22 Februari 2011

Gempa bumi Christchurch .


19 Rabiulawal 1432H. [MOD] -Pasukan penyelamat mencari mangsa yang terperangkap di dalam bangunan Pyne Gould Guinness yang ranap ekoran gempa bumi di pusat Christchurch pada Selasa. - Foto REUTERS

Peragut mati katak ditangan wanita

19 Rabiulawal 1432H. [MOD] -
AMPANG: Seorang peragut yang kelam-kabut melarikan diri sejurus meragut beg tangan seorang wanita, terbunuh manakala rakannya parah selepas motosikal dinaiki merempuh kereta mangsa yang ketika itu nekad mengejar penjenayah terbabit di Taman Mega Jaya, Bukit Teratai di sini, semalam.

Tindakan berani arkitek wanita berusia 28 tahun yang juga anak bekas pegawai polis itu membuatkan dua lelaki terbabit panik sehingga mereka masuk ke laluan jalan mati di taman berkenaan sebelum berpatah balik dan merempuh kereta mangsa yang mengejar mereka.

KEMEK...keadaan kereta mangsa.
PECAH...motosikal dinaiki kedua-dua penjenayah.
ANGKAT...anggota bomba dan paramedik mengangkat suspek.
MANGSA...Amiruddin (kiri) berbincang dengan mangsa ragut, semalam. Akibatnya, kedua-dua lelaki terbabit terpelanting ke longkang menyebabkan seorang daripada mereka maut di tempat kejadian selepas kerandut zakarnya pecah, manakala rakannya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi ketika mangsa sedang bersiap ke tempat kerja dan sejurus keluar dari kereta untuk menutup pintu pagar, dua lelaki terbabit meragut beg tangannya yang diletak di tempat duduk hadapan. Mangsa cuba melawan, tetapi dia ditendang sehingga terjatuh.

Sebaik melihat mangsa terjatuh, kedua-dua lelaki terbabit melarikan diri, namun mangsa yang berang mengejar suspek.

Mangsa yang sudah biasa dengan laluan di kawasan itu memberhentikan keretanya di persimpangan jalan kira-kira 200 meter dari rumahnya selepas melihat lelaki terbabit melalui jalan mati.

Ketika itulah, lelaki yang panik berpatah balik dan memecut laju motosikal berikutan laluan terbabit agak berbukit sebelum mereka merempuh kereta mangsa.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, rempuhan kuat itu menyebabkan suspek terpelanting dan tercampak ke longkang.

“Kedua-dua suspek berkenaan warga Indonesia dan lelaki yang mati itu berusia 35 tahun manakala rakannya yang parah berusia 24 tahun.

“Siasatan polis mendapati, suspek menggunakan motosikal curi dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun dan Seksyen 41 (1) A Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, bapa mangsa, Mahyudin Zakaria, 59, berkata, dia hanya menyedari anaknya diragut apabila terdengar jeritan di luar rumah.

Katanya, dia yang bimbang sesuatu berlaku ke atas anaknya bergegas ke luar rumah dan melihat anaknya tergesa-gesa menaiki kereta lalu mengejar lelaki terbabit.

“Saya mengekori anak dengan menaiki kereta kerana bimbang keselamatannya.

“Bagaimanapun, ketika tiba di tempat kejadian, saya melihat suspek sudah berada di dalam longkang dan mengalami kecederaan parah akibat merempuh kereta anak yang berhenti di simpang jalan,” katanya. HM

Selama ini UMNO Yang Kurung Islam ?

19 Rabiulawal 1432H. [MOD] -
ALOR SETAR - Pas mendakwa Islam di negara ini ’dikurung’ di pejabat agama, malah skopnya juga disempitkan demi mempertahankan sistem sekular warisan penjajah. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Islam hanya tertumpu kepada sembahyang, puasa, perkahwinan dan zakat, berbeza dengan pendekatan kepimpinan yang diamalkan Rasulullah SAW.

Menurutnya, selain menghakis Bahasa Melayu sebagai ‘jiwa’ bangsa, UMNO dan BN juga gagal mengurus ekonomi negara sehingga berlaku penyelarasan harga barangan yang bebankan rakyat. “Kekayaan negara hanya berpusing dalam kalangan pemimpin atasan mereka sahaja dan tauke-tauke yang berkepentingan.

“Orang Melayu kena sedar, bila pilihan raya, tauke-tauke besar bagi duit kepada UMNO. Bila habis pilihan raya, harga barang diselaraskan sebab nak tolong tauke dia yang tolong dalam pilihan raya,” katanya sewaktu menyampaikan ceramah di hadapan kira-kira 30,000 rakyat di perkarangan Kompleks Pas, Kota Sarang Semut, dekat sini, malam kelmarin.

Turut serta berceramah pada malam kemuncak Himpunan 30K Dewan Pemuda Pas itu adalah Timbalannya, Nasharuddin Mat Isa; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abd Razak dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Azman Shapawi Abdul Rani. Abdul Hadi turut mengingatkan UMNO agar mengambil iktibar dari kejatuhan pemerintah Tunisia dan Mesir akibat kebangkitan rakyat yang ditindas pemerintah.

“Rakyat ni umpama ’spring’, sekiranya orang yang tekan spring sudah tidak mampu menahannya, spring itu akan naik ke muka orang yang menekan dan mencederakannya. “Sebelum UMNO dimalukan dengan kejatuhan sebegitu, mereka perlu beri padang sama rata kepada parti politik lain dalam pilihan raya, agar kejatuhan mereka lebih bermaruah,” katanya.

Abdul Hadi berkata sudah tiba masanya Pas menggantikan UMNO untuk memerintah negara ini. Beliau mendakwa, parti itu terbukti tidak mampu membawa keadilan Islam untuk rakyat semua kaum dengan sistem penjajah yang diwarisi mereka. “Lebih memburukkan keadaan, sistem sekular itu sendiri merosakkan Islam dan sebagai buktinya umat Islam di Malaysia masih lemah walaupun dipimpin orang Islam sejak negara beroleh kemerdekaan.

“Kelemahan itu disebabkan kepimpinan Malaysia ini mewarisi pemikiran penjajah barat, pemimpin negara tidak berperangai Islam, tidak boleh tolong orang Islam, tidak boleh tunjuk contoh baik kepada orang bukan Islam,” katanya.

Justeru, Abdul Hadi mahu jentera Pas bekerja kuat untuk memastikan Pakatan Rakyat (PR) menggantikan UMNO pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. “Pertahankan Kedah. Kalau Kedah dan Kelantan tidak diperkuatkan, hendak pergi Putrajaya macam mana? “Jangan cakap sahaja hendak Putrajaya, kerja malas, daftar pengundi tak buat, ceramah datang berbatu-batu, tapi nama daftar pemilih tidak wujud,” katanya./SH

Artis Daphne Iking peluk Islam

19 Rabiulawal 1432H. [MOD] -
Masih ingat artikel penulis yang bertajuk Daphne Iking: Siapa Yang Curang? Di dalam artikel tersebut penulis ada menyentuh mengenai tragedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu yang berlaku antara Daphne, 32, dan bekas suaminya, Ryan Chong Yiing Yih, 32.

Isu kes saman peribadi bekas suami Daphne terhadap lelaki yang dikatakan menjadi punca keruntuhan rumah tangga mereka, Darren Choy,45, kini masih rancak berlangsung di mahkamah.

Belum tahu apa kesudahannya kerana perbicaraan ini seringkali tertunda gara-gara kerjasama yang tidak memberangsangkan daripada pihak tertuduh.

Justeru, kita tinggalkan seketika isu turun naik mahkamah ini, kerana ada sesuatu yang lebih menarik tentang pelakon dan model popular ini untuk dikongsi bersama para peminat.

Bukan isu menghadiri kursus kahwin di Sabah baru-baru ini dan juga bukan cerita hubungan cintanya dengan seorang jejaka Melayu.

Namun apa yang lebih menarik minat penulis ialah isu Daphne Sudah Peluk Islam! Dikhabarkan, semasa Anugerah Sri Angkasa 2010,baru-baru ini jutaan rakyat Malaysia telah mendengar Daphne Iking menyebut “MasyaAllah” dan “Assalamualaikum”.

Bukanlah sesuatu yang mustahil apabila ada selebriti kita yang memeluk agama Islam. Namun, jika benar bagai dikata, penghijrahan wanita ini ke arah sesuatu yang jauh lebih positif wajar diberikan kredit.

Daphne sebelum ini pernah menceritakan tentang dirinya yang cuba berpuasa di bulan Ramadhan. Bukan setakat itu, anaknya Isobel juga sering mengikut pembantu rumahnya yang beragama Islam bersolat dan mengamalkan cara hidup Islam.

Beliau tidak pernah sama sekali melarang wanita Indonesia itu mengajar anaknya mengucap dua kalimah syahadah kerana percaya tidak kira walau agama apa sekalipun,perkara pokok ialah takut kepada tuhan.

Kepada Daphne, jika benar sudah memeluk agama suci ini, jutaan TAHNIAH penulis ucapkan. Kami amat mengalu-alukan kehadiran anda sebagai saudara baru! - MD

Lori beras terbalik di lebuhraya

19 Rabiulawal 1432H. [MOD] -
Orang awam ber'mewah'an mengutip beras yang tumpah di lebuhraya Utara-Selatan di KM394 berdekatan dengan Tanjung Malim.

Treler yang membawa kargo berisi beras telah bertembung dengan lori, akibatnya penduduk berdekatan dan pemandu kenderaan menyetai acara 'free-for all' ini.


ORANG ramai dan penduduk kampung berhampiran tidak melepaskan peluang mengutip beras yang bertaburan di jalan raya selepas sebuah lori membawa muatan beras terbalik di Lebuh Raya Utara Selatan, berhampiran Tanjung Malim, hari ini.

Beberapa minggu dahulu wang 'syiling' bertaburan di leburaya......akibatnya pemandu motor/kereta' ber'pesta' dengan durian runtuh tersebut.

Tanpa memikirkan keselamatan diri......tanpa memikirkan halal haram......dek memikirkan 'ah !!!!! orang lain pun sama jugak'.....maka majoriti turut serta dalam acara 'tanpa disangka-tanpa diduga' kerana seoronok 'makan free'.

