26 April 2010

Tok Janggut

11 Jamadil Awal 1431H.
Naim Qlate

Nama sebenar Tuk Janggut ialah Haji Mat Hassan bin Panglima Munas. Beliau mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Selepas Perjanjian Bangkok 1909, British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri Kelantan. Antara yang paling sensitif ialah mengenai pengenaan cukai kepala sebanyak RM1.00 seorang setahun, pokok buah-buahn sebanyak 3 sen setahun, kelapa 3 sen setandan dan sireh 5 sen sejunjung.

Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff iaitu seorang pegawai tadbir Pentadbiran British yang berasal daripada Singapura, menggantikan raja yang berkuasa di daerah itu. Pertelingkahan mengenai cukai dan pengurusan pengutipan cukai membuatkan Haji Mat Hassan (Tuk Janggut) enggan membayar cukai. Encik Latiff mengarahkan satu pasukan polis yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib untuk menangkap Tuk Janggut pada 29 April 1915. Dalam satu pergelutan yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah ditikam oleh Tuk Janggut lalu terbunuh, Tuk Janggut telah menghimpunkan orang-orangnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff pula telah melarikan diri melalui ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915. Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh.



Kebangkitan Tuk Janggut menyebabkan Sultan Kelantan yang memerintah pada masa itu berasa terancam dan serba salah. Atas Desakan Pegawai Penasihat British pada masa itu Sultan Kelantan terpaksa menganggap Tuk Janggut sebagai seorang penderhak. Pada hal Tuk Janggut bangkit menentang atau melawan pentadbiran British yang menggunakan undang-undang cukai baru di seluruh Kelantan, termasuk Pasir Putih. Dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tuk Janggut telah terkena tembak lalu meninggal dunia. Mayat Tuk Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang memakan masa satu hari. Mayat beliau digantung songsang (kaki di atas dan kepala di bawah)beberapa hari di Padang Bank (Padang Merdeka).Kemudian mayatnya itu telah ditembak oleh sepasukan pihak British sehingga putus dua badannya. Selepas itu mayatnya dibungkus dan dibawa dengan perahu ke Pasir Pekan untuk dikebumikan.


Zaid : Pilihanraya paling buruk dan penuh dengan penipuan.

11 Jamadil Awa;l 1431H.


HULU SELANGOR: Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim akur dengan kekalahannya pada pilihan raya kecil Parlimen P 094 Hulu Selangor hari ini.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, beliau akan berasa puas hati sekiranya rakyat merasakan mereka tidak tertipu dengan keputusan malam ini.

“Apa yang kita hadapi ialah satu sistem politik yang teruk dan pemimpin yang tidak hormat pada undang-undang,” katanya ketika berucap dihadapan 300 penyokong PKR di Stadium Kuala Kubu Baru di sini.

Beliau mendakwa pilihan raya kecil kali ini adalah yang paling buruk dan penuh dengan penipuan dalam sejarah pilihan raya kecil berlangsung.

“Saya harap penyokong-penyokong kita bersabar dan usah risau dengan keadaan ini kerana saya boleh menghadapi cabaran ini.

“Saya berjanji saya akan sama-sama dengan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan bekerja keras dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti,” katanya yang kelihatan tenang ketika menyampaikan ucapan.

Beliau berharap pengundi di Hulu Selangor akan dapat memahami dan menerima perjuangannya nanti.

Turut hadir pada majlis itu, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Penasihat Dap, Lim Kit Siang, Naib Presiden PKR, Azmin Ali, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh dan Pengarah Strategik PKR, Tian Chua.

Rata-rata penyokong yang hadir terdiri daripada golongan muda yang bersorak ‘Hidup-hidup, Hidup Rakyat, Hidup-hidup, Hidup Keadilan’.

Sementara itu Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan berkata, Pakatan Rakyat tidak seharusnya menyerah kalah dan mereka akan kembali berjuang pada pilihan raya kecil Sibu tidak lama lagi.

Perhimpunan di Stadium Kuala Kubu Bahru

http://demokrasi93.blogspot.com

Dulu saya kalah juga semasa pilihanraya kecil di Ijok, tapi sekarang saya Menteri Besar Selangor - Tan Sri Khalid Ibrahim

Dato Zaid Ibrahim sedang berucap - Najib belanja RM 64 juta di dlm p/raya ini. beli undi adalah sesuatu yg halal. Mana SPRM ?

BN Menang Parlimen Hulu Selangor

KUALA KUBU BARU: Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kembali kerusi P 094 Parlimen Hulu Selangor dengan majoriti lebih besar iaitu 1,725 undi berbanding 198 majoriti yang diperoleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Umum 2008lalu.

BN yang diwakili P. Kamalanathan memperoleh 24,997 undi, sekali gus menewaskan calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim yang memperoleh 23,272 undi.

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahlan pada pukul 9.15 malam ini di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Pejabat Daerah Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru.

Kawasan Parlimen Hulu Selangor mempunyai 64,500 pengundi dengan 34,020 atau 52.7 peratus terdiri daripada Melayu, 16,964 atau 26.3 peratus Cina, 12,453 atau 19.3 peratus India dan kira-kira 1,000 Orang Asli.

Kerusi Parlimen kawasan itu kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad dari PKR pada 25 Mac akibat barah otak.

Penamaan calon telah diadakan pada 17 April lalu.

Dr Zainal Abidin memenangi kerusi kawasan itu pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 198 undi selepas menewaskan Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel yang menyandang kerusi itu selama empat penggal.mStar/-

Kekalahan tidak mematahkan semangat PKR.

