17 September 2011

Ada pihak cuba sabotaj sambutan Hari Malaysia

19 Syawal 1432H. [MOD] -


   
Machang 17 Sep: Konsep 1Malaysia yang dilaungkan Perdana Menteri kini dianggap semakin malap apabila diskriminasi agensi-agensi kerajaan pusat terhadap negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat semakin menjadi-jadi.
Terbaru terbukti semalam apabila sebanyak 20 kontinjen yang mewakili sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran difahamkan diarah menarik diri di saat-saat akhir bagi menyertai perbarisan sempena Hari Malaysia.
Sebelum ini akhbar Harakah mendedahkan Pengarah Pelajaran Kelantan, Hussin Awang dilaporkan secara terang-terangan meminta guru-guru dan keluarga mengundi BN pada pilihan raya umum akan datang.
Permintaan dibuat ketika beliau berucap pada majlis makan colek di Gua Musang dan beberapa tempat lain pada Ramadan lalu.
Anggota Exco kerajaan negeri, Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, perbarisan sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia sepatutnya turut disertai kontijen dari sekolah di bawah Jabatan Pelajaran.
Katanya, biar pun difahamkan 20 kontinjen dari sekolah terbabit menarik diri di saat-saat akhir, namun kemeriahan sambutan ulangtahun merdeka tetap terasa apabila 75 kontinjen lain mengambil bahagian.
”Sebelum ini beberapa program kerajaan negeri yang melibatkan portfolio penerangan disabotaj pihak tertentu dengan menyekat pelajar sekolah kementerian daripada turut serta.
“Perbuatan tersebut seolah-olah menggambarkan hari kemerdekaan hanya milik Umno, sedangkan majlis sambutan diadakan serentak di seluruh negara.
“Kami kesal terhadap tindakan tidak profesional tersebut kerana ia tidak mencerminkan semangat 1Malaysia seperti dilaungkan Perdana Menteri,” katanya di sini semalam.
Dr Fadzli yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi berkata, sebagai rakyat yang cintakan tanah air, sepatutnya tidak ada pihak cuba menggagalkan program sambutan Hari Merdeka di Kelantan.
Oleh itu beliau berharap semua pihak perlu memerdekakan diri daripada kongkongan kefahaman politik sempit kerana ia tidak memberi faedah kepada masyarakat.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob turut melahirkan rasa kesal terhadap tindakan pihak yang cuba menggagalkan sambutan ulangtahun kemerdekaan di sini.
”Mereka seperti tidak ada semangat kemerdekaan. Sedangkan sambutan ini dibuat dengan kerjasama erat kerajaan negeri dan pusat,” katanya.

Bakar diri..


19 Syawal 1432H. [MOD] -Gambar kombinasi seorang lelaki, 55, membakar dirinya di luar premis sebuah bank di Thessaloniki Greek semalam selepas bank menolak rundingan untuk menyusun semula bayaran balik pinjaman. — Foto Reuters

Najib tepis mansuh ISA hasil perjuangan Pakatan

19 Syawal 1432H. [MOD] -

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menepis dakwaan bahawa langkah kerajaan memansuhkan akta ISA adalah "hasil perjuangan" Pakatan Rakyat

Sebaliknya langkah berkenaan merupakan keputusan yang dibuat oleh BN "kerana kita dengar isi hati rakyat yang mahu perubahan."

"Jadi jangan ada orang hendak 'claim credit' kononnya pengumuman itu adalah hasil perjuangan mereka."

Beliau berkata demikian sebagai mengulas reaksi segera yang ditimbulkan pemimpin Pakatan sebaik beliau membuat pengumuman tersebut pada malam Khamis lalu.

Pemimpin Pakatan antara lainnya mendakwa, langkah memansuhkan ISA merupakan salah satu usaha yang digariskan dalam manifesto Buku Jingganya.

Malah, kata Najib, pemansuhan akta itu juga dijalankan untuk memenuhi janji beliau semasa mengambil alih sebagai perdana menteri.

Tambahnya, tindakan itu akan meletakkan Malaysia atas landasan lebih progresif dan terbuka dalam memelihara ketenteraman awam.

"Perubahan yang saya umum itu kerana kita dengar suara dan isi hati rakyat," katanya dalam program Sirih Pulang ke Gagang di kampus Universiti Teknologi Mara, Shah Alam hari ini.

Dalam program yang rata-ratanya dihadiri kira-kira 1,000 orang daripada masyarakat India itu, Najib turut menerima 7,000 permohonan daripada kumpulan yang didakwa bekas penyokong Pakatan Rakyat.

Malaysiakini/-

PM terima 7,000 borang keahlian untuk sertai BN ?

19 Syawal 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM: Bernama melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menerima 7,000 borang keahlian untuk menyertai Barisan Nasional daripada bekas penyokong pakatan pembangkang di Selangor pada satu majlis di Shah Alam, sebentar tadi.

Difahamkan Najib berada disini merasmikan Konvensyen BN Selangor di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Dakwaan penyerahan 7000 borang dari penyokong Pakatan Rakyat itu menyusul beberapa hari selepas Najib membuat pengumuman pada malam Jumaat lepas sempena perutusan sambutan Hari Malaysia.

Kerana itu terserahlah kepada pembaca sekalian untuk menilai sendiri tentang kebenaran berita tersebut.