Inilah budaya sebahagian rakyat Malaysia yang telah berjaya diajar oleh Umno selama kurang lebih 54 tahun Merdeka......alahai...........harta negara harta aku......harta orang harta aku.

Restoran di Kota Baru diharam sediakan shisha

19 Rabiulawal 1432H. [MOD] -
TERKINI @ 08:49:39

KOTA BARU, 22 Feb — Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) melarang kedai-kedai makan dan restoran menyediakan shisha untuk menarik pelanggannya meskipun Majlis Fatwa Kebangsaan belum mengeluarkan hukum mengenai pengharaman penggunaannya.

Setiausaha MPKB, Mohd Anis Hussein berkata peraturan itu tertakluk di bawah Undang-Undang Kecil MPKB.

Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya akan memperhebatkan gerakan membanteras penyediaan shisha di tempat-tempat berkenaan.

“Kita tetap tidak benarkan mana-mana restoran dan kedai makan di kawasan MPKB menyediakan shisha kepada pelanggan-pelanggannya,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas rungutan sesetengah pihak yang mempersoalkan tindakan pihak berkuasa itu menjalankan operasi merampas peralatan itu di restoran sejak kebelakangan ini.

Laporan Agensi Antitembakau Perancis (OFT) yang memetik penyelidikan sebuah makmal Kebangsaannya baru-baru ini menyebut shisha melepaskan gas karbon monoksida yang sama banyak dengan menghisap sebanyak 52 batang rokok.

Menghisap shisha dikatakan lebih berbahaya daripada menghisap 102 batang rokok dan asap yang terhasil dari shisha merupakan sumber utama pencemaran udara di kawasan tertutup seperti restoran dan kafe.

Sementara itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berkata Majlis Fatwa Kebangsaan belum memutuskan lagi hukum penggunaan shisha di negara ini.

Katanya, pihak berkuasa agama Islam negeri ini belum membuat sebarang keputusan dan pendirian tentang hukum berhubung pengguna bahan itu.

“Oleh kerana isu penggunaan bahan itu melibatkan isu nasional, kita sedang menunggu keputusan mengenainya yang akan dibuat menerusi muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan.

“Ini untuk mengelakkan percanggahan pendapat yang boleh mengundang kekeliruan di kalangan umat Islam,” katanya.

Majlis Fatwa Kebangsaan turut dianggota semua mufti negeri, termasuk Kelantan. – Bernama

Perkasa: Dakwaan Hindraf biadap, kami bukan alat Umno

19 Rabiulawal 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 22 Feb — Datuk Ibrahim Ali membuat laporan polis terhadap ketua Hindraf P. Waytha Moorthy berhubung surat yang dihantar pemimpin itu kepada 21 pertubuhan dan individu antarabangsa, yang antara lain mendakwa Perkasa sebagai alat Umno untuk menimbulkan huru-hara pada 27 Februari ini.

Laporan polis dibuat di Balai Polis Dang Wangi di sini petang ini.

“Isi kandungan surat tersebut mengandungi fitnah yang tidak bertanggungjawab seperti tuduhan terhadap Perkasa dan Pekida sebagai alat Umno untuk menimbulkan huru-hara pada 27 Februari ini, yang mana Hindraf yang merupakan sebuah pertubuhan haram akan mengadakan perhimpunan perarakan haram.

“Perkasa tidak ada kena-mengena dengan Umno dan Perkasa adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan atau NGO yang halal di sisi undang-undang dan tidak pernah menganjurkan perhimpunan jalanan ekstreme,” kata Ibrahim dalam laporan polis, yang salinannya diberikan kepada media hari ini.

Ibrahim (gambar) yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, Perkasa bukan pertubuhan ekstreme dan tuduhan Waytha Moorty adalah berunsur “jahat, biadap dan terkutuk.”

“Perbuatan seorang yang saya kira penjahat yang tidak layak menjadi warganegara Malaysia,” katanya.

Kata Ibrahim, Perkasa mahu polis mengambil tindakan undang-undang tanpa bertolak ansur terhadap mana-mana pihak yang terlibat menganjurkan cadangan perhimpunan haram 27 Februari ini.

Malah kata Ibrahim, selaku Presiden Perkasa beliau akan menjawab segala tuduhan dibuat oleh Waytha Moorthy dan akan menghantar surat kepada kesemua 21 orang, yang dihantar surat oleh pemimpin Hindraf itu, bagi membersihkan nama baik kerajaan kerajaan, rakyat Malaysia dan Perkasa serta Pekida.(MInsider)

Gempa New Zealand 65 terbunuh, pelajar Malaysia selamat

19 Rabiulawal 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 22 Feb — Pelajar Malaysia di Christchurch, bandar raya kedua terbesar di New Zealand yang dilanda gempa bumi berskala 7.3 hari ini hanya dapat berhubungan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

“Keadaan di bandar raya ini (Christchurch) agak teruk dengan 65 kematian dilaporkan setakat ini. Hubungan telefon tidak berapa baik, sukar menghubungi orang lain, kami hanya dapat menghantar SMS,” kata Presiden Persatuan Pelajar Malaysia Canterbury (CMSA), Poh Eng Eu kepada Bernama melalui e-mel.

Beliau yang berasal dari Petaling Jaya berkata rumah yang didiaminya turut bergegar. Terdapat sejumlah masyarakat Malaysia di Christchurch.

Poh berkata selepas gempa berlaku, beliau dihujani dengan panggilan telefon dan SMS daripada ahli keluarga dan sanak-saudara pelajar dari Malaysia dan negara lain. Kesemua rakyat Malaysia termasuk 390 pelajar di Christchurch dilaporkan selamat.

Timbalan Menteri Luar, Senator A. Kohilan Pillay berkata pegawai di Kedutaan Malaysia di Wellington telah diarahkan ke Christchurch untuk memantau keadaan dan membuka bilik gerakan di sana.

“Pegawai dari Wisma Putra juga sudah diarahkan berbuat demikian. Kita akan membuka pusat operasi dan talian juga akan dibuka bagi membolehkan kita mendapat maklumat dari semasa ke semasa dari mereka yang berada di sana,” katanya kepada Bernama.

Beliau memaklumkan pelajar Malaysia mengikuti pengajian di tiga universiti di Christchurch iaitu Canterbury, Universiti Otago dan Lincoln. — Bernama

Gegaran kecil berlaku di Pusat Bandar Damansara

19 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

PETALING JAYA 22 Feb. - Satu gegaran kecil berlaku di dua daripada enam blok bangunan di kawasan sekitar bangunan pejabat di Pusat Bandar Damansara di sini tengah hari tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang ramai mengenai berlakunya gegaran kira-kira pukul 12.45 tengah hari.

"Setibanya di lokasi, orang ramai di bangunan tersebut serta bangunan berhampiran telah mula menyelamatkan diri ke kawasan tanah lapang.

"Mereka mendakwa berlakunya gegaran di tingkat enam bangunan A dan E yang menempatkan sebuah kolej (Kolej Universiti MAHSA),” katanya.

Beliau berkata, pihaknya kemudian melakukan operasi pemantauan di tingkat lima, enam dan tujuh bangunan tersebut bagi mengesan sebarang gangguan namun tiada sebarang kerosakan harta benda berlaku

Pantai Lekir tercemar teruk: CAP

19 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

GEORGETOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini mendakwa kawasan perairan di Pantai Lekir di Sitiawan, Perak, kini tercemar teruk sehingga mengancam hidupan laut.

Presidennya,SM Mohamed Idris berkata pencemaran itu dipercayai akibat aktiviti pembuangan sisa industri oleh dua buah kilang iaitu ialah kilang sarung tangan dan kilang kelapa sawit di Sitiawan yang beroperasi sejak 10 tahun lalu. "Aktiviti pembuangan sisa industri ke kawasan laut mengakibatkan air sungai dan laut menjadi busuk dan dipenuhi dengan sisa bahan kimia yang mengancam hidupan laut dan menjejaskan pendapatan lebih 200 nelayan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohamed Idris berkata, golongan nelayan berpangkalan di Sungai Tiram dan Parit Haji Dolah mengadu kepada CAP dan mendakwa pendapatan mereka merosot dari RM150 kepada hanya RM60 sehari akibat masalah pencemaran itu yang mengancam hidupan laut seperti ikan, udang dan siput.

Beliau berkata, CAP kesal dengan masalah berlarutan selama lebih 10 tahun itu dan menggesa kerajaan mengambil tindakan segera mengikut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.BH/-

65 maut dalam gempa di Christchurch

19 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

CHRISTCHURCH, New Zealand: Gempa bumi kuat mengegarkan satu daripada bandaraya terbesar New Zealand hari ini, menyebabkan bangunan runtuh dan bas terhempap dan sekurang-kurangnya 65 orang maut dalam bencana alam terburuk negara itu.

Ia adalah gempa bumi kedua terkuat yang melanda Christchurch, bandaraya dengan 350,000 penduduk, dalam tempoh lima bulan walaupun gegaran bermagnitud 6.3 itu menyebabkan lebih banyak kerosakan berbanding gempa bumi bermagnitud 7.1 pada September tahun lalu. “Kemusnahan teruk boleh dilihat... Ini mungkin hari paling malang bagi New Zealand," kata Perdana Menteri, John Key. - AP

Christchurch seperti zon perang

19 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Seperti zon perang. Itulah gambaran yang diberi pelajar Malaysia di Christchurch, New Zealand selepas gempa bumi dengan kekuatan 6.3 magnitud melanda wilyah itu hari ini.

"Keadaan seperti kena bom dan seolah-olah berada di zon perang. Saya tercampak beberapa meter dari tempat bekerja hingga menyebabkan kaki saya lebam teruk serta kasut koyak," kata Abdullah Mohd Nawi ketika dihubungi Bernama. Pelajar ijazah Doktor Falsafah (PhD) Universiti Canterbury itu berkata, beliau sempat berlindung di bawah meja bagi mengelakkan dihempap oleh benda yang jatuh.

"Sebaik keluar dari bangunan itu, saya agak hilang arah dan tidak tahu hendak ke mana, rasa takut jangan cakaplah apatah lagi apabila melihat keadaan sekeliling orang berlari-lari untuk selamatkan diri serta bunyi siren bomba, polis dan ambulans," katanya.

