21 April 2010

UMNO terjerat dengan Isu arak dan judi di Hulu Selangor.

6 Jamadil Awal 1431H.


Setelah 4 hari kempen di Hulu Selangor berlalu kita dapat menyaksikan cara kempen UMNO seperti semuanya tidak menjadi. Serangan demi serangan kepada peribadi Calon Pakatan rakyat nampaknya menjadi peluru hidup untuk menembak BN dan UMNO kembali.

Saya kira BN pun tidak terfikir dan jangkakan bahawa mengungkit masa lampau Zaid Ibrahim yang dikaitkan dengan arak dan Judi adalah mengungkit apa yang pemimpin UMNO buat pada masa lampau malah sampai ke hari ini.

Kerana itulah tindakan memainkan isu peribadi adalah tindakan BN dan UMNO yang sangat terdesak setelah mereka tahu modal kempen dengan isu pembangunan tidak lagi relevan pada masa sekarang.

Bayangkan sebelum penamaan calon lagi Muhyiddin turun di Hulu Selangor dan menawarkan sekolah dan perumahan kepada rakyat disitu. Selain itu mencurah-curah projek mee segera turun di situ. Isu pembaziran dengan adanya PRK tidak timbul lagi.

Pemimpin dan penceramah BN macam orang "sawan" habis-habisan serang Zaid Ibrahim dengan isu yang lampau. Namun dengan penuh kesedaran dan keinsafan beliau mengatakan sudah bertaubat dengan ucapan yang mengambarkan keluhuran peribadi dan tidak bersikap hipokrit.

Yang pasti pemimpin UMNOlah yang hipokrit, bercakap keaiban orang dimasa lampau yang telah taubat namun pemimpin UMNO masih bergelumbang dengan arak dan judi sampai sekarang.

Sebab itulah tanda-tanda kemenangan calon Pakatan Rakyat nampaknya semakin hampir dan jelas. Pengundi di Hulu Selangor saya rasakan dapat menilai bahawa keikhlasan Zaid membuktikan dia layak untuk ditabal sebagai wakil rakyat mereka yang baru.

Siapa rasmi kilang arak ?

6 Jamadil Awal 1431H.



Gambar-Gambar Pada Tahun 1966 Bilamana Perdana Menteri Malaysia yang Pertama merangkap PRESIDEN UMNO YANG KE-2Merasmikan Kilang Guinness Malaysia Bhd 1966.

Hisham menggelabah, nafi gambar minum arak dan bogel.

6 Jamadil Awal 1431H.

Rentetan dari tindakan terdesak BN berkempen dengan memburukkan calon Pakatan Rakyat kini sampai pula giliran pemimpin UMNO menjawab gambar mereka yang tersebar dalam internet.

Kelmarin Menteri Dalam Negeri mengeluarkan kenyataan bahawa gambar bertindih dia dan keluarganya yang tersebar di internet disifatkannya sebagai permainan kotor yang biasa berlaku dalam arena politik.

Hishammuddin berkata beliau menyedari gambar-gambar tersebut sudah berada di blog-blog lebih lapan tahun yang lalu namun sejak akhir-akhir ini, isu tersebut seakan-seakan sengaja dimainkan dan dibangkitkan semula.

"Ini semua fitnah, selama ini saya malas melayan perkara sebegini dalam internet, jika mereka mahu terus-terusan memfitnah, terserah, kerana sedikit pun tidak akan menggugat keselamatan negara.

"Tetapi yang menjadi persoalan sekarang, mengapa mereka menggelabah dan melatah dalam konteks tuduhan yang dibuat terhadap pemimpin dan calon mereka di Hulu Selangor serta mengapa baru sekarang gambar ini dibangkitkan selepas lapan tahun," katanya.

Beliau berkata antara gambar yang tersebar termasuklah gambar seorang wanita berbogel yang didakwa sebagai anak beliau sedangkan beliau langsung tidak mengenali wanita itu.

Tambah menyedihkan, katanya, apabila isterinya turut menjadi mangsa apabila gambarnya ditindih dengan tangan seakan-akan makhluk asing selain gambar yang mendakwa Hishammuddin kaki botol dan kaki perempuan.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya akan memastikan anggota polis ditempatkan di kawasan Parlimen Hulu Selangor mencukupi bagi mengawal keadaan terutamanya pada hari pengundian 27 April depan.

Bagaimanapun, beliau menjangkakan keadaan di Hulu Selangor terkawal sepanjang tempoh pilihan raya dan tidak sepanas berbanding pilihan raya kecil tempat lain sebelum ini.

"Contohnya pada hari penamaan calon, kalau hendak bandingkan dengan Ijok dan yang lain, jauh berbeza dan terkawal malah insiden yang dilaporkan hingga sekarang, tidak serius," katanya.

DAP cabar Umno buat pengakuan tak minum arak

6 Jamadil Awal 1431H.

Pemimpin veteran pembangkang, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) mencabar Umno dan menteri-menteri kabinet beragama Islam untuk tampil membuat pengakuan bahawa mereka tidak pernah meminum alkohol, khususnya semasa muda.

Sasaran utama Lim adalah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Lim membuat cabaran itu ketika membahaskan rang undang-undang Akta Pemberi Maklumat.

Dakwanya, jika minum alkohol dijadikan kayu pengukur bagi memilih menteri-menteri BN, ramai pemimpin berkenaan akan tersingkir.

"Jika minum pada zaman lalu menghalang seseorang daripada memegang jawatan, kita akan kehilangan separuh daripada jemaah menteri, termasuk duta besar Malaysia ke Amerika Syarikat,” kata Lim.

Pemimpin veteran DAP itu juga membidas tindakan BN yang menyerang peribadi Datuk Zaid Ibrahim yang disifatkannya sebagai terdesak dan tidak mempunyai kelas.

"Biarlah kita tingkatkan standard politik dan pilihan raya di negara ini kerana ia gelanggang bagi berkhidmat kepada rakyat dan negara. Kita tidak patut mengheret serangan peribadi dan mengaibkan pemimpin dengan cara sedemikian,” katanya.

"Sebagai contoh, Lim berkata DAP telah mengarahkan kepada ahlinya supaya tidak menyentuh atau bercakap mengenai rakaman video Chua Soi Lek,” kata Lim lagi.

Malaysiakini/-

Letak jawatan : Penafian dari PKR Bagan Serai.

5 jamadil Awal 1431H.

Salah seorang yang mendakwa keluar dari PKR di Perak hari ini iaitu Roshanita Mohd Basir yang mendakwa dia adalah Timbalan Ketua Wanita PKR Cabang Bagan Serai sebenarnya tidak memegang apa- apa jawatan dalam organisasi Wanita PKR Cabang Bagan Serai. Demikian satu penafian yang dikeluarkan oleh Ketua PKR Cabang Bagan Serai, Sdr. Md. Nasib bin Rahim.

Kenyataan itu menjelaskan bahawa pada satu masa memang betul Roshanita pernah datang dan menawarkan diri untuk memangku jawatan Timbalan Ketua Wanita PKR Cabang Bagan Serai tetapi kami sebagai Pimpinan Cabang sudah tahu bahawa perempuan ini merupakan proksi UMNO dan Pimpinan Cabang tidak pernah memberikan apa-apa jawatan dalam parti atau organisai wanita cabang.

"Hanya dia sendiri yang cakap dia ini Timbalan Ketua Wanita PKR Cabang Bagan Serai.Hairan macamana dia ini letak jawatan sedangkan tiada apa -apa jawatan yang pernah di sandang oleh perempuan ini?" Jelasnya.