Pakatan Rakyat mengadakan perhimpunan di Stadium Kuala Kubu Bahru. Ia dihadiri Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, calon PKR Datuk Zaid Ibrahim, pemimpin DAP Lim Kit Siang, ahli parlimen Batu Tian Chua dan ahli parlimen Gombak Azmin Ali serta kira-kira 300 penyokong PKR

"Ini bukan kali pertama kita kalah. Kekalahan ini tidak akan mematahkan semangat kita. PKR pernah kalah teruk sehingga tinggal satu kerusi sahaja. Kita akan terus berjuang," kata Tian Chua.

Keputusan rasmi : BN menang majoriti 1725 undi.

Keputusan rasmi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor ialah calon BN P Kamalanathan mendapat 24,997 undi, manakala calon BN Datuk Zaid Ibrahim memperolehi 23,272 undi. Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi

Muhyiddin dan kamalanathan sampai di pusat pengiraan undi.

Calon BN, P Kamalanathan tiba di pusat pengiraan undi, dengan ditemani oleh isterinya. Sebelum itu Muhyiddin Yassin tiba di pusat pengiraan undi.

Tidak rasmi : BN menang.

Mengikut keputusan tidak rasmi, BN menang di Hulu Selangor. Walau bagaimanapun kita masih menunggu pengumuman rasmi dari SPR.

Sehingga ini, dalam 10 sepuluh pilihan raya kecil selepas 2008, Pakatan Rakyat kalah di tiga kawasan - DUN Batang Ai (Sarawak), DUN Bagan Pinang (Negeri Sembilan) dan parlimen Hulu Selangor.

Jika keputusan tersebut disahkan bermakna kekalahan pertama Pakatan di negeri yang dikuasai.

48,935 yang keluar mengundi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan jumlah keluar mengundi yang dicatatkan ialah sebanyak 48,935 atau peratus 75.87 peratus.

Jumlah itu meningkat 0.63 peratus berbanding yang dicatatkan pada Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu iaitu 75.24 peratus.

Tidak rasmi : BN masih menang.

8.12pm: Undi untuk calon BN meningkatkan kepada 24,669 undi selepas lebih banyak peti undi dikira. Calon PKR pula kini memperolehi 22,986 undi.

Tidak rasmi : BN masih dihadapan.

8.07pm: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan dalam perjalanan ke pusat pengiraan undi. Ini dilihat sebagai petanda bahawa BN menuju kemenangan.

8.05pm: Keputusan tidak rasmi menunjukkan calon BN terus menambah undi kepada 22,395 undi, manakala PKR memperolehi 2,0815 undi.

Tidak Rasmi : BN dakwa calonnya menang.

Sumber-sumber BN mendakwa calon BN P Kamalanathan memang pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor dengan majoriti kira-kira 1,500 undi.

Difahamkan, Kamalanathan mendapat 21,919 undi, manakala PKR mendapat 20,305 undi.

Secara tidak rasmi, difahamkan kepimpinan PKR menerima kekalahan dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Tidak rasmi: PKR 7,770 BN 6,504 pada 7 malam

Pengundian tamat jam 5 petang. Proses pengiraan bermula jam 6 petang. Manakala keputusan dijangka diumumkan sekitar jam 9.30 malam.

6.58pm: Keputusan tidak rasmi
PKR - 7,770
BN - 6,504
Majoriti - 1,266

6.34pm: Keputusan tidak rasmi
Kg Baru Cina KKB (Chinese area), saluran 2 - PKR 203, BN 77
Kg Baru Cina KKB (Chinese area), saluran 4 - PKR 256, BN 73
Kg Baru Cina KKB (Chinese area), saluran 1 - PKR 207, BN 56

Tidak rasmi - PKR 666, BN 206

6.29pm: Unofficial results (PKR 2,972, BN 2,259)

Bandar Kuala Kubu Bahru (mixed area), saluran 1 - PKR 135, BN 82
Bandar Kuala Kubu Bahru (mixed area), saluran 2 - PKR 272, BN 212
Bandar Kuala Kubu Bahru (mixed area), saluran 3 - PKR 490, BN 205

Tidak rasmi - PKR 897, BN 499

6.23pm: Keputusan tidak rasmi

Kg Baru Batang Kali (Chinese area), saluran 1- PKR 220, BN 58
Hulu Yam Barat (mixed area), saluran 1 - PKR 205, BN 184
Ampang Pecah (Malay area), saluran 5 - PKR 148, BN 216
Hulu Yam Barat (mixed area), saluran 1 - PKR 224, BN 168
Kg Gumut (Malay area), saluran 1 - PKR 104, BN 172

Tidak rasmi - PKR 901, BN 798

6.23pm: Keputusan tidak rasmi

Kg Baru Batang Kali (kawasan Cina), saluran 1- PKR 220, BN 58
Hulu Yam Barat (mixed area), saluran 1 - PKR 205, BN 184
Ampang Pecah (Malay area), saluran 5 - PKR 148, BN 216
Hulu Yam Barat (mixed area), saluran 1 - PKR 224, BN 168
Kg Gumut (Malay area), saluran 1 - PKR 104, BN 172

Tidak rasmi - PKR 901, BN 798

6.18pm: Keputusan tidak rasmi

Kg Sungai Tengi Selatan (Malay Felda), saluran 1 - PKR 62, BN 176
Kuala Kalumpang (mixed area), saluran 1 - PKR 98, BN 128
Kg Baru Rasa (Chinese area), saluran 1 - PKR 301, BN 75
Kg Bahru Kerling (Chinese area), saluran 1 - PKR 268, BN 122

Tidak rasmi - PKR 729, BN 501

6.13pm: Keputusan tidak rasmi

Kuala Kalumpang, saluran 1 - PKR 98, BN 128
Ulu Yam Barat, saluran 1 - PKR 171, BN 94
Kg Bharu Kerling, saluran 1 - PKR 172, BN 83
Pertak Bukit Fraser - PKR 22, BN 15
Pertak, saluran 2 - PKR 18, BN 98
Ampang Pecah, saluran 1 - PKR 105, BN 155

Tidak rasmi - PKR 491, BN 445

6.10pm: Proses pengiraan undi sudah bermula. Menurut keputusan tidak rasmi, BN menang undi pos.