Pulau Honshu dilanda beberapa siri gempa kuat

19 Syawal 1432H. [MOD] -

TOKYO: Gempa kuat berukuran 6.6 magnitud di bawah laut disusuli beberapa gempa susulan menggegarkan Pulau Honshu, awal hari ini, kawasan sama tidak jauh dari gempa yang membawa tsunami, Mac lalu.

Setakat ini, tiada laporan mengenai kerosakan dan mereka yang cedera. Pihak berkuasa juga tidak mengeluarkan amaran tsunami selepas empat lagi gempa susulan melanda yang bermagnitud 6.2.

Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa pertama berlaku di 36.2 kilometer di dasar laut melanda kawasan di 108 kilometer di timur laut bandar pinggir pantai Hachinohe, iaitu 574 kilometer dari Tokyo, pada 4.26 pagi waktu tempatan.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik pula berkata, setakat ini tiada ancaman tsunami berikutan beberapa sisi gempa berkenaan.

Sementara itu, Agensi Meteorologi Jepun berkata, kemungkinan berlaku perubahan terhadap aras laut berikutan kejadian gempa pertama itu tetapi mengesahkan setakat ini tiada laporan mengenai kerosakan dan kecederaan. - AFP

3 maut, 56 parah pesawat terhempas ketika pertunjukan


PAPARAN dari klip video menunjukkan orang ramai membantu mangsa nahas pesawat pejuang era Perang Dunia Kedua yang merempuh pentas utama ketika berlangsungnya satu pertunjukan udara terkenal, di Navada, Amerika Syarikat, pagi ini. Nahas ngeri itu setakat ini mengorbankan sekurang-kurangnya tiga penonton, manakala lebih 50 lagi parah. (berita lanjut) - Foto Reuters

19 Syawal 1432H. [MOD] -

RENO (Nevada): Sebuah pesawat pejuang lama era Perang Dunia Kedua merempuh pentas utama ketika berlangsungnya satu pertunjukan udara terkenal di sini, mengorbankan sekurang-kurangnya tiga penonton, manakala lebih 50 lagi parah.

Nahas yang disifatkan amat ngeri itu berlaku ketika pesawat yang dipandu juruterbang berusia 74 tahun itu tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh pentas utama dengan pesawat bersepai.

Mayat bergelimpangan di kawasan nahas dengan orang ramai memberi bantuan kepada mangsa yang masih bernyawa.

Seorang penonton setia selama 16 tahun menyaksikan pertunjukkan udara itu, Maureen Higgins dari Alabama, berkata ketika kejadian juruterbang terbabit dalam pusingan ketiga pertunjukkan sebelum hilang kawalan.

Beliau duduk kira-kira 30 meters dari tempat nahas dan melihat kejadian ngeri itu termasuk seorang penonton terkena serpihan pesawat dengan darah menyembur dari kepalanya.

“Saya lihat beberapa bahagian badan bersepai sehingga anda tidak percaya apa yang berlaku. Saya kutip tangan dan kaki salah seorang mangsa," katanya.

Antara yang terbunuh ialah juruterbang Jimmy Leeward, 74, dari Florida, yang juga pemilik pesawat P-51 Mustang fighter atau digelar sebagai “Galloping Ghost”. - AP

Jika Najib ikhlas, bebas atau dakwa tahanan ISA

19 Syawal 1432H. [MOD] -



KUALA LUMPUR, 17 Sept: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini digesa membebaskan semua tahanan ISA yang sedang ditahan di Penjara Kamunting sebagai langkah keikhlasan pertama ekoran pengumuman beliau untuk menghapusan akta tersebut.

“Jika tidak dapat dibebaskan dengan serta-merta pun, PAS menggesa agar tahanan tanpa bicara ini dapat dihadapkan ke mahkamah serta-merta supaya mereka dapat membela diri sekiranya kerajaan mendakwa mempunyai bukti kukuh bahawa mereka adalah golongan pengganas,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan beliau sebagai mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menyatakan mereka yang kini ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan kekal dalam jagaan sehingga dua akta baru diluluskan.

Beliau turut menambah, tahanan yang sedia ada buat masa ini telah ditahan kerana disyaki mempunyai talian dengan rangkaian pengganas.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri berkata dua akta baru hanya akan dibentangkan di parlimen pada tahun depan.

“Amat dikesali kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang sekali lagi mengikut langkah melawan arus seperti dalam hal menangani perhimpunan Bersih 2.0 dengan mengumumkan bahawa tahanan ISA kini akan kekal ditahan sehingga dua akta baru menggantikan ISA disiapkan.

Dua akta itu pula hanya akan dibentangkan tahun depan mengikut kenyataan Datuk Seri Nazri Aziz dan semua ini menambahkan perit kepada ahli keluarga tahanan ISA yang menaruh harapan tinggi sejak pengumuman Najib semalam,” bidas Tuan Ibrahim.

Tuan Ibrahim berkata seharusnya Menteri Dalam Negeri bertindak lebih bijak dalam hal ini dengan membebaskan semua tahanan ISA secepat mungkin sebagai langkah keikhlasan dan demi membantu Najib mendapatkan kembali keyakinan dan kepercayaan rakyat.

“…bahawa pengumuman melakukan reformasi untuk kebaikan negara bukanlah hangat-hangat tahi ayam seperti apa yang melanda siri reformasi ekonomi yang diwar-warkan beliau,” tambah beliau.

