxy (Malaysia) Sdn Bhd melancarkan kempen bagi membantu rakyat Malaysia mendapatkan rawatan bagi influenza A(H1N1) dengan lebih mudah dan pada bayaran lebih rendah, di klinik-klinik peserta swasta di seluruh negara.

Sebuah laman web pelbagai bahasa www.h1n1.net.my telah disediakan bagi memberi maklumat kepada orang ramai mengenai H1N1 serta membolehkan mereka mengesan klinik peserta yang terdekat dengan kawasan mereka.

Liow berkata Malaysia telah pun membuat tempahan awal bagi vaksin H1N1 dan bekalan pertama 400,000 dos akan tiba pada Oktober sementara yang kedua pada Januari.

Terdahulu, di Hospital Ampang, Liow menggesa syarikat insurans menawarkan perlindungan untuk mangsa influenza A (H1N1) yang membeli insurans dengan mereka terutamanya jika pelanggan meninggal dunia akibat wabak itu.

"Ia adalah tanggungjawab sosial yang perlu mereka jalankan memandangkan ketika ini tidak semua syarikat insurans menawarkan perlindungan untuk mangsa H1N1," katanya. BERNAMA

MalaysiaKini/-

Tips Kejutkan orang bersahur

Oleh : blue ocah

Puasa pun nak dekat, tapi time untuk bangunkan orang bersahur adalah time paling crucial sekali. Dibawah ni ada2 tips menarik untuk dicuba:-)

Kalau nak kejutkan orang bangun tidur especially sahur..cam ni antara caranya..

1. pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan...

2. sentuh bahu org tidur tu..dan goyangkan perlahan lahan..sambil panggil nama dia...

3. renjis air kat muka dia...sambil panggil nama dia...

4. tampar tampar manja pipi dia..sambil panggil nama dia...

5. tutup kipas/air cond

tapi kalau still tak ada respon jgak buwat camnih...

1. jerit nama dia kuat kuat...

2. gigit ibu jari kaki dia..cam hantu toyol gigit

3. simbah air sebaldi...kalau boleh air rendam baju dalam korang

4. tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam

5. goyang badan dia kuat2 then jerit gempa bumi gempabumi! tsunami!tsunami!

6. jerit api! api! api!

7. letak kfc ke mcd ke xpun ikan patin masak tempoyak yg baru dibeli sebelah hidung dia..bgi ambik bau sikit

still gak tak ada respon buwat camnih...

1. pergi kat telinga dia...then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia byk kali...

2. pergi kat dia, baca je surah yaa sin....

tapi kalau still tak ada respon jgak...ni je la cara terakhir

1. panggil je orang masjid/surau untuk uruskan...kerana tuhan lebih menyayanginya. ...

kekekkekkke. .jgn mare...

Selamat Berpuasa ye... puasa jgn tak puasa.



Delima N11 : Dimana Ahmad Maslan Mahu ' Membawa Diri '

oleh : http://amkj.blogspot.com

Berikut adalah kenyataan sidah akhbar rakan kongsi Srd. Rohaizat Othamn . Calon PRK N11 : DUN Permatang Pasir

Pada tahun 2002, Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang Berhad mencadang membeli sebidang tanah untuk meluaskan perniagaan mereka dan telah melantik Firma Guaman Saif Ariff and Rohaizat untuk menguruskan pembelian tanah tersebut.

Saya dan Rohaizat telah berbincang dengan lembaga pengarah koperasi tentang syarat syarat perjanjian jual beli. Setelah semua dipersetujui saya telah menyediakan perjanjian jual beli tanah tersebut.

Untuk tujuan pembelian ini, koperasi telah memohon pinjaman RM320,000 dari Jabatan Pembangunan Koperasi. Pinjaman tersebut telah diluluskan dan wang tersebut dideposit ke dalam akaun klien di firma guaman.

Namun atas sebab masalah komunikasi dengan penjual, yang tinggal di Acheh, jual beli tersebut telah tidak disempurnakan.

Dalam pada itu, koperasi memerlukan sejumlah wang untuk tujuan pengembangan perniagaan mereka. Yusri telah menandatangan satu cek berjumlah RM100,000 atas nama koperasi dan diberikan kepada pihak koperasi. Maka baki RM220,000 masih tersimpan di dalam akuan firma.

Sementara itu, seorang pelanggan, kenalan Rohaizat yang telah membeli sebidang tanah dengan harga RM130,000 telah memohon jasabaik firma (guaman) untuk membiayai bayaran baki RM100,000. Beliau terdahulu telah membayar RM30,000 kepada penjual.

Firma telah bersetuju untuk meminjamkan RM100,000 yang diambil dari wang koperasi kepada pelanggan (tersebut) untuk menyempurnakan jualbeli tanah tersebut dengan syarat beliau membayar balik pinjaman.

Setelah pelanggan gagal membayar balik pinjaman, Rohaizat telah berbincang dan bersetuju untuk mengambil alih milik tanah berkenaan dan melupuskan pinjaman tersebut.

Malangnya, firma gagal menjual keseluruhan tanah (tersebut) sebagai pecahan lot dan tidak dapat membayar kembali wang koperasi yang telah digunakan.

Sebahagian daripada baki dalam akaun pelanggan dan akaun syarikat telah digunakan untuk memberi pinjaman kepada salah seorang pengarah sebuah syarikat pemaju perumahan yang juga kenalan Rohaizat yang menghadapi masalah kewangan yang teruk dan juga untuk pengurusan cawangan baru firma di Ipoh.

Saya bertanggungjawab menguruskan cawangan firma di Ipoh, sementara Rohaizat menumpu sepenuhnya di firma Butterworth.

Saya tidak lagi memantau akaun-akaun pelanggan di cawangan Butterworth sehinggalah saya meninggalkan firma pada November 2003.

Merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Ahmad Maslan seperti yang dilaporkan oleh Utusan Online bertarikh 19 Ogos 2009 bahawa Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan dan tidak tahu menahu tentang perkara tersebut, saya ingin tegaskan bahawa ia adalah satu pembohongan.

Ini adalah kerana segala urusan pembelian tanah tersebut dan penggunaan wang koperasi di buat dengan pengetahuan dan penglibatan Rohaizat seperti yang dijelaskan di atas.

Mana mungkin pengaliran keluar dan masuk wang dalam sesuatu akaun syarikat tidak diketahui oleh Rohaizat yang juga penandatangan yang sah untuk akaun-akaun tersebut.

Sepatutnya Rohaizat menceritakan perkara sebenar dan tidak meletakkan tanggungjawab dan kesalahan hanya kepada rakan kongsi untuk membebaskan dirinya sendiri.

Merujuk kepada kepada kenyataan Ahmad Maslan yang mengangkat Rohaizat sebagai “wira” kerana membayar balik wang koperasi baru-baru ini, saya ingin tegaskan sesungguhnya beliau sewajarnya menyelesaikan pembayaran pada 2003 lagi ketika cawangan Ipoh telah menjana pendapatan yang agak lumayan.

Seyugia diingatkan bahawa cawangan Ipoh ditubuhkan dan diuruskan dengan sebahagiannya menggunakan wang dari akaun klien koperasi pekebun getah Pulau Pinang.

Layakkah title itu diberikan oleh Ahmad kepada Rohaizat? Saya percaya Ahmad Maslan tidak sedar akan kedudukan sebenarnya atau lebih malang lagi kalau beliau sengaja berpura-pura tidak tahu?

Wirakah Rohaizat ketika enggan, cuai, dan gagal menghadirkan diri di hadapan Majlis Peguam pada 14 September 2007 untuk memberi penjelasan ke atas satu kes besar yang beliau hadapi.