BN: 767
PKR: 120

75.87 peratus keluar mengundi.

Jika benar apa yang dijangkakan oleh bilik gerakan PAS, Datuk Zaid Ibrahim akan menang sekitar 500 undi apabila peratus keluar mengundi pada jam 5 petang adalah 75.87 peratus.

Ini kerana, Pengarah Operasinya, Jamaliddin Elias berkata, jika peratusan keluar mengundi adalah 75 peratus, Zaid dijangka akan menang 556 undi berdasarkan prestasi pada 23 April.

Namun begitu, penurunan yang besar dalam undi Melayu memberikan harapan yang besar untuk Pakatan menaikkan jumlah majoritinya. Ini kerana, apabila pengundi Melayu tidak turun ia dianggap satu protes kepada BN yang meletakkan calon bukan Melayu.

Dalam pada itu, Zentrum Future Studies dalam kajian mereka memberikan 52.3 peratus untuk Pakatan dan 47.7 untuk BN.

Dalam pada itu, pelbagai maklumat berlegar tentang anggaran keputusan yang akan diperolehi dalam pilihan raya hari ini.

Antaranya ratios mengikut sumber adalah:

Tentera 58 PR : 42 BN
Polis 52 PR : 48 BN
Jabatan Penerangan 48 PR : 52 BN
PKR 54 PR : 46 BN.

Harakahdaily/-

Langsung : Hari Pengundian PRK Hulu Selangor

10 Jamadil Awal 1431H.
Harakahdaily.

3.40 pm : Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Badrul Hisham Shahrin ditahan selepas membuat laporan polis bahawa beliau diserang dengan parang oleh penyokong BN.

Kini masih di balai polis serendah.

Beliau tengah hari tadi diserang dengan sebilah parang selepas beliau melawat pusat pengundian di Felda Sungai Buaya.

Kejadian berlaku sekitar pukul 12.30 tengahari selepas beliau dan beberapa petugas keluar dari pusat pengundian di tempat tersebut.

SMS itu mendakwa Zaid akan terus mendahului Kamalanathan sekiranya tren keluar mengundi perlahan atau normal sehingga jam 5 petang.

SMS itu juga mendakwa Zaid mungkin mendapat majoriti 3,725 undi dengan pecahan undi Melayu 55 peratus, Cina 75 Peratus dan India 60 Peratus.

Kebanyakan undi yang diperolehi Zaid dakwa SMS itu adalah dari peneroka selepas MB Selangor semalam mengumumkan Zaid mengetuai Task force menyelesaikan isu hak milik tanah.

Bagaimanapun belum ada pihak yang berani mengesahkan perkara tersebut.

3.25 pm : Peratus keluar mengundi hingga jam 3 petang adalah 67.18 peratus bersamaan 43,333 pengundi.

3.00 pm : Seorang budak Iskandar Hanafiah, 12 tahun mengaku dibayar RM2 untuk membawa bendera BN dengan basikal bersama rakan-rakannya.

"Umno bagi RM2 sahaja, yang lain Umno dia masih belum bayar lagi," katanya kepada wartawan Harakahdaily.

2.45 pm : Di Sek. Keb Taman Bunga Raya (1), keadaan pengundi yang datang mula lengang kembali.

Penyelia pusat mengundi, Hamidah Nipah berkata di sini saluran 2 mencatat bilangan pengundi paling tinggi iaitu 263 dari keseluhan jumlah pengundi 940.

67 Pratus keluar mengundi sehingga jam 3.00 ptg

10 Jamadil Awal 1431H.

3.39 ptg: 32 orang ditahan polis kerana pelbagai kesalahan sepanjang tempoh pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor, termasuk enam orang yang ditahan hari ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata kesemua mereka berumur dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun ditahan di pelbagai lokasi kerana dipercayai menjadi "tukang kecoh" dan cuba menimbulkan kekacauan.

"22 termasuk tiga wanita ditahan sepanjang tempoh dari hari penamaan calon (17 April) hingga tempoh (tamat) berkempen (12 tengah malam tadi) manakala enam lagi ditahan pada hari ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua 22 orang itu telah dibebaskan dengan jaminan polis setelah keterangan mereka diambil.

Katanya sementara lima daripada enam lelaki yang ditahan hari ini disiasat mengikut Seksyen 147, Kanun Keseksaan kerana merusuh manakala seorang lagi disiasat mengikut Seksyen 427 kanun yang sama kerana khianat.

Khalid berkata polis akan menyiasat laporan sebuah portal berita yang disiarkan hari ini yang mendakwa polis menahan pengundi hantu yang membawa senjata ke pusat pengundian.

"Saya nafikan laporan tersebut yang dilihat boleh menimbulkan perasaan takut kepada pengundi dan kita akan buat laporan polis terhadap media terbabit dan memanggil wartawan yang menulisnya," katanya sambil memberi jaminan bahawa keselamatan pengundi adalah terjamin.

3.30ptg: Sehingga jam 3 petang, 67.18 peratus atau 43,333 sudah keluar mengundi.

2.48ptg: Hujan renyai di Batang Kali.

2.30ptg: Sehingga jam 2 petang, 63.74 peratus atau 41,112 sudah keluar mengundi.