Beliau berkata, orang ramai berpusu-pusu melarikan diri ke kawasan lapang bagi mengelakkan diri daripada ditimpa runtuhan bangunan jika berlaku gempa susulan.

"Ketika itu, hendak jalan memang sukar kerana terpaksa mengharungi air yang keluar di sebalik rumput akibat gempa bumi dan difahamkan ia adalah air kumbahan yang pecah di bawah tanah dan bayangkan situasi ketika itu yang amat busuk," katanya.

Beliau juga dapat melihat beberapa orang yang masih terperangkap dalam bangunan meminta tolong dengan melambai-lambai menggunakan baju supaya dapat dilihat oleh pihak penyelamat.

Abdullah bagaimanapun tetap bersyukur kerana selain beliau, isteri serta dua anaknya yang berada di kediaman mereka juga terselamat.

Kejadian gempa yang melanda pada waktu tengah hari waktu tempatan itu menyebabkan sekurang-kurangnya 65 terbunuh serta ramai terperangkap dalam bangunan yang runtuh.

Bagaimanapun Wisma Putra melaporkan semua rakyat Malaysia termasuk 390 pelajar berada dalam keadaan selamat.

Ini adalah kali kedua bandar raya itu dilanda gempa bumi dalam tempoh enam bulan, selepas gegaran sekuat 7.1 magnitud pada September lalu yang mengakibatkan kerosakan serius pada bangunan dan infrastrukturnya.

Sementara itu, bekas editor bersekutu The Star, Hah Foong Lian yang mengikuti pengajian peringkat PhD di sana berkata beliau tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Saya berada dalam keadaan baik. Agak terkejut dengan kejadian itu. Rumah yang saya diami juga masih utuh, tetapi di hujung jalan seorang wanita terbunuh di bawah runtuhan kedai buku," katanya menerusi emel kepada Bernama.

Katanya, laporan media menyebut 65 terbunuh manakala 100 lagi dipercayai terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

Seorang lagi pelajar PhD dari Universiti Lincoln, Tuan Ahmad Tuan Ismail berkata, situasi di sekitar bandar Lincoln yang terletak kira-kira 20 km dari Christchurch agak huru-hara.

"Jalan raya sesak, ada kawan saya tereprangkap dalam kereta selama tiga jam semasa hendak ambil anak dia di tadika...situasi kacau-bilau apatah lagi sudah keluar arahan darurat yang mana semua kena duduk di rumah dan tidak dibenarkan keluar," katanya.

Katanya, semua kedai dan pasar raya juga ditutup berikutan kejadian itu.

"Nasib baiklah saya baru beli baru-baru (keperluan harian) ini jadi adalah sedikit stok makanan," katanya. - BERNAMA

Juruteknik cedera parah ditetak isteri dipercayai cemburu buta

19 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

IPOH: Seorang Juruteknik Jabatan Kerja Raya (JKR) bukan saja parah ditetak dengan pisau pemotong sayur oleh isterinya yang dipercayai akibat cemburu buta tetapi dikurung di dalam rumah supaya mangsa tidak boleh mendapatkan rawatan dan meminta bantuan polis.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.10 malam di rumah mereka di Taman Pinji Ria, Pengkalan, di sini, Jumaat lalu, mangsa dikatakan cuba ditetak di lehernya tetapi berjaya dihalang menggunakan tangan kiri mengakibatkan otot tangannya itu putus hingga tiga jarinya tidak dapat digerakkan selain menerima 15 jahitan. Tidak cukup dengan itu, suami berusia 30 tahun itu didakwa turut menerima ugutan bunuh daripada isterinya yang berusia 24 tahun ketika sedang dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), keesokan harinya.

Mangsa yang baru keluar dari wad kelmarin dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh petang semalam, mendakwa kejadian berlaku selepas isterinya menyatakan tidak mempercayai beliau selepas mendengar cerita dari sepupunya bahawa mangsa seorang kaki perempuan dan pernah membawa balik wanita ke rumah sebelum mereka berkahwin kira-kira setahun lalu.

Dalam laporannya, mangsa mendakwa menelefon sepupunya yang kemudian menafikan ada memberitahu isterinya mengenai cerita berkenaan menyebabkan isterinya tidak berpuas hati dan terus ke dapur mengambil pisau.

"Saya hanya terdiam dan ketawa kerana memikirkan isteri saya hanya bergurau tetapi tekaan saya salah dan ayat terakhir daripadanya sebelum menetak saya ialah `abang sudah melampau'," katanya dalam laporan itu.

Mangsa berkata, dirinya diselamatkan oleh polis yang membawanya ke HRPB selepas berjaya membuat panggilan ke nombor 999 tetapi tidak faham kenapa polis tidak menahan isterinya ketika itu.

Sementara itu, mangsa yang ditemui mendakwa, isterinya seorang panas baran dan cemburu buta sepanjang perkahwinan mereka menyebabkan banyak berlaku perselisihan faham antara mereka.

"Walaupun sering bergaduh, saya masih sayangkan dia dan sentiasa berdoa sikapnya berubah. Memang sebelum ini saya dimaki hamun dan disepak terajang tetapi ia tidak pernah mengurangkan rasa kasih saya terhadapnya.

"Saya juga terkilan kerana sepanjang terlantar di HRPB, isteri saya tidak pernah menjenguk saya walaupun dia bertugas di hospital berkenaan," katanya.

Ketika ditanya adakah dia akan menceraikan isterinya berikutan kejadian itu, mangsa berkata dia masih sayang dan mahu memberi peluang kepada isterinya untuk berubah walaupun isterinya itu sebelum ini mahu berpisah.

"Saya tidak fikir penceraian sebagai jalan penyelesaian. Biarlah insiden yang menimpa saya ini menjadi pengajaran kepada yang lain sekali gus menginsafkan isteri saya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias, yang mengesahkan laporan itu berkata, isteri mangsa turut membuat laporan polis di Balai Polis Pasir Putih di sini, selepas kejadian itu.

Berikutan itu, katanya, polis masih menyiasat kes berkenaan sebelum mengambil sebarang tindakan.BH/-

Syed Ibrahim calon BN untuk PRK DUN Kerdau

19 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

TPM umumkan Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Ahmad, sebagai calon BN untuk PRK DUN Kerdau pada 06/03 ini

“RISALAH ISKANDAR SHAH DALAM KENANGAN”

19 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

Risalah Iskandar Shah ialah kitab agama tulisan jawi yang telah dikarang sendiri oleh
Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar Shah, Sultan Perak yang ke 30. Kitab
yang dihasilkan sekitar 1920-1921 ini membicarakan persoalan tauhid, feqah dan tasauf
serta mengandungi pengajaran, peringatan dan mutiara nasihat yang amat berharga
daripada seorang pemerintah negeri kepada rakyatnya.

Persatuan Waris & Kerabat Negeri Perak (PWKNP) berpendapat khazanah warisan
negeri Perak ini wajar diketengahkan semula, lebih-lebih lagi dalam suasana umat Islam

meraikan Maulidur Rasul, kerana ia mempamerkan ketaatan yang luar biasa seorang
pemerintah negeri kepada Tuhannya serta perasaan kasih sayang dan tanggungjawab
yang mendalam terhadap rakyat yang baginda naungi. Ini ketara dari doa almarhum yang
termaktub di dalam kitab ini – doa seorang Sultan pemerintah negeri yang menganggap
dirinya seorang hamba yang faqir di sisi Allah.

“Ya Allah, Ya Tuhanku, selamatkan isi negeri Perak dan negerinya dan Engkau jauhkan
dari segala bala dunia dan akhirat. Hai Tuhanku, bukakan hati kami, hamba-hamba
Engkau di dalam negeri Perak, taat menjunjung titah Engkau, Ya Allah. Engkau
panjangkan umur sekeliannya, taat mengerjakan yang Engkau suruh dan merentikan
yang Engkau tegah.

Ya Allah, Ya Rabb, Ya Junjunganku, Engkau kabulkan permintaan hambaMu, Iskandar
Shah.”
Faqir,Iskandar Shah,
Sultan Negeri Perak.

(muka surat 102-103, Risalah Iskandar Shah).
Dengan ini PWKNP menjemput pihak media ke sidang media anjuran kami dengan
butiran seperti berikut:

Masa, Hari & Tarikh : 9.30 pagi, Khamis, 24 hb Februari, 2011
Lokasi : Baitul-Izz,
No 1A, Jalan Istana,
Bukit Chandan,
33000 Kuala Kangsar,
Perak Darul Ridzuan.
(berhadapan Masjid Ubudiah)
Biro Penerangan & Publisiti,
PWKNP.

safarizal saleh

Kerdau: PAS tidak bimbang Umno dakwa Felda kubu kuat mereka

19 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 22 Feb: "Kami akan terus mendedahkan penyelewengan dalam pengurusan Felda yang melibatkan pemimpin Umno," kata Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman.

Beliau berkata demikian dalam reaksinya terhadap Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan yang mendakwa kawasan tanah rancangan Felda merupakan kubu kuat Umno.

"Umno boleh terus mendakwa apa sahaja yang mereka mahu, tetapi Anak mengambil tanggungjawab untuk terus menyedarkan masyarakat peneroka sama ada di Felda atau Fecra tentang hak-hak mereka yang telah dikhianati selama puluhan tahun.

"Kami akan meneruskan siri pendedahan ini di Kerdau dengan usaha yang lebih gigih lagi..di kawasan Ahmad Maslan kata kubu kuat mereka (Umno)," tambah Mazlan yang juga Pengerusi Lujnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.

Selain itu, walaupun Ketua Penerangan Umno itu cuba mengaitkan kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tenang baru-baru ini yang menyaksikan Umno menang di semua tanah rancangan Felda sebagai bukti peneroka masih memilih Umno, Mazlan berkata beliau tidak gusar dengan perkembangan tersebut kerana tidak mencerminkan realiti sebenar.

Sebaliknya beliau menyifatkan kemenangan yang diukur dalam sebuah PRK seperti itu hanya kemenangan palsu.

