21 April 2010

KENYATAAN MEDIA : Siapakah yang sebenarnya tidak menghormati undang-undang dan menghina Dewan ?

5 Jamadil Awal 1431H.


Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mengingatkan semua wakil rakyat di negeri ini supaya tidak menghina dan mencemari Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan perbuatan yang memalukan.

Baginda bertitah, sebagai institusi perundangan negara, adalah menjadi tanggungjawab wakil rakyat mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan yang menjejaskan martabat Dewan.

Sebaliknya titah baginda, wakil rakyat yang dipilih sebagai penggubal undang-undang seharusnya beradab dan beretika semasa berada di dalam Dewan sejajar dengan panggilan 'Yang Berhormat.'

Sultan Perak bertitah demikian pada istiadat menghadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Ke-82 di sini kelmarin.

Persoalannya sekarang kepada siapakah titah itu ditujukan, adakah hanya terkena kepada ADUN Pakatan Rakyat ataupun kepada ADUN BN atau kepada kesemua 59 ADUN yang ada di Negeri Perak. Sehubungan ini suka saya mengeluarkan beberapa kenyataan :-

1. Sesungguhnya saya sebagai salah seorang ADUN di Negeri Perak dan mewakili ADUN Pakatan Rakyat yang lain sangat menyanjung tinggi dan menghargai titah ucapan DYMM Sultan Perak tersebut. Sebagai seorang Sultan bagi kerajaan dan negeri Perak serta sekalian jajahan takluknya kami sangat memahami segala nasihat dari DYMM Sultan demi keamanan, kesejahteraan dan demokrasi yang lebih baik di masa akan datang.

2. Apapun yang dilihat sehingga kelmarin dan dititahkan oleh DYMM Sultan Perak di Istana Iskandariah kelmarin adalah berpunca dari satu "rampasan kuasa" yang terancang dan merupakan "punca segala masalah" sehingga menimbulkan ketidak tentuan yang berpanjangan sehinggalah kepada sidang dewan yang terakhir pada 30 mac dan 31 mac yang lepas.

3. Bagi saya tindakan BN yang tidak menghormati demokrasi dengan mendapatkan kuasa dengan rampasan kuasa dan suatu pengesahan mahkamah , namun ianya tidak akan berkesudahan dengan perlanggaran kepada undang-undang serta campurtangan pihak yang tidak sepatutnya campurtangan setiap kali sidang DUN Perak diadakan.

4. Kerajaan Perak yang disahkan oleh mahkamah cuma berani untuk bersidang dengan menggunakan ratusan pihak keselamatan di dalam dan di luar dewan dan tindakan itulah yang sebenarnya mencemarkan Dewan. Kenyataan ini bukan rekaan dan disaksikan oleh pelbagai pihak dalam berbagai rakaman dan gambar yang tersebar luas.

5. Sesungguhnya Dewan Negeri Perak menjadi cukup tercemar dalam sejarahnya sejak BN merampas kuasa dan menggunakan pihak polis bagi menghalalkan tindakan yang mereka telah lakukan, iaitu:-

a) Melucutkan kedudukan Speaker Sivakumar dan melantik speaker haram Ganesan dengan tidak mematuhi peraturan seperti berikut

i- Ganesan tidak dilantik mengikut peraturan perintah tetap Dewan Undangan Negeri

ii- Ganesan adalah orang asing yang menceroboh Dewan Undangan Negeri pada 7 Mei 2009 yang melanggar peraturan Mahkamah Majistret yang melarang orang yang tidak berkenaan berada 500 meter dari bangunan Dewan.

iii- Perlantikan dibuat menggunakan Timbalan Speaker Hee Yit Fong sedangkan pada waktu itu Speakear sah, V.Sivakumar masih berada dikerusi Speaker.

iv- Perlantikan dibuat sebelum Titah Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah di mana mengikut aturan dewan, sebarang agenda yang dibuat sebelum Titah Tuanku adalah tidak dikira.

v- Usul perlantikan Ganesan yang dibawa Datuk Seri Zambry Abdul Kadir pada 7 Mei 2009telahpun ditolak oleh Speaker sah V.Sivakumar hari sebelumnya iaitu pada 6 Mei 2009

vi- Ganesan gagal letak jawatan sebagai peguam sedangkan perkara 36A(5) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak menyebut bahawa, sesiapa yang menjawat jawatan Speaker mesti melucutkan atau meletakkan jawatan profession dalam tempoh 3 bulan dari tarikh memegang jawatan.