Dakwaan Ahmad Maslan bahawa Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan atau pengetahuan mengenai transaksi jual beli tanah itu, menggambarkan Rohaizat selaku senior partner di dalam firma tersebut, tidak tahu apa-apa tentang urustadbir pejabat.

Apakah dakwaaan Ahmad Masalan ini lojik dan munasabah? Transaksi sebesar ratusan ribu yang dijalankan rakan kongsinya, didakwa tidak diketahuinya? Tidak masuk akal langsung sebagai seorang yang berpendidikan tinggi!

Saya berharap dengan penjelasan ini, saya dapat membersihkan diri saya daripada dikambinghitamkan dalam kes kecuaian Rohaizat yang membawa kepada pembatalan pendaftaran beliau sebagai penguambela dan peguamcara.

oleh Yusri Isahak

Ulasan :

Amad..hang jadi Pak Menteri awat tak wat homework, wat malu kaum aje.
Pada Pak TPM... 'Hang baguih jadi tok imam untuk sumpah laknat si izat tu. Jangan pulak lupa bawak kopiah sama serban nooo....



Mempersiapkan diri menghayati Ramadan

Oleh Nik Salida Suhaila

Amalan ditunjukkan ibu bapa menjadi pendakwah terdekat kepada anak

RAMADAN yang ditunggu-tunggu seluruh umat Islam bakal menjelma hujung minggu ini. Ada yang rindukan sahurnya, buka puasa, malah ada yang teringat akan malamnya yang kudus. Tarawih dan solat malam sudah tentu akan diisi maksimum mungkin dan diselangi tadarrus. Ramai juga yang mengambil peluang mengerjakan umrah dan bersedekah, kerana semuanya ingin menghambakan diri, menjadi hamba-Nya yang tulus.

Permulaannya rahmat, pertengahannya pengampunan dan penghujungnya terlepas dari api neraka. Inilah yang ingin dikejar sesiapa saja yang inginkan penghabisan usia yang baik. Yang bersalah memohon maaf, yang sombong menghulur senyum, yang jahat mula bertaubat, yang malas menyinsing lengan, yang takbur kembali sujud memohon keampunan, memohon pelepasan dari dosa yang terhimpun sekian lama.

Indahnya Ramadan, paginya hening untuk yang insaf, siangnya pendek untuk yang sabar dan malamnya panjang untuk yang bertaubat. Selain menahan diri dari lapar dan dahaga, berpuasa juga menjaga diri dari melakukan perbuatan maksiat. Yang halal dilakukan pada bulan yang lainnya menjadi haram pada bulan puasa, seperti makan pada siang hari dan melakukan persetubuhan antara suami isteri. Kerana itulah orang berpuasa dengan sebenar-benarnya adalah orang yang luar biasa.

Di dalam surah Al-Baqarah ayat 183, Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, semoga kamu bertakwa."

Orang berpuasa ialah orang yang bertakwa. Mereka menjaga hati dari berasa sangsi terhadap kekuasaan Allah dan kebaikan saudara seagama. Mereka juga menjaga mata dari memandang sesuatu yang tidak selayaknya, menjaga hidung dari menghidu sesuatu yang mengurangkan pahala, menjaga telinga dari halwa yang membuai rasa dan suara yang membawa berita bohong, menjaga lidah dari membicarakan hal yang tidak berfaedah, mengumpat, mencaci, menipu dan memfitnah serta menjaga tubuh badan lainnya yang menjadikan kita leka dari mengingati Yang Maha Berkuasa.

Orang meninggalkan puasa tanpa izin syarie tidak akan dapat menggantikan hari berkenaan pada mana-mana hari pun di dunia, Rasulullah SAW menegaskan hal ini dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Imam at-Tarmizi yang maksudnya: "Dari Abi Hurairah berkata: Bersabda Rasulullah SAW: Sesiapa berbuka satu hari pada Ramadan tanpa ada ruksah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat menggantikan puasa ditinggalkan itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup".

Pada bulan mulia, ibu bapa wajar mengambil peluang meluangkan masa yang berganda bersama anak dan mendidik mereka mematuhi hukum agama. Selain puasa, rukun Islam lainnya wajar ditazkirahkan semula dan diamalkan bersama mereka supaya hati mereka dekat dengan Yang Maha Pencipta.

Anak bukan saja perlu difahamkan dengan apa yang terakam di dalam kitab suci, tetapi juga amalan yang ditunjukkan ibu bapa, yang menjadi pendakwah paling hampir dengan mereka.

Tunjuk ajar yang betul pada peringkat awal usia anak untuk menghadapi Ramadan tentunya menjadi batu asas yang kuat untuk mereka beristiqamah dengan fahaman puasa yang sebenarnya, iaitu bukan hanya berlapar dan dahaga, apatah lagi membazir sewaktu berbuka tetapi menjadi hamba yang insaf terhadap hari muka.

Sudah tentu setiap isteri pula menantikan tunjuk ajar suami dalam meningkatkan ibadah kepada Allah SWT. Walaupun menyediakan juadah bersahur dan berbuka besar dan banyak pahalanya, ia tidak cukup puas jika tidak berjemaah sewaktu qiyamullail, apatah lagi apabila tibanya lailatul qadar yang hanya bertandang sekali. Justeru, setiap suami harus mengambil kesempatan dari saat ini untuk menyiapkan diri membimbing anak dan isteri menghadapi Ramadan kali ini agar lebih baik dari sebelumnya..





Jomlah baca cerita lucu

Oleh : mohd naim mohd zain

Anda bukanlah manusia jika anda tak ketawa membaca lawak di bawah ini.

Uban

Pada suatu hari sedang emak Nurul Janah sedang memasak ,Nurul Janah ternampak ada uban di kepala emaknya lalu dia pun bertanya"emak kenapa rambut emak bewarna putih?"tanya Nurul Janah

Dengan rasa malas ibunya pun menjawab "Setiap kali anak emak membuat emak menangis , sehelai rambut emak akan bertukar menjadi putih"jawab emaknya

Kemudian Nurul Janah pun berfikir sejenak dan bertanya lagi "Habis kenapa rambut nenek semuanya bewarna putih? emak selalu membuat nenek menangis kah?"

Cermin Mata

dalam perjalanan ke daerah tutong , hisham dan isterinya, salma singgah di restoran Aneka Citarasa.selepas menyambung perjalanan baru salma sedar, dia tertinggal cermin mata di meja restoran.

"Bang... cermin mata saya tertinggal atas meja tempat kita makan tadi", beritahu Salma.

"Isssyyy awak ni, benda macam tu pun tak boleh ingat.mana ada tempat nak patah balik kat highway ni" kata Hisham.

" Ala , mahal tau cermin mata satu tu", kata Salma.

"Yalah, yalah, kita pusing balik lah ni", balas Hisham

Setiba kembali di perkarangan restoran Aneka Citarasa ,Salma segera membuka pintu kereta .

"Mah, jangan lupa ambilkan abang punya cermin mata sekali ya", Jerit hisham

Tidak akan di hukum

Murid : Cikgu, apakah orang boleh dihukum untuk sesuatu yang belum
dibuatnya ?
Guru : Oh, semestinya tidak. Orang hanya boleh dihukum untuk perbuatan yang telah dilakukannya.
Murid: Syukurlah, Cikgu. Saya belum membuat latihan yang diberi oleh cikgu semalam.

I'm sorry

Seorang gadis yang Bahasa Ingerisnya kacau-bilau. .. suatu hari terlanggar seorang pelancong US ketika berjalan² di The mall.

Gadis : " I'm sorry "

Pelancong : " I'm sorry, too "

Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh pelancong itu.. dia meneka2 dan terus menjawab..