"Mereka menang dengan sogokan serta menakutkan para peneroka dengan pelbagai ugutan, adakah kemenangan seperti itu boleh menjadi ukuran tepat kawasan tersebut kubu kuat atau tidak.

"Saya cabar Umno turun dalam kempen pilihan raya sebagai anak jantan, tidak mengunakan jentera kerajaan dan membuka peluang sama rata...kita tengok selepas itu Felda kubu kuat siapa," ujar beliau.

Kata Mazlan lagi, dalam PRK juga PAS dan Pakatan Rakyat pernah kalah di kawasan-kawasan bandar dan kampung tradisi seperti di Galas dan Hulu Selangor.

"Kalau mengikut ukuran itu, bukan sahaja Felda kubu kuat Umno, kampung tradisi dan bandar juga kubu kuat Umno, tetapi dalam pilihan raya umum Pakatan Rakyat menang di kawasan tersebut dan Umno kalah. Jadi Ukuran dalam PRK ini tidak semestinya tepat," kata beliau.

Tambah Mazlan, dalam PRU 2008 lalu juga menyaksikan peningkatan sehingga 40 peratus undi daripada peneroka kepada PAS dan Pakatan Rakyat di beberapa kerusi dalam negeri Johor walaupun negeri itu sering dikatakan kubu kuat Umno.

Hari ini Ahmad dalam lawatan ke Felda Jengka 22 - satu daripada tiga kawasan Felda yang terletak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau dilaporkan berkata peneroka Felda amat menyokong kerajaan kerana banyak usaha dilakukan bagi membantu mereka.

PRK DUN Kerdau akan diadakan pada 6 Mac ini ekoran Adunnya, Datuk Zaharuddin Abu Kasim meniggal dunia pada 12 Februari lalu akibat serangan jantung.

Terdapat tiga kawasan rancangan Felda di DUN Kerdau iaitu Jengka 22, Jengka 23 dan Jengka 25 yang pengundinya berjumlah 3,011 orang.

Selain itu Kerdau meliputi kawasan pinggir bandar, kampung tradisional Melayu, estet, pekan lama dan sebuah Fecra.

Mengulas lanjut, Mazlan berkata, pihaknya akan memberi tumpuan khusus dalam kawasan Felda sebagaimana dilakukan dalam PRK-PRK kecil sebelum ini.

"Apa yang lebih penting kita mahu menyampaikan maklumat sebenar kepada para peneroka, lambat laun saya percaya mereka akan membuka mata dan bangkit membuat perubahan," katanya.

Bagaimanapun ditanya peluang mendapatkan undi peneroka dalam PRK Kerdau tidak lama lagi, Mazlan berkata beliau optimis peneroka mampu membuat kejutan, malah katanya ia pernah dilakukan oleh peneroka khususnya di Pahang ketika Pilihan Raya Umum pada tahun 1999.

"Dun Jengka, Dun Chini,Dun Tahan dan Dun Penor yang diliputi kawasan-kawasan Felda pernah di menangi oleh PAS dalam pilihan raya itu. Ini sekaligus membuktikan Felda bukan lah kubu kuat Umno cuma mereka (peneroka) ditekan, dikongkong dan cuba dipisahkan dari dunia luar," kata Mazlan.

Harakahdaily/-

Mee segera hingga bila-bila

19 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

PENGUMUMAN projek baru dan pemberian berbagai perkara oleh kerajaan Barisan Nasional berlaku dalam setiap pilihan raya umum dan pilihan raya kecil sejak selepas merdeka.

Hadiah rasuah politik itu kini dikenali sebagai projek mee segera. Tetapi ia tidak pernah dikenali sebagai projek mee segera hinggalah berlangsungnya Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terangganu yang dimenangi calon PAS, Mohamad Abdul Wahid Endut tidak lama selepas Pilihan Raya Umum yang lalu.

Dalam kempen di Kuala Terengganu itu, Datuk Seri Najib, masih lagi Timbalan Perdana Menteri masa itu mengisytiharkan, tiada lagi projek mee segera dibuat melalui kempen pilihan raya.

Pengumuman tentang mee segera oleh Datuk Najib itu, secara berani mengakui adanya amalan pemberian mee segera dalam setiap pilihan raya sebelum itu.

Tanpa menyatakan ia adalah satu perbuatan tidak bermaruah dalam pilihan raya, ia adalah untuk menyatakan bahawa perbuatan itu adalah tidak bermaruah, melanggar susila budaya pilihan raya dan ia adalah bersemangat rasuah.

(Gambar fail: Projek mee segera di Tenang)

Jika selama ini dibiar jalan di kampung berlubang dan berlopak, tetapi sebaik mati wakil rakyat jalan pun bertar – baru dan licin jalannya. Selama ini dibiarkan kantin sekolah dengan keadaan yang uzur, maka pada kempen PRK dikeluarkan bantuan segera membaharui bangunan kempen.

Dalam tahun 60an dulu ada kampung yang tidak ada bekalan air dan api dihantar alat-alat bagi membina projek itu menjelang pilihan raya atau sebaik bermula kempen pilihan raya. Orang dapat melihat berlonggok-longgok peralatan itu di tepi jalan.

Ada tempatnya bahan itu terus berlonggok di situ sehingga lama selepas pilihan raya, projek itu tidak pernah tiba. Dan ada pula di kawasan yang calon parti kerajaan kalah, bahan yang dilonggokkan itu dipunggah dibawa balik ke tempat asalnya. Projek mee segera itu tidak jadi dilaksanakan kerana pengundi kononnya tak mahu projek itu. Itulah sebabnya mereka tidak mengundi calon parti kerajaan.

Sehinggalah dalam kempen PRK di Kuala Terangganu yang Datuk Najib berkempen di kawasan yang ibu saudaranya – adik Tun Razak – sebok JKR menurap jalan dan sebagainya bagi menarik sokongan pengundi. Ia tidak dibuat sebelum kempen itu tetapi diadakan secara tiba-tiba bila tiba-tiba ada pilihan raya.

Itulah yang dikatakan projek mee segera. Mee segera itu ialah mee yang boleh diperolehi dan dimakan masa itu juga. Ia bukan mee yang sudah dimasak. Tetapi ramuan mee yang disediakan dalam kotak khas, dibeli dan dituang air panas dan boleh dimakan ketika itu juga.

Kata Najib, projek mee segera itu tidak akan ada lagi.

Orang pun tahu semua pengumuman mengenai projek secara tiba-tiba itu dipanggil projek mee segera. Dan calon BN Kuala Tereangganu itu kalah. Sebelumnya wakil rakyat BN yang mati itu dua kali menang di situ.

Orang pun menyangka seperti hendak bermulalah kempen pilihan raya yang sihat dan akan wujudkan kerajaan yang sihat. Kalau Najib nanti jadi Perdana Menteri, tiada lagilah barang-barang seperti mee segera itu.

Tetapi bila Najib menggantikan Abdullah Badawi, penyakit mee segera menjadi-jadi lebih teruk dari sebelumnya.

Dalam pilihan raya kecil di Manek Urai hampir dua tahun lalu, tidak pernah terfikir penduduk di situ untuk membina jambatan menyambung dua bahagian pekan. Tiba-tiba di tengah kempen itu menteri mengumumkan akan membina jamabatan di situ. Itulah janji projek mee segera.

Rancangan itu tidak ada. Ia diada-adakan saja. Sehingga ini belum ada apa-apa. Ia baru dikira sebagai satu wawasan. Entah bila hendak diadakan.

Dalam PRK di DUN Tenang baru-baru ini banyaklah kotak mee segera dibawa ke situ dan banyak pengumuman dan pemberian yang tidak pernah dibuat dan diberi kepada penduduk di situ disampaikan.

Makmur sekejap dan makmur segera penduduk kawasan itu oleh limpahan pemberian dan janji projek mee segera.

Sebaik selesai PRK Tenang orang beralih ke DUN Merlimau. Sebelum penamaan calon, mengikut Pengerusi badan pemantau pilihan raya bebas (Mafrel), Syed Ibrahim Syed Noh, jalan-jalan di DUN itu mula diturap belaka. Pengumuman projek baru pun menjadi-jadi, ikut sedap mulut menteri dan Ketua Menteri.

Santa Klaus BN itu bersepah-sepah di Merlimau dan setengahnya berkampung pula di Dun Kerdau, Pahang membawa kotak mee segera dan projek tiba-tiba.

Kata Syed Ibrahim, ia melanggar peraturan pilihan raya. Janji Najib tiada lagi projek mee segera sudah tidak dipedulikannya sendiri. Betullah dia seorang pawang memecah timba. Mee segera ada bila-bila selagi ada Umno dan BN.

Oleh : Subky Latif.

Ikhwan mahu Kabinet serba baru

19 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

KAHERAH: Pertubuhan Ikhwanul Muslimin Mesir menolak cadangan rombakan kerajaan semalam, sebaliknya menggesa pihak berkuasa mengetepikan saki-baki menteri Kabinet lama dilantik Hosni Mubarak.

Kelmarin, junta tentera menamakan beberapa tokoh yang tidak disenangi Hosni menduduki jawatan dalam kerajaan.

Bagaimanapun, jawatan penting seperti Menteri Pertahanan, Menteri Luar, Menteri Keadilan, Menteri Dalam Negeri serta Menteri Kewangan kekal di tangan tokoh lama.

Pada masa sama, junta tentera menyatakan, perlembagaan baru bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan dalam tempoh enam bulan hampir siap.

Perintah darurat akan ditamatkan sebelum pilihan raya berkenaan.

Pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin, Essam el-Erian, berkata rakyat mahukan Kabinet yang baru sepenuhnya dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Hosni.

“Jika mereka menawarkan jawatan, kami akan tolak kerana apa yang dituntut rakyat adalah kerajaan baru yang langsung tiada kena-mengena dengan rejim terdahulu,” katanya.

Metro/-

Menang di kampus petanda baik projek kuburkan BN

19 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 22 Feb: Kejayaan pelajar Pro Mahasiswa menguasai lapan daripada 13 kampus dalam pilihanraya semalam memberikan petanda baik kepada gerak kerja anti Barisan Nasional.

Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh dalam satu kenyataannya melalui twitter berkata, kemenangan itu adalah petanda baik (untuk Pakatan).

