17 Oktober 2010

Bajet "seluar dalam", Rosmah juga diheret dalam Bajet 2011

8 Zulkaidah 1431H.

Pembentangan bajet oleh Perdana Menteri 1Malaysia terganggu seketika dengan nama isterinya ditimbulkan oleh Pakatan Rakyat ketika beliau mengumumkan langkah menjadikan Malaysia destinasi utama membeli-belah di rantau Asia.

Ia bermula apabila Najib mencadangkan supaya duti import ke atas kira-kira 300 barangan pelancongan dan rakyat tempatan dimansuhkan.

“Barangan ini merangkumi kegunaan harian seperti beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut...” kata Najib sambil kedengaran gelak ketawa dari ahli parlimen.

Beberapa ahli parlimen kemudiannya melaungkan “Rosmah!” disambut gelak ketawa rakan-rakan mereka.

Najib senyum sinis dan memperlahankan bacaan teks ucapannya sambil menyambung: “Pakaian malam, seluar dan seluar dalam serta wangi-wangian, termasuklah kelambu.”

Dan sekali lagi lebih ramai yang ketawa.

Namun, sindiran paling tajam dilemparkan ketika Najib mengumumkan peruntukan RM111 juta untuk program PERMATA yang dinaungi oleh Rosmah.

Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) dengan kuat menjerit “Rosmah! Rosmah!”, sambil sekali lagi disambut Najib dengan senyuman sinis.

Peruntukan itu meliputi projek pembinaan fasa II Kompleks Sekolah Permata Pintar, bagi membina 32 Pusat Anak Permata Negara (PAPN) serta membiayai operasi 52 PAPN yang telah siap.

Peruntukan itu turut meliputi program Permata yang lain seperti PERTAMA Pintar, Seni, Insan dan Remaja.

Mahfuz: Bajet seluar dalam

Walaupun Rosmah tidak mempunyai sebarang jawatan rasmi, namum program PERTAMA yang diuruskannya didakwa seakan mendapat bajet 'istImewa'.

Ini berbanding peruntukkan RM95 juta sebagai bantuan per-kapita untuk sekolah agama rakyat (SAR) rendah dan menengah.

Rasa tidak puas ahli parlimen berlarutan sehingga akhir pembentangan. Ramai yang membidas bajet 2011 yang disifatkan mereka gagal memacu pertumbuhan ekonomi negara.

"Jadi, nampaknya tidak apa yang menarik daripada pembentangan tersebut dan lebih bersifatkan retorik. Saya sifatkan sebagai bajet 'seluar dalam' di mana ia memainkan yang penting untuk kerajaan mencapai matlamat Pelan Tranformasi Ekonomi (ETP) dan pertumbuhan 7 peratus yang bergantung kepada 'seluar dalam' dan juga 'kelambu'," sindir Mahfuz lagi.

Pembentangan bajet ini juga mendapat sambutan serta bidasan di twitter dan facebook.

"Pengurangan cukai untuk beg, penyembur rambut, minyak wangi... hadiah Krismas awal Najib untuk Rosmah? Tulis MP Serdang Teo Nie Ching.

"Ini macam Bajet RM (Rosmah Mansor)," jawab MP Bukit Bendera Liew Chin Tong.

12 ulasan:

Tak de ijazah ekonomi berkata...

Orang yang mengata bajet seluar dalam tu bolehkah dia buat bajet????

Tanpa Nama berkata...

tolong suara air yang naik kat kedah sama,,,,,apa pasal mahfuz diam,juang lah untok raayat kedah sama,,,,kami raayat kedah yang sengsara...

green berkata...

sanagt xfair.



peruntukan untuk kesenian, filem, etc lebih tinggi banding peruntukan untuk sekolah agama rakyat.



hedonisme melampau!

Tanpa Nama berkata...

Suka betul Ahli Parlimen PAS dengan seluar dalam. Inilah akhlak Ahli Parlimen PAS berpakaian sahaja Islam berakhlak buruk lebih-lebih Mahfuz terjerit-jerit dalam Parlimen.

Tanpa Nama berkata...

RM111 juta untuk PERMATA..... how about lain-lain taska/tadika... like taska kemas, taska perpaduan, pra sekolah kem pelajaran etc, etc..... tak dengar pun bajet untuk taska/tadika nie

banguan 100 tingkat di KL tu memang mnjadi tanda tanya... perlu kah, mengapa tidak buat suntukan untuk menyudahkan pembinaan bangunan yang terbengkalai di KL nie... like bangunan Plaza Rakyat sebelah puduraya....

Kakitangan kerajaan tak di beri bonus kerana kuatir akan berlaku perbelanjaan melebihi pendapatan ?????

Tanpa Nama berkata...

bangunan kat Malaysia tak cukup tinggi lagi la,rakyat kat negara ni takkan kebuluran.buat menara banyak banyak aku sokong,baru rakyat tahu yang buruk dan yang baik,sebab ini lah perjuangan untuk menunjukkan kita gah di mata dunia.kenapa,masih tak pecaya?

Tanpa Nama berkata...

aiii pelik btol rakyat MALAYSIA ni
org yg nak pertahankan hak rakyat...die x sokong pulak..siap kutuk lagi..
ade ke kate

"Suka betul Ahli Parlimen PAS dengan seluar dalam. Inilah akhlak Ahli Parlimen PAS berpakaian sahaja Islam berakhlak buruk lebih-lebih Mahfuz terjerit-jerit dalam Parlimen."

di ambil dari komen yang diatas..

sape yang suke seluo dlm ni sebenonye,sape yg bgkitkan cerita kalo bkn beloved(??) pm tu.... lu pikir la sendiri

kalo nak mengata pikir la dulu.play dlm otk..tnye diri sendiri, btol ke idak aku tls ni..
setiap perbuatan kite dilihat,diawasi oleh ALLAH MAHA BERKUASA ...

Tanpa Nama berkata...

Begitu banyak ketidakadilan dan ketidak betulan kerajaan, puak-puak tu masih tak reti2. Bentuk sindiran 'seluar dalam' pun tak boleh faham.

Tanpa Nama berkata...

SELAMA HIDUP, INILAH KALI PERTAMA MENDENGAR SELUAR DALAM, BAJU DALAM DAN LAIN2 PAKAIAN DALAM DIBENTANGKAN DALAM BELANJAWAN NEGARA OLEH SEORANG PM...APAKAH BAJET 2011 INI UNTUK BINI DIA ATAU UNTUK RAKYAAT JELATA????

Tanpa Nama berkata...

seluar dalam tu respon kepada bajet PM yang suka seluar dalam pertama kali dalam sejarah bajet masuk seluar dalam

Jebat_Musibat berkata...

jahanam negara lagu nih nyer bajet. Nih Obama pun gelak guling2 dengar. ahahahaha

Tanpa Nama berkata...

Bajet haram jadah!!!!!!!