22 Februari 2011

Menang di kampus petanda baik projek kuburkan BN

19 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 22 Feb: Kejayaan pelajar Pro Mahasiswa menguasai lapan daripada 13 kampus dalam pilihanraya semalam memberikan petanda baik kepada gerak kerja anti Barisan Nasional.

Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh dalam satu kenyataannya melalui twitter berkata, kemenangan itu adalah petanda baik (untuk Pakatan).

Dalam pilihan raya kampus semalam, kumpulan Pro Mahasiswa menguasai kampus Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Malaysia Sabah (UMS),

Universiti Sains Malaysia kampus Kubang Kerian (USMKK), Universiti Malaysia Sabah kampus Labuan (UMSL) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Hari ini pilihan raya untuk kampus Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Universiti Teknologi Mara (UITM) sedang berlangsung.

Pro-M dijangka akan menang di UIA kerana mereka telah berjaya merampas 14 kerusi tanpa bertanding dalam kampus itu.

Berbanding sesi lalu, pilihan raya kali ini menyaksikan Pro Mahasiswa mencatatkan sejarah dengan menawan kepimpinan MPP di beberapa universiti selepas tempoh yang lama dikuasai Pro Aspirasi.

Pro Mahasiswa dikaitkan dengan sokongan kepada pembangkang manakala Pro Aspiras lebih cenderung kepada parti pemerintah kerajaan pusat.

Harakahdaily/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah, Rakyat Malaysia perlukan membuat perubahan demi masa depan Genarasi dan kebaikan Rakyat keseluruhannya. Malah satu tanda PRU13 Rakyat perlu Kuburkan BN - APCO .................