PAS, katanya yakin terdapat puluhan lagi yang ditahan dalam kem Kamunting sekarang dengan pelbagai tuduhan yang mungkin hanya berpunca daripada sangka buruk, dendam dan politik seperti yang berlaku pada 6 ahli PSM yang ditahan di bawah Ordinan Darurat baru-baru ini.

“Najib mesti memilih antara dua pilihan ini - sama ada mereka mesti dibebaskan atau dibicarakan,” tegas Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Di samping itu, PAS juga menuntut kerajaan memohon maaf kepada tahanan ISA yang ditahan tanpa bicara, ekoran Najib mengakui terdapat kepincangan dalam akta draconian tersebut sekiranya beliau betul-betul ikhlas dalam reformasi ini.

Beliau menasihatkan Najib supaya tidak cepat menolak tanggungjawab untuk memohon maaf kepada bapa-bapa negara yang lalu kerana mereka yang menggubal akta yang zalim ini.

Sebaliknya, kata beliau, Najib patut mewakili bapa-bapa negara yang lalu untuk memohon maaf kepada semua tahanan ISA kerana mereka adalah daripada rumpun yang sama iaitu Barisan Nasional.

“Sebagai tanda keikhlasan juga, kerajaan tidak boleh berlepas tangan begitu sahaja kerana mangsa kekejaman ISA terus tertekan samada dari sudut mental, fizikal maupun spiritual. Nama mereka mesti dibersihkan akibat akta zalim ini,” cadang beliau.

PM mansuh ISA di saat terdesak

19 Syawal 1432H. [MOD] -


MACHANG, 16 Sept: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai langkah di saat-saat terdesak.
“ISA sepatutnya dihapus sejak lama dulu dan bukan di saat-saat terdesak seperti sekarang. Zaman komunis sudah lama berlalu, lagi pun tidak ada lagi fahaman komunis kecuali sekular di Malaysia.
“Sejak dahulu ISA telah membuat jenayah kepada alim ulama di Kelantan. Sebab itulah saya menyertai PAS kerana melihat pengkhianatan Umno terhadap alim ulama.
“Ulama PAS dikenakan ISA sedangkan kita ada mahkamah, hakim dan peguam,” katanya ketika ditemui pada sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 dan Hari Malaysia di padang Majlis Daerah Machang di sini, hari ini.
Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Kelantan dan Hari Malaysia diserikan pelbagai persembahan antaranya kebudayaan melibatkan Melayu, India dan Cina.
Selain itu pertunjukan mempertahankan diri dan tempur tanpa senjata oleh Rejimen Askar Melayu Diraja yang memukau hadirin.
Perdana Menteri malam tadi mengumumkan keputusan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Akta Buang Negeri 1959 dalam ucapan perutusan khasnya sempena Hari Malaysia.
"Sepertimana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa mula-mula mengambil alih jawatan perdana menteri pada 3 April 2009, ISA akan dikaji secara komprehensif.
"Suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus," kata Najib.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, apa tujuan diwujudkan sistem kehakiman kalau rakyat disekat membela diri daripada tuduhan tertentu.
“Alim ulamak adalah golongan yang mengajar supaya manusia taat kepada Allah dan meninggalkan perbuatan-perbuatan keji dilarang Islam,” tambah beliau.
Menurutnya juga Nabi Muhammad saw memerdekakan manusia daripada syaitan kepada mentaati Allah SWT seperti sering disebut dalam permulaan solat setiap hari.
Katanya, Nabi Muhammad saw ialah penganjur kemerdekaan yang sebenar di dunia, berjuang memerdekakan umat Islam daripada gangguan nafsu syaitan.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob ketika berucap sebelum itu berkata, kedatangan Islam ke alam dunia membawa mesej dan sifat kemerdekaan bagi menyeru manusia membebaskan diri daripada belenggu jahiliah serta syirik.
“Konsep kemerdekaan komprehensif dilaksanakan di Kelantan melalui dasar ‘Membangun Bersama Islam’ iaitu mengemudi manusia ke arah pengabdian diri kepada Allah SWT,” katanya.
Beliau juga Pengerusi Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Kekantan dan Sambutan Hari Malaysia.
Sambutan kali ini disertai 75 kontinjen jabatan-jabatan negeri dan persekutuan, badan-badan beruniform dan sekolah.
Sementara itu kontinjen terbaik dimenangi Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar raya Islam (MPKB-BRI), naib johan UITM Machang, manakala tempat ketiga Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Nasuruddin Daud, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Dr Zainuddin Ibrahim anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan ketua-ketua jabatan.

Kaki kuda seperti kasut Aladin

19 Syawal 1432H. [MOD] -




KEEMPAT-EMPAT kaki kuda yang bernama Jerry mempunyai kuku seperti kasut Aladdin.