Snap secara rasmi sertai Pakatan Rakyat

5 Jamadil Awal 1431H.

Parti Nasional Sarawak (Snap) secara rasmi menjadi anggota keempat Pakatan Rakyat, - menjelang pilihan raya kecil parlimen Sibu pada 16 April ini.

Mengumumkan kemasukan Snap hari ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tugas pertama parti itu ialah menyokong calon DAP yang akan bertanding di kerusi berkenaan.

Pengumuman calon Pakatan itu akan dibuat pada 27 April.

Snap adalah antara parti tertua di Sarawak dan pernah menjadi anggota parti pemerintah Barisan Nasional sebelum menjadi parti pembangkang.

Mereka tidak mempunyai sebarang kerusi di dewan undangan negeri Sarawak.

Ahad lalu, Anwar dan beberapa pemimpin Pakatan berjumpa di Sibu bagi memeteraikan kerjasama berkenaan.

Pada pilihan raya umum 2008, kekurangan penyelarasan menyaksikan pertandingan lebih dua penjuru di antara Snap, DAP dan PKR - satu tindakan yang memberi kelebihan kepada BN.


Saya sudah taubat pemimpin Umno terus dengan arak

5 Jamadil Awal 1431H.
Nazri Abdullah

PETALING JAYA, 20 April: Calon Pakatan Rakyat bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim (gambar) berkata pemimpin Umno juga ramai mengambil alkohol sepertinya dahulu namun tidak berniat untuk mengaibkan mereka.

Beliau sewaktu wawancara eksklusif bersama Harakah dan Harakahdaily semalam memberitahu, isu itu sengaja ditimbulkan pemimpin Umno/BN setelah beliau menyertai Pakatan Rakyat kerana mahu menjatuhkan karier politiknya.

"Saya berterus terang, itu dulu, dalam Umno pun ramai menteri-menteri macam saya dulu, tapi tidak menjadi isu pada waktu itu.

"Peribadi saya, karektor saya, Islam saya dipersoal setelah saya bersama-sama Pakatan Rakyat,” katanya yang juga pernah menjawat Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Menurutnya, apa yang berlaku itu adalah sejarah lampau yang sudah lama ditinggalkannya yang berbeza dengan sesetengah pemimpin Umno lain yang masih tidak dapat meninggalkan tabiat buruk itu.

"Saya manusia, dalam lumrah hidup kita adalah salah silap, tapi yang pentingnya apakah saya insaf dan sedar.

"Itulah beza saya dengan menteri Umno, saya berterus terang bukan hipokrit," tambahnya lagi.

Mengenai serangan peribadi oleh Umno terhadapnya, beliau menyerahkan kepada pengundi Hulu Selangor untuk menilai sikapnya setelah membuat pengakuan jujur sebelum ini.

Berhubung tuduhan bahawa beliau kaki judi pula, Zaid berkata semua tohmahan yang dilemparkan Umno itu tidak betul, sebaliknya perkara itu dilakukan pemimpin Umno.

"Kaki judi ini sebenarnya langsung tidak betul, yang berjudi besar sebenarnya di kasino-kasino adalah menteri-menteri Umno, berjuta-juta ringgit, hutang tak bayar, tidak ada apa-apa tindakan terhadap mereka.

"Tapi saya tak nak sebut dan tak nak aibkan mereka," jelasnya.

Sewaktu bertanding sebagai calon Umno/BN pada PRU 2004 di Kelantan, katanya, PAS sebagai parti lawan pada waktu itu langsung tidak menyentuh isu peribadinya biarpun parti Islam itu tahu latar belakang dirinya.

Tetapi pemimpin Umno kini sangat terdesak dan sangat takut sehingga terpaksa menggunakan taktik jahat menyerang peribadinya.

"Inilah budaya politik Umno sebenarnya, politik manusia yang takut kuasa mereka hilang.

"Inilah petanda mereka sedang cemas," katanya.

Harakahdaily/-

Dua istihar keluar PKR di Perak.

5 Jamadil Awal 1431H.


Ketua Wanita PKR Cabang Tanjung Malim , Soraya Sulaiman serta Timbalan Ketua Wanita PKR Cabang Bagan Serai, Roshanita Mohd Basir masing-masing hari ini mengisytiharkan keluar dari parti itu berkuatkuasa serta-merta.

Demikian satu pengesahan yang dapat dari Pejabat PKR Perak sebentar tadi.

KENYATAAN MEDIA : Siapakah yang sebenarnya tidak menghormati undang-undang dan menghina Dewan ?

5 Jamadil Awal 1431H.


Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mengingatkan semua wakil rakyat di negeri ini supaya tidak menghina dan mencemari Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan perbuatan yang memalukan.

Baginda bertitah, sebagai institusi perundangan negara, adalah menjadi tanggungjawab wakil rakyat mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan yang menjejaskan martabat Dewan.

Sebaliknya titah baginda, wakil rakyat yang dipilih sebagai penggubal undang-undang seharusnya beradab dan beretika semasa berada di dalam Dewan sejajar dengan panggilan 'Yang Berhormat.'

Sultan Perak bertitah demikian pada istiadat menghadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Ke-82 di sini kelmarin.

Persoalannya sekarang kepada siapakah titah itu ditujukan, adakah hanya terkena kepada ADUN Pakatan Rakyat ataupun kepada ADUN BN atau kepada kesemua 59 ADUN yang ada di Negeri Perak. Sehubungan ini suka saya mengeluarkan beberapa kenyataan :-

1. Sesungguhnya saya sebagai salah seorang ADUN di Negeri Perak dan mewakili ADUN Pakatan Rakyat yang lain sangat menyanjung tinggi dan menghargai titah ucapan DYMM Sultan Perak tersebut. Sebagai seorang Sultan bagi kerajaan dan negeri Perak serta sekalian jajahan takluknya kami sangat memahami segala nasihat dari DYMM Sultan demi keamanan, kesejahteraan dan demokrasi yang lebih baik di masa akan datang.

2. Apapun yang dilihat sehingga kelmarin dan dititahkan oleh DYMM Sultan Perak di Istana Iskandariah kelmarin adalah berpunca dari satu "rampasan kuasa" yang terancang dan merupakan "punca segala masalah" sehingga menimbulkan ketidak tentuan yang berpanjangan sehinggalah kepada sidang dewan yang terakhir pada 30 mac dan 31 mac yang lepas.

3. Bagi saya tindakan BN yang tidak menghormati demokrasi dengan mendapatkan kuasa dengan rampasan kuasa dan suatu pengesahan mahkamah , namun ianya tidak akan berkesudahan dengan perlanggaran kepada undang-undang serta campurtangan pihak yang tidak sepatutnya campurtangan setiap kali sidang DUN Perak diadakan.

4. Kerajaan Perak yang disahkan oleh mahkamah cuma berani untuk bersidang dengan menggunakan ratusan pihak keselamatan di dalam dan di luar dewan dan tindakan itulah yang sebenarnya mencemarkan Dewan. Kenyataan ini bukan rekaan dan disaksikan oleh pelbagai pihak dalam berbagai rakaman dan gambar yang tersebar luas.