Gadis : " I'm sorry. three "

Pelancong : " What are you sorry for? "

Gadis : " I'm sorry, five "

Kejadian Seram di Wad ICU

Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik.. Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada satiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka... Perkara ini sangat membingungkan para doktor... Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut...

Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya.. . beberapa doktor bersiap sedia untuk mengenal pasti penyebab kepada kematian di katil tersebut. Seorang pesakit lelaki sedang tidur di katil misteri.

Masa berputar... pukul 08:00am.. 08:30am sehingga jam 9..00 am... tiba-tiba... ... Pintu bilik ICU itu terbuka.... Kemudian masuklah Makcik Bedah.... Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari jumaat.. Masuk... mendekati katil keramat tersebut... dan terus mencabut soket elektrik untuk alat bantuan pernafasan pesakit tersebut dan menggantikannya dengan 'plug vacum cleaner'nya. ..

Nenek Ani

Nenek Ani dirawat di rumah sakit. Menurut doktornya, asmanya sudah semakin teruk hingga perlu dipasangkan salur oksigen. Sudah beberapa hari dia tidak bercakap dan seperti orang koma. Dikira sudah menjelang ajal, anaknya memangilkan seorang Mudhin (tukang do'a) agar di doakan. Sedang asyik Pak Mudhin berdoa, tiba-tiba muka nenek Ani bertukar warna biru seolah-olah tidak boleh bernafas. Tangannya menggigil. Dengan menggunakan bahasa isyarat nenek Ani minta diambilkan kertas dan alat tulis. Sisa-sisa tenaga yang ada digunakan oleh nenek Ani untuk menulis sesuatu dan memberi kertas tersebut kepada Pak Mudhin.

Sambil terus berdoa Pak Mudhin langsung menyimpan kertas tersebut tanpa membacanya kerana fikirannya dia tidak sanggup membaca surat wasiat tersebut didepan Ani. Tak lama kemudian nenek Ani meninggal dunia. Pada hari ketujuh meninggalnya nenek Ani, Pak Mudhin diundang untuk datang kerumah Ani..

Selesai memimpin do'a, Pak Mudhin berbicara, "Saudara-saudara sekalian, ini ada surat wasiat dari almarhum nenek Ani yang belum sempat saya sampaikan, yang saya pasti nasehat untuk anak cucunya semua. Mari kita sama-sama membaca suratnya".

Pak Mudhin membaca surat tersebut, yang ternyata berbunyi :

"Mudhin jangan berdiri di situ...! Jangan pijak saluran oksigen aku..!"

Kambing Hitam & Kambing Putih

Seorang gembala sedang menggembalakan biri-birinya yang berbulu hitam dan berbulu putih. Dia kemudian didatangi seorang pemuda lalu bertanya:
Pemuda : "Baguskah ternakan biri-biri engkau. Boleh tak
saya tanya beberapa soalan?"
Gembala : "Oh, boleh saja"
Pemuda : "Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih"
Gembala :"Ah, yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari"
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : "Dan berapa banyak rumput mereka makan setiap hari?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih."
Gembala : "Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari."
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : "Dan berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih."
Gembala : "Aaa...menurut perkiraan saya, yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun kalau mereka dicukur."
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : (Dengan perasaan geram ) "Kenapa engkau membezakan biri-biri engkau yang putih dengan yang hitam setiap kali nak jawab soalan saya, padahal jawapan semuanya sama saja"
Gembala :"Mestilah saya beza-bezakan sebab biri-biri yang putih itu adalah milik saya."
Pemuda : "Ooo, begitu, fahamlah saya,kalau yang hitam tu pulak siapa punya?"
Gembala : "Yang hitam pun sama, saya punya juga"
Pemuda : (benggang, geleng kepala dan berlalu)

Suami Terbaik

Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab eklusif lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym. Tiba-tiba kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut . . "

"Hello?"

"Abang, nie sayang nie,"

"Emmm... "

"Abang masih ada di kelab lagi ke?"

"Iya."

"Sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru.. Cantik bang, Boleh ke sayang beli?"

"Berapa harganya?"

"Cuma $1500.00 aje"

"O.K. Belilah kalau memang awak dah suka sangat"

"Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2003 . Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price . . lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu "

"Berapa harga yang dia bagi?"

"Cuma $280,000 ..."

"O.K tapi pastikan harga tu dah on the road."

"Great! Before we hang up, ada satu perkara lagi..."

"Apa?"

"Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan.... pagi tadi sayang singgah dipejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu... sekarang nie untuk dijual. Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu. . cantik kan bang. . "

" Berapa harga yang mereka minta?"

" Cuma $740,000... O.K kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita
boleh cover harga tu. . ."

"Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?"

"OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You !!!"

"Bye... I Love you too..."

Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone . . .sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut :

"ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA? "

Dengan Penuh Senyuman

Seorang pemimpin sebuah persatuan sedang memberi ucapan dihadapan sekumpulan ahlinya berkenaan kewajiban membayar yuran persatuan dengan rela hati...

"Adalah menjadi suatu penghormatan bagi kita jika dapat membayar yuran persatuan dengan penuh senyuman" kata pemimpin.

Tiba-tiba dari barisan belakang terdengar suara menjerit kegembiraan. .

"Oh.. Syukur pada Tuhan.. mulanya saya sangka yang yuran mesti dibayar dengan wang..."

Daripada Sesuatu...buat Sesuatu...Hargainya...

Oleh : tok_busu


Jika kamu memancing ikan...
Setelah ikan itu terlekat di mata kail...
Hendaklah kamu mengambil terus ikan itu...
Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja. ..
Kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu...
Dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup...

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. ..
Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya...
Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja...
Kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu...
Dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.


Jika kamu menadah air biarlah berpada...
Jangan terlalu mengharap pada takungannya. ..
Dan janganlah menganggap ia begitu teguh...
Cukuplah sekadar keperluanmu. ..
Apabila sekali ia retak...
Tentu sukar untuk kamu menampalnya semula...
Akhirnya ia dibuang...
Sedangkan jika kamu cuba membaikinya. ..
Mungkin ia masih boleh digunakan lagi...


Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya...
Apabila sekali dia melakukan kesilapan...
Bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ..
Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. ..
Sedangkan jika kamu memaafkannya. ..
Boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya...


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
Yang kamu pasti baik untuk dirimu...
Mengenyangkan. Berkhasiat.. .
Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain...
Terlalu ingin mengejar kelazatan...
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.. .
Kamu akan menyesal...


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan...
Yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu...
Menyayangimu. Mengasihimu. ..
Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain...
Terlalu mengejar kesempurnaan. ..
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan menyesal...


SELINGAN: Permata Hati

Oleh : tok_busu












Info topeng muka

Oleh : NazLyn Nor

PUTRAJAYA - Topeng penutup mulut dan hidung kini lebih mampu milik apabila ia diisytiharkan sebagai barang kawalan sementara dengan harga jualan dari serendah tujuh sen hingga RM6 mengikut kualiti.
Status barang kawalan serta penetapan harga itu berkuat kuasa serta-merta sehingga negara bebas daripada selesema babi atau H1N1.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya akan memantau jualan topeng bagi mengelak ada pihak menyimpan stok atau menaikkan harga sesuka hati.

"Dalam keadaan sekarang, ramai orang perlukan topeng ini dan pihak berkuasa akan memantau perkara ini," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurutnya, kementerian boleh mengambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga 1946 di mana mereka yang didapati bersalah boleh didenda tidak lebih daripada RM15,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Katanya, bagi syarikat yang ingkar pula boleh didenda tidak lebih daripada RM25,000.
Sementara itu, seramai 257 kes baru H1N1 dalam tempoh 24 jam semalam tetapi perkembangan positif ialah tiada kematian dilaporkan.