**Namun dalam rekod rasmi Majlis Peguam Malaysia, pada 11/8/2009 menunjukkan Ganesan telah gagal meletakkan jawatan dan masih aktif sebagai pengamal undang-undang .

b) Mengadakan dua sidang dengan menggunakan speaker yang tidak sah termasuklah suatu pelanggaran undang-undang kepada pelanggaran yang sedia ada sehingga kan membawa kepada rasa tidak puas hati pelbagai pihak khususnya ADUN Pakatan Rakyat .

c) Speaker yang tidak sah itulah yang telah mengendalikan sidang secara berat sebelah dengan penolakan soalan sidang secara tidak mematuhi peraturan, menutup pembesar suara ADUN pakatan Rakyat, Mengasingkan pintu dan lif untuk masuk dewan dan mengendalikan sidang dengan tidak mematuhi Peraturan Tetap Dewan yang sedia ada.

6. Alangkah baiknya sekiranya kami hadir sama dalam Sambutan Ulangtahun Keputeraan Sultan perak yang diadakan di Istana Iskandariah Kuala kangsar kelamrin, namun sekali lagi semacam ada satu perancangan jahat oleh pihak BN dengan tidak menjemput semua 28 ADUN pakatan Rakyat untuk sama-sama merayakan dan meraikan hari yang bersejarah pada setiap tahun itu.

7. Kerana itulah sesungguhnya saya beranggapan bahawa titiah ucapan DYMM Sultan Perak adalah merangkumi semua pihak di Perak dan bukan hanya ditujukan kepada sesuatu pihak sahaja.

KENYATAAN MEDIA, 20 April 2010.

YB. DRS. KHALIL IDHAM LIM
ADUN Titi Serong.

19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

AS'KUM YB....usah dilayan komen2 tu....seluruh rakyat perak tahu nak mengajar mereka...tungguuuu

MIBU BULAN. berkata...

KKUASA RAKYAT akan menumpaskan sesiapa yang "KURANG AJAR"..... Zaman sudah berubah.....Rakyat sekarang bukan lagi dizaman fiudal.... Rakyat berada dizaman IT..... Teknologi sesaat sahaja berada dihujung jari...... So kami boleh menilai dimana dan siapa kita sabenarnya.....

Tanpa Nama berkata...

raja adil raja disembah
raja zalim raja disanggah

Tanpa Nama berkata...

UMNO musush utama rakyat jadi rakan yahudi APCO

Tanpa Nama berkata...

pemimpin umat islam di perak ditindas, yahudi yang menindas umat islam palestin dibela

Tanpa Nama berkata...

apa nak di herankan, mufti harussana-sini tak keluar fatwa umno+apco harampun?

Tanpa Nama berkata...

cakap aje pandai.kadang2 bahsa yg guna org kg xfhm langsung.kan senang klu bubar.

CUCU PEJUANG berkata...

KITA TIDAK HAIRAN BILA SEMUA ADUN PR TIDAK MENERIMA JEMPUTAN KE ISTANA TEMPOHARI.SEMEMANG ADA TANGAN-TANGAN GHAIB.MEREKA MENGGAMBARKAN SEOLAH-OLAH ADUN PR 'DERHAKA' PADA TUANKU.MEMBERI PERSEPSI BURUK PADA ADUN PR YANG DIPILIH OLEH RAKYAT JELATA.WALAUPUN ADUN PR TERASA HATI DILAYAN BEGITU NAMUN REDHO DAN ANGGAPLAH ITU SATU LAGI PERBUATAN KHIANAT YANG 'CEMBURU' DENGAN ANDA.HIDUP RAKYAT!DAULAT TUANKU!SEMBAH PATIK HARAP DIAMPUN......

Tanpa Nama berkata...

