23 September 2009

Waktu tahajjud dan qiamullail

http://akhisalman.blogspot.com

MUKADDIMAH

Banyak kali persoalan berkenaan dengan perbezaan tahajjud dan qiamullail diajukan kepada saya. Begitu juga dengan waktu permulaan bagi keduanya. Terbaru adalah soalan yang diajukan di dalam shoutbox. Oleh itu saya akan jawab dengan mengemukakan dalil dan pandangan ulama.

PERBEZAAN QIAMULLAIL DAN TAHAJJUD

Qiamullail: Setiap solat sunat yang dilakukan pada waktu malam.

Tahajjud: Setiap solat sunat yang dilakukan selepas tidur pada waktu malam.

Oleh itu setiap solat tahajjud adalah qiamullail dan tidak semestinya solat qiamullail itu solat tahajjud.

Dalilnya adalah hadis yang diucapkan oleh seorang sahabat Nabi saw , iaitu Hajjaj bin Amru ra beliau berkata:


بحسب أحدكم إذا قام من الليل يصلي حتى يصبح : أنه قد تهجد؟ إنما التهجد المرء يصلي الصلاة بعد رقدة ثم الصلاة بعد رسول الله وتلك كانت تلك صلاة رسول الله


" Adakah sesorang menyangka apabila dia menghidupkan malam dengan solat sehingga subuh itu sudah dikira tahajjud? Sesungguhnya tahajjud hanyalah solat malam selepas tidur. Kemudian solat selepas tidur. Itulah cara solat Rasulullah saw." (Hr Thabrani )

Daripada Hajjaj bin Amru ra beliau berkata:


كان رسول الله يتهجد بعد نومه


"Rasulullah saw solat tahajjud selepas tidur." (Hr Ibnu Abi Khaisamah - hasan)

Ulama Syafie dan Maliki memberi definasi solat tahajjud:

"Solat sunat pd waktu malam selepas tidur."

PERMULAAN WAKTU SOLAT QIAMULLAIL

Rasulullah saw bersabda:


لا بد من صلاة بليل ولو حلب شاة وما كان بعد صلاة العشاء الآخرة فهو من الليل


"Solat malam adalah satu kemestian sekalipun sekadar perahan susu kambing biri-biri. Solat yang dilakukan selepas solat fardu isya adalah dikira solat malam." (Hr Thabrani - daif)

Ulama telah berselisih pendapat pada masalah ini kepada dua pendapat:-

Pendapat pertama:

Solat qiamullail adalah solat sunat yang dilakukan selepas solat isya.
Ini adalah pendapat mazhab Hanafi dan sebahgian ulama syafie.

Pendapat kedua:

Tidak disyaratkan solat qiamullail itu dilakukan selepas isya'. Waktu solat qiamullail bermula apabila masuk waktu magrib.

Imam Bahuti berkata:

"Disunatkan Qiamullail. Waktunya bermula dari waktu magrib sehingga waktu subuh."

PERMULAAN WAKTU TAHAJJUD

Ada dua pendapat mengenai perkara ini seperti berikut:

Pertama: Mazhab Syafie

Imam Syarwani berkata: Tahajud menurut istilah ulama syafie adalah sembahyang sunat yang dilakukan selepas solat isya sekalipun sebelum masuk waktu isya bagi yang melakukan jamak takdim dan hendaklah dilakukan selepas tidur. Tidak kira apa jua jenis solat sunat samada solat sunat rawatib atau solat-solat sunat yang lain.

Kedua: Mazhab hanafi.

MAzhab hanafi mensyaratkan untuk dikira solat tahajjud hendaklah dilakukan selepas masuknya waktu isya dan dilakukan selepas tidur.

WAKTU QIAM DAN TAHAJJUD RASULULLAH SAW

Aisyah ra telah menjawab soalan tentang solat malam Rasulullah saw:


كان ينام أوله ويقوم آخره فيصلي ثم يرجع إلى فراشه فإذا أذن المؤذن وثب فإن كان به حاجة اغتسل وإلا توضأ


"Nabi saw tidur pada awal malam kemudian bangun diakhir malam dan melakukan solat malam. Kemudian baginda akan berjimak dengan isterinya jika baginda berkeinginan sebelum baginda tidur semula. Bila azan berkemandang, baginda akan bangun dan mandi junub jika telah berjimak dan hanya berwuduk jika tidak berjimak." (Hr bukhari dan Muslim)

WAKTU HABIS QIAMULLAIL

Kebanyakan ulama yang terdiri dari mazhab Syafie, Maliki, Hanafi dan Hambali mengatakan habisnya masa qiamulail dan tahajjud adalah bila masuk waktu subuh.