TAUNTON, Britain - Seekor kuda bernama Jerry diabaikan menjadi obes sehingga berat haiwan itu bertambah 127 kilogram (kg) dan mempunyai kuku kaki berbentuk kasut Aladdin, lapor sebuah akhbar semalam.
Aladdin ialah seorang pemuda Muslim yang mencari teko ajaib seperti diceritakan dalam kisah Seribu Satu Malam.
Namun nasib haiwan berkuku seperti kasut Aladdin itu bertukar apabila ia diselamatkan dari sebuah ladang di Somerset semasa ia hidup bersama sejumlah lembu.
Setelah dua tahun kuku kakinya tidak dipotong sehingga membuatkan haiwan itu kesakitan setiap kali berjalan, ia kini dirawat di sebuah pusat penjagaan haiwan.
"Kukunya sepanjang 30.5 sentimeter (sm) menyebabkan ia menjadi seperti kasut Aladdin," kata seorang penjaga di pusat pemulihan kuda HorseWorld, Joanne Vaughn.
Kuku itu sepatutnya dipotong setiap enam hingga lapan minggu bagi mengelak ia menjadi panjang.
Haiwan tersebut ditemui bersama seekor lagi kuda, Jojo, dalam keadaan menyedihkan oleh beberapa pegawai kebajikan haiwan.
Selama enam bulan menjalani pemulihan, Jerry kehilangan berat badan sehingga 114kg dalam tempoh enam bulan menyebabkan beratnya kini menurun kepada 438.17kg.
Selama tempoh itu juga, Jerry dan Jojo terpaksa mengambil ubat penahan sakit dan memakai alas kaki khas bagi membantu proses pemulihan mereka. - Agensi.

PM mansuh ISA di saat terdesak – TG Nik Aziz

19 Syawal 1432H. [MOD] -



MACHANG, 16 Sept: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri sebagai langkah di saat-saat terdesak.
“ISA sepatutnya dihapus sejak lama dulu dan bukan di saat-saat terdesak seperti sekarang. Zaman komunis sudah lama berlalu, lagi pun tidak ada lagi fahaman komunis kecuali sekular di Malaysia.
“Sejak dahulu ISA telah membuat jenayah kepada alim ulama di Kelantan. Sebab itulah saya menyertai PAS kerana melihat pengkhianatan Umno terhadap alim ulama.
“Ulama PAS dikenakan ISA sedangkan kita ada mahkamah, hakim dan peguam,” katanya ketika ditemui pada sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 dan Hari Malaysia di padang Majlis Daerah Machang di sini, hari ini.
Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Kelantan dan Hari Malaysia diserikan pelbagai persembahan antaranya kebudayaan melibatkan Melayu, India dan Cina.
Selain itu pertunjukan mempertahankan diri dan tempur tanpa senjata oleh Rejimen Askar Melayu Diraja yang memukau hadirin.
Perdana Menteri malam tadi mengumumkan keputusan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Akta Buang Negeri 1959 dalam ucapan perutusan khasnya sempena Hari Malaysia.
"Sepertimana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa mula-mula mengambil alih jawatan perdana menteri pada 3 April 2009, ISA akan dikaji secara komprehensif.
"Suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus," kata Najib.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, apa tujuan diwujudkan sistem kehakiman kalau rakyat disekat membela diri daripada tuduhan tertentu.
“Alim ulamak adalah golongan yang mengajar supaya manusia taat kepada Allah dan meninggalkan perbuatan-perbuatan keji dilarang Islam,” tambah beliau.
Menurutnya juga Nabi Muhammad saw memerdekakan manusia daripada syaitan kepada mentaati Allah SWT seperti sering disebut dalam permulaan solat setiap hari.
Katanya, Nabi Muhammad saw ialah penganjur kemerdekaan yang sebenar di dunia, berjuang memerdekakan umat Islam daripada gangguan nafsu syaitan.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob ketika berucap sebelum itu berkata, kedatangan Islam ke alam dunia membawa mesej dan sifat kemerdekaan bagi menyeru manusia membebaskan diri daripada belenggu jahiliah serta syirik.
“Konsep kemerdekaan komprehensif dilaksanakan di Kelantan melalui dasar ‘Membangun Bersama Islam’ iaitu mengemudi manusia ke arah pengabdian diri kepada Allah SWT,” katanya.
Beliau juga Pengerusi Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Kekantan dan Sambutan Hari Malaysia.
Sambutan kali ini disertai 75 kontinjen jabatan-jabatan negeri dan persekutuan, badan-badan beruniform dan sekolah.
Sementara itu kontinjen terbaik dimenangi Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar raya Islam (MPKB-BRI), naib johan UITM Machang, manakala tempat ketiga Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Nasuruddin Daud, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Dr Zainuddin Ibrahim anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan ketua-ketua jabatan.