Sebabnya ramai orang Islam terkena H1N1

Email Oleh : azmi abd kadir
Oleh : Dr. M. Anjad Khan


Kod Babi Pada Makanan - Penting Untuk Umat Islam

Salah seorang rakan saya bernama Syeikh Sahib bekerja sebagai pegawai di Badan Pengawasan Ubat & Makanan (POM) di Pegal, Perancis. Tugasnya adalah mencatat semua mereka barang, makanan dan ubat-ubatan.
Produk apa pun yang akan disajikan suatu perusahaan ke pasaran, bahan-bahan produk tersebut harus terlebih dahulu mendapat izin dari Badan pengawas Ubat dan Makanan Perancis dan Syeikh Sahib bekerja diBadan tersebut bahagian QC, oleh sebab itu dia mengetahui pelbagai jenis bahan makanan yang dipasarkan.

Banyak daripada bahan-bahan tersebut dituliskan dengan istilah ilmiah namun ada juga beberapa yang dituliskan dalam bentuk matematik seperti E-904, E-141. Awalnya, saat Syeikh Sahib menemukan bentuk matematik tersebut, dia ingin tahu dan kemudian menanyakan kod matematik tersebut kepada seorang Perancis yang berwenang dalam bidang itu dan orang tersebut menjawab "KERJAKAN SAJA TUGASMU, DAN JANGAN BANYAK TANYA.

Jawaban tersebut menimbulkan kecurigaan buat Syeikh Sahib dan dia kemudian mula mencari tahu kod matematik tersebut dalam dokumen yang ada. Ternyata apa yang dia temukan cukup memeranjatkan kaum Muslimin di dunia.

Hampir di seluruh negara barat termasuk Eropah, pilihan utama untuk daging adalah daging babi. Penternakan babi sangat banyak di negara-negara tersebut. Di Perancis sendiri jumlah penternak babi mencapai lebih dari 42,000.

Jumlah kandungan lemak dalam tubuh babi sangat tinggi dibandingkan dengan haiwan lainnya. Namun orang Eropah dan Amerika berusaha menghindari lemak-lemak tersebut.
Kemudian yang menjadi pertanyaan sekarang; di manakah lemak-lemak babi tersebut? Jawapannya adalah: Babi-babi tersebut dipotong di tempat perniagaan (secara) kecil-kecilan dalam pengawasan Badan POM dan yang memusingkan badan babi tersebut adalah untuk membuang lemak yang sudah dipisahkan dari daging babi. Dahulu kira-kira 60 tahun yang lalu, lemak-lemak tersebut dibakar.

Kemudian mereka berfikir untuk memanfaatkan lemak-lemak tersebut. Sebagai awal kajian, mereka membuat sabun dengan bahan lemak tersebut dan ternyata itu berhasil.
Lemak-lemak tersebut diproses secara kimiawi, dikemas sedemikian rupa dan dipasarkan Dalam pada itu negara-negara di Eropah memperlakukan aturan yang mengharuskan bahan-bahan dari setiap produk makanan, ubat-ubatan harus dicantumkan pada kemasan.

Oleh karena itu bahan yang terbuat dari lemak babi dicantumkan dengan nama Pig Fat (lemak babi) pada kemasan produk. Mereka yang sudah tinggal di Eropah selama 40 tahun terakhir ini mengetahui hal tersebut.

Namun produk dengan bahan lemak babi tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam pada saat itu sehingga menimbulkan deficit perdagangan bagi negara pengeksport.
Menoleh ke masa lalu, jika anda hubungkan dengan Asia Tenggara, anda mungkin tahu tentang faktor yang menimbulkan perang saudara. Pada saat itu, peluru senapang dibuat di Eropah dan diangkut ke belahan benua melalui jalur laut. Perjalanannya memakan waktu berbulan-bulan hingga mencapai tempat tujuan sehingga bubuk mesiu yang ada di dalamnya mengalami kerosakan karena terkena air laut.

Kemudian mereka punya ide untuk melapisi peluru tersebut dengan lemak babi. Lapisan lemak tersebut harus digigit dengan gigi terlebih dahulu sebelum digunakan. Saat berita mengenai pelapisan tersebut tersebar dan sampai ke telinga tentera yang kebanyakan Muslim dan beberapa Vegetarian (orang yang tidak makan daging), maka tentera–tentera tersebut menolak berperang sehingga mengakibatkan perang saudara (civil war).

Negara-negara Eropah mengakui fakta tersebut dan kemudian menggantikan penulisan lemak babi dalam kemasan dengan menuliskan lemak haiwan. Semua orang yang tinggal di Eropah sejak tahun 1970 -an mengetahuinya.

Saat perusahaan produsen ditanya oleh pihak berwenang dari Negara Islam mengenai lemak haiwan tersebut, maka jawapannya bahawa lemak tersebut adalah lemak sapi (lembu) & domba, walaupun demikian lemak-lemak tersebut haram bagi Muslim kerana penyembelihan haiwan ternak tersebut tidak mengikuti syariat Islam. Oleh karena itu produk dengan label baru tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam.

Sebagai akibatnya, pengusaha produk menghadapi masalah kewangan yang sangat serius kerana 75% penghasilan mereka diperoleh dengan menjual produknya ke negara Islam, di mana laba penjualan ke negara Islam bisa mencapai jutaan dolar.

Akhirnya mereka memutuskan untuk membuat kodifikasi bahasa yang hanya diketahui oleh Badan POM sementara orang awam tidak mengetahuinya. Kod tersebut diawalkan dengan kod E-CODES. E-INGREDIENTS ini terdapat di banyak produk perusahaan multinasional termasuk pasta gigi, sejenis permen karet, coklat, gula-gula, biskut, makanan dalam tin, buah-buahan dalam tin dan beberapa multi vitamin dan masih banyak lagi jenis produk makanan & ubat-ubatan lainnya.

Semenjak produk-produk tersebut di atas banyak di konsumsi [penggunaan barang-barang (spt hasil pertanian, perusahaan, dll)]. oleh negara-negara Muslim, kita sebagai masyarakat Muslim tidak terkecuali sedang menghadapi masalah penyakit masyarakat yakni hilangnya rasa malu, kekerasan dan seks bebas.

Oleh itu, saya mohon kepada semua umat Islam untuk memeriksa terlebih dahulu bahan-bahan produk yang akan kita konsumsi dan mencocokkannya dengan daftar kod E-CODES berikut ini. Jika ditemukan kod-kod berikut ini dalam kemasan produk yang akan kita beli, maka hendaknya dapat dihindari karena produk dengan kod-kod tersebut dibawah ini mengandung lemak babi.

Adalah tanggung jawab kita semua sebagai umat Islam untuk mengikuti syariat Islam dan juga memberitahukan informasi ini kepada saudara kita.

Nak tahu Restoran paling bersih di Seremban ?

Oleh : Rozmal bin Malakan

Pagi tadi hantar ayah buat pemeriksaan susulan akibat kecederaan tangan sebelum ini di Hospital Seremban. Dekat tengahari baru habis. Lepas tu bawa ayah dan emak makan di Restoran Haji Sharif di tengah bandar Seremban di jalan Yam Tuan.

Restoran Haji Sharif ni popular dengan Cendol dan Rojak. Dan dia popular sejak saya sekolah di Seremban lagi dekat Telekom Seremban. Masa tu dia buat ais untuk cendol pakai sagat saja (hancur ais guna sagat tangan). Memang popular dulu cendol dan rojak di Telekom Seremban tu, warung dia kecil , main tolak saja.

Lepas tu dah tak de lagi warung-warung di Telekom Seremban sebelah A&W tu. Mereka pindah kejap depan Hotel Royale Bintang sebelah Hotel Tasik.