Aisyah ra telah berkata:


كان رسول الله صلى الله يصلي من الليل حتى يكون آخر صلاته الوتر


" Rasulullah saw solat pada waktu malam yang diakhiri dengan solat witir." (Hr Muslim - sahih)

Ini menunjukkan solat Rasulullah saw berakhir sebelum masuk waktu subuh.

Pesanan Penting:

Hendaklan setiap muslim yang telah qiamullail dan tahajjud pada bulan ramadan meneruskan amalan mereka selepas ramadan. Janganlah kita merobohkan binaan amalan yang telah dibina di bulan Ramadan. Nabi saw bersabda:


يا عبد الله لا تكن مثل فلان كان يقوم الليل ثر ترك قيام الليل


"Wahai Abdullah, janganlah engkau menjadi seperti si fulan, dahulu dia melakukan qiamullail. Kemudian dia meninggalkannya." (Hr Bukhari dan Muslim)

Begitu juga dengan amalan2 yang lain kita perlu teruskan dengan ikhlas.

Rujukan: Mawaqit Ibadah Zamaniah wal Makaniah oleh Dr Nizar Mahmud dan Fathul Bari oleh Ibnu Hajar Asqalani.

Posted by akhisalman

Jejak-Jejak Kehidupan

By: agussyafii

Disaat gema takbir berkumandang. Saya bersama istri dan hana kaki melangkah menuju masjid melaksanakan sholat Ied. Di masjid Fatahillah kami sekeluarga melaksanakan sholat Ied. Gema takbir itu terasa menggetarkan kalbu. Mengagungkan AsmaNya membuat diri kita seolah kecil dihadapannya. Berbagai persoalan kehidupan berpacu dengan cepatnya. Terasa baru kemaren bulan ramadhan tetapi kini sudah Hari Raya idul Fitri. Entah kenapa setiap kali mendengar gema takbir selalu saja membuat air mata tak terasa mengalir. Teringat pada setiap jejak langkah dalam perjalanan hidup saya lalui.

Alloh SWT memang tidak pernah menjanjikan hamparan kebun mawar kehidupan kita tetapi Alloh SWT selalu hadir ditengah ketika kita dalam kesulitan dan penderitaan sehingga kita dapat bertahan dan melewatinya. Seperti halnya musim hujan akan berhenti berganti musim yang cerah dihiasi dengan pelangi. Begitulah hidup kita. Ada saatnya perlu perjuangan, ada saat menikmati keindahannya.

Penderitaan, kesulitan dan perjuangan hidup hanyalah satu bagian dalam perjalanan hidup kita. Tidak selamanya hidup selalu dihadapi dengan perjuangan. Adakalanya hidup ini mudah dan penuh kebahagiaan. Seninya adalah bagaimana kita bisa mensyukuri, menikmati dan mencintai dalam setiap episode kehidupan, baik dalam masa-masa sulit dan penderitaan maupun dalam masa mudah dan bahagia.

Setelah selesai sholat ied kami ke rumah orang tua dengan penuh sukacita. Kebahagiaan terpancar dari setiap wajah orang yang saya temui. Setiap wajah tidak bisa menjadi sebuah kesimpulan tentang hidup yang kita jalani namun mensyukurinya. Hidup manusia bagaikan roda yang selalu berputar. Kadang kita di atas, kadang juga kita dibawah. Siapa diantara kita yang bisa merubah masa lalu? atau menetapkan apa yang akan terjadi dihari esok? Semua datang dan pergi dalam kehidupan kita begitu saja. Kebahagiaan atau penderitaan, sehat atau sakit, kaya atau miskin, Alloh SWT menginginkan agar hidup kita bermakna, baik dalam perjuangan maupun dalam kebahagiaan disetiap jejak-jejak kehidupan kita.

Wassalam,
agussyafii

Akhirnya di bilik mayat kita bertemu


Ummu Waheedah
http://assakynah.blogspot.com

Jumaat 18 September 2009 bersamaan 28 Ramadhan 1430h adalah tarikh malang bagi keluarga kami kerana pada hari itulah kami kehilangan dua orang tersayang dalam satu tragedi kemalangan yang begitu ngeri.Mereka tidak dilahirkan serentak tetapi takdir menentukan mereka kembali ke rahmatNya serentak.

Panggilan talipon pada kira2 jam 2.10 ptg Jumaat itu sangat memeranjatkan. Bingung seketika. Antara percaya dengan tidak. Kakak ipar saya 'meraung' memberitahu dia sudah kehilangan 2 anak. Ya Allah, ya Allah, Ya Allah.... itulah jawapan saya kerana hampir tak percaya. Saya bertanya anak yg mana, masih kebingungan kerana mereka ada 4anak. Katanya CT dan Z , aduh benarkah berita ini atau mimpi di siang hari? Saya masih menunggu jawapan SMS yg saya hantar kepada CT pada jam 8.59 pg itu. Petang semalam saya berbual lama dengannya kerana saya memang berhajat nak jumpa dia sebentar di Putrajaya. Sudah dua temu janji tak berhasil. Bulan Ogos tak jadi jumpa kerana ibu saya jatuh tangga. Kali ini tak jumpa juga kerana dia menukar perancangan. Katanya nak balik Sri Manjung malam itu juga (malam jumaat).

