10 Januari 2014

Panggung Wayang Kartun Pertama Di Vietnam Dibuka Kepada Orang Ramai

8 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
HANOI: Panggung wayang khas untuk tayangan kartun yang pertama di Vietnam mula dibuka kepada orang awam pada Khamis.


Panggung wayang Thanh Giong yang baru siap dibina itu dan dikendalikan oleh Vietnam Cartoon Ltd. Company, dilengkapi teknologi digital moden dengan kapasiti 150 tempat duduk.
Ia turut akan menawarkan tayangan percuma kepada orang awam pada Sabtu dan Ahad selama dua minggu sebelum penonton dikenakan bayaran tiket pada harga rendah.
Tayangan pada hari biasa akan diberikan kepada sekolah-sekolah dengan kontrak borong.
Pengerusi Lembaga Pengarah, Vietnam Cartoon Ltd. Company, Dang Vu Thao berkata, syarikat itu menghasilkan ratusan filem animasi beberapa tahun lalu tetapi hanya 50 dikeluarkan dalam bentuk DVD manakala selebihnya masih belum ditayangkan.
mStar

PM Tunisia Letak Jawatan

8 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
TUNIS: Perdana Menteri Tunisia, Ali Larayedh pada Jumaat meletakkan jawatan sebagai sebahagian daripada rancangan untuk menamatkan ketegangan politik yang berpanjangan sehingga menjejaskan keamanan di negara itu.


Peletakan jawatannya menyaksikan pengunduran ketua pemimpin dalam kerajaan demokrasi pertama negara itu selepas presiden, Zine El Abidine Ben Ali digulingkan tiga tahun lalu menerusi 'Arab Spring'.

Carlsberg halal: Respons Jakim

8 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam menafikan memberi perakuan dan sijil logo halal kepada produk atau syarikat yang mengeluarkan minuman keras.

    
Pengarah Hab Halal jabatan itu Hakimah Mohd Yusoff berkata Jakim telah membuat laporan polis di Balai Polis Putrajaya semalam berhubung perkara itu dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat.

Harga RON95 tidak naik

8 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan mengurangkan subsidi petrol RON95 malam tadii seperti yang tersebar di internet, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan. 

    
Ahmad menerusi akaun Twitternya malam tadii berkata :"Tiada penurunan subsidi 20 sen untuk RON95 malam ini sebagaimana berita yang tersebar".

Hong Leong nafi tidak benar pekerja Islam bersolat

8 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Hong Leong Bank Berhad semalam menafikan dakwaan ia tidak membenarkan sesetengah anggota Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) beragama Islam menunaikan solat di surau cawangannya di Kelantan dan Kuantan.

    
Dalam kenyataan akhbarnya, bank itu secara tegas berkata ia sentiasa menghormati semua amalan agama dan menyokong kebebasan beragama.
    
"Anggota NUBE berkenaan bukan staf cawangan tertentu itu dan oleh demikian mereka tidak boleh memasuki kawasan keselamatan di mana terletaknya surau dan bilik kebal utama.
    
"Ini adalah dasar keselamatan standard mana-mana institusi kewangan di mana tiada siapa, kecuali staf cawangan berkenaan, dibenarkan memasuki kawasan keselamatan," kata kenyataan itu.
    
Bank itu menegaskan bahawa semua pekerja beragama Islam dibenarkan menunaikan solat, tanpa sebarang prejudis atau gangguan.

 - Bernama

Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?

8 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
Kedudukan penyandang jawatan Perdana Menteri paling dipertikaikan ketika ini. Ketika rakyat bergelut dengan bermacam-macam masalah dan kesulitan, di samping isu demi isu yang muncul serta menjadi perdebatan ramai, seorang Perdana Menteri yang seharusnya memainkan peranan meredakan keadaan dan menunjuk jalan penyelesaian lebih banyak membisu dan menghilangkan diri daripada memainkan peranan yang sewajarnya.


Ketika rakyat bising dengan kenaikan harga barang dan melakukan demonstrasi bantahan mengenainya, Najib yang menjadi Perdana Menteri lebih selesa menghabiskan masanya bercuti bersama keluarga. Sehingga kini ke mana percutian hujung tahun Najib, sama ada ke Sydney, Los Angelas atau hujung dunia yang lain, masih lagi menjadi misteri.

Logo halal: Jangan terlalu taksub sebar maklumat

8 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: PAS mengingatkan rakyat negara negara ini perlu ada kebijaksanaan dalam konteks mereformasikan masyarakat khususnya melalui media sosial seperti twitter, facebook dan blog.


Timbalan Pengerusi Lajnah Teknologi Maklumat dan Komunikasi PAS Pusat Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin tidak menafikan peranan media sosial kini menjadi medium utama dalam menyampaikan maklumat dan berita.

Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?

8 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib bahawa kerajaan BN akan memastikan kadar kenaikan tol- yang belum dimuktamadkan itu- tidak akan membebankan rakyat, sekali lagi mengguris hati rakyat terbanyak.


Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat berkata, pemimpin BN seharusnya memahami bahasa rakyat bahawa 'setiap kenaikan adalah membebankan'.