Dalam pilihan raya kampus semalam, kumpulan Pro Mahasiswa menguasai kampus Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Malaysia Sabah (UMS),

Universiti Sains Malaysia kampus Kubang Kerian (USMKK), Universiti Malaysia Sabah kampus Labuan (UMSL) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Hari ini pilihan raya untuk kampus Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Universiti Teknologi Mara (UITM) sedang berlangsung.

Pro-M dijangka akan menang di UIA kerana mereka telah berjaya merampas 14 kerusi tanpa bertanding dalam kampus itu.

Berbanding sesi lalu, pilihan raya kali ini menyaksikan Pro Mahasiswa mencatatkan sejarah dengan menawan kepimpinan MPP di beberapa universiti selepas tempoh yang lama dikuasai Pro Aspirasi.

Pro Mahasiswa dikaitkan dengan sokongan kepada pembangkang manakala Pro Aspiras lebih cenderung kepada parti pemerintah kerajaan pusat.

Harakahdaily/-

Aksi melatah bukan bahan gurauan

19 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

KAMPUNG CHAROK TALA - Setiap kali individu kerap melatah, dia sering mencuri tumpuan serta menjadi bahan usikan dalam mana-mana majlis hingga kadangkala memaksa mereka ditenangkan oleh rakan.

Seorang penduduk, Sara Hamid, 62, dari Kampung Kuala Jeneri berkata, secara kebetulan selain dirinya, sepupunya, Manis Man, 87, dan Siti Khatijah Sudin, 75, turut mengalami melatah.

Menurutnya, hinggakan apabila menghadiri majlis kenduri secara serentak, mereka tidak berani duduk berdekatan antara satu sama lain kerana takut aksi latah mereka akan berlarutan tanpa sedar.

“Jika diikutkan saya sendiri malu apabila melatah kerana terkeluar pelbagai aksi spontan tanpa sedar, apatah lagi apabila berada di khalayak ramai kerana orang akan ketawa sedangkan saya tidak tahu apa yang berlaku.

“Pernah terjadi satu peristiwa, saya tercampak anak kelima keluar tingkap kerana terkejut apabila lantai rumah tiba-tiba patah mujurlah ada jiran yang menyedarinya dan segera menyelamatkan anak saya,” katanya.

Sara berkata, dia sendiri tidak tahu sejak bila mula melatah kerana semuanya berlaku tanpa sedar, namun tahap melatahnya semakin teruk sejak akhir-akhir ini kerana ada kalanya boleh membahayakan nyawa.

“Mungkin ramai yang tidak percaya, disebabkan terkejut dengan kehadiran ular kapak ketika menoreh getah, saya tanpa sengaja terpegang kepalanya dan menggerakkan ular itu turun naik ke batang pokok getah itu, nasib baik saya tidak apa-apa.

“Bagi saya melatah bukan boleh dibuat bahan gurauan kerana orang tidak tahu, kami sering kepenatan terutamanya diusik dalam tempoh yang panjang tetapi mereka hanya mentertawakan sahaja,” katanya.

Rakannya, Rahmah Ahmad, 62, dari Kampung Masjid, berkata, dia juga turut mengalami nasib yang sama, walaupun seorang peramah tetapi kerana risau diusik dia sering memilih untuk duduk terasing daripada tempat orang ramai dalam majlis.

“Beberapa bulan lepas tangan jari tangan saya terkena mata kail ketika menemani anak pergi memancing, pada mulanya saya membuat keputusan duduk jauh tetapi sewaktu hasil tangkapan terkena pancing saya mempelawa diri untuk mengambil ikan.

“Mulanya tidak ada apa-apa berlaku, namun apabila terkejut melihat ikan bergerak-gerak tanpa sedar jari saya terkena mata kail dan terpaksa dibawa ke klinik untuk rawatan lebih lanjut,” katanya.

Menurutnya, masyarakat perlu lebih memahami keadaan mereka dan tidak mengusik mereka secara keterlaluan sehingga keadaan menjadi bertambah buruk.

Sinar Harian/-

Siapa terima 1.5 bilion saham khas Bumiputra

19 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

PETALING JAYA, 22 Feb: Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail menyeru Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengumumkan sepenuhnya penerima 1.5 bilion saham khas Bumiputra yang diagihkan dalam tahun 2010.

Mustapa juga, katanya diminta mengumumkan rombakan mekanisme dan penambahbaikan kepada sistem agihan dan pemantauan saham khas Bumiputra untuk mengelakkan penyelewengan yang mengakibatkan kehilangan RM52 bilion saham Bumiputra tidak berulang.

Oleh itu, tegasnya mekanisme yang sama yang telah menyebabkan kerugian RM52 bilion saham Bumiputra ini perlu dirombak sama sekali.

“Saya akan membawa perkara ini dalam sidang Dewan Rakyat yang akan datang untuk memastikan ketelusan dan pertanggungjawaban pihak-pihak yang terbabit,” ujarnya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, PKR ingin menarik perhatian rakyat kepada pengumuman terbaru yang dibuat oleh Mustapa Mohamad mengenai pengagihan saham khas bumiputra melalui tawaran awam permulaan (IPO).

Mustapa menyatakan bahawa kerajaan Umno BN telah berjaya meningkatkan ekuiti Bumiputra dalam sektor swasta ke aras 22%; sebahagian besarnya melalui pengagihan saham khas bumiputra yang dilaksanakan oleh kementerian beliau.

Katanya, rakyat sudah tentu merasa janggal apabila kerajaan Umno BN mendabik dada apabila hanya berjaya meningkatkan ekuiti Bumiputra ke tahap 22% dalam tahun 2011, sedangkan ia gagal mencapai sasaran 30% yang ditetapkan untuk tahun 1990.

Tambahnya, selepas 21 tahun dan penyelewengan saham berjumlah puluhan bilion ringgit atas nama Melayu dan Bumiputra, kini Umno BN tidak lagi memikirkan persoalan maruahnya dan akan sanggup mendabik dada walau sekelumit mana pun peningkatan ekuiti Bumiputra.

Walau bagaimana pun, ujarnya kebimbangan sebenar PKR adalah berhubung pengurusan agihan saham khas Bumiputra memandangkan skim agihan yang sama telah menyebabkan sejumlah RM52 bilion dari RM54 bilion saham yang diagihkan kepada Bumiputra lesap begitu sahaja, seperti yang diakui Perdana Menteri sendiri.

Menurutnya, dalam tahun 2010 sahaja, sebanyak 1.5 bilion saham dari 18 tawaran awam permulaan diagihkan kononnya kepada pelabur Bumiputra.

Tahun 2010 juga, ujarnya menyaksikan apungan saham yang terbesar akhir-akhir ini, termasuklah yang melibatkan Petronas Chemical Group Berhad pada harga tawaran RM5.05 setiap saham dan Malaysian Marine and Heavy Engineering Holding Berhad pada harga tawaran RM3.61 setiap saham.

Beliau menambah, jika sebahagian besar dari 1.5 bilion saham yang diagihkan kepada pelabur Bumiputra itu datangnya dari saham-saham syarikat Petronas, maka saham yang bernilai berbilion ringgit telah pun diagihkan kepada pelabur-pelabur yang berselindung di belakang nama Bumiputra.

“Mekanisme agihan inilah yang telah gagal sebelum ini hingga mewujudkan budaya politik naungan yang mencari jalan mudah mendapatkan saham dengan berselindung di sebalik alasan mencapai sasaran 30% ekuiti Bumiputra.

“Akhirnya, berpuluh-puluh bilion ringgit saham yang diagihkan kepada individu-individu berkepentingan dijual dengan segera untuk mendapatkan kekayaan mudah, lalu mewujudkan golongan elit kaya Melayu yang sebenarnya menjadi kaya dengan menindas orang Melayu terbanyak,” ujarnya.

Beliau percaya bahawa teras pengupayaan ekonomi Bumiputra perlu beralih dari kegilaan mencapai sasaran 30% ekuiti kepada fokus untuk meningkatkan pendapatan isi rumah keluarga Bumiputra.

Mereka, ujarnya membentuk 75% daripada anggaran 11 juta rakyat termiskin di negara ini yang hanya mendapat pendapatan bulanan purata sebanyak RM1,500 sebulan sahaja.

“Kegilaan dengan 30% sasaran ekuiti seperti yang dimainkan Umno BN tidak akan berjaya menangani kemelut ekonomi rakyat terbanyak Bumiputra dan akan terus disalahgunakan oleh golongan elit pemerintah dan niagawan,” katanya.

Harakahdaily/-

Libya dikuasai penunjuk perasaan

19 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

GAMBAR yang disiarkan di laman Facebook semalam menunjukkan penunjuk perasaan mengibarkan bendera di bandar Benghazi, Libya.

PARIS - Beberapa buah bandar di Libya termasuk Benghazi dan Sirte dikuasai para penunjuk perasaan anti-pemimpin Muammar Gaddafi selepas pasukan-pasukan tentera dikatakan berpaling tadah dengan menyertai tunjuk perasaan, kata Persekutuan Hak Asasi Manusia Antarabangsa (IFHR) semalam.

Badan itu turut menyatakan jumlah kematian sejak protes bermula adalah sekitar 100 hingga 400 orang.

"Banyak bandar terutama di wilayah pantai barat telah dikuasai. Anggota-anggota tentera juga turut serta dalam kebangkitan menentang Gaddafi," kata Ketua IFHR, Souhayr Belhassen.

Dia yang berpangkalan di Paris sebelum ini menyatakan bilangan yang terkorban ialah 233 orang.

Maklumat tersebut kebanyakannya diperoleh daripada organisasi hak asasi manusia Libya.

Sementara itu, para penunjuk perasaan membakar bangunan pemerintah dan menceroboh sebuah stesen televisyen kerana marah disebabkan anak Gaddafi, Saif al-Islam memberi amaran negara ini akan terjerumus ke kancah perang saudara dan dilimpahi darah.

"Libya kini berada dalam persimpangan. Jika kita tidak bersetuju hari ini mengenai pembaharuan, sungai berdarah akan mengalir melalui Libya," katanya dalam satu ucapan menerusi televisyen.

"Kita akan memegang senjata. Kita akan berjuang sehingga ke peluru yang terakhir. Kita akan memusnahkan elemen-elemen hasutan.