Gamis gesa kerajaan mansuh Auku

19 Syawal 1432H. [MOD] -



KUALA LUMPUR, 16 Sept: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) menggesa kerajaan meneliti semula Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971 yang saban tahun diperjuangkan oleh mahasiswa untuk memansuhkannya.
“Saya minta untuk kerajaan juga turut mengkaji dan memansuhkan akta Auku ini,” kata Ketua Penerangan Gamis, Mohd Yusof Hadhari dalam satu kenyataan.
Katanya, Auku menjadi halangan kepada mahasiswa dan ahli akademik dalam menyuarakan pandangan secara bebas bertepatan dengan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.
Ia, ujarnya menggariskan bahawa hak kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan adalah hak kepada mana-mana individu yang sah sebagai warganegara Malaysia.
Menurutnya, pembatasan hak-hak asasi warga institusi pengajian tinggi (IPT) dalam Auku juga bersalahan dengan piawaian Hak Asasi Manusia PBB.
“Perkara ini merupakan suatu keaiban kepada Malaysia yang mendokong prinsip demokrasi.
“Sewajarnya sebagai negara demokrasi berperlembagaan, mahasiswa dan ahli akademik perlu turut sama diberi ruang untuk berkongsi rasa dan pandangan secara murni bersama-sama kerajaan dan pihak pentadbiran universiti bagi membentuk masyarakat dan negara yang adil serta sejahtera,” katanya.
Dalam pada itu, katanya Gamis menyambut baik pengumuman kerajaan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekaligus kerajaan mengesahkan bahawa berlaku kezaliman terhadap mangsa akta tersebut sejak ia ditubuhkan pada 1960.
Dalam perutusan khas Hari Malaysia sempena sambutan Hari Malaysia 2011 malam tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga memaklumkan bahawa dua undang-undang baru akan digubal di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.
 Selain itu, kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959, di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.
 Di samping itu, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dikaji semula dengan pembaharuan tahunan dihapuskan dan digantikan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.
Najib berkata, selain itu kajian semula komprehensif turut melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan seksyen 27 Akta Polis 1967, mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.
“Bagi saya, ini merupakan pembaharuan yang baik di lakukan oleh kerajaan dan transformasi seperti ini yang rakyat harapkan kerana tindakan pencegahan itu seharusnya tidak mengorbankan kebebasan hak asasi manusia atau disalahgunakan untuk tujuan politik.
“Mungkin ini juga di sebabkan oleh tempias gelombang himpunan Bersih 2.0 yang lalu. Dan pengumuman ini juga titik tolak penentuan tarikh PRU yang ke-13,” kata Mohd Yusof.

PKR minta siasat pengakuan PM Bangladesh

19 Syawal 1432H. [MOD] -


KUALA LUMPUR, 16 Sept: Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh mendesak siasatan dibuat terhadap pengakuan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wajed mengenai rakyatnya di Malaysia, mudah memperoleh status penduduk tetap (PR) dan layak mengundi, lapor Keadilan Daily.
“Kita desak tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kenyataan Perdana Menteri Bangladesh berkenaan perkara ini.
“Jika perkara ini berlaku, Najib perlu bertanggungjawab dan berani tampil memberikan penjelasan,” katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.
Beliau yang juga ahli Parlimen Kuantan berkata demikian apabila diminta mengulas pengakuan Sheikh Hasina yang dipetik dari www.ngoab.gov.bd - laman rasmi Hal Ehwal badan bukan kerajaan (NGO) Jabatan Perdana Menteri negara itu.
Mengikut laman itu, Sheikh Hasina berkata pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah.
Beliau juga mengesahkan sebilangan pekerja Bangladesh dalam beberapa sektor di Malaysia, diberi taraf kewarganegaraan sejak tahun lalu.
Katanya, mereka juga diberi hak sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Keratan laman web rasmi Pejabat PM Bangladesh (bawah).