5. Sesungguhnya Dewan Negeri Perak menjadi cukup tercemar dalam sejarahnya sejak BN merampas kuasa dan menggunakan pihak polis bagi menghalalkan tindakan yang mereka telah lakukan, iaitu:-

a) Melucutkan kedudukan Speaker Sivakumar dan melantik speaker haram Ganesan dengan tidak mematuhi peraturan seperti berikut

i- Ganesan tidak dilantik mengikut peraturan perintah tetap Dewan Undangan Negeri

ii- Ganesan adalah orang asing yang menceroboh Dewan Undangan Negeri pada 7 Mei 2009 yang melanggar peraturan Mahkamah Majistret yang melarang orang yang tidak berkenaan berada 500 meter dari bangunan Dewan.

iii- Perlantikan dibuat menggunakan Timbalan Speaker Hee Yit Fong sedangkan pada waktu itu Speakear sah, V.Sivakumar masih berada dikerusi Speaker.

iv- Perlantikan dibuat sebelum Titah Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah di mana mengikut aturan dewan, sebarang agenda yang dibuat sebelum Titah Tuanku adalah tidak dikira.

v- Usul perlantikan Ganesan yang dibawa Datuk Seri Zambry Abdul Kadir pada 7 Mei 2009telahpun ditolak oleh Speaker sah V.Sivakumar hari sebelumnya iaitu pada 6 Mei 2009

vi- Ganesan gagal letak jawatan sebagai peguam sedangkan perkara 36A(5) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak menyebut bahawa, sesiapa yang menjawat jawatan Speaker mesti melucutkan atau meletakkan jawatan profession dalam tempoh 3 bulan dari tarikh memegang jawatan.

**Namun dalam rekod rasmi Majlis Peguam Malaysia, pada 11/8/2009 menunjukkan Ganesan telah gagal meletakkan jawatan dan masih aktif sebagai pengamal undang-undang .

b) Mengadakan dua sidang dengan menggunakan speaker yang tidak sah termasuklah suatu pelanggaran undang-undang kepada pelanggaran yang sedia ada sehingga kan membawa kepada rasa tidak puas hati pelbagai pihak khususnya ADUN Pakatan Rakyat .

c) Speaker yang tidak sah itulah yang telah mengendalikan sidang secara berat sebelah dengan penolakan soalan sidang secara tidak mematuhi peraturan, menutup pembesar suara ADUN pakatan Rakyat, Mengasingkan pintu dan lif untuk masuk dewan dan mengendalikan sidang dengan tidak mematuhi Peraturan Tetap Dewan yang sedia ada.

6. Alangkah baiknya sekiranya kami hadir sama dalam Sambutan Ulangtahun Keputeraan Sultan perak yang diadakan di Istana Iskandariah Kuala kangsar kelamrin, namun sekali lagi semacam ada satu perancangan jahat oleh pihak BN dengan tidak menjemput semua 28 ADUN pakatan Rakyat untuk sama-sama merayakan dan meraikan hari yang bersejarah pada setiap tahun itu.

7. Kerana itulah sesungguhnya saya beranggapan bahawa titiah ucapan DYMM Sultan Perak adalah merangkumi semua pihak di Perak dan bukan hanya ditujukan kepada sesuatu pihak sahaja.

KENYATAAN MEDIA, 20 April 2010.

YB. DRS. KHALIL IDHAM LIM
ADUN Titi Serong.

KAEDAH YAHUDI MEMBUATKAN SYAITAN DAN IBLIS TERKEJUT

5 Jamadil Awal 1431H.
http://wfauzdin.blogspot.com/


Ini Gambar asal....

Menggunakan akal yang diberi oleh Allah, mereka lakukan kerja yang Syaitan sendiri tidak mampu lakukan..

APABILA fitnah berkenaan arak yang mengaitkan foto Dato' Zaid kantoi, mereka beralih pula kepada fitnah kedua iaitu judi. Selepas ini kita tidak tahu apa pula. Walaupun Dato' Zaid secara jujur memaklumkan bahawa beliau melakukan kesilapan dan dosa sewaktu bersekongkol dengan Umno dan telah pun insaf setelah berada di luar Umno, puak-puak ini terus mengada-ngadakan cerita tentang keburukan Dato' Zaid terdahulu. Jika dilihat cara puak-puak sekutu APCO Yahudi laknatullah ini, seolah-olah pihak mereka paling anti kepada arak dan judi.

Kilang arak terbesar di Shah Alam didirikan atas kelulusan siapa? Shah Alam memang di bawah kerajaan PR di Selangor tetapi kuasa mengeluarkan lesen itu hak siapa? Pusat judi di Genting, Pahang itu pula atas kelulusan siapa? Dan, siapa yang tahu dan kenal pemimpin yang mempunyai saham atau memiliki kilang arak di luar negara? Kita lupakan persoalan ini kerana semua sudah tahu jawapannya termasuk para-para Mufti yang mulia di negara ini.

Berbalik kepada isu Dato' Zaid. Kita ingin bertanya kepada para-para Mufti yang mulia dan bijaksana terutamanya kepada Dato' Harussani yang dilihat lebih arif serta sensitif dengan isu agama sebelum ini. Seseorang yang telah melakukan kesalahan dan telah bertaubat, harus atau haram sekiranya kita menghebahkan atau menceritakan kesalahan-kesalahan lampaunya? Apatah lagi dengan mengada-adakan gambar yang dicipta untuk mengaibkannya? Tentu ada hukumnya yang para Mufti lebih arif. Jika ada, mengapa para Mufti diam seribu bahasa? Bukankah sebelum ini bukan main lancar mulut berbicara?

Fitnah akan menjadi lebih merebak sekiranya mereka yang alim atau para Ulamak menjadi `Syaitan Bisu'. Puak-puak ini adalah di dalam golongan jahil apatah lagi berada di dalam kelompok sekutu Yahudi laknatullah, maka kewajipan para alim ulamak memberikan tunjuk ajar dan nasihat serta teguran terhadap mereka. Makhluk yang tidak suka atau benci kepada manusia yang bertaubat kepada Allah hanyalah Syaitan. Percayalah, selepas ini puak-puak itu akan terus menjaja cerita buruk kisah silam seorang manusia yang ingin menuju ke arah kebenaran. Seandainya Sayyidina Omar masih hidup dan menentang puak-puak sekutu Yahudi ini, nescaya puak-puak itu akan menyiarkan gambar atau cerita Sayyidina Omar meminum arak sewaktu zaman jahilliyyahnya.

Inilah yang berlaku di depan mata kita. Pelik bin ajaib, tukang bina kilang arak dan judi menjaja dan menghina orang yang pernah meminum arak dan judi ciptaannya semata-mata orang itu telah insaf. Syaitan dan Iblis pasti terkejut dengan perilaku puak-puak ini kerana Syaitan dan Iblis tidak sehebat mereka. Semoga Allah laknat ke atas mereka yang menghalang seseorang Hamba Allah yang ingin mendekati Tuhannya. Mereka ini sanggup menyanjung seorang yang tidak beriman dengan Allah daripada menyanjung seseorang yang ingin menghampiri Allah.

Tidak mendukacitakan sekiranya Dato' Zaid tewas di tangan pengaruh puak-puak seperti ini kerana Dato' Zaid dianggap pemenang di sisi Allah kerana keberaniannya mengakui kesilapan serta bertaubat kepada Allah. Mudah-mudahan Allah akan terus memberikan taufik dan hidayah kepada Dato' Zaid dan kita semua. Biarkan mereka mempraktikkan apa jua cara dan kaedah yang mereka pelajari dari Yahudi laknatullah itu./wfauzdin.blogspot.com

Mesti Baca : 15 Fakta Konspirasi Malaysia-Israel

5 Jamadil Awal 1431H.
ibnuirfadzil.blogspot.com
sumber : wikipedia

Pertama

Hubungan Malaysia-Israel merupakan isu yang sensitif bagi umat Islam di Malaysia dan boleh mencetuskan pergolakan politik kepada parti pemerintah Barisan Nasional/UMNO. Malaysia dan kebanyakan negara Islam tidak mengiktiraf negara Israel. Sebarangan hubungan dengan Yahudi Amerika turut ditafsir Malaysia mengiktiraf negara Israel.