Lepas tu ayah pun tak tahu mana mereka pindah. Rupa-rupanya sekarang Restoran Haji Sharif adalah mercu tanda bandar Seremban. Luar dalam semua hijau. Bangunan hijau, baju pekerja hijau, lantai hijau, meja hijau, kerusi hijau, dinding hijau, cendol pun hijau. Restoran Evergreen agaknya.

Menu restorannya mudah saja , Rojak atau Rojak Mi, minum pelbagai Cendol, itu saja, tak ada Nasi, tak ada Roti Canai dan lain-lain. Rojak dia memang special, cuba dulu baru tahu. Ramai orang yang datang, Melayu, Cina, India. Letak kereta pun mudah, banyak tempat letak kereta , walaupun tengah bandar Seremban.

Ini bab yang saya suka. Restorannya memang amat bersih sampai ke tandas. Majlis Perbandaran Seremban beri sijil perakuan A iaitu paling bersih. Masa saya tengah makan seorang pekerja sedang lap dinding restoran dengan air sabun. Tak pernah dalam hidup saya tengok restoran di lap dindingnya.

Lebih-lebih lagi wabak H1N1 ini memang digalakkan semua tempat awam sentiasa di lap dengan sabun meja, kerusi dan sebagainya.

Dan lagi satu saya suka restoran ni tak ada jual rokok atau gula-gula dan jajan. Hebat betul pemilik restoran ini , menjaga kesucian, kebersihan, kehalalan makanan yang dihidangkan.

Juga lagi satu saya suka restoran ini tak ada radio dan TV yang memekakkan telinga.

Restoran ini boleh dijadikan contoh atau “Benchmark” untuk pemilik restoran dan kedai makan satu Malaysia mungkin satu dunia. Kalau saya , saya beri pemilik Restoran ini tokoh Maal Hijrah ke , anugerah apa-apa ke, Duta Pelancongan Negeri Sembilan dan sebagainya.

Tanpa hiburan, tanpa rokok, tanpa pelayan seksi , sebuah restoran boleh begitu maju di tengah bandar Seremban. Fikir fikirkan.

Banyak produk pelancongan di Negeri Sembilan ni. Cendol Leman Dawi, Masak Lomak Cili Api dan Lomang Kendong dan banyak lagi. EXCO Pelancongan kena banyak turun padang.


Datuk Ahmad maslan Pula Temui 'Hantu.....'

oleh : http://amkj.blogspot.com

Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan berkata selama ini pihak pembangkang yang selalu membangkitkan isu pengundi hantu tetapi tidak mampu menunjukkan bukti seperti mana yang dilakukan oleh Barisan Nasional .

Ulasan.

Alahai bodohnya Ahli Parlimen Pontian ini. Semuanya bukti sudah diberikan kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Al-maklum SPR pun 'sengal'. Tidak mengapalah Datuk Ahmad, selepas ini arahkan Khairi Jamaluddin, Lokman Noor Adam, Ezam Mohd Noor dan rakan-rakan pemuda Umno menahan bas-bas yang masuk ke Permatang Pasir pada 25hb Ogos ini. Pastikan 'hantu-hantu' tidak tidak mengundi dihari tersebut.

AMK juga menanti kedatangan Perdana Menteri yang pemurah lagi berhati mulia datang ke Permatang Pasir. Jika tidak mampu menunaikan janji PRK Permatang Pauh, derma bubur lambuk jadilah. Sekurung-kurungnya janji-tipu yang lepas tidak menjadi dendam oleh pengerusi dan AJK Masjid-Surau.

Kesianlah pada Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa bergelumang dengan calon pilihannya yang tidak amanah. Imam-iman Masjid Wilayah Persekutuan ketika ini dengarnya terpaksa menyorokkan diri dari disuruh untuk menjadi saksi 'Sumpah Laknat' calon BN-Umno di PRK Permatang Pasir.

Maklumlah, itu sahaja jalan terakhir untuk menutup pekong yang tersebar luas. Nampaknya terpaksalah Rohaizat berjumpa Mohd. Saiful untuk meniru skrip 'Sumpah Laknat' karangan bekas pembantu Anwar Ibrahim itu.

Doa Malam Terakhir Bulan Sya’ban dan Malam Pertama Bulan Ramadhan

Oleh : Shah Bundy

Dengan asma AllahYang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Rasulullah dan keluarganya

Ya Allah, sesungguhnya bulan ini adalah bulan yang penuh berkah, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Qur’an dan dijadikan petunjuk bagi manusia, penjelasan dari petunjuk dan pembeda. Bulan Ramadhan telah datang , maka selamatkan kami di dalamnya, alirkan kedamaiannya pada kami, jadikan ia keselamatan bagi kami dalam kemudahan dan keselamatan dari-Mu. Wahai Yang Menerima amal yang sedikit dan mensyukuri yang banyak, terimalah amalku yang sedikit.

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu, jadikan bagiku jalan pada semua kebaikan, dan penghalang dari semua yang tidak Engkau cintai, wahai Yang Maha Pengasih dari semua yang mengasihi. Wahai Yang Memaafkan kesalahanku dan kejelekan yang kusembunyikan. Wahai Yang Tidak menyiksaku karena perbuatan maksiatku, maafkan daku, maafkan daku, maafkan daku wahai Yang Maha Mulia.

Tuhanku, Kau sadarkan aku, tapi aku belum juga sadar. Kau halau daku dari larangan-Mu, tapi aku belum juga terhalau, lalu apalagi alasanku, maafkan daku wahai Yang Maha Mulia, maafkan daku, maafkan daku.

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kedamaian saat kematian menjemputku, dan maafkan daku saat amalku dihisab. Besar sudah dosa hamba-Mu ini, maka ampuni daku dengan ampunan yang baik dari sisi-Mu wahai Yang Maha Menjaga dan Maha Mengampuni, maafkan daku, maafkan daku.

Ya Allah, aku adalah hamba-Mu putera hamba-Mu, yang lemah dan butuh pada rahmat-Mu. Sementara Engkau Yang Menurunkan kekayaan dan keberkahan kepada semua hamba-Mu, Engkau Maha Perkasa dan Maha Kuasa, Engkau menghitung semua amal mereka, Engkau yang membagikan rizki mereka. Engkau ciptakan mereka berbeda-beda dalam bahasa dan kulit dari generasi ke generasi berikutnya. Hamba-Mu tak akan mampu mengetahui semua ilmu-Mu, hamba-Mu tak akan mampu menolak takdir-Mu. Kami semua butuh pada rahmat-Mu, maka jangan palingkan wajah-Mu dariku, jadikan aku tergolong pada hamba-Mu yang shaleh dalam amal dan keinginan, dalam ketetapan dan takdir-Mu.

Ya Allah, hidupkan daku dalam kehidupan yang paling baik, dan matikan daku dalam kematian yang terbaik mengikuti para kekasih-Mu dan menjauhi musuh-musuh-Mu, takut dan patuh pada-Mu, memenuhi dan menerima perintah-Mu, membenarkan kitab-Mu dan mengikuti sunnah Rasul-Mu.

Ya Allah, semua yang ada dalam hatiku: keraguan, penentangan, keputus-asaan, kesenangan yang berlebihan, kesombongan, keangkuhan ketika mendapat nikmat, prasangka buruk, riya’ atau suka pujian, permusuhan, kemunafikan atau kekufuran, kefasikan atau kemaksiatan, atau kebanggaan, atau sesuatu yang lain yang tidak Engkau ridhai.