"Jika semua orang bersenjata, ia akan menjadi perang saudara. Kita akan saling berbunuhan sesama sendiri. Libya bukan Mesir. Ia (Libya) bukan Tunisia," tambahnya.

Beberapa jam selepas kenyataan itu, para penunjuk perasaan di bandar Tripoli menceroboh pejabat stesen televisyen dan bangunan pemerintah.

Gaddafi memerintah Libya selepas beliau melakukan rampasan kuasa aman semasa pemerintahnya, Raja Idris mendapatkan rawatan di luar negara pada 1 September 1969.

Kosmo/-

'Selangor Terkini' Ada Bukti Umno Terlibat

19 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 22 FEB: Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Faekah Husin hari ini mendedahkan bukti terbaharu bahawa Umno menjadi dalang menerbitkan akhbar 'Selangor Terkini'.

Dalam satu sidang media di Shah Alam hari ini, Faekah memberitahu penglibatan ADUN Kuang, Abdul Syukur Idris.

Katanya, Ahad lalu pihaknya mengesan kalendar Syukur diedar bersama akhbar tersebut kepada penduduk setempat.

Syukur sebelum ini menafikan terlibat dalam penerbitan akhbar itu.

Faekah juga mengesa polis menyiasat segera perkara ini kerana tindakan pihak yang menerbitkan akhbar ini jelas melanggar undang-undang apabila menggunakan lambang kerajaan negeri dan gambar Sultan Selangor.

Pihak kerajaan negeri juga bersedia menyediakan penyiasat persendirian bagi membantu polis menyiasat perkara ini.

Tv Selangor/-

AirAsia tawar 1 juta tiket murah

19 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 21 Feb. - AirAsia Bhd. (AirAsia) akan memulakan promosi Jualan Hebat (Big Sale) pada 22 Februari ini dengan tawaran terendah bagi sejuta tempat duduk untuk destinasi domestik dan antarabangsa.

Promosi tersebut bermula pada kadar serendah RM5 ke pelbagai destinasi laluan mereka.

Tempoh tempahan adalah dari 22 Februari hingga 27 Februari untuk penerbangan antara 13 September 2011 hingga 29 Februari 2012.

Promosi tersebut boleh didapati di www.airasia.com.

Selain laman web, promosi juga terdapat melalui mobile.airasia.com, aplikasi Blackberry AirAsia , aplikasi talian telefon android AirAsia serta aplikasi iPhone AirAsia.

Ketua Rantau Komersialnya, Kathleen Tan berkata, 'Big Sale' itu merupakan tanda penghargaan kepada pelanggan yang telah memberikan sokongan sejak tiga tahun lalu.

''Tawaran terhebat adalah tambang serendah RM5 ditawarkan ke pelbagai destinasi menarik dengan satu juta tempat duduk telah diperuntukkan untuk promosi itu.

''Promosi kami sering dinantikan oleh orang ramai. Melalui promosi Mind Blowing Fare dan kempen tempat duduk percuma pada 2010,

AirAsia telah mendapat sambutan menggalakkan dalam tempoh 24 jam.

''Berdasarkan beberapa maklum balas diterima daripada pelanggan yang menginginkan promosi sedemikian dan yakin bakal menerima sambutan memberangsangkan pada kali ini,'' katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

AirAsia turut melancarkan 'Bargain Hunters 101' yang merupakan senarai semakan sendiri pelanggan bagaimana untuk menempah pesawat secara efektif.

Bargain Hunters 101 boleh didapati di Facebook AirAsia dengan pelanggan hanya perlu 'Like' untuk memiliki kelebihan itu.

Berita baik buat Azizulhasni

19 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (kiri) dan Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong melawat Azizulhasni di Hospital Manchester Royal Infirmary di Manchester semalam.

MANCHESTER, England - Berita baik buat pelumba basikal trek negara, Azizulhasni Awang apabila disahkan boleh kembali berkayuh walaupun mengalami kecederaan selepas serpihan kayu tajam menembusi betis kirinya ketika beraksi dalam acara akhir keirin Siri Piala Dunia Klasik di sini, Sabtu lalu.

Hasil pembedahan di Hospital Diraja Manchester mendapati tiada anggota penting lain yang rosak atau tercedera.

Malah ketua jurulatih negara, John Beasley mengesahkan yang pelumba bimbingannya itu mampu dan sempat pulih untuk beraksi pada Sukan Olimpik 2012 di London nanti.

"Kebimbangan besar kami ialah jika ada kerosakan dalaman yang lebih teruk. Mujur ia tidak berlaku terutama selepas imbasan dilakukan dari semua sudut kecederaan itu," kata Beasley.

Bagi menyegerakan proses pemulihan, Beasley berkata, Azizul- hasni akan dibawa pulang terus ke Melbourne minggu depan.

Di samping itu, Beasley turut mengesahkan cabaran buat pelumba berusia 24 tahun itu musim ini sudah berakhir dan tiba masanya untuk berehat daripada kecederaan yang dialami itu.

"Memang dia terpaksa menanggung kesakitan yang amat sangat. Tetapi jelas dia begitu kuat semangat walaupun semala- man menjalani ujian imbasan dalam kesakitan.

"Namun, tumpuan kini ialah kepada usaha mengembalikan semula kecergasannya untuk Olimpik 2012. Seperkara lagi yang penting untuk dilakukan ialah menge- lak jangkitan kuman selepas pembedahan," tegas Beasley.

AZIZULHASNI menahan kesakitan apabila betis kaki kirinya tertusuk kayu pada saingan akhir keirin Siri Piala Dunia Klasik di Manchester, England kelmarin.

Pelumba Britain, Jason Quelly yang muncul juara Olimpik pada tahun 2000 pernah menerima nasib sama seperti Azizulhasni ketika beraksi di Edinburg pada 1996.

Quelly kini telah pun lama menarik diri daripada menyertai acara keirin selepas ditusuk serpihan kayu tajam yang lebih panjang daripada Azizulhasni iaitu 46 sentimeter.

Serpihan kayu yang menusuk betis Azizulhasni hanyalah sepanjang 20 sentimeter selepas terbabit dalam perlanggaran pada kelajuan tinggi dengan tiga pelumba lain ketika menuju ke garisan penamat.

Azizulhasni bagaimanapun sempat bangkit semula dalam keadaan serpihan kayu itu menembusi betisnya untuk menduduki tempat ketiga dan meraih gangsa, sekali gus ditabalkan sebagai juara keseluruhan keirin Piala Dunia musim ini.

Malangnya insiden itu menyebabkan dia tidak dapat beraksi di Kejohanan Trek Dunia di Apel- doorn, Belanda bulan depan.

Kosmo/-

Bank Islam perkenal Debit-i Visa

19 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 21 Feb. - Bank Islam Malaysia Bhd. (Bank Islam) hari ini melancarkan kad pelbagai guna yang menggabungkan ciri-ciri mesin juruwang automatik (ATM) dan kad visa yang dinamakan Debit-i Visa Bank Islam.

Setiap individu yang berumur 15 tahun ke atas yang mempunyai akaun semasa atau akaun simpanan (CASA) dengan Bank Islam dan berkeupayaan penuh untuk menguruskan akaun mereka, layak memohon kad tersebut.

Pengurus Besar Perbankan Pengguna Bank Islam, Khairul Kamarudin berkata, melalui kad Debit-i ini, pelanggan Bank Islam dapat menikmati kemudahan transaksi tanpa tunai atau sebarang kesulitan di mana-mana sahaja terutamanya di tempat kad Debit-i ini diterima.

Katanya, jumlah peniaga yang terlibat menggunakan kad tersebut dianggarkan melebihi 24 juta di seluruh dunia.

''Ahli kad debit tersebut juga bakal menikmati rebat tunai sebanyak 0.5 peratus bagi belian runcit yang dilakukan dengan menggunakan kad Debit-i Visa Bank Islam.

''Rakyat Malaysia kini boleh mengakses deposit mereka dengan lebih baik di mana generasi muda dapat menikmati manfaat kad pembayaran yang berfungsi seperti kad kredit dan kad ATM,'' katanya.

Kad Debit-i Bank Islam ini membolehkan ahli kad mengeluarkan wang tunai di semua mesin ATM MEPS di Malaysia.

Tambah Khairul, bagi pengeluaran wang tunai di luar negara, ahli kad boleh melakukannya di mesin ATM yang memaparkan logo Visa Plus.

''Pelancaran kad Debit-i ini yang mana pembayaran ditolak secara automatik daripada CASA ahli kad debit berkenaan akan menambah baik portfolio khidmat pembayaran yang kami tawarkan kepada para pelanggan kami," ujarnya.

Menurut Khairul lagi, kad Debit-i Visa Bank Islam tersebut membolehkan ahli kad melaksanakan transaksi seperti pembayaran bil, makan di restoran, sumbangan amal, berbelanja secara dalam talian, pembelian petrol, transaksi Tabung Haji atau tempahan tiket dengan menggunakan dana mereka sendiri dan bukan secara kredit.

''Kad Debit-i ini menawarkan pelbagai faedah kerana tidak mengenakan syarat pada pendapatan individu dan tiada sebarang caj pembayaran lewat," tambahnya.

Selepas setiap transaksi, jumlah yang dipotong secara automatik daripada akaun ahli kad akan tertera dalam penyata akaun mereka dengan segera tanpa caj keuntungan untuk membolehkan pengurusan akaun yang lebih efektif oleh ahli kad.

Khairul memberitahu, kad Debit-i, Bank Islam turut menyokong inisiatif kerajaan untuk mempromosikan transaksi tanpa tunai melalui penggunaan kad Debit-i sebagai jaminan keselamatan dan kemudahan ahli kad.

''Kami yakin akan ada peningkatan yang ketara dalam jumlah transaksi tanpa tunai oleh ahli kad kami dengan pelancaran kad Debit-i Visa Bank Islam ini,'' katanya.

Dengan pelancaran kad Debit-i, Bank Islam menyasarkan untuk menjadi pengeluar kad debit berlandaskan syariah nombor satu di negara ini.

Zunar: Contohi Bob Lokman, buang budaya takut

19 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

Saya mengucapkan syabas dan mengalu-alukan penyertaan pelakon/pencipta lagu Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman ke dalam Pakatan Rakyat melalui PAS.