2.15ptg: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata BN meletakkan sasaran 6,000 undi sebagai KPI mereka dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor hari ini.

Beliau memberitahu sidang media di ibupejabat polis daerah Kuala Kubu Bahru bahawa sasaran itu dibuat berdasarkan kepada pencapaian BN di peringkat DUN dalam pilihan raya umum yang lalu.

Dalam pilihan raya umum lalu, BN menguasai ketiga-tiga DUN - Hulu Bernam, Kuala Kubu Bahru dan Batang Kali tetapi tewas di peringkat parlimen dengan majoriti tipis 198 undi.

2.05ptg: Restoran mamak dan restoran Melayu di Hulu Bernam sesak dengan penyokong BN. Manakala petugas Pakatan sudah kembali semula ke pusat pengundian untuk mencari undi.

Juga tiada tanda hujan akan turun walaupun Jabatan Kajicuaca meramalkan petang ini akan hujan. Malaysiakini/-

Terikini : Sedikit kecoh namun terkawal.

10 Jamadil Awal 1431H.
Harakahdaily.

1.00 pm : Kekecohan berlaku, kini di Sek. Keb. Sg. Rasa. Bermula apabila penyokong BN merentap bendera Keadilan selepas tidak berpuas hati dengan sorakan penyokong Pakatan Rakyat.

Pergaduhan kecil juga berlaku, namun suasana bagaimanapun kembali tenang selepas dileraikan pihak polis.

12.50 pm : Norasyikin Zakaria, 35, antara pengundi terawal pagi tadi memaklumkan berlaku kekecohan di tempat beliau mengundi di Sek Keb Bandar Baru Batang Kali, selepas seorang pengundi sebelumnya tidak berpuas hati kerana namanya hilang dari buku daftar pemilih.

Dalam semakan online sebelum itu, pengundi itu mendakwa namanya ada ada dalam daftar pemilih.

Dia kemudian berang, apabila aduannya didakwa tidak dilayan petugas SPR.

12.40 pm : Di Sek. Keb. Serendah, petugas sukarelawan PKR sangsi dengan penempatan berpuluh FRU dan anggota Polis di sini kerana sejak pagi tadi tiada suasana tegang tercetus di sini.

Mereka mendakwa kemungkinan kawalan ketat tersebut mempunyai agenda tertentu.

Sehingga jam 1 tengahari ini, 56.82 peratus atau 36,650 sudah keluar mengundi.

10 Jamadil Awal 1431H.


12.42 tengahari: Pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Hulu Selangor berjalan lancar sehingga kini, kata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar.

12.30pm: Menurut petugas PKR, di Sekolah Kebangsaan Hulu Yam Baru, 765 daripada 1,749pemilih telah keluar mengundi.

Manakala anggota polis ditempatkan mengawal di antara penyokong PKR dan BN.

Keadaan di semua pusat mengundi terkawal: Polis

10 Jamadil Awal 1431H.

HULU SELANGOR: Keadaan di semua pusat pengundian pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor berjalan lancar sehingga kini, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata tidak ada laporan gangguan dan kekacauan diterima sejak pusat pengundian dibuka 8 pagi tadi.

"Tiada masalah dan gangguan, sepanjang tempoh dua jam ini anggota polis turut membantu warga emas bergerak menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi," katanya kepada di sini. Sementara itu tinjauan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batang Kali dan SMK Ampang Pecah mendapati pemilih berdaftar sudah mula membanjiri pusat pengundian itu sebelum ianya dibuka.

Tidak ketinggalan seorang pemilih lelaki yang sanggup keluar daripada hospital buat sementara semata-mata untuk mengundi.

"Tidak ada masalah untuk datang pagi-pagi kerana orang tak ramai. Senang nak buang undi," kata Ahadon Omar, 47, yang memberitahu dia masih lagi dirawat di
hospital berdekatan kerana menghidap asma.

Bagi Along Molak, 56, dari suku kaum Temuan di Kampung Tamo Batang Kali berkata dia lega dapat mengundi dalam keadaan aman dan selamat tanpa sebarang gangguan.

"Lega boleh pulang awal dan meneruskan kerja seperti biasa," katanya yang bekerja sendiri.

Spekulasi mula tersebar melalui khidmat pesanan ringkas SMS mendakwa PKR bakal menang besar

10 Jamadil Awal 1431H.
Harakahdaily.

12. 20 pm : Ketua AKM Selangor, Khairul Anuar Bin Ahmad Zainuddin ketika mengulas peratus sedikit keluar mengundi sebelah pagi berkata "Ini mungkin protes senyap orang Melayu kepada Kamalanathan (calon BN)".

12.10 pm : Sehingga jam 12 tengahari ini, 49.1 peratus atau 31,632 sudah keluar mengundi.

12.00 pm : Penyokong BN mula mempamer aksi lucah kepada penyokong PR di Sek. Men. Ampang Pecah. Mereka saling berbalas sorakan. Keadaan masih terkawal.

11.55 am : Suasana sekali lagi tegang di Sek. Keb. Bandar Baru Batang Kali. Kedua-dua penyokong saling berbalas sorakan.

Pergaduhan hampir tercetus ekoran jarak kedua-dua penyokong hanya sebelah menyebelah.

11.45 am : P Kamalanathan tiba Sekolah Kebangsaan Ulu Yam Baru. Beliau diusung penyokong BN tetapi disambut dengan laungan 'Apco' dan 'yahudi' oleh penyokong Pakatan Rakyat.

11. 30 am : Pelbagai spekulasi mula tersebar melalui khidmat pesanan ringkas SMS mendakwa PKR bakal menang besar.