Karena itu, aku memohon kepada-Mu, gantikan semua itu dengan keimanan pada janji-Mu, pemenuhan perintah-Mu, ridha pada ketentuan-Mu, kehidupan zuhud di dunia, harapan pada yang ada di sisi-Mu, kedamaian dan taubat yang sebenarnya; aku memohon semua itu kepada-Mu ya Rabbal ‘alamin.

Tuhanku
Engkau dimaksiati karena santun-Mu,
Engkau ditaati karena kemuliaan dan kedermawanan-Mu, seolah-olah Engkau tidak pernah dimaksiati olehku dan oleh seluruh penghuni bumi

Maka jadilah Engkau bagi kami Yang Maha Dermawan dengan segala karunia-Mu, Yang Maha Peduli dengan segala kebaikan-Mu.
Wahai Yang Maha Pengasih dari semua yang mengasihi
Semoga shalawat senantiasa tercurahkan kepada Muhammad dan keluarganya, shalawat yang abadi yang tak terhitung jumlahnya dan tak terukur nilainya oleh selain-Mu wahai Yang Maha Pengasih dari semua yang mengasihi.

(kitab Mafatihul Jinan, bab 2, pasal 2)

Wassalam

HANTARAN AL-QURAN

Oleh :

“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad

Surah Ar Ra'd

“Apa benda nih” detik hati Nabil.

“Bismillahirrahmaanirrahim..ALL..MAA.. RIII..!!” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassyaitaanirrajim.. Bismillahirrahmanirrahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA..” kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.

“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.


Bulan Ramadhan, Bulan Kasih Sayang

By: agussyafii

Setiap kali memasuki bulan suci Ramadhan di Jakarta yang selalu saya suka adalah tiba waktu berbuka. Bila saya mampir di Masjid Al-Azhar, Masjid Istiqlal atau Masjid manapun ada hidangan yang dibagikan secara gratis. Tentu saja di bulan suci Ramadhan adalah bulan kasih sayang atau istilah populernya disebut dengan al- Maidah al-Rahman.

Ada sebuah semangat dibulan Ramadhan yaitu kesadaran untuk berbagi kasih sayang tentunya agak sulit ditemukan pada bulan-bulan diluar bulan Ramadhan. Wujud kasih sayang berbentuk hidangan berbuka puasa yang diberikan cuma-cuma bukan hanya di masjid, banyak individu maupun perusahaan menyalurkan shodaqohnya untuk kaum faqir miskin, anak-anak yatim maupun mereka yang membutuhkan. Semangat ini lebih didasarkan kepada ada kasih sayang pada diri setiap insan yang menjalankan ibadah puasa.

Puasa bukan hanya menahan haus dan lapar namun juga tindakan-tindakan amal sholeh yang turut serta merasakan penderitaan orang lain. Selama bulan suci Ramadhan siapapun orangnya dengan status sosial, kedudukan dan pangkatnya harus melaksanakan ibadah puasa. Puasa menjadi landasan kesadaran untuk menyebarkan cinta dan kasih sayang bagi sesamanya.

Bulan Ramadhan sudah sepatutnya dihiasi dengan kasih sayang karena puasa menghadirkan kesabaran. Sebagaimana Sabda Baginda Nabi Muhamad SAW, 'Assyiamu nisfu sobri' berpuasa adalah sebagian dari kesabaran. Maka bagi kita yang menunaikan ibadah puasa hakekatnya untuk membangun kesabaran. Kesabaran inilah yang menjadi jati diri seorang muslim yang mampu merubah benci menjadi cinta.

Sudah sepatutnya di bulan yang suci Ramadhan sifat-sifat cinta dan kasih sayang pada diri kita mampu diwujudkan dalam hati dan perilaku sehari-hari. Dalam puasa merupakan arena tarbiyah Ilahiah untuk mengokohkan peradaban kesabaran. Puasa haruslah dapat mengerem pelbagai tindakan yang tidak terpuji. Mari dalam rangka menyambut bulan suci Ramadhan di bulan penuh berkah ini kita menyebarkan cinta dan kasih sayang kepada semua makhluk dimuka bumi agar puasa kita menjadi sempurna.

Wassalam,
agussyafii

PUISI:PERJALANAN INI

Oleh :Shania Opal


Perjalanan ini terlalu jauh
Langkah bagai meniti buih
Tak bisa menjanjikan
Antara kebahagia dan kedukaan
Terselit di kalbu

Begitulah antara dua jiwa
Nafas dan udara adalah jodoh
Antara kita tersua
Dan akhirnya...
Itulah cinta kita
Adam dan Hawa

Namun kita ada kekurangan
Kau dan aku
Telah ditakdirkan
Terpaksa meleraikan pautan
Walau pun payah
Inilah realiti kita

Nukilanrasa:
shania 19 August 2009




7 e oh 7e

Oleh : Amin Fadzlan

Salam....nak share sket pgalaman selama 1bulan setengah saya bekerja di 7eleven penang. saya graduan lulusan ipta mula bekerja di 7e bermula 2 julai 2009. Alkisahnyer..cara bayaran gaji 7eleven adalah melalui akaun maybank,yang dimana saya tiada akaun bank tersebut.store manager(sm) seorang wanita peghujung 20 an,telah menyerahkan borang untuk membuka akaun bank tersebut seminggu selepas sy bekerja.

Pada 10 Julai 2009[jumaat] saya terus membuka akaun bank tersebut..dimana akaun saya akan diaktifkan pada 13 julai 2009[isnin] kebetulan pada hari tersebut[13 julai 2009] saya bekerja Morning shift (7am-3pm}.habis waktu bekerja terus saya bergegas ke bank tersebut bagi mendapatkan kad dan terus menyerahkan salinan akaun maybank pada sm saya pada keesokkan harinya iaitu pada selasa 14 julai 2009.

untuk pengetahuan anda semua bayaran gaji 7eleven adalah dua kali sebulan iaitu pertengahan dan penghujung bulan 15hb dan 30hb..

saya sedia maklum kerana saya baru sahaja bekerja maka pihak 7e tidak akan proses gaji saya untuk pertengahan bulan..

tiba masanya 30 julai 2009 sm saya telah memberitahu kepada saya bahawa saya tidak akan menerima gaji pada akhir bulan tersebut [31 julai 2009] diatas kelewatan saya menyerahkan salinan akaun maybank.

sila rujuk tarikh yang di highlight. saya tak nampak mana2 sebab atau alasan mengapa sm menyatakan kelewatan saya menyerahkan salinan tersebut.

saya tidak mahu mengambil risiko lalu menghantar notis berhenti sebulan..
kerana telah nampak cara management yang pada pandangan saya amatlah tidak profesional..jika benar sm benar2 mempunyai sifat kemanusiaan beliau akan mengusahakan cara untuk saya menerima bayaran gaji pada bulan tersebut [31 julai 2009]..kerana pada pahaman saya beliau boleh membayar gaji saya melalui cek..

tujuan saya bekerja adalh untuk tidak bergantung harap duit daripada keluarga selain mencari duit poket untuk kegunaan sendiri..

baru2 ni [12 ogos 2009] saya telah mendapat tawaran usahasama kerajaan dan telah menghantar notis 48 jam untuk berhenti iaitu tarikh akhir saya bekerja adalah pada [13 ogos 2009] khamis..

seperti yang semua maklum bayaran gaji 7e adalah 15 hb iaitu jatuh pada hari sabtu[15/8/2009].saya amatlah kecewa dan kesal yang teramat kerana tidak mendapat satu sen bayaran gaji dari pihak 7e...
dan pada hari ini [17 ogos 2009] isnin,saya sekali lagi menyemak akaun saya namun hampa..

saya terus meghubungi bekas majikan saya sm bagi mendapatkan kepastian..pada mulanya beliau mengungkit kelewatan saya menyerahkan salinan akaun bank..logik atau tidak sudah 3 kali bayaran gaji dan beliau masih lagi meyatakan alasan yang sama........