Selepas Perjanjian Kem David antara Presiden Mesir Anwar Sadat dengan Perdana Menteri Israel Menachem Begin pada 17 September 1978, banyak negara Islam telah mengiktiraf negara itu. Beberapa fatwa telah dikeluar oleh ulama Mesir untuk menghalalkan perjanjian tersebut.

Negara Israel ditubuhkan pada 1947 sedangkan Malaysia ditubuhkan pada 1957. Kedua-dua negara ini adalah bekas tanah jajahan British. British menguasai Mesir (1914), Terusan Suez dan Baitul Maqdis pada 11 Disember 1917.

Kedua

Jarak negara Israel dengan Malaysia sangat jauh tetapi realitinya sangat dekat. Majoriti rakyat Malaysia yang berugama Islam telah berpihak kepada bangsa Arab di bumi Palestin yang berugama Islam. Sedangkan Israel merupakan negara baru yang ditubuhkan pada 1948 selepas Perang Dunia Kedua hasil tajaan Britain.

Dalam al Quran, Israel merujuk kepada Bani Israel yang degil dan menyeleweng. Ramai Nabi dan Rasul dari keturunan Israel seperti Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Ishak, Nabi Musa dan lain-lain. Sedangkan Nabi Muhamad keturunan Arab. Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama samawi yang muncul di Semenanjung Arab. Baitul Maqdis menjadi kota suci Yahudi dan Kristian dan kota suci ke-3 bagi umat Islam. Kota ini juga menjadi kiblat pertama umat Islam sebelum beralih ke Kaabah di Makkah oleh Nabi Muhamad.

Ketiga

Jabatan Imigresen Malaysia menetapkan negara Israel haram dilawati oleh rakyat Malaysia. Ini kerana Israel merupakan negara baru yang ditubuhkan di bumi Arab Palestin yang berugama Islam. Perang Iarael - Palestin yang berterusan menyebabkan kawasan itu sangat berbahaya. Sementara China dilarang dilawati kerana China menyokong perjuangan Parti Komunis Malaya. Korea Utara dan Afrika Selatan juga termasuk 92 negara yang dilarang. tetapi kini hanya tinggal Israel sahaja.

Pada 6 Julai 1994, Pengerusi Kumpulan Melewar Corporation Bhd. dan MBf, Tunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman telah membuat pengakuan bahawa beliau telah berkunjung ke Israel pada bulan Jun 1994. Pengakuan Tunku Abdullah ini telah disiarkan dalam Utusan Malaysia dan mengejutkan ramai pihak. Beliau dikatakan rakyat Malaysia pertama melawat negara Israel sejak 1957. Tunku Abdullah merupakan adik kepada Yang diPertuan Agong.

Pada 17 Julai 1994, Berita Harian melaporkan Tunku Abdullah dijemput menemui Yizhak Rabin dan Shimon Peres. Potensi pelancongan rakyat Malaysia ke Baitul Maqdis amatlah besar. Dalam kes Gilad Feldman dari Israel, beliau tidak dapat hadiah utama 2GB iPod Nano dari “LiewCF.com Survey 2006” kerana tidak ada hubungan antara Malaysia dengan israel.[1]

Pada 21 Mac 1997 pasukan kriket Israel dibenarkan menyertai pertandingan bertaraf antarabangsa itu di Kuala Lumpur. Kebenaran itu diberikan oleh Perdana Menteri Malaysia , Dr Mahathir Mohamad atas semangat kesukanan .Mereka hadir dalam Kejohanan kriket Trofi Majlis Kriket Antarabangsa (ICC). Kehadiran mereka mengundang demontrasi oleh mahasiswa di perkarangan Universiti Malaya. Turut ditahan ialah Mahfuz Omar dari PAS.

Pada 29 Julai 2008 Pasukan bola sepak Chelsea dari Britain yang melakukan perlawanan persahabatan dengan Malaysia mengundang kontroversi. Ini kerana pasukan itu mempunyai dua warga Israel iaitu pengurus pasukan, Avram Grant dan pemain pertahanan, Tal Ben Haim.

Keempat

Cendekiawan dan jutawan Yahudi dari Jerman dan seluruh dunia berhijrah ke Amerika Syarikat kerana dasar bebas negara tersebut.Bilangan Yahudi Amerika kecil sahaja tetapi menjadi pelobi dasar luar Amerika yang cukup berjaya. Survival dan keselamatan Israel di bumi Arab menjadi teras dan tidak pernah berganjak sejak 1948.

Tekanan ketenteraan dan politik dikenakan kepada negara Islam yang kuat seperti Iraq, Iran, Arab Saudi, Mesir, Jordan, Indonesia, Pakistan, Bangladesh, Malaysia dan lain-lain. Israel bagaikan wilayah Amerika Syarikat itu sendiri atau proksi Amerika di Asia Barat.

Negara-negara Islam melalui OIC dan PBB mengemukakan pelbagai usul berhubung Iarael dan Palestin tetapi sentiasa ditangguhkan atau diveto oleh Amerika Syarikat. Kebanyakan negara Islam yang kuat mengambil sikap pro Amerika dan bertelagah sesama sendiri dalam OIC.

Kelima

Malaysia berpendapat Perang Arab Israel perlu ditamatkan dan biarkan rakyat asal menentukan arah tuju negara Palestin mahupun Israel. Malaysia amat mengharapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyelesaikan masalah Iarael-Palestin. Tetapi anggota Majlis Keselamatan PBB sentiasa sahaja tidak memihak kepada OIC atau tidak dikuatkuasakan. Kejayaan Razali Ismail menyertai Majlis Kesrelamatan PBB juga tidak membuahkan hasil yang diharapkan.

Malaysia sebuah negara yang kecil dan sedang membangun , penduduk 27 juta tidak mampu memberikan tekanan politik dan ketenteraan kepada Israel, Britain apalagi Amerika Syarikat. Malaysia selesa menjadi ahli Komanwel dan NAM. Dasar berkecuali ini dilakukan oleh Malaysia sejak Tunku Abdul Rahman hinggalah ke era Tun Dr Mahathir.

Jarak yang jauh menyukarkan Malaysia terlibat dalam Perang Arab-Israel.

Pemimpin kerajaan dan pembangkang di Malaysia dilihat hanya berkokok di luar tanpa sebarang penghantaran tentera atau logistik. Berbanding dengan Mesir, Jordan, Syria, Libya dan Turki, peranan Malaysia amat pasif sekali. Negara Arab ini bersempadan daratan dengan Israel khususnya Mesir, Jordan dan Syria.

Keenam

Orang Melayu, Cina, India dan lain-lain tidak begitu memahami sejarah kewujudan Israel. Memandangkan Orang Melayu berugama Islam , maka mereka patut menyokong Arab/Palestin yang berugama Islam.

Pada peringkat awal, perang ini dilihat sebagai perang antara Islam dan Yahudi. Kemudian bertukar kepada perang Arab-Israel. Seterusnya ditafsir sebagai perang israel-Palestin. Apabila PLO lantang di Palestin, perang ini dilihat antara Israel-PLO. Sekarang perang ini dilihat antara Israel-Hamas atau perang Israel-Hisbollah sahaja.

Bagi menjelaskan isu dan sejarah perang ini, Jabatan Perdana Menteri telah menerbitkan buku khas berhubung sejarah kewujudan Israel ini dan mengapa Malaysia tidak menyokong Israel dan menyokong Palestin.

Ketujuh

Pada 10 September 1982, dalam Perhimpunan Agung UMNO ke-33, Dr Mahathir Mohamad menafikan beliau dan setiausaha politiknya menjadi ahli dan penyokong gerakan sulit Yahudi/Israel iaitu Freemason. Freemason agalah kelab elit rahsia di banyak negara bagi menentukan kelangsungan dan kewujudan negara Israel. Ada tuduhan , ahli Freemason menjadi pekerja sukarela pilihan raya UMNO sejak 1974 lagi. Freemason didsftarkan di Malaysia di bawah Akta Pertubuhan 1966. Tahun 1977 Freemason mempunyai 55 lodges ( komuniti) dan 2984 ahli.