Mat Indera: Cetusan idea Mat Sabu satu inovasi

19 Syawal 1432H. [MOD] -



Mat Indera. Cetusan Idea Haji Mohamad Sabu Presiden Pas, satu Inovasi!, itulah pada pandangan saya. Ketika ini riuh rendah Kisah Mat Sabu dan Mat Indera diperkatakan. Ini mendatangkan keterujaan saya untuk mengetahuinya. Haji Mohamad Sabu saya tahu dia seorang Timbalan Presiden Pas masa kini yang mencetuskan kisah ini, tetapi siapa Mat Indera.
Cetusan idea Haji Mat Sabu membangkitkan reaksi daripada pelbagai pihak hingga kepada professor-professor. Mat Indera diceritakan menjadi orang penting dalam peristiwa Bukit Kepong pada tahun 1950. Saya mencari dari segenap sumber untuk mengetahui siapa Mat Indera. Macam-macam  versi saya temui. Tetapi apa yang menarik, saya temui ialah fakta tentang pengkisahan ini. Fakta pada tanggapan sendiri bukan fakta umum, nanti Prof. Ramlah Adam murka kerana fakta sejarah hanya sejarahwan yang berhak menyatakannya. Mana mungkin rakyat bawahan yang berpendidikan rendah memandai-mandai tentang fakta sejarah.
Saya tidak ingin mengulas atau mentafsir tentang kisah ini tetapi saya ingin mengaitkan kisah ini dengan situasi sekarang, kerana ia tidak memerlukan pengkajian yang mendalam. Saya bukanlah orang berpendidikan tinggi yang membolehkan mengkaji sejarah secara mendalam. Apa yang berlaku sekarang adalah lebih sesuai kerana tidak memerlukan fakta sejarah iaitu ada mata tengok, ada telinga dengar, ada otak fikir, ada mulut bercakap, ada hati nukilkan yang tersirat menjadi tersurat.  
Izinkan saya menyatakan fakta yang diperolehi dan menghubungkan dengan situasi sekarang. Fakta itu ialah Mat Indera mengetuai parti buruh dan kenapa parti buruh diminati.
Saya memperolehi fakta Mat Indera mengetuai parti buruh daripada ahkbar Sinar Harian 7 September 2011 muka surat 6 iaitu kenyataan daripada Baharom adik kepada Mat Indera, “Baharom memberitahu, ketika Mat Indera mengetuai Parti Buruh di Pelabuhan Muar, abangnya seorang yang disenangi pekerja buruh yang lain”. Fakta kenapa parti buruh diminati. Saya perolehi dari akhbar Mingguan Malaysia m2  Ahad 11 September 2011 muka surat 2, “Penyebaran ini mendapat tempat di kalangan kesatuan sekerja berikutan tindakan majikan yang tidak mesra pekerja”. Fakta inilah yang akan dihubungkan dengan situasi sekarang ini.
Penjawat awam Malaysia adalah buruh dan majikannya adalah kerajaan Malaysia. Buruh yang dimaksudkan ini bukan pegawai atasan kerana mereka adalah pembuat dasar bagi pihak kerajaan. Kumpulan sokongan adalah buruh kerana mereka sebagai perlaksana arahan. Kerajaan Malaysia sebenarnya tidak adil kepada kakitangan perkhidmatan lama. Kakitangan lama yang sampai tempoh bersara rata-rata berkhidmat lebih tiga puluh tahun. Ini adalah kerana kakitangan sokongan dalam perkhidmatan lama ada yang telah dinafikan untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi walaupun mempunyai ijazah dan bersara ditahap kumpulan sokongan. Ini amatlah tidak adil jika seseorang berada di tempat tersebut.
Diberikan contoh di sini. Seorang rakan yang mempunyai kelulusan ijazah tetapi pihak kerajaan Malaysia tidak pernah memberi peluang menjawat jawatan dengan kelulusan ijazah walaupun beliau berpengalaman lebih tiga puluh tahun sehinggalah bersara ditahap kumpulan sokongan dengan gred yang sama disandang sewaktu mula.
Beliau berusaha menuntut ilmu tanpa mendapat apa-apa kemudahan dari pihak kerajaan. Sejak dari ijazah asas membawa ke ijazah sarjana. Kemudian beliau diterima dan mendaftar pula untuk ijazah doktor falsafah. Memandangkan kesukaran yang akan ditempuhi apabila menjadi penuntut Phd beliau telah bersara sebelum tempoh umur persaraan yang ditandatangani iaitu 58.
Beliau bersara pada gred sokongan dengan pencen lebih kurang seribu dan graduiti lebih kurang tujuh puluh ribu untuk perkhidmatan selama 32 tahun. Wang graduitinya untuk membeli rumah kos rendah pun tak lepas. Kalau pun ada pemilik flat kos rendah seksyen 3 Petaling Jaya Lama yang ingin menjualnya harga tidak kurang 90 ribu. Dengan wang itulah dia berjimat untuk meneruskan hidup disamping membiayai pengajiannya.
Suka juga dinyatakan kakitangan yang mendapat segala kemudahan daripada kerajaan untuk melanjutkan pelajaran bukan semuanya dengan niat untuk menuntut ilmu melainkan mereka sekadar merebut peluang yang tersedia lebih-lebih lagi yang dapat pergi keluar negara disamping dapat lari seketika daripada tugasan kerja dan apabila kembali status akademik lebih tinggi. Mereka dari kumpulan ini sekiranya tidak mendapat segala keistimewaan tidak akan bersusah payah meneruskan pengajian.
Berbalik rakan yang disebutkan di atas, beliau dengan perbelanjaan sendiri bersusah payah dan di tempat kerja pula ditekan oleh pegawai yang lebih atas selalunya yang lebih muda. Di tempat kerja berhempas pulas menjalankan kerja, di masa tidak bekerja ketika itulah diisi dengan menunut ilmu. Malangnya dia bersara pada gred rendah yang disandangnya sejak mula bertugas 32 tahun lalu. Di mana keadilannya. Pencapaian apa yang kerajaan Malaysia utamakan. 
Saya ingin mengucapkan syabas kepada Tuan Haji Mohamad Sabu Timbalan Presiden Pas yang melahirkan inovasi dengan mencetuskan isu Mat Indera. Cetusan ideanya bukan sekadar kajian sejarah Malaysia tetapi menjangkau kelain cabang yang untuk difikirkan oleh selain orang sejarah tetapi juga terhadap keadilan kerajaan Malaysia sebagai majikan kepada buruhnya penjawat awam perkhidmatan lama.
Oleh yang demikian bukan semua rakyat Malaysia seperti Prof. Ramlah Adam, Prof. Zainal Kling dan lain-lain yang mesra kerajaan Malaysia. Mereka ini sudah tentu mesra kerajaan Malaysia dengan nama sentiasa dijulang dan kedudukan usah nak cakap. Tetapi buruh kerajaan yang disebutkan di atas adalah kategori yang tidak dapat menjadi mesra kerajaan Malaysia.         