dan menyatakan sya akan menerima bayaran gaji saya pada penghujung bulan ini [31 ogos 2009]..saya meminta kepastian sekali lagi dari beliau...
kali ini jawapan beliau amatlah memeranjatkan dan amatlah tidak dapat diterima logik akal
beliau menyatakan gaji saya akan diterima selepas 3 bulan bermula bulan ini.
ini bermakna saya akan menerima gaji saya pada bulan 11[november].!!!!!!!

yang saya kesalkan disini

1. beliau adalah bangsa melayu keturunan islam-sangup dan tergamak menganiaya sesama sendiri...
2.3 kali bayaran gaji dan saya masih tidak dapat menerima bayaran atas alasan yang menjengkelkan.
3. penindasan beliau terhadap golongan bawahan
4.menggunakan kuasa untuk menganiaya pekerja

mcmane nak soh pihak 7e bayar gaji nih?????......

p/s:-sila perhatikan banner di 7eleven sekitar Pulau Pinang yang memerlukan pekerja
......lu pikirla sendiri

graduan/lepasan spm yang sedang mencari kerja berhati2lah
agar tidak menerima nasib yang sama seperti saya...don try dis at home

SERAHAN SURAT RASMI ADUAN KEPADA D.Y.T.M RAJA DR. NAZRIN SHAH, RAJA MUDA PERAK DARUL RIDZUAN MERANGKAP YANG DIPERTUA MAJLIS AGAMA ISLAM PERAK BERKAITA

Oleh : safarizal saleh

MEMO

Kepada :-

Semua Editor dan Wartawan,
Media Massa.

Saudara / saudari,

SERAHAN SURAT RASMI ADUAN KEPADA D.Y.T.M RAJA DR. NAZRIN SHAH, RAJA MUDA PERAK DARUL RIDZUAN MERANGKAP YANG DIPERTUA MAJLIS AGAMA ISLAM PERAK BERKAITAN DATUK SERI DR ZAMBRY ABDUL KADIR MENGGUNAKAN MASJID UNTUK POLITIK

Adalah dimaklumkan bahawa Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) akan membuat serahan tersebut pada maklumat seperti berikut :-

Tarikh : 19 Ogos 2009 / 27 Syaaban 1430 (RABU)
Masa : 11.30 pagi
Tempat : Pejabat Setiausaha,
Majlis Agama Islam Perak,
Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak,
Tingkat 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Ipoh .

Serahan akan di ketuai oleh pimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Semua wartawan dijemput hadir untuk membuat liputan. Terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,

SAFARIZAL BIN SALEH
Penolong Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
(H/P : 013-326 6194)

H1N1 APA KATA

Oleh : megat

Salam,

Kita cuba lihat isu Virus H1N1 ini dari sudut lain pula.

Sebelum ini kita selalu diceritakan dan diriwayatkan kisah pengajaran kehidupan zaman nabi dulu-dulu.. Penuh dengan pengajaran yang melibatkan bala yang menimpa terhadap umatnya.

Kekadang kita tidak sedar apa yang berlaku sekarang ini lebih kurang sama juga dengan pengajaran yang di riwayatkan kepada kita yang terkandung di dalam al-Quran.

Sebenarnya kita lupa penyakit yang di sebarkan ini adalah satu bentuk pengajaran dan bala kepada kita khasnya umat islam di Malaysia.

Kita mempersoalkan kenapa penyakit ini banyak hanya menular serta menjangkiti majority orang islam sahaja di Malaysia. Dan kematiannya juga di monopoli oleh orang islam disini. Sedangkan kita ketahui penyakit ini berasal dari babi namun orang islam yang tidak pernah menyentuh babi mahupun memakannya namun alangkah malangnya kita yang paling ramai menjadi mangsa penderitaan penyakit ini.

Bukanlah Allah menurunkan penyakit ini untuk menyiksa atau menghukum umatnya tetapi ianya satu cara menyedarkan umatnya di Malaysia ini yang sedang bertelagah sesama sendiri. Mungkin benar ini juga bala yang ditujukan khas kepada umat silam dinegara ini kerana memperguna serta mempermainkan agama islam untuk kepentingan peribadi merebut kuasa dunia samata-mata. Allah tidak menurunkan bala ini kepada orang bukan islam bukanlah kerana Allah lebih menyayangi mereka dari umatnya sendiri tetapi ianya bentuk satu pengajran yang di tujukan khas untuk umatnya yang sedang bertelagah merebut kuasa dunia dengan menggunakan islam sebagai modalnya. Kita dapat lihat ramai tokoh2 agama sudah menyelewang akalnya dan terlari dari prinsip islamnya setelah menikmati pangkat kuasa semata-mata di dunia ini.

Allah masih sayangkan kita maka dengan itulah Allah turunnya pelbagai penyakit supaya manusia khas orang islam tidak hanyut dek kerana pangkat serta harta yang telah dikecapinya.



Kita lihat sekarang ini khas di Malaysia ramai kononnya dikatakan tokoh agama bergaduh sesama sendiri, mengkafirkan umat islam mengikut akal fikirannya, menyokong serta membela penganut lain semata-mata untuk menjaga agenda politiknya, berteriak..mengfitnah..mencarut..mengeji..ego yang tidak terperi..serta membenarkan islam dihina hanya semata-mata semuanya kerana kepentingan politik..

Apabila tokoh agama sendiri yang melakukan ini semua maka di turunkan bala untuk menyedarkan kita semua..

Allah masih sayangkan umatnya.. dengan itu Allah menurunkan sedikit bala untuk menginsafkan kita daripada perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh tokoh agama khasnya dan amnya untuk semua orang islam di Malaysia ini.

Terfikirkah kita tentang itu semua??

Susulan kapal terbakar: Tiada tumpahan minyak di perairan Port Dickson

Pasukan Bomba cuba memadamkan api dari kapal muatan pengankut MT Formosa Product Brick, yang masih terbakar sejak berlaku pelanggaran dengan sebuah lagi kapal tangki minyak dari Liberia di perairan Selat Melaka kira-kira 30 kilometer dari perairan Port Dickson malam tadi.Dalam kejadian tersebut,16 anak kapal berjaya diselamatkan manakala 9 lagi dipercayai hilang.

Pasukan Maritim melakukan pemeriksaan terhadap kapal tangki dari Liberia yang terbakar akibat berlanggar dengan sebuah kapal pengangkut muatan curah di perairan Selat Melaka kira-kira 30 kilometer dari perairan Port Dickson malam tadi. Dalam kejadian tersebut,16 anak kapal berjaya diselamatkan manakala 9 lagi dipercayai hilang. Foto THE STAR Oleh: GLENN GUAN.

TERBAKAR..Kejadian berlaku apabila kapal tangki minyak dari Liberia ini melanggar sebuah kapal pengangkut muatan curah di perairan Selat Melaka kira-kira 30 kilometer dari perairan Port Dickson malam tadi. Dalam kejadian tersebut, 14 anak kapal telah berjaya diselamatkan manakala 9 lagi dipercayai hilang. Foto UTUSAN.

PORT DICKSON: Tiada tumpahan minyak di kawasan kebakaran kapal tangki Liberia yang membawa muatan 58,000 tan cecair naphtha dalam kejadian yang berlaku kira-kira 30 kilometer dari pantai pelancongan Port Dickson malam semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Mazlan Othman berkata, Jabatan Alam Sekitar masih memantau perairan itu walaupun tumpahan minyak tidak berlaku.

"Sehingga pukul 6 petang ini, api masih marak di atas kapal yang kini sudah mula senget dan pasukan penyelamat masih belum dapat menaiki kapal itu," katanya kepada pemberita di pejabatnya hari ini.