Titah Sultan jelas ditujukan kepada PR kerana Sultan dikelilingi oleh pencacai-pencacai, pengampu-pengampu dan pengadu-pengadu domba. Malah skrip titah baginda juga mungkin dikarang oleh pencacai-pencacai ini. Pencacai-pencacai ini harus dihapuskan dari bumi Perak jika PR menang di PRU13 nanti. Jangan nak kesian-kesian lagi!

abdullah berkata...

bersabarlah wahai rakyat perak
tunggulah UMNO PRU k-13..
sme2 kte tumbangkan kjaan haram
istiqamah fil amal....

Tanpa Nama berkata...

Katak betina dapat pingat kenapa 2 ekor katak jantan tak dapat? Rasanya jasa mereka pada rakyat Perak sama saja.

seman-pat semang-ol berkata...

sabar jer YB PAKatan Rakyat.. rakyat Perak Bersamamu.. mampus UMNOngok..

Tanpa Nama berkata...

ampun tuanku, patik tengok perak la ni dah pelik,,suatu hari nanti bakal menjerat diri...renung dengan iman....

Tanpa Nama berkata...

Perbetulkan raja macam mana baik pun tak boleh disembah....apalagi kalau zalim dan berat sebelah....ALLAH SWT je kita boleh sembah...BILA TAHTA DAN HARTA BERTAHTA DIMATA ....HATI DAN MATA MENJADI BUTA.....sudah kita rakyat marhaen ni sendiri mau ingat......Istilah sembah ni tak boleh digunakan pada manusia....

Tanpa Nama berkata...

kAMI ORG KAMPUNG YANG KERJA BURUH NI PUN TAU.....PUAK2 UMNO TU BERANI KERANA SEMUA SEKONGKOL DEPA TU PULUN BANTU DEPA....KALU DAK DEPA DAH LAMA HILANG KAT BUMI MALAYSIA NI....PRU 13 KITA PAKAT KAMBUIH DARI BUMI PERAK DAN MALAYSIA NI....BIARKAN MASA NI DEPA BELAGAK OO...AKU TAK SANGGUP ANAK CUCU KITA NANTI KENA TIPU MEMANJANG MACAM LA NI...50 TAHUN KENA BAHONGGGG...

Tanpa Nama berkata...

Allah maha adil telah mengatur segalanya. Para pencacai ingat mereka sudah berjaya memisah Raja dengan Prmimpin Rakyat (ADUN PR) dengan tidak menjemput bertetamu di Majlis Sambutan Ulang Tahun Hari Keputraan Sultan. Rupa-rupanya dengan tidak hadir ADUN PR titah sultan secara bersemuka mencela Semua Adun BN. Mana ada insan marah pada orang yang tiada di hadapan....!

Jelas yang ada di hadapan semua pencacai BN; jadi siapa yang kena cela?
PR sudah tentu tidak terbabit sebab meraka tiada disitu .... betul tak!

Jadi berlapanglah para ADUN PR kamu semua tiada terpalit dengan celaan sultan itu tguhan telah lindungi kamu dengan mendorong mereka tidak menjemput semua.. ok

Tanpa Nama berkata...

Bersiaplah kamu parti Buah Naga (BN ) PRU 13 nanti semuanya akan bungkus. Orang makin meyampah macam dalam pertandingan gusti satu jahat dan satu baik dan pengadil ???..Gerammmm

Tanpa Nama berkata...

apa kah istimewa nya jemputan ke istana tu? tak dapat jemputan pun tak pa. Kalau dapat jemputan lagi sakit hati berdepan dengan puak umno - penyamun, perompak,perasuah, pengkhianat. Tiada lagi perkataan dan bahasa yang sesuai untuk dibahasakan kepada pemimpin umno.

Tanpa Nama berkata...

wahai penyokong PR diseluruh negeri perak (negeri pasir dua butir - pimpinan menteri pasola) saya menyeru agar kalian semua berazam dan bertindak supaya kita boikot sahaja pemimpin/ahli/penyokong umno (seterusnya golongan munafik) di Perak ini. kenduri kendara jangan dijumput/jangan hadir, kematian, sakit mereka jangan dikunjungi (zaman Rasulullah pernah berlaku pemulauan ini, dimana orang islam jangan memberi dan menjawab salam dari puak mereka ...............) wallahualam.