Pada 25 Oktober 1978 di Dewan Rakyat, Perdana Menteri Malaysia, Hussein Onn menjelaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak berhasrat mengharamkan pertubuhan Freemason. Walaupun mengakui Freemason bercanggah dengan aqidah Islam dan ramai golongan elit berpengaruh menyertainya. Jawapan ini diberikan berikutan soalan daripada Nik Abdul Aziz Nik Mat, wakil PAS dari Pengkalan Chepa, Kelantan. [2]

Kelapan

Walaupun Singapura telah lama disingkirkan dari Malaysia, ramai rakyat Malaysia mahu menentukan hala tuju Singapura. Lee Kuan Yew mahu Singapura menggunakan teori terkepung iaitu di kelilingi negara Islam di Malaysia, Indonesia, Brunei dan selatan Thailand. Singapura terpaksa membangunkan angkatan bersenjata dengan bantuan Israel yang juga 'terkepung'.

Lee Kuan Yew mengarahkan Goh Keng Swee untuk menghubungi Mordechai Kidron, Duta Israel di Bangkok pada 9 September 1965, hanya beberapa bulan setelah pemisahan Singapura dari Malaysia. Bukan Singapura yang aktif untuk meminta Israel masuk, tapi Israel lah yang pertama kali menawarkan diri agar bisa terlibat secara aktif di wilayah Asia Tenggara. Singapura adalah tangan Israel di Asia Tenggara.[3]

Selepas Perang Yom Kippur, Singapura membeli 72 kereta kebal MX-13 light dari Israel yang kononnya berlebihan. Sedangkan Malaysia tidak memiliki sebuah pun ketika itu.Pada Mei 1969 Singapura membenarkan Israel membuka kedutaan di Singapura. Singapura juga membeli satelit Indosat dari Indonesia. Angkatan bersenjata Singapura berjaya dibangunkan dengan bantuan 18 pegawai tentera Israel. [4]

Pada November [1986] ,Presiden Israel Chaim Herzog dari Israel melawat negara sahabatnya Singapura. Pesawat Israel terpaksa melalui ruang udara Malaysia sebelum mendarat di Lapangan Terbang Changi. Tentangan rakyat Malaysia berhubung penggunaan ruang udara ini tidak diendahkan oleh Dr Mahathir kerana tidak mahu dilihat terlalu anti-Yahudi. Bantahan dari Brunei, Indonesia dan Malaysia ini tidak dipedulikan oleh kerajaan Singapura.

Chaim Herzog menjadi tentera pejuang Israel dalam perang 6 hari antara Israel dengan Mesir dan Syria pada 26 Oktober 1973. Perang ini dikenali juga dengan nama Perang Yom Kippur atau perang Ramadan. Israel menang mutlak dalam perang ini. Malahan Israel menguasai Bukit Golan, Tebing Barat , Semenanjung Gaza dan Gurun Sinai.

Pada Oktober 1993, Perdana Menteri Israel, Yitzhak Rabin melawat Singapura dan merupakan perdana menteri Israel pertama melawat negara itu. Yitzhak juga melawat Indonesia. Ketika ini tidak ada lagi bantahan dari rakyat Malaysia. [5]

Kesembilan

Dr Henry Kissinger merupakan seorang Yahudi Amerika yang telah menjadi Setiausaha Amerika Syarikat. Pada 6 Mac 1987 ,pengerusi ISIS , Dr Noordin Sophie telah mengatur pertemuan antara Dr Mahathir dengan Dr Henry Kissinger dalam Perbincangan Meja Bulat Kuala Lumpur.

Kesepuluh

Hubungan Malaysia-Israel merupakan isu yang sensitif bagi umat Islam di Malaysia dan boleh mencetuskan pergolakan politik kepada parti pemerintah Barisan Nasional/UMNO. Malaysia dan kebanyakan negara Islam tidak mengiktiraf negara Israel. Sebarangan hubungan dengan Yahudi Amerika turut ditafsir Malaysia mengiktiraf negara Israel.

Selepas Perjanjian Kem David antara Presiden Mesir Anwar Sadat dengan Perdana Menteri Israel Menachem Begin pada 17 September 1978, banyak negara Islam telah mengiktiraf negara itu. Beberapa fatwa telah dikeluar oleh ulama Mesir untuk menghalalkan perjanjian tersebut.

Negara Israel ditubuhkan pada 1947 sedangkan Malaysia ditubuhkan pada 1957. Kedua-dua negara ini adalah bekas tanah jajahan British. British menguasai Mesir (1914), Terusan Suez dan Baitul Maqdis pada 11 Disember 1917.

Kesebelas

Pada Mei 1994 , Parlimen Malaysia meluluskan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang menarik balik sekatan import terhadap barangan Israel dan Afrika Selatan.

Tahun 1967, import Israel dari Malaysia meningkat lebih sekali ganda dari 272,000 dolar US dalam tahun 1966 kepada 565,000 dolar US tahun 1967. Dalam waktu yang sama eksport Israel ke Malaysia bertambah dari 1.1 juta dolar US kepada 1.7 juta dolar US.

Pada 7 April 1994, Malaysia mengharamkan filem Schindler's List , hasil arahan __ . Filem panjang ini menceritakan nasib malang Yahudi Jerman yang disiksa oleh tentera Nazi Jerman.[6][7]

Pada Ogos 1984 ,persembahan New York Philharmonic yang sepatutnya diadakan di Kuala Lumpur telah dibatalkan. Komposernya ialah Ernst Bloch, seorang Yahudi.[8]

Keduabelas

Pada 6-9 Julai 1994 Dr Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan Perdana Menteri Israel, Yithzak Rabin dan Menteri Luarnya, Shimon Peres yang sama-sama menginap di Hotel De Crillion, Perancis. Laporan berita oleh TV Israel dan AFP dinafikan oleh Dr Mahathir dengan alasan beliau ke sana semata-mata kerana lawatan rasmi ke Perancis, lagipun katanya beliau tinggal di tingkat 3 manakala Rabin berada di tingkat 2. Akhirnya Mahathir mengakui bahawa beliau ada juga berhubung dengan Rabin, tetapi hanya melalui surat.

Pada 26 September , Menteri Luar Malaysia , Syed Hamid Albar bersalam dan berbincang dengan rakan sejawatan dari Israel , Devid Levy di New York. David Levy baru dilantik oleh Perdana Menteri Israel , Ehud Barak. David Levy merupakan Yahudi kelahiran Maghribi. Mereka berbincang berhubung perdamaian Arab/Palestin - Israel ketika sesi Perhimpunan Agung PBB. Ketua Pemuda PAS, Mahfuz Omar melalui surat khabar Harakah mengecam pertemuan ini. PAS melabelkan Israel sebagai negara pengganas.Sokongan kerajaan Malaysia kepada perjuangan Palestin adalah "empty pledge" . [9] [10]

Pada 16 Ogos 1999, Dr Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia telah mengutus surat tahniah kepada Ehud Barak yang baru dilantik sebagai Perdana Menteri Israel. Bagaimanapun surat ini tidak dapat disahkan.

Anwar Ibrahim dihantar ke negara-negara Islam untuk berceramah topik Islam dan demokrasi. Peranan ini diberikan oleh Council of Foreign Relations, New York. Semasa menjadi Menteri Kewangan Malaysia, Anwar Ibrahim telah hubungan dengan Wolfowitz , seorang Yahudi Amerika.