Saya cadang nak jumpa dan ajak dia berbuka di Masjid Putrajaya dan saya akan hantar dia pulang di rumah sewa atau ke rumah kawannya.Katanya adiknya Z nak balik malam itu juga sebab selesa memandu malam. Saya pesan supaya dia tidak memaksa adiknya untuk balik malam atau pagi, biar Z pilih kerana dia yang akan memandu. Biar dia selesa walaupun saya memang tahu Z cekap memandu waktu malam dan tidak mengantuk.

Dia pernah memandu kereta saya dari Kuantan ke KL waktu malam dan saya yakin dia bukan pemandu yang cuai.Selepas berbual di talipon petang itu, saya tidak menghubunginya lagi, hanya pada pagi Jumaat itulah saya menghantar SMS bertanyakan perancangan akhirnya, dan mengatakan perancangan saya yg berubah sedikit. Ini kerana dia mahu membuat kenduri doa selamat di Manjung, jadi saya syor dibuat pada hari raya ke-2 atau ke-3 kerana saya ada perancangan lain pada hari raya pertama.

SMS yg saya tunggu jawapannya, rupanya berita malang itu yang menjawapnya. Sejurus menerima berita dan mententeramkan diri, saya dan adik beradik berpakat apa yg patut dibuat. Saya juga berusaha menalipon Jabatan Peguam Negara untuk memaklumkan hal ini. Agak sukar mendapat jawapan kerana kebanyakkan pegawai sudah bercuti, akhirnya saya tinggalkan pesanan kepada yg menyambut talipon. Minta hal kematian CT dimaklumkan kepada yang berkaitan.

Jalan dari Kapar ke Sabak Bernam sesak juga kerana hujan lebat dan kesibukan musim perayaan.Akhirnya hampir jam 5 ptg barulah kami sampai.Kakak ipar dan abang sudah menunggu di luar bilik mayat.Saya minta untuk melihat mayat. Nak pastikan benarkan anak2 saudara saya yang terlibat. Hati ini masih mahu menafikan. Ya, tak syak lagi.Pasti.Merekala h yg terkujur kaku itu. Innalillahi wa inna ilaihirojiuun. .akhirnya dibilik mayat kita bertemu.

Saya turut membantu memandikan mayat anak saudara saya CT Zubaidah, upacara mandi yg ringkas ,cara mandi dharurat. Alhamdulillah mudah membalik2kan badannya.Saya pesan kepada petugas yg lain supaya mayat dibungkus terus dan jangan dibuka2 lagi.Bimbang menimbulkan fitnah dan kengerian.Sesungguh nya kematian itu pasti dan ianya adalah satu pengajaran.Inilah kali pertama saya memandikan mayat, seorang insan yang dikatakan mirip wajah dan fizikalnya macam saya .Allhummaghfirlaha war hamha,itulah yg saya ucap sepanjang memandikan beliau.

Mayat selesai dikafankan sejurus selepas azan maghrib, dan terpaksa menunggu pemandu van mayat swasta yg sedang berbuka. Saya sendiri berbuka sekadarnya, makan nasi goreng dalam kereta sahaja. Tiba di masjid Kg raja Uda ,Port Kelang mayat sudah disolatkan.Ramai yg hadir termasuk TS Ghani Patail.Jasad mereka dimasukkan ke liang lahad dan ditimbus dengan tanah sebelum 12 malam. Mudah2an roh mereka mendapat keberkatan Ramadhan dan hari Jumaat dan tergolong diantara hambaNya yg syahid dunia. Amin.Al-fatihah.

Siapa pula yang nak bunuh Khir Toyo?

Zamri Kecik's

Berita terakhir kita dengan berkenaan bekas MB Selangor dan ADUN Sg Panjang Dr Khir Toyo adalah bahawa beliau disiasat hampir 6 jam oleh SPRM berhubung beberapa pertuduhan rasuah terhadapnya.

Tiba-tiba di muka depan akhabr Sinar Harian hari ini terpacul gambar Khir menunjukkan laporan polis dengan tajuk:

Dr Khir terima ugutan maut.Akan ditembak jika terus usaha jatuhkan kerajaan PR Selangor.