Sebuah lagi kapal yang terlibat dalam kemalangan itu iaitu MV Ostende Max dari Britain telah ditunda ke tempat yang selamat di mana tiga orang krewnya di hantar ke Hospital Port Dickson untuk rawatan akibat kecederaan, katanya.

Ketiga-tiga rakyat Poland berusia 38, 59 dan 62 tahun itu melecur di lengan dan seorang dari mereka patah tulang rusuk akibat terjatuh dari tangga selepas berlaku pelanggaran, katanya.

Polis telah menyoal siasat anak-anak kapal yang terselamat tetapi Mazlan enggan menghuraikannya kerana terdapat laporan yang bercanggah di antara krew kapal yang terbakar, MT Formosa Product Brick serta MV Ostende Max.

Sehingga petang ini, sembilan anak kapal MT Formosa Product Brick yang hilang masih tidak ditemui manakala tiga daripada 16 yang ditemui selamat sudah keluar dari hospital dan ditempatkan di salah sebuah hotel di sini, katanya.

Lebih 50,000 kapal melalui Selat Melaka, selat sepanjang 621 batu itu setiap tahun dan menjadi semakin sempit dan kemungkinan berlaku perlanggaran kapal sentiasa ada.

Seorang jurutera syarikat minyak yang bertugas di loji penapisan minyak berhampiran memberitahu Bernama, kapal MT Formosa Product Brick membawa cecair naptha yang mudah terbakar.

"Mungkin akibat risikorisiko ini, pasukan penyelamat tidak dapat menaiki kapal itu ketika api masih menyala walaupun kebakaran yang memusnahkan bridge semakin berjaya dikawal," katanya.

Wakil dari kedutaan China, pihak insurans dan pemilik kapal sudah pun berada di Port Dickson untuk mengakses jumlah kerugian yang ditanggung akibat kemalangan itu.

BERITA TERDAHULU

PORT DICKSON: Operasi mencari dan menyelamat sembilan krew kapal tangki MT Formosa Product Brick, yang terbakar akibat satu pelanggaran dengan sebuah kapal lain di Selat Melaka malam tadi, diteruskan hari ini setelah ditangguhkan pada 4 pagi tadi akibat cuaca buruk.

Pengarah Mencari dan Menyelamat, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Laksmana Pertama Maritim Tan Kok Kwee berkata operasi itu melibatkan bot dan unit udara APMM, polis, bomba, Jabatan Laut serta Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

"Operasi mencari dan menyelamat ini melibatkan kawasan 20 batu persegi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam kejadian pada 8.50 malam tadi, MT Formosa Product Brick yang didaftarkan di Liberia telah berlanggar dengan kapal MV Ostende Max yang didaftarkan di Great Britain di satu kawasan 10 batu nautika dari barat daya Port Dickson.

Keduadua kapal itu sedang menuju ke Singapura dan akibat pelanggaran itu kapal MT Formosa Product Brick dengan muatan 58,000 tan minyak naftar telah mengalami kebakaran besar.

Seramai 16 daripada 25 orang anak kapalnya termasuk kapten kapal yang sebahagian besar warga negara China, berjaya diselamatkan manakala sembilan masih hilang.

Tan berkata dua bot tunda turut membantu memadamkan kebakaran di kapal itu.

Kapal MV Ostende Max yang tidak mengalami kerosakan teruk kini berada di Jeti Port Dickson untuk siasatan.

"Kita sedang menunda kapal MT Formosa Product Brick yang hanyut 18 batu nautika dari lokasi asal dan sekarang berada di perairan Sepang. Setakat ini tiada tumpahan minyak berlaku," katanya.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh pula berkata polis sedang mengambil kenyataan daripada keduadua kapten kapalkapal berkenaan untuk membantu siasatan.

BERITA TERDAHULU

PORT DICKSON: Enam belas krew termasuk kapten kapal tangki minyak yang terbakar malam tadi selamat dan dibawa ke jeti Port Dickson awal pagi ini, manakala sembilan lagi masih hilang.

Gerakan mencari dan menyelamat anak kapal yang masih hilang itu diteruskan pada pukul 7 pagi ini dan kapal terbabit kini hanyut memasuki perairan Indonesia.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Mazlan Othman berkata kesemua 16 anak kapal dan kapten diselamatkan antara pukul 2.30 pagi dan 3 pagi ini.

"Sebuah kapal kontena yang lalu di kawasan kemalangan turut membantu menyelamatkan anakanak kapal, ada di antara mereka yang terjun ke laut dan ada yang menggunakan bot kecil penyelamat milik kapal yang terbakar itu," katanya kepada pemberita di jeti Port Dickson awal pagi ini.

Beliau berkata majoriti anak kapal termasuk kaptennya adalah rakyat China, kecuali dua lelaki Korea.

"Mereka yang ditemui hanya cedera ringan dan telah dihantar ke Hospital Port Dickson untuk rawatan lanjut," katanya.

Usaha menyelamat mengalami kesukaran disebabkan bahang api yang marak malah cahayanya boleh dilihat dari 30 kilometer di pantai Port Dickson.

Kapten kapal itu, Jiang Han Cheng memberitahu pemberita, kapal mereka dalam perjalanan ke Singapura untuk mengisi minyak sebelum meneruskan penghantaran kargo ke Korea.

"Ketika berada di kawasan perairan Port Dickson, kapal kami tibatiba terlanggar sisi sebuah kapal pengangkut muatan curah yang didaftar di Great Britain," katanya.

Beliau berkata sebaik berlanggar, kapal tangki itu meletup sebelum terbakar dan beliau sendiri terpaksa terjun ke laut.

Kemalangan berlaku pada pukul 9 malam tadi.

BERITA TERDAHULU

SEREMBAN: Sebuah kapal tangki minyak terbakar selepas melanggar sebuah kapal pengangkut muatan curah (bulk carrier) di perairan Selat Melaka kirakira 30 kilometer (20 batu nautika) dari perairan Port Dickson, dekat sini, semalam.

Api yang marak dari kapal tangki itu dapat dilihat dengan jelas dari pantai Port Dickson menyebabkan pasukan penyelamat sukar untuk merapati kawasan kemalangan akibat kepanasan yang melampau.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Mazlan Othman berkata kapal terbabit terdiri dari kapal tangki minyak dari Liberia dan kapal 'bulk carrier' dari Britain yang masing-masing membawa 25 orang anak kapal.

"Seramai 25 krew dari kapal tangki itu berjaya diselamatkan dan sedang dalam perjalanan ke pantai sementara krew dari kapal Britain itu tidak mengalami kecederaan," katanya kepada pemberita di jeti Port Dickson di sini.

Beliau berkata kapal 'bulk carier' itu dilaporkan hanya mengalami sedikit kerosakan dan telah meneruskan perjalanan ke Singapura.

Katanya, kapal tangki berbabit masih lagi terbakar dan menunggu botbot pemadam api dari Pelabuhan Klang untuk mengawal kebakaran.

Mazlan berkata pihak bomba menerima panggilan pada 9.15 malam dan dipercayai berlaku tumpahan minyak yang besar di kawasan itu.

Menurutnya, pihaknya telah memaklumkan kepada Jabatan Penerbangan Awam (ACA) agar berhatihati kerana asap yang tebal akan menjejaskan laluan penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Suasana di jeti kini dipenuhi oleh para wartawan dan botbot dari jabatan laut, polis, Pasukan Gerakan Marin (PGM) dan pasukan Bomba dan Penyelamat, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang berulangalik menjalankan kerja-kerja menyelamat. BERNAMA

mStarOnline.Net/-