22 Ogos 2013

Pemandu berhenti seolah-olah syak sesuatu tak kena - mangsa

15 Syawal 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Seorang penumpang yang cedera dalam kemalangan bas dekat Genting Highlands semalam berkata pemandu bas itu telah memberhentikan basnya di tepi jalan sebelum kemalangan seolah-olah mengesyaki sesuatu tidak kena dengan kenderaan itu. 

Nur Maizatul Syazana Ahmad Sharuddin, 23, berkata sebelum bas terjunam ke dalam gaung pemandunya sempat memberhentikan bas dan turun selama tiga minit untuk melihat enjin bas sebelum naik semula dan menghidupkan enjin. 

Petisyen Dun Bukit Baru ditangguh 5 Sept


15 Syawal 1434 H. [MOD] -
MELAKA: Hakim Mahkamah Pilihanraya hari ini menangguhkan keputusan bantahan PAS terhadap petisyen BN bagi Dun Bukit Baru kepada 5 September depan.


Setelah mendengar hujahan kedua-dua pihak, hakim tersebut membuat keputusan tersebut sebentar tadi. 

Kelantan agresif penerangan ke pedalaman

15 Syawal 1434 H. [MOD] -
KOTA BHARU: Mengambil kira kawasan pedalaman di Kelantan kurang mendapat info mengenai kerajaan negeri, Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri (UPKN) merancang memperkasakan lagi peranannya.

Antaranya memberi tumpuan melalui program penerangan, aktiviti pemimpin bersama rakyat dan ramah mesra secara lebih agresif di kawasan terbabit. 

Selain itu UPKN juga merancang mewujudkan Unit Hubungan Serantau dan membuka pejabat cawangan di luar Kelantan. 

Pengarahnya, Wan Yusoff Wan Mustapha (gambar) berkata, Unit Hubungan Serantau diwujudkan bagi membolehkan anak-anak Kelantan yang tinggal di merata tempat mendapat info lebih tepat mengenai kerajaan negeri.

Khutbah Jumaat : “TIPU DAYA YAHUDI DAN NASRANI”

15 Syawal 1434 H. [MOD] -

)
 “TIPU DAYA YAHUDI DAN NASRANI” 
اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ :
لا يُحِبُّ اللَّهُ الْجَهْرَ بِالسُّوءِ مِنَ الْقَوْلِ إِلاَّ مَنْ ظُلِمَ وَكَانَ اللَّهُ سَمِيعًا عَلِيمًا (النساء: 148)
Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang diucapkan secara terang-terangan (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dizalimi. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui.لَا يُحِبُّ اللَّهُ الْجَهْرَ بِالسُّوءِ مِنَ الْقَوْلِ إِلَّا مَنْ ظُلِمَ }
“Allah tidak menyukai ucapan buruk, (yang diucapkan) dengan terang kecuali oleh orang yang dizalimi."(Al-Nisa': 148

اَشْهَدُ اَنْ لاَ الــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.
عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah Sekalian,

Gempa bumi berskala 6.0 landa Mexico

15 Syawal 1434 H. [MOD] -

MEXICO CITY 22 Ogos - Satu gempa bumi dengan kekuatan 6.0 pada skala Richter melanda bandar ini menyebabkan penduduk terpaksa berpindah dari bangunan dan hotel di pusat peranginan Acupulco, semalam.

Genting Highlands tetap dikunjungi biarpun nahas maut

15 Syawal 1434 H. [MOD] -

ANGGOTA bomba dan penyelamat turun ke gaung di sini hari ini bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung bas yang terjunam 60 meter ke gaung tersebut di KM3.5 Jalan Genting Highlands semalam. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Nahas ngeri yang mengorbankan 37 orang di KM3.5 Jalan Genting Highlands semalam tidak menghalang pelancong tempatan dan asing untuk terus berkunjung ke pusat hiburan terkemuka itu.

Senarai nama mangsa cedera nahas di Genting

15 Syawal 1434 H. [MOD] -

  • Berikut ialah senarai mangsa yang cedera dalam kemalangan bas di Genting Highlands semalam dan hospital tempat mereka menerima rawatan.

Dataran Nahdhah jadi padang jarak padang terkukur

15 Syawal 1434 H.
Harakahdaily.

MESIR: Beginilah keadaan Dataran Nahdhah yng terletak di daerah Giza ditengah-tengah Kota Kaherah. Ia kini bagaikan ‘padang jarak padan tekukur’. Tiada lagi ribuan penyokong presiden Morsi yang berkhemah secara aman di kawasan yang terletak berhadapan Universiti Kaherah ini. 

Mesir: Media asing berdepan ancaman serangan

15 Syawal 1434 H. [MOD]
(Antara jurufoto media asing yang membuat liputan pembantaian di Medan Raba'ah pada 14 Ogos lalu)

MESIR: Kerajaan sementara Mesir yang kini sedang berusaha menutup kekejaman mereka terhadap rakyatnya, bertindak mengancam media asing yang didakwa mereka sebagai berat sebelah dalam membuat laporan khususnya berhubung beberapa siri serangan dan pembunuhan yang berlaku.

Polis tahan tiga anggota kongsi gelap dipercayai ada kaitan dengan kes di PP

15 Syawal 1434 H. [MOD] -

BATU GAJAH: Polis Perak tahan tiga anggota kongsi gelap yang dipercayai ada kaitan dengan lima lelaki yang ditembak mati di Pulau Pinang, beberapa hari lalu.

Nahas bas di Genting: Kerja menaikkan bangkai bas dijangka hari ini

15 Syawal 1434 H. [MOD] -


BENTONG: Operasi mencari dan menyelamat diteruskan pagi ini bagi mengesan sekiranya ada lagi mangsa terperangkap dalam nahas bas yang terhumban dalam gaung di kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur.

Nahas bas di Genting: 24 mayat sudah dibedah siasat

15 Syawal 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Sehingga jam 8.30 pagi tadi sebanyak 24 mayat nahas bas yang terbabas dan terhumban ke dalam gaung di kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur petang semalam sudah dibedah siasat.

Bas hilang kawalan 100 meter sebelum terjunam: Ketua Polis Pahang

15 Syawal 1434 H. [MOD] -

KUANTAN: Bas yang terjunam ke dalam gaung di Km 3.5 Jalan Genting Highlands, hilang kawalan sejauh 100 meter sebelum melanggar tebing dan jatuh ke dalam gaung itu, kata Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani.

Hosni Mubarak dikenakan perintah tahanan di rumah

15 Syawal 1434 H. [MOD] -

KAHERAH: Kerajaan Mesir mengarahkan bekas Presiden, Hosni Mubarak dikenakan perintah tahanan di rumah selepas dibebaskan dari penjara di mana beliau menghabiskan hukuman dua tahunnya.

37 maut, 16 cedera.

15 Syawal 1434 H. [MOD] -

PASUKAN Bomba dan Penyelamat bersama Jabatan Pertahanan Awam mengangkat mayat mangsa kemalangan bas jatuh gaung di Genting Highland, semalam. - Foto Mokhsin Abidin


  • Bas terhumban dalam gaung di Jalan Genting Highlands
  • Mangsa terperosok, bertindih di bahagian depan bas


  • Nahas terburuk babitkan bas dalam sejarah negara