Ada yang mendakwa PKR akan menang besar berdasarkan maklumat briged Welsh, pemimpin Umno didakwa sudah beransur ansur meninggalkan Hulu Selangor.

Manakala ada juga SMS mengatakan PKR akan tewas jika hanya 60 peratus sahaja pengundi keluar mengundi. Namun jika Peratus keluar mengundi lebih 61 peratus, PKR dijangka menang besar.

11.25 am : SPR memaklumkan Peratus keluar mengundi sehingga jam 11 pagi tadi adalah 24,645 iaitu 38.21 peratus.

11.20 am : Di Sek. Keb. Ulu Yam Baru- Pemuda BN dilihat mendominasi keadaan. Gelagat sorakan mereka hanya diperhatikan penyokong Pakatan rakyat

11.15 am: Sukarelawan PKR, Maznah Abdul Aziz, 59 mendakwa seramai empat pengundi kaum Tionghua di Sek. Keb. Batang kali Baru terkejut apabila dimaklumkan SPR bahawa nama mereka masing-masing telah dipindahkan ke Parlimen Kepong.

11.10 am : Datuk Zaid Ibrahim tiba di Sek. Keb. Bandar Baru Batang Kali. Beliau bagaimanapun hanya meninjau dari kenderaan yang dinaikinya akibat jalan terlalu sesak.

Beliau bagaimanapun sempat bertanya khabar pengundi yang datang membuang undi dan bersalam dengan penyokong yang berbaris di tepi jalan.

11.05 am : Di Sek. Men. Ampang Pecah-Penyokong PR terus berlawan sorak dengan penyokong BN. Di sebelah PR, mereka melaungkan " enjin jet hilang...BN, curi pasir...BN" manakala di sebelah BN mereka hanya membalas " dua tahun perintah tak buat apa-apa".

Biarpun berbalas sorakan, keadaan masih terkawal dengan beberpa anggota keselamatan dihat cuba menenangkan penyokong dari kedua belah pihak.

11. 00 am : Di Sek. Men. Ampang Pecah- Berlaku sedikit kekecohan apabila pihak polis tidak membenarkan petugas media termasuk wartawan dan jurugambar masuk ke kawasan pembuangan undi biarpun mempunyai pas SPR.

10.45 am : Di Sek. Men. Ampang Pecah- Kekecohan berlaku antara penyokong kedua-dua pihak. Mereka pada mulanya salang berbalas sorakan sehingga membawa kepada perang mulut yang hampir-hampir mencetuskan pergaduhan.

Beberapa anggota polis dilihat berkawal ditengah-tengah kedua-dua penyokong.

10: 40 am: Pemimpin Pakatan Rakyat bersama penyokong sedang giat menjalankan tugas meraih undi di Sek. Men Batang Kali Baru.

Zaid Ibrahim dijangka tiba di sini sedikit masa lagi. Para wartawan sedang berkumpul di sini difahamkan mahu bertemu dengan Timbalan Pengerusi SPR berhubung isu jumlah pengundi Kampung Tanjong yang sebelum ini sebahagian besar dipindahkan ke Selayang.

10.35 am : Di Sek. Keb. Bukit Rasa- Ketibaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disambut laungan 'Yahudi', 'Israel', 'Umno Israel' dan 'rasuah' oleh penyokong Pakatan Rakyat.

Jumlah keluar mengundi di sini seramai 366 orang setakat jam 10 pagi ini.

10:30 am : Menurut SPR, sehingga jam 10 pagi tadi, seramai 16,932 atau 26.25 peratus sudah keluar mengundi.

10.23 am : Di Sek. Ren J.K.C Khing Ming, Kuala Kubu-Sekumpulan petugas SPR mengarahkan pondok panas yang didirikan kedua dua parti bertanding berdekatan pusat membuang undi dialihkan.

Penyokong bagaimanapun dilihat akur dengan arahan tersebut, dan beramai ramai mengusung khemah yang dijadikan pondok panas dan dialihkan ke kasawan lain.

10.20 am : Tercetus kekecohan apabila Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Salleh sampai di sini.

Sekumpulan penyokong BN menolak beliau sehingga hampir jatuh.

Dua remaja dari pihak masing-masing hampir bertumbuk tetapi sempat ditenangkan pihak Polis

10: 17 am : Sek. Keb. Bandar Bharu Batang Kali. suasana mula hingar bingar mula berlaku ekoran saling berbalas sorakan oleh kedua-dua belah pihak penyokong.

Para wartawan berkumpul di sini sekoran menunggu ketibaan calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim.

10:15 am: 4 buah tarak FRU lagi dilihat tiba di sini menjadikan jumlah keseluruhan 9 buah.

10.00 am : 5 buah trak FRU penunh dengan anggota tiba di Sek. Ren J.K.C Khing Ming, Kuala Kubu untuk megawal sebarang kemungkinan. Suasana bagaimanapun masih terkawal manakala lalu lintas masih bergerak perlahan.

9.50 am : Calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim akan memulakan sesi lawatan ke pusat mengundi di Sek. Keb. Bandar Bharu Batang Kali jam 10.00 pagi ini.

9.40 am : Pimpinan PAS Kelantan termasuk Exco kerajaan YB Baihaqi Atiqullah serta Ahli Parlimen Rantau Panjang bersama penyokong Pakatan merayu undi di Sek. Keb. Batang Kali.

Sekumpulan remaja lelaki membuat aksi 'wheely' sambil mengibar bendera BN dihadapan pemimpin dan penyokong pakatan.

9.30 am : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim juga tiba di Sek. Ren J.K.C Khing Ming, Kuala Kubu meninjau suasana pengundian.

Beliau disambut penyokong dan juga pengundi di kawasan berkenaan.