Saya lihat kehadiran British sebagai penjajahan

19 Syawal 1432H. [MOD] -



KUALA LUMPUR, 16 Sept: “Ingin saya tegaskan bahawa saya melihat kehadiran British itu sebagai penjajahan (colonialism) juga dan telah membawa kesan dan natijah yang amat buruk terhadap bangsa Melayu dan golongan-golongan lain,” kata Prof Datuk Dr Zainal Kling.
Namun, jelasnya terdapat sedikit perebezaan antara penjajahan berbentuk 'colony' seperti berlaku di Negeri-Negeri Selat (Singapura, Melaka dan Pulau Pinang), Canada, Australia ataupun malahan India, dengan penjajahan berbentuk 'protectorate' di dalam FMS dan UFMS.
Katanya, ada beza antara konsep 'colony' dan 'protecorate'.
Menurutnya, pada realitinya di zaman British itu, ada beza antara pentadbiran Singapura dengan Kelantan atau Trengganu.
“Bezanya cukup banyak dan jelas dari segi kuasa, pentadbiran dan hubungan luar,” ujarnya dalam tulisan yang diemel kepada Harakahdaily, petang ini.
Tambahnya, walaupun antara 'colony' dan 'protectorate' berbeza tetapi kesan dari pentadbiran 'protectorate' adalah juga penjajahan.
Oleh kerana itu, ujarnya para ahli undang-undang seperti Roland Braddell melihatnya sebagai 'breach of trust' (pecah amanah).
Katanya lagi, para ahli sejarah seperti R. Emerson, melihatnya sebagai 'idirect rule' (pemerintahan taklasung).
“Kedua-duanya penilaian itu adalah melihat kesan pentadbiran British sebagai 'penjajahan' (colonialism) juga,” jelasnya.
Berikut tulisan penuh beliau.
YBhg. Saudara Editor Harakah Daily,
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Doa agar saudara dan rakan-rakan di Harakah sentiasa dalam barakah dan sihat sentosa.
Sukacita saya merujuk kepada penerbitan Harakah, Edisi Jumaat, 18-20 Syawal 1432 bersamaan 16-18 September 2011 berkaitan pelbagai berita, ulasan dan pandangan pada halaman N1, N2, N4, N11, N13, N14, F3, F4, F11, F17, N21, N26, N29, yang terdapat di dalam penerbitan pada hari itu.
Saya amat berterikasih dan syukur jika Saudara dapat menyiarkan petikan dari apa yang dirakam dan diedarkan dalam 'Kenyataan Akhbar' dalam persidangan media Majlis Profesor Negara pada Hari Jumaat September 2011 itu. Tujuannya sekadar menjelaskan dan memaklumkan catatan sebenar agar perselisihan pandangan mungkin dapat dibetulkan. Saya akan mengutip edaran Kenyataan Akhbar yang dimaksudkan itu.
Berkaitan isu Tanah Melayu ukan Koloni tetapi Naungan, Kenyataan Akhbar itu ditulis, antara lain, seperti berikut:
"Negeri-negteri Melayu (B- FMS- atau tidak Bersekut - UFMS) tidak pernah menjadi colony atau tanah jajahan British .... Tanah Melayu tidak pernah terjajah (kecuali Pulau Pinang, Melaka dan Singapura) walaupun kesan pentadbiran itu merupakan satu bentuk 'penjajahan' (colonialism)...Penilaian pengkaji sejarah kolonialsme British terhadap perilaku 'penjajahan' British itu disifatkan sebagai 'Breach of trust' (R. Braddell) dan 'indirect rule' (R.Emerson)...Mereka melakukan penjajahan walaupun tidak sahih (illegitimate)."
Dua perkara yang ditegaskan di situ. Pertama, ada beza antara konsep 'colony' dan 'protecorate'. Pada realitinya di zaman British itu, ada beza antara penbtadbiran Singapura dengan Kelantan atau Trengganu. Bezanya cukup banyak dan jelas dari segi kuasa, pentadbiran dan hubungan luar. Kedua, walaupun antara 'colony' dan 'protectorate' berbeza tetapi kesan dari pentadbiran 'protectorate' adalah juga penjajahan. Oleh kerana itu, para ahli undang-undang seperti Roland Braddell melihatnya sebagai 'breach of trust' (pecah amanah). Para ahli sejarah seperti R. Emerson, melihatnya sebagai 'idirect rule' (pemerintahan taklasung). Kedua-duanya penilaian itu adalah melihat kesan pentadbiran British sebagai 'penjajahan' (colonialism) juga.
Dengan demikian, ingin saya tegaskan bahawa saya melihat kehadiran British itu sebagai penjajahan (colonialism) juga dan telah membawa kesan dan natijah yang amat buruk terhadap bangsa Melayu dan golongan-golongan lain. Namun terdapat sedikit perebezaan antara penjajahan berbentuk 'colony' seperti berlaku di Negeri-Negeri Selat (Singapura, Melaka dan Pulau Pinang) , Canada, Australia ataupun malahan India, dengan penjajahan berbentuk 'protectorate' di dalam FMS dan UFMS. Singapura mempunyai Sultan Husin Syah tetapi kerana pulau itu sebuah colony maka institusi raja itu terhapus begitu sahaja. Sebaliknya, Kelantan adalah sebuah 'protectorate' maka institusi raja, keistimewaan Melayu serta pelbagai peruntukan perundangan Perlembagaan Persekutuan dan Negeri-Negeri itu dapat kekal hingga menjadi bentuk kerajaan pada masa ini. Perbezaan 'tipis' (seperti kata Profesor Aziz Bari) ini harus menjadi pemahaman oleh semua, bukan hanya oleh pakar yang bijaksana, kerana ia mempunyai makna dan implikasi yang amat asasi serta bernatijah dalam kewujudan warganegara, negara dan negeri masa kini dan akan datang.
Diharap sedikit penjelasan ini dapat mengurangkan jurang pendapat yang telah muncul. Salam bahagia dan terima kasih. Wabillahi taufik wal hidayah.
Profesor Datuk Dr Zainal Kling.

Tahniah rakyat, teruskan perjuangan anda

19 Syawal 1432H. [MOD] -



1. Pemansuhan ISA disambut baik oleh semua pihak. Saya tidak pasti bagaimana sikap mereka yang lantang mempertahankan ISA sebelum daripada ini seperti  Perkasa Datuk Ibrahim Ali, justeru hampir tiada insan yang boleh bersetuju dengan kezaliman dan kekejaman ISA sebagai sebuah akta draconian.