Seperti dimaklum, iklim seni dan budaya di Malaysia berada ditahap paling lekeh dalam soal hak asasi dan hak berpolitik. Karyawan dan aktivis seni sering dimomokkan tentang risiko yang akan ditanggung sekiranya menyokong atau menyertai Pakatan Rakyat.

Pelakon diugut disenarai-hitamkan oleh stesen-stesen TV, penyanyi dipulau oleh syarikat rakaman, aktivis teater pula dilarang mementaskan karya di Istana Budaya dan sebagainya.

Telah puluhan tahun momokan ini membelenggu fikiran golongan artis ia turut memandulkan kreativiti golongan artis. Ia memerlukan seorang yang berjiwa besar untuk merentas jalan memecahkannya dan Bob Lokman telah membuktikan.

Apa yang perlu sedari oleh golongan artis ialah tiada siapa berhak menghalang mereka untuk berpolitik.

Dengan menyertai Pakatan Rakyat Bob Lokman telah melaksanakan haknya sebagai rakyat Malaysia untuk menyertai parti pilitik pilihannya.

Beliau akan tetap berhadapan risiko dan aparat pemerintah dan saya percaya perkiraan itu telah diteliti beliau sebelum membuat keputusan.

Saya berharap lebih ramai golongan karyawan tampil mengikut jejak langkah Bob Lokman kerana hanya dengan cara itu ia berupaya merobek budaya takut yang menghantui mereka.

Bahkan mutu seni budaya negara yang selama ini suram akan kembali subur sekiranya ia dikerjakan oleh mereka-mereka yang berfikiran bebas.

Selamat berjuang Bob Lokman. Apa yang saya harapkan, beliau akan terus giat memperkembangkan karya-karya seni dengan lebih bernutu setelah menjejak kaki ke 'daerah perjuangan'.

Karya-karya Shahnon Ahmad, A Samad Said, Dinsman, Hishamuddin Rais, Meor, Pyan Habib dan sebagainya diangkat dan dihormati setelah mereka memilih berjuang bersama rakyat.

Harakahdaily/-

21 Terjejas

19 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

SUNGAI PELEK - Semua berlaku sekelip mata! 21 rumah termasuk enam daripadanya di Kampung Hulu Chucoh di sini rosak teruk akibat kejadian ribut kira-kira jam 4.45 petang kelmarin.

Ribut sama juga menjejaskan tujuh pengusaha homestay di kampung tersebut selepas kebanyakan bumbung kediaman rosak.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP), Basir Wagiman berkata, 21 rumah terjejas manakala enam daripadanya mengalami kerosakan di beberapa bahagian rumah.

“Tujuh pengusaha termasuk Homestay Baghuris mengalami kerugian akibat kerosakan terutamanya pada bahagian bumbung rumah. Perkara ini dikhuatiri menjejaskan perusahaan homestay yang diusahakan penduduk jika tidak dibaiki segera.

Sinar Harian/-

Gempa kuat 6.3 magnitud landa Christchurch

KLIP video menunjukkan reaksi orang ramai melihat keadaan bangunan yang runtuh dan rosak di pusat bandar raya berkenaan dengan batu dan bumbung roboh akibat gempa kuat 6.3 magnitud menggegarkan Christchurch di selatan New Zealand awal hari ini. - Foto Reuters

19 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

WELLINGTON: Gempa kuat 6.3 magnitud menggegarkan Christchurch di selatan New Zealand awal hari ini dengan beberapa penduduk dilaporkan cedera parah serta merosakkan bangunan di bandar raya berkenaan.

Klip video menunjukkan bangunan yang runtuh dan rosak di pusat bandar raya berkenaan dengan batu dan bumbung roboh. Ratusan mangsa yang panik menjerit dan menangis di jalan raya selepas keluar menyelamatkan diri dari rumah dan bangunan.
Datuk Bandar Christchurch, Bob Parker, berkata ketika gempa beliau berada di tingkat atas bangunan pejabat bandar raya dan gegaran yang kuat itu menyebabkannya terhumban ke bilik bersebelahan.

“Saya terus berlari ke jalan raya dan saya lihat orang ramai dalam keadaan terkejut dan panik.

“Saya sedar di dalam bangunan kami itu beberapa orang terperangkap dan cedera. Saya juga menerima laporan ada beberapa penduduk yang mengalami cedera parah di sekitar bandar raya ini," katanya.
Radio New Zealand melaporkan sebuah gereja berdekatan pusat bandar raya berkenaan runtuh.

Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS) melaporkan gempa berlaku di 5 kilometer dari Bandaraya Christchurch di kedalaman 4 kilometers jam 12.51 tengah hari waktu tempatan.

Christchurch pernah dilanda gempa paling kuat 7.1 magnitud pada 4 September tahun lalu menyebabkan kerosakan bangunan dan premis kediaman yang teruk serta mencederakan penduduk. - AFP

Tambah 20 tahun

19 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

SARAWANAN (kiri) dan Suresh dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.
Mahkamah Tinggi pinda hukuman dua pekerja ladang lupus bukti pembunuhan

SHAH ALAM: Dua pekerja ladang yang sebelum ini dipenjara tujuh tahun kerana melupuskan bahan bukti kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, terpaksa merengkuk lebih lama apabila Mahkamah Tinggi di sini, semalam, meminda tempoh hukuman itu menjadi 20 tahun.

Keputusan Hakim Datuk Mohtarudin Baki meminda hukuman ke atas kedua-dua tertuduh, K Sarawanan, 20, dan U Suresh, 27, disambut gembira anak sulung Sosilawati, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 26, yang menganggapnya sebagai kemenangan dalam mendapat pembelaan terhadap kematian ibunya.

Erni Dekritawati atau lebih dikenali dengan panggilan Rita, berkata keputusan itu jelas menggambarkan keprihatinan mahkamah terhadap derita dan gangguan emosi yang ditanggung ahli keluarga semua mangsa termasuk beliau dan lima adiknya.

“Sebelum ini, tempoh hukuman tujuh tahun yang dikenakan terhadap kedua-dua suspek amat mengejutkan. Memang kami semua kecewa ketika itu, namun apa yang berlaku hari ini (semalam) satu berita yang menggembirakan serta kami anggap sebagai satu kemenangan,” katanya ketika dihubungi Berita Harian.

Rita yang juga Pengarah Urusan Nouvelle Visages, turut mengesahkan kereta mewah BMW X5 yang digunakan ibunya pada hari mangsa dilaporkan hilang, sudah diserahkan kepada keluarganya petang semalam selepas siasatan ke atas bahan bukti itu selesai.

Terdahulu, Mohtarudin pada prosiding rayuan dan semakan hukuman asal yang dijatuhkan terhadap kedua-dua tertuduh oleh Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting, pada 15 Oktober lalu, berpendapat kesalahan itu sangat serius.

Kedua-dua tertuduh dihukum penjara tujuh tahun oleh Majistret Hurmain Hussain selepas mereka mengaku bersalah atas empat tuduhan mengangkat, membakar dan membuang abu mayat Sosilawati, 47, pegawai bank Norhisham Mohammad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Hurmain memerintahkan hukuman penjara terhadap kedua-dua tertuduh berjalan serentak berkuat kuasa dari tarikh mereka ditangkap pada 9 September tahun lalu.

Sarawanan didakwa melakukan kesalahan itu di Lot 2001 Jalan Tanjung Layang Tanjung Sepat, Banting pada 30 Ogos tahun lalu, manakala Suresh didakwa melakukan kesalahan itu di Sungai Panchau, Jalan Morib, Banting pada 31 Ogos tahun lalu.

Sarawanan kemudian memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi di sini terhadap sabitan dan hukuman ke atasnya. Pada masa sama, Mahkamah Tinggi menggunakan kuasa di bawah Seksyen 323 Kanun Prosedur Jenayah untuk menyemak keputusan yang dibuat oleh Hurmain.

Dalam penghakimannya, Mohtarudin berkata, beliau menolak rayuan Sarawanan yang mendakwa bahawa pengakuan salahnya itu tidak dibuat secara sukarela dan berlaku paksaan untuk beliau berbuat demikian.

“Perlu diingat prosiding yang dijalankan oleh majistret adalah perbicaraan terus di bawah Seksyen 173 Kanun Acara Jenayah di mana kedua-dua tertuduh sudah mengaku bersalah serta faham sifat dan akibat pengakuan,” katanya.

Mohtarudin berkata, hujahan peguam berhubung jurubahasa Tamil yang tidak menerangkan pertuduhan, sifat dan akibat pengakuan serta fakta kes juga dianggap remeh.

Beliau berkata, jurubahasa Tamil adalah kakitangan mahkamah serta berkelayakan dan tiada aduan ketika prosiding di Mahkamah Majistret berhubung jurubahasa berkenaan tidak dapat menguasai bahasa Tamil dan sebagainya.

Mengenai hujahan bahawa peguam yang mewakili Sarawanan dan Suresh tidak dilantik oleh kedua-dua tertuduh, Mohtarudin berkata, ia tidak dibantah oleh mereka ketika prosiding di Mahkamah Majistret.

Mohtarudin juga berkata, sebahagian tohmahan dalam afidavit yang difailkan agak keterlaluan, seperti terhadap jurubahasa dan peguam, apatah lagi terhadap majistret yang menjalankan kuasa di bawah undang-undang yang bersesuaian dengan Seksyen 114 (e) Akta Keterangan 1950.

“Saya tidak bersedia untuk merobohkan benteng yang akan menyebabkan penyalahgunaan proses undang-undang, kecuali salah laksana keadilan dibuktikan.

“Dengan itu saya menolak rayuan terhadap sabitan dan juga tidak mendapati apa-apa tindakan yang menyalahi undang-undang, perbuatan yang salah atau tidak betul dalam rekod prosiding oleh majistret serta tiada salah laksana keadilan berlaku,” katanya.

