08 Februari 2014

Rancangan Abdul Taib bersara bukan berita baharu bagi rakyat Sarawak

8 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

Walaupun spekulasi bahawa Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud (gambar) akan bersara bukan lagi merupakan berita mengejutkan bagi mereka, namun rakyat Sarawak menunggu dengan penuh debar hasil mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), esok.
Mesyuarat itu akan dihadiri semua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Anggota Parlimen daripada PBB di ibu pejabatnya di Jalan Bako di Kuching.

Dakwat kekal: Mejar Zaidi mengaku tidak bersalah

8 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Mejar Zaidi Ahmad hari ini mengaku tidak bersalah atas tujuh pertuduhan yang dikenakan ke atas beliau ekoran pendedahan mengenai dakwat kekal yang digunakan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu mengaku tidak bersalah atas semua tuduhan itu di hadapan Hakim Mahkamah Tentera di pangkalan TUDM, Sungai Besi, petang tadi.

Biarpun pihak peguambela mengemukakan bantahan awal terhadap tuduhan yang dikenakan, mahkamah menolak bantahan itu dan memutuskan untuk meneruskan perbicaraan tersebut.

Hakim kemudiannya menetapkan 8 hingga 10 April depan bagi sebutan semula kes tersebut.

Apabila usia melebihi 40 tahun

8 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -

Ramai tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini. Allah SWT berfirman, maksudnya:

“...apabila dia telah dewasa dan usianya sampai 40 tahun, ia berdoa, Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (Surah al-Ahqaf : ayat 15)