Baguslah jika beliau telah buat aduan kepada pihak polis dan kita harapkan pihak polis juga akan segera menyiasat dan kalau ada asas seret sipenulis surat ini ke pengadilan. Rupanya kata Khir ini bukan kali pertama beliau diugut. Katanya:

Sebelum ini saya juga dapat banyak ugutan melalui telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) tetapi saya tidak hiraukan.

Sepatutnya ugutan melalui telefon dan SMS lah dilaporkan kepihak polis. Nombor pemanggil dapat dikesan serta memudahkan penyiasatan, kalau melalui surat ini sukar sedikit rasa saya.

Cuma yang saya musykil bahawa kata Khir ugutan bunuh dibuat terhadapnya kerana kononnya mahu menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Kalau benda atau perkara yang hampir pasti mungkin boleh kita ambi lkira juga tetapi perkara yang di awan-awangan apalagi yang hanya bermain pada mimpi-mimpi dan angan-anagan Mat Jenin ni kita risau sedikit.

Kemudian Khir menokok bahawa kerajaan PR ini lemah dan tidak kukuh. Betulkah begitu? Sebagai Ketua Pembangkang padanlah kalau Khir kata begitu,takkan nak kata kerajaan PR ni baik, mesra rakyat, telus,bersih lebih baik dari kerajaan BN Selangor pimpinannya dulu.

Apa pun memandangkan Khir dah buat laporan polis, biarlah polis menyiasat. Tetapi jangan pula kerana kes ini maka kes-kes lain ditutup atau ditangguh.rakyat Selangor ternanti-nanti hasil siasatan SPRM terhadap Khir itu. Bila nak didakwa?

Selamat Hari Raya Datuk, insyallah selamat hingga ke anak cucu.

Takbir dan ziarah Raya bersama ADUN Teja.

http://sendiri-mau-ingatlah.blogspot.com

ADUN Teja,Gopeng YB Chang Li Kang (Berbaju Putih) sekali lagi melanggar budaya yang selama ini tidak pernah diamal dan praktikkan oleh Umno dan BN..Bunyinya "Pelik" tetapi benar,mungkin juga satu "Record di Malaysia" apabila bersama-sama penduduk islam di Gopeng dalam program "Takbir dan Ziarah" pada malam Hari Raya semalam.Beliau yang diiringi pembantunya kelihatan tidak langsung janggal dalam mengikuti dan bersama-sama penduduk tempatan dalam program "Ziarah dan Takbir" dan sentiasa kelihatan ceria.


.



Sikap rendah diri dan bersahaja tanpa banyak protokol,menjadikan penduduk tempatan mudah mesra dan mendekati beliau.Gambar atas,kelihatan YB Chang Li Kang sungguh berselera apabila dijamu dengan makanan tradisi orang melayu iaitu Lemang dan "Ayom Rondang Podeh"..kato urang rawo..Hebattt.



Sempat juga bergambar dengan tuan rumah yang beliau ziarahi dalam program "Takbir"pada malam tersebut.Tahniah YB..!!kerana dapat ziarah hampir kesemua 12 buah rumah penduduk tempatan yang hampir mencecah Jam 12.30 pagi barulah program tersebut berakhir.



Keceriaan Barisan "Pemuda Manco" Pakatan Rakyat yang setiasa bersama-sama dalam program ziarah ini sehingga ke akhirnya.Mereka ini adalah sebahagian petugas keselamatan yang diamanahkan untuk menjaga YB ADUN Teja ini.Terima kasih dengan bantuan lu orang bro...



YB Cahang Li Kang memberikan sedikit ucapan penutup diakhir program ziarah pada malam tersebut.Beliau sangat gembira dan berpuashati kerana tercatat satu sejarah di Negara kita seorang YB yang bukan Islam dapat bersama-sama dalam program ziarah dan takbir raya dalam usaha mengeratkan hubungan antara kaum dan pimpinan di DUN Teja ini.Ucapan beliau yang dimulai dengan Salam dan diakhiri dengan bacaan wa bil la,hi tau fik,wal hidayah...memukau para hadirin dalam rombongan tersebut...mantop yeop..





Mungkin ada sesuatu yang menarik perhatian ahli rombongan Ziarah ini sehingga terpegun mendengan ucapan penutup YB walaupun jam udah meletakkan jarumnya pada nombor 12 dan nombor 6 iaitu udah pukul 12.30 pagi yeop.Tahniah kepada YB ADUN Teja serta penduduk tempatan Gopeng kerana telah berjaya dan mencatatkan sejarah bersama YB bukan Islam dalam program "Ziarah dan Takbir" pada tahun ini. Semoga program ini dapat diteruskan dalam mengeratkan lagi hubungan antara kaum dan pimpinan Pakatan Rakyat dinegara ini...Takbirrr