2. Tentunya pihak yang paling bersyukur dan paling gembira ialah Warga GMI [Gerakan Mansuhkan ISA] yang selama ini menjadi wadah rakyat prihatin yang merindui keadilan dan menentang kezaliman terutama ahli keluarga mangsa kekejaman ISA.3. Entah berapa banyak air mata mereka tumpah merintih dan munajat kepada Tuhan Yang Maha Kuasa berdepan kezaliman  sang penguasa. Semoga janji pemansuhan ini segera dikotakan. Layaknya ia telah dimansuhkan sejak puluhan tahun yang lalu, setelah komunis tumpas dan menyerah diri lantaran semangat asal ISA diluluskan adalah untuk menangani pengganas komunis. Malangnya ISA digunakan untuk memenjara sosok dan minda pejuang dan ahli politik yang berbeza idealogi dengan pemerintah.4. Gerakan Mansuhkan ISA [GMI] sangat konsisten menggerakkan kebangkitan rakyat untuk menolak dan memansuhkan ISA dan saya sangat teruja melihat kegigihan mereka tanpa tara dan mempeduli risiko apalagi penat dan lelah. Mereka menongkah keangkuhan pemerintah bercagarkan masa depan mereka, bukan sahaja untuk membebaskan anggota keluarga mereka yang terpenjara tetapi jua untuk memastikan kem Kemunting ditutup kekal agar tiada lagi yang menjadi mangsa kekejaman "Kem Guantanamo Malaysia" itu.5. Kemenangan rakyat ini menjadi satu bukti bahawa rakyat mempunyai keupayaan bertindak yang berkesan dan mereka mesti bersatu mengembeling kekuatan agar mereka tidak hanya dijadikan kuda tunggangan atau kerbau yang dicucuk hidung sehingga mereka boleh diperlakukan apa sahaja oleh sang pemerintah.6. Rakyat tidak perlu cepat tersilau dan terkesima dengan satu atau dua perubahan yang dilakukan oleh kerajaan sementelah ia sememangnya menjadi tanggungjawab kerajaan yang memerintah, justeru masih banyak perkara dan perubahan yang perlu dilakukan oleh pemerintah demi kepentingan rakyat dan rakyat semestinya meneruskan kebangkitan mereka seperti:- Gerakan Menuntut Royalti Petroleum yang digerakkan oleh rakyat Kelantan dan Terengganu,- Gerakan Mansuh AUKU yang digerakkan oleh Mahasiswa,- BERSIH yang digerakkan oleh lebih 60 NGO yang menunutut keadilan dan ketelusan dalam sistem demokrasi negara dan termasuklah- perubahan pada iklim sosial negara agar tidak disuburkan elemen yang merosakkan moral dan meruntuhkan aqidah ummah.7. Rakyat mesti terus mengembeling keupayaan mereka, menyemarak samangat reformasi memulih setiap sendi dan saraf sistem pemerintahan negara agar perubahan yang dilakukan tidaklah hanya bersifat tempelan dan pancing undi tetapi perubahan menyeluruh yang membawa negara dan rakyat makmur, aman, harmoni dan sejahtera. Perubahan juga jangan hanya pada bentuk aktiviti, pendekatan dan agenda bertindak, tetapi juga perubahan mesti melibatkan sikap, akhlak dan cara berfikir.8. Terima kasih dan tahniah tetap diberikan kepada YAB Perdana Menteri di atas langkah mengejut yang diambil oleh beliau sebagai ketua kerajaan, lantaran itulah tanggungjawabnya sebagai pemimpin dan itulah jua yang menjadi desakan rakyat selama ini.9. Semoga Allah memberi kekuatan kepada rakyat untuk terus menggerakkan agenda perubahan menyeluruh demi masa depan negara dan seluruh warganya terutama usaha untuk menegakkan keadilan sebagaimana yang dituntut oleh Syariat Islam. Jua didoakan petunjuk buat semua, khasnya pemimpin dan pemegang amanah pemerintahan negara agar melakukan banyak lagi perubahan positif khususnya yang telah menjadi tuntutan rakyat.10. Kini rakyat sedang memerhati dengan tekun dan teliti, apakah YAB Perdana Menteri juga mempunyai keberanian untuk melakukan transformasi dalam sistem demokrasi dan pengendalian pilihanraya negara agar keadilan dan ketelusan dapat dilaksanakan dengan yakin dan hak pengundi dapat diberikan sepenuhnya tanpa sebarang manipulasi. Antara yang menjadi fokus rakyat ialah penghapusan undi pos,  dakwat kekal, akses media secara saksama, pemurnian daftar pemilih dan kaedah pengendalian hari mengundi.Nasrudin bin HassanKetua Dewan Pemuda PAS Malaysia11.45 am \ Jumaat16 September 2011.

Gorila mandi dalam tab mandi

19 Syawal 1432H. [MOD] -




SEEKOR anak gorila mandi dalam tab mandi dirakamkan di Zoo Twycross, Midlands pada 1967.


MIDLANDS, Britain - Seekor anak gorila, Joe gemar mandi di dalam tab mandi seperti kanak-kanak, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Joe dimandikan dalam sebuah bilik mandi di Zoo Twycross, Leicestershire.
Seterusnya, gorila itu bermain-main di sekitar tab mandi sebelum menuju ke arah tab lain dan cuba meminum air menerusi paip.
Rakaman tersebut dibuat pada tahun 1967 dan disimpan dalam arkib video British Pathe tetapi ia ditayangkan kepada umum baru-baru ini. - Agensi