Sehingga kini, hanya penyokong Pakatan Rakyat sahaja berbaris di tepi jalan menuju ke pusat pengundian di sini manakala penyokong BN masih belum kelihatan.

9.27 am: Sekumpulan pemuda Pakatan Rakyat sedang berbalas sorakan dengan puteri Umno dan pemuda BN di Sek. Keb. Batang Kali.

Pemuda PR melaungkan 'tutup aurat' dan dibalas sorakan oleh pemuda BN.

9.25 am : Exco Selangor, Rodziah Ismail bertemu pengundi di Sek. Keb. Batang Kali.

9.20 am : Pengarah Pilihanraya PKR, Fauziah Salleh tiba di Sek. Ren J.K.C Khing Ming meninjau suasana.

9.15 am : Penyokong Pakatan Rakyat dan BN sedang hangat berbalas sorakan di sepanjang jalan Sek. Keb Batang Kali. Jalan pada waktu ini penuh sesak.

Para pengundi dilihat mula ramai datang dan masuk ke kawasan pusat mengundi.

9.00 am : Jalan menghubung pekan-pekan utama di Hulu Selangor kini sesak dengan kenderaan.

Kenderaan dari jalan Kuala Kubu menuju ke Batang Kali juga kini dilaporkan tidak bergerak akibat kesesakan.

8.50 am: Di pusat pengundian Sek. Ren J.K.C Khing Ming, kawasan pengundi Cina, keadaan juga masih lagi lengang.

Peyokong Pakatan Rakyat dari PKR, PAS dan DAP berbaris di sepanjang jalan membawa bendera dan poster calon.

Hadir sama, Exco kerajaan negeri Selangor, Ronie Liu. Penyokong BN bagaimanapun tidak kelihatan.

8.30 am : Didapati suasana pengundian sehingga jam 8.30 pagi ini masih belum rancak. Kehadiran pengundi masih lengang di kebanyakan pusat mengundi.

8.20 am : Sekumpulan penyokong BN dipercayai pemuda lasak Umno mula menunjukkan aksi nakal kepada penyokong PR di Sek Keb Bukit Sentosa. Keadaan bagaimanapun masih lagi terkawal.

8.15 am : Difahamkan jam 5 pg tadi, pemuda AMK menahan sebuah bas yang didakwa membawa pengundi hantu berdekatan IKBN Ampang Pecah. Mereka kemudiannya dikepong oleh sekumpulan pemuda lain namun berjaya dikawal pihak keselamatan.

8.05 am : Di Sek Keb. Rasa, Para petugas dari PAS dan Keadlilan memulakan tugas di barung dan tepi jalan dengan mengibarkan bendera parti dan poster calon.

8.00 am : Proses pembuangan undi bagi Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor bermula sebaik sahaja 48 pusat mengundi dibuka tepat jam 8.00 pagi.

Ianya akan tamat jam 5 petang dan semua peti undi akan dikumpulkan di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Hulu Selangor.

49.1 peratus atau 31,632 sudah keluar mengundi.

10 Jamadil Awal 1431H.

12.42 tengahari: Pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Hulu Selangor berjalan lancar sehingga kini, kata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar.

12.30 tengahari: Sehingga jam 12 tengahari ini, 49.1 peratus atau 31,632 sudah keluar mengundi.

12.05tengahari: Menteri Besar Selangor, Tan Seri Khalid Ibrahim melawat pusat mengundi di Sekolah Rendah Agama Hulu Bernam. Penyokong PKR menyambut beliau dengan laungan "Reformasi", manakala Pemuda Umno melaungkan "tauke babi)". Penyokong PKR membalas dengan laungan "Altantuya" dan "rasuah".

Pengundian bermula dengan jangkaan 56.2 % memihak Zaid

Kempen terakhir PR di Stadiuk Kuala Kubu Bharu malam tadi.



10 Jamadil Awal 1431H.
Zulkifli Sulong

HULU SELANGOR, 25 April: Berbekalkan anggaran kemenangan 56.2 untuk Pakatan Rakyat sebagaimana yang diramalkan oleh Zentrum Future Studies, 63,701 pengundi Hulu Selangor mula membuang undi pagi ini.

Mereka membuang undi di 48 pusat pengundian yang menyediakan 136 saluran mengundi di 47 buah sekolah bermula jam 8.00 pagi ini.

Proses pengundian ini diketuai oleh pegawai pengurus pilihan raya, Nor Hisham Ahmad Dahlan iaitu Pegawai Daerah Hulu Selangor.

Pilihan raya kecil ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara ketua penerangan MIC P.Kamalanathan dari BN dan bekas ahli parlimen Kota Bharu Datuk Zaid Ibrahim dari PKR yang mewakili Pakatan Rakyat.

Polis pula menggerakkan lebih 1,000 petugas dan beberapa helikopter bagi memastikan proses mengundi berjalan lancar.

Pilihan raya ini menyaksikan kedua-dua pihak turun dengan sepenuh tenaga yang mereka ada samada di pihak BN atau PR. BN misalnya menurun semua pemimpin utamanya termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir.

Menjadi satu yang luar biasa juga apabila PM turun sendiri secara penuh masa dengan berkempen di seluruh kawasan pilihan raya sedangkan menjadi amalam BN sebelum ini pilihan raya kecil biasanya diserahkan kepada timbalan sahaja.

Malam tadi, Pakatan Rakyat menamatkan sessi kempennya di stadium mini Kuala Kubu Baru. Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dan lain-lain pemimpin Pakatan berucap di situ. Stadium itu penuh sesak dengan manusia dan dianggarkan sekurang-kurangnya 20,000 memenuhinya.