Selain itu, Mohtarudin berkata, kedua-dua tertuduh dihukum penjara tujuh tahun bagi setiap pertuduhan dan berjalan serentak, iaitu hukuman maksimum di bawah Seksyen 201 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, mengikut Seksyen 87(1) Akta Mahkamah Rendah 1948, kuasa majistret dalam menjatuhkan hukuman ialah maksimum lima tahun saja, tetapi majistret dalam kes itu telah mengguna pakai kuasa di bawah Seksyen 87(2) akta sama di mana beliau mungkin menjatuhkan hukuman maksimum berdasarkan rekod kesalahan lampau atau kesalahan tertuduh sebelum ini (antecedents).

“Kedua-dua tertuduh tiada rekod kesalahan lampau dan majistret mengambil kira antecedents kedua-dua tertuduh, iaitu mereka telah melakukan empat kesalahan.

“Saya bersetuju dengan peguam tertuduh bahawa antecedents bererti perkataan sebelum kesalahan yang dipertuduhkan. Jika dilihat pertuduhan itu sendiri, masa dan tempat adalah sama.

“Kedua-dua tertuduh mengaku bersalah atas empat pertuduhan bukan satu pertuduhan dan meminta tiga pertuduhan lain dipertimbangkan. Adalah jelas majistret terkhilaf dalam perkara ini,” katanya.

Sehubungan itu, Mohtarudin berkata, beliau membenarkan rayuan dan menjalankan kuasa semakan dengan menggantikan hukuman penjara tujuh tahun kepada lima tahun bagi setiap pertuduhan bagi kedua-dua tertuduh.

“Hukuman penjara lima tahun adalah jelas tidak memadai kerana kes ini amat mengejutkan di mana empat orang dibunuh dalam satu kejadian dan ia adalah kesalahan paling serius.

“Dengan itu bagi menjalankan kuasa semakan di bawah Seksyen 325 Kanun Acara Jenayah, saya memerintahkan hukuman penjara lima tahun bagi setiap pertuduhan dan setiap tertuduh hendaklah berjalan berturutan berkuat kuasa dari tarikh tangkapan,” katanya.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusof, Saiful Edris Zainuddin dan Idham Abd Ghani, manakala Suresh diwakili peguam A S Dhaliwal dan Datuk Harpal Grewal. Dhaliwal juga turut mewakili Sarawanan.

Dhaliwal ketika ditemui pemberita selepas prosiding berakhir berkata, pihaknya akan memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi.

Berita Harian/-

Gempa gegar bangunan di Manila

19 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

MANILA: Gempa bumi dengan kekuatan sekurang-kurangnya 4 pada skala Richter menggegarkan bangunan di ibu negara Filipina hari ini.

Bagaimanapun, tiada laporan awal kerosakan. “Ia dirasai di Metro Manila. Malah, Phivolcs bangunan (Institut Gunung Berapi dan Seismologi Filipina) bergoncang,” kata ahli seismologi, Danny Tacadino. - AFP

Hadiah istimewa buat ibu bapa

19 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

PASIR MAS – Pengumuman keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) menggembirakan seorang tukang sapu apabila anaknya, diumumkan sebagai pelajar cemerlang peringkat negeri Kelantan, semalam.

Nor Aizan Mohd Nor, 46, yang bekerja sebagai tukang sapu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Panglima Raja, terharu apabila anak keempat dari tujuh beradik, Attarmizi Ramli, 20, mendapat keputusan 5A dalam STPM tahun lalu.

“Saya tahu, dia sememangnya seorang anak yang soleh dan rajin mengulang kaji pelajaran, sehingga menjadi yang terbaik di peringkat sekolah, sekali gus peringkat negeri,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Nor Aizan berkata, dengan keringat membantu suaminya, Ramli Che Husain, 51, yang bekerja sebagai peniaga kecil-kecilan, dia turut membantu keluarga bagi menambahkan pendapatan untuk pengajian anak-anak.

Sementara itu, pelajar cemerlang, Attarmizi berkata, dia tidak menyangka bahawa keputusannya dalam melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam akan mencipta sejarah buat sekolah dan dirinya sendiri.

“Saya mendapat keputusan 5A dalam lima mata pelajaran, iaitu Bahasa Melayu, Ekonomi, Sejarah, Geografi dan Pengajian Am.

“Saya menanam niat untuk berjaya dalam pelajaran, maka saya pastikan tidak meninggalkan solat lima waktu, malah diselitkan juga dengan solat tahajud serta solat hajat,” katanya.

Attarmizi berkata, dia tidak mahu membiarkan ibunya bekerja membanting tulang sebagai tukang sapu bagi menyara pengajiannya kelak.

Katanya, dia akan berusaha membantu ibu bapanya mengharungi kehidupan yang lebih baik pada masa hadapan, dengan mengejar cita-citanya sejak kecil iaitu menjadi seorang guru.

“Saya amat berterima kasih kepada Pengetua sekolah, Wan Ibrahim Wan Yusoff, guru-guru sekolah dan semua rakan-rakan yang banyak membantu dalam mengejar impian saya untuk bersama-sama mendapat keputusan cemerlang ini,” katanya.

Sinar Harian/-

13 maut kemalangan di Thailand

19 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

BANGKOK 22 Feb. - Seramai 13 orang penumpang terbunuh dan 16 lagi cedera apabila sebuah bas yang membawa sekumpulan guru terbabas di sebelah utara Thailand, semalam.

Menurut seorang jurucakap polis, Leftenan Kolenal Kiattiyod Suwannakatsi, pemandu bas tersebut kurang mahir terhadap terhadap jalan raya di wilayah Nan adalah punca utama kejadian kemalangan tersebut.

Bas tersebut merempuh sebatang tiang lampu sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam 200 meter. - Agensi

Penunjuk perasaan tawan beberapa bandar di Libya

19 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

KAHERAH 22 Feb. - Penunjuk perasaan ketika ini telah mengambil alih beberapa bandar di Libya manakala pasukan rejim juga dilihat sudah berpaling tadah terhadap pemerintahan Moamer Kadhafi yang dilaporkan telah melarikan diri dari negara ini.

Menurut Persekutuan Hak Asasi Manusia Antarabangsa (IFHR) yang berpengkalan di Paris, beberapa bandar termasuk Benghazi di sebelah timur Libya telah ditawan oleh penunjuk perasaan menentang rejim Kadhafi, 41, selepas pasukan keselamatan meninggalkan bandar-bandar tersebut. - AFP

Krisis Politik Libya : Lebih 200 Terbunuh, Gaddafi Kian Tertekan

19 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

TRIPOLI 22 FEB : Kol Muammar Gaddafi, yang memimpin lebih empat dekad, terus berhadapan dengan tekanan ekoran tunjuk perasaan yang tidak pernah diduga di ibu negara dan pembelotan beberapa diplomat kanan sejak beberapa hari lalu.

Penunjuk perasaan jalanan di Tripoli lewat semalam pula berhadapan dengan pasukan keselamatan yang menggunakan peluru hidup dan gas pemedih mata dalam usaha menyuraikan mereka.

Benghazi, bandar raya kedua terbesar di Libya, berada dalam kawalan penunjuk perasaan.

Bagaimanapun anak lelaki Muammar, Saif al-Islam memberi amaran Libya akan berhadapan dengan perang saudara jika keadaan tidak dikawal.

Dalalam ucapan panjang lebar, Saif menawarkan reformasi politik yang signifikan tetapi rejim bertekad akan "bertarung sehingga peluru terakhir" terhadap "elemen-elemen hasutan."

Beliau mengakui bandar raya sebelah timur - Benghazi dan al-Bayda telah jatuh ke tangan pembangkang.

Hari ini, laporan-laporan dari Tripoli menunjukkan jalan-jalan kelihatan sunyi dengan pasukan keselamatan masih meronda Dataran Hijau selepas pertempuran dengan penunjuk perasaan yang saksi menamakannya sebagai "pembunuhan beramai-ramai."

Situasi di Libya terus keliharan keliru dan huru-hara.

Ada laporan yang mengatakan Muammar telah meninggalkan Tripoli untuk menuju ke kampung halamannya di Sirt atau kawasan padang pasir Sabha.

Di Tripoli sendiri, elemen pasukan keselamatan masih mengawal jalan-jalan utama meskipun keganasan kelihatan semakin mengecil.

Ketika waktu malam ada serangan kejam ke atas penunjuk perasaan yang berhimpun selepas khabar angin menyebut Muammar telah meninggalkan negara itu.

Dari semasa ke semasa terdapat detik pembelotan.

Hampir kesemua pemimpin suku kelihatan menyertai tindakan pembangkang, begitu juga pemimpin-pemimpin agama dan beberapa duta kanan Libya.

Laporan BBC menyebut, hampir keseluruhan sebahagian timur sudah berada di luar kawalan kerajaan.

Malah katanya, kuasa Muammar yang sudah memerintah negara itu selama 42 tahun semakin lemah dari hari ke hari.

Duta Libya ke Liga Arab, Abdel Moneim al-Honi mengumumkan beliau menyertai revolusi manakala duta ke India, Ali al-Essawi pula memberitahu BBC, beliau meletakkan jawatan ekoran tindakan ganas kerajaan ke atas penunjuk perasaan.

Mohamed Bayou, yang sehingga sebulan lalu merupakan ketua jurucakap kerajaan Libya berkata, kepimpinan negara itu salah dalam mengancam bahawa akan menggunakan kekerasan ke atas pihak yang membangkang.

"Saya berharap bahawa (Muammar) akan... mengubah ucapan untuk memperakui kewujudan bangkangan popular dalaman, untuk menyertai dialog berkaitan dengan perubahan mendalam dalam sistem Libya," kata beliau dalam satu kenyataan diperoleh Reuters.

Badan Human Rights Watch pula mengumumkan lebih 200 orang sudah terbunuh sejak Khamis lalu meskipun Saif mendakwa angka itu sengaja dibesar-besarkan.

Ketua Liga Arab Amr Moussa menyifatkan tuntutan penunjuk perasaan sebagai sesuatu yang sahih.

Muammar menerajui Libya sejak 1969.

Satu lagi laporan Reuters menyebut Pejabat Luar Britain telah memanggil duta Libya ke Britain bagi mengecam penggunaan pasukan "maut" untuk mengatasi tunjuk perasaan.

Setiausaha Luar William Hague meminta agar tindakan ganas dan tindakan membunuh penunjuk perasaan dihentikan segera.

Tv Selangor/-