Pada Jun 2009, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertemu dengan Menteri Pertahanan Israel Ehud Barak pada satu majlis koktail semasa Pertunjukkan Udara Paris di Perancis. Zahid mengenakan beberapa syarat pertemuan iaitu seperti tiada pegawai pengiring daripada pihak Israel, tiada jurugambar dan tiada "double standard" kerana bimbang disalahtafsir.Jika Israel menghulurkan tangan untuk mewujudkan keamanan, jangan pula tangan kiri melakukan keganasan ke atas rakyat Palestin, Lubnan, Syria , Mesir dan lain-lain.Pertemuan dibangkitkan semasa Zahid berada di Beirut pada 17 Julai 2009. [11]

Zahid meninjau lokasi 340 anggota [Angkatan Tentera Malaysia] (ATM) yang menyertai Kontinjen Malaysia (Malcon) dan berkhidmat di bawah panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memastikan keamanan berterusan di sempadan Lubnan-Israel. Menteri Pertahanan Lubnan, Elias Al-Murr sedia membeli peralatan ketenteraan biasa, kenderaan tentera dan bukan berbentuk "offensive".[12]

Ketigabelas

Pada 17 Oktober 2003, Dr Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia menggesa umat Islam bersatu menentang Yahudi. Seruan itu dibuat semasa Persidangan OIC ke-57 di Kuala Lumpur. Turut hadir ialah Presiden Russia, Vladimir Putin. Remaja Islam hendaklah menghindari serangan barani mati . Tafsiran semula al Quran hendaklah diusahakan supaya selaras dengan perkembangan sains dan teknologi. [13] Pada 21 Oktober 2003 dalam temubual dengan The Bangkok Post , Dr Mahathir menjelaskan beliau bukan anti-Semetic. Israel sebuah negara yang kecil dan tidak ramai Yahudi di dunia ini.

Tetapi mereka mengawal dunia.. Beliau menegaskan Malaysia telah menjemput pasukan kriket dan pelajar sekolah Israel datang ke Malaysia. Ini menunjukkan bahawa mereka selamat di sebuah negara Muslim dan tidak akan dibunuh. Banyak media cetak dan elektronik dikuasai oleh Yahudi. Orang Islam digambarkan sebagai pengganas .Umat Islam kuat kerana berjumlah 1.3 bilion dan tidak mudah dimusnahkan.Sebaliknya Eropah lah yang membunuh 6 juta Yahudi semasa Holocaust dan kini bermati-matian mempertahankan Israel.

Sebenarnya orang Eropah yang anti-Yahudi dan anti-Semitic. Yahudi yang berjumlah 12 juta telah memerintah dunia melalui proksi.[14] Jonathan Peled selaku jurucakap Menteri Luar Israel kesal dengan ucapan Perdana Menteri Malaysia itu dan retorik Mahathir seperti itu bukanlah baru. [15]

Ketika Krisis Kewangan Asia 1998, Dr Mahathir menyalahkan konspirasi Yahudi Amerika bernama George Soros. George Soros dikatakan telah melancarkan pembelian saham dan jualan singkat sehingga menyebabkan bursa saham Malaysia jatuh merudum.Dr Mahathir tidak menyalahkan Yahudi tetapi realitinya Yahudi / Soros berada di belakang masalah ini. Tetapi pada 2006, Dr Mahathir telah bertemu dengan George Soros di Kuala Lumpur.Anaknya Marina Mahathir juga telah menemui Soros dalam pertemuan itu.

Pada 21 Februari 2006, The Los Angeles Times melaporkan pada pelobi Yahudi, Jack Abramoff telah menerima $1.2 juta dari kerajaan Malaysia kerana mengatur pertemuan antara Dr Mahathir dengan George W.Bush pada Mei 2002 di pejabat Oval . Dr Mhathir mengesahkan laporan tersebut tetapi wang tersebut bukan wang kerajaan Malaysia. Abramoff telah menghubungi Karl Rove , iaitu penasihat Presiden Amerika Syarikat. [16]

Keempat belas

Saham 31 % Pantai Holding Berhad telah dijual kepada Parkways Holdings Limited iaitu syarikat milik pelobi Zionis bernama Richard C Blum. Pantai mempunyai 6 buah hospital swasta di Malaysia iaitu Kuala Lumpur, Cheras, Klang,Ipoh, Pulau Pinang dan Batu Pahat. [17]

Syarikat MITV milik Israel di Singapura memenangi lesen penyediaan 3G di Malaysia. MITV mengalahkan syarikat lain yang lebih layak seperti DiGi. 5 % saham Telekom Malaysia dijual kepada Temasek Holdings. Sistem keselamatan dan ketenteraan Singapura adalah kembar Siam dengan ketenteraan Israel. [18]

Konvoi Malaysia turut terlibat dalamViva Palestina pergi ke Gaza pada 2009 . Datin Seri Rosmah Mansur telah menghubungi Susan Mubarak di Mesir bagi membebaskan peserta Viva Palestin dari Malaysia.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mahfuz Omar mempertikaikan kewajaran Datuk Seri Najib Tun Razak melantik firma konsultan komunikasi APCO Worldwide untuk mempromosikan nama dan jenama Malaysia. Anwar mahu Najib menjelaskan kaitan antara 1Malaysia dengan One Israel . Tuduhan Anwar itu boleh menyebabkan Anwar digantung selama setahun kerana memfitnah.[19][20]

Laman web Chegu Badrul Hisham Shahrin mempersoalkan Asiasoft (M) Sdn. Bhd. (no. Syarikat : 150529-H) berpangkalan di Singapura yang mendapat tender RM42 juta. Beliau curiga maklumat keselamatan, pertahanan dan data sulit PDRM akan terlepas kepada ‘programmer’ tentera Israel. Izhak David Naskar memegang pasport Israel bernombor 10902695 itu masih lagi warganegara Israel. Beliau adalah pakar komputer dan telah memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan Israel. Beliau membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel sekitar 1970 hingga 1987.

Seorang lagi ialah yang membina sistem komunikasi PDRM ialah Ido Sccheschter yang memegang pasport Israel bernombor 56626252. Beliau masih lagi seorang tentera Israel yang sah bukannya tentera pencen.[21] Pada 6 April 2010, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan bukti bahawa ejen Israel wujud dalam PDRM.[22][23].

Pada 13 April 2010,Datuk Wira Abu Seman Yusop menjelaskan di Parlimen bahawa kesemua pekerja yang terlibat dalam pembangunan projek "Police Reporting System" (PRS) PDRM terdiri daripada warga tempatan kecuali seorang warga India.Fasa 1 dan Fasa 2 oleh Sapura System Sdn Bhd (SSSB).

Fasa 3 oleh Masterplan Consulting Sdn Bhd (MPC) yang melantik subkontraktor iaitu Asiasoft (M) Sdn Bhd. 70 % saham syarikat ini dimiliki rakyat Malaysia dan bakinya dimiliki Asiasoft (S) Pte Ltd. Selepas Ogos 2007, 100 % saham milik Asiasoft (S) Pte Ltd telah diambil alih oleh Asiasoft Global Pte Ltd yang berdaftar di Singapura dan bukannya di Tel Aviv, Israel. Asiasoft Global Pte Ltd dimiliki seorang rakyat Singapura iaitu Toh Kian Hong (49 %) dan Top Image Systems Ltd (TIS) (51 %).Dua daripada anggota lembaga pengarahnya adalah rakyat Israel. Fasa 3 telah disiapkan pada Oktober 2006, sebelum penstrukturan. Selepas siasatan, subkontraktor Asiasoft (M) Sdn Bhd ditamatkan pada 31 Dis 2008.
[24]

Kelima belas

Police Reporting System (RPS) dibangunkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 2006.Projek PRS adalah berkaitan sistem menerima laporan polis melalui sistem komputer yang dibekalkan di balai-balai polis di seluruh Semenanjung Malaysia melalui tiga fasa mengikut zon. Sistem PRS bagi Sabah dan Sarawak akan dilaksanakan dalam Fasa 4.

Pada 13 April 2010, di Parlimen, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop menjelaskan bahawa siasatan dalaman PDRM mendapati kesemua pekerja yang terlibat dalam pembangunan projek PRS terdiri daripada warga tempatan kecuali seorang warga India.

Fasa 1 dan Fasa 2 dibuat oleh Sapura System Sdn Bhd (SSSB) .Fasa 3 dibangunkan oleh Masterplan Consulting Sdn Bhd (MPC) yang telah melantik subkontraktor iaitu Asiasoft (M) Sdn Bhd bagi melaksanakan sebahagian aplikasi sistem PRS. 70 % saham Asiasoft (M) Sdn Bhd milik rakyat Malaysia dan 30 % dimiliki Asiasoft (S) Pte Ltd. Semua pekerja yang terlibat adalah terdiri daripada warga Malaysia dan tidak ada sama sekali pekerja-pekerja dari Asiasoft (S) Pte. Ltd.

Namun selepas Ogos 2007, 100 % saham milik Asiasoft (S) Pte Ltd telah diambil alih oleh Asiasoft Global Pte Ltd yang berdaftar di Singapura dan bukannya di Tel Aviv, Israel. 49 % saham syarikat Asiasoft Global Pte Ltd dimiliki oleh Toh Kian Hong seorang rakyat Singapura.Baki 51 % saham dimiliki Top Image Systems Ltd (TIS) yang mana dua daripada anggota lembaga pengarahnya adalah rakyat Israel.

RPS Fasa 3 siap pada Oktober 2006. Penstrukturan selepas Ogos 2007, jadi tidak ada kemungkinan terlibat perisik Israel dalam projek RPS. Selepas siasatan PDRM, perkhidmatan subkontraktornya iaitu Asiasoft (M) Sdn Bhd ditamatkan pada 31 Disember 2008. [25]

Qian Lu Ji Qiong : Keldai di Guizhou Kehabisan Akal


Asal Usul:

Pada zaman dahulu kala, di provinsi Guizhou, atau yang dikenali dengan nama singkatnya Qian, tidak ada keldai. Pada suatu hari, seorang lelaki yang suka menjaga tepi kain orang, telah mengangkut seekor keldai dengan perahu ke kawasan tersebut. Bagaimanapun, orang di sana tidak tahu apa gunanya binatang yang begitu besar itu. Maka, mereka pun meninggalkannya di kaki sebuah gunung.

Seekor harimau yang bersiar-siar di gunung itu ternampak keldai tersebut, dan menyangkanya sebagai seekor raksasa yang ganas, kerana tubuhnya memang agak besar. Sang harimau itu pun menyembunyikan diri, sambil mengintai-intai di celah rimbun pokok. Tidak lama kemudian, ia pun cuba mendekati keldai itu dengan penuh cermat, tetapi tetap tidak tahu apa binatang itu sebenarnya.

Beberapa hari kemudiannya, tiba-tiba, keldai itu berteriak dengan kuat. Sang harimau itu berasa sangat takut hingga ia lari lintang pukang meninggalkan tempat itu. Fikirnya, "raksasa" itu mungkin terlalu lapar dan mahu memakannya.

Selepas memperhatikan keldai itu berulang-ulang kali, sang harimau itu menjadi semakin biasa dengan teriakannya. Ia mendapati bahawa keldai itu sebenarnya tidak memiliki apa-apa kebolehan pun selain daripada berteriak. Jadi, ia menjadi lebih berani untuk mendekati keldai itu, tetapi belum cukup berani untuk menyerangnya.

Lama-kelamaan, sang harimau itu menjadi semakin bebas berbuat sesuatu kepada keldai itu, hinggakan ia berani menyentuh keldai itu, bersandar padanya, malah bertindak seolah-olah mencabarnya. Keldai itu tidak dapat menahan kesabarnya lagi, lalu ia pun mengangkat kakinya, dan menendang sang harimau itu sekuat-kuatnya.

Tendangan ini membuatkan sang harimau itu menjadi sangat gembira, kerana melalui tindak balas itu, ia pasti bahawa keldai itu memang tidak ada apa-apa kepandaian lain. Maka, ia pun menerkam ke arah keldai itu, sambil mengaum dengan kuatnya, lalu menggigit lehernya hingga patah, dan memakan dagingnya habis-habis. Setelah selesai makan, barulah ia meninggalkan tempat itu dengan penuh kepuasan.

Catatan Keterangan:

Peribahasa "Qian Lu Ji Qiong" atau "Keldai di Guizhou Kehabisan Akal" ini membawa erti, kebolehan yang terhad digunakan hingga habis. "Keldai" yang disebut dalam cerita tersebut pula merujuk kepada orang atau golongan yang nampaknya sangat kuat atau berkuasa, tetapi sebenarnya tidak berupaya. CRI/-

Hulu S'gor: BN lwn PKR, 2 calon Bebas tarik diri

5 Jamadil Awal 1431H.

HULU SELANGOR: Selepas beberapa jam V.S Chandran, mengumunkan menarik diri daripada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, seorang lagi calon Bebas, Johan Mohd Diah turut mengambil pendirian yang sama.

Perkara tersebut telah disahkan oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

"Memang benar dia sudah tarik diri daripada bertanding, saya sudah mendapat maklumat tersebut daripada Pegawai Pengurus pilihan raya," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini malam ini.

Bagaimanapun usaha untuk menghubungi Johan bagi mendapat kenyataannya gagal apabila telefon bimbitnya dimatikan.

Menurut Wan Ahmad lagi, Johan telah memaklumkan secara rasmi kepadaPegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Hulu Selangor, Nor Hisham AhmadDahlan.

Keputusan Johan itu menyaksikan perebutan pilihan raya kerusi berkenaan hanya satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN)dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

BN diwakili Ketua Penerangan MIC, P. Kamalanathan dan PKR mempertaruhkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim.

Mayat yang meninggalkan hutang puasa wajib

5 Jamadil Awal 1431H.
http://akhisalman.blogspot.com/

Puasa wajib disini samada puasa ramadan, nazar atau kaffarah.

Orang yang mati dan tidak sempat mengantikan puasa yang ditinggalnya ada dua keadan:

Keadaan pertama:

Dia mati sebelum sempat puasa samada samaada masa yang sempit (cthnya mati sehari selepas bulan Ramadan), atau ada masa tetapi ada sebab yang menghalangnya seperti sakit, musafir dan sebagainya. Kebanyakan ulama mengatakan tidak dikenakan apa-apa kepadanya.

Ada pendapat segelintir ulama seperti Tawus dan Qatadah menyatakan wajib fidyah makanan seperti orang yang tua tidak berpuasa kerana tidak larat untuk puasa.

Keadaan kedua:

Dia mati dalam keadaan dia sempat dan mampu untuk menggantikan puasa sebelum mati. Disini ada dua pendapat ulama:

Pendapat pertama:

Puasa itu tidak boleh digantikan dengan puasa orang yang hidup. Ia hanya dikenakan denda makanan bagi setiap hari yang ditinggalkan. Ini adalah pendapat Kebanyakan ulama.

Fidyahnya adalah setengah gantang gandum bagi mazhab Hanafi dan satu cupak (600 gram) makanan asasi bagi sesebuah negeri menurut pendapat kebanyakan ulama termasuk mazhab syafie. Kita boleh mengikut mazhab Hanafi yang mengharuskan bayaran dengan nilai makanan tersebut.

Dalil pendapat jumhur:

Nabi saw bersabda:

من مات وعليه صيام شهر فليطعم عنه مكان كل يوم مسكينا


“ Sesiapa yang mati dan masih ada puasa wajiib (qada atau nazar) yang dia tidak lakukannya maka hendaklah dia beri makan kepada orang miskin bagi setiap hari.”

Hadis riwayat Ibnu Majah. Tirmizi berkata: “Sanad yang sahihnya adalah ia hadis mauquf Ibnu Umar (kata-katanya).”

Pendapat kedua:

Digantikan dengan puasa. Ini adalah pendapat Abu Thaur, mazhab Syafie dan Ibnu Taimiah.

Dalil pendapat jumhur:


من مات وعليه صيام من رمضان صام عنه وليه


“Sesiapa yang mati dan masih belum mengqada puasa ramadannya maka hendaklah warisnya yang berpuasa untuknya.” (Hr Bukhari dan Muslim)

Seorang lelaki berjumpa dengan Rasulullah saw , lalu dia berkata:

“Ya Rasulullah sesungguhnya ibuku telah mati dan dia ada berhutang puasa sebulan puasa. Adakah aku perlu mengqadakan puasanya?”

Rasulullah saw menjawab:


نعم فدين الله أحق أن يقضى


“Ya, hutang Allah lebih patut untuk dibayar.” (Hadis sahih Bukhari dan Muslim)

Pendapat yang kuat

Para saudara mara si mati boleh memilih diantara dua. Sekiranya tiada yang berpuasa maka wajib dikeluarkan bayaran fidyah. Imam Nawawi berkata:

“Pendapat yang benar adalah boleh puasa dan boleh bayar fidyah makanan (mesti pilih salah satu). Wali hendaklah memilih salah satu daripadanya. Maksud kepada wali adalah saudara mara samaada asobah (orang yang mengambil baki harta warisan), pewaris harta pusaka atau saudara yang bukan asobah dan pewaris.”

Orang yang bukan saudara boleh berpuasa dengan izin pewaris.

Rujukan: Syarah Ahadisil Ahkam oleh 4 orang ulama, Minhaj oleh Dr Muhammad Zuhaili dan al-Wajiz fil Feqhil Islami oleh Dr wahbah az-Zuhaili.

Bahaya fitnah dalam kehidupan

5 Jamadil nAwal 1431H.
Oleh Mohd Shahrizal Nasir
http://albakriah.wordpress.com/

PERKATAAN fitnah berasal daripada kalimah Arab bermaksud perbuatan menuduh sesuatu perkara bersifat tidak benar atau dusta.

Dari sudut bahasa Arab, fitnah berasal daripada kalimah fatana yang dimaksudkan sebagai proses pengasingan emas tulen daripada bahan logam lain melalui proses pembakaran. (Lisan al-Arab, Beirut: Dar Sadir, m/s: 317). Menurut al-Quran, fitnah itu membawa konotasi makna yang pelbagai seperti kekafiran (syirik), kedustaan, kezaliman, kebinasaan, maksiat, ujian, peperangan, bencana, konflik, godaan dan sebagainya

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah dan (sehingga) menjadilah agama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang yang zalim.” (surah al-Baqarah, ayat 193)

Fitnah bermaksud kedustaan. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Kemudian tidaklah ada akidah kufur mereka selain dari mereka menjawab dengan dusta. Demi Allah Tuhan kami, kami tidak pernah menjadi orang-orang yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain).” (surah al-An’aam, ayat 23)

Fitnah bermaksud kezaliman. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Lalu mereka berkata, kepada Allah jualah kami berserah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami landasan fitnah kesengsaraan bagi kaum yang zalim ganas.” (surah Yunus, ayat 85)

Fitnah bermaksud kebinasaan. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan di antara mereka (yang munafik itu) ada yang berkata, izinkanlah aku (supaya tidak pergi berperang) dan janganlah engkau menjadikan daku dipengaruhi oleh fitnah. Ketahuilah, mereka telah pun tercebur ke dalam fitnah (dengan dalihan yang dusta itu). Dan sesungguhnya azab jahanam meliputi orang yang kafir.” (surah at-Taubah, ayat 49)

Jika dirujuk kepada pemahaman masyarakat kita mengenai fitnah, terdapat hadis Rasulullah s.a.w yang menerangkan perkara ini yang bermaksud: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya (di belakangnya) bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu menfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)

Perbuatan memfitnah itu lahir dari dalam hati individu yang penuh dengan sifat negatif dan keji seperti hasad, iri hati dan dendam. Masalah itu bermula daripada hati yang menjadi ‘ibu’ kepada setiap tindak tanduk manusia. Jika dilihat kepada sirah Rasulullah s.a.w serta keluarganya, Ummu al-Mukminin Saidatina Aisyah r.a tidak terlepas dari menghadapi ujian fitnah. Allah s.w.t merakamkan peristiwa ini menerusi firman-Nya yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu, tiap-tiap seorang antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di Akhirat).” (surah an-Nuur, ayat 11)

Jika dilihat fitnah itu adalah sebagai ujian dan cubaan. Sebelum ini kita digemparkan dengan keadaan di mana sebuah majalah mingguan agama lain menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada tuhan mereka. Ketika itu, umat Islam didatangkan dengan cubaan. Benarlah kata sesetengah pihak bahawa kita sekarang berada di zaman fitnah. Pelbagai permasalahan yang timbul memerlukan umat Islam muhasabah diri agar imej Islam tidak tercalar dan maruah Islam tidak tergadai. Dalam menghadapi situasi ini, secara umumnya dapat dilihat pelbagai pihak terus bangkit menyuarakan ketidakpuasan hati umat Islam demi untuk menjaga martabat Islam daripada dirobek oleh orang lain. Perkara itu mahu diselesaikan dengan cara yang agresif dan tegas, manakala pihak yang lain memilih untuk menggunakan kaedah diplomasi dan perundangan.

Malah, kesatuan dan semangat bersama umat Islam tampak lebih jelas melalui isu berkenaan. Namun, perkara yang harus kita ambil perhatian, kadang-kala tindakan agresif kita yang melampau membuatkan pihak lain mengambil peluang dan ruang memburukkan imej Islam. Kejadian beberapa buah gereja dibakar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab haruslah dilihat oleh umat Islam sebagai satu situasi yang sedikit sebanyak mencalar imej Islam yang menjulang prinsip keadilan dan keharmonian.

Sungguhpun masih belum jelas, siapakah dalang di sebalik perbuatan terkutuk itu, kita sewajarnya sedar bahawa mungkin juga perkara itu disebabkan tindakan kita yang terus agresif tanpa menghiraukan nasihat pihak berkuasa.

Harus difahami, bertenang bukanlah bermaksud kita mengambil enteng terhadap isu ini, namun kebijaksanaan dalam menghadapi ujian dan cabaran di zaman fitnah mutakhir ini semestinya dapat mengelak kejadian yang lebih buruk daripada berlaku.

Sebagai umat Islam yang sentiasa teguh mempertahankan kesucian dan ketinggian agamanya, marilah sama-sama kita menjaga setiap tingkah laku kita bagi mendepani seribu satu ujian dan cabaran yang semestinya tidak akan berhenti di sini.

Kerap kali kita merasakan, jika kita yang menjadi mangsa fitnah, maka musnahlah bagi yang membuat fitnah itu. Tetapi adakah kita sedar, kadangkala tindak-tanduk dan pertuturan kita yang membuka ruang untuk kita terus difitnah