Sebelum itu, Nik Aziz berucap di Dewan Komuniti Serendah yang penuh sesak dengan orang ramai dari pelbagai kaum.

Namun begitu, dalam pilihanraya ini Nik Aziz dilihat tidak perlu memberikan ucapan yang hebat, cukup sekadar meminta pengundi mengundi Zaid. Beliau hanya perlu hadir, lambaikan tangan dan orang ramai akan memenuhi tempat beliau datang.

Para pemimpin BN, menurut laporan media mereka, yakin akan menang dalam pilihan raya ini. Najib sendiri memberitahu kebinetnya BN akan menang.

Bilik gerakan PAS pula menjangka, calon PR akan menang. "Jika keluar mengundi 75 peratus, kami jangka akan menang sekitar 556 undi," kata Pengarah Operasi jentera pilihanraya PAS, Jamaliddin Elias kepada Harakahdaily dua hari sebelum mengundi.

Bilik gerakan PKR pula melaporkan, sasaran mereka untuk mendapat 43 peratus pengundi Melayu bolehkan dikatakan tercapai. Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail berkata, pihaknya menjangka akan menang.

Zentrum pimpinan Dr Abu Hassan Hasbullah yang membuat kajian lapangan secara agresif kali ini telah mengeluarkan laporan setiap jam semalam. Ia bermula dengan kemenangan berpihak kepada PR diwaktu pagi, BN menang di waktu tengahari tetapi berakhir dengan kemenangan bergaya di pihak PR pada akhir malam tadi 56.2 peratus untuk PR dan 43.8 peratus untuk BN.

Berikut antara statistik yang diberikan oleh Zentrum.

10:00 pagi - BN 47.6% PR 52.4%

11:00 pagi - BN 49.4% PR 50.6%

12:00 tengah hari - BN 50.2% PR 49.8%

1:00 petang- BN 49.3% PR 50.7%

2:00 petang - BN 47.2% PR 52.8%

Hulu S'gor: 38.31 peratus mengundi sehingga 11 pagi

10 Jamadil Awal 1431H.

Proses mengundi pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Hulu Selangor bermula sebaik sahaja 48 pusat mengundi dengan 136 saluran dibuka di 47 sekolah dan dewan masyarakat mulai jam 8 pagi ini.

12 tengahari: Exco Selangor, Elizabeth Wong mengesahkan 'halangan' di dua kampung Orang Asli telah dibuang selepas jam 3 pagi tadi, setelah laporan polis dibuat mengenainya.

11.53pagi: Menurut petugas PKR, pondok maklumat parti itu di SRJK (C) Khing Ming di robohkkan oleh SPR.

11.48pagi: P Kamalanathan dan isteri S Shobana melawat Sekolah Kebangsaan Ulu Yam Baru.

11.30pagi: Menurut SPR, sehingga jam 11 pagi tadi, 38.21 peratus atau 24,645 sudah keluar mengundi.

Menurut petugas PKR, kadar pengundian di Sekolah Agama Serendah setakat ini kira-kira 25 peratus daripada 1,898 pengundi.


Terdapat juga laporan mengenai pengundi, terutama warga emas, yang pergi ke pusat pengundian yang salah kerana tidak tahu yang nama mereka telah dipindah ke tempat lain.

Warga emas yang pergi ke SRJK (C) khususnya, tidak tahu yang nama mereka telah dipindahkan ke pusat mengundi yang lain dalam daerah mengundi Kampung Baharu Serendah.

Seorang warga emas yang pergi ke Sekolah Agama Serendah medapati namanya didaftar mengundi di SRJK (C) Serendah.

11.15pagi: Berlaku ketegangan di luar Sekolah Rendah Agama Hulu Bernam selepas anggota Pemuda Umno membaling satu objek ke arah penyokong PKR. Ketegangan itu reda selepas trak polis diletakkan di tengah jalan bagi memisahkan penyokong kedua belah pihak.

11.00pagi: Ketegangan meningkatkan di Sekolah Rendah Kebangsaan Hulu Bernam, iaitu pusat mengundi majoriti Melayu. Pergaduhan hampir tercetus apabila sekumpulan penyokong BN yang m
emakai baju-T hitam 'Pemuda Umno' memprovokasi sekumpulan penyokong PKR. Anggota polis dapat mengawal dan menenangkan penyokong kedua belah pihak.

10.50pagi: Kira-kira 350 difahamkan telah mengundi di SRJKC Rasa. Pusat mengundi itu mempunyai kira-kira 1,700 pengundi berdaftarl.

10.49pagi: Para penyokong BN dilihat mengedarkan poster di pusat mengundi di Sekolah Agama Serendah, yang memaparkan calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim minum bir.

10.44pagi: Kira-kira 100 penyokong kedua belah pihak berada di SRJKC Khing Ming - kawasan majoriti pengundi Cina. Memandangkan mereka tidak memakai baju parti, maka sukar untuk menentukan sama ada mereka penyokong BN atau Pakatan.

10.43pagi: Kawasan majoriti Melayu Sungai Selisek, 248 daripada 793 pemilih sudah keluar mengundi.

10:34pagi: Pergelutan kecil berlaku di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali antara penyokong Pakatan dan BN. Polis bertindak memisahkan kedua belah pihak.

Keadaan bagaimanapun tenang. Ada yang membawa poster foto calon, manakala segelintirnya kelihatan membawa poster Teoh Beng Hock.

10.40pagi: Menurut SPR, sehingga jam 10 pagi tadi, seramai 16,932 atau 26.25 peratus sudah keluar mengundi.

10.25pagi: Suasana di Sekolah Kebangsaan Kerling tenang. Kedua pihak menyediakan 'pondok panas' tanpa diganggu pihak SPR.

Akhbar Berita Harian dan New Straits Times diedarkan percuma kepada orang ramai di situ.

10.22am: Di Batang Kali, penyokong Pakatan dan BN, bersorak dan mengejek satu sama lain. Penyokong BN memanggil penyokong Pakatan "bodoh, gemuk" dan melaungkan "liwat", manakala penyokong Pakatan membalas “Umno rasuah" dan “Apco-Umno, "Umno-Yahudi”.

10.10pagi: Di Rasa, Kuala Kubu Bahru, penyokong BN dan Pakatan hampir berentap. Sepasukan anggota polis yang lengkap dengan cota, perisai dan pemancar gas pemedih mata, bergegas ke situ.

Ahli parlimen Batu, Tian Chua berusaha menenangkan penyokong Pakatan. Seorang anggota polis mengawal di sebelah penyokong Pakatan manakala enam lagi mengawal di sebelah BN. Tian Chua memberitahu penyokongnya bahawa pihak BN sengaja bertindak memprovokosi mereka.

9.55pagi: Di Rasa, Kuala Kubu Bharu, exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu menasihatkan penyokong Pakatan supaya jangan termakan provokasi pihak BN.

Beliau memberi nasihat tersebut sejurus selepas berlaku pertengkaran antara penyokong kedua belah pihak di mana seorang penyokong BN melaungkan perkataan 'lucah' terhadap at Pakatan.

9.45pagi: Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tiba di kawasan majoriti pengundi Cina di Baru Kelompang. Penyokong Pakatan di hadapan 'pondok panas' MCA mengusik beliau sambil melaungkan "Dato, marilah sini ambil gambar."

Chua hanya tersenyum dan melambai tangannya. Katanya, beliau yakin BN akan menang. "Saya yakin BN akan menang, tapi dari segi peratus tak tau."

Beliau mengaku bahawa strategi kempen MCA yang hanya ditumpukan kepada isu kampung baru dan pembangunan setempatan, tidak mampu menarik sokongan pengundi muda Cina dan pengundi yang tinggal di luar kawasan itu.

9.42pagi: Penyokong BN di Rasa, Kuala Kubu Bahru (kawasan majoriti pengundi Cina) lebih ramai daripada penyokong Pakatan. Mereka kelihatan 'mengejek' kenderaan yang membawa bendera PKR. Ada sesetengahnya cuba menutup tingkap kenderaan yang bergerak perlahan itu dengan bendera BN.

Penyokong kedua belah pihak yang berjumlah sekitar 70 orang, hampir bergaduh apabila seorang yang memprotes pembinaan menara TNB di Rawang naik angin dan mahu berdepan dengan penyokong di sebelah BN. Bagaimanapun anggota polis berjaya menenangkan keadaan.

Penyokong Pakatan melaungkan "Reformasi" manakala penyokong BN menjawab "Sudah Basi".

9.30pagi: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melawat 'pondok panas' BN di kawasan majoriti Melayu di Sungai Buaya. Kelihatan sekitar 100 penyokong BN dan Pakatan berdiri di kiri kanan jalan mencari undi bagi calon masing-masing.

9.24pagi: BN sediakan 'pondok panas' di sebuah rumah berhadapn dengan pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan KKB, kawasan majoriti Melayu. Tiada kelihatan 'pondok panas' PKR di situ.

9.10pagi: Calon BN P Kamalanathan beredar dari pusat mengundi Sungai Choh untuk meninjau pusat mengundi yang lain. Beliau menyifatkan sambutan para penugndi sebagai 'fantastik'.

Agak ramai pengundi yang beratur untuk membuang undi, sebahagian besarnya wanita dan warga emas. Kelihatan kira-kira 20 penyokong BN dan Pakatan berdiri di kedua belah jalan, sambil memujuk pengundi yang lalu lalang di situ supaya mengundi calon mereka.

Beberapa kenderaan yang lalu di situ membunyikan hon masing-masing sebagai tanda sokongan.

8.42pagi: Di Kuala Kubu Bahru, walaupun SPR telah memberi amaran semalam, namun PKR telah menyediakan tempat untuk pengundi menyemak pusat mereka mengundi.

Tetapi petugas yang memperkenalkan dirinya sebagai Mr Siaw berkata SPR, yang turut menyediakan tempat yang sama, telah mengarahkan mereka supaya menutupnya.

Seorang pengundi mendapati namanya telah dipindahkan ke Bukit Sentosa dan akan dibawa ke sana oleh petugas PKR.

Sementara itu,
Pusat pengundian tersebut menyediakan 136 saluran di 47 sekolah dan dewan masyarakat.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyelia proses pengundian hari ini, dengan diketuai oleh pegawai pengurus pilihan raya, Nor Hisham Ahmad Dahlan. Parlimen Hulu Selangor mempunyai seramai 63,701 pengundi.

Nor Hisham yang juga pegawai daerah Hulu Selangor menasihatkan mereka supaya datang ke pusat mengundi awal kerana tengah hari dijangka hujan.

Pilihan raya kecil ini diadakan ekoran kematian penyandingnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad yang meninggal dunia bulan lalu akibat barah otak.

Ia menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara ketua penerangan MIC P.Kamalanathan dari BN dan bekas ahli parlimen Kota Bharu Datuk Zaid

Polis pula menggerakkan lebih 1,000 petugas dan beberapa helikopter bagi memastikan proses mengundi berjalan lancar.

Proses mengundi akan tamat jam 5 petang dan semua undi itu kemudiannya akan dikumpulkan di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Hulu Selangor.

Keputusan pengundian dijangka paling awal dapat diketahui sekitar jam 9.30 malam.

